Saturday, 30 July 2011

Rauf dari Muar, Johor Penulis Buku Kanak-kanak

Nama A.Rauf mungkin ada sesiapa pernah jumpa. Dia banyak menulis buku kanak-kanak. Tidak kira apalah, asalkan untuk bacaan kanak-kanak dia memang menekuni bidang ni. Sejak saya kenal dia di KL, kalau tak salah sejak tahun 90-an, dia ni memang suka bercakap tentang penerbit itu dan ini. Bagaimana layanan penerbit itu, boleh hantar bahan apa, dan semuanya maklumat belaka kepada saya yang tak suka jengah sana-sini, melainkan hantaran secara e-mail dan pos ekspress je.
Selain mengetahui maklumat para penerbit kecilan, Rauf juga ada suruh saya taipkan bahan manuskrip, sebab Rauf ni sejak dulu hingga sekarang masih suka yang manual. Dulu dia hantar bahan bertaip mesin taip biasa. Spelling tak boleh nak baiki, tak macam PC dan laptop. Sayangnya, saya dah nasihat dia, gunakankan PC. Paling murah RM280 boleh dapat. Saya boleh tunjukkan di mana nak dapatkan PC tu. Dia tak mahu berubah. Dia masih dengan cara lama. Kasihan juga. Jadi mahu tak mahu saya tolong taipkan manuskripnya.
Ada beberapa manuskrip yang saya tolong taip dan editkan sekali.Sebab saya pun biasa mengedit rencana, buku dan bahan kanak-kanak, saya jadi berani kerana saya pernah mengikuti kursus daripada Munsyi Dewan bersama wartawan kanan akhbar perdana dan tak arus perdana pun.
Sebab itu saya cukup pantang kalau jumpa perkataan "ianya" yang menjadi kebiasaan disebut orang. Kenapa perlu ada "nya" , bukankah cukup dengan "ia" sahaja? Oleh sebab saya nak menyalin semula apa yang ditulis tangan dari penulis Muar ni, saya beritahu kaedah menulis cerita. Jangan buat watak banyak sangat. Tengok drama TV bagaimana? Kemudian buatkan nota-nota cerita dan lokasi. Jangan kata nak pergi Johor alih-alih pergi ke Penang pula.
Jadi, sebagai penyunting, saya dapati idea perlu disusun dengan baik. Dari A-Z. Dalam cerita kena ada sebab dan akibat. Watak tak boleh berlebihan tanpa sebab. Contoh kanak-kanak menjadi spy untuk orang dewasa. Siapa kanak-kanak itu, anak siapa? Perlu ada logika dalam cerita. Saya dah terangkan kepada Rauf, kerana dia rajin datang ke rumah. Sampai KL dia akan telefon saya, tanya dah siap ke belum.
Terbaru dia suruh saya taipkan manuskrip tentang bola jaring, badminton dan bola sepak. Pening juga, sebab dalam manuskrip tulis tangan tu, banyak benda berulang-ulang. Jika ditaip dengan PC ia jadi pendek. Jika dibuang bahan yang berulang itu, bertambah pendeklah. Tetapi terpaksalah, sebab ini kesalahan fatal. Berulang-ulang. Memenatkan nak menaip.
Yang saya puji, Rauf ni gigih orangnya. Kerja lain tak ada, dia hanya jual bahan untuk kanak-kanak. Dia datang bawa CD yang penerbit bagi. Dia suruh saya tengok bahannya, betulkan. Selain saya, dia juga ada serahkan bahan kepada orang lain untuk menaipkan dengan PC. Saya dah beritahu, ini kerja leceh. Apa kata beli PC, taip terus pada PC. Menaip boleh belajar. Macam mesin taip juga. Entah kenapa sahabat saya ni masih mahu tulis tangan. Dia rajin pergi Perpustakaan Negara. Mencatat dan fotostat. Padahal bahan banyak terdapat dalam laman web. Mungkin dalam waktu terdekat ini dia akan datang lagi ke rumah penulis, mungkin dalam bulan puasa ini. Wallahu a'lam. Apa pun bahan yang dia hantar dengan pos dari Muar sudah saya taip, cuma tak sunting sangat untuk mengekalkan originalitinya. [MJ] Ahad, 31 Julai 2011].

Puisi Lama di Juta Mines Kondo

Ketika membelek buku nota yang selalu dibawa dalam beg sandang, ditemui sebuah puisi biasa, tidak menarik, tetapi ia ditulis ketika bertugas di Juta Mines Kondo, Balakong. Untuk tidak sesia mood ketika itu dibuang begitu sahaja, saya salin semula:

DI TAMAN LARANGAN

di taman larangan itu
hanya seekor anjing
tertambat di bawah bayang pohon.
tak siapa peduli
semua telah mati
tiada gerak tiada arak
di taman larangan itu.
telah petang datang
di kaki langit
berbaring pelangi
dalam sarat warna pulang
tak siapa peduli
semua dalam pugaran
siklus kehidupan berulang
dengan suara lempang lesu
ini warna hakiki
taman larangan lempang.

Juta Mines Kondominium,
Jalan Timah, Balakong, Mei 2007.

Kisah Wanita Berumur
Ada sesuatu yang menarik ketika bertugas di kondo itu. Saya dapati kondo ini adalah eskapisme bagi seseorang yang ingin merahsiakan dirinya. Seorang wanita yang telah berumur tinggal dengan pasangan seorang wanita muda. Masing-masing mempunyai mobil. Wanita berumur tadi memiliki sebuah motosikal berkuasa besar, memang besar dan dia letakkan motosikal di tempat khas. Motosikal itu jarang digunakan, kerana dia sibuk dengan tugasnya. Tetapi gaya pakaiannya seperti seorang pengembara atau pendaki gunung. Dia tinggal bersama seorang wanita muda, dan kemungkinan dialah "suami" kepada wanita muda itu. Pemilik rumah kondo itu adalah atas namanya. Saya lupa namanya, dan tidak mencatat.Orangnya baik, tetapi cuba mengelak daripada bertembung, kecuali hanya "hai!" dan angkat tangan sahaja. Mungkin ada rahsia yang hendak disorokkan.
Kisah pelajar Iran buka zip seluar
Ini pun sebuah kisah aib. Terdapat dalam paparan CCTV. Kami terpaksa buang paparan itu untuk mengelak daripada diketahui oleh Miss Kwan yang memantau kondo pada masa itu. Ah Ming diminta membuang adegan itu kerana ia tidak sesuai untuk disimpan. Waktu malam, ketika semua orang sudah berada di dalam kondo, sepasang kekasih dari Iran (mungkin student UPM, Serdang) masuk ke dalam lif. Tidak ada siapa. Bangunan kondo setinggi 20 tingkat. Dalam lif itu pelajar wanita membuka zip seluar pelajar lelaki. Dan kemudian berlakukan kejadian oral seks di antara pelajar wanita itu dengan si lelaki sambil berdiri sementara lif bergerak ke tingkat atas. Mereka tinggal di tingkat belasan sahaja (lupa di mana). Adegan itu dirakam dalam CCTV kerana mungkin pasangan pelajar itu tidak menyedari bahawa dalam lif juga ada kamera pengawasan. Kalau hal yang ringan-ringan, peluk, cium, raba, itu perkara biasa dalam lif kondo sederhana atau mewah. Kisah dua pelajar itu kita rahsiakan, tetapi kepada pelajar lelaki itu saya dah beritahu tentangnya. Mereka ucapkan terima kasih kerana telah membuang "video lucah" dalam CCTV itu. Padahal kalau kami dari kumpulan gemar benda-benda ini akan menyimpan dalam telefon bimbit dan paparkan untuk YouTube semua. Banyak benda boleh buat.
Surau Baru
Pada tahun 2007, surau sudah disediakan. Tikar, karpet semua belum ada. Tetapi orang pertama yang solat pada waktu malam adalah saya. Sebab kawan lain seperti geng dari Sarawak, dari Sabah (agama Kristian), geng Nepal pula bukan Islam, jadi saya seorang yang gunakan surau itu. Melantunkan bacaan solat ke heningan malam. Sedangkan ada seekor anjing anjing bernama Puppy ditambat tidak jauh dari surau. Agar anjing itu tidak menyalak terkejut, saya pderlu panggil, "Puppyyyyy!" dengan suara biasa agar anjing itu tidak bangun dari tidurnya atau memandang sahaja, sebab dah biasa melihat kelibat saya di situ.Ketika surau belum siap, warga keturunan Arab dan Arab-Indonesia yang tinggal di kondo solat di sebuah surau di Taman Timah, hanya di luar tembok sahaja jaraknya. Selain surau, saya juga ada melakukan solat di kawasan teduhan berhampiran kolam renang. Kenapa?
Selalu budak-budak kata nampak kelibat benda terbang, ada perempuan cantik, atau ada makhluk menyeramkan kelihatan di bangunan kondo C dan D, sebab ketika itu orang belum masuk lagi. Sengaja saya solat di situ mengumandangkan bacaan al-Quran, agar situasi di situ tidak diseramkan oleh kepercayaan karut. Tidak ada apa-apa sebenarnya. Di sekitar kolak renang itu, sesekali pelajar dari Arab (Timur Tengah) adakan majlis BBQ sesama mereka.
Dan menjadi tegahan, penghuni tidak dibenarkan mandi setelah larut malam. Saya pernah menegur seorang pelajar Arab yang masih berada di kolam renang atas alasan perubatan. Dia perlu merendamkan badannya beberapa lama di situ. Atas pertimbangan kesihatan kami memberinya masa dan dia diminta buat permohonan bertulis.
Tidak jauh dari kolam renang itu ada kolam kumbahan kecil. Di situ saya lihat banyak burung bangau mencari makan. Semuanya terbang ke kawasan berair, dan lopak-lopak tidak jauh dari Mines, balakong. Saya suka melihat burung-burung yang beterbangan memutih di sana-sini.
Di Taman Timah itu, dulu saya selalu datang ketika bertugas dengan Pustaka Alhas, milik Ahmad al-Hassan Pang Abdullah, asal Melaka, di situ ada satu unit rumah miliknya yang dijadikan stor menyimpan buku dan majalah lama untuk jualan pasar malam, pameran buku dan pesta-pesta di seluruh Semenanjung. Kini Pustaka Alhas sudah tiada. Isteri beliau lebih minat kepada perniagaan makanan, buka restoran di Bandar Baru Bangi. Tidak tahulah, masih ada atau tidak sekarang (2011).
Taman Timah
Ini sebuah taman yang menempatkan pekerja lombong dan kawasan setinggan ke satu lokasi yang baru. Taman Timah memang sebuah taman yang tersusun. Tetapi saya kenal beberapa orang yang tinggal di situ, Mahmud Salleh, dulu jual buku pasar malam, Dollah Salleh abangnya sudah meninggal, Abu Salleh masih meneruskan perniagaan buku dan yang berkaitan. Pernah suatu ketika terjadi pergaduhan antara dua kumpulan gangster India di situ, salah seorang budak gangster tu kawan juga. Dia hendak berentap di kawasan berhampiran Jaya Jusco, saya tidak benarkan dia keluar kerana itu waktu bertugas. Dia merayu-rayu nak keluar juga. Saya perlu tegas, tak boleh. Sebab kalau ada-apa berlaku, pihak tertentu akan menyoal saya pula, terlibat dalam peraduhan ketika bertugas. Akhirnya dia mengalah. Teruskan tugas, walaupun sibuk melayani panggilan telefon dari member yang sedang bergasak di luar sana. Kisah gangster ni bukan rekaan, ada dua kumpulan atau lebih gangster. Dulu ada yang pau pihak kondo untuk menyerahkan bayaran tertentu. Tapi semua itu sudah diselesaikan.
Budak Indon
Di kondo ini tukang sapu dan pembersih adalah warga dari Indonesia. Saya kenal dengan budak-budak itu semua. Salah seorang telah berkahwin dengan Amin, pegawai di kondo ini. Waktu itu Amin pakai kereta Kancil.Budak-budak ni saya tak tahu bagaimana rekodnya, tetapi kalau ada operasi, mereka cukup risau. Mamat yang kebancian sedikit lagaknya, pernah ditahan pihak tertentu dan minta bayaran. Sebenarnya budak-budak Indon yang bekerja sebagai cleaner ni gajinya tak besar. Takat RM600 lebih je. Tetapi mereka sanggup kongsi ramai-ramai sewa lot kondo di tingkat 6 kalau tak salah. Saya tak ingat siapa nama mereka. Tetapi, dengan income sebanyak itu mana cukup kan? Ada salah seorang itu, hari Ahad beritahu saya ada kerja bersihkan rumah orang, bisik-bisik di belakang, mengatakan dia bukan cuci rumah orang, tetapi nak suruh jantan cuci bersih badannya dan mendapat bayaran. No komen.
Arab langgan perempuan
Ada seorang budak Arab, namanya Ali, saya selalu tegur dia. Sebab Ali ni nampak okay, macam kita tengok orang Melayu yang berislam. Tidak semua Arab patuh ajaran agama. Si Ali ni kadang-kadang pergi enjoy di Mine atau tempat lain. Balik agak mabuk sikit. Dan pada hari Ahad atau hujung minggu, dia akan tempat seorang perempuan untuk "servis" di situ. Perempuan muda itu namanya pelik sedikit, dia dari Indonesia, dan dibawa oleh seorang pemandu teksi wanita, mungkin pemandu teksi juga dapat habuan daripada "servis" itu. Dalam pukul 6.00 pagi perempuan itu keluar atau kadang-kadang kesiangan. Kartu pengenalan diri dicatatkan di pondok kawalan. Nampaknya bukan Ali seorang, malah banyak lagi baik warga Iran atau Arab yang melakukan keonaran di situ.
Penghuni kondo suka Alleycats
Setiap kali lelaki keturunan India itu memandu kereta masuk, akan kedengaran lagu-lagu Alleycats David Arumugamnya, bukan main lagi, dia ikut nyanyi dan bersiul-siul, saya tengok ramai orang India tahu menyanyikan lagu dari kumpulan Alleycats. Lagunya tetap evergreen walaupun sudah melalui beberapa zaman dari 70-an tengah hingga 2007, ketika saya di kondo itu.
Beli perabot
Penghuni kondo kalau nak beli perabot, mereka perlu berada di dalam kondo. Sebab, ketika lori bawa perabot sampai, mereka akan ditahan oleh pengawal. Minta dokumen. Nak hantar ke tingkat dan nombor mana, sudah dihubungi pemiliknya atau belum. Biasanya, pemesan masih ada di luar, ada Jaya Jusco atau Mines lagi. Barang sudah sampai, tuan belum sampai. Pemandu lori perabot kena relax dalam lori berjam-jam. Ada yang tunggu dari siang jam 5.30 petang, tetapi boleh masuk hantar perabot pada pukul 7.15 malam. Ini perkara biasa. Nak masukkan barang, nak letak mana? Lepas tu nak guna lif. Budak Nepal yang jaga bilik CCTV kena pergi ke lif, bawa kunci khas untuk bawa barang. Kena tahu bagaimana nak menahan lif supaya barang boleh dipunggah. Gara-gara budak main lif, pernah member tersangkut di tingkat 20. Saya berlari dari tingkat bawah hingga 20, naik melihat jentera lif yang sedang dibaiki. Mereka tak tahu ada orang tersangkut. Tapi masa itu, tingkat 20 macam tingkat 10 sahaja. Stamina masih ada. Yang terperangkap itu adalah ketua pengawal sesi siang, keturunan India, berkahwin dengan perempuan Philipina, fasih cakap Melayu, tetapi ketua pengawal tu kata dia adalah ketua gangster, pakai mercedez mata belalang, ada ruang kedai disewakan di Mines, setelah saya semak, semuanya auta belaka. Memang saya biasa jumpa orang yang suka cakap besar, tak mahu mengalah, padahal dia hanya naik kapcai Yamaha. Kali terakhir dia tinggal di Juta Mines Kondo, bersama isterinya, dia juga difahamkan ada kedai gunting rambut, disewakan.Sebenarnya benda-benda macam ni adalah kisah rakyat. Boleh dijadikan bahan untuk novel masyarakat. Boleh dipecahkan untuk dijadikan skrip drama TV atau filem. Sebuah segmen yang menarik.
Curi kabel tembaga
Ada pengawal bertugas malam yang pura-pura rajin meronda. Dia ni buat kerja seorang. Dalam pada rajin dia akan potong tembaga dalam sekaki dua. Dibungkus elok-elok letak di raga motosikal Hondanya. Time makan dia keluar kejap. Beritahu nak balik rumah. Dia bawa benda itu sekali. Rupa-rupanya ada seorang pegawai kondo yang menandakan kable tembaga itu dengan penanda rahsia. Dia dapati penanda rahsia itu sudah hilang. Inilah punca syak dilakukan oleh pengawal sendiri. Di kawasan Taman Timah, ada pembeli barang-barang lusuh, entah aluminium, besi buruk, kertas, plastik dan sebagainya. Jadi, mudahlah nak jual tembaga tu.
Catatan ini hanya berupa nostalgia yang tidak memberikan apa-apa kepada pembaca, tetapi ia sekadar nota peribadi. [MJ].Ahad 31.7.2011].


Thursday, 28 July 2011

Gerai Ramadan Lebih Banyak dari Pembeli?

Setiap tiba Ramadan orang Melayu utamanya kalut dengan cerita hari raya. Padahal apa salahnya kita ubah corak budaya dan pemikiran kita, sejak zaman dulu, dok di takuk lama juga. Setiap kali bulan puasa tiba, maka berebutlah orang nak berniaga itu dan ini. Gerai untuk Ramadan ni bercambah di sana-sini, tidak oleh pihak bandaraya, atau majlis tempatan tertentu, ada pula persatuan yang buka kawasan untuk kutip dana.
Sudahnya, gerai lebih banyak daripada pembeli. Jangan marah, kalau minggu pertama rasa hambar sahaja. Yalah, apa yang laris ketika itu, hanya makanan sahaja. Orang lapar mulalah teringin macam-macam. Ubi rebus pun dirasa sedap amat. Apalagi tengah panas terik, nak yang sejuk-sejuk sahaja.
Tahun lepas ada kisah orang jual gerai, ada si fulan tu mempunyai beberapa lot gerai untuk disewakan kepada orang yang kemaruk berniaga. Tak payah undi semua. Bayar sekian puluh ribu, boleh berniaga. Kepada peniaga, jika anda ada wang banyak, boleh sewa gerai mahal tu, tetapi fikir balik, nak jual apa? Bolehkah dapat keuntungan lebih dari sewaan sebulan hingga RM6-7 ribu?
Niaga bazar Ramadan ni permulaannya lembab, hanya pada minggu akhir sahaja yang nampak ceria. Umpama solat terawih tu, mula-mula padat sampai tak muat, lepas tu kurang... kurang dan terus kurang. Padahal ketika kurang itulah malam Lailatul Qadarnya datang, sedangkan para peniaga bazar dalam kerugian, setiap tahun berniaga, di akhir Ramadan lagi galak, sampai lupa... jadi inilah kerugian orang yang berniaga di bulan Ramadan, memang mereka mendapat keuntungan duniawi, sedangkan ukhrawi jauh sekali. Fikir-fikirkan.
Cuma yang saya nak sentuh, biarlah tahun ini tidak ada orang buat duit banyak-banyak. Maklum dalam tangan ada lima gerai nak disewakan. Satu gerai sewa sampai puluh ribu, paling sengkek pun RM5000 tu pun dah masuk minggu ketiga. Kalau satu gerai dapat banyak tu, kiralah lima gerai. Untung sonyap-sonyap jo.
Lepas tu, blogger ini sebenarnya sejak zaman remaja tidak suka sambut raya di kampung Warisan Pasir Panjang, Sekincan, Selangor. Apa sebab? Sejak kecil sudah disisihkan, jadi bila dah besar tersisih benar. Bila dah tua barulah jadi orang. Teringat ana masa di kampung, orang berbuka puasa jam 7.30 (atau waktu beduk berbunyi) tapi ana masih berpuasa, kalau nak buka pun kena telan air liur atau minum air jejentik dalam tempayan. Sedih you. Bab makan sahur pula, ana makan sahur ketika orang orang sudah selesai sahur, dah semua orang sambung tidur (?) barulah ana sahur, mengakhirkan waktu.
Jadi, apabila orang sibuk menyambut raya siapkan itu dan ini, saya relax sahaja. Tengok orang lain sibuk. Seronok tengok perangai orang menyibuk ni. Tapi saya ronda di Chow Kit, tengok apa yang ada, gerai nak sambut Ramadan sudah terpacak sana-sini. Ada lokasi yang strategik dan ada yang tidak. Yang tidak strategik itu akan terpacak kosong sampai 31 hb.Ogos 2011 nanti, percayalah. Walaupun orang kemaruk nak berniaga, kalau tempat yang tak ada orang, mereka tak mahu. Orang kaki niaga dah tahu strategi, sedangkan yang baru belajar niaga, hantam sahaja, asalkan gerai cukup. Lepas tu mengeluhlah, duit bayar sewa gerai pun tak dapat nak kambus.[MJ]

FIKIRAN ORANG KECIL DAN SI GENDUT

ya, fikiran orang kecil di desa-desa terpencil
yang masih didongengkan soal api dan air bersih
dengan tiba-tiba tidak peduli kerana pelita minyak masih ada di bumi Malaysia ini,
masih ada anak-anak mandi air terusan atau tali air
tidak peduli dengan janji pilihan raya dan tentang pembangunan
yang mengenyangkan perut gendut pemidato berkereta mewah
jarang sekali orang kecil melihati si gendut itu
yang datang dengan perempuan cantik
dengan stail rambut yang aduhai.
begitulah si gendut memainkan kotak fikir orang kecil
menimang-nimang wang ringgit dan janji pelbagai
hasilnya
orang kecil tetap mengais-ngais tanah yang kecil
sekangkang anak ayam
orang kecil dijanjikan harga barang murah
ya tidak ada yang murah lagi sekarang
orang kecil di pedalaman tidak tahu apa
ini semua mainan si gendut yang sesekali datang dan pergi
lima tahun sekali datangnya membawa janji.
kini fikiran orang kecil pun berubah
mereka ingin sekali berbaju kuning
untuk meraikan rakan-rakan seperjuangan
buat membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah
kulit sawo matang
menjajah fikiran orang kecil dengan kegendutan perutnya
sesekali meletakkan bungkusan baja atau payung biru
bagi orang kecil baja atau payung itu
tidak menyuburkan tanaman
dan tidak melindungi dari terik panas dan hujan.
maka gelisah amat si perut gendut
menyaksikan orang kecil berfikiran besar
menerjah buana hingga ke mana pun
si gendut lari, orang kecil mengejarnya dengan fikiran
sehingga sampai bila pun orang kecil
semakin terpencil dari perhatian si gendut.

Wednesday, 27 July 2011

Tuntutan Bersih Biasa Sahaja, Bukan Benda Bahaya

S. Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam, yang juga Pengerusi Bersih 2.0, benar-benar seorang tokoh yang popular setelah berjaya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011. Perhimpunan itu masih segar dalam ingatan semua peserta, dan semuanya mendapat kesimpulan, bahawa mereka rakyat kecil dilayan secara zalim oleh kerajaan Umno-BN(UBN). Para pemimpin atasan terus mengugut rakyat, menakut-nakutkan rakyat supaya tidak berhimpun demi menjaga nama baik negara dan nama baik Najib. Tetapi gerakan rakyat, tidak mudah diperbodohkan begitu sahaja.
Rakyat tahu, bahawa yang mereka minta adalah perkara biasa sahaja, bukan benda bahaya. Sebaliknya kepada rakyat kecil, UBN menghalakan gas pemedih mata dan air semburan yang ganas, tindakan ganas oleh pihak beruniform hitam, ia terus menjadi stigma berterusan kepada rakyat, bahawa si baju hitam memang ganas dan tidak berhati perut, orang tak ada senjata dilawan dengan alat, dan sedihnya alat itu juga yang digunakan di bumi Palestin sana.
Perlu diulangi, apa yang rakyat hendak tuntut kepada UBN?
Benda mudah iaitu:
1. pembersihan senarai undi yang ada
2. reformasi undi pos (kerana banyak penipuan di sini)
3. penggunaan dakwat kekal sebagai bukti seseorang sudah membuang undi, dan tidak mengundi lagi di tempat lain gunakan Mykad orang lain pula.
4. akses media yang bebas dan adil - media milik UBN memfitnah dan menghasut tanpa ada tindakan daripada pihak tertentu, bahkan yang sepatutnya bertindak bersekongkol dengan UBN. Di mana rakyat hendak mengadu? Kepada PBB atau kepada Sekretariat ASEAN?
5. masa kempen minimum 21 hari, tetapi UBN takut dengan alasan nanti huru-hara, 13 Mei dan macam-macam, sedangkan dalam perkara 8.2.4. Hormat menghormati, setiap perbezaan yang ada di negaraini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia (Sumber: Risalah 1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Mac 2011, hal.27). Apa guna berkokok 1Malaysia dan Gagasan 1Malaysia, kalau pemimpin UBN sendiri tak faham apa yang digagaskan?
6. memperkukuh institusi awam - buat masa ini ada beberapa institusi awam yang perlu diperbaiki agar tidak menjadi pertubuhan parti politik, jika institusi awam macam Umno, lebih baik jabatan-jabatan yang ada ikut bertanding dalam pilihanraya.
7. menghentikan rasuah - masalah ini turut dikempenkan dalam gagasan 1Malaysia, dalam perkara 8.3.4. Integriti. "Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab." (ibid.hal. 32). Kemudian disebutkan, "Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki..." (ibid. 33), kemudian "Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak..." dan ada lagi yang menarik: "Mengetepikan kepentingan oerubadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.(ibid.33). Rasanya buat masa ini risalah 1Malaysia dan gagasan apa pun, hanya tertulis sahaja dan pemimpin atasan terutama Najib tak baca, atau kalau baca dia tak faham. Jika dia baca tentu tidak ada kekeliruan dan kekalutan dalam menanangani Bersih 2.0.
8. menamatkan politik kotor - UBN sejak dahulu sentiasa bermain politik kotor, mengapi-apikan rakyat agar menolak persetiaan antarakaum, sedangkan risalah 1Malaysia sudah disebut pun. Inilah yang orang kata, cakap tak serupa bikin, habis buat apa risalah 1Malaysia tu? (Kebetulan sejak dilancarkan baru bulan Julai, saya membacanya dengan teliti, sebab sejak dulu lagi saya tak baca apa-apa risalah dari kementerian Rais Yatim). Politik kotor adalah mainan bagi Umno, menjelang pilihanraya, ada sahaja skandal rekaan, ada sahaja kes yang direka-reka untuk mencemarkan nama orang lain. Kalau anda semak buku risalah kecil tadi,

Gambaran Sebenar Rakyat: Ada Mistik di Hujungnya

Ada pemimpin yang gemar bercakap tentang rakyat. Mereka kata rakyat didahulukan, tetapi apabila sekumpulan rakyat mendesak agar penambahbaikan dalam sistem pilihanraya diadakan, pemimpin ini menolak mentah-mentah. Bahkan mendabik dada, bahawa mereka tidak pernah menipu, tidak ada penipuan dalam pilihanraya.
Jika tidak ada penipuan dalam pilihanraya, tak kan rakyat berhimpun menuntut berbagai perkara. Kini penjelasan daripada orang penting Suruhanjaya Pilihanraya sudah tidak didengar lagi oleh rakyat. Rakyat sekarang sudah celik, sedangkan para pemimpin kita masih menganggap rakyat kita ni berada di zaman P. Ramlee.
Janganlah begitu kawan. Rakyat ini mendesak supaya pembaharuan dibuat, bukan melaksanakan sistem biometrik. Jika sistem itu diperkenalkan, adalah si fulan yang mendapat tender untuk mendapatkan pengaplikasian sistem biometrik.
Ini semua sudah direncanakan untuk diberikan kepada rakan-rakan baik dalam kerajaan. Mereka yang diura-urakan untuk melaksanakan sistem ini tentu menunggu masa saja untuk membekalkan sistem ini kepada SPR. Apakah sesudah sistem ini diadakan, pilihan raya kita akan bersih?
1.Masa untuk berkempen terhad, pihak pembangkang mengalami sekatan untuk menjalankan hak berkempen, dengan bermacam borang untuk dipohon, sedangkan pihak UBN senang-senang mendapat layanan isgtimewa.
2.Pihak UBN gunakan televisyen dan radio, billboard tepi jalan, Jabatan Penerangan, setiap hari mereka memburuk-burukkan pembangkang, bermacam skandal direka menjelang pilihan raya, ini gambaran manusia Melayu yang tidak bertamadun, masih bermain dengan fitnah dan memburukkan orang.
3.Masih ada pengundi pos, pengundi pos ini amat meragukan, bahkan ada yang pengundi tidak mengundi, diundi dan diposkan oleh kerani bertugas.
4.Pihak polis menakut-nakutkan rakyat hendak mengundi, sekatan di sana-sini, larangan berbagai larangan, hanya semua ini ditujukan kepada pembangkang, sedangkan UBN relaks je.
5.Pengundi hantu sudah dijadikan pengundi tetap, tak tahu cakap Melayu pun jadi warga negara Pahang (bukan Malaysia ya), mereka dipujuk untuk dapatkan Mykad, supaya mengundi calon BN. Kes ini berlaku di Pekan Pahang bagi memenangkan Pak Jib.
Ada berbagai perkara menarik ketika pilihanraya, menjelang keputusan nak diumumkan, pihak TV sudah bersedia dengan panel pengulas yang Umnoisme, set sudah siap semua, tetapi jika UBN kalah, maka set itu ditinggalkan, batal program kita malam ni. Pengulas termenung. Begitulah nasib pelapor di Malaysia hari ini, mereka hanya galak untuk melaporkan kemenangan Pak Jib sahaja, apabila pihak lain yang menang, mereka seperti tidak mengakui pembentukan kerajaan yang baru.
Wartawan pun satu hal, mereka tidak merdeka menulis laporan. Mereka melapor berdasarkan media masing-masing. Yang pro-UBN nadanya sama sahaja.
Rakyat sudah tahu, baru-baru ni, ada sedikit pembicaraan tentang Bersih bersama orang SPR dan pemimpin utama Bersih. Anehnya, ada tangan ghaib yang meminta agar wacana tentang Bersih itu dihentikan. Ini memberi gambaran bahawa sambutan daripada rakyat yang hadir itu tidak menggalakkan kepada wakil SPR. Tokoh dari SPR asyik kena boo sahaja. Padanlah, rakyat puas hati. Selama ini mereka kecewa. Bila berdepan macam ni baru bagus, kena tang batang hidung dia. Dia kerja untuk SPR atau untuk Umno? Umno sekarang sudah dianggap musuh rakyat, paling dibenci, janganlah sesiapa mendakwa ahli Umno, mereka akan dikutuk habis-habisan, kerana bebal dan kebebalan.
Alhamdulillah, pemimpin UBN sekarang memiliki aset yang boleh menjahanamkan masa depan parti. Iaitu apa yang dinamakan sebagai Rosmah factor - jangan hairan kalau rakyat makin menyampah melihat wanita ini beriringan dengan Pak Jib. Paparan dalam web tentang latar belakang Wanita Pertama Malaysia ini amat mengecewakan.
Sebagai nota, saya pernah bertemu Makcik .... asal Pariaman, Sumatera Barat, suaminya Pak Alias, asal Kedah dan sekarang tinggal di Sg.Besi. Dia pelukis. Kerana hubungan baik dengan saya, dia ajak saya ke rumah (masa tu di Pantai Dalam). Sebaik tiba di rumah, isterinya Pak Alias kata, "Semalam Jib dan Rosmah datang rumah, Rosmah nak berubat..." katanya. Kata-kata itu membuatkan saya termenung.
Ubat untuk apa jumpa paranormal segala? Makcik ni gunakan perantara bunian. Makhluk bunian membantunya, dan mungkin Makcik Ros tu datang kerana nak benda-benda mistik. Nah sebab inilah kami muatkan dalam blog mistik ini.
Setelah membaca blog yang ditulus oleh blogger lain, fahamlah saya, kenapa Makcik Rosmah tu begitu perangainya. Memang dia salah seorang yang percaya dengan mistik dan kemistikan pemikat. Wallahu a'lam. []






















Kenapa Rakyat Gelisah?

Banyak perkara yang menyebabkan rakyat gelisah. Pertamanya, mereka tidak ada bahan untuk dibaca. Maksudnya bahan cerita yang benar, bukan bahan yang dimanipulasi oleh UIBN. Rakyat yang tidak membaca Utusan dan Berita Harian, mereka juga tidak tengok TV. Berita Nasional dijauhi. Laporan Bernama tak diikuti. Mereka lebih suka mendengar cerita dari kedai kopi atau warung. Sebab laporan dari warung lebih tepat dan kemaskini, tak ada tapisan pun.
Setiap hari pemimpin UBN mengutuk rakyat yang pernah menyertai Bersih, seolah-olah hendak diajak agar menukar sikap. Jangan begitu, rakyat tidak boleh dipaksa. Tidak boleh ditipu, lama kelamaan mereka jengkel, pemimpin akan ditinggalkan rakyat. Bayangkan kalau pemimpin tidak suka rakyat.
Di negara kita pemimpin tidak suka rakyat, sebab rakyat yang mereka suka hanya orang Umno sahaja. Peranan MIC,MCA dab Gerakan tak nampak langsung. Jadi, Umno nak jadi juara rakyat. Sayangnya Umno puklul rakyat, sembur rakyat, buru rakyat, lukakan rakyat, langggar rakyat, ikat rakyat, pijak rakyat, semua ini akhirnya menimbulkan kebencian.
Tentang usaha SPR nak memujuk rakyat agar memahami peranan SPR, setakat ini apa sahaja yang dibuat oleh SPR tidak memuaskan hati rakyat. Sebabnya, SPR bukan bercakap sebagai SPR sebaliknya sebagai UmnoSPR, itu sebabnya orang tak suka.
Apabila sudah berlaku Bersih, pemimpin kita melaung-laungkan dengan berkata bahawa mereka tidak pernah menipu dalam pilihanraya. Habis di Pekan tu ada perkampungan orang Mynmar siap dengan Mykad lagi, bukankah itu menipu namanya?
Kemudian aliran wang kita terlalu besar ratus billion. Ini memberi gambaran pemimpin yang ada hari ini cuai, hanya tahu tersengih dan tunjuk jari kelangit di mana-mana. Ini membodohkan rakyat. Rakyat percaya kepada kamu, tetapi kamu menipu rakyat. Kemudian kamu paksa rakyat undi kamu.
Tidak. Rakyat tidak akan memilih pemimpin yang berfoya-foya dengan kemewahan, sedangkan rakyat setiap hari selongkar tong sampah, kutip kertas dan tin kosong. Sejauh mana pemimpin utamakan rakyat?
Setakat ini pemimpin kita bertindak secara otokratik. Gunakan polis sepenuhnya. Maklum sepupunya juga. Kaedah begini perlu diperbaiki. Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang tidak cekap. Tidak tahu mengurus kementerian.
Sekarang ini pemimpin utama kempen turun padang, tetapi mereka turun padang untuk menyusahkan rakyat. Mesra rakyat apa? Mesra Umno yalah. Rakyat yang bukan Umno dianggap bukan rakyat. Jadi, mereka hanya jumpa orang Umno. Jika begitu, jangan beranganlah nak dapat sokongan padu dari rakyat.
Kalau hendak berkumpul pun kena bagi habuan duit, satey dan minuman, sukar nak pujuk rakyat. Lihatlah bagaimana Bersih datang dari segenap ceruk, ramai lagi yang tak dapat masuk bandar ketika itu. Jika benar-benar mereka masuk, pemimpin yang muda akan gerun. Mereka gerun dengan kebangkitan rakyat. []