world news

Loading...

Monday, 30 May 2011

HARTA KARUN DALAM BUSUT ANAI-ANAI

Bertemu Nenek Kebayan

SIRI KISAH MISTERI

Oleh ANDONG MISNON JAMIL


 

Perempuan Tua di Tepi Jalan

Pak Udin kerap balik ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur melalui jalan Kuala Lipis – Gua Musang. Biasanya dia memandu pada waktu siang untuk berulang-alik dari Bandaraya ke kampungnya di Pantai Timur. Pak Udin sudah biasa melalui jalan itu, hingga dia ingat di mana ada selekoh, di mana ada jurang dalam dan di mana dia boleh berhenti rehat mencari gerai atau kedai makan.

Biasanya dia memandu seorang diri. Di dalam perjalanan itu dia hanya mendengar celoteh deejay radio yang menyiarkan lagu-lagu dan iklan yang berulang-ulang disiarkan. Lagu-lagu pun begitu. Pak Udin sudah hafal, setiap stesyen radio ada senarai lagu yang selalu dimainkan. Pak Udin pun boleh mengagak lepas satu lagu, lagu apa yang akan disiarkan. Semuanya Pak Udin sudah tahu.

Pak Udin bukan minat pun dengar lagu begitu. Oleh sebab dia memandu seorang, dia tidak ada pilihan lain. Dengar sahajalah lagu apa pun. Dengar sahajalah iklan yang disiarkan walaupun dia tidak ambil peduli.

Semua itu hanya untuk mengisi kekosongan. Tidak ada kawan untuk berbual-bual. Memandu seorang boleh menyebabkan mengantuk dan penat.

Ada suatu perkara yang Pak Udin tidak boleh lupa. Setiap kali dia menghampiri kawasan Bukit Tujuh, dia nampak sesuatu yang misteri. Dia melihat ada seorang perempuan tua berjalan di tepi jalan sebelah kiri. Siapa perempuan tua itu?

Pelik juga. Bukan ada perkampungan di kawasan itu. Semuanya hutan. Kawasan rumah yang ada pun jauh dari tepi jalan. Pak Udin sudah dapat pastikan, di tempat yang sama dia melihat perempuan tua itu berjalan di pinggir jalan.

Kalau tidak salah, setiap kali dia memandu pada waktu malam, dia pasti terpandang perempuan tua itu. Mahu sahaja dia berhenti di situ dan bertanyakan sesuatu. Niatnya ditangguhkan. Biarlah. Mungkin perempuan tua itu memang tinggal di situ.

Yang menganehkan, Pak Udin ternampak perempuan tua itu pada waktu malam sahaja. Antara pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 4.00 pagi. Lalulah di situ, pada pukul berapa pun selepas dinihari, dia pasti lihat perempuan tua itu.

Soalnya, siapa perempuan tua itu. Kelihatannya seperti seorang nenek kebayan di dalam cerita-cerita dongeng. Nenek kebayan dalam cerita Puteri Gunung Ledang pun seusia perempuan tua itu.

Pak Udin teringin menyapa perempuan tua itu, tetapi apabila difikirkan, dia membatalkan niatnya. "Selagi perempuan tua itu tidak menahan keretaku, aku tidak akan berhenti tanpa sebab," itulah janji Pak Udin pada dirinya.

Kisah dia nampak perempuan tua setiap kali lalu di jalan utama itu adalah misteri. Itu rahsia Pak Udin. Dia tidak mahu cerita kepada sesiapa pun. Kalau hendak cerita pun, ia tidak penting.

Perempuan tua itu tidak ganggu orang. Dia bukan hantu. Dia mungkin baru balik kerja. Atau dia ada urusan. Dia bukan tinggal dalam hutan. Mungkin ada rumah di kawasan hutan itu. Berjalan waktu malam seperti itu, Pak Udin tidak nampak ada rumah di kawasan itu.

Akhirnya, Pak Udin tetap berbaik sangka kepada perempuan tua itu. Dia bukannya hantu. Dia bukannya nenek kebayan walaupun boleh diumpamakan begitu.

Apakah nenek kebayan zaman Kesultanan Melaka dulu masih wujud lagi? Soalan Pak Udin itu mati di situ sahaja. Tidak ada satu buku pun yang mengisahkan nenek kebayan. Tidak ada ahli budaya mengkaji dongeng nenek kebayan.

Kalau ada buku cerita tentang misteri nenek kebayan, elok juga untuk dijadikan tatapan murid-murid sekolah. Sekurang-kurangnya mereka akan tahu. Siapa nenek kebayan? Dia tinggal di mana?

Ketika memandu kereta, Pak Udin teringatkan nenek kebayan. Bukan perempuan tua yang selalu dia lihat di tepi jalan itu. Dia teringat kisah Puteri Gunung Ledang. Nenek kebayan itu sebenarnya seorang puteri yang cantik. Dialah yang menyamar jadi nenek kebayan.

Bagaimana puteri jelita itu boleh menyamar sebagai perempuan tua? Bagaimana dia boleh menukar wajah dengan cepat?

Ketika melirik ke arah jam di tangan kiri, baharulah Pak Udin perasan sudah pukul 2.00 pagi. Jalan utama kelihatan tenang. Kenderaan yang melalui jalan raya utama itu tidak banyak. Mungkin bukan musim cuti agaknya.

Oleh sebab dia berasa lebih, dia pun berehat sebentar di sebuah gerai tepi jalan. Ada beberapa orang yang berehat di situ. Ada yang duduk bersembang dan ada yang sedang menjamu selera.

Pak Udin memesan kopi panas untuk hilangkan mengantuk. Dia juga memesan nasi lemak kukus berlauk ayam goreng berempah. Itulah makanan kegemaran Pak Udin.

Kisah perempuan tua dan nenek kebayan kembali bersarang di dalam kepalanya. Dia makan nasi lemak kukus perlahan-lahan. Tidak ada apa yang perlu dikejar. Kalau pandu laju-laju nanti kena perangkap laju pula. Kena saman kerana melebihi had laju.

Selesai makan nasi lemak kukus, dia hirup air kopi panas perlahan-lahan. Dia juga membelek telefon tangan yang ada. Dia buka laman web. Dia boleh baca berita dunia, berita nasional dan apa sahaja dengan telefon bimbit itu.

Setelah berehat lama sambil sesekali matanya tertumpu ke layar televisyen di warung itu, dia pun bersiap-siap hendak meneruskan perjalanan.

Ketika masuk ke kereta dia berharap pagi itu boleh bertemu perempuan tua itu sekali lagi. Dia sangat berharap perempuan tua itu menoleh ke arahnya. Atau perempuan tua itu menahannya supaya berhenti untuk bertanyakan sesuatu.

Pada fikiran Pak Udin, perempuan tua itu memang misteri. Kenapa dikata misteri? Dia hanya kelihatan pada waktu malam. Antara pukul 12.00 tengah malam hingga menjelang subuh. Kenapa dia berjalan pada waktu itu? Tidak takutkah dia berjalan seorang diri? Inilah soalan yang selalu mengganggu Pak Udin.


 

Nyanyi Lagu Nenek

Sambil memandu, Pak Udin teringat lagu kanak-kanak tentang nenek. Dia tidak ingat lirik lagu kanak-kanak itu. Ingatannya samar-samar, tetapi dia ingat benar dengan melodinya.

WAHAI NENEK SI BONGKOK TIGA,

SIANG MENGANTUK MALAM BERJAGA,

MENCARI CUCU DI MANA ADA…

Agaknya nenek berjaga kerana menari cucunya? Tidak mungkin mencari cucu. Pagi-pagi begitu cucu nenek sudah tidur lena. Nenek tidak perlu mencari cucu.

Tanpa disedari Pak Udin sudah sampai ke kawasan yang berhampiran Bukit Tujuh. Sengaja Pak Udin memperlahankan keretanya. Dia menaikkan sorotan lampu depan supaya boleh lihat dari jauh. Mana tahu di depan sana ada perempuan tua berjalan di sebelah kiri jalan.

Dalam pada itu Pak Udin menyanyi-nyanyi kecil. Lagu nenek tadi. Lagu yang masih dia ingat melodinya walaupun liriknya dia sudah lupa.

Tiba-tiba…

Nun di depan sana, sorotan lampu tinggi keretanya tepat kepada seseorang yang sedang berjalan kaki di sebelah kiri jalan raya.

Itulah nenek yang Pak Udin cari-cari. Dengan sorot lampu yang tinggi dan perlahan gerakannya, perempuan tua di kiri jalan itu berhenti berjalan. Dia menoleh ke kanan. Menoleh ke arah datangnya cahaya lampu yang sudah direndahkan.

Perempuan tua itu berdiri tercegat dan memandang ke arah kereta Pak Udin. Kelihatan dia melambaikan tangan ke arah Pak Udin. Itu isyarat supaya Pak Udin berhenti. Ada sesuatu yang perempuan tua itu hendak beritahu kepada Pak Udin.

Pak Udin memperlahankan keretanya dan kemudian terus berhenti di depan perempuan tua itu. Dia turunkan cermin tingkap sebelah kiri. "Nek! Nenek hendak ke mana pagi-pagi ni?" Tanya Pak Udin ingin tahu. Inilah peluang dia hendak mengenali diri perempuan misteri ini.

"Aku nak balik! Boleh tumpang ke?" tanyanya dengan suara sedikit garau seorang nenek.

"Boleh! Masuklah," kata Pak Udin sambil membuka pintu kiri keretanya.

Perempuan tua itu masuk dan terus duduk. Tidak ada bau apa-apa. Tidak berbau hapak atau busuk. Mungkin kerana penghawa dingin dalam kereta.

"Cu!" suara nenek bergetar. Pak Udin memandu dengan perlahan. Dia mahu menghantar nenek itu pulang ke rumahnya. Perempuan tua itu bersuara lagi, "Cu… kalau nak tahu di tempat ini ada banyak harta karun."

Terkejut Pak Udin mendengar kata-kata dari perempuan tua itu. Pak Udin tidak terkata apa. Dia tergamam. Rasa ingin tahu melonjak-lonjak. Dia menoleh ke arah perempuan itu. Ini perempuan misteri. Kenapa dia kata di situ ada banyak harta karun?

"Bagaimana saya nak tahu di mana harta karun itu?" tanya Pak Udin memberanikan diri. Dia sedar bahawa perempuan tua ini jujur, dia berkata yang benar.

"Kalau cucu nak tahu, datang sahaja ke sini esok, carilah sebatang pokok pinang tunggal yang tinggi, dekatnya ada busut, di situlah harta karunnya," terang perempuan tua itu.

Pak Udin gembira bukan main mendengar kata-kata perempuan itu.

"Bolehkah saya mengambilnya nek?" tanya Pak Udin memberanikan diri.

"Kalau cucu nak, datanglah esok ke tempat yang nenek kata tadi," kata perempuan tua itu lagi.

"Betulkah di sini banyak harta karun, nek?"

"Betul, nenek tidak tipu. Hanya orang tertentu sahaja nenek nak beri."

Terkejut Pak Udin mendengar kata-kata itu. Kini Pak Udin sudah termasuk dalam senarai orang yang hendak diberi harta karun itu.

"Jadi, adakah cucu ni layak untuk dapatkan harta karun itu?"

"Nenek dah beritahu, kalau hendak… datang ke sini esok pagi," kata nenek dengan suara lebih tegas.

Benarlah, nenek tidak menipu. Dia berkata jujur. Memang di situ ada hartga karun. Tidak lama kemudian dia diam. Dia tidak berkata suatu apa. Sementara Pak Udin pula jadi buntu. Dia tidak terkata apa. Dia diam sahaja sambil memandu dengan perlahan. Dia buat begitu supaya dia boleh dengar percakapan perempuan tua yang dipanggil nenek itu dengan jelas. Memang jelas. Pak Udin faham. Tidak perlu tanya banyak kali.

"Nek!" suara Pak Udin tenggelam. "Cucu nak tahu, nenek kata tadi di sini banyak harta karun."

"Memang banyak!"

"Milik siapakah harta karun itu?"

"Itu nenek punya. Nenek warisi dari zaman nenek moyang nenek."

"Kalau begitu sudah beratus tahun ya nek!"

"Sejak zaman British dulu lagi."

"Nenek kenal dengan nama Mat Kilau, Tuk Gajah dan Datuk Bahaman?"

"Kenal nama sahaja, tetapi tidak pernah jumpa."

Harta Karun

Kini Pak Udin sudah tahu harta karun itu adalah kepunyaan nenek itu sendiri. Siapa sebenarnya nenek itu, Pak Udin tiak perlu soal lebih mendalam. Nanti nenek marah pula. Pak Udin kena ikut cara nenek bercakap. Kalau dia hendak cerita tentang harta karun, dia boleh cerita semuanya. Sayangnya, pertemuan itu singkat sahaja. Kalau ada perkara yang hendak ditanya, Pak Udin tidak mahu bertanya. Lagipun, dia tidak tahu hati budi nenek ini.

"Cu! Berhenti di sini," perempuan itu mengarahkan Pak Udin. Pak Udin memberhentikan keretanya di pinggir jalan.

Pak Udin menjenguk ke luar tingkap kereta. Dilihatnya kanan dan kiri jalan dipenuhi hutan. Rumah nenek di dalam hutan itulah agaknya. Pak Udin tidak perlu soal lagi.

"Esok saya datang sini," kata Pak Udin.

Perempuan tua itu membuka pintu sebelah kiri dan melangkah keluar. Sebaik berada di luar sebelum pintu ditutup, dia berkata lagi, "Datanglah esok, ini peluang baik untuk cucu. Hanya cucu seorang yang beruntung, ada banyak lagi harta karun yang tersembunyi di sini."

Kata-kata perempuan tua itu yang dia gelar sebegai nenek kebayan itu perlu dibuktikan. Esok Pak Udin akan datang ke situ. Pak Udin perhati kanan dan kiri. Perempuan tua itu berjalan menuju ke kiri jalan. Meredah kawasan semak. Dan dalam sekelip mata dia hilang dari pandangan.

Rasa seram sejuk juga. Waktu itu sudah pukul 2.45 pagi. Pagi itu cahaya bulan menerangi kawasan sekitar. Pak Udin keluar dari kereta. Dia capai karung plastik di dalam bonet kereta. Karung plastik warna putih itu dia ambil dan kemudian dia mencari pokok untuk dijadikan penanda.

Pak Udin gunakan plastik putih itu sebagai penanda. Plastik putih diikatkan pada ranting pokok di situ. Itulah penandanya. Hanya Pak Udin yang tahu. Orang lain tidak tahu apa. Itu penanda misteri. Hanya Pak Udin seorang yang memahami tanda putih itu.

Pak Udin berdiri mengamati kanan dan kiri jalan lagi. Dia catatkan di dalam telefon bimbitnya. Sekarang senang. Tidak perlu pen dan kertas. Telefon bimbit pun boleh dijadikan buku nota. Kalau ada kertas dan pen tentu Pak Udin sudah catatkan di situ.

Itulah pertemuan misteri yang dihajatkan oleh Pak Udin.

Bagaimana semua ini boleh terjadi? Sebenarnya, beberapa bulan lalu, Pak Udin pernah melihat perempuan tua itu berjalan pada waktu malam. Biasanya Pak Udin nampak perempuan tua itu pada waktu pagi antara pukul 2.00 hingga 4.00 pagi.

Pak Udin hairan. Jika dia melalui jalan itu pada pukul 3.00 pagi pun boleh nampak perempuan tua itu. Pak Udin tidak pernah bercakap-cakap dengan dia. Tidak buat perjanjian apa-apa. Ketika memandu pada pukul 4.00 pagi pun dia nampak juga.

"Hairan juga, adakah orang lain juga seperti aku? Jumpa nenek ini ketika mereka memandu pada waktu pagi?" itulah soalan yang bermain di dalam kepala Pak Udin.


 

Cari Harta Karun

Ini kisah misteri. Tidak perlu cerita kepada sesiapa. Esok dia hendak datang semula ke tempat yang sudah ditandakan dengan plastik warna putih. Kalau penanda itu orang ambil, tentu sukar Pak Udin hendak mengesan tempat itu.

Sebaik sampai di kampung, Pak Udin asyik teringatkan nenek yang dia temui di kawasan Bukit Tujuh itu. Pesanan nenek memang dia ingat. Nenek kata di sana ada pokok pinang tunggal. Ada busut jantan. Di situlah tersimpannya harta karun itu.

Pak Udin tidak pasti, harta karun apakah yang dimaksudkan oleh nenek. Dia rasa segar sebaik sampai di rumah. Dia capai parang pendek. Capai cangkul. Capai gergaji potong kayu bermata besar. Apa lagi? Pak Udin memeikirkan soal busut. Dia fikirkan bagaimana hendak membawa keluar harta karun itu sekiranya ia banyak?

"Harta karun apa agaknya?" Pak Udin tersenyum seorang diri. Dia mula berangan-angan. Kalau dapat harta karun, bolehlah dia jual harta karun itu. Dia boleh jadi kaya raya!

Bagi Pak Udin kisah dia jumpa nenek di waktu pagi memang cerita misteri. Ia cerita misteri di zaman moden. Orang lain tidak terfikir hendak jumpa nenek di pagi buta begitu. Mungkin nenek itu pernah menahan kereta orang lain. Orang lain tidak melayan nenek. Mereka makin laju apabila ditahan oleh seorang perempuan tua di tempat yang sunyi itu. Di situ bukan ada tanah perkuburan. Bukan ada pokok ara tua!

Mungkin mereka sangka, nenek ini perempuan gila. Pagi-pagi buta berjalan seorang diri. Bercakap seorang. Minta duit kepada pengguna jalan raya. Dia ganggu pengguna jalan raya. Kalau ada budak-budak muda naik motorsikal tentu mereka takut. Mana tahu nenek bertukar jadi hantu yang menakutkan? Nenek boleh terbang. Nenek boleh tertawa menghilai. Atau nenek jadi jelmaan lain?

Tanpa membuang masa, Pak Udin bertolak semula ke laluan yang sudah ditempuh. Dia hendak mencari harta karun di tempat yang ditunjukkan oleh nenek.

Perempuan tua itu dia panggil nenek. Mungkin nenek kebayan. Siapa nama nenek itu tidak penting. Dia nenek yang baik. Dia berterus-terang. Dia tidak merahsiakan sesuatu. Betullah, nenek seorang yang jujur. Payah hendak cari orang seperti nenek yang jujur dan baik hati.

Oleh sebab nenek sudah beritahu di hutan tepi jalan itu ada harta karun, Pak Udin memecut lebih laju untuk ke tempat yang dimaksudkan. Dia tidak peduli dengan saman perangkap laju. Dia ada perkara mustahak. Hanya dia yang tahu.

"Aku nak cari harta karun. Aku bawa parang, bawa cangkul, bawa gergaji… bukan hendak merompak atau menyamun. Aku hendak ke kebun. Aku hendak mencangkul tanah untuk dapatkan harta karun!" Pak Udin memandu sambil tersenyum seorang.

Senyum seorang bukannya orang gila. Ramai orang senyum seorang sekarang. Ketika menggunakan telefon bimbit ada orang tertawa, tersenyum atau bercakap seorang. Ada yang menggerakkan tangan ketika bercakap gunakan telefon bimbit.

Dari kampung ke tempat yang disebutkan oleh nenek kebayan itu tidaklah jauh. Kira-kira pukul 9.00 pagi Pak Udin sudah sampai di kawasan semak-semak tepi jalan. Plastik putih yang dia ikat pada ranting pokok awal pagi itu masih ada lagi.


 

Busut Jantan Pinang Tunggal

Dengan membawa peralatan yang ada, dia meredah semak belukar di situ. Semalam dia melihat nenek berjalan meredah semak-semak di situ. Pagi itu, ketika Pak Udin melalui semak-semak itu, dia tidak menemui jalan yang dilalui oleh nenek. Tidak ada kesan rumput dipijak oleh nenek. Inilah yang menghairankan Pak Udin. Nenek adalah perempuan tua misteri.

Berbeza sekali pada pagi itu. Semak-semak yang dilalui oleh Pak Udin ada kesannya. Ada kesan rumput dipijak. Dari rumput di tepi jalan raya sehingga ke semak belukar di tepi hutan itu ada lorong laluan yang dipijak oleh Pak Udin.

Siapakah nenek kebayan ini? Dia manusia biasa atau makhluk misteri? Ketika meredah belukar, Pak Udin cuba bayangkan rupa nenek yang baik hati itu. Wajahnya adalah manusia biasa. Tutur katanya juga biasa. Walaupun rambutnya menggerbang, tetapi Pak Udin tidak tercium bau apa-apa pun yang tidak enak.

Mungkin sudah ramai pemandu kereta yang ditahan oleh nenek. Satu orang pun tidak berani berhenti. Apa lagi hendak memberi tumpang nenek naik kereta. Nenek seorang perempuan tua dengan rambut menggerbang tidak bersikat. Tentu orang kata perempuan tua ini orang gila. Merayau pagi-pagi buta tanpa haluan.

Kalau diberi tumpang naik kereta, silap-silap kotor semuanya. Atau mungkin nenek itu menyamar dan merompak pemandu yang ditahannya. Boleh jadi alasan itulah yang menyebabkan tidak ada orang yang berani melayan nenek kebayan.

Nenek bukan penjahat. Bukan perompak. Dia seorang yang berhati mulia. Terbukti, walaupun dia tidak kenal Pak Udin, nenek berani tunjukkan arah harta karun. Nenek ada simpan harta karun di hutan itu.

Kalaulah pemandu kereta tahu, mungkin mereka berebut-rebut hendak berjumpa dengan nenek. Mungkin banyak pemandu yang sengaja berulang-alik di situ pada pukul 2.00 pagi hingga menjelang subuh. Akhirnya, sepanjang jalan dekat Bukit Tujuh semakin sibuk tidak tentu fasal.

Semuanya mahu berjumpa nenek kebayan. Jika begitu jadinya, nenek tidak akan layan. Nenek tidak berikan harta karun kepada orang yang berhajat. Orang yang berhajat selalunya hendak cari untung sahaja.

Sekarang Pak Udin sudah masuk jauh ke kawasan pinggir hutan. Di situ banyak nyamuk. Pak Udin menepis kanan dan kiri kerana diserang nyamuk. Tidak teringat langsung hendak menyapu ubat penghalau nyamuk. Kalau ada, dia boleh sapu ke muka dan lengan tangan kanan dan kirinya sekali.

Di situ Pak Udin teringat semula kata-kata nenek kebayan. Kata nenek, carilah pokok pinang tunggal yang tinggi menjulang. Pak Udin memerhatikan sekeliling. Dia mendongak mahu melihat pokok pinang tunggal. Dari situ dia lihat memang ada pokok tersebut. Maksud nenek, di situ hanya ada sebatang sahaja pokok pinang. Tidak ada pokok pinang lain.

"Mungkin itu pokok pinang tunggal yang nenek kata," fikir Pak Udin dalam hati. Dia pun bergerak ke situ. Dia mendongak memandang ke pucuk pinang tunggal itu. Memang tinggi dan lurus batangnya.

Di mana pula busut jantan yang nenek kata semalam? Pak Udin mencari busut jantan itu. Dia perhati dengan cermat kawasan sekitar. Dia juga melihat-lihat sekelilingnya. Mungkin nenek ada di situ sedang menunggu kedatangannya.

Jika nenek muncul di situ, Pak Udin tidak akan lari. Pak Udin sudah kenal nenek. Nenek seorang perempuan yang baik. Dia bukan hantu. Dia bukan penunggu hutan. Nenek orang kaya. Dia ada simpan harta karun di hutan itu.

"Mana busut yang nenek beritahu itu?" tanya Pak Udin dalam hati. Dia mencari-cari busut jantan. Dia jumpa busut berukuran kecil. Itu bukan busut jantan. Mungkin ada busut yang lebih besar lagi. Sebab itulah ia dipanggil busut jantan.

Betul! Kata-kata nenek memang betul. Nenek tidak menipu Pak Udin. Di depannya ada sebuah busut jantan yang berukuran lebih besar daripada busut yang pertama tadi. Itulah busut yang nenek maksudkan, agaknya.

"Nenek!" kata Pak Udin. "Kalaulah betul busut ini yang nenek maksudkan, berikanlah kepadaku harta karun ini." Pak Udin bercakap seorang diri. Biarlah orang kata dia sudah gila bercakap seorang. Dia sebenarnya sedang berkata-kata kepada nenek. Mungkin nenek ada di situ. Dia mendengar kata-katanya itu.

Bagi mempastikan busut jantan itu ada isinya, Pak Udin gunakan parang pendek untuk mengumpil sedikit tanah busut itu. Busut itu adalah sarang anai-anai. Anai-anai memang membuat sarang daripada tanah dan benda-benda yang sudah dikunyah. Busut yang dibina oleh anai-anai memang keras dan kukuh.

Jangan fikir mudah hendak mengambil harta karun dalam busut. Pak Udin perlu gunakan tulang empat kerat. Tidak ada alat mesin untuk mendapatkannya.

Amat mengejutkan!

Dengan menggunakan parang pendek, Pak Udin dapat mengumpil tanah busut yang keras itu. Di sebalik tanah yang sudah diumpil itu, dia lihat ada logam di dalamnya. Mustahil dalam busut ada logam. Dia gunakan hujung parang yang tajam untuk mengikis tanah busut yang melekat pada logam itu.

Lama kelamaan semakin jelas. Logam warna kekuningan itu mungkin gelang emas. Inilah harta karun yang nenek itu maksudkan. Jika benarlah ini harta karun itu, Pak Udin ucapkan terima kasih kepada nenek. Nenek memang baik hati.

"Terima kasih nek! Aku dah jumpa harta karun nenek!" kata Pak Udin terlalu gembira. Dia tidak peduli dengan gigitan nyamuk di muka dan kedua belah lengannya.

Bagaimana hendak mengambil gelang emas di dalam busut itu? Tanah busut yang dibina oleh anai-anai itu cukup keras.

Puas juga Pak Udin memikirkan perkara itu. Bolehkah dia angkat busut anai-anai itu? Sudah tentu busut itu berat. Entah berapa puluh kilogram beratnya. Pak Udin pun menyukat ukuran keliling busut itu. Dia perlu berhati-hati. Kalau dipecahkan dengan cangkul tentu gelang emas itu patah.

Pak Udin tidak tahu apa lagi yang ada di dalam busut itu. Mungkin ada cincin berbagai jenis. Mungkin ada rantai emas. Gelang emas fesyen dahulu kala. Jika nenek ada di situ, Pak Udin boleh bertanya nenek. Dari mana asalnya emas itu. Mengapa boleh berada di dalam busut. Memang betul nenek kata, itu dari nenek moyangnya.


 

Misteri Harta Karun Nenek

"Siapa nenek moyang nenek?" tanya Pak Udin.

Setahu Pak Udin, mungkin emas dan barang perhiasan itu kepunyaan orang kaya di zaman silam. Pada zaman dahulu kerap berlaku pergaduhan di antara orang kampung dengan orang luar yang menjadi tali barut orang putih. Nenek moyang nenek cuba pertahankan harta benda yang mereka miliki daripada dirampas penjahat.

Selain orang putih, mungkin harta karun itu disorokkan oleh orang kaya iaitu nenek moyang nenek kebayan di zaman Jepun dulu. Mereka bimbang Jepun akan merampas benda-benda berharga itu. Lebih baik dibungkus dengan kain tebal dan kemudian ditanam di situ.

Kain tebal atau pembungkus apa pun adalah makanan yang enak kepada anai-anai. Apabila bilangan anai-anai semakin membiak, emas dan berlian yang disorokkan itu turut diuli bersama tanah busut. Ia jadi keras dan padu. Semakin lama ia makin besar, hingga jadilah sebuah busut jantan.

Bagaimanapun, cerita emas dibungkus dengan kain atau bahan lain itu adalah rekaan Pak Udin sahaja. Kalau tidak, bagaimana emas boleh berada dalam busut. Adakah anai-anai memakai gelang emas? Adakah anai-anai boleh membuat barang-barang perhiasan?

Sudah tentu tidak. Kalau ada orang hendak buat cerita dongeng pun boleh. Konon pada masa dahulu terdapat sekumpulan anai-anai yang pandai. Permaisuri anai-anai telah memerintahkan kepada anai-anai semua agar mengumpulkan serbuk emas dari dalam tanah.

Maka, anai-anai pun pergilah mencari serbuk emas. Oleh sebab buruh anai-anai cukup banyak, serbuk emas yang dikutip itu dikumpulkan di dalam ruang khas dalam busut. Emas yang dikumpulkan itu kemudian diuli dengan air liur anai-anai. Serbuk emas dibentuk menjadi gelang emas, cincin emas dan berbagai lagi.

Anai-anai itu memang boleh dianggap sebagai pandai emas. Mereka boleh menghasilkan emas sebagai perhiasan untuk manusia. Emas yang dihasilkan di dalam negeri busut itu disimpan sahaja di dalam busut. Anai-anai tidak dapat menjualkan kepada sesiapa pun. Tidak ada serangga sekecil anai-anai yang tahu nilai emas. Hanya anai-anai di negeri busut itu yang tahu.

Sudahnya, Pak Udin tersenyum sendiri. Dia tersenyum kerana cerita anai-anai buat kilang emas di dalam negeri busut. Itu rekaan sahaja. Bukan cerita yang sebenar. Kalau hendak tahu, Pak Uda kena lakukan sesuatu untuk dapatkan emas di dalamnya. Tetapi emas itu bukanlah buatan dari kilang anai-anai. Bukan. Itu hanya khayalan Pak Udin sahaja!

Pak Udin termenung memikirkan busut itu. Setelah berehat sekejap, dia pun ambil gergaji mata besar untuk membelah busut itu. Mula-mula dia belah busut menjadi sebahagian. Oleh sebab nenek ada sebut busut, Pak Udin agak, hanya gergaji mata besar sahaja yang boleh digunakan. Dia tidak boleh gunakan parang pendek. Tidak boleh gunakan cangkul atau besi tuil.

Untuk memotong busut jantan itu Pak Udin perlu berehat dua tiga kali. Penat juga dibuatnya. Nyamuk terlalu banyak. Pak Udin teruskan tugasnya. Dia tidak mencuri busut di dalam belukar sepi itu. Dia mendapat kebenaran lisan dari nenek.

Siapakah nenek yang sebenarnya? Sehingga dia menemui busut pelik itu, Pak Udin tidak tahu siapa sebenarnya nenek. Adakah dia penunggu hutan itu? Dia boleh berjalan di dalam semak-semak tetapi tidak ada kesan rumput dan lalang dipijak. Mungkin nenek tidak pijak tanah. Nenek melayang di atasnya. Langsung tidak ada kesan rumput dan semak dipijak nenek. Yang ada kesan yang sudah dirintis oleh Pak Udin.

Setelah busut itu dibelah jadi dua bahagian, Pak Udin cuba menolaknya dengan sepenuh tenaga. Tidak boleh. Busut itu amat kukuh. Ia melekat di atas tanah. Setelah berehat seketika, Pak Udin menyambung tugasnya semula. Dia mahu belah busut itu lagi menjadi dua bahagian lagi.

Usaha Pak Udin memang menampakkan hasil. Setelah busut itu dibelah dua dan kemudian di belah lagi sehingga menjadi satu perempat bahagian, Pak Udin dapat menolak busut itu dengan mata cangkul yang dibawa. Busut itu terbelah. Kelihatan batu permata berbagai warna tenggelam di dalam tanah busut.

Sungguh kemas binaan yang dibuat oleh anai-anai. Usin sudah dapat mengumpil empat bahagian tanah busut anai-anai. Anai-anai dalam busut itu tidak banyak. Mungkin sudah pindah ke tempat lain atau berada di dalam tanah lebih dalam lagi.

Pak Udin sudah bersedia dengan karung plastic sampah warna hitam yang tidak mudah koyak. Plastik hitam itu memang kukuh. Busut yang sudah dibelah jadi empat bahagian itu dimasukkan ke dalam plastik hitam. Itu plastik sampah yang dia beli di mini market tidak jauh dari rumahnya.

Karung plastik itu diikat kukuh supaya anai-anai yang ada tidak keluar merayap-rayap. Ada empat karung plastik berisi busut jantan di dalamnya. Dengan sekuat tenaga, Pak Udin pikul sebahagian busut itu di atas bahunya. Cangkul, gergaji dan parang pendek dibawa bersama. Busut dalam bungkusan itu disumbat ke dalam bonet kereta.

Dia masuk semula ke pinggir hutan itu. Ada tiga bungkusan lagi yang perlu dibawa. Dia tidak boleh angkat semua sekali. Terlalu berat. Biar lambat, asalkan selamat. "Aku tidak mencuri harta karun ini, aku dapat keizinan dari nenek," kata Pak Udin seorang diri.

Penat lelah yang dialami memang berbaloi.

Dia sudah dapat satu busut jantan yang berisi barang-barang berharga. Entah intan, entah berlian atau batu permata lain, dia tidak pasti lagi.

Sampai di rumah nanti, dia akan pecahkan lagi busut itu. Dia juga ingin tahu adakah emas itu emas tulen atau emas saduran? Sekarang memang banyak emas tiruan. Gelang, rantai, dan cincin emas boleh ditiru.

Memakai barang kemas tiruan lebih baik untuk keselamatan. Jika memakai emas yang sebenar, orang yang memakai akan menjadi sasaran penjahat. Di mana-mana ada orang jahat. Peragut jalanan pun banyak. Peragut di jalan sunyi pun sudah menjadi kebiasaan.

Nenek tidak takut diragut. Dia boleh berjalan seorang diri di waktu dinihari. Nenek tidak takut, sebaliknya orang takut kepada nenek. Mungkin ada pemandu kereta yang memecut ketakutan apabila melihat nenek berdiri di tepi jalan.

Rugi sungguh pemandu yang ketakutan itu. Mungkin sejak dahulu lagi nenek memang mencari seseorang yang jujur dan ikhlas. Nenek mahu menguji seseorang yang hendak diberikan hadian.

Pak Udin adalah salah seorang yang sudah lulus dalam ujian itu. Nenek uji kebaikan hati Pak Udin. Pak Udin tidak berkira. Dia sanggup tumpangkan nenek walaupun keadaan nenek tidak terurus. Mungkin orang anggap nenek ini orang gila.

Hanya orang yang berhati mulia dan tidak memandang seseorang dari pakaiannya, maka orang itulah yang nenek pilih. Nenek pilih Pak Udin untuk diberikan hadiah berupa sebuah busut berisi harta karun.

Kini, tugas Pak Udin sudah selesai. Busut yang dibelah tadi sudah dimasukkan ke dalam kereta. Dia boleh tinggalkan tempat itu bila-bila masa. Tetapi, atas dasar kemuliaan dan budi luhur, Pak Udin masuk semula ke pinggir hutan itu.

"Aku hendak beritahu nenek,"kata Pak Udin. Biarlah nenek tidak kelihatan pun. Pak Udin tetap akan memberikan kata-kata perpisahan kepada nenek.

"Nenek…" kata Pak Udin dengan suara yang jelas. "Aku ucapkan berbanyak terima kasih di atas pemberian nenek berupa sebuah busut jantan. Terima kasih nenek!" kata Pak Udin sambil memandang ke sekeliling. Mana tahu nenek tiba-tiba muncul di situ.

"Nenek… terima kasihlah di atas keikhlasan hati nenek memberikan harta karun ini, aku tidak tahu dengan cara bagaimana lagi hendak membalas budi baik nenek. Sekiranya nenek perlu bantuanku, temuilah aku… aku akan memandu di jalan raya ini seperti biasa agar nenek boleh temui aku. Terima kasih nek!" begitulah kata-kata perpisahan yang dilafazkan oleh Pak Udin.

Nenek Kebayan di Bukit Tujuh

Mujur tidak ada sesiapa di pinggir hutan itu. Mungkin nenek ada di situ. Nenek mungkin mendengar kata-kata Pak Udin itu.

Pak Udin bukan menceroboh kawasan itu. Itu kawasan kepunyaan nenek. Nenek ada simpan harta karun. Kata nenek di situ banyak harta karun. Mungkin nenek akan berikan harta karun itu kepada pemandu lain yang berani dan tidak memilih orang untuk memberi bantuan.

Nenek memang sengaja berpakaian buruk. Memang sengaja dia berambut menggerbang tidak disikat. Penampilan nenek yang begitu menyebabkan orang takut. Nenek hanya tawarkan kepada sesiapa yang berani, tidak kira lelaki atau perempuan.

Jangan anggap nenek itu hantu hutan simpan. Jangan anggap nenek sebagai nenek kebayan sepeti cerita Puteri Gunung Ledang. Nenek tidak tinggal di Bukit Tujuh. Nenek tinggal di sebuah perkampungan tidak jauh dari jalan raya.

Pak Udin memandu dengan fikiran tenang. Hilang rasa mengantuk. Semalaman dia belum tidur. Pagi-pagi lagi sudah menuju ke pinggir hutan untuk mencari harta karun dalam busut. Kini, harta karun itu sudah ada dalam keretanya.

Pak Udin bernyanyi-nyanyi kecil sambil memandu. Petang itu dia tidak perlu berehat. Dia ada tugas. Dia mahu leraikan tanah busut yang melekat pada gelang emas dan cincin emas yang ada. Tanah busut itu keras seperti disimen. Kalau dia sabar, satu-satu gelang emas yang tebal itu boleh dia keluarkan.

Dapat satu pun tidak apa. Sebabnya, Pak Udin hendak bawa gelang emas contoh itu ke kedai emas. Dia mahu tahu, betulkah gelang emas itu tulen atau saduran sahaja.

Kisah Pak Udin jumpa harta karun itu dirahsiakan. Hanya isterinya sahaja yang tahu. "Jangan bagi tahu jiran-jiran," kata Pak Udin kepada isterinya Kak Rogayah.

Anak-anak Pak Udin yang masih kecil tidak tahu menahu tentang barang kemas dan busut. Budak-budak itu tidak peduli langsung dengan busut itu. Mereka fikir ayah mereka telah bawa tanah keras yang tidak berguna. Mereka asyik bermain di bawah rumah. Berkejar-kejaran dan kemudian masuk ke ruang dapur.

Pak Udin bersihkan gelang emas itu. Dia tunjukkan kepada isterinya, Kak Rogayah.

"Ini emas atau bukan?" tanya Pak Udin sambil menimang-nimang di atas tapak tangan kanannya.

Dia serahkan kepada isterinya. "Ini emas bang," kata Kak Rogayah.

"Betulkah ini emas?" tanya Pak Udin tidak pasti. Dia tersenyum. Kak Rogayah pun senyum juga. "Kalau emas tak mengapa, kalau hanya emas tiruan penat sahajalah yang aku dapat."

"Emas!"

"Tak apa, aku nak jumpa Ah Seng, tentu dia tahu emas atau bukan," kata Pak Udin. "Kalau ini emas, aku nak tanya Ah Seng, berapa dia berani beli? Boleh aku jual gelang emas ini dulu."

Petang itu juga Pak Udin pergi ke pekan utama. Pekan itu tidak jauh dari rumahnya di kampung. Dia terus masuk kedai emas kepunyaan Ah Seng. Pemilik kedai emas yang berbadan tegap itu melihat ada seorang lelaki masuk ke kedainya. Mungkin hendak beli emas atau sekadar tengok-tengok emas dari luar peti pameran.

"Ah Seng!" kata Pak Udin. "Cuba lu tengok ini emas atau bukan!" Dia hulurkan gelang kekuningan emas itu kepada Ah Seng.

"Mana lu dapat?" tanya Ah Seng sambil membelek-beleknya dari dekat.

"Adalah!" jawab Pak Udin sambil tersenyum. "Tauke tengok dulu, apa macam, ada betul ka atau tipu punya?"

"Emas tipu tak serupa ma!" kata Ah Seng sambil masuk ke ruang dalam untuk menguji ketulenan emas.

"Emas ka?" Tanya Pak Udin tidak sabar-sabar.

"Ini emas banyak lama woo! Mana lu dapat?" tanya Ah Seng sambil tersenyum.

"Saya dapat mimpi orang tua, orang tua sudah kasi sama saya," kata Pak Udin berjenaka.

"Mimpi ka? Banyak bagus…"

"Yalah, saya mimpi satu orang tua perempuan, rambut putih-putih, dia kasi alamat, suruh saya angkat ini emas dalam hutan," kata Pak Udin membuka cerita.

"Dalam hutan? Ini hantu punya barang lo!"

"Bukanlah! Itu orang tua banyak baik punya," kata Pak Udin lagi.

"Ini emas apa macam, awak mahu jual ka apa?" tanya Ah Seng.

"Berapa lu berani beli?"

"Timbang dululah," balas Ah Seng.

"Satu gram berapa?"

"Itu tak tentulah, harga turun naik."

"Berapa?"

Ah Seng bawa alat pengira dan tunjukkan kepada Pak Udin. Dia tunjukkan jumlah yang Ah Seng tawarkan. Untuk gelang yang padu itu Ah Seng tawarkan seribu ringgit lebih. Harga sebenar mungkin lebih dari itu jika ada orang beli. Pak Udin fikir, harga itu munasabah. Masuk akal.

Lagipun gelang emas itu bukan dia curi. Emas itu pemberian dari seorang nenek yang baik hati. Petang itu Pak Udin senyum lebar. Dalam saku seluarnya sudah ada wang hasil jualan gelang emas yang dia keluarkan dari dalam busut.

Pak Udin mula memasang angan-angan.

Kalau satu gelang emas dia boleh dapat seribu lebih, bagaimana andainya emas-emas yang ada di dalam busut itu dia keluarkan semua? Mungkin puluhan ribu ringgit yang dia boleh dapat.

"Inilah yang orang kata harta karun!" kata Pak Udin memberitahu isterinya Kak Rogayah.

"Harta karun?"

"Ya!"

"Dari mana abang dapat?"

"Ada perempuan tua beri pada aku. Nak kata perempuan tua itu manusia, dia bukan manusia, nak kata hantu pun bukan hantu…" kata Pak Udin dengan suara perlahan.

Dia perhatikan wajah isterinya berubah. Agaknya dia rasa seram apabila Pak Udin kata nenek itu bukan manusia dan bukan hantu. Walaupun bimbang dia kemudian memaksa diri untuk senyum di depan Pak Udin.

"Dah rezeki kita bang," kata Kak Rogayah. Pak Udin cukup lega. Isterinya tidak banyak bertanya. Dia langsung tidak minat hendak tahu lebih dari itu. Asalkan jangan merompak dan menyamun sudahlah.

"Jangan fikir yang bukan-bukan," tingkah Pak Udin.

"Kenapa kata begitu?"

"Habis! Tadi aku kata nenek itu manusia pun bukan, hantu pun bukan."


 

Bukan Emas Tiruan

Bagi Pak Udin, elok juga dia pergi kedai Ah Seng. Dia mahu tunjukkan rupa busut yang dia miliki itu. Dengan casra begitu Ah Seng tidak anggap yang bukan-bukan. Mungkin Ah Seng anggap Pak Udin menipu. Pak Udin segan hendak jual emas lamanya.

Untuk kepastian, Pak Udin tunjukkan serpihan daripada satu perempat bahagian busut yang dia belah. Dia tunjukkan kepada tauke Ah Seng. Pekedai emas itu ternganga melihat benda pelik itu.

"Dalam ini anai-anai punya rumah pun ada emas ka?" tanya Ah Seng.

"Lu sendiri tengoklah, bukan saya mahu tipu," terang Pak Udin.

Ah Seng tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mungkin itulah kali pertama dia lihat busut begitu. Dalam busut ada emas.

"Kasi saya satu busut kecik punya," kata Ah Seng.

"Berapa lu berani bayar?"

"Agak-agaklah, cincai…" Ah Seng tertawa.

Setelah tawar menawar, akhirnya Pak Udin menjual seperempat busut anai-anai yang berisi barang-barang perhiasan yang tidak ketahui isinya. Mungkin Pak Udin rugi kalau dijual secara borong begitu.

"Tapi jangan cakap saya tipu, dalam busut ini ada banyak atau sikit saya pun tak tahu, macam mana mahu x-ray ini busut?" kata Pak Udin memberitahu Ah Seng.

"Saya bukan mahu kasi pecah. Saya mahu simpan dalam almari, kasi orang tengok, apa macam," jelas Ah Seng.

"Kalau begitu tidak apa," ujar Pak Udin.

Pak Udin tidak rasa rugi. Benda-benda itu semua adalah pemberian perempuan tua yang dipanggil nenek. Sekiranya nenek tidak tunjukkan busut itu, sudah tentu Pak Udin tidak merasa duit Ah Seng. Ah Seng pun tentu tidak pernah tengok emas dalam busut seumur hidupnya.

Urusan dengan Ah Seng selesai. Pak Udin sudah mendapat wang hasil menjual busut anai-anai yang mengandungi batu permata dan gelang emas. Dalam keretanya ada tiga ketul lagi busut anai-anai yang belum dibelah. Dia pun tidak tahu apa isi di dalamnya.

Busut anai-anai itu hendak dibawa ke Kuala Lumpur. Pak Udin hendak tunjukkan busut itu kepada orang Kuala Lumpur. Pak Udin perlu buktikan bahawa dia bercakap benar. Seandainya dia ceritakan kisah nenek kebayan itu, tentu orang tidak percaya.

Betul juga kata Pak Udin. Orang Kuala Lumpur anggap Pak Udin kaki temberang. Bob Leman ketawa mendengar cerita Pak Udin dapat harta karun dari nenek kebayan.

"Janganlah nak mengarut bang!" kata Bob Leman. "Cerita dengan orang zaman dahulu yang tidak sekolah bolehlah diterima. Zaman sekarang orang tidak percaya lagi."

"Aku tak tipu, Bob. Terpulang kalau kamu hendak percaya atau tidak, tetapi di dalam bilik aku ada busut yang sudah aku potong-potong. Boleh tengok apa isinya," terang Pak Udin bersungguh-sungguh.

"Cerita orang dapat harta karun, mungkin cerita orang dulu. Sekarang mana ada harta karun." Bob Leman tetap menyanggah kata-kata Pak Udin.

"Jadi, kamu tidak percaya?"

"Tidak!"

"Kalau aku tunjukkan sekarang bagaimana?"

"Tunjukkan cepat, jangan cakap sahaja," Bob Leman mencabar Pak Udin.

"Mari ikut aku," ajak Pak Udin kepada kawan baiknya Bob Leman. Mereka menuju ke sebuah bangunan kedai empat tingkat. Pak Udin menyewa pejabat kecil dan juga tempat rehatnya di situ.

Bob Leman ikut sahaja ke mana Pak Udin pergi. Bob Leman salah seorang peminat benda-benda pelik. Kalau ada benda-benda lama yang memelikkan pasti dia ingin memiliki. Tentu dia juga terpikat dengan busut anai-anai milik Pak Udin.

Sebaik masuk ke bilik Pak Udin tahulah Bob Leman, bahawa kawan baiknya itu yang dipanggil Pak Udin nama sebenarnya Pak Saripudin. Nama itu terpampang di atas meja Pak Udin. Selama ini dia hanya panggil Pak Udin sahaja.

"Mana busut yang kamu kata tu?" tanya Bob Leman tidak sabar.

"Tu!" tunjuk Pak Udin ke sudut bilik. Ada kain hitam yang diletakkan di situ untuk menutup busut anai-anai.

"Mana?" Bob Leman tersengih. Dia masih tidak percaya. Dia anggap Pak Udin hendak mempermainkannya.

Pak Udin menarik kain hitam itu. Dia pasang lampu untuk menerangi kawasan sudut bilik. Bob Leman terdiam setelah melihat busut yang sudah dipotong. Ada tiga ketul tanah busut yang terletak di situ.

"Cuba kamu lihat apa isinya dalam busut itu," pinta Pak Udin kepada Bob Leman.

"Ini macam emas!" suara Bob Leman dengan nada hairan.

"Inilah yang orang kata harta karun. Orang cari harta karun tidak dapat, tetapi aku cari harta karun boleh dapat macam ini," terang Pak Udin bersemangat.

"Tapi… bagaimana kau boleh dapat? Macam itu aku pun nak cari juga," kata Bob Leman.

"Benda begini tidak boleh diminta-minta," terang Pak Udin kepada kawannya.

"Kena cari?"

"Cari pun tidak," sanggah Pak Udin sambil tersenyum.

"Kalau begitu?"

"Kena sabar," terang Pak Udin. "Kita tidak boleh cari harta karun hanya main agak-agak sahaja. Saya secara kebetulan jumpa nenek. Dia yang beri kepada saya. Saya tak pernah minta pun kepada dia. Saya tidak tahu dia ada simpan harta karun."

"Mungkin nenek itu pilih awak sahaja," kata Bob Leman lagi.

"Tidak juga," balas Pak Udin. "Nenek sudah lama hendak menyerahkan harta karun kepada pengguna jalan raya yang ada, tetapi seorang pun tidak pedulikan nenek. Orang yang lalu-lalang anggap nenek ini perempuan gila."

"Bagaimana kamu tahu nenek di situ?"

"Aku kerap gunakan jalan raya itu pada waktu malam. Nenek hanya berada di situ pada pukul 12.00 tengah malam hingga pukul 5.00 pagi."

"Mana kamu tahu?"

"Biasanya kalau aku lalu situ, aku pasti nampak perempuan tua di tepi jalan. Perempuan tua ini tidak peduli kepada sesiapa yang lalu. Tetapi pagi itu entah bagaimana dia pilih aku, dia tahan kereta aku," jelas Pak Udin lagi.

"Bertuah awak menjadi pilihan nenek."

"Nenek sebenarnya hendak bagi kepada sesiapa sahaja, tetapi kebanyakan pengguna jalan raya anggap dia perempuan gila, perempuan miskin, orang pun tak peduli."

"Nenek tidak suka orang sombong, agaknya."

"Mungkin."

"Boleh tak aku cuba jalan di situ pada waktu malam?" soal Bob Leman pula.

"Aku tidak jamin, sebab awak sudah niat begitu," kata Pak Udin.

"Jadi, kita tidak boleh dapat harta karun tu?" tanya Bob Leman bersungguh-sungguh.

"Kamu boleh dapat. Orang lain pun boleh asalkan berani," tegas Pak Udin sambil tersenyum memandang wajah Bob Leman yang berkerut memikirkan sesuatu.

"Aku berani," kata Bob Leman.

"Beranikah kamu di pagi-pagi waktu terang bulan nampak perempuan di tepi jalan. Entah-entah dia bukan nenek kebayan seperti yang aku jumpa? Beranikah kamu berhenti dan bagi tumpang pada dia? Silap-silap nanti setelah masuk dalam kereta, kereta jadi berat, sebab apa? Sebab nenek sudah hilang, yang tinggal busut sahaja!" kata Pak Udin mereka-reka cerita yang menakutkan.

"Eh! Apalah kau ni buat aku takut sahaja," Bob Leman mencelah.

"Aku cerita sahaja," kata Pak Udin. "Kalau kamu berani pergilah, tetapi aku tak jamin kamu boleh jumpa nenek kebayan atau tidak."

"Kamu pastikah dia itu nenek kebayan?"

"Ya! Perempuan tua seperti itu, kamu nak kata apa lagi?"

"Bukankah nenek kebayan tu cerita lama zaman Sultan Melaka dulu?"

"Ini nenek kebayan lain, bukan nenek yang sama," terang Pak Udin.


 

Nenek Kebayan Baik Hati

Sebenarnya Pak Udin pun tidak pernah jumpa nenek kebayan seperti cerita nenek kebayan di Gunung Ledang itu. Pak Udin hanya jumpa nenek kebayan di hutan tepi jalan dekat Bukit Tujuh. Hendak sebut nama tempat Pak Udin tidak tahu. Entah kilometer berapa pun Pak Udin tidak ambil tahu. Dia cuma tahu sebut hutan dekat Bukit Tujuh.

Sebenarnya, sejak Pak Udin mendapat harta karun misteri itu, dia tidak nampak lagi perempuan tua itu. Sudah beberapa kali dia lalu di jalan raya itu. Kelibat nenek tidak kelihatan.

Pak Udin sudah berkali-kali berulang dari kampung ke Kuala Lumpur. Dia melalui jalan raya itu. Setiap kali lalu di situ dia memperlahankan kereta. Memandang ke arah kiri jalan. Mana tahu ada nenek di situ. Ke mana nenek pergi?

Sebenarnya Pak Udin ingin bertemu nenek sekali lagi. Bukan hendak minta busut. Tidak. Dia mahu beritahu nenek, adakah harta karun itu masih ada lagi? Kalau ada, dia mahu tanya nenek, orang yang bagaimana menjadi pilihan nenek untuk diberikan harta karun?

Nenek tentu sudah tentukan orang yang layak diberi harta karun itu. Orang itu mestilah berani. Jangan takut berjalan pada waktu pagi di tepi hutan. Jangan anggap nenek itu hantu hutan atau jin jahat.

Setelah tiga bulan lamanya Pak Udin gagal mengesan nenek kebayan, dia mula melupakan nenek. Baginya, mungkin nenek tidak bercadang untuk bertemu dengannya lagi. Nenek akan mencari orang lain untuk diberikan harta karun itu.

Harta karun itu tidak semestinya disimpan dalam busut. Mungkin dia letakkan di bawah batu besar. Mungkin di dalam tanah dan perlu dikorek. Busut jantan itu hanya satu kebetulan sahaja. Tidak mungkin nenek akan tunjukkan busut yang lain.

Di Kuala Lumpur, kisah Pak Saripudin mendapat harta karun daripada nenek kebayan sudah diberitahu kepada kawan-kawan yang rapat. Ada juga wartawan majalah menemui Pak Udin untuk menemu ramahnya. Kisah Pak Udin dapat harta karun disiarkan di dalam Intisari, sebuah majalah misteri.

Orang yang tidak faham tentang Pak Udin akan anggap Pak Pak Udin seorang bomoh harta karun. Dia pandai dapatkan harta karun dengan menggunakan nenek kebayan.

"Aku bukan bomoh," kata Pak Pak Udin. Dia tahu, dia tidak boleh jadi bomoh, sebab kerja bomoh dipandang hina oleh masyarakat. "Nanti orang anggap aku amalkan ilmu yang tak guna."

"Habis kalau bukan bomoh, apa dia pulak?"

"Aku peminat benda-benda misteri, suka benda-benda yang aneh, benda-benda luar biasa," terang Pak Pak Udin kepada wartawan Intisari.

Lebih tiga bulan lamanya Pak Udin mengharapkan sesuatu dari nenek kebayan. Dia mahu memberikan sesuatu kepada perempuan tua itu. Di mana dia tinggal? Adakah dia tinggal di dalam hutan belantara itu?


 

Bukan Manusia Biasa

Sekarang Pak Udin sudah tahu, bahawa nenek kebayan itu bukan seorang manusia biasa. Bukan seorang nenek biasa. Dia adalah nenek kebayan seperti kisah Puteri Gunung Ledang. Pada mulanya Pak Udin fikir nenek kebayan ini seorang perempuan tua yang tinggal di situ. Dia berulang-alik kerana berniaga di simpang jalan tidak jauh dari situ. Rupa-rupanya tidak. Nenek tidak berniaga. Tidak ada saudara-mara. Dia hidup sebatang kara.

Maklumat terbaru ini Pak Udin ketahui melalui mimpi.

Mimpi hanya mainan tidur kata orang. Pak Udin mimpi nenek kebayan bertemu dengannya di rumah. Pelik sungguh. Nenek boleh datang ke rumah dengan berjalan kaki. Itu dalam mimpi.

"Wahai cucu, ingatkah kamu dengan nenek yang kamu temui di Bukit Tujuh?" itulah soalan yang dikemukakan oleh nenek kebayan.

Pak Udin terkejut. Nenek kebayan muncul tiba-tiba.

"Ketahuilah, setelah perjumpaan ini, nenek tidak akan dapat kau temui lagi. Nenek akan pergi dari Bukit Tujuh," kata nenek kebayan memberitahu Pak Udin.

Di dalam mimpi itu juga, Pak Udin diberitahu, bahawa nenek kebayan bukanlah seorang manusia biasa. Dia bukan dari bangsa manusia.

Kata nenek, sejak dahulu lagi dia memang hendak menolong manusia. Pengguna jalan raya kebanyakannya tidak ambil peduli kepada nenek.

"Mungkin manusia anggap nenek ini perempuan jijik, pengotor, atau orang gila," kata nenek kebayan menerangkan.

Betul juga kata-kata nenek kebayan itu. Pak Udin pun fikir begitu. Sebab itulah tidak ada pengguna jalan raya yang berani berhenti di situ. Hanya orang yang berani sahaja boleh mendapat harta karun. Kebanyakan pengguna jalan raya, tidak berani berhenti di situ. Mereka sudah dengar berbagai cerita menyeramkan.

Ada yang kata nenek kebayan boleh sorokkan orang. Dia boleh colek mana-mana orang yang dia suka. Sesiaspa kena colek, orang itu akan disorokkan dalam hutan. Orang itu akan diberi makan makanan kotor. Keluar dari hutan sudah jadi orang hilang akal atau gila.

Itu semua adalah tuduhan palsu. Nenek sebenarnya makhluk yang baik. Walaupun dia bukan dari bangsa manusia, dia seorang nenek yang berduri luhur. Sangat baik, lembut tutur katanya. Dia tidak pernah meninggikan suara.

Setelah mimpikan nenek datang ke rumah, tahulah Pak Udin. Nenek bukan seorang manusia biasa. Patutlah dia tidak pijak tanah. Dia tidak memijak rumput dan lalang ketika meredah belukar di tepi jalan. Dia boleh bergerak dengan pantas. Dia boleh pergi ke mana-mana sahaja.

"Gunakanlah harta yang aku berikan tempoh hari untuk tujuan kebaikan. Jangan sekali-kali kamu berlagak sombong. Kekayaan harta tidak membawa kamu ke mana-mana di dunia ini. Jika kamu sombong dan lupa daratan, harta itu akan luput menjadi daun kering," begitulah amaran yang diberikan oleh nenek kebayan kepadanya.

Amaran nenek kebayan itu adalah rahsia Pak Udin. Hanya dia yang bermimpi jumpa nenek kebayan. Nenek kebayan itu bukanlah dari bangsa manusia. Tidak boleh ditemui pada waktu siang. Dia hanya bergerak pada waktu malam terutama pukul 12.00 tengah malam hingga ke pagi sebelum waktu subuh.

Inilah misteri nenek kebayan. Orang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu terhadap nenek kebayan. Orang anggap nenek kebayan ini tokoh lama. Orang kolot sahaja yang percaya kepada adanya nenek kebayan. Kini, Pak Saripudin yang sudah pandai gunakan computer, boleh gunakan internet, boleh buka laman sesawang apa sahaja, dia telah bertemu dengan nenek kebayan secara nyata. Dia boleh berbual-bual di dalam kereta.

Nenek kebayan dalam cerita zaman Sultan Melaka sebenarnya masih wujud. Nenek kebayan di Gunung Ledang sudah meninggal dunia. Dia digantikan dengan nenek yang lain pula. Mereka juga seperti manusia biasa. Mereka ada masyarakatnya sendiri. Mereka mempunyai kampung yang aman damai. Jarang manusia dapat masuk ke kampung mereka.

Pak Udin telah memasuki perkampungan mereka. Kawasan hutan tepi jalan yang diredah oleh Pak Udin adalah kampung nenek kebayan. Nenek kebayan suruh dia ambil harta karun.

"Ambillah, dan jangan kau takut, kerana nenek memang sudah lama ingin memberikan harta ini kepada kamu," ujar nenek kebayan.

Suara nenek kebayan masih terngiang-ngiang di telinganya. Bagi Pak Udin orang yang tidak faham memang tidak percaya.

Bob Leman yang gemar mengumpul benda-benda pelik sangat tertarik dengan busut jantan yang Pak Udin miliki.

"Bolehkah aku beli serpihan busut ini? Ada cincin emas atau batu merah pun tidak mengapa," kata Bob Leman setelah berbulan-bulan tidak bertemu Pak Udin.

"Ada kamu pergi ke Bukit Tujuh nak jumpa nenek kebayan?" tanya Pak Udin berseloroh.

"Tak sanggup aku," kata Bob Leman. "Aku bimbang nanti bukan nenek yang aku jumpa, benda-benda lain yang menakutkan pula yang datang."

"Selalunya begitu, kalau ada orang mengharapkan sesuatu," suara Pak Udin tegas.

"Itu sebab aku tak nak pergi sana."

"Sebenarnya nenek kebayan ada jumpa aku dalam mimpi. Nenek beritahu, dia hendak pergi dari situ. Dia tidak beritahu ke mana dia hendak pindah," ujar Pak Udin lagi.

"Kalau nenek sudah pindah, tidak akan peluang orang lain hendak dapat harta karun," Bob Leman berpendapat.

"Tidak juga, sebab makhluk misteri seperti nenek ini boleh bergerak cepat. Mereka bergerak pada waktu malam kerana suasananya yang aman dan sejuk," terang Pak Udin.

"Pak Udin sudah jumpa nenek dua kali, jadi tidak takut lagi kalau jumpa di mana-mana."

"Memang dua kali, tetapi sekali di tepi jalan raya, dan kali kedua dalam mimpi," ujar Pak Udin kepada Bob Leman.

"Agaknya ke mana nenek pindah?" tanya Bob Leman memancing cerita.

"Entahlah!"

Pak Udin sendiri tidak tahu ke mana nenek pindah. Mendengar cerita itu tentu orang lain tidak ada peluang untuk bertemu nenek. Orang lain juga tidak ada peluang untuk dapatkan harta karun.

"Nampaknya nenek hanya hendak beri kepada kamu sahaja," kata Bob Leman pula.

"Bukan begitu, hanya kebetulan, mungkin ada orang lain yang sudah dapat, nenek tidak ceritakan pada aku," kata Pak Udin.

Bob Leman bersungguh-sungguh hendak tahu siapa sebenarnya nenek kebayan itu. Pak Udin terpaksa menerangkan keadaan nenek kebayan itu.

Kata Pak Udin, nenek kebayan itu hanya panggilan Pak Udin sahaja. Ketika bertemu dengannya, Pak Udin memanggil nenek. Tidak diketahui siapa nama sebenarnya. Mungkin dia seorang puteri yang menyamar sebagai nenek.

"Di Malaysia tidak ada cerita puteri-puteri misteri seperti di Indonesia sana," terang Pak Udin kepada Bob Leman. "Kalau di sana, setiap bukit, setiap air terjun atau perigi, ada sahaja puteri misteri yang jadi penjaga."

"Maksud Pak Udin?"

"Penjaga ini umpama pemilik tempat. Dia menjaga air terjun, menjaga bukit, menjaga gunung atau perigi. Tetapi yang jadi penjaga ini bukan manusia macam kita. Mereka adalah makhluk seperti nenek yang aku jumpa di Bukit Tujuh."

"Jika begitu, mungkin nenek kebayan di Bukit Tujuh sudah pindah ke bukit lain," ujar Bob Leman lagi.

"Itu aku tak tahu, nenek tidak beritahu ke mana dia hendak pergi. Dia cuma kata hendak pindah ke suatu tempat, boleh jadi dekat situ sahaja atau dalam satu negeri sahaja," tekan Pak Udin memberi pendapatnya.

Kisah nenek kebayan tiba-tiba menarik minat Bob Leman dan seorang wartawan majalah misteri yang kebetulan selalu singgah ke bilik Pak Saripudin.

Ada banyak kisah misteri yang telah dialami oleh Pak Udin. Kisah misteri itu banyak yang tersimpan. Dia tidak ceritakan kepada sesiapa pun. Kalau Pak Udin rajin, dia boleh buat satu koleksi benda-benda misteri yang dia miliki.

Di dalam bilik Pak Udin ada beberapa bilah keris yang dia kumpul. Dia juga memiliki sebuah patung wayang kulit misteri. Itu patung wayang kulit yang dia bawa dari Siam.

Dia juga ada menyimpan selendang lama. Tongkat dari buluh. Tongkat dari kayu misteri. Tidak termasuk batu permata berbagai jenis.

"Bob, kalau kamu minat dengan benda-benda begini, kamu pun boleh kumpulkan seperti yang aku miliki sekarang," kata Pak Udin sambil menepuk bahu Bob Leman.

Bob Leman datang ke bilik pejabat Pak Udin semata-mata hendak mengambil serpihan busut jantan pemberian dari nenek kebayan.

"Benda ini aku nak simpan sebagai kenangan," kata Bob Leman.

"Cerita tentang busut jantan ini tidak ada tokok-tambah tahu? Aku cerita apa yang aku alami. Jangan pula kamu tambah-tambah kalau ada orang tanya tentang busut ini," nasihat Pak Udin kepada Bob Leman.

"Aku tak akan tambah, aku cerita apa yang aku dengar dari Pak Udin. Buat apa aku tambah-tambah, nanti jadi cerita karut pula," kata Bob Leman kepada Pak Udin.

Setelah Bob Leman keluar membawa bungkusan berisi busut jantan, wartawan Intisari pula masuk kerana hendak bertanyakan sesuatu kepada Pak Udin.

Pak Udin juga tunjukkan busut jantan yang tersimpan untuk dirakamkan gambarnya. Pak Udin tidak lokek walaupun benda itu adalah pemberian daripada nenek kebayan di Bukit Tujuh. [ ]


 


 

KEPELBAGAIAN PRODUK MINYAK PENGASIH

Minyak Pengasih

Bagi peminat minyak pengasih yang kurang "power" mereka lebih gemar mendapatkan minyak pengasih gred kedua atau ketiga asalkan tidak berkaitan dengan bahan kotor seperti minyak dagu (laman blog ini). Ada berbagai jenis minyak pengasih yang dicipta oleh kalangan spiritualis, dukun pengasih, bomoh atau paranormal. Nama-nama minyak pengasih pun pelik-pelik mengikut masing-masing yang menciptanya. Setiap pengeluar minyak pengasih mendakwa barang keluaran mereka lebih hebat daripada minyak pengasihan yang ada. Dukun Dayak Kalimantan mendakwa minyak pengasihnya lebih hebat dan jangan dibuat main-main atau eksperimen. Begitu dukun dari Ambon mengatakan ilmu pengasihnya sangat keras, akibatnya fatal, atau sendiri jadi tidak siuman. Selagi tidak dicuba orang tidak akan tahu. Iklan-iklan minyak pengasih selalunya menggoda peminatnya. Rasa ingin mendapatkan minyak pengasih begitu kuat di kalangan orang yang tidak percaya kepada diri sendiri. Minyak pengasih ini adalah jenis guna-guna yang menjadi bahan sugesti untuk memikat atau memperdayakan pandangan seseorang.

Contohnya, Minyak Suci Penakluk Cinta, ia diperbuat daripada sari minyak pengasih yang ada di berbagai tempat. Jika dikenakan kepada seseorang, konon ia akan menyebabkan orang itu akan melutut, bahkan sanggup menyerahkan raganya. Air Mata Duyung, nama minyak pengasih ini sudah lama dijaja penjual ubat kaki lima, konon ia berkhasiat untuk memikat pasangan atau untuk mendapatkan pasangan yang istimewa, untuk pelaris perniagaan dan boleh juga memisahkan pasangan yang terlibat "makan luar" terutama yang sudah berumah tangga. Yang menghairankan, dalam dunia minyak pengasihan ini, ada dukun, pawang atau paranormal yang menumpukan sepenuh kariernya dalam penghasilan minyak pengasih tanpa peduli mengapa minyak itu dihebahkan untuk perniagaan. Tanpa rasa bersalah, ada yang mendakwa Minyak Pelet Wangi Alam, sangat berguna untuk golongan homoseks dan lesbian. Dengan mencalitkan minyak ini, pasangan sejenis itu akan kekal dan enggan berpisah. Minyak Mustika Kembang dan Mentari sebagai contoh cukup laris untuk kegunaan wanita penghibur, baik sebagai GRO, pelayan malam, sang kupu-kupu, konon dapat menambah bilangan pelanggan. Minyak Pengasih Raga Sukma pula kata penciptanya tidak boleh dijadikan eksperimen, sebab sesiapa yang terkena akan tergila-gila terus. Ubatnya, pasangan ini perlu menikah. Cuma tidak diketahui dengan bahan apa minyak pengasih itu dibuat (Majalah Misteri, November, 2010). Pengamal Perubatan Tradisional di Selayang, Selangor, Malaysia, menyenaraikan khidmat minyak pengasih yang berbagai jenis, iaitu: Minyak Cenderawasih, Minyak Cintamani, Lambaian Semangat, Puja Semangat, Pasak Kasih Sayang, Pengasih Setempat, Pandangan Pengasih, Cenuai Buluh Perindu, Minyak Buluh Perindu dan berbagai lagi (Tabloid Media Terkini, Kuala Lumpur, Malaysia,November, 2010). Untuk makluman, penulis catatkan sejumlah nama minyak pengasih atau benda jenis pengasihan yang diwar-warkan oleh peciptanya dengan berbagai nama. Perlu dicatat pengaruh Jawa terlalu mendalam di kalangan pengamal perubatan tradisional di Malaysia.

Ken Dedes – boleh menjadikan wajah yang kurang menarik tambah menarik dan menawan. Kekuatan magisnya amat dahsyat membuatkan sesiapa yang melihat atau terkena akan tergila-gila. Sesuai untuk seleb-riti atau isteri yang ditinggalkan suami. • Bulu Perindu Sejati – media ghaib untuk pengasihan sehingga orang yang dikenakan akan tunduk dan pasrah. Pengasihan ini bertindak secara senyap, cepat dan abadi. • Air Mata Duyung – boleh memikat orang yang disukai dalam waktu singkat. Minyak ini boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan suami isteri yang bermasalah, boleh digunakan untuk memisahkan hubungan di luar rumah dengan seseorang. Pengasih boleh digunakan untuk memikat orang kaya, banyak harta dan sebagainya. • Ajian Selasih Hitam – mengikut pembuatnya, ia sejenis minyak pelet kuno yang bekerja aktif langsung ke akal fikiran orang yang dituju. Orang itu akan rindu dan menangis, rindu setengah mati, selalu ingin berdampingan. • Minyak Gondo Arum – mengikut kata perekanya, ia diramu khas dengan magis ampuh, reaksinya boleh dibuktikan dengan cepat. Kalau diberi beberapa titik untuk minuman, orang yang benci akan jadi sayang dan cinta. Jika dibakar boleh manarik kekasih yang menjauh. Benda ini juga boleh digunakan untuk memisahkan atau pembenci. • Minyak Sari Pelet – minyak ini didakwa sebagai raja segala ilmu pelet, sekali terkena pasti lekat, jadi jangan buat main-main atau untuk eksperimen sahaja. Tidak kira hendak pikat siapa, kaum sejenis atau bukan sejenis, tetapi telah diingatkan supaya tidak merosak rumah tangga orang (nasihat yang biasa di kalangan pemilik pengasihan). •    Mustika Pelet Asmaradana – ia dapat menakluk hati yang paling ampuh bagi mereka yang sedang ada hati terhadap seseorang. Pemiliknya mendakwa ia berkesan dan terbukti dalam waktu singkat. • Semar Hitam – ramuan yang menakjubkan untuk pengasihan (jenis calit), mudah tarik jodoh, memikat seseorang, auranya lebih seratus peratus kata pemiliknya seorang anak muda berkupiah putih. • Semar Putih – ramaunya hampir sama, tetapi ia boleh digunakan untuk jarak dekat dan jarak jauh. • Minyak Pelet Dewi Lanjur – ciptaan dukun pengasih yang bersifat hipnotis mi segera. Begitu dicalitkan, fikiran orang yang dicalit akan jadi kosong. Sebut nama orang yang hendak ditujukan itu secara lengkap. Tetapi minyak ini bukan untuk eksperimen, bimbang akan merosakkan fikiran orang yang dituju. • Ilmu Pelet Gendam – kata guru spiritual yang menciptanya, dengan ilmu ini anda akan dapat mengirimkan getaran cinta sehingga orang yang dituju akan pasrah dan tergila-gilakan anda. • Pelet Telepati Piramida – dikatakan salah satu bentuk warisan ilmu Mesir kuno yang digunakan oleh dukun tenung di zaman Fir'aun. Pemiliknya pernah berada di Mesir untuk mengintai ilmu kuno ini. Pasangan yang dituju akan tergila-gila jika terkena. Setiap saat, di mana pun berada, orang itu akan teringat kepada orang yang mencalit ketika pertemuan di mana-mana. •    Pelet Semar Menangis – kata pemilik yang berpenampilan kiayi ini, ia menggunakan daun sirih beberapa lembar. Jika ditujukan kepada seseorang, si dia akan teringat bahkan termimpi-mimpi.

Sebenarnya jika dicatatkan semuanya, ia akan menjadi sebuah buku khas mengenai minyak pengasih sahaja. Cara bagaimana minyak pengasih itu dibuat hanya para dukun dan pawang atau paranormal itu sahaja yang mengetahui. Ada rahsia tersembunyi yang tidak diceritakan kepada orang lain. Sekiranya mereka juga menggunakan bahan-bahan "kotor" seperti orang membuat minyak dagu, tentu orang tidak mahu mendapatkan bahan tersebut. Senarai tadi ialah benda-benda yang dikategorikan sebagai ilmu pengasih.Selain pengasih, lawannya adalah pembenci. Dua ilmu digunakan oleh orang yang ketagih dengan ilmu karut. Ilmu pengasih dan pembenci ini termasuk dalam ilmu sihir. Menggunakan ilmu sebegini adalah ditegah. Tahu maklumat tidak mengapa, tetapi jangan sekali-kali jumpa dukun atau pakar pengasih untuk mendapatkan nasihatnya. Dalam sebuah hadis sahih dinyatakan dengan jelas: "Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik." (HR. Imam Ahmad dalam Musnad dan Abu Daud dalam Sunan). Ilmu pengasih yang diperoleh dengan cara melanggan melalui pos, secara online atau SMS sebenarnya mengundang bahaya kepada pengamalnya. Peminat ilmu ini biasanya ingin main-main, mencuba keampuhan atau betul-betul ingin mengenakan seseorang atau pembencian.


 

Proses Penciptaan Minyak Pengasih

Semua minyak ciptaan orang perseorangan ini sudah melalui proses meramu atau meracik bahan, kemudian dicampurkan bahan itu, ditapakan atau disimpan, didoakan atau dimanterakan mengikut bagaimana pembuatnya belajar dengan gurunya. Yang diserahkan kepada peminatnya adalah barang yang sudah siap, terus digunakan. Soal ramuan tidak diceritakan sangat secara lengkap. Biasa orang menyebut bahawa minyak itu telah didoakan dengan bacaan al-Quran dan sebagainya. Ada juga yang telah meritualkan minyak ciptaan itu di tempat tertentu untuk mengundang "bantuan luar" supaya membangkitkan energy kepada benda yang ditapakan itu. Senarai yang disebutkan tadi memperlihatkan kaedah ini. Apa pun minyak pengasih hanya sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, dalam hal ini untuk mendapatkan pasangan hidup, pasangan berbuat jahat untuk suka-suka sahaja atau apa sahaja tujuan duniawi. Minyak pengasih yang disebutkan tadi termasuk dalam kelompok sihir guna-guna atau sihir mahabbah. Ia merupakan perkara yang dilarang di dalam Islam. Nabi s.a.w. telah menyatakan: "Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal dan guna-guna adalah syirik." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim).


 

Guna Pengasih

Mengapa sihir seperti ini dicari oleh golongan tertentu? Puncanya adalah kerana masalah rumah tangga, pergaduhan dari rasa cemburu, suami cemburukan isteri, isteri cemburukan suami. Ada pula isteri yang cemburu kalau kekayaan suami akan jadi milik orang lain sekiranya suami berkahwin satu lagi. Di luar institusi rumah tangga pula, ada orang gunakan minyak pengasih dan seumpamanya untuk mendapatkan pasangan secara cepat. Justeru dalam diam-diam orang seperti ini akan menemui dukun, pawang, paranormal atau penjual ubat kaki lima untuk mendapatkan apa yang disifatkan sebagai minyak pengasih. Ada pula kalangan lelaki atau wanita mendapatkan minyak pengasih bagi tujuan eksperimen, untuk menguji sejauh mana minyak itu ada power atau tidak, rasa ingin tahu begitu tinggi setelah mendengar penjelasan dukun atau pawang yang cakap-cakapnya nampak besar dan meninggi (ego). Ada pula pawang atau dukun yang mengatakan minyaknya ramuan dari zaman silam, zaman Majapahit, zaman Sriwijaya, atau zaman Kesultanan Melaka. Tidak ada bukti menunjukkan bahawa ilmu itu masih wujud, dakwaan ini hanya rekaan semata-mata untuk mengelabui orang yang tenggelam dalam mistik pengasih.Rasa ingin tahu ini lebih tinggi daripada soal kesan jangka panjang penggunaan minyak pengasih. Dalam rumah, isteri mengenakan suami atau suami mengenakan isteri dengan minyak pengasih yang bukan-bukan.

Tujuannya menggunakan pengasih memang untuk kebaikan, tetapi rasa cemburu yang tebal menyebabkan timbul syak wasangka berpanjangan. Jika perkara ini dibawakan kepada bomoh, dukun atau pawang, mereka sedia menangguk di air keruh dengan masalah orang lain. Lalu, jaring pun dipasang untuk mendapatkan ikan yang banyak. Secalit dua minyak pengasih akan menyebabkan orang yang dikenakan jadi tunduk, timbul perasaan cinta yang meluap-luap, ingin bertemu setiap hari, tidak mahu berpisah, asyik mabuk kepayang, teringat-ingat, terkenang-kenang, jika mereka tidak berkemampuan dari segi urusan nikah kahwin yang remeh-temeh, lebih-lebih hantaran yang kian meningkat, mereka akan memilih jalan singkat sebab keinginan yang berlebihan untuk melakukan zina begitu hebat. Inilah kesan minyak pengasih yang orang tidak tahu. Bahkan ada sejenis minyak pengasih yang boleh ditujukan secara jarak jauh, melalui telefon tangan atau facebook, hingga bermimpi yang asyik kerana pengaruh sihir mahabbah ini. Minyak pengasih yang siap pakai ini tidak diketahui proses pembikinannya. Adakah ia menggunakan benda kotor, dimanterakan di perkuburan atau tempat-tempat yang disangka keramat, di tempat ibadat bukan Islam atau melibatkan penyembelihan haiwan, siapa pun tidak tahu. Semua ini dianggap rahsia. Selalunya golongan ini akan memberitahu: "Maaf ya, tentang bab ini kita tidak boleh beritahu, guru saya sudah berpesan tidak boleh beritahu kepada sesiapa pun." (Dipetik dari TANGKIS PERDAYA SYAITAN, oleh Misnon Jamil (Penyusun). []

Sunday, 29 May 2011

PUISI SEJUTA ANAK MUDA DI SANA

begitulah telah terjadi di suatu hujung minggu
sebagai pertanda kebingungan mencari arah dan dana
begitu dicanangkan seantero jaga langit Melayu yang menyatu dalam kelopak bunga satu
bertebaranlah caca marba budaya yang kehilangan arah dan halatuju
entah ke mana akan dibawa anak-anak muda di bawah himpunan
tak ketahuan berapa bilangan anak-anak muda yang pamer diri di bawah mentari menjulang jejari telunjuk
menikam langit zaman.

orang-orang pada bingung memikir sejuta anak muda di sana
digembleng di bawah payung biru buat mendobrak kesombongan
terkibarlah sang aku mengaku penyambung lidah sombong anak bangsa
anak-anak yang persis bangun kesiangan linglung di bawah jelaga kepalsuan
mempamer sebuah pedalangan tanpa kelir dan lampu
tidak ada petruk dan bagongan di sini
kerana wayang telah bermula sekian lama dengan skrip indah memutih
tiada celanya, begitu anak-anak muda yang ke sejuta
datang dengan selipar berdaki berjejal dalam rempuhan sejuta manusia
bagai anak-anak tak ketahuan asal-usul melimpah dalam kebingungan
mendengar amanat lelaki itu sambil mengibarkan telunjuk di udara
satu, satu manusia sejuta rebah dalam kepalsuan.

sementara di suatu padang yang lain sejuta anak-anak muda telah hadir tanpa pamer dan surat undangan, tanpa riuh rendah tanpa koran tanpa iklan tanpa radio dan hebahan seranta
berjejalan anak-anak muda yang ke sejuta satu orang mundar-mandir
dia yang hadir di himpunan sejuta itu dan kemudian ke pinggir lalu masuk ke laman itu
dia adalah anak muda ke sejuta satu
tiba-tiba berteriak konyol
tak siapa hadir dalam perhimpunan sejuta rakyat itu kalau tidak ada paksaan yang memaksa dan menyesakkan jiwa
anak-anak muda dibuai rentak indie dan pelbagai penipuan bersama longgok retorik
semuanya linglung di padang itu tidak tahu kenapa justeru berada di padang itu dan terjerit-jerit
lalu menuding ke langit berkali-kali
hairan amat anak-anak muda ini, mereka tidak tahu untuk apa hadir di perhimpunan itu kalau
sekadar joget dansa, nyanyi dan tepuk seronok
mereka kehilangan norma, tidak tahu ke mana akan dibawa oleh tokoh ternama itu
atau akan terus menuding ke langit setiap kali berhimpun di bawah mentari terik kebodohan?
di perhimpunan itu anak muda yang ke sejuta tidak tahu apa
untuk apa menapak ke padang itu dengan melihat wajah sang tokoh yang tidak mengerti
untuk apa kami berhimpun ya?

ANGONG MISNON JAMIL,
KgWarisan, Pasir Panjang, Sekincan, Selangor.
Mei 2011.

MINYAK DAGU MINYAK PENGASIH


 

Apa Sebenarnya Minyak Dagu?

Orang menyebutnya minyak dagu. Orang jual ubat di kaki lima pun gemar menyebut nama sejenis minyak yang penuh mistik ini. Sesuai dengan nama pang-gilannya begitu, sudah tentu minyak ini memang minyak dari dagu manusia. Bukan dari dagu haiwan atau sebuah jenama yang menggunakan nama dagu, sebaliknya hanya minyak dari dagu yang dikatakan mempunyai khasiat. Bukan sesuatu yang tidak mungkin berlaku, ada orang yang sanggup menjual minyak dagu tiruan. Puncanya, kalangan awam sendiri tidak pernah melihat bagaimana rupa minyak dagu. Penjual ubat kaki lima selalu tunjukkan botol kecil seperti botol minyak wangi dan dibungkus dengan kain merah atau kuning untuk menimbulkan aroma sakral kepada benda itu. Lalu ia namakan benda itu minyak dagu. Betul atau tidak itu minyak dagu, orang tidak akan periksa ketika jual beli berlaku. Penjual minyak dagu akan membuat berbagai alasan. Tidak boleh dibuka di tempat ia dibeli. Perlu disimpan dahulu semalaman. Perlu dibacakan doa-doa atau mantera dahulu. Tujuan-nya untuk melambatkan proses penggunaannya, dan pihak penjual yang berniat menipu akan pergi jauh agar pembeli yang tertipu itu tidak mencari penjual "koyok" itu.


 

Nama Lain Minyak Dagu

Berdasarkan maklumat, ada beberapa jenis minyak yang dikategorikan sebagai minyak dagu. Di tempat lain ada yang menyebutnya minyak pelet atau guna-guna (tiwalah). Sebab minyak itu hendak dipeletkan kepada orang lain. Selalunya pihak lelaki yang menggemari minyak dagu. Tujuannya semata-mata hendak mengenakan orang lain. Ada yang mengenakan secara serius, ada pula yang menggunakan minyak dagu untuk main-main, atau sekadar ingin tahu keberkesanannya. Ujian sebegini sekiranya minyak dagu yang dimiliki itu memang tulen, ia akan membawa petaka kepada yang terkena, terutama yang tidak mempunyai pendindingan diri, iaitu yang tidak mengikut ajaran Islam sebenar, tidak menjalankan apa yang disuruh dan tidak meninggalkan apa yang ditegah. Termasuk tidak menutup aurat bagi wanita, walaupun hal ini ada yang menganggap perkara kecil dalam budaya kita. Ada dua jenis minyak dagu, minyak dagu tulen atau asli dan minyak dagu tiruan. Ia dijaja oleh tukang ubat atau paranormal dengan tujuan untuk mendapatkan wang semata-mata.

Minyak dagu tidak dijaja di kaki lima. Jika ada orang menjaja minyak dagu di kaki lima, berhati-hatilah. Ia kemungkinan besar bukan minyak dagu, tetapi minyak lain. Orang yang tidak mahir dengan minyak dagu (memang tidak ada sesiapa tahu kecuali dukun berkenaan), tidak dapat membezakan mana satu minyak dagu dan mana satu minyak dagu tiruan. Selain minyak dagu, orang juga keliru dengan berbagai jenis minyak yang dijaja oleh para dukun, bomoh dan paranormal, juga penjual ubat kaki lima. Ada yang menyebut minyak pengasih sahaja tanpa menyebut "dagu" kerana perkataan ini menggerunkan.

Ada yang kata ia minyak senyonyong, minyak mati di-bunuh, minyak perempuan mati beranak sulung dan berbagai gelaran mengikut daerah masing-masing. Minyak ini dimiliki hanya untuk tujuan berseronok sahaja. Seronok mengenakan orang lain. Sedangkan kesannya sangat mendalam, mengamalkan sihir untuk sesuatu yang dihajatkan. Minyak dagu adalah minyak misteri. Orang tidak berani bertanya, begitu juga penjual ubat kaki lima. Mereka tidak mengiklankan bahawa apa yang dibawa itu adalah minyak dagu atau minyak pelet. Semua dilakukan dengan cara bisikan. Rahsia. Bimbang diketahui orang ramai. Pemburu minyak dagu rasa malu hendak mendapatkan benda yang dianggap ampuh. Masyarakat Melayu sebenarnya tidak mengenal minyak dagu. Minyak ini hanya dihebohkan oleh kalangan anak-anak muda di Siam. Ia kemudian dieksport ke negara kita. Walaupun tidak ada nilai komersial seperti minyak masak, minyak dagu secara sulit menjadi buruan orang yang kemaruk dengan ilmu-ilmu hitam.


 

Kaitan Ilmu Hitam

Oleh sebab minyak dagu ada kaitan dengan ilmu hitam, ia tidaklah menjadi buruan sangat. Orang tidak peduli pun dengan adanya minyak dagu atau minyak apa pun. Orang tidak ambil tahu. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidak ambil peduli dengan minyak yang satu ini. Kecuali orang yang gemar atau ketagih dengan sesuatu yang misteri. Mereka akan mencari minyak dagu. Untuk apa? Untuk disimpan sahaja. Untuk apa disimpan? Ini bukan benda baik untuk disimpan. Kalau boleh orang tidak mahu sentuh langsung. Orang yang menjaga solat lima waktu tidak akan tertarik dengan minyak dagu. Minyak dagu ada banyak nama. Mungkin orang Siam panggil begitu. Orang Jawa panggil lain pula. Orang Dayak dan Orang Asli panggil apa pula? Nah! Minyak dagu ada yang memanggilnya "ibu" iaitu hantu si mati. Ada yang mengatakan ia qarin si mati. Minyak dagu memang ada kaitan dengan arwah. Oleh sebab dipanggil minyak dagu, bermakna minyak itu berasal dari bahagian dagu manusia yang telah dikuburkan dan kemudian dikorek semula. Menurut kalangan dukun yang mengetahui sedikit sebanyak tentang hal ehwal minyak dagu, sebenarnya bukan hanya kepada dagu orang perempuan mati beranak sulung sahaja. Ada yang menggunakan mayat orang mati dibunuh untuk membuat minyak dagu. Bermakna, mereka tidak mengharapkan mayat perempuan sahaja.

Bagaimana mereka membuat minyak dagu ini? Maklumat yang dipaparkan ini bukan hendak mengajar orang melakukan kejahatan, tetapi hanya untuk maklumat betapa perbuatan ini menjurus kepada ketidakmanusiaan untuk dikata kebinatangan. Orang tentu hairan, bagaimana dukun yang asal dahulu mendapat ilham untuk membuat minyak dagu ini. Kemungkinan besar, jin-jin yang menjadi qarinnya telah memberikan idea ini untuk membuat minyak guna-guna menurut kepercayaan agama mereka. Jin-jin kafir yang rapat dengan dukun asal inilah yang memberikan maklumat bagaimana hendak mencipta minyak guna-guna. Atas nasihat makhluk halus inilah, dukun mula mencipta formulanya. Hanya orang yang menggemari ilmu-ilmu karut sahaja yang tergamak dan sanggup melakukan kerja-kerja gila ini. Daripada maklumat syaitan ini, dukun mula mencipta guna-guna. Sudah tentu kepada dukun dan paranormal yang mengetahui selok-belok membuat minyak dagu sahaja pemburu guna-guna ini akan merujuk.


 

Misteri Pengambilan Minyak Dagu

Menurut kisah, di kalangan dukun yang pintar dalam soal pembuatan minyak dagu, dia akan membimbing seseorang yang ingin melakukan kerja-kerja kotor ini di perkuburan. Tidak kira itu perkuburan siapa, Islam atau bukan Islam, pemburu ilmu hitam sentiasa mencari peluangnya dan sanggup buat apa sahaja.

Penggemar minyak dagu menurut perkhabaran dari mereka (dukun) selalunya akan menuju ke Selatan Siam untuk mendapatkan minyak dagu tulen. Minyak itu konon diperbuat dengan cara melayur dagu mayat di kawasan perkuburan. Yang menjadi sasaran dukun minyak dagu adalah perempuan yang mati bersalin anak sulung. Siang dikuburkan, malamnya "hantu-hantu manusia" yang menggilai minyak dagu mula menjalankan operasinya. Kumpulan hantu manusia ini terlalu berani dan nekad. Biasanya dilakukan oleh beberapa orang lelaki yang kemaruk minyak dagu. Mereka menggali kubur pada waktu malam dengan dibimbing oleh dukun pakar minyak dagu.Setelah kubur digali, mayat dinaikkan ke atas dan disandarkan pada sebatang pokok. Dengan arahan daripada dukun yang asyik membacakan mantera, tiga lelaki melakukan kerja sadis, membakar dagu mayat dengan lilin. Api lilin itu akan memanaskan dagu sehingga keluar-lah tetesan lemak dagu. Tetesan itu ditadah dengan bekas khas atau tempurung kelapa. Kata orang, upacara melayur ini memerlukan tiga orang. Seorang tukang layur dagu, dua orang memegang tangan kanan dan tangan kiri mayat. Mereka tidak memerlukan tetesan yang banyak, sekadar memenuhi botol kaca berukuran kecil seperti botol minyak wangi pun sudah memadai. Menurut cerita, ketika melayur dagu dilakukan, ber-bagai godaan datang di sekeliling mereka. Maklumlah, tugasan seperti ini telah dimulai dengan pemujaan dan pemanggilan makhluk misteri untuk melancarkan usaha.

Dukun pakar ini membaca mantera perlindungan syirik sambil melemparkan beras kunyit bercampur buah lenga dan pasir pantai. Sepanjang kerja menggali dan melayur, dukun yang jadi ketua hanya membaca mantera dalam bahasa Siam sambil melemparkan pasir tersebut ke arah makhluk halus yang dikatakan datang meng-ganggu mereka. Yang peliknya, kumpulan lelaki yang menggali kuburan ini perlu berbogel atau hanya berseluar dalam sahaja. Apa alasannya, tidak diketahui. Mungkin hendak mengelakkan pakaian mereka kotor terkena lumpur dalam kubur. Air layuran dagu mayat itu kemudian diserahkan kepada dukun mahir. Dukun itulah yang akan melakukan ritual khusus, iaitu suatu bentuk pemujaan. Dukun akan membakar kemenyan atau bau-bauan yang setaraf dengannya ketika proses pemujaan berlangsung. Mantera dibaca, gunanya untuk memberikan tambahan "power" kepada minyak mayat itu. Inilah ilmu yang diperoleh dari kubur. Lebih tepat jika disebut ilmu dari kubur.

Konon, ketika dipuja dan diperasapkan dengan bau-bauan mistik itu, akan terdengar suara rintihan daripada roh si mati. Biasanya nama orang itu akan diseru dengan kaedah sihir. Inilah yang orang kata mengundang arwah. Amalan mengundang arwah memang banyak dilakukan orang-orang tertentu di Timur Tengah sana. Mesir tidak terkecuali. Berdasarkan penjelasan oleh Majdi Muhammad asy-Syahawi mengenai mengundang arwah (Seluk-beluk Arwah Menurut al-Quran dan as-Sunnah, terj.), ia tidak lebih merupakan upaya meminta bantuan kepada jin dan syaitan. Arwah si mati yang konon diseru dan dipuja untuk mendapatkan bantuan agar memberi keizinan untuk menggunakan "bahan" dari dagu si mati, dijanjikan agar bahan itu diberikan kekuatan untuk mempengaruhi seseorang yang ditujukan secara mantera syirik.

Jin yang menyamar sebagai arwah si mati memperdaya si dukun untuk mencipta guna-guna di dalam botol. Jin itu tampil di depan si dukun. Jin membantu dukun yang kafir ini kerana guna-guna ciptaannya akan diserahkan kepada orang yang mengaku beragama Islam. Jin tidak mahu membantu manusia dan tidak akan tunduk kepada mereka, kecuali jika keduanya memiliki keyakinan yang sama. Jika jin itu kafir, maka dukun atau penyihirnya juga harus kafir. Kalau jin itu Yahudi atau Nasrani, dukun pun kena ikut cara mereka. Kekafiran atau kesyirikan adalah syarat utama antara jin dan penyihir. Ketika diseru nama si mati, jin pun menjawab seruan itu. Ini tipu muslihat jin terhadap manusia. Menurut dukun, apabila diseru, akan ada jawapan-nya. Itu suara roh si mati yang telah dipanggil kerana minyak yang dipuja itu asalnya daripada dagu mayat. Sudah tentu berlakulah dialog di antara "si mati" dengan dukun pakar. Terjadilah tawar-menawar bahawa dukun perlukan bantuan dari "si mati" sebagai tanda mohon maaf, dan mohon dibantu agar minyak dagu yang diperoleh itu mempunyai impak yang maksimum.

Biasanya, menurut keterangan dukun, terjadi dialog lebih kurang begini: "Kenapa kamu lakukan semua ini terhadap aku. Pulangkan semula air yang kamu tadah dari daguku. Aku rasa terganggu oleh kelakuan kamu yang jahat ini," kata qarin si mati. "Aku perlu bantuanmu. Jadikanlah minyak dagu ini berkesan setiap kali aku seru namamu. Bantulah aku agar ia tidak kering. Jadikanlah ia penuh pada waktu aku panggil namamu ketika bulan mengambang penuh," begitulah kira-kira antara lain dialog yang dilakukan oleh dukun minyak dagu (dialog begini tidak semestinya benar – penulis).

Benarkah berlaku dialog di antara "si mati" dengan dukun pakar minyak dagu seperti yang diceritakan orang itu? Kemungkinan besar, yang wujud itu adalah qarin iaitu jin pendamping perempuan yang dagunya telah dilayur dengan kejam. Atau mungkin makhluk jin jenis jahat yang menya-mar sebagai qarin, berpura-pura mewakili perempuan itu ketika namanya dipanggil. Dialog itu hanya melibatkan dukun pakar dengan suara misteri yang tidak kelihatan kelibatnya. Seolah-olah dukun bercakap seorang. Dia bertanya dan dia sendiri yang mendengar ada suara menjawab. Ingat. Tipu daya syaitan dan iblis sangat kuat jika ada manusia yang menggemari benda-benda karut seperti ini. Ilmu minyak dagu ini tergolong ilmu hitam dan hanya diminati oleh golongan manusia yang sesat sahaja. []

Thursday, 26 May 2011

MISTIK ALAM GHAIB

JELAJAH ALAM GHAIB DAN MAKHLUK HALUS


 

BERMULA DARI KEPERCAYAAN


 

Sebelum menyentuh tentang alam ghaib dan makhluk halus, ada baiknya kita sentuh dulu tentang kepercayaan ini. Pada masa silam, masyarakat kuno apabila bercakap tentang asal-usul, kewujudan, penampakan, gangguan dari makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat hanya berdasarkan ratio masing-masing. Kalangan bawahan akan mempercayai cerita leluhurnya dengan penuh percaya, cucu dengar cerita datuk, atau nenek tentang makhluk-makhluk ini.


 

Institusi tertinggi pada zaman dahulu adalah apa yang dinamakan sebagai pawang, jawatan pentingnya adalah Pawang Diraja. Ia menduduki tempat yang tertinggi sehingga ucapannya dipercayai, diyakini dan menjadi pegangan rakyat kebanyakan. Bahkan ulama pada ketika itu "enggan" mengulas penggunaan ilmu yang tidak wajar ini untuk mengubat penyakit. Ketika itu mereka pun tidak pernah menyebut ruqyah syar'iyyah. Ilmu tentang ini masih menjadi rahsia kepawangan dan perdukunan. Ilmu yang benar belum disisihkan dari kekarutan dan kekurafatan dalam tindakan.


 

Di zaman silam, tukang ramal, tukang tenung mendapat kedudukan yang istimewa. Sedangkan kalau mengikut ucapan Nabi SAW, "Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang tenung, lalu bertanya kepadanya sesuatu perkara maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam." (HR.Muslim).


 

Di zaman moden ini, tukang ramal termasuk Tuk Sami Siam pun dipergunakan oleh orang tertentu, mengiklankan konon si fulan dan si fulan telah memenangi hadiah pertama angka ramalan tepat. Difotostat tiket kemenangan itu (sedangkan ia boleh dipalsukan dengan cara tampalan, kata yang bijak tentang ini, mereka boleh baca codenya pada tiket asli atau tidak).

Mengenai kisah makhluk ghaib tadi, ia adalah bawaan dari orang tua. Menuturkan kisah kepada anak-anak dan cucunya dengan tujuan tertentu.Kisah itu kemudian diceritakan kepada orang lain pula, dan lama kelamaan ia sudah menjadi budaya yang merakyat. Seluruh perkampungan mengetahui kisah yang pernah dituturkan. Pencerita yang asal tidak diketahui. Pencipta asal yang pemunya hakcipta membuat kisah untuk memberi ibarat kepada orang yang mendengarnya. Seperti juga kisah-kisah perumpamaan di dalam al-Quran tentang umat-umat masa silam.


 

BUKAN GHAIB SEBENAR


 

Kisah makhluk ghaib yang diceritakan orang bukanlah suatu gambaran menunjukkan pencerita itu mengetahui alam ghaib. Tidak ada sesiapa tahu alam ghaib, kerana manusia biasa tidak boleh memasuki pintu alam ghaib. Justeru itu kebanyakan cerita lama, baik berupa mitos, legenda, asal-usul, dongeng rakyat dan sebegainya tidak bertolak dari premis sumber rujukan. Mereka tidak merujuk kepada al-Quran, hadis sahih dan hasan, serta tidak mengaitkan dengan fitrah kejadian alam.


 

Apabila dikatakan makhluk ghaib, sesungguhnya manusia pun tidak pernah menemui sosok makhluk ghaib itu. Istilah ghaib bukan suatu gambaran bahawa pencerita telah mengetahui hal ghaib. Ia hanya bersifat persangkaan, cerita, rekaan, fiksyen dan ilusi sahaja. Gambaran tentang penampakan makhluk halus bukan sesuatu yang objektif. Bergantung kepada siapa penampakan itu diperlihatkan. Bentuk, keadaan atau ciri-ciri makhluk itu tidaklah sama penampilannya. Lain orang, lain pula kisahnya. Jadi, yang disebut sebagai perkara ghaib itu bersifat nisbi. Penampakan tidak akan mengunjungi atau dialami oleh orang yang lidah basah dengan zikirullah. Dan hanya orang yang lalai, atau cenderung kepada hal-hal demikian yang diberikan penampakan dan hudhuri.


 

Ingatlah, "Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di muka bumi ini atau di langit yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT." (an-Naml: 65).


 

Berdasarkan ayat tersebut, apabila seseorang menceritakan tentang hal keghaiban, ia bukanlah perkara fakta. Nama-nama jin atau penampakan yang orang sebut itu tidak lebih sebagai cerita rakyat dalam kategori mistik hantu misteri. Nama-nama ini sudah masyhur di kalangan masyarakat. Ia cerita rakyat dalam kategori mistik hantu atau mistik penampakan. Lain tempat, lain pula nama hantu atau penampakannya. Lain orang, lain pula cerita kepercayaan mereka. Ini kita perlu fahami. Kita dapati nama-nama makhluk misteri yang terkenal di sesuatu tempat belum tentu dikenali di tempat lain. Atau sifat makhluk yang sama, tetapi mempunyai nama yang berbeza.


 

Jadi apabila menyentuh tentang nama-nama hantu atau jin seperti yang akan saya paparkan nanti, bukan bererti saya mengetahui ilmu ghaib. Saya hanya memaparkan setelah menyari berbagai kepercayaan masyarakat yang sudah mendominasi pemikiran sejak zaman silam. Itupun tidak semua dapat dijangkau. Semua ini kerana kesan daripada pengaruh agama kuno yang pernah menguasai seluruh bumi Nusantara sebelum kedatangan Islam. Jadi masalah ini perlu juga dilihat dari aspek sosiobudaya, psikososial dan sosiologi.


 

PENDUSTA


 

Pada masa silam di zaman Nabi SAW sudah ada kumpulan manusia yang menjadi tukang dusta, mereka itulah yang kemudian digelar kuhhan atau kahin (dukun), mereka juga mahir dalam meramal lalu dipanggil tukang ramal (arraf); di zaman moden ini nama itu sudah bertukar menjadi paranormal, orang pintar (orang arif) ahli hikmah dan sebagainya untuk melembutkan pandangan negative masyarakat terhadap mereka. Label sahaja yang ditukar, tetapi pengamalan masih sama tanpa improvisasi, atau kata yang popular sekarang transformasi!


 

Pada masa Nabi SAW dulu, sudah ada orang yang mengaku boleh berkomunikasi dengan jin bagi mengetahui hal-hal yang misteri dan mistik.Orang yang berdusta ini layak diperangi kerana mereka melakukan sesuatu tidak berlandaskan ilmu yang benar, tidak mengikut petunjuk atau dalil syarak. Dengan sebab itu baginda diperintah oleh Allah SWT memberitahu kepada orang-orang yang terlibat dengan perkara ini, "Katakanlah! Tidak ada yang boleh mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65).


 

Yang mengetahui perkara ghaib hanya Allah semata. Justeru ghaib apa yang orang bicarakan di mana-mana sekarang terutama oleh kalangan bomoh dan dukun?Apabila seseorang yang mengaku orang pintar atau dukun, kemudian menceritakan perkara-perkara yang tidak jelas berupa keghaiban, ia adalah pendustaan, hanya sekadar cerita dongeng dari leluhur; kalau jurukunci sesuatu tempat, mereka dapat cerita daripada jurukunci sebelumnya. Rantaian cerita itu berterusan sejak zaman silam hingga sekarang. Jika ditokoh-tambah pun orang tidak sedar. Seperti cerita rakyat. Adalah hak rakyat untuk bercerita. Tidak ada panduan mengatakan cerita itu begini dan begitu.


 

Contoh kisah Si Tenggang, Si Lancang atau Malin Kundang. Kisah ini adalah mengenai anak yang derhaka kepada ibunya setelah kaya raya. Kaya raya pada zaman dulu ukurannya berbeza dengan kaya raya sekarang. Tetapi kisah ini masih relevan dengan citra masyarakat moden. Banyak kejadian derhaka ini. Tetapi masyarakat sudah dibius dengan derhaka kepada raja dan Negara sahaja. Perlu pembetulan ya syeikh!


 

Bomoh moden atau paranormal hari ini ada yang menggunakan ilmu puter giling, konon untuk memanggil pulang orang yang minggat atau lari dari rumah. Tetapi bagaimana kalau kanak-kanak hilang kerana dicolek atau dilarikan seseorang. Mampukah ilmu puter giling menyelesaikannya? Sejauh ini kehilangan kanak-kanak di Malaysia tidak ada kaedah yang jitu untuk mengesannya. Justeru pihak polis bukanlah tempat untuk menyelesaikan masalah pencarian, juga bukan pada paranormal. Ada orang menyindir, pihak ini hanya dapat mengesan "pengganas" dan makhluk yang bahaya mengikut tafsiran tertentu.


 

Mengikut kajian Islami, bomoh atau dukun mengetahui hal ghaib hanya setelah diberitahu oleh jin-jin. Perkara akan datang mereka tidak mengetahui sekiranya tidak diberitahu oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Ucapan itu kemudian ditokok-tambah untuk menaikkan imej tugasannya selaku tukang ramal.


 

Apabila dikatakan sebagai bomoh atau dukun, masyarakat tidak dapat bezakan secara jelas latar belakang mereka kerana penampilan yang berwatak ustaz, orang pesantren, orang padepokan, ahli hikmah, perubatan tradisional, dan sebagainya, orang tidak kenal. Tidak hairanlah, di samping menjadi pengamal perubatan Islami, mereka juga menyodorkan batu hikmat, cincin yang berguna, kayu-kayu hikmah atau teras, tasbih penyembuhan, atau memberikan berbagai ajian yang perlu dipuasakan, dipati-genikan, ada pula mutih, negepel, ngasrep, wungon, tapa jejeg,lelono, kungkum dalam air dan macam-macam ritual campur mantera beragam (campur bahasa).


 

Memang dari dulu lagi sudah ada peringatan keras. "Barangsiapa yang menemui bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu kata, maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW." (HR.al-Bazzar, sanadnya kuat. Kata Albani ia sahih). Berapa ramai orang yang tergiur dengan ucapan golongan ini, mempercayai kata-kata mereka, seterusnya mendapatkan khidmatnya. Begitu proses jebakan angkara syaitan ini terlalu indah. Sesuatu yang cela kalau diberi label baru dengan nama yang indah akan mempesonakan orang lain.


 

Para dukun sebenarnya bergelumang dengan dunia sihir. Ia adalah gabungan seseorang dengan syaitan. Syaitan bekerja untuk tukang sihir asalkan kehendak syaitan dipenuhi. Dukun hanya perantara, diberi upah untuk mengenakan seseorang secara sihir. Kerja mengenakan orang ini akan membawa fitnah yang bahaya kepada msyarakat. Mereka adalah perantara, melakukan sihir hanya kerana ada imbalan, meskipun menyedari bahawa perbuatan itu akan menuai dosa.


 

Termasuk dalam bab kesihiran ialah minyak pengasih untuk memikat, bedak pengasih, tangkal pengasih, azimat pengasih, aura pengasih, menelan kapsul pengasih, dan berbagai lagi kaedah pengasih moden, selain pengasih duit berjuta. "Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik." (HR.Ahmad dan Abu Dawud).


 

Produk yang dianggap tangkal, pada masa sekarang sudah berubah dalam bentuk cincin, rantai, gelang tangan, tasbih kayu kokka, minyak zafaran juga dipercayai member kebaikan yang luar biasa. Perlu dicatat minyak zafaran dan apel jin biasa digunakan oleh dukun "tarik duit" kerana aroma mistiknya boleh mengundang makhluk. Entahlah!


 

Dosa syirik dari perbuatan sihir ini tidak jelas, sebab itulah masyarakat pada umumnya lebih kecoh melihat orang berkhalwat, tetapi senyap jika ada bomoh ramalan nombor ekor dikunjungi ramai orang. Masyarakat sibuk ada orang berzina, tetapi lupa kepada dosa syirik. Syirik tidak diampunkan Allah, sedangkan dosa selainnya diampunkan Allah, "...bagi barang siapa yang dikehendaki-Nya..."


 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada syirik itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (an-Nisa:48).


 

Berbaur dengan kepercayaan masyarakat terhadap makhluk yang digelar hantu tadi, mulalah ia melarat-larat hingga mempercayai kelebihan sesuatu. Ini telah merasuk jiwa Melayu sejak mutakhir ini. Kemistikan semakin meraja di hati. Mungkin orang tertanya-tanya, benarkah? Buktinya, orang moden masih terkicuh untuk mencari benda-benda mistik, geliga lipan, geliga ular, geliga kala jengking, geliga lelabah, mustika kepompong, manakala keris pula dengan berbagai nama gelaran yang mistik, ada keris Majapahit di Malaysia, keris Sriwijaya, keris tarik duit, keris picit (siapa Mpu yang membikinnya?), keris besi kuning, dan berbagai lagi.


 

Kemudian dalam bab kayu, ada kayu teras kilo, teras gemunggal, kemuning hitam, kayu tas, kayu bertam, kayu gaharu asli, kemenyan Puteri Gunung Ledang, Cik Siti Wan Kembang atau Puteri Saadong, kalau di Jawa mengaitkan kepada Ratu Kidulnya. Paparan ini belum menyeluruh sebenarnya. Banyak perkara yang tidak tergapai hendak dibeberkan semuanya.


 

MAKHLUK HALUS


 

Kata orang pelan-pelan, alon-alon asal kelakon! Paparan ini merujuk kepada laman web lainnya dengan penambahan bahan. Kita mulakan kisah kepercayaan kepada makhluk halus ini. Masyarakat yang tinggal di sekitar sungai, kuala sungai, tasik, hutan simpan, jambatan dan gunung masih percaya akan adanya mahkluk halus yang tinggal di hutan-hutan, mata air, batu besar, pohon besar, kawah, dan puncak gunung. Sama juga ada orang percaya bahawa Puteri Gunung Ledang itu masih ada di gunung itu, sudah beranak pinak, dan keturunan mereka tetap menggunakan gelaran Puteri Gunung Ledang (PGL).


 

Di tempat kita, tidak ada gunung mistik yang hebat-hebat kerana tidak ada pengaruh "wedhus gembel" seperti di Jawa, tidak ada pelepasan amarah gunung dengan memuntahkan lahar atau lumpur panas. Namun, orang kita masih suka pergi panjat Gunung Jerai kerana urusan keilmuan mistik. Ada yang panjat Gunung Datuk, panjat Gunung Senyum, Gunung Ayam, Gunung Korbu, anehnya tidak ada pula kemistikan besar di Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan.


 

Apa pun, gua-gua pula yang menjadi tumpuan orang, termasuk Gua Tempurung, Gua Langsuir, Gua Ikan, Gua Yunus dan bermacam gua lagi. Seperti juga perigi tujuh di Langkawi dan di Kuala Selangor, ia dikaitkan dengan perigi milik puteri kayangan. Di Jawa pula kisahnya lain, penduduk sekitar Gunung Merapi yakin bahawa puncak Merapi itu adalah istana mahluk halus seperti orang Melaka percaya ada istana PGL di Gunung Ledang.


 

PASAR HANTU


 

"Pasar bubrah" adalah pasarnya bangsa mahkluk halus, keadaannya sama seperti pasar malam kita. Bahkan sesiapa yang hendak cari duit dari alam mistik misteri, boleh jual satey gagak di kawasan perkuburan atau tempat yang disyaki ada penghuninya. Sudah ada orang mencuba jual satey gagak, secucuk satey gagak berharga RM100 atau RM50. Kenapa mahal hingga mengalahkan satey Wak Samuri Kajang? Fikirlah, bukan senang hendak tangkap gagak, daging gagak buat satey. Bukan senang hendak sembelih dan memasaknya, nanti apa kata jiran-jiran? Lagipun namanya "tarik duit" kalau jual satey secucuk RM1.00 apa yang mereka dapat. Ini projek mi segera, tengah malam jual, pagi sebelum subuh balik dah bawa seguni duit. Begitulah kisah dongeng persugihan karut yang meskipun karut, masih ada orang ingin mencuba untuk tunjuk keberanian berdepan dengan syaitan yang gentayangan. Jangan ada orang buat filem SATEY GAGAK sudahlah.


 

GERBANG MISTIK


 

Berbalik ke Jawa, ada nama tempat dipanggil Batu Gubug di Gunung Merbabu, konon ia adalah pintu gerbangnya bagi sesiapa yang hendak menuju ke sebuah kerajaan mistik. Tentang pintu gerbang ini, tidak ada siapa nampak pun, ia hanya kepercayaan seseorang terutama jurukunci di sesuatu lokasi. Sama juga dengan pintu gerbang ke istana Ratu Kidul, tidak ada sesiapa melihatnya, kecuali sesiapa yang sudah ditransformasikan (macam projek kerajaan Malaysia pulak!) sehingga boleh meraga sukma ke kerajaan ghaib di Laut Selatan. Tidak pula kita dengar di Gunung Ledang itu ada gerbangnya. Gerbang ini hanya simbolik sahaja, tidak mesti ada pintu gerbang. Nanti jadi seperti kisah Bandung Bondowoso mengadu kekuatan pikul pintu gerbang hanya untuk memikat puteri cantik. Sayembara gila ini aneh-aneh, tetapi sudah merakyat untuk dikaitkan dengan candi-candi yang ada. Nanti ada legenda, asal-usul menara kembar KLCC, konon pada zaman dahulu ada sayembara untuk merebut kekuasaan politik. Menara itu harus disiapkan dalam tempoh tertentu. Atau legenda memeindahkan KLCC ke Kampung Bharu. Misal sahaja, jangan anggap benar atau mengarut dan mencarik adat.


 

Rupa-rupanya sayembara ini pun menarik juga. Di Gunung Ledang, tidak ada sayembara, tetapi diuji dengan dunia logika oleh Nenek Kebayan. Kalau kamu mahu pinang puteri yang cantik di gunung ini, kamu perlu memenuhi syaratnya. Dengan lagak bodoh sombong, wakil sultan mengatakan sanggup. Ini tak masuk dek akal. Itulah yang dikatakan logik ke tidak? Orang Yunani terkenal dengan sejarah logiknya, mereka ada kemahiran di bidang analisis, organisasi pengetahuan dan strategi hujahan. Mereka konon minat juga dalam soal sintaksis dan semantic bahasa. Siapa yang tidak kenal dengan nama Socrates, Plato dan Aristotle.


 

Alangkan hendak buat jambatan batu pun tak mampu, ini nak buat jambatan emas dan perak. Ketika ekonomi gawat, ramailah orang bawa guni, pahat dan tukul untuk menarah jambatan itu. Semua orang pakat pergi Melaka atau Johor untuk mengupas kulit perak dan emas di tiang jambatan mewah di seluruh dunia yang terdapat di Melaka, negeri bersejarah.


 

Puaslah pihak kerajaan negeri mengupah pengawal keselamatan di setiap tiang emas atau tiang perak yang ada. Ia menjadi barang pelancongan. Datang ke Melaka sama seperti melawat Malaysia. Jangan lupa saksikan jambatan emas dan jambatan perak yang paling hebat di dunia. Inilah keajaiban dunia yang masuk dalam buku rekod.


 

Tidak terfikir pula kenapa kerajaan kita tidak mahu teruskan projek mewah PGL ini. Kalaulah ada jambatan itu, nescaya banyaklah peluang kerja kepada rakyat. Menjaga setiap tiang emas dan perak pun satu kerja. Habis juta atau billion untuk menjaga khazanah PGL itu. Darah anak raja boleh sediakan bila-bila masa, membunuh orang senang sahaja, air pinang, hati kuman tu susah sedikit, puaslah Pusat Penyelidikan Perubatan di Jalan Pahang membuat kuman tiruan untuk dapatkan hatinya dibawa ke Melaka. Nyamuk pula? Bagaimana nak sisihkan organ nyamuk tu. Hati nyamuk ini umpama orang yang berhati nyamuklah. Begitu juga kuman simbolik kepada orang yang hatinya berkuman. Itulah cerita masa silam. Kalau diteruskan juga, tentulah ada lagi legasi indah yang menyebabkan Negara kita harum di Antartika dan di Artik. Itulah legenda yang menggambarkan betapa cerdiknya jin-jin memperdaya manusia. Kisah sayembara oleh puteri cantik di Jawa pun ada kaitan dengan perdaya jin ke atas makhluk jin. Jin sesama jin.Zaman dulu mana ada pusat kajian ini semua. Jadi, siapa yang cerdik? Nenek kebayan atau Sultan Melaka?


 

Kita jengah kisah di puncak Gunung Gede pula, konon terdapat tanah lapang yang luas di atasnya, pendaki yang berkhemah di hujung minggu di sana sering terdengar derap kaki kuda misteri atau melihat istana misteri. Ia hanya berupa penampakan sahaja. Kisah derap kaki kuda dan istana ini adalah gambaran di Jawa. Gambaran seperti ini tidak wujud di Malaysia, kerana kita tidak ada kereta kuda atau kencana (Kencaha Dewi adalah, pelakon komedi itu).


 

Di Ranu Kumbolo dekat Gunung Semeru pula ceritanya lain, para pendaki yang berkhemah sering melihat hantu wanita muncul dari tengah tasik. Peristiwa-peritiwa ghaib sering dialami para pendaki hampir di seluruh gunung-gunung yang terkenal dengan keangkerannya. Para pendaki sering diingatkan oleh masyarakat setempat, petugas, mahupun peraturan yang jelas-jelas berisi pantang larang yang berkaitan dengan makhluk halus dipercayai penghuni gunung. Perempuan cantik ini juga dikatakan pernah muncul sesekali di Gunung Ledang, Gunung Jerai dan Nenek Mukut, Tioman. Tunjuk muka sahaja, bukan nak menggoda sesiapa. Begitupun ada jantan yang tergoda dengan kecantikan jin-jin itu. Tenggelam di lautan asmaradana. Berangan-angan kahwin dengan Sang Puteri.


 

"Pintu gerbang" sentiasa ada di mana-mana termasuk di puncak Merbabu. Untuk mendaki Gunung Agung di Bali pendaki dilarang membawa daging lembu. Masak kari ke atau rendang, semuanya tak boleh. Pantang kata orang. Beberapa peraturan mistik di gunung yang umum berlaku misalnya pendaki wajib minta izin ketika melalui tempat-tempat tertentu, atau ketika mahu beristirahat, mahu kencing. Pengaruh pantang larang inilah yang menyebabkan orang terlanjur berkata: "Tuk cucu nak tumpang kencing! Tuk cucu nak lalu!" Kesannya berpanjangan. Pergi ke mana-mana tempat yang asing, akan menyelinap keseraman internal. Ada pula yang dilarang memakai baju warna merah atau hijau (seperti di Laut Kidul), dilarang mendaki bagi wanita haid. Larangan mendaki Gunung Sundoro pada hari jawa Wage dan Selasa Kliwon pun dipatuhi begitu juga larangan mendaki gunung Agung pada hari kebesaran agama (Islam).


 

Upacara "labuhan" Gunung Merapi misalnya terpulanglah nak percaya atau tidak, seseorang pendaki yang sopan perlu menjaga tingkah laku. Tidak boleh sombong, cakap besar dan sebagainya. Kata orang, tidak ada salahnya kita menghormati kepercayaan masyarakat setempat, bagi menghindari perkara yang tidak diingini. Akibat buruk yang terjadi biasanya, pendaki akan sesat, kehilangan arah sehingga akan berpusing-pusing di situ juga tak jumpa jalan keluar,atau akan kesurupan, akan berjumpa dengan hal-hal yang aneh, malah sehingga berlaku kemalangan.

    

Sebenarnya rasa gerun terhadap sesuatu lokasi, baik hutan, air terjun, tasik dan sebagainya setidak-tidaknya telah menyelamatkan alam sekitar. Jika tidak, anak-anak muda akan menggunakan lokasi sunyi itu sebagai tempat merendek, melakukan maksiat. Dalam bab ini ada kisah mistik lain lagi, konon makhluk bernama peri, atau hantu yang menyamar perempuan cantik itu, adalah lahir daripada perbuatan zina pasangan muda di tempat-tempat sunyi begitu. Konon, mengikut kepercayaan perdukunan kuno, air yang tertumpah di tempat maksiat itu akan dikutip oleh puteri-puteri itu, atau makhluk jin ini menumpang sekali melakukan zina untuk mendapatkan sperma dari pezina. Betul atau tidak wallahu a'lam. Ini hanya kepercayaan. Jangan anggap ini sebagai dua campur dua jadi empat. Ini kisah dua campur dua jadi lima!

Akan tetapi siapa yang membaca HIKAYAT SIAK (1992), ada cerita pelik, di mana Encik Apung (perempuan) telan menelan manikam(air mani) Sultan Abdul Jalil Syah, hasilnya dia hamil dan melahirkan anak bernama Tuan Bujang yang dibesarkan di Pagaruyung, Sumatera. Kisah ini mungkin suatu penghindaran penulis buku ini supaya tidak mengisahkan perbuatan mesum mengadakan "oral seks" di antara Sultan dengan perempuan dari Sumatera. Muhammad Yusuf Hashim yang menyelenggarakan buku hikyat ini tidak pula menerangkan kekarutan itu.


 

Berbalik kepada cerita gunung tadi, rasa takut telah melindungi beberapa hutan dari gangguan manusia, di antaranya hutan-hutan di Gunung Halimun yang angker, Gunung Slamet yang wingit, Gunung Penanggungan yang suci, dan Gunung Batukuha, dibandingkan hutan lainnya yang tidak dianggap angker. Hutan di Malaysia tidak pula dianggap angker atau menyeramkan. Hutan di tepi jalan Kuala Lipis ke Gua Musang, istimewanya dekat Bukit Tujuh adalah tempat tinggal Nenek Kebayan. So, sesiapa yang memandu seorang pada waktu tengah malam, hati-hatilah. Kalau ada nenek kebayan berdiri di tepi jalan sebelah kiri, stoplah, beri nenek tu tumpang. Hantar ke mana dia nak pergi. Mana tahu, sebab sahabat saya pernah dapat harta karun sebesar busut pemberian dari nenek ini. Busut itu dibelah-belah, ada gelang emas, ada batu permata, dan macam-macam lagi. Saya pun sempat tengok emas di dalam busut anai-anai itu. Pelik tapi benar. Tidak tahulah sekarang (2011 Mei), nenek masih ada di situ lagi atau sudah pindah. Kalau dah pindah, jangan harap nak jumpa nenek tu. Bagi yang kaki harta karun, memang mengharap nak jumpa nenek. Ini kisah benar dan saya pernah menulis kisah ini siap dengan foto busut dan emasnya sekali (Mingguan Misteri, Media Terkini dua tabloid kemisterian terbitan Malaysia).


 

Di Tasik Kenyir, Tasik Dayang Bunting, Tasik Bera, Tasik Cini, Tasik Merah, Tasik biru Kundang, Tasik Paya Bungor (teringat Aripin Said Pahang dan Aminuddin Mansor) pun ada penampakan tertentu. Ada orang yang pernah bertemu dengan penampakan itu. Di tengah danau Ranu Kumbolo konon, terutama pada waktu tengah malam bulan purnama, sering muncul penampakan Dewi Penunggu danau, yang berupa gumpalan kabut tebal yang berputar-putar dan berubah menjadi seorang wanita. Pelukisan ini menyebabkan di dalam filem atau drama misteri diperlihatkan gumpalan asap, kabus dan kemudian seberkas cahaya untuk menimbulkan kesan lalu muncullah lembaga berpakaian serba putih. Gaya perfileman ini sudah klise dan masih digunapakai oleh sang sutradara. Nanti Ahmad Idham atau Mohideen pun nak buat teknik begini.


 

MENGENAL MAKHLUK HALUS


 

Mahkluk halus menurut kepercayaan masyarakat Jawa, ada di mana-mana gunung apa lagi kalau dianggap angker. Ada berbagai penampakan di sesuatu tempat, yang popular adalah penampakan roh leluhur atau nenek moyang. Ia adalah roh semua orang yang sudah meninggal dunia. Sekelompok orang percaya bahawa sebaik manusia meninggal dunia, jiwanya akan melayang-layang di atas rumahnya selama empat puluh hari. Agaknya, ini yang menyebabkan mereka buat tahlilan hingga beberapa hari. Sudahlah menerima musibah, kena buat kenduri lagi, mana nak cekau duit? Orang kaya raya taka pa, bagaimana yang miskin. Kalau tidak buat kenduri nanti dikata tidak ikut adat, bahkan yang tak faham mereka fikir tidak islami. Nah, berbalik kepada roh tadi, setelah itu roh atau jiwanya akan mendiami sesuatu tempat. Bagaimanapun orang percaya bahawa roh leluhur itu bersifat baik dan akan menjaga anak cucunya.


 

Satu lagi yang mistik dan mistis ialah apa yang dinamakan sebagai "dhanhyang" iaitu mahluk halus yang tertinggi dan biasanya menghuni kawasan gunung, sumber mata air, sungai, kampung, simpang tiga atau bukit. Mahluk halus ini bersifat baik dan suka menolong manusia. Dhanhyang seringkali dianggap sebagai "roh pelindung." Setahu saya, ada orang percaya bahawa leluhur ini biasanya adalah orang yang telah membuka kampong pada masa silam. Dia sebagai peneroka asal akan "memantau" secara ghaib, hanya orang tertentu yang mempercayai kehadiran dan kewujudan "dhanhyang" ini. Ia dianggap sebagai penaung, pemayung penduduk setempat. Nenek moyang akan menjaga cucu dan cicitnya.


 


 

Ada nama hantu lain iaitu demit. Ia adalah roh sakti yang tinggal di tempat-tempat angker yang biasa disebut punden, seperti bekas candi kecil, tokong atau kuil lama, pohon beringin, pokok ara, pokok kekabu, makam tua (saya pernah berada di makam tua ini pada waktu sebelum maghrib untuk mengambil panorama seram di situ, perkuburan Kristian yang ada kaitan dengan Francis Light) mata air yang tersembunyi, batu besar, dan sebagainya. Demit ini konon boleh menolong orang susah. Bagi yang kaki tarik duit atau nombor empat digit, demit diseur dan kemudian diminta sesuatu kepadanya. Bagaimana prosesnya, bayangkan sendirilah. Skripnya tak tertuliskan. Orang yang mengemis bantuan demit biasanya meminta kekayaan, kesihatan, kesembuhan, keturunan, keselamatan dan pengasihan. Apa ni? Mengarut betul, khurafat dan syirik. Begitulah kepercayaan orang di berbagai tempat sebagai upaya kita mengenal system kepercayaan yang pelbagai. Hendak memerangi mereka ini perlu berhati-hati. Nanti mereka anggap kita kuwalat. Hanya kerana makhluk yang tak tentu rupa itu ada orang mengadakan kenduri, makan nasi tumpeng. Ingat, nasi tumpeng ini ada kaitan dengan sajian untuk makhluk yang itu. Nak makan nasi tumpeng, makanlah, jangan fikir sajian itu dan ini.


 

Menyebut tentang sajian ini, saya hendak sentuh sedikit. Di Perak pada zaman dahulu mereka selalu mengadakan upacara korban haiwan, kepala haiwan dinaikkan ke balai gambang, ada alat bunyi-bunyian dan gendang dibunyikan. Ada ritual tertentu menyeru jin sungai, jin hutan, jin udara, dan berbagai lagi. Semua ini dianggap mambang semuanya. Dari hulu Sungai Perak hingga ke kuala sungai, balai gambang itu dikayuh. Di muara sungai, kepala haiwan dilepaskan untuk member sajian kepada segala macam mambang. Macam kisah P.Ramlee. "Hey! Mambang...merah, mambang putih, mambang hijau..."


 

Di Perak pada zaman silam (zaman Sir Frank Swettenham[1850-1946] orang putih ini telah menceritakan bagaimana adat berhantu dilakukan untuk mengubat raja. Adat berhantu ini katanya adalah perbuatan menyeru syaitan, atau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan serupa dengan ritual yang dilakukan oleh ahli sihir di Eropah sana. Orang putih ini pun bijak mengulas, dia kata, adat berhantu ini adalah saki-baki dari zaman gelap sebelum Islam dan alim ulama membencinya, akan tetapi mereka kena berhati-hati hendak komen sebabnya "...sebilangan kalangan atasan pun mengamalkan ilmu hitam." ( dalam Perihal Orang Melayu/Malay Sketches (2007:121). Pawang diraja masa itu seorang wanita bernama Raja Ngah, seorang kerabat diraja. Ketika menyetu hantu, dia menggunakan bahasanya yang Swettenhem tak faham. Tetapi orang putih itu memahami bahawa Raja Ngah telah menyeru supaya hantu itu turun dari gunung, naik dari laut, keluar dari dalam tanah, turun dari udara semata-mata untuk meringankan kesakitan raja. Pawang ini pun terpaksa menurun sehingga dia rebah terkapar, sementara pengiring yang ada menyanyikan lagu-lagu mengikut adatnya. Mungkin macam teater Ulik Mayang kelakuannya lebih kurang.


 

Kata orang putih itu, setiap negeri dipercayai ada semangat atau jinnya. Setiap daerah pun ada. Kiralah sendiri di Perak ada berapa daerah. Sesiapa yang semak indeks dalam buku The History of Perak, ada senarai nama jin yang cukup ramai (dulu saya pinjam buku dari Raja Mukhtaruddin Raja Muhammad Dain, bekas pensyarah Universiti Malaya). Di Perak kata orang putih ini, ada empat jin utama, iaitu JIN KERAJAAN yang dikenali sebagai Junjung Dunia Udara, Maya Udara, Mahkota Diraja Jin dan Sutan Ali. Ke empat jin ini dikenali sebagai Jin Arwah. Konon jin ini menjadi pengawal kepada sultan dan Negeri Perak. Di Perak pada masa silam banyak jin yang disebut orang. Siapa perkenalkan jin ini? Tidak lain, pawing diraja tadi. Ketika dia menyeru, dari balai gambang pun kedengaran suara seruannya. Maka terkenallah nama hantu Sungkai (agaknya ada kaitan dengan Sungkai,Perak?), ada hantu Melayu (mungkin berkeris sepanjang masa) dan hantu belian atau hantu harimau(Siluman Harimau). Ada lagi nama hantu pelik, iaitu Kemala Ajaib dan israng yang tugasnya menjaga Raja Ngah, pawing diraja tadi. Dalam diri sudah ada qarin, ditambah dua ekor lagi pengawal peribadi. Hebat tu!


 

Terlanjur sembang fasal hantu, saya nak kutip sedikit cerita di Negeri Kedah pada zaman Barisan Nasional memerintah. Ada projek di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkaitan dengan ikan dan laut. Sekumpulan kaki tangan PKNK dan pakar runding dari Jepun menghadapi masalah untuk meneruskan projek gara-gara gangguan Jembalang Laut. Ketika kaki tangan dan pakar dari Jepun itu buat kajian di lapangan, mereka diganggu oleh beberpa ekor lembaga besar, muncul dari permukaan Laut Selat Melaka, bot yang mereka naiki hampir nak karam, ikan yang dijaring pun tak timbul langsung, dek gangguan Jembalang Laut ini.


 

Nah, apa sudah jadi? Pengurus Projek terpaksa memanggil Bomoh Puaka. Bomoh tu bukan puaka, tetapi dia pakar dalam bahagian kepuakaan. PhD dalam bahagian kepuakaan jenis kejembalangan dari sebuah perguruan mistik masa dulu. Bomoh Puaka tu kata, jembalang yang pegawai PKNK lihat tu memang wujud, ada empat ekor, besar-besar, mak oi! Maka satu perjanjian pun dibuat antara pihak Pengurus Projek dengan Jembalang. Bagaimana rupa perjanjian itu, entahlah. Mungkin ditulis bahawa pihak pertama adalah JEMBALANG LAUT EMPAT EKOR dan pihak kedua Pengurus Projek tadi. Bahawa perjanjian ini dibuat di ... pada sekian tarikh...menyebut perkara pertama, pihak kedua berjanji akan mempersetujui untuk menyembelih seekor lembu setiap tahun, dengan syarat pihak pertama memenuhi janjinya tidak mengganggu projek tersebut dijalankan selama mana syarat yang ditetapkan itu dipenuhi, iaitu setiap tahun seekor lembu hendaklah dijamukan kepada pihak pertama. Begitulah agaknya bunyi perjanjian manusia dengan syaitan ini. Ustaz, apa hukumnya ustaz orang buat perjanjian dengan syaitan? [baca Prinsip dan Amalan Dalam Perubatan Melayu (2005: 152)].


 

Baiklah, sekarang saya nak sentuh toyol pula. Ia adalah mahkluk halus yang menyerupai kanak-kanak, bogel, kepala botak, mata terbelalak. Kerjanya curi duit secara berhemah. Kanak-kanak bernama Yol ini kalau ada duit merah sepuluh keeping, dia ambil empat keeping atau tiga keeping sahaja. Dia ada timbang rasa keperitoyolan. Anak kecil yang telanjang bulat dan botak kepalanya ini bertugas untuk tuannya dengan jujur. Dia tak reti hendak songlap duit. Padahal kalau dia ambil empat puluh, dia boleh bagi kepada tuannya dua puluh ringgit sahaja, dua puluh dia simpanlah di tempat lain. Toyol ini lebih baik daripada manusia Melayu yang tidak amanah, selalu pecah amanah, rasuah, buat pakatan kenakan orang dan macam-macam hal. So, sudah tiba masanya kaita belajar falsafah hidup Si Toyol yang amanah ini, asalkan cukup diberi makan dan minum oleh tuannya termasuk isteri tuannya, berupa susu dan darah manusia. Nama pun syaitan kan? Syaitan gondol.

Dalam buku tadi (2005: 153) ada menyebut kisah toyol. Buku terbitan Penerbit Universiti Malaya ini menyebut, toyol adalah sejenis semangat yang sering mengganggu manusia. Ia tidak menyebabkan penyakit, tetapi orang susah hati kerana duit banyak yang hilang secara diam-diam. Untuk memerangkap toyol, ada banyak versi sebenarnya. Salah satunya gunakan kacang hijau, taburkan kacang hijau di atas talam, dan letakkan di tempat laluan toyol. Pada pukul 2.00 atau 3.00 pagi toyol akan dating, walau tak kelihatan, akan kedengaran kacang hijau itu berbunyi digerakkan oleh tangan toyol. Suruh toyol di atas talam itu ambil ketam, sediakan ketam nipah, buka penyepitnya, suruh dia ambil ketam tu, jangan ambil duit. Tentu toyol akan cabut. Dia lagi takut tengok ketam nipah dengan sepit yang besar itu. Ini semua kisah penyendal cerita mistik. Kata Ustad Safwan Fathi, ada orang pergi Makkah bawa toyol dengan cara kutip cucuk satey Arab. Tak kan nak pergi haji pun fikir fasal toyol? Kalau dah orang Nusantara, pergi haji pun ingatkan benda mistik. Betul tak? Di Jawa pula ada pokok yang didiami oleh toyol. Jumpa penjaga pokok itu seorang perempuan berumur, Mbok Minah ke siapa? Boleh bincang hendak toyol kelas 1, kelas 2 atau kelas 3. Bukankah aneh bunyinya. Tetapi inilah kisah toyol yang dilaporkan dalam media tempatan di sana. Ada pula yang kata, untuk mencari toyol lakukan dengan bersemedi di tempat-tempat angker. Ini adalah amalan Kejawen. Orang Melayu di luar Jawa tidak reti ritual ini semua. Memelihara toyol tidak susah, cukup dengan menyediakan tempat tidur dan memberi makanan dan minuman. Kalau kenyang, dia pun ghairah curi duit orang. So, "Selamat mencuri kepada Si Toyol."


 

Lelembut (perkataan ini adik saya pernah tanya, apa maksudnya?) Lelembut ini adalah makhluk halus yang sering mengganggu, merosak, membuat sakit dan konon boleh membawa maut. Lelembut merasuk orang sehingga jadi sakit, gila, bahkan meninggal, melalui badan seseorang inilah lelembut akan menyampaikan keinginannya. Jelas ini salah satu cara tipu daya syaitan. Akhirnya manusia ikut cakap lelembut, tunaikan permintaanya, banyak lemaklah si lelembut ini. Kerasukan lelembut kata orang boleh dibezakan, ada dengan cara kesurupan, kampir-kampiran, kampel-kampelan, kesyaitanan, gangguan jin dan kemongmong. Nama-nama pelik ini ada kaitan dengan makhluk halus.


 

Memedi atau medi satu lagi nama hantu yang jarang kita sebut, tetapi orang Jawa suka menyebutnya untuk menakut-nakutkan anak mereka. Konon medi sering kali menampakkan wujudnya dan suka menakut-nakutkan budak. Ada banyak mahkluk halus yang termasuk dalam jenis memedi, iaitu banaspati, jin, wewe, genderuwo, peri, jerangkung, wedon, buto, tetekan dan gundul peringis (dahlah botak tersengih pula). Jerangkung wujud dalam bentuk rangka tulang manusia. Wedon berupa mayat berbalut kain kafan. Banaspati makhluk halus yang berjalan dengan kedua tangannya, sambil mulutnya menyemburkan api, wajahnya terletak pada tempat alat kelamin. Sundel Bolong pula adalah wanita cantik yang punggungnya berlubang ditutup rambut panjang, penggoda dan perayu jantan, setelah dapat pasangan kerandut buah zakar jantan tadi akan dipicit sekuat hati, melolonglah si jantan dengan tiba-tiba. Genderuwo sering berubah rupa, ada yang menjadi manusia, menyamar sebagai seorang suami dan menggauli seorang wanita (isteri yang sedang ditinggal suaminya). Genderuwo berada di tempat-tempat gelap, lorong sempit, jalan mati dan tandas awam yang sepi. Dia serupa hantu raya yang boleh menyamar.


 

Nyi Roro Kidul dari Istana Pantai Selatan menunggang kereta kuda kencana, diiringi pasukan berkuda dari dasar samudera. Mata biasa hanya akan melihat kemunculannya sebagai ombak tsunami. Pendaki yang sering menginap di Alun-alun Surya Kencana juga sering mendengar derap kuda pasukan Pangeran Surya Kencana. Bila pendaki mendengar suara kuda sebaiknya jangan dihiraukan, namun bila pendaki semakin penasaran dan ingin mendengar suara kuda lebih jelas, maka akan muncul penampakan kuda-kuda, selanjutnya para pasukan Pangeran Surya Kencana akan menampakkan diri di atas kuda-kuda tersebut. Bila hal ini terjadi maka pendaki tersebut akan terbawa ke alam gaib.


 

Di dunia ini sebenarnya memiliki tujuh macam alam kehidupan, termasuk alam yang dihuni oleh manusia. Masing-masing Alam ditempati oleh bermacam- macam mahkluk. Mahkluk-mahkluk dari tujuh alam tersebut, pada prinsipnya mereka mengurusi alamnya masing-masing, aktivitas mereka tidak bercampur, setiap alam mempunyai urusannya masing-masing. Dari tujuh alam itu hanyalah alamnya manusia yang mempunyai matahari dan penduduknya yang terdiri dari manusia, binatang dan lain-lain mempunyai badan jasmani.


 

Penduduk dari 6 alam yang lain mereka mempunyai badan dari cahaya ( badan Cahya ) atau yang secara populer dikenal sebagai mahkluk halus, mahkluk yang tidak kelihatan. Di 6 alam itu tidak ada hari yang terang berderang karena tidak ada matahari. Keadaannya seperti suasana malam yang cerah dibawah sinar bulan dan bintang-bintang yang terang, maka itu tidak ada sinar yang menyilaukan seperti sinar matahari atau bagaskoro ( Jawa halus )


 

Ada 2 macam mahkluk halus yakni Mahkluk halus asli yang memang dilahirkan sebagai mahkluk halus, dan Mahkluk halus yang berasal dari manusia yang telah meninggal. Seperti juga manusia ada yang baik dan jahat, ada yang pintar dan bodoh. Mahkluk-mahkluk halus yang asli mereka tinggal di dunianya masing-masing, mereka mempunyai masyarakat maka itu ada mahkluk halus yang mempunyai kedudukan tinggi seperti Raja-raja, Ratu-ratu, Menteri-menteri dll, sebaliknya ada yang berpangkat rendah seperti prajurit, pegawai, pekerja dll.


 

Alam Gaib atau Alam Mahkluk Halus

yang tidak kelihatan oleh mata manusia biasa:


 

Merkayangan Kehidupan di saluran ini hampir sama seperti kehidupan di dunia manusia, kecuali tidak adanya sinar terang seperti matahari. Dalam dunia merkayangan mereka merokok, rokok yang sama seperti dunia manusia, membayar dengan uang yang sama, memakai macam pakaian yang sama, ada banyak mobil yang jenisnya sama di jalan-jalan, ada banyak pabrik-pabrik persis seperti di dunia manusia. Yang mengherankan adalah, mereka itu memiliki tehnologi yang lebih canggih dari manusia, kota-kotanya lebih modern ada pencakar langit, pesawat-pesawat terbang yang ultra modern dll. Ada juga hal-hal yang mistis di dunia Merkayangan ini, kadang-kadang bila perlu ada juga manusia yang diundang oleh mereka antara lain untuk : melaksanakan pertunjukkan wayang kulit, menghadiri upacara perkawinan, bekerja di batik, rokok dan manusia-manusia yang telah melakukan pekerjaan di dunia tersebut, mereka itu dibayar dengan uang yang syah dan berlaku seperti mata uang di dunia ini.


 


 

Siluman Mahkluk halus ini tinggal didaerah yang ber air seperti di danau-danau, laut , samudera dll, masyarakat siluman diatur seperti masyarakat jaman kuno. Mereka mempunyai Raja, Ratu, Golongan Aristokrat, Pegawai-pegawai Kerajaan, pembantu-pembantu, budak-budak dll. Mereka itu tinggal di Keraton-keraton, rumah-rumah bangsawan, rumah-rumah yang bergaya kuno dll.


 

Kalau orang pergi berkunjung ke Yogyakarta atau jawa Tengah, orang akan mendengar cerita tentang beberapa siluman antara lain : Kanjeng Ratu Kidul – Ratu Laut Selatan, Ratu legendaris, berkuasa dan amat cantik, yang tinggal di istananya di Laut Selatan, dengan pintu gerbangnya Parangkusumo. Parangkusumo ini terkenal sebagai tempat pertemuan antara Panembahan Senopati dan Kanjeng Ratu Kidul, dalam pertemuan itu, Kanjeng Ratu Kidul berjanji untuk melindungi semua raja dan kerajaan Mataram. Beliau mempunyai seorang patih wanita yang setia dan sakti yaitu Nyai Roro Kidul, kerajaan laut selatan ini terhampar di Pantai Selatan Pulau Jawa, di beberapa tempat kerajaan ini mempunyai Adipati. Seperti layaknya disebuah negeri kuno di kerajaan laut selatan ini juga ada berbagai upacara, ritual dll dan mereka juga mempunyai angkatan perang yang kuat.


 

Sarpo Bongso-Penguasa Rawa Pening. Sebuah danau besar yang terletak di dekat kota Ambarawa antara Magelang dan Semarang. Sarpo Bongso ini siluman asli, yang telah tinggal di telaga itu untuk waktu yang lama bersama dengan penduduk golongan siluman. Sedangkan kanjeng Ratu Kidul bukanlah asli siluman, beberapa abad yang lalu beliau adalah seorang Gusti dikerajaan di Jawa, tetapi patihnya Nyai Roro Kidul adalah siluman asli sejak beberap ribu tahun yang lalu.


 


 

Kajiman Mereka hidup di rumah-rumah kuno di dalam masyarakat yang bergaya aristokrat, hampir sama dengan bangsa siluman tetapi mereka itu tinggal di daerah-daerah pegunungan dan tempat- tempat yang berhawa panas. Orang biasanya menyebut merak Jim.


 

Demit Bangsa ini bertempat tinggal di daerah-daerah pegunungan yang hijau dan lebih sejuk hawanya, rumah-rumah mereka bentuknya sederhana terbuat dari kayu dan bambu, mereka itu seperti manusia hanya bentuk badannya lebih kecil. Di samping masyarakat yang sudah teratur seperti Merkayangan, Siluman, Kajiman, dan Demit


 


 

Masih ada lagi dua Alam lainnya, secara singkat kedua masyarakat alam itu adalah untuk mereka yang jujur, suci dan bijak. Mahkluk halus yang tidak sempurna Disamping tujuh macam alam permanen tersebut, ada sebuah saluran yang terjepit, dimana roh-roh dari manusia-manusia yang jahat menderita karena kesalahan yang telah mereka perbuat pada masa lalu, ketika mereka hidup sebagai manusia. Suara desisan di puncak-puncak gunung adalah suara roh-roh yang sedang menderita siksaan.


 

Hubungan Manusia dan Makhluk Halus


 

Selamatan sering diadakan untuk menghormati dan sebagai rasa terima kasih kepada roh leluhur misal upacara Bersih Desa. Setiap 1 Suro beberapa masyarakat gunung sering memberi sesaji keselamatan berupa kepala kerbau yang ditanam di puncak atau di kawah. Upacara Ritual di Gunung BromoSesaji kepada roh leluhur masyarakat Bromo terkenal dengan upacara Yadnya Kasada. Manusia juga sering memberi sesaji kepada mahkluk halus agar terhindar dari berbagai gangguan, sesaji pada umumnya berupa makanan, minuman, bunga, uang, rokok, kadang pakaian, ada juga yang memberi sesaji minuman keras yang memabokkan.


 

Untuk menghindari gangguan Makhluk Halus kadang manusia membuat rintangan dengan membuang buah-buahan yang berbau busuk atau bau-bauan lain yang tajam. Manusia juga sering minta pertolongan mahluk halus di gunung-gunung tertentu, untuk berbagai keperluan misal minta keselamatan, kekayaan, kenaikan pangkat, penglarisan, jodoh, dll. Mahkluk halus yang baik sering memberi pertolongan kepada pendaki gunung yang tersesat dengan menyamar menjadi binatang misalnya burung. Di gunung Sumbing konon pendaki yang ketinggalan temannya akan ditemani oleh sesosok orang yang sebaya dengan pakaian putih.


 

Ada sembilan macam mahkluk halus yang katanya, suka menolong " manusia supaya menjadi kaya dengan kekayaan meterial yang berlimpah (Pesugihan). Pemujaan terhadapkesembilan mahkluk jahat itu merupakan kesalahan fatal, mereka itu bila dilihat dengan mata biasa kelihatan seperti :Argodalem di puncak Gunung Lawu


 

Jaran Penoreh atau kuda yang kepalanya menoleh kebelakang

Srengara Nyarap atau anjing menggigit

bulus Jimbung atau Bulus yang besar

Kandang Bubrah atau kandang yang rusak

Umbel Molor atau ingus yang menetes

Kutuk Lamur atau sebagsa ikan yang penglihatannya tidak terang

Gemak Melung atau burung gemak yang berkicau

Codot Ngising atau kelelawar berak

Bajul Putih atau buaya putih


 

Beberapa gunung terkenal sebagai tempat untuk mencari Pesugihan (kekayaan), pangkat, penglarisan, dll. Hal ini biasanya terjadi karena dahulunya di gunung tersebut terdapat tempat- tempat yang pernah dihuni, dipakai bertapa, atau tempat mokswa tokoh-tokoh terkenal. Mokswa adalah tingkatan kesempurnaan hidup yang tertinggi dimana manusia menghilang bersama roh dan raganya.


 

Mahkluk halus yang jahat sering kali mengganggu manusia, menculik manusia, membuat orang sakit, bahkan bisa membuat orang meninggal. Kehadiran Mahluk halus biasanya ditandai dengan adanya bau misalnya; campuran bau badeg, bacin dan langu; bau rebusan kentang bercampur bawang merah busuk; atau bau wangi yang merangsang hidung. Kehadiran Mahkluk Halus kadang ditandai dengan bertiupnya udara dingin yang membuat bulu kuduk berdiri atau udara berasap semacam kabut. Gejala alam yang muncul kadang menjadi tanda kehadiran mahkluk halus, seperti angin kencang, petir, cahaya, bayangan, api, dll. Seringkali mahkluk halus hanya kedengaran suaranya tanpa ujud.


 

Manusia dapat melakukan perkawinan dengan mahkluk halus. Raja-Raja Jawa terkenal dengan beristrikan Kanjeng Ratu Kidul yakni mahkluk halus penguasa Laut Selatan. Pendaki yang bermalam di gunung Argopuro sering berjumpa dan tidur bersama dengan wanita cantik pengawal Dewi Rengganis (Penguasa mahkluk halus Gn.Argopuro) Anak hasil perkawinan antara manusia dan mahkluk halus biasanya menjadi mahkluk halus. Bila seorang wanita (manusia) hamil hasil perkawinan dengan mahkluk halus, maka ketika lahir bayinya akan hilang perutnya tiba-tiba mengecil.


 

Gangguan Manusia kepada Mahkluk Halus


 

Kehadiran manusia di tempat-tempat yang dihuni mahkluk halus kadangkala menimbulkan gangguan bagi mahkluk halus, oleh sebab itu sebaiknya manusia minta ijin (permisi) terlebih dahulu bila memasuki wilayah mereka. Bau-bauan sering mengganggu mereka, untuk itu seorang pendaki jangan sembarangan buang air. Bau rokok dan minuman keras dapat membangunkan mahkluk halus yang sedang tidur. Suara gaduh juga bisa membuat marah mahkluk halus.


 

Pendaki yang iseng memindahkan atau merusak tanaman atau benda-benda, bisa jadi secara tidak sadar ikut merusak tempat tinggal mahkluk halus. Memindahkan batu besar yang diyakini sebagai tempat tinggal mahkluk halus, kadang kala tidak pernah berhasil, begitu juga dengan upaya menebang pohon besar seringkali gagal, harus dengan disertai upacara membayar ganti rugi, berupa sesaji khusus.


 

Penebangan dan pengrusakan hutan dan pembangunan sarana-sarana kebutuhan manusia secara tidak langsung telah merusak tempat-tempat tinggal mahkluk halus. Sehingga hanya masyarakat mahkluk halus yang tinggal di gunung-gunung dan hutan-hutan, samudera-lah yang masih bisa lestari. Mahkluk halus sebagai penghuni dan penjaga alam bagaimanapun juga harus dihargai sebagai layaknya mahkluk yang lain. Kemarahan mahkluk halus bisa menimbulkan bencana wabah penyakit, tanah longsor, banjir, bahkan gunung meletus.


 

Bagi pendaki yang pernah melakukan pendakian seorang diri pasti akan merasakan berbagai suasana nuansa gaib. Percaya atau tidak dengan alam mahkluk halus, setiap pendaki tetap harus memahami tempat- tempat yang dianggap sakral dan angker oleh masyarakat setempat. Setidak-tidaknya bisa membawa oleh-oleh bahan cerita yang seru tentang gunung yang didaki.


 

Seorang Pecinta Alam Sejati akan menyapa matahari ketika muncul di ufuk timur. Hembusan angin kencang dianggap sebagai kejenakaan seorang sahabat, kucuran hujan deras adalah ajakan alam untuk bermain dan bercanda. Batu besar atau batang pohon bisa menjadi kawan kita berbicara, Burung - burung mengajak kita bernyanyi. Alam memang memiliki roh kehidupan. Pendaki yang ramah dan menghormati Alam, dia akan turun gunung dengan semangat hidup yang baru yang dipenuhi spirit of the mountain.