Saturday, 23 July 2011

YUDE HERBAL BEVERAGE

MITOS TENTANG YUDE

Apa sebenarnya Yude ini? Ceritanya, dalam tahun 1690. Maharaja Kangxi, Dinasti Qing, mengetuai pasukan tentera nentang pemberontak di wilayah Xiyu. Angkatan tenteranya tidak bermaya hendak berperang dan dijangkiti wabak penyakit.

Pakar perubatan tempatan telah memperkenalkan resipi ubat yang berupa campuran herba, termasuk cordyceps dan lingzhi. Setelah mengamalkan ubat yang satu ini, angkatan tentera Qing tidak menghadapi masalah lagi berada di tanah tinggi yang kurang oksigen, penyakit yang mewabak telah dapat diatasi, dan perang diteruskan.

Menurut kisah pasukan Qing menang dalam peperangan itu. Balik dari perang Si Maharaja pun bertanya resipi apa yang dah digunakan ketika perang tu? Pakar perubatan China mencatatkan resipi ubat itu sebagai YuDe dan sejak itu, ubat ini menjadi amalan kerabat diraja.

CORDYCEPS

Ia tumbuh di kawasan pergunungan Tibet, China dengan ketinggian lebih 3,000 meter dari aras laut, suhunya rendah dan kurang oksigen. Pada musim sejuk, spora cordyceps menumpang pada bn larva untuk membentuk mycelium. Pada musim panas berikutnya, fungus tumbuh dari badan larva. Sebab itulah ia disebut sebagai ulat  musim sejuk rumput musim panas dalam bahasa China.

KANDUNGAN CORDYCEPS
1. CORDYCEPIN berfungsi sebagai anti kanser, antibakteria dan antivirus.
2.ASID CORDYCEPIC berfungsi mengurangkan lipid darah, gula darah, kolesterol, dan juga membantu mengembangkan salur darah, melawaskan pembuangan air kecil dan melegakan batuk.
3.POLISAKARIDA terkenal berkesan meningkatkn daya ketahanan badan dan berfungsi sebagai anti kanser.
4.ADENOSINE merencatkan pertumbuhan sel-sel yang abnormal dan meningkatkan kandungan oksigen dalam darah.
5.SOD membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan, menguatkan sistem ketahanan badan, memperlahankan proses penuaan pada organ, salur darah dan kulit.

KESAN PENGGUNAAN YUDE

1. Menguatkan sistem ketahanan badan dalam masa seminggu dirasakan.
2. Menghilangkan rasa lesu dan tidur nyenyak.
3. Menguatkan YANG dan menyuburkan YIN , mengimbangi sistem endokrin dan keupayaan seks.
4. Boleh merawat penyakit ginjal akut dan kronik, kegagalan ginjal dan ureamia.
5. Baik untuk yang mengidap penyakit paru-paru, terutama yang kronik seperti asma, bronkitis, tuberkulosis dan sebagainya.
6. Menurunkan lipid darah, kolesterol dan trigliserin, mengembangkan dan melembkan salur darah, mencegah masalah arteriosklerosis, berkesan memperbaiki masalah stroke dan otak mengecut, mencegah kardiovaskular dan serebrovaskular.
7. Memelihara fungsi hati, sebagai rawatan tambahan untuk hepatitis akut dan kronik serta hati mengeras.
8. Mengimbangi sistem endokrin dan melegakan masalah migraine.
9. Baik untuk yang menghadapi masalah tekanan darah rendah, gula darah rendah, dan kekurangan kematin.
10. Anti tumor dan meringankan kesan sampingan  akibat kemoterapi.
11. Sesuai untuk masalah haid, gangguan haid dan sindrom menopaus.
12. Membantu pesakit  yang berhenti menagih dadah.

CARA GUNA
Ambil 1-2 botol setiap hari dalam tempoh 15 hari. Ini lebih berkesan untuk mencegah dan mengembalikan badan kepada keadaan yang sihat. Bagi yang menghadapi masalah penyakit dicatat, perlu ambil 2-4 botol setiap hari. [RM180 sekotak, 6 botol].

SEABUCKTHORN
Sejenis tumbuhan yang paling lama wujud di permukaan bumi. Ia tumbuh di kawasan pergunungan, padang rumput, gurun dan utama di padang pasir Gobi. Bagi ubat tradisi China, ia berfungsi menyuburkan YIN dan menguatkan YANG, memanfaatkan organ, membaiki perjalanan darah, menghapuskan lebam, anti radang, membina otot dan membua lemak.
Menurut kajian yang dibuat, tumbuhan ini kaya dengan bahan aktif (190 jenis), kandungan VC yang tinggi berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia juga mengandung jumlah flavone yang tinggi.
Di kalangan pengamal ubat-ubat tradisi dan herba China, ubat yang disebutkan di atas ada kaitan dengan

Bersama Perkim Jalan Ipoh

Hari Sabtu, bersama aktivis Perkim Jalan Ipoh adakan majlis sempena meraikan kedatangan Ramadan, di samping adakan sedikit acara ringan, tilawah saudara baru (dari Philipina, Indonesia), diadakan pertandingan azan, dan kuiz yang diajukan oleh Ustaz Awang. Majlis diadakan selama dua hari, Sabtu dan Ahad, diadakan juga cabutan nombor bertuah (hadiah hamper dan buku [PTS]. Bilangan yang hadir boleh dikira, tapi okaylah  okaylah juga sebab diadakan hari Sabtu, esok tak tahulah bagaimana. Mungkin lebih. Nasi bungkus pun banyak yang lebih.
Suatu hal yang Ustaz Ravi Abdullah kata, bahawa di Malaysia ni, kalau takbir hari raya mendayu-dayu dan tidak bersemangat, sedangkan takbir itu dulunya ada kaitan dengan kemenangan umat Islam di dalam peperangan, tetapi versi takbir di Malaysia diperindahkan lagi dengan melodi bid'ah, disuruhlah artis untuk kumandangkan takbir raya, menetes air mata mendengarnya, tidak semangat langsung. Hal ini sudah jadi adat di negara kita, tidak ada siapa berani mengubahnya. Kemudian ada pula amalan orang kita pergi ziarah kubur pada pagi raya, sedangkan ini amalan dari mana? Di Jawa Tengah sana pula ada yang bawa nasi tumpeng, dijunjung atas kepala dibawa ke kuburan, amalan ini sama juga dengan puak Wetu Telu di Lombok, Toa Lokaq mengetuai upacara, bersama ketua kampung dan ketua adat, lebai katib pun sama, bawa makanan ke kubur nenek moyang. Lalu diberitahu kepada nenek yang sudah mati, "Nek, tidak lama lagi kita mau puasa, jadi kita bawa makanan untuk nenek, semoga nenek sejahtera..." Amalan mistik yang khurafat ini sudah menjadi fenomena ghaib di sana. Di Malaysia hanya sibuk beli bunga mahal dipotong-potong dan tabur atas pusara.
Kisah benar, ketika ana kerja di Jalan Ampang Hilir, anak bekas pak menteri, merestui mem beli bunga mahal untuk dipotong-potong, suruh driver hantar ke kubur Jalan Ampang, tabur bunga. Ni pun ajaran dari mana, saya pun tak tahu, sedangkan di rumah tu banyak patung, entahlah...
Perkara ini elok ditegur, kenapa nak pergi kubur waktu pagi raya, ada nasnya? Ramai yang ikut-ikutan sahajas, jika ditanya mereka tak reti jawab. Lepas tu, buat apa kita susah-susah beli pakaian baru menyambut hari raya kalau tidak mampu, 10 akhir Ramadan bukan untuk pergi nyopping sakan. Kan namanya bulan ibadah, malam lailatul qadar itulah saatnya datang, tetapi kita umat Melayu dari dulu sibuk kacau dodol, sibuk buat kuih loyang, sibuk buat baulu, akhirnya bulan ibadah hancur macam tepung tu yang diuli dengan tangan atau mesin.

Wednesday, 20 July 2011

Drama Televisyen Kita Tunjuk Mewah

Drama Melayu memualkan. Jalan cerita mudah. Keluarga kaya anak seorang saja. Sebab senang nak atur watak. Itulah anak kesayangan. Itulah yang akan menjadi pecahan cerita selanjutnya. Kalau memiliki rumah, cukup mewah dan hebat. Tayang perabot cantik-cantik, sebagai gambaran Melayu yang dah maju. Kemudian kereta mestilah BMW atau Mercedez model terbaru. Yang memandunya, anak muda yang konon jadi CEO sebuah syarikat. Kemudian watak hero atau heroinnya, mesti kerja syarikat mewah, atau mewarisi harta mak bapak, atau mertua. Timbullah konflik, kacau ganggu dari teman wanita atau teman lelaki. Gambaran ditonjolkan dalam drama Melayu, bahawa Melayu ni jahat, khianat, buruk sangka, suka ganggu orang lain, suka dendam, suka fitnah orang.
Kemudian dalam bab dapur, mesti ada adegan makan-makan yang tersusun rapi. Dah tentu guna katering tertentu untuk adegan ini. Berbual sambil makan, atau merajuk tak nak makan, ini sudah klise betul. Peningkatan watak begitu mudah. Dari kerani, sebab lulus SPM, kemudian lanjutkan pelajaran sambilan, kerja di syarikat, bila lulus terus jadi pengurus besar, terus pakai kereta mewah dan rumah agam.
Gambaran ini adalah sama dengan perniagaan MLM. Di mana-mana disebarkan flyer mengatakan sifulan dulu susah, sekarang dah goyang kaki. Pakai mercedez atau BMW. Inilah kemegahan Melayu, asal jutawan kena pakai kereta mewah. Padahal berapa banyak menyertai perniagaan MLM lingkup, HR Ikhlas yang beroperasi di Melaka, walaupun modal RM100 berapa ramai yang berjaya? Tak ramai. Terkial-kial nak cari orang.
Dalam drama kalau berniaga digambarkan perniagaan itu amat berjaya. Budak sekolah SPM, masuk universiti terus jadi pegawai hebat, gaji hebat, beli itu dan ini. Ini gambaran tidak tepat. Berapa banyak lulusan universiti akhirnya nak jadi cikgu?
Drama TV kita masih dikuasai oleh penerbit yang itu, itu juga. Bidang ini adalah tempat untuk cari duit. Semuanya hal ehwal perut belaka. Satu lagi nak tegur, kalau bab masuk hospital, akan datang seseorang membawa bunga kepada orang yang terlantar. Hakikatnya, ana tak pernah tengok orang bawa bunga ke hospital. Bunga untuk apa? Itu bukan tradisi Melayu, tetapi meniru drama Hong Kong, Taiwan atau drama di luar alam Melayu.Walaupun tunjuk mewah, hakikatnya dramatis terlibat bukanlah mewah sangat hidupnya, mereka ada yang pakai iswara atau wira sahaja. Tak pula pakai BMW atau berlagak hebat.
Itulah antara drama dan keadaan yang sebenarnya. Drama menutup kemiskinan yang merata. Digambarkan Melayu ini serba maju. Tetapi hasad dengki Melayu tetap ada. Selain itu, drama yang disiarkan banyak yang dah berulangkali macam cerita P.Ramlee.
Diulang-ulang untuk cari duit tajaan. Hanya untuk mengisi slot tertentu. Ana sendiri memang tak suka tengok TV, apalagi berita nasional yang berat sebelah. Setiap paparan berita ada agendanya tersendiri. Begitu juga dalam drama Melayu kita. Drama kita masih gagal menggambarkan sikap Melayu sebenar. Melayu yang negatif begitu banyak dipaparkan. Inilah watak Melayu sebenar. Jahat, suka menunjuk-nunjuk, suka jatuhkan orang, rampas suami atau bini orang, kaki gaduh dan macam-macam.
Satu lagi bab ada watak polis. Ana memang tak berkenan. Antara polis dan watak penjahat itu tidak ada perlawanan, seolah-olah macam drama Roda-Roda Si Yusuf Haslam. Drama kepolisan itu makin membosankan, entahlah siapa nak tengok drama macam itu. Bagi pengarahnya seronoklah sebab dapat berdampingan dengan orang berpangkat, tapi penonton di Malaysia ni, banyak yang tak suka. Drama lain, hakikat sebenar lain. Drama tonjolkan ramah dan mesra, tetapi di luar berbeza.
Drama Melayu di TV tidak lebih hanya untuk mengisi slot sahaja. Dalam pembikinan drama ada kelompok tertentu. Dan orang itu juga yang tulis skrip. Gambaran syarikat Melayu dibuatnya indah-indah, jawatan hebat, tetapi gagal dalam cinta. Ini bukan ciri pengurus atau CEO. Mungkin penulis skrip tidak tahu apa itu CEO. Kemudian kalau syarikat, siap labur luar negeri berjuta-juta, atau syarikat Melayu hebat, labur projek itu dan ini. Drama Melayu akhirnya macam Hindustan juga. []

Tazkirah di Masjid-masjid dan Surau

Sebenarnya boleh dikatakan di mana-mana masjid dan surau sekarang ada sahaja jadual majlis ilmu. Ustaz-ustaz sudah dijadualkan mengikut gilirannya. Setiap hari ada tazkirah. Ada ustaz yang popular, audien pun ramailah, manakala majlis ilmu yang tidak tersusun akan kekurangan pendengar. Satu contoh sebuah masjid di Jalan Gombak, majlis ilmu setiap lepas solat maghrib hanya sekitar 12 orang, termasuk imam dan bilal.
Tapi itu jangan dikira tak ada sambutan. Sebab di Timur Tengah sana, kumpulan 12 orang itu sudah jadi perkara biasa, hanya orang yang tekun, nak tahu sesuatu dari guru akan bersila di depan sang guru.Di masjid jamek KL, majlis ilmu waktu zohor, sentiasa ada pendengar kerana persekitaran yang sesuai, jika masjid lain buat majlis ilmu waktu zohor, memang tak ada pendengar.
Seperkara lagi, ada ustaz yang bijak mencari tajuk pembicaraan untuk majlis ilmu. Tersusun, dan boleh selesai satu tajuk dan tidak perlu menyambung di lain kali. Ini kaedah yang baik. Sebenarnya, sebuah majlis ilmu hanya perlukan sebuah atau dua hadis untuk dihuraikan. Begitu juga kalau membicarakan tentang ayat al-Quran. Tidak perlu bertela-tela.Masa untuk tazkirah waktu zohor atau lepas maghrib sebenarnya sangat terhad, ustaz yang bijak telah buat persiapan akan dapat menggunakan masa dengan sepenuhnya. Jika tidak bijak, maka wacana ilmu melebar hingga kepada subtajuk lain. Lagi satu, kena tengok siapa pendengarnya. Ada pendengar yang tak boleh bawa wacana yang besar-besar, sebab untuk mereka hanya tajuk biasa-biasa sahaja.Seperti tajuk puasa. Yang itu juga dibicarakan. Apa salahnya tegur sedikit tentang kebiasaan dan adat istiadat di bulan Syaaban yang menjadi ikutan masyarakat. Terangkan hukumnya, apakah ada ajaran dari al-Quran dan as-sunnah. Untuk menerangkan keperihalan ini, ustaz kena buat persiapan. Zaman sekarang mudah, banyak bahan tazkirah. Ustaz yang tak bersedia pun boleh sampaikan tazkirah, apa lagi kalau tajuknya umum. Dah jadi kebiasaan di Malaysia ni, satu ustad kena ada berjela-jela permit. Permit atau izin untuk berbicara di masjid dikeluarkan oleh Jawi kalau di KL. Sementara di Selangor oleh Jais. Begitu juga negeri-negeri lain. Kalau pergi ke empat negeri berbeza, ada empat "lesen" perlu dibawa oleh ustaz. Inilah cerita seorang ustaz ketika buat majlis ilmu di Perkim setiap hari Ahad. Nak bercakap pun kena ada lesen. Mungkin ada orang takut jika semua orang tahu agama dan tahu hukum. Setahu ana, sesiapa yang mengetahui sesuatu dalam agama, pasti tidak memilih Umno. Orang yang sebulu dengan Umno memang suka kalau orang yang berpendidikan agama cenderung kepada Umno tapi kena pakai songkoklah. Budak-budak hafiz mana nak pakai songkok tinggi macam tu. Rimas. Sebab songkok tu pakaian orang nikah, pakaian mesyuarat agung dan penari zapin. Tak kan pakaian penari zapin nak pakai ke masjid? Nampaknya tak ada budayawan yang celik terhadap hal ini. Ustaz pun tak berani singgung perkara stail pakaian begini. Berbalik kepada tazkirah, beruntung kalau sesebuah masjid atau surau ada kariah tetap, jemaah berjejal. Tetapi sekarang, kita lihat, masjid letaknya berdekatan, setiap masjid ada tazkirah, itu sebab jemaah tak ramai yang nak dengar tazkirah ustaz.

Niaga Rugi Gara-gara Bersih 2.0 9 Julai 2011?

Di depan Masjid India, ada pasang kanopi, siap lambang 1Malaysia lagi. Dah agak, siapa punya. Ada kaitan dengan Kimma yang tengah sibuk kumpul tanda tangan sejuta. Boleh dapatkah? Rasa-rasa tak dapat, kalau harapkan puak nasi kandar dan roti canai. Di kawasan Jalan Masjid India, memang tempatnya, tapi janganlah nak tunjuk dan megah sangat dengan lokasi yang satu ini. Ia memang dikenali sebagai lokasi perkimaan.
Di bawah kanopi tu disiapkan borang, untuk dicatatkan kerugian berniaga pada hari Sabtu 9.7.11 itu. Di Jalan Tun Sambanthan, ada peniaga beritahu RTM dia dapat RM30 je pada hari tu. Jangan nak bohong. Orang berniaga stokin 3 pasang RM5 pun boleh dapat lebih dari itu, tak kan tempat cantik tak boleh dapat.
Dah jadi tabiat orang kita, dapat RM300 cakap RM30 kerana kononnya marah sangat dengan kebangkitan rakyat dalam Bersih 2.0.
Borang yang disediakan di bawah kanopi depan masjid India tu, adalah borang untuk menaksir berapa kerugian berniaga pada hari itu. Seorang pakcik yang gayanya proUmno totok, isi borang, dia tulis rugi RM2,000 pada hari Sabtu tu. Rugi apa benda.
Kalau setakat berniaga gerai kecik bolehkah dapat RM2,000 sehari? Taksiran yang dibuat oleh pakcik tu memang melampau. Ni yang dikatakan taksiran tipu. Orang berniaga suka menipu, dapat banyak pun kata sikit, macam orang kaya raya, dapat sejuta tak cukup, nak beli cincin sampai RM24 juta! Nak beli beg sampai RM350,000!
Kerenah orang berniaga memang begitu, sebab saya pun pernah niaga dulu. Jangan temberanglah. Gara-gara Bersih 2.0 tak ada orang rugi. Pelanggan makin banyak, restoran mamak penuh dek pelanggan pada hari itu.
Jangan nak berkeluh kesah, orang begini tidak bersyukur, menyalahkan orang lain, sedangkan pada hari Sabtu tidak mahu berniaga, tutup kedai, konon rusuhan. Inilah temberang media massa dajjal di zaman moden. Kalau nak tuntut kerugian, tuntutlah kepada pihak yang melarang itu dan ini dan menakut-nakutkan orang ramai.
Peniaga yang berperangai jijik ini memang ada di mana-mana. Suka cari salah orang lain. Kalau biasa niaga dapat RM450 sehari bersih, tak kan nak tuntut RM4,500 kepada penganjur Bersih?
Jelas, inilah kempen yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang nak mengampu slogan 1Malaysia yang tidak memberi apa makna pun kepada rakyat. Slogan 1Malaysia tu bukankah rakyat didahulukan? Apabila rakyat kecil turun padang, mereka pula yang marah. Bukankah lucu?
Jika begitu baik ditukar slogan tu, rakyat dikemudiankan, pemimpin diutamakan![]

Sunday, 17 July 2011

PULAU KETAM

di pulau ini tiada deru motosikal
tiada deru kereta mewah
yang ada hanya basikal dan basikal
ada yang menyewa dengan biaya RM5 sehari
ayuh, kayuhlah ke mana sahaja yang dimahukan
hanya ruang pulau ini terlalu kecil
persis gerak seekor ketam nipah di dalam lubang lumpur
di sini terlihat persamaan
tidak ada si kaya mahu unjuk hebat
dengan kereta mewah
atau rumah yang mewah
kerana semuanya di atas lumpur paya bakau
deru hilaian tawa anak-anak bermain basikal
hilir mudik
hanya terdengar deruan motobot laju membelah air selat
di sini santai amat
tidak ada kekalutan jiwa
segala-galanya tenang
jika begini
padamkan keributan jiwa
dan berbasikal di pulau ini.

ANDONG M JAMIL,
Kg.Warisan, Kg. Pasir Panjang,
Sekincan, Selangor, Julai 2011.

Pulau Ketam Tiada Ketam

Hari ini sehari suntuk berada di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor. Ikut Perkim Gerak mengadakan aktiviti di Pulau Ketam bersama masyarakat yang ada di situ. Kebanyakan tenaga kerja adalah warga keturunan Cina Muslim yang aktif dengan Perkim. Satu bas dari Shah Alam dan satu lagi dari ibu pejabat Perkim, Jalan Ipoh. Ana ikut bas ibu pejabat, ikut usung periuk besar untuk masak-masak di sana. Teringat pula ana dengan kumpulan jemaah Tabligh yang dulu (tahun 80-an) kalau bergerak ke sana-sini mereka bawa periuk belanga dan cerek, bantal dan macam-macam lagi. Akan tetapi kini telah berlaku perubahan sejak markas mereka tetap di Sri Petaling, sana.
Ana tak nak ulas banyak tentang tabligh, walaupun dalam laman web nampaknya sesiapa pun yang membaca akan faham, bahawa kitab rujukan tabligh tentang fadilah amal itu perlu pembaikan, kerana ada hadis-hadis yang tidak sahih, bahkan ada pula hadis yang berkaitan dengan kesufian mistik, bicara dengan orang yang sudah meninggal dunia. Ini perlu pembaikan.
Berbalik kepada Pulau Ketam, memang ini kali pertama ana pergi ke pulau itu, sedangkan ke Pelabuhan Klang, sudah acap kali. Dulu datang ke situ sebab berniaga pasar malam, setiap minggu jual buku di sana, tetapi sekarang, pasar malam dah tak ada. Hanya yang ana ingat ada kawan wartawan Mingguan Bumi (th.1984) namanya Kawi Awang, orang Kelantan, tetapi dia baik dengan Onn Ismail Umno. Jadi, cerita Umno sahajalah yang dia laporkan. Sementara ana yang jadi penyunting Mingguan Bumi bersama Pak Hussein Yaacob (Ibnu Muslim dalam Harakah tu), banyak siarkan cerita Pas. Itu jam Pas tak ada akhbar rasmi macam sekarang, Harakah memang mendapat pasaran, orang Cina dan India pun baca Harakah.
Ana tak tahu di mana Kawi Awang berada sekarang. Tulah, setiap kali ana lalu Pelabuhan Klang ana teringat kepada dia, dan ana tak ingat langsung kepada Adun PKR yang lompat masuk Umno. Adun begini memang tak ada peluang untuk bertanding semula, Umno pun tak akan terima, kata orang "lembik" tak bersemangat, takut jumpa rakyat.
Tadi Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi berbagai jenis pertandingan yang diadakan di Dewan Kumuniti, Pulau Ketam. Kami ramai-ramai naik feri pergi dan balik termasuk 10 orang imam muda dari Negeri China. Inilah sebahagian daripada aktiviti Perkim yang ana ikut. Biasanya, hari minggu, kami ikuti kuliah kitab Furu' Masail, yang dibicarakan oleh Ustaz Suki (dalam blog pun ada). Oleh sebab Perkim Gerak adakan program, kita sahajalah ikut sama untuk makan angin di samping ada aktiviti sikit. Letih juga, tapi puas hati. Ni sampai rumah baru tulis untuk blog ini. Wassalam. []