RANTAI BABI NI APA DIA?:
Jangan anggap macam rantai anjing atau rantai leher. Ia adalah benda mistik yang orang kemaruk nak cari. Sejak dulu sampai sekarang, orang dok sibuk mencari rantai babi. Babi dia kata haram, najis berat, tapi yang dok sibuk cari rantai babi nak buat apa? Empunya cerita mengatakan, rantai babi ini banyak gunanya, boleh dijadikan sebagai sarana untuk menarik duit dari alam ghaib, boleh menarik kekebalan, boleh dijadikan "tangkal" [ni yang kata karut dan khurafat]. Benda ni orang Melayu tak tahu apa. Yang tahu hanya siapa yang duduk dalam hutan, terutama orang Asli yang mahir duduk dalam hutan. Mereka tahu rantai babi itu macam mana. Apa gunanya. selain itu ada lagi yang orang cari cemara babi.
Al-kisah ketika penulis jadi wartawan dan penyunting INTISARI dulu -1999-2005- penulis pernah temui apa yang dikatakan rantai babi n, tak berani pegang pun. Bentuknya macam dodol baru dimasak dalam kawah. Letak di daun pisang, macam tulah warnanya. Tengok rantai babi, teringatkan dodol masa di kampung Pasir Panjang, Sekincan dulu.
Yang memiliki rantai babi ini, Pak Raden Puji Masono, dia memang selalu hubungi penulis kalau ada benda pelik-pelik. Maklumat dari dia pun tak banyak, sebab hanya nak tahu rupa dan bentuk rantai babi. Tetapi dalam bab kegunaan itu, penulis rasa tak yakin. Benda macam tu dicari sampai harga ratus ribu nak buat apa?
Rupa-rupanya dalam dunia mistik, rantai babi ni sudah dinaikkan harga. Orang tengah main peranan nak jual rantai babi dengan harga lebih mahal daripada harga sebiji kereta Persona. Tak percayake? Inilah yang orang kata dunia mistik yang serba gila.
ASAL-USUL RANTAI BABI
Kisah ini anggaplah sebagai dongeng. Ia bukan fakta. Kalau salah cerita pun orang tak marah. Konon pada zaman dulu ada seorang puteri yang telah dikutuk menjadi babi siluman. Puteri ini ketika hidup mencari seorang putera bernama Paku Aji. Dia berada di alam fana. Setelah puteri ini bertemu mereka pun berkahwinlah, dapat anak lelaki namanya Geduk. Apabila Geduk sudah dewasa, puteri pun serahkan benda mustika -rantai babi- kepada dia sebagai bekalan. Konon Geduk ini kemudian menjadi menjadi "raja" yang menguasai sebuah pergunungan.
Rantai babi yang dimiliki Si Geduk ini banyak kegunaannya, ia ada khadam dampingannya. Boleh digunakan untuk maksud persugihan (nilah yang orang cari sampai tipu sana, tipu sini). Bagaimana rantai babi itu boleh berada di tangan ibu Si Geduk?
Menurut kisah, ketika babi hutan sedang berkubang di tengah hutan, dia akan letakkan rantai itu di perdu pokok. Kalau pakai juga nanti rantai tu tenggelam, mana raja babi itu nak cari? Bijak juga dia. Raja babi ni apabila sudah buka rantai, dia nak berkubang (mandi) dia pun konon bertukar menjadi manusia biasa (agaknya muka macam babi).
Sesiapa yang hendak dapatkan rantai babi, kena bertarung dulu dengan raja babi ini. Kalau orang itu bijak, dia boleh rampas rantai babi itu. Jadilah rantai babi itu milik orang yang menemuinya. Jangan bawa ke hutan lagi, nanti jadi buruan si babi pula. Biarlah raja babi meraung ke menangis ke!
Begitulah kisahnya bagaimana rantai babi berada di tangan manusia.
RITUAL GUNA RANTAI BABI
Dalam bab ini jelas ritual-ritual karut yang tak sepatutnya orang Islam lakukan. Akan tetapi sebagai benda kajian mistik kepercayaan, penulis paparkan. Konon, kata yang empunya ilmu karut ini, untuk memulakan sebuah ritual guna rantai babi, beberapa perkara perlu dilakukan dulu.
1.dapatkan tanah dari mana-mana lokasi.
2.siapkan dua ekor kambing (inilah sajian karut untuk syaitan sebenarnya)
3.masukkan darah sembelihan dalam labu dibelah dua (sebagai mangkuk)
4.rokok kegemaran pelaku ritual
5.daging mentah
6.segumpal tanah curian dari tempat orang.
Biasanya, benda-benda ini hanya diketahui oleh dukun sesat sahaja. Dia yang kata bahawa rantai babi ni boleh digunakan untuk berbagai kegunaan. Pemilik ratai babi kena ikut sama dengan orang yang berhajat. Kalau hajat tarik duit, tarik duitlah. Jangan duit tu koyak rabak kena tarik dah le!
Maaf. Ini memang kerja gila. Ketika ritual karut tadi, pemilik rantai babi perlu berbogel (skandal lucah lagi). Dia hanya pakai seluar dari daun sirih untuk tutup anu sahaja. Apalah punya ritual ni? Tapi, saya ni salin yang penting-penting sahaja.
Ketika dukun memulakan ritual kuno ini, konon angin pun bertiup kencang, biasanya di situ sahaja, atau perasaan mereka sahaja, padahal tidak. Pokok-pokok pun konon ada yang tumbang. Pemilik rantai babi dahlah telanjang (nyamuk jangan kiralah), dia kena baca mantera (syirik) atas bimbingan dukun sesat. Tujuannya menyeru Si Geduk tadi, sebab dia dianggap sebagai pemiliknya.
Angin kencang tadi hanya sebagai iringan agar nampak menjadi macam sebuah filem seram. Konon ketika ada dukun dan pemilik rantai babi buat ritual ini, hujan ribut pun kebetulan berlaku. Manakala di tempat ritual yang tersorok, ada dua ekor kambing yang nak dikorbankan. Inilah ritual orang-orang yang sudah kesyaitanan, percaya dengan kata-kata dukun, entah ilmu dari mana, kalau dari orang yang sudah mati pun diamalkan juga.
PANGGIL SIAPA?
Bab ini pun mengelirukan. Ritual tadi panggil syaitan siapa? Kata yang empunya cerita, mereka tu memanggil Si Geduk. Biasanya Geduk akan datang dengan kawan baik dia namanya Si Unting. Unting ni kata orang badannya tinggi, kurus, rambut panjang, gigi bertaring, kuku panjang. Apabila budak berdua ni datang tengok ada kambing, dia pun terkam, gigit leher kambing, sedut darahnya. Kejam sungguh. Baik gigit dukun dan pemilik rantai babi lagi baik.
Konon Si Geduk yang tukang bertanya kepada dukun. "Apa sebab hang panggil aku ni?"
Si Pemilik rantai babi pun mengadu hal. "Ada tugas buatmu wahai Geduk," katanya sambil pegang tanah yg dibawa dari tempat jauh. Tanah dari India, Pakistan, Brunei, Batam pun boleh. Dari Kutub Utara pun lagi bagus.
Apabila nampak tanah itu, Geduk pun cium tanah itu. Dia pun terlonjak ke udara, entah terkejut, entah apa. Terus hilang dari pandangan si bogel dan dukun tadi. PAUSE.
Kemudian Geduk dan Unting datang lagi. Dia datang bawa buntil entah apa isinya.Uncang itu ia letakkan dekat barang-barang sajian yang mengarut tadi. Lagi banyak sajian merapu lagi suka budak-budak dua ekor tu. Keduanya pun duduk bersila melahap apa yang ada. Darah dalam labu dihirupnya. Srrrruuuup! Kemudian makan daging mentah sajian. Kemudian dia ambil rokok. Hisap rokok pula tu. Pandai pula syaitan ni hisap rokok ya?
Rokok dicampak. Dia mahu rokok curut macam Castro hisap. Banyak songeh betul Geduk ni. "Aku tak mahu bagi apa-apa, sebab kamu tak ada curut," kata Geduk.
Ritual itu kira gagallah. Nak persugihan tapi tak dapat. Sebab mereka bawa rokok. Geduk nak curut. Pagi itu, dukun dan pemilik rantai babi gagal dapat apa-apa. Yang keduanya dapat adalah dosa kesyirikan. Entahlah bagaimana posisinya di depan Allah SWT.
Menurut kisah, akibat ritual karut dua orang ini, ada penduduk kampung kehilangan kambing malam itu. Konon kambing mati kerana disedut darahnya oleh si budak dua ekor itu. [Misteri, Ed.504, 2010].
PENGAJARAN
Rantai babi bukan sarana mudah untuk kerja persugihan, tarik duit dan sebagainya. Ia hanya dongeng para dukun yang percaya mistik melulu. Syarat yang diminta ketika ritual mengada-ngada, tidak serius, bahkan macam main-main, ertinya manusia dipermainkan syaitan. Dan lagi, untuk ritual perlukan kambing, perlukan berbagai benda, semua ini duit. Cita-cita besar mahu kaya sudahnya papa kedana. Kambing dah dibeli, daging dah dibeli, sajian lain semua. Yang penting bukan benda-benda itu, tetapi keyakinan mereka itu. bagaimana aqidahnya kalau sudah sesat begitu?
INGATAN
Rantai babi adalah salah satu benda mistik yang orang cari. Sudahlah. Jangan sibuk mencari benda yang karut marut ini. Jangan percaya cakap dukun. Jangan percaya cerita orang. Persugihan memang cerita dongeng. Jangan jadikan dongeng sebagai fakta untuk diikuti resipinya. Ritual tadi adalah khyalan belaka. Ia adalah rekaan dukun persugihan yang saja nak main-main. Teringat penulis kepada beberapa orang di Kuala Lumpur ini yang sibuk mencari batu delima merah, keris berdiri dan sebagainya. Cukuplah sudah dongeng ini. Ia hanya cerita penglipur lara zaman moden. Rantai babi tu kalau ada, buang saja ke laut, habis cerita. []
Sunday, 22 May 2011
Saturday, 21 May 2011
TENTANG DOSA PENDAPATAN YANG BIASA DI ANTARA KITA
Marilah kita bermuhasabah diri. Kalau kita bekerja, sebagai pekerja, adakah kita pernah melakukan perkara berikut? Cuba renungkan dalam-dalam.
1. Menggunakan peralatan syarikat (majikan) untuk tujuan peribadi, envelop besar untuk simpan milik peribadi, sehari satu envelop, lima hari ada lima envelop besar masih elok, baik kertas, pen, faks, fotostat, telefon pejabat, sembang-sembang. Penggunaan yang tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja baik secara langsung atau tak langsung.
2.Menipu syarikat denga membuat tuntutan untuk minyak petrol, makan-makan, sewa hotel, beli peralatan pejabat dan sebagainya. Perkara ini terlalu biasa di kalangan pekerja.
3. Mengambil rehat tidak sah. Ketika waktu pejabat buat urusan sendiri. Hari Jumaat paling teruk, keluar awal masuk pejabat jam 3.00 ptg. sebab banyak berdoa dan wirid di masjid (?). Pergi bank, pergi beli suratkhabar, majalah atau buku, sedangkan gaji harian dibayar. Kita curi masa pejabat untuk kepentinga diri sendiri. Guru-guru pun banyak melakukan hal ini (penulis pun bekas guru tau!).
4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan. Menambah-nambah masa. Melewat-lewatkan kerja untuk mendapatkan overtime yang tidak sah.
5.Rasuah dalam membuat pemilihan. Pegawai yang berurusan dengan kontraktor bertanggungjawab buat iklan, buat quotation tetapi ada perjanjian lisan lain, aku tolong engkau, engkau tolong aku. Benda begini terlalu lumrah, bukan di pejabat sahaja, malah untuk supermarket pun begitu, kamu bayar sekian ringgit, barang kamu aku terima masuk rak kita. Tiap bulan ada orang dapat duit cara begini yang tak bersih. Bidang pengawal keselamatan pun serupa. Kamu bayar tiap bulan pada aku, aku rekomen syarikat kamu dapat tender kawalan keselamatan.
6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan. Ini pun perkara biasa. Banyak dilakukan orang, sebab mereka nak duit minyak, duit kereta, duit rumah, hingga nak kahwinkan anak pun ada quatation sendiri. Siapa ambil projek dengan jabatan kerajaan dia akan tahu hal ini. Lumrah sangat.
7.Menaikkan harga. Bos suruh cari pembekal tertentu, maka sebut harga pun dibuat-buat, harga dinaikkan untuk dapatkan duit poket. Bos tak tahu apa cerita. Ini pun perkara biasa di kalangan kita.
8.Bagi tender tapi bersyarat. Nak ubahsuai pejabat cari kontraktor. Lobi syarikat itu dan ini. Depan bos harga sekian, belakang bos harga sekian. Pegawai yang mencari ini dapat komisyen di luar pengetahuan bos dan kaki tangan lain.
9.Tuntutan palsu. Harga sebenar taklah mahal, tetapi semua butiran dinaikkan kerana hendak bayar kepada pegawai yang menguruskan hal ini. Bos tak tahu apa. Harga kapal selam, pak cik dan mak cik tak tahu. Kalau harga sekian ratus juta pun mereka tak tahu, siapa dapat komisyen sampai empat ratusan juta?
10.Resit harga ciptaan. Sudah ada pakatan. Harga sebenar hanya RM10.00 satu unit, tetapi telah dinaikkan hingga RM30.00 perunit. Nak cari duit lebih! Ini pun biasa dilakukan pekerja dan pegawai kita.
11.Ambil untung sendiri. Diamanahkan untuk beli barang dalam lingkungan RM5,000, cari punya cari dapat harga kurang RM4,000. Kalau ambil yang ini, pegawai tu dapat RM1,000 yang bos tak tahu. Duit apa ni? Halal ke haram?
12.Sebenarnya banyak lagi. Kamu lompat parti [kes ADUN dan MP kita] dan kemudian dapat duit berjuta-juta, dapat projek, amanah atau tidak amanah? Elaun tu halal ke haram? Ada dengar tazkirah di mana-mana, ustaz kata pendapatan tetap haram, serba-serbi haram. Nauzubillah...
Berapa banyak penipuan dilakukan oleh masyarakat kita yang mengaku Islam. Sebenarnya untuk jadi Islam bukan mudah. Label Islam semua orang boleh. Nak praktikkannya jauh sekali. Renungkanlah, adakah sesiapa pernah melakukan semua adegan yang dipaparkan ini? [Semak Zaharuddin Abd Rahman,FORMULA SOLAT SEMPURNA,2008, Kuala Lumpur:Telaga Biru Sdn Bhd. hal.154].
Masih banyak lagi keteledoran kita ketika memegang jawatan di mana-mana. Nampak remeh, tetapi itulah sebenarnya yang dikatakan kesempurnaan Islam. Kita selalu terbawa-bawa dek faham kemelayuan yang sempit melulu. Kalau begitu, adegan disebutkan tadi sudah jadi budaya kita, mahukah ini dinamakan bentuk budaya Melayu sebenar? Kalau begitu, alangkah buruknya budaya Melayu. Mungin inilah yang dikatakan sekularisme, liberalisme - bermula dari nasionalisme kolot akhirnya menjadi sempit pemikiran kita, hidup di bawah kepompong kejahilan. Sama-samalah kita bermuhasabah diri, termasuk ana pun, bukan nak kata orang lain. Wallahu a'lam.[]

Friday, 20 May 2011
KISAH WAN MALINI GILA HINGGA BOGEL [KISAH PARODI]
Tiba-tiba muncul anak Raja Suran di Bukit Siguntang di muara Sg Tatang, Palembang. Ketiga anak raja Suran yang tidak berapa gagah itu - Nila Pahlawan, Krishna Pandita dan Nila Utama. Penampilannya tidaklah hebat, layak manusia biasa sahaja, tidak memikar sesiapa pun ya melihatnya. Entahlah, penulis Sejarah Melayu mengada-ada mengatakan tiga tokoh ini hebat.
Memang ada pelukisan alam yang melampau dengan kehadiran tiga tokoh yang tak dikenali itu. Alam sekitar di Bkt Siguntang itu konon terlalu hebat gambarannya. Padi berbuahkan emas. Tak logik. Memanglah kalau sudah masak padi tu nampak menguning seperti emas. Tidak logik juga untuk mengatakan padi itu berbuahkan emas, berunkan perak dan batangnya tembaga suasa.
Yang jelas penulis Sejarah Melayu itu membodohkan orang Melayu. Padi disangkakan emas. Tu sebab emas tu sebenarnya simbolik kepada harta benda. Melayu serakah dengan harta. Suka memiliki emas yang banyak walaupun jalannya secara tak betul alias haram, menipu, rasuah, adu domba, mengampu, tipu inden, komisyen beli benda-benda yang tidak logik dalam pasaran. Padi disangka emas, beginilah natijahnya.
Apabila berjalan, maka kehairanlah kerana semuanya kuning persis emas. Lagi tak logik. Di Palembang ni ada sebuah tempat di ladang dan pingir hutan terdapat kuntilanak atau peri, barangsiapa baik dengan makhluk ini akan mendapat selendangnya yang diberi nama kundu sumai. Syaratnya berbaik-baik dengan perempuan mistik ni pada waktu malam bulan purnama, kalau boleh, pergi seorang jangan ajak kawan, kalau terkencing atau lari lintang pukang tak ada siapa tahu.
Jadi dengan gara-gara penampilan tiga tokoh yang tidak segak dan tidak ada apa-apa kelebihan itu konon tanah jadi kuning keemasan. Betul-betul penipuan.
Saya suka baca karya parodi Shahnon Ahmad yang menyindir. Sahnon kata, bahawa Raja Suran dan ketiga anaknya bukan berasal dari laut seperti yang Sejarah Melayu tulis. Mana ada manusia datang dari dalam laut? Kalau Ratu Kidul ya dari dalam laut. Raja Suran ni agaknya kerabat Ratu Kidul kut? Cuma penulis sejarah ni nama samarannya Tun Sri Lanang tidak dapat maklumat di Jawa. Jadi dia tak tahu apa.
Si Wan Empuk dan Wan Malini tetap mengerjakan padi huma. Padi khayalan itu tetap padi, tak ada jadi perak atau tembaga. Padi huma, hasilnya tak banyak mana. Nak dapat segantang pun susah, yanmg lainnya dimakan burung. Sedekah untuk burung lebih baik daripada kepada Raja Suran tu. Mana ada orang boleh keluar dari dalam laut. Jin agaknya.
Dulu-dulu pawang diraja ada seru jembalang dari laut suruh naik ke darat. Agaknya Raja Suran ni jenis jin inilah yang diseru di zaman dulu.
Kemudian Wan Empuk kahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini pula dengan Krishna Pandita. Setelah berkhwin, pasangan ini mendapat anak digelar Sang Sapurba. Ia tidak ada kaitan dengan muntah lembu. Mana boleh muntah lembu jadi manusia.
Anak yang lahir lelaki dinamakan Awang dan yang perempuan (tak cantik) dinamakan Dara. Sejak itulah konon mulalah tradisi perawangan dan perdaraan di kalangan orang Melayu.
Kata Shahnon, perkahwinan pasangan itu tidak pernah berlaku pun. Mereka sebenarnya menjadi mangsa kebuasan nafsu amarah kedua-dua anak Raja Suran yang bengis dan cepat marah tak tentu hala. Maklum keturunan dari laut, bau lumpur laut, bau siput laut dan jenis pengotor pula.
Kata Shahnon, semua anak gadis yang ada di Bkt Siguntang menjadi mangsa kerakusan anak-anak raja itu. Cerita kahwin dengan Empuk dan Malini hanya untuk menutup aib sahaja.
Wan Malini menanggung malu, jadi gila dan akhirnya melarikan diri - masuk hutan lebih baik berkawan dengan siamang dan lutung kesarung. Malini jadi gila, ketawa tengah malam, telanjang dan tunjukkan kemaluan kepada sesiapa (ini tidak porno seperti video Datuk T). Perihal dia telanja tu, Malini tidak mengira siapa. Asal turun dari Bkt Siguntang, dia pun selak...
Tapi Wan Empuk bagaimana? Oh, dia tak gila. Dia tak telanjang macam kawannya tu.Oleh sebab dia tak gila, dia boleh cerita kepada orang lain bagaimana anak-anak Raja Suran sudah lakukan. Kemaruk perempuan.
Kehebatan, kebesaran dan kedaulatan anak-anak Raja Suran digambarkan oleh Shahnon Ahmad begitu indah sekali. Ia bagai kisah komedi. Keturunan Raja Suran tidak bermoral, suka keganasan, berfoya-foya dan suka membazir.
Kemunculan anak raja ini tidak disambut pun. Nah, Shahnon juga membidas Tun Sri Lanang.
"Memang Fakir pujangga istana itu cuba menutup keganasan dan kebuasan yang telah menjadi budaya anak-anak raja di mana-mana itu." [Cerpen: Wan Empuk Wan Malini, Kisah Sejarah Melayu Yang Sebenarnya, Berita Minggu, 7 Jun 1992].
Bagus cerpen begini. Tentu kisah Meminang Puteri Gunung Ledang pun boleh diparodikan. PARODI ini apa bendanya? Hutchinson (1983:92) mengatakan, "...Parody is a semi-elitist form of game, a playful, self-conscious reformulation of an existing text in order to accentuate certain characteristic of the original work's content or style."
Terdapat beberapa jenis peniruan dalam pengaruh sesebuah karya sastera - parodi, burlesque, travesty, pastiche, hoax, spoof dan pengayaan. Pengaruh ini ada dalam cerpen, novel, drama tv atau filem panggung, lukisan, tarian, dan macam-macam lagi. Peniruan dan kemudian mengubah menjadi dalam bentuk sindiran.
Percubaan Shahnon yang menarik dan menyindir ini tidak menjadi ikutan orang pula. Agaknya penulis kecil tak berani. Fiksyen tidak ada apa-apa. Penulis pernah menulis cerpen MABUK, Mingguan Malaysia, tahun 70-an, dan sebab itulah ADUN Sg Panjang, Ariffin Mat Rawi nak cari penulis untuk dibeduk. Ripin tu dulu penghulu muda, bekas kerani Sekolah Rendah Keb Pasir Panjang, Sekincan, Selangor. Penulis pun pernah belajar dan mengajar di Sek.Men Dato Mustaffa, tahu sangat sejarah Ripin tu.
Cerpen MABUK juga menyindir. Tetapi yang tersindir mengamuk sakan. Suatu hari tu penulis terswerempak dia di Tanjung Karang. Berdepan muka. Dia tak kenal pun dengan den. Jadi, heboh kata nak pukul penulis cerpen MABUK hanya khabar angin sahaja. Nama pun fiskyen. Inilah sejarah hitam penulis yang menyebabkan, Ustaz Shariman Tusat (almarhum) menyuruh penulis merantau ke Pahang, Felda Bkt Tajau. Wahhhh! Masa tu api dan air tak ada. Pernah jadi penolong setiausaha UMNO pulak tu. Menyesal sungguh, tapi tak mengundi Umno pun. Dari dulu tak pernah undi Umno. Sebab Umno ni wataknya macam yang Shahnon gambarkan dalam cerpen parodi tadi. []

Monday, 16 May 2011
BERBAGAI MASALAH DIFIKIRKAN?
Setiap orang adalah ahli fikir. Tak semestinya menjadi Socrates, Plato atau Aristotles dulu, tak payah. Duduk-duduk dan membaca pun boleh membuahkan berlapis perkara untuk difikir dan direnungkan. Umpamanya di Malaysia sekarang politik orang Melayu sudah kalut, bagai nak karam, bagai nak tamat perjuangan, kecoh saban hari, terutama kalau nak pilihan raya, tak usah besar, pilihan raya kampung pun kecoh bukan main.
Setiap kali ada pilihan raya, ada sahaja cerita memuakkan, skandal, rasuah, salah guna kuasa, sumpah di masjid, video seks, seks, seks, seks, seks dan seks. Waduh, orang Melayu baru nak belajar ngeseks, dulu malu, sekarang makin kurang ajar. Senang-senang tayang video porno, tak didakwa pun, sebab bukan kesalahan besar. Tapi kalau yang tayang tu puak lain, dah lama peguam negara buka fail.
Perihal ini pun menyebabkan ramai rakyat Melayu sakit jiwa memikirkan soal politik hina orang Melayu. Belum bab memberikan taraf warga negara, memberikan Mykad, pas tu ada kawan di Chow Kit kata, setiap ada pilihan raya ada si fulan ajak pergi mengundi dengan IC yang sudah disediakan. Maknanya pengundi syaitan lah tu, adik beradik pengundi hantu.
Hantu ini berkeliaran di mana-mana. Agaknya sebab orang Melayu takut hantu, ada yang bela hantu, hantu dalam politik pun menjadi-jadi. Kata orang, berapa ramai Melayu yang punah ranah kerana suka dapat sogokan. Suara kena lantang, jerit, buat demo, pas tu cari tajuk sensasi, orang kuat yang suka menyalak ni akan diberi perhatian oleh puak-puak kemaruk kuasa.
Maka menurut yang empunya cerita, datanglah si fulan memujuk orang yang kaki demo ini. Tanyalah, dan buat baik-baik. Pas tu buat projek. Tapi syaratnya sokong kitalah, tak boleh jerit-jerit lagi. Nak projek apa? Janji mulut diam. Jangan bising-bising. Konon ada juga kalangan blogger pun begitu. Jerit sudah menjadi perlahan kerana rupa-rupanya ada yang tak suka suara lantang, tak suka tulis yang bukan-bukan, maka disuruhlah, hang tulis untuk puak kitalah!
Orang jadi menyampah kerana di Malaysia ni, setiap hari ada iklan tentang rasuah. Amalan rasuah tak baik. Tetapi yang orang nampak, amalan rasuah ini menjadi kekuatan dalam politik. Berapa banyak orang yang kuat menyalak dulunya kini sudah senyap? Orang beranggapan semua yang senyap ini sudah jatuh ke dalam beras, nak bising buat apa, makan beras tu sebiji, sebiji, sebiji, sebiji, sebiji...sebiji, sebiji, sebiji, sebiji, kira sekali. Senyaplah tu...
Nak sumbat mulut rakyat Malaysia ni mudah je. Sumbat dengan duit. Yang terpekik terlolong tu pun sudah banyak kena sumbat duit. Yang orang jadi pak turut, pun kerana duit. Jangan ingat kosong. Semuanya kerana duit. Dapat jawatan penting pun boleh melenyapkan tentangan. Dapat projek besar pun boleh menyebabkan seseorang menyusur di bawah akar.
Politik Malaysia seolah-olah sedang kecemasan. Puak-puak Umno seperti takut hilang kuasa. Nak takut apa, dah kaya raya, duit banyak. Bukankah itu yang dicari. Siapa kata demi bangsa, negara dan agama? Selalunya dia orang sebut agama tang last sekali. Pasai apa tak tahulah. Agaknya sudah fesyennya begitu sejak zaman Tunku dulu.
Kemudian peliknya politik Malaysia yang cincai ini, kalau tak ada pilihan raya kecil, tak ada pula isu. Jadi orang dah tahu, kalau ada isu itu memang masa pilihan raya. Meluat betul melihatkan benda-benda macam ini. Kenapalah sikap orang Melayu ini hancai sangat? Malu, tak percaya tanyalah di peringkat bawahan, jangan dok sibuk peringkat atasan yang semua jadi tukang kipas. Yang tukang kipas di atas, pun bila depan orang kampung depa bantai juga yang atas.
Di Malaysia ni rakyatnya dibahagikan kepada beberapa kelompok. Kelompok tertindas selalu terkena. Selalu menerima bermacam kenistaan.Pecah amanahlah, rasuahlah, menderhakalah, menghasutlah, langgan pelacurlah, pendeknya cerita macam zaman dulu. Tak ada pembaharuan. Tak nampak transformasi yang disebut-sebut itu kalau minda kita masih hendak memfitnah, memburukkan orang.
Senang cakap, jangan kata kumpulan parti yang tak sebulu itu main kotor, tidak tahu memerintah atau cakap tak serupa bikin. Sebenarnya sama sahaja. Yang duduk memerintah di pusat itu pun apa kurangnya. Kemudian ada pula cakap bodoh, turunkanlah harga barang di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan, sebab hang yang memerintah!
Ini cabar mencabar budak sekolah kampung.Tapi yang cakap gitu menteri penuh. Malu sungguh kalau kita dengar cakap begitu. Macamlah negeri-negeri itu berada di Timur Leste tu!
Sekarang, baik kita bermuhasabah diri. Orang yang sudah lompat parti kerana dibeli, elok diam sahaja. Jangan buka mulut. Malu. Cakap lagi banyak nanti tembelang terbuka. Sebab kalau kamu burukkan orang, keburukan kamu sendiri sudah jelas sebagai kelompok yang "mudah dibeli" - sesiapa pun elok diam. Jangan kata mengata. Kalau pemimpin atasan pun kata mengata, ia sama macam orang duduk bawah jambatan dekat Central Market tu. Jangan fitnah orang. Jangan aibkan orang. Yang sudah tu sudahlah, ini bukan menaikkan citra Melayu, tetapi malah menjadi sejarah peradaban Melayu pada masa akan datang.
Elok juga kalau ciri sifat Melayu itu ditambah lagi. Sejarah telah membuktikan bahawa Melayu tak akan bersatu dalam politik. Berbeza pendapat bukan rugi. Tetapi yang merugikan ialah apabila kita berbeza dalam anutan agama, berbeza walaupun dalam kelompok Islam. Tengoklah, kita masih bercakap benda lama tentang Syiah dan ahlulbait, kita masih bercakap tentang Wahabi, bercakap tentang islam liberal, pluralisme, antisunnah, kelompok Qurani dan macam-macam.
Semua ini hanya "percakaran" dalam bentuk wacana. Kalau tak ada tajuk ini, fikiran pun jadi semacam beku. Biasalah orang hendak mendengar berbagai wacana pemikiran. Yang berbeza itu biasa. Tetapi cara kita melakukan sesuatu seolah-olah memaksana. Kaum belia dipaksa buat itu dan ini, dengan bermain sloganan. Ini corak lama sebenarnya. Ia seolah-olah memujuk, nak gunakan facebooklah, gunakan apa sahaja asalkan anda anak-anak muda memihak kepada kita. Kalau memihak kepada pihak lain, alangkah peningnya.
Paparan ini adalah sebahagian daripada wacana kecil yang penulis telah lakukan di pinggir Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama kawan, Encik Aziz budak Kedah, dan bekas pensyarah UM Raja Mukhtaruddin Mohd Dain. Ketika itu datanglah wartawan Harian METRO terus tanya penulis tentang masalah kemacetan lalu-lintas.
Hari itu, Jumaat, biaalah kawasan Kuala Lumpur jem teruk. Dia minta komen penulis tentang jalan raya tu. Terus saya cadangkan kepada wartawan itu buat tajuk lainlah. Hari Jumaat memang jem. Orang keluar awal, sebab semua orang nak solat Jumaat. Kaum wanita dan remaja pula sibuk nyoping di Sogo, Pavillion, KLCC, Times Square, ada juga yang ke Jalan Pasar, Pudu, Petaling Street, ada yang masuk kedai video, kedai snooker.
Jem bagaimana? Penulis kata, baguslah jem. Yang patut kamu tulis kalau di Kampung Pasir Panjang, Selangor tu, jem teruk sebab polis buat sekatan, ada ceramah politik. Jem di kampung memang sesuatu yang luar biasa, elok ditulis. Jem di Kuala Lumpur hari Jumaat atau ketika hujan lebat, biasalah. Bukan isu. Wartawan muda itu tu kata dia masih baru, tak pandai nak cari skop lain.
Ada tu satu hari jurugambar dan wartawan Utusan merambu di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Punyalah susah nak temubual orang. Serba tak kena. Yang bawa kamera sorokkan dalam beg. Takut nak temu ramah dan ambil gambar. Agaknya, tag Utusan Malaysia tu menyebabkan orang tak layan sangat.
Apa nak tulis lagi? Nantilah. Rehat dulu. Wassalam. []

Tuesday, 10 May 2011
HAL EHWAL SUSUK
Susuk ni adalah satu cabang sihir. Kata yang empunya cerita, susuk ini hanya digemari oleh orang-orang berkulit sawo matang(ciku masak). Ada banyak susuk yang diamalkan oleh orang-orang kita, sejak zaman dulu sampai sekarang. sekarang (2011) produk susuk semakin bercambah dengan berbagai nama yang indah mengikut siapa yang mengeluarkannya, dari perguruan mana, dan yang penting bagaimana minat orang yang menjadi pengeluar susuk itu sendiri.
Susuk tidak lain hanya untuk mempertahankan egoisme diri. Biasanya susuk dikaitakan dengan kecantikan, untuk tetap dipandang cantik, tetap glamor, dipandang berkarisma, biasanya pada muka, sebab orang pandang wajah untuk mengetahui seseorang, kemudian bentuk tubuh, walaupun bertudung, ada orang pamer bentuk tubuh yang cantik. Kata ustaz, serupa sahajalah macam tak pakai tudung. Aurat atas tutup, aurat bawah buka.
Sesungguhnya, Allah SWT telah menciptakan sesorang itu dengan kesempurnaan, serba lengkap, sempurna. Tidak perlu diperbaiki lagi, hanya perlu berhias sesuai dengan tuntutan sesuatu yang sesuai dengan keadaan. tidak perlu seseorang hendak mengubah bentuk hidung yang pesek untuk jadi mancung, kulit yang sawo matang menjadi putih gebu, Negro tu tak putih tetapi tetap cantik juga, berapa banyak artis Amerika itu berketurunan kulit hitam? "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya, "Allah SWT melaknati pembuat tatu dan orang yang meminta supaya dicacah kulitnya, dan orang yang meminta supaya rambut alisnya ditipiskan dan orang yang merenggangkan gigi-giginya supaya kelihatan cantik yang kesemuanya itu mengubah-ubah keaslian kejadian Allah SWT, tiada aku melaknati akan seseorang melainkan ia telah dilaknati oleh Rasulullah SAW...dan termaktub di dalam kitab Allah." (dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Kitab al-Libas, No.5943; oleh Muslim dalam al-Libas Wa al-Zinah,No.2125).
Susuk diamalkan seseorang bukan kerana keyakinan diri seseorang, melainkan lebih banyak dipengaruhi oleh lingkungan, rakan sebaya, dengar-dengar, nak cuba-cuba, hakikat di sebalik susuk tidak diketahui. istilahnya tidak tahu apa, just for fun. Lalu dengan ikut-ikut kawan inilah mereka pun hendak memakai susuk. Soalnya, bagaimana hendak menggunakan susuk? Mulalah cari iklan dalam tabloid atau majalah, mana tahu ada orang yang pakar dalam susuk.
Sekali dibelek akhbar tabloid, jumpalah iklan tentang susuk. Contohnya, menurut sumber dari Kajang, Selangor, ada orang pintar yang boleh menghasilkan susuk, wujudlah susuk-susuk berikut di pasaran. Bukan pasar malam, pasar kemistikan. Nama-nama susuk berbau Melayu seperti, susuk asyik sekampung, susuk sekawan gajah, susuk pemanis, susuk laila suara, susuk pemikat diri, susuk pengasih, susuk pelaris dan banyak lagi. Susuk ini seperti bateri, ada masa tamat tempoh kena cas semula dengan cara mandi bunga dan jampi pemulih. Kena bayarlah, bukan percuma.
Untuk pasang susuk, seseorang yang mahir memasang susuk akan tapakan bahan susuk selama seminggu, kemudian orang yang gila susuk ini dimandikan, iaitu mandi bunga konon untuk pemulih dan menaikkan seri wajah, bahan susuk yang ditapakan itu kemudian diperasapkan, selanjutnya susuk dimasukkan kepada orang yang minat susuk tadi. Susuk dimasukkan melalui dagu, bawah bibir, pipi atau dahi. Susuk utama dimasukkan ke lapisan daging dan kulit dengan menggunakan kaedah kesihiran (maaf ya), bukankah ketika mandi bunga, seseorang itu sudah dijampi-serapahkan dulu? Kemudian ada susuk tumpang pula, kata orang rasanya sakit ketika dimasukkan. Orang tak peduli, bersakit-sakit dahulu, cantik kemudian.
Di zaman dulu ada orang masukkan susuk besi kuning. Banyak cerita besi kuning beredar. Yang asli konon nak bawa naik kapal pun tak boleh. Kalau dah gitu, tak payah bawalah. Inilah ajaran moralnya. Susuk besi kuning ini dipercayai secara mistik akan membawa kekebalan diri, terhindar dari sihir (bukankah kesusukan itu sudah sihir?), dengan susuk besi kuning seseorang itu dipercayai boleh kalahkan orang lain yang guna susuk jenis lain (susuk besi, susuk tembaga, susuk raksa). Besi kuning ini bukan senang nak dapat kata orang yang berfaham mistik.
Ada pula yang kemaruk susuk, boleh pakai susuk pijar iaitu bahan dari tukang kimpalan. Susuk pijar ini konon boleh pulihkan tenaga batin, boleh mengubati sopak, kedal, jerawat. Cuma pantangnya tak boleh makan buah kundur, labu, nanas dan kelapa muda. Tu sebab kalau jumpa orang berpantang itu dan ini, awas, agaknya pakai susuk. Jangan buruk sangka pula. Orang yang guna susuk raksa, konon tak boleh menyelam dalam air lama-lama, tak boeh panjat pokok tinggi, tak boleh makan ikan bersengat, tak boleh makan pisang emas (pisang termahal), air kelapa muda, labu, buah kundur, kalau langgar pantang, susuk akan hilang dengan sendiri. Tak apalah, tetapi bagaimana kalau susuk tak hilang?
Dalam dunia mistik kesusukan ini, ada bermacam susuk beredar di pasaran terbuka. Baiklah kita sebut satu persatu, susuk kebal untuk pendinding diri, susuk intan di dahi, susuk emas - mesti dikeluarkan sebelum mati, susuk berlian di dagu untuk pelaris niaga - di pipi awet muda, susuk jarum emas, dan kalau di Indonesia ada pula susuk berlian sumber lilin, susuk mustika srikandi, susuk mustika kencana, susuk saningtras untuk di pisau cukur, susuk kencana ungu untuk pesona diri, susuk baja alam pamungkas sebagai wasilah, dan berbagai lagi, tetapi asasnya tetap susuk dari jenis logam. Kebanyakan tukang susuk merahsiakan susuk yang rahsia.
Siapa yang suka pakai susuk? Biasanya mereka yang bergelumang dengan dunia hiburan. Kecantikan, glamor, diburu jurugambar, diburu wartawan, muka jadi penghias cover majalah, front page tabloid, semua orang suka kalau fotonya terpampang, ia akan jadi bahan koleksi. Ketika sudah tinggalkan dunia glamor, gambar itu jadi kenangan. Bukan kenangan yang manis, bahkan ada kenangan yang jadi pahit macam akar patawali atau buah lengundi.
Dukun atau bomoh susuk ada di mana-mana, bahkan ada yang tak segan-segan mendakwa diri sebagai bomoh artis. Kalangan lelaki lembut pun suka melanggan susuk ringan, susuk sederhana dan susuk berat. Pengguna susuk yang karut marut ini sebenarnya menggambarkan ilmu setiap individu. Lagi tak tahu, lagi banyak dan sendatlah susuk di mana-mana. Sebab orang yang berilmu tidak akan memakai susuk. Susuk ketaqwaan itulah yang diutamakan, bukan susuk mainan si tukang susuk. Susuk lebih menjurus kepada amalan syaitan.
Untuk pasang susuk kena mandi bunga, konon buang sial. Ada mandi limau atau sintuk limau. Memang bahan ini menyegarkan badan, tetapi orang memandang dari sudut mistiknya, dari sudut khurafatnya konon untuk elakkan gangguan jin, senang dapat jodoh dan sebagainya. jampi serapah masa mandi bunga pun ada unsur-unsur syirik. Orang jumpa dukun susuk, akan percaya kepada kata-kata dukun susuk. Susuk pengasih pun sebenarnya tidak sesuai lagi dengan zaman. Ia sudah jadi barang kuno. []

AL-KISAH PAWANG DIRAJA RAJA NGAH
Kata Frank Swettenham (Perihal Orang Melayu/Malay Sketches, 2003: 121), ketika seorang raja sakit yang mungkin tidak ada kena mengena dengan mainan jin atau syaitan, Raja Ngah si pawang telah bertungkus lumus untuk mengubat raja. Dengan segala upaya pawang diraja pun melakukan ritual yang diberi nama Adat Berhantu. Maknanya, kena panggil hantu untuk mengubati sang raja yang sakit. Tabib tempatan yang ada dah tak boleh buat, maka Raja Ngah pun hadir untuk mengadakan upacara rital adat berhantu.
Adat berhantu ini kata Swettenham adalah upaya si pawang untuk menyeru syaita atau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan serupa dengan ritual ahli sihir di Brocken, puncak gunung di Jerman kerana di situ semua ahli sihir berkumpul di gunung Hars.
Nampaknya kepercayaan adanya makhluk halus di Jerman pun sama seperti kepercayaan orang di Nusantara. Di kawasan pergunungan ada makhluk halus bermukim. Bagi orang yang beriman tentulah keliru dengan adat istiadat berhantu ini, apa lagi perbuatan yang dilakukan oleh pawang Raja Ngah.
Adat ini adalah saki baki zaman gelap sebelum Islam.Kata Swettenham, ulama pun tidak suka, akan tetapi mereka terpaksa "tutup mulut" kerana pada zaman dulu sebilangan orang atasan mengamalkan ilmu hitam.
Betul pun, upaya untuk membunuh J.W.W.Birch pun sangat melucukan, ada bomoh yang diundang untuk mengenakan ilmu hitam kepada Birch. Sayangnya, tidak ada ilmu yang hebat boleh mengalahkan Birch di Pasir Salak. Mereka terpaksa buat ritual supaya Birch jatuh sakit, kesampuk atau apa sahajalah.
Si Maharajalela pun gunakan bomoh untuk kenakan Birch. Berbagai cara nak bunuh Birch termasuk taruh miang buluh dalam bekas air mandian Birch, biar badan dia gatal-gatal. Si Puntum yang membunuh Birch hanya budak suruhan yang diupah, bagi duit, supaya bunuh Birch, kalau hang tak dapat bunuh, nyawa hang melayang.
Jadi, kena buat supaya Birch mati. Budak suruhan jadi taruhan angkara para pembesar. Mereka tak suka orang putih bukan kerana campur tangan apa hal? Pembesar dan juak-juaknya akan kehilangan pendapatan kalau orang putih rombak sistem yang ada. Nak bagi betul, ikut cara Barat orang Melayu tak suka. Dulu, siapa gagah boleh kutip cukai di hutan, cukai balak, cukai perahu, macam-macam cukai hanya masuk poket sendiri. Tu sebab mereka mengamuk apabila Birch nak betulkan sistem. Para pembesar yang ada menganiaya orang Melayu yang menebang hutan, mengenakan cukai di sana-sini. Ia ibarat tol pada zaman sekarang.
Buku tentang sejarah Pasir Salak tu, elok dibaca oleh anak-anak muda agar sejarah menjadi jelas. Mereka bunuh Birch bukan kerana Birch itu orang putih, bukan kerana campur tangan di negeri Melayu, sebaliknya kehilangan hak nak kutip cukai atau tol kepada orang-orang yang berurusan di masa itu. Sayang sejarah dimanipulasi hanya menyebut sebab-sebab pembunuhan Birch yang tak jelas, ada perkara diselindung.
Kisah guna bomoh nak bunuh Birch juga menggambarkan pemikiran gaya lama pembesar Melayu di Perak. Nah, berbalik kepada cerita Raja Ngah tadi, dia ketika nak mengubat raja ditemani kerabat perempuan. Raja Ngah berpakaian seperti lelaki. Baju lengan pendek, seluar, kain dan selendang diikat ke pinggang. Lilin dinyalakan, umbo rampenya beras kunyit, bertih dan air mawar. Raja Ngah ditemani pembantu perempuan.
Ada enam orang pemain gendang yang diketuai oleh anak perempuan Raja Ngah. Gendang tu macam rebana kecil. Kemudian Raja Ngah tutup muka dengan kain dengan iringan gendang, gadis-gadis menyanyi entah lagu apa, lagu dulu-dulu, tetapi yang jelas, ia adalah semacam mantera pengundang jin.
Sambil memuji-muji sang jin yang entah Raja Ngah boleh lihat atau tidak, maka konon ketika itu jin dan roh diseru supaya turun kalau masih ada di gunung, naik ke darat kalau mereka ada di laut, keluar kalau mereka ada dalam tanah, turun kalau masih ada di atas - makhluk itu diseru supaya hadir, untuk mengubati raja yang sakit.
Pawang gunakan daun sambau (?) dan cadak untuk mengubat. Zaman itu mereka masih berpelita atau pasang lilin.Gendang dan mantera nyanyi terus dialunkan, pawang pun melihat sumbu pelita itu menyala, apinya kejap besar dan kejap kecil, konon makhluk yang diseru dah datang.
Pawang dah kerasukan. Manteranya makin bergetaran. Beras kunyit ditabur, air mawar dipercikkan, mulut kumat-kamit bermantera, berdiri menyeru si makhluk agar segera turun, dan kemudian pawang duduk semula.
Konon pada masa itu setiap daerah ada semangatnya yang menjaga daerah. Ada empat ekor jin yang utama dengan nama yang hebat-hebat. Nama jin itu Jin Kerajaan (nama lainnya Junjung Dunia Udara); kedua jin Maya Udara; ketiga jin Mahkota Si Raja dan seekor lagi Sutan Ali. Jin ini juga dikenali sebagai jin arwah yang menjadi pengawal raja dan negeri.
Jin-jin ini perlu dihormati dengan empat payung putih dan merah digantung. Kalau hendak panggil jin-jin itu kena nyanyi lagu mantera serapah dulu, gendang dipalu, bunyi-bunyian ditiup, biduan diraja pun menyanyi, entah bagaimana melodinya, tak ada siapa tahu. Mungkin ada yang tahu di Perak.
Selain jin-jin yang "dimuliakan" itu ada beberapa nama hantu lain seperti hantu sungkai, hantu Melayu (hantu Melayu ni khabarnya semakin banyak di tahun 2011, slogannya tak kan Melayu hilang di dunia. Itu kata Hang Tuah. Betul atau tidak, siapa pun tak tahu! Selain hantu itu ada lagi hantu belian, adik beradik hantu harimau.
Raja Ngah sebagai bomoh hebat juga ada pengiring halimunan, siapa pun tak nampak, tetapi namanya Kemala Ajaib dan Israng. Ketika ritual mengubat dilakukan, sajian disediakan sebagai makanan jin yang diseru. Ada kain kuning, lilin besar menyala, di kelilingnya ada nasi berhias dan juadah kesukaan jin.
Apabila Israng masuk ke dalam tubuh Raja Ngah, dia pula rebah. Jin kerajaan masuk ke dalam jasad pawang. Begitulah kisah berpawang di zaman silam. []

Monday, 9 May 2011
CAKAP-CAKAP TENTANG MISTIK
Kenapa mistik? Yang semua yang ada di sekeliling kita penuh dengan kemistikan. Mulai dari kepercayaan yang ada di sekeliling kita, kemistikan itu di mana-mana, bermula dari politik, dasar-dasar pemerintahan, wacana apa sahaja mempunyai unsuran mistisisme. Perlu diingat, kita berada di bawah tempurung nusantara, siapa sahaja pun asalnya adalah dari nenek moyang petualangan yang berhijrah untuk mencari keselesaan hidup. Faktor yang menyebabkan nenek moyang atau leluhur mengadakan hijrah bukan kerana mengikut ajaran Nabi SAW berhijrah, tetapi lebih kepada huru-hara zaman.
Peperangan, pengaruh koloialisasi, bencana alam yang silih berganti, ikut kawan-kawan hijrah, sedangkan Parameswara sendiri berhijrah dari Palembang. Jadi, jangan ungkit soal asal-usul nenek moyanglah. Nama Melayu itu sendiri pun ada di tanah "lembang" di Sumatera (bacalah dalam situs dongeng rakyat tentang asal-usul nama Palembang untuk menambah maklumat).
Dulu saya sering ditanya oleh kawan-kawan di sekitar Jalan Masjid India, di mana mahu mendapatkan benda-benda bertuah yang istilahnya benda-benda mistik. Banyaklah yang dijadikan bahan sembang di warung-warung. Khabarnya sembang ini bukan saaja di lantai masjid Jamek Bandaraya (th.80-an hingga 2006), lntai masjid India, masjid Pakistan, warung-warung, bangunan MARA, bawah lantai Semua House, orang cerita tentang batu merah delima.
Wah! Bukan main seronok sembang tentang benda yang tidak wujud ni. Hingga ada orang yang jadi broker untuk mencari penjual dan pembeli. Mereka pun sembang juta-jutalah. Ada yang berangan nak jumpa orang itu dan ini. Anehnya, di belakang sana ada sahaja nama Tan Sri, Datuk, Datin, Tengku dan sebagainya.
Jadi, benda ini memang jadi sebutan rupa-rupanya. Mereka sibuk mencari batu delima merah. Bukan yang tipu punya, tetapi hendak cari yang asli. Nak tahu asli atau bukan kata Pak Raden Puji Masono (dulu buat ofis di Jalan masjid India, sekarang di Kajang), dia beritahu, nak uji batu delima kena gunakan air. Masukkan batu delima asli dalam gelas, air putih (paiplah) nescaya air jadi merah macam sirap. Kalau dijajarkan gelas lain yang berisi air paip, air dalam gelas tu pun jadi merah juga.
Kemudian nak uji asli ke tidak, pegang batu delima tu kemudian potong rambutnya, kalau asli rambut jadi liat. Nak potong tak boleh. Nak uji-uji gini buat apa? Nak yang asli buat apa? Entah. Banyak yang entah sebenarnya, tak tahu menahu. Tengok yang sebenar pun tak pernah.
Ramai di belakang ni jadi broker sahaja. Seorang budak kerja pengawal keselamatan sibuk usung cerita, dia ada macam-macam benda mistik. Batu yang mistik, cincin yang mistik, kulit binatang mistik, keris mistik, patung wayang kulit, minyak harimau putih, misai rimau, gigi rimau, kulit rimau, serbuk cuci rimau tak nak?
Memang ada laman web yang menghidangkan produk kemistikan ini. Siapa berhajat, sila bank in, dulu harga yang ditetapkan. Banyak peminat rupanya benda-benda mistik ni. Sifulan yang sibuk sembang dia ada serba-serbi ni konon dah tengok laman web itulah. Dia kata dia ada itu dan ada ini. Maknanya dia hendak jadi ejen untuk jual benda itu. Dia beli dan kemudian jual kepada orang yang minat. Kalau orang tu tak buka laman web tu tak pelah. Kalau depa buka?
Mengenai batu delima merah ini, selalunya orang sebut ada bangsawan Brunei yang minat nak beli. Ada Datuk nak beli. Harga bukan setakat dua tiga ribu. Sampai juta! Benda kecik tu nak buat apa? Kebal? Wibawa? Buat cincin? Harga sejuta nak buat cincin? Akhirnya, adalah sumber yang tak layak dipercayai mengatakan, bahawa batu delima merah ini terdapat dalam buah delima. Buah delima ni kalau siapa yang tahu makan, ia sejenis buah ada boleh membangkitkan libido lelaki tau!
Kata orang yang ahli hikmah, batu delima merah asli terdapat di dalam buah al-Karam. Buah ini tentulah dari pokok al-Karam juga. Bagaimana rupa pohonnya, semua di alam kayangan. Konon sesiapa yang nak cari, seperti perjalanan Iskandar mencari air kehidupan, sampai ke hujung dunia. Nah, di situ ada pohopn al-Karam. Pokoknya tinggi, buahnya besar. Akan tetapi, jangan sibuk nak cari, pokok itu ada di tengah lautan tak bertepi, ia berada di alam kewalian (ini yang dikatakan mistik).
Kalau benda tu berada di alam kewalian, di mana alam tu? So, baik lupakan sahajalah. Carilah batu delima biasa yang di jual di merata kedai. Bukan tak ada jual ruby? Ada, cuma janganlah nak sibuk ada khadam tak? Nanti peniaga batu terkejut. Khadam apa? Boleh jadi merah tak kalau masuk dalam air, boleh tes tak hiris rambut tak lut? Jangan bang, batu delima juga kan?
Tetapi pengusung cerita mimpi ini bukan di Kuala Lumpur sahaja, pergilah ke mana-mana, di jakarta pun begitu, di Medan pun begitu. Bahkan, apa nak herannya? Ada sejenis ilmu yang boleh menjadikan sesuatu yang tidak "hidup" menjadi berkhadam. Produk itu boleh dicipta, dengan keilmuan tertentu. Bimbang pula, ketika orang sibuk cari batu delima, produk batu delima ini terus dikeluarkan dari "kilang" supranatural ghaibi, dari padepokan, pesantren, perguruan wali-wali kesembilanan, maka dunia mistik pun makin marak dan melebar.
Tidak cukup dengan batu delima, saya sendiri pernah melihat apa yang dikatakan rantai babi. Konon benda ni hanya dimiliki oleh si babi tunggal sahaja. Bukan senang nak dapat. Tetapi, macam batu delima juga, rantai babi dites asli atau tidak dengan cara hirisan rambut, konon kebal. Zaman sekarang kebal nak buat apa? Zaman sebelum pecah 13Mei 1969 memang orang gila ilmu. Kawan-kawan saya kebanyakannya kalau tidak ahli silat, mereka ahli dalam kekebalan.
Mereka pun berguru dengan berbagai perguruan. Membacakan ayat-ayat mantera yang berbaur dengan kesyirikan. Tapi masa tu mereka tidak dapat mengatakan ilmu yang digerogoti itu sahih atau tidak. Tidak ada siapa hendak menerangan. Ramai yang ikut-ikutan. Sahabat saya seoerang pelakon drama yang selalu berlakon watak tambahan, jadi tukang beca, pekedai, tukang kebun, beritahu saya dia juga dulu belajar ilmu kekebalan. Jatuh di Bukit Nanas, Kuala Lumpur, tidak apa-apa. seorang lagi, sahabat saya yang baik dengan Tan Sri Azman, duduk di Kampung Bharu, juga beritahu dia belajar ilmu kebal juga, asyik gaduh sahaja, berentap sana-sini, bukan dua orang ini sahaja, malah yang lain-lain pun ada belajar ilmu.
Bercakap tentang bab ilmu ni memang mengasyikkan. Bidang ilmuan cukup luas. Memang kita disuruh belajar ilmu. Ilmu bagaimana? Kelebihan orang yang berilmu danyang tidak punya ilmu sudah dijelaskan. Justru itu menuntut ilmulah. Yang utama ilmu untuk bekalan kita di dunia akhirat. Kalau ilmu duniawi ini sudah melambak-lambak, ilmu duniawi kena campur dengan ilmu ukhrawi, kalau tidak nanti jadi duniawi melulu. Akhirnya jadi kaki mistik. Celik saja ingat batu, celik sahaja ingat keris berdiri, celik sahaja ingat nak tarik duit, celik sahaja ingat nak cari bomoh ekor.
Mentaliti kemistikan ini sudah lama bersarang dalam minda masyarakat Melayu. Kebetulan tadi saya baru sahaja membaca makalah tentang slametan yang diamalkan oleh orang-orang keturunan Jawa. memang saya pun dibesarkan dalam wadah kepercayaan Jawa. Kemistikan itu dibawa sekali.
Saya ada menyusun sebuah buku yang berjudul Mistik dan Mistis di Nusantara sebagai sebuah catatan, judul ini mungkin diubah nanti setelah siap. Kecenderungan ini kerana dulu saya menjadi penulis tetap untuk majalah INTISARI dan NURAIN terbitan Mulya Utama di Taman Sri Gombak (milik Hj Abu Bakar Ninggal), pernah sebumbung menulis dengan Dharmala NS, menulis kisah misteri, buat kompilasi cerita misteri terbitan Penerbitan Ibunda, "Mengembara ke Alam Barzah" yang menjurus mitis islami.
Menyentuh hal ini, elok dijelaskan, bahawa ketika mengendalikan majalah tersebut, saya gunakan nama samaran macam-macam, ada Ismail Muhammad, Ibnu Jamily, Ahmad Kasran, Andong Jamil, Pak Busro, Misjah Aini dan entah apa-apa lagi. Orang tak tahu, siapa TOK AWANG NGAH? Cerita dahlah misteri, penulis nak misteri juga ke? Kesian yang mengkaji kisah misteri. Tok Awang Ngah ni adalah Dharmala NS, atau Abdul Muluk Daud (almarhum) dari Jelebu NS. Dulu dia rapat dengan TS Abd.Samad Idris, dalam Wikipedia, saya tengok Tok Awang Ngah lain, Dharmala NS lain.
Saya cerita ni kerana hendak menutup kekeliruan peminat kisah misteri. Selain nama Tamar Jalis yang juga samaran, ada nama Wak Joko (Wak Jamari yang pernah terbitkan majalah KOLEKSI tahun 70-an), ada nama TUBING asal Temerloh, Pahang, juga guna nama samaran, ada nama TOK PERAN, dia adalah Hasmadi, orang Pahang juga (sekarang dia terbitkan majalah MISTERI). Dulu "markas" pertemuan penulis ini di Jalan Pahang, jejantas dekat Hospital Besar Kuala Lumpur. Hari-hari lepak di situ, makan-makan di warung. Bos penerbitan Ibunda, SA Karim, ada berniaga di Jalan Melayu, Jalan masjid India sekarang. Ada kios jual buku dan kitab.
Nah, kisah misteri tidak berakhir dengan benda-benda mistik sahaja. Cerita misteri kehantuan juga ditulis berdasarkan legenda atau sembang rakyat. Cerita-cerita ini semua sekarang sudah diterjemah dalam bentuk drama, filem dokumentari dan filem keseraman. Kalau tidak bagaimana Uncle Seekers boleh meneruskan projeknya. Begitu juga orang lain yang hobinya memburu hantu atau sekadar mengesan adany ORBS?
Mengapa orang menjurus kepada cerita hantu dan kesyaitanan ini? Ia sebenarnya adalah gambaran rasa fadeup hendak menulis benda lain yang banyak pantang larangnya. Tulis politik menyinggung orang tertentu, anti-kerajaanlah, pro-pembangkanglah, jadi penulis pun cari alternatif lain, tulis tentang mistik dan misteri.
Kalau ada kebebasan menulis dan mengeluarkan pendapat kan bagus. Jin dan syaitan tidak marah kalau ada manusia umpat mereka. Syeikh Abdul Salam Bali, Sulaiman al-Asqar, Syeikh Ibrahim al-Masri, atau as-Suyuthi pun banyak menulis tentang makhluk yang tidak dapat dilihat ini. Sedangkan buku misteri hanya cebisan sahaja, kisah masyarakat. Saya sendiri tidak suka kalau cerita misteri itu berlebihan, contoh, kemaluan berulatlah, bernanahlah, liwatlah, zinalah, busung, sebabnya ini semuanya membawa beban fitnah dalam pengkisahan misteri. Orang akan terbawa-bawa dengan kisah itu.
Dahlah politik kita busuk bernanah, cerita misteri pun nak ikut juga? Orang kata cukuplah. Kembalilah kepada etika Melayu , kembali kepada Islam. Selagi kita masih menolak islam, kebusukan ini akan berterusan, akhirnya sejarah kita akan terpalit dengan kedustaan, kenistaan, seperti sejarah Melaka yang sampai sekarang, bukan yang baik, tetapi keburukan yang menjadi bahan cerita. Di mana kegemilangannya? Di mana hebatnya Hukum Kanun Melaka dulu? Hanya sembang sejarah sahaja, hakikatnya, di Melaka, keserambian Makkah tidak wujud. Islam yang kaum bangsawan belajar adalah kesufian yang membawa beban istilah hebat-hebat, yang asas tak belajar, terus lompat kepada tasawuf. Akhirnya bingung, jin pun nak dipinang, asyik bermandikan darah, fitnah, fitnah, fitnah ... rampas bini orang. Ini adalah fakta, bukan legenda. Ini juga mistik dalam sejarah Melaka kita. Wallahu a'lam. []

Subscribe to:
Posts (Atom)