MUNGKIN BEGITU TANGGAPAN setengah pihak yang tidak faham tentang tudung. Hingga ada yang bertanya, adakah dalam al-Quran ayat suruh pakai tudung semua? Ini soalan orang yang pelik, kurang ilmu, jadi kena belajarlah di mana-mana ada kelas pengajian ilmu. Tidak kiralah anda masih muda atau sudah berumur, kalau rasa banyak perkara tak tahu kenalah belajar.
Begitu juga dalam bab tudung ini. Kini, semacam suatu kepelikan apabila ada gadis muda pakai tudung. Ia sudah dilabelkan masuk grup tertentu. Sebenarnya mereka nak ikut ajaran Islam yang sebenar, bukan ajaran Melayu yang telah ditanamkan sejak zaman British dulu, sejak ketua-ketua kita langsung tidak mempamerkan keislaman dan tak berani pun bercakap tentang perkara ini.
Mujur ada ustaz-ustaz yang menyedarkan umat. Merekalah pewaris para Nabi. Kalau tak ada mereka mungkin sampai la ni budak Melayu kampung tak reti pakai tudung apa lagi makcik-makciknya yang join Kaum Ibu atau Wanitanya.
Rakyat selalu ikut pemimpin. Kalau pemimpin cukur kepala sampai botal licin, semua pun ikut. Macam zaman Parameswara dulu. Kena faham tu, sindiran ini. Jangan lurus bendul. Mana ada orang botak kepala, lainlah time menyepak bola.
Demam bola dah habis, la ni demam Olimpik. Tu pun ramai orang tak ambil peduli. Sebab dah tahu Malaysia tak masuk senarai pun. Bukan standard Malaysia nak berolimpik, sedangkan Asean pun kita jatuh.
Berbalik kepada tudung tadi, janganlah kita jadi umat yang jahil, menjadikan tudung sebagai benda kemegahan, nak riyak semua, sebab seorang orang wajib menutup aurat, tak ada bezanya pembesar atau pemkecik [?], tak ada bezanya anda join parti apa pun, termasuk parti pinggan mangkuk, kena pakai, jangan dedah aurat kena faham.
Sekarang, orang tudung merah seriau tengok gadis-gadis bertudung, semua disyaki sebagai penyokong bulan. Hinggakan kalau ada artis pakai tudung di bulan puasa ini mereka dicap masuk bulan. Kenapa begitu sengkek pemikiran kita? Dan apabila seseorang itu menyertai bulan, maka segala surat perjanjian dibatalkan, duta produk dibatalkan. Tidakkah mereka terfikir, bahawa siapa pembeli dan pemakai tudung yang paling ramai? Bukankah mereka yang gemar dengan cahaya bulan purnama?
Anak muda sekarang tidak suka pergi pasar basah yang ada dacing untuk timbang ikan dan daging. Itu pun nak cari dacing bukan main susah. Bebudak muda tak reti guna dacing. Maknanya penggunaan dacing dah ketinggalan zaman.
Kini, cerita pasal tudung macam cerita pelik. Orang itu pakai tudung, orang ini pakai tudung, sudah berubah, sudah hijrah. Tak kan tak faham, bukankah sekarang bulan puasa? Dalam bulan puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja, malah lebih dari itu. Apa guna berpuasa, tetapi pakai kebaya ketat terbelah nampak betis? Apa guna puasa kalau pakai seluar sendat nampak bentuk tubuh? Biarpun sekarang soal tudung nampak macam diambil keutamaan, anak muda kita lupa, bukan saja-saja nak pakai tudung.
Cuba pakai tudung tapi pakai legging hitam, nampak lekuk tubuh. Molek tak? Tentulah tak molek.Ni, sekarang ramai yang pakai begitu, berkeliaran di bazar Ramadan. Itu yang tahu bertudung, yang tak reti lagi ramai, rambut dikirai-kirai sambil pegang gajet canggih, hanya dia yang mampu kawan!
Ramai nak pakai tudung, tetapi auratn masih terdedah juga. Apa maksudnya? Kenalah faham bagaimana yang dikehendaki agama kita. Orang pakai dia pun pakai, macam Melayu zaman Jepun dulu, orang pakai tudung nampak jambul, sampai sekarang pun ada penyanyi yang jadi idola bagai nak mampus pun orang duk puji cantikkkk!
Kefahaman tentang pemakaian tudung tidak dijelaskan di mana-mana majlis istimewa bersama model ternama, kenalkan inilah tudung Melayu yang terbaik. Ada model yang memperagakan tudung saji sekali. Begitu juga mereka dakwa inilah tudung yang sesuai dengan busana Muslimah terkini. Bagaimana?
Sebenarnya banyak perkara yang perlu dijelaskan bagi mencerdikkan umat Melayu yang sudah lama menjajau dalam kekeliruan. Mereka masih keliru, asal pakai tudung, oh, dia masuk bulan. Sampaikan nak minta kerja pun tak dapat sebab masuk bulan, kalau masuk atau duduk atas ceper dacing tak apa.
Yang hairannya, peniaga tudung yang banyak di mana-mana langsung tidak prihatin terhadap syariat Islam, mereka asyik fikirkan keuntungan sahaja.
Macam nak sambut raya sekarang, macam-macam jenis tudung ada. Konon ada yang bermanik-manik sampai beratus ringgit sehelai. Manik tu taruk sahaja, dikaitnya, kalau tanggal? Jatuh hargalah. Tetapi inilah tipuan dalam stail tudung, ia direka oleh kalangan yang menolak tutup aurat, mereka hanya pentingkan duit sahaja. []
Tuesday, 31 July 2012
USAHKAN DATUK PALSU, PHD PALSU, IJAZAH PALSU PUN ADA!
shalehudin: SIAPA dia ahli politik berperangai HARAM neh: Ahli politik, Tan Sri antara beli ijazah palsu Tun Hisan Tun Hamzah (dua kiri) menunjukkan gambar cop rasmi Universiti, semasa sidang ...
AL-KISAH KEMATIAN YANG TRAJIS
WALAUPUN dari kelompok penulis, wartawan dan jurugambar, masing-masing membawa haluan sendiri. Suatu hari saya terima SMS dari seorang kawan. "You kenal tak dengan ..."
Sudah tentu saya kenal, hanya saya tidak rapat sangat. Pernah duduk semeja dan berborak-borak santai dengan geng penulis dan wartawan yang berlonggok di Chow Kit.
Seterusnya saya hubungi untuk mendapatkan kisah lanjut. Terdiam saya mendengar ceritanya. Ia adalah sebuah kisah menyayat, kisah seorang penulis, seorang wartawan tabloid yang dulu pernah terlibat dengan sebuah tabloid mingguan dalam tahun 80-an.
Dia selalu buat kerja di pejabat. Kekadang dia tidur di pejabat. Disebabkan begitu, familinya anggap ia suatu kebiasaan. Tidak mengapa, tak lari ke mana.
Tetapi nak dijadikan kisah, dia yang selalu berada di pejabat sorang-sorang untuk siapkan bahan tulisan, entah artikel, entah gambar-gambar yang menyeronokkan untuk edisi tabloid yang dikendalikannya, kebetulan bulan puasa, dia dikatakan tidak dapat dikesan oleh anggota keluarganya sendiri.
Puncanya, pindah pejabat tak beritahu. Jadi, kalau orang tanya suami kamu pejabatnya di mana? Ntah! Disebabkan tidak ambil tahu, maka isteri tidak tahu di mana pejabat dan tempat kerja suami.
Inilah kes yang menimpa kawan ini.
Kawan yang beritahu itu, menceritakan bahawa rakan penulis yang hobinya buat kerja sorang-sorang dalam pejabat telah menghembuskan nafasnya ketika asyik duduk di kerusi pejabat. Mungkin mengadap PC, telefon bimbit terletak di atas meja, kertas bersusun atau berserakan, mana-mana yang telah disemak. Maklum, nak terbitkan sebuah tabloid yang mengandung cerita-cerita sensasi memang susah.
Dalam bab sensasi ini mungkin ada yang tak faham. Maksudnya, cerita-cerita skandal seks isteri orang, skandal seks laki orang, skandal seks orang kenamaan, pendeknya asal ada kisah seks, orang suka baca. Cuba bagi kisah tentang kejuruteraan mekanikal atau bab falsafah, bab kesufian, abang...cari tajuk lain boleh ka?
Ya, ya, ya...Mungkin di pejabat itu, telefon bimbit yang terletak telah berderingan beberapa kali, SMS berkali-kali tidak dijawab. Begitu juga telefon pejabat kalau ada, berdering-dering tak ada siapa nak angkat. Mungkin PC yang terbuka, terus terbiar...atau mungkin dia tidak buka PC langsung ketika itu, atau sedang menyemak bahan untuk edisi tabloid mendatang.
Setelah kawan ini denyut nadinya berhenti [dikatakan kerana serangan jantung], jasadnya terbiar. Ia terjadi dalam bulan puasa. Bayangkan, dengan bilik terang benderang, lampu terpasang, telah berlaku kematian di sebuah pejabat penerbitan yang dirahsiakan.
Perlu dicatat, nama sahaja penerbitan, tetapi kekadang ada penerbit yang tidak ada staff, buat seorang pun sudah memadai kalau ada kepintaran. Ini bukan cerita karut.
Bahkan ada majalah yang menyenaraikan sidang redaksinya yang macam-macam, semua itu nama samaran belaka. Satu orang punya kerja dipaparkan seolah-olah mempunyai staff yang ramai. Biarlah berterus terang.
Dan sudah jadi tradisi pejabat kecil, pindah randah pun biasalah.
Sebab itulah anak dan isterinya tidak tahu.
Sebab itu dalam apa urusan pun kita jangan berahsia sangat, bagi alamat dengan jelas. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan pejabat pun dirahsiakan. Atau kerana berpindah tetapi tidak bagi tahu.
Bukan tidak dicari. Kalau suami tidak pulang sekian lama, tak akan tidak cuba cari. Lari ke Siam ke atau ke Batam?
Kisah ini cukup musykil. Ramai kawan yang tertanya-tanya, bagaimana ia boleh jadi demikian. Sebuah kematian yang misteri, isteri tidak tahu ke mana suaminya pergi. Padahal kalau ada kereta diletakkan di depan atau belakang pejabat, ia boleh dikesan. Mungkin keretanya diletakkan di kawasan lain sehingga sukar nak cari petunjuk. Atau ada di bengkel kereta.
Apa sudah jadi dengan kematian misteri tadi?
Jasadnya mereput di atas kerusi. Ketika itu telefon bimbit sudah tak ada bateri lagi. Siapa buat panggilan, tak akan dapat apa-apa tanda. Mungkin orang tercari-cari. Mungkin pengedar tabloid juga mencarinya.
Bayangkan, jasad kawan ini mereput dan akhirnya tinggal belulang. Dengan pakaian yang biasa dipakai, ia turut membungkus tulang belulangnya.
Akhirnya, misteri kehilangannya terungkai apabila pejabat rahsia itu dibuka. Dia telah pergi rupanya sejak dua bulan yang lampau. Sepanjang bulan puasa tak nampak kelibatnya, hingga masa hari raya, dan setelah tamat Syawal baharulah ada semacam naluri ingin tahu, kerana kebetulan ada rakan baik beritahu itulah pejabatnya.
Kenapa kisah ini dicatatkan semula? Ya, sempena bulan puasa ini, marilah kita bermuhasabah diri. Bagi mereka yang gemar mensensasikan sesuatu bagi tujuan pemancingan khalayak, ingatlah, ia mendatangkan kenistaan, keaiban sebenarnya.
Dalam tahun 70-an, ada penerbit yang gemar terbitkan buku sensasi, gambar yang menghangatkan remaja, cerita lain tidak ada, hanya hubungan antara dua jantina sahaja. Maka kesan buruknya, orang itu sendiri terlibat skandal dengan ahli keluarga sendiri. Skandal yang memalukan. Bapa dengan anak.
Kekadang kita lupa, dalam memburu wang ringgit, kita sanggup mencipta rangkaian skandal hanya untuk sensasi sahaja. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai ghibah. Ghibah secara persuratan - dihebahkan cerita skandal seks, sebagaimana yang kerap akhbar perdana dan televisyen kita paparkan bagi tujuan mengaibkan musuh dalam politik.
Memang cerita skandal selalu diminati orang. Orang nak tahu apa kesudahan cerita. Bahkan sekalipun rekaan, orang nak tahu juga kerana itulah naluri umat. []

RAIKAN RAMADAN IKUT ACUAN SENDIRI
KETIKA BULAN RAMADANLAH di mana-mana tempat membeli-belah mengadakan semacam show bagi disaksikan para pengunjung yang ada, sasaran utama adalah orang-orang yang nak menyambut Hari Raya.
Maka, diwujudkan pentas bagi yang tak ada pentas, manakala yang sudah ada pentas hanya pasangkan backdrop bagi meraikan sesuatu. Temanya tentulah baik meraikan bulan Ramadan atau meraikan Hari Raya. Dan dalam sambutan raya ini, sudah sedia maklum ada lambang tertentu yang menjadikan ia senada dengan sambutan, gantungan ketupat atau gambar ketupat, ada pelita, ada gambaran keceriaan bermain bunga api dan berpakaian secara Melayu.
Dalam pada ghairah nak meraikan bulan puasa ini, ada yang mengadakan demonstrasi masakan oleh chef terpilih, sudah tentu masakan yang ada kesesuaian dengan bulan Ramadan, maklum bukankah bulan puasa ini ruang untuk menjamu selera seada-adanya?
Sambil mengundang konon selebriti [sayang orang pun tak kenal siapa dia] untuk bersama-sama chef, bukan ada peranan sangat, orang nak meraikan bulan Ramadan dia sibuk jangan lupa dapatkan album terbaru atau melanggan sekian dan sekian. Perkenal dan perhebatkan diri sendiri.
Kemudian selain mengharapkan kerjasama penonton atau audien, diadakan pula acara nyanyian, konon lagu-lagu yang sesuai dengan bulan Ramadan. Tidak ada lagu yang sesuai pun. Tambahan yang tampil di pentas itu penyanyi perempuan, siap dedah aurat lagi, boleh tanya puasa tak, kepada para penonton. Dia pun menyanyilah lagunya yang terbaru!
Ada yang buat show dengan band mementas, ada yang pakai minus one sahaja. Degung-degang yang bingit, ia memberi gambaran kepada orang putih yang berlegar-legar itu bahawa inilah cara Melayu sambut hari raya yang bakal menjelang. Inilah juga cara Melayu raikan bulan puasa yang nak disaksikan oleh pelancong dari Timur Tengah, inilah cara Melayu sambut puasa.
Dalam ruang yang bingit itu, kalau sebelah petang, mereka langsung tak dengar suara azan berkumandang. Kalau ada surau kecil pun, yang ramai datang adalah warga dari Timur Tengah, sementara bilangan orang tempatan amat kecil, mungkin mereka lari ke masjid berduyun-duyun mencari pahala jemaah.
Bagaimanapun, ada juga acara bebal yang dianjurkan oleh pihak tertentu - adakalanya melibatkan orang Melayu sendiri yang menyusun acara pentas.
Diselingi dengan lagu-lagu yang tak semenggah, ada tarian terkinja-kinja, anak-anak remaja pakai ketat, konon itulah tarian serba terkini, pakcik dan makcik tengok ya, jangan banyak komen! Contoh, program ini saya ambil dari Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman KL, semuanya berjoget-joget waktu berpuasa:
1. Joget Hari Raya - ada ke joget hari raya? Baru sekarang saya tahu.
2. Tarian Kuda Kepang - persembahan tanpa baca mantera dan pagar gelanggang. Dan tak ada yang kesampuk makan bunga dan kejar orang pakai baju merah.
3. Tarian Riang Ria Aidil Fitri - ini pun hairan, ada ke tarian riang ria tu?
4. Tarian Magnutip
5. Tarian Zapin Johor
6. Mari Berjoget - hairan, puasa-puasa yang merupakan ibadat ada pula berjoget-joget. Ini ajaran dari mana? Mazhab mana.
Hairannya, ada juga pakcik dan makcik yang tercongok depan pentas menyaksikan bebudak muda menari, terkangkang kanan, terkangkang kiri, lompat dan kemudian mendekam di atas pentas, habis tarian siap ada tepukan tangan gemuruh. "Tepuklah sikit!" kata pengacara yang bangang.
Ingatlah, tempat membeli-belah ini istilahnya adalah pasar. Orang sebut pasaraya. Bukan pasar nak sambut raya, tetapi pasar besar tempat tumpuan ramai. Di sinilah wadah yang digemari syaitan dan iblis. Disuruhnya orang berpuasa, tetapi berleka-ria lihat itu dan ini, asar sudah nak terkambus, tengok jam, tak lama lagi nak buka puasa. Maka sibuklah cari restoranto yang hebat atau yang biasa di tepi jalan. Kalau lambat nanti tak dapat tempat. Wah, bab berbuka kena tepat waktunya. Tetapi asar sudah terpelanting tidak dipedulikan. Inilah sikap kita.
Dan hairannya, puasa-puasa juga, namun tidak ada perubahan. Golongan yang dedah aurat, yang suka pakai seluar Bermuda, baju t bergambar bintang Barat wanita dengan dada tersembul, atau ada tulisan yang hebat-hebat, ikutlah aku, dakaplah aku, ciumlah aku, 1Malaysia, janji tak ditepati dan macam-macam lagi. Jadi, puasa-puasa juga, ia macam puasa budaya bukan puasa ibadat.
Orang tumpukan kepada majlis berbuka.
Yang seronoknya, ada tempat membeli-belah yang turut adakan majlis berbuka bersama anak-anak yatim, bersama orang tua-tua, bersama orang-orang gelandangan, bersama orang bingung, dan macam-macam lagi.
Ketika orang menjamah hidangan ada pula persembahan nyanyian, panggil audien naik pentas, tanya itu dan ini, dapat hadiah! "Lagu apa yang saya nyanyikan tadi, sapa tau?" itu soalan susah. Soalan yang senang adalah begini, "Ada berapa helai misai kucing jantan?"
Begitulah gayanya kita menyambut puasa. Selain sibuk mencari hidangan berbuka, kita sibuk juga berebut-rebut sampai tarik muka kerana nak cari tempat selesa. Tak percaya tengoklah sendiri.
Sepatutnya sempena bulan puasa ini, tak perlu acara pentas semua. Tak perlu hendak ceria-ceria. Biarlah RTM atau TV3 dan yang setara dengannya berleka-ria. Tak boleh ditiru.
Bagi mengambarkan suasana puasa dan raya, para artis undangan diminta tampil dengan berbaju Melayu dan yang perempuan kena sesuailah, tapi dedah aurat juga. Baju Melayu dan songkok semakin kurang dipakai oleh orang Melayu. Mungkin ia sudah tercemar kerana pakaian ini juga dipakai untuk pertunjukan kuda kepang, pemain gamelan, pemain muzik keroncong, lagu-lagu tradisional atau istilahnya klasik, pakaian ini juga dipakai untuk grup kompang, grup marhaban dan berarak-arak keliling padang acara maulid.
Pakaian ini juga nak pakai untuk solat raya? Sebab itu orang Melayu mencari pakaian lain bagi meraikan hari raya. Baju Melayu bukan mesti.
Mengapa boleh ada show tarian dan nyanyian sempena sambut puasa ini? Inilah kesilapan kita. Ramai yang tak faham. Mereka fikir pentas itu hal lain, dan puasa itu lain. Minda ini kena berubah, patut sudah berubah sejak dulu lagi. Puasa adalah segala-galanya, buat apa kita rosakkan puasa dengan muzik dan nyanyian meskipun kita nak sambut majlis berbuka misalnya.
Kalau kita tengok dalam blog ada acara tarian, pakai ketat, bagai nak terlondeh menari-nari atas pentas, baguslah. Apabila blogger ulas, walaupun disindir, tak faham-faham juga. Inilah gayanya kalau meraikan Ramadan mengikut acuan sendiri. []

DULU PURBA, SEKARANG MODEN, PURBA LAGI HEBAT
ORANG MODEN MEGAH dengan pencapaian yang ada. Membina bangunan tinggi-tinggi, membina jejambat, jambatan gantung, jambatan panjang, punya berbagai model kereta cantik dan bergaya, membina empangan, membina dewan teater menarik, stadium besar, dan berbagai lagi.
Mungkin orang moden megah kerana memiliki kepandaian buat itu dan ini. Dan di dalam minda kita masih memikirkan masyarakat purba itu serba kekurangan, tidak ada jalan raya hebat, tidak ada lapangan terbang, tidak ada kapal terbang, tidak ada jet supersonik dan macam-macam pengangkutan udara yang canggih. Ini belum sentuh bab penerokaan angkasa lepas, penerokaan lautan, penerokaan benua dan macam-macam lagi.
MAYA
Tetapi kita tidak terfikir pun bahawa suku Maya yang telah melakukan kehebohan dengan mengatakan kiamat akan terjadi tahun 2012 setidak-tidaknya telah melakukan kajian yang menarik berdasarkan kaedah pengiraan mereka.
Suku Maya ini hebat orangnya.Mujur ada sedikit peninggalan berupa catatan seperti Maya Codices, ada versi Madrid Codex, Paris Codex dan Presden Codex. Sebenarnya tulisan suku Maya ini masih dikaji orang, lagipun sampai kini hanya 30% sahaja yang dapat difahami pengkaji, selebihnya masih misteri.
Dalam kitab mereka ini, versi Presden umpamanya memuatkan hal berkaitan astronomi. Bidang ini sampai sekarang orang masih pelajari. Mereka telah menggeluti bidang canggih ini meskipun kita anggap mereka kaum purba!
Ada informasi tentang planet Venus, tahun Venus ada 583.92 hari. Mereka ada lukisan tentang kitaran planet sejak ribuan tahun, sedangkan kita megahkan teknologi dan makmal kajian moden hari ini lebih canggih dari milik mereka. Mereka sudah tahu maklumat tentang Marikh, Jupiter dan satelitnya.
Di dalam kitab kajian itu juga memuatkan tentang bulan, Mercury dan Saturn. Mereka sudah mengkaji planet-planet ini sejak zaman yang kita sangka purba. Ilmu astronomi orang Maya boleh dikatakan tepat kata pengkaji hari ini.
Orang Maya juga membina sebuah kota bernama Tikai yang lengkap dengan sistem pengairan di sekitarnya, mereka juga siapkan sepuluh telaga air untuk keperluan penduduk. Jalan-jalan yang mereka bina sangat lurus, para pengkaji hairan, bagaimana mereka mengukurnya, kejuruteraan jenis apa dan bagaimana yang diaplikasikannya?
Suku Maya juga sudah tahu gunakan roda bergerigi, maknanya mereka sudah ada kejuruteraan mekanikal. Ada yang ahli dalam kumpulan mereka. Jadi mereka bukan kumpulan manusia purba yang mundur, tetapi mereka telah maju sesuai dengan zamannya. Ada yang primitif dan ada yang maju, seperti juga makhluk homo sapiens yang ada hari ini [bandingkan penjelasan Qur'an dalam al-Mukmin/Ghaffir: 21; 82; al-Hajj: 45 juga Faathir: 44].
PERU
Jika kita jenguk ke Peru pula ada satu amalan pelik, masyarakat purba di zaman silam melakarkan garisan panjang dan garisan yang membentuk motif burung, labah-labah dan sebagainya. Perkara ini hanya jelas kelihatan jika anda terbang dan melihatnya dengan pandangan mata burung. Mereka sudah menjangkakan, orang akan melihat lukisan besar itu dari arah udara, sedangkan manusia tidak boleh terbang. Mereka sudah jangkakan masa depan akan ada orang melihat lukisan di padang pasir itu sebagai hasil tinggalan mereka. Kenapa mereka melukis sedemikian? Sampai hari ini orang masih mengkaji kepandaian orang purba ini.
SUMERIA
Kemudian cuba lihat orang-orang Sumeria di Mesopotamia [maksudnya di antara dua sungai dalam bahasa Greek]. Sumeria ini telah mengasaskan negara kota sejak 3000 SM. Teknologi mereka sudah ada dan hebat-hebat belaka. Sebutlah apa sahaja kepandaian dan kemahiran orang Sumeria, mereka tahu bagaimana bertani, bidang pertanian dipandang penting, bahkan raja mereka juga bertindak adil, memastikan seluruh rakyat mendapat sumber makanan yang diperlukan.
Mereka juga tahu gunakan sukatan masa 60 minit bersamaan 1 jam. 60 saat itu 1 minit. 360 darjah bagi satu bulatan. Mereka tahu formula geometri dan algebra. Mereka juga mempunyai kiraan tepat, setahun ada 12 bulan. Bahkan menurut kajian, Ziggurat itu dibina sebagai makmal kajian mengkaji alam semesta.
Masyarakat Assyria banyak mengetahui tentang astronomi seperti juga suku Maya. Apakah dua peradaban purba ini ada hubungan?
Kita selalu dikhabarkan tentang kepurbaan dan proses evolusi, yang bergerak dari sistem yang mudah kepada sistem yang lebih rencam, dari purba kepada moden. Bahkan khabarnya, masyarakat purba juga sudah tahu membuat bateri di kalangan tenaga pakar Sumeria. Ia dipanggil bateri Baghdad [berdasarkan temuan pada tahun 1938].
MESIR PURBA
Inilah negeri di mana diutuskan nabi-nabi, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Nabi Harun. Hebatnya teknologi purba Mesir ialah bagaimana mereka membina piramid. Perkara piramid ini juga menarik untuk dikaji kerana bentuk piramid juga ada di kalangan suku Maya, ada juga ditemui di Jawa sana. Jadi piramid sudah menjadi bentuk yang sezaman pada masa silam. Ia adalah lambang kemajuan sebagaimana kita bangga dengan bangunan tinggi.
Berhubung dengan piramid, ia bukan dibina tanpa tujuan. Hairannya, orang Mesir yang kita anggap sebagai orang purba, belum ada kemajuan teknologi canggih, mereka sudah maju dalam bidang perubatan, anatomi, perancangan bandar, senibina, seni halus dan tekstil.
Kajian juga menunjukkan mereka sudah tahu bagaimana membedah otak manusia, mereka juga ada bahan antibiotik.
Semua ini wujud sejak 3000 SM. Bayangkan, bagaimana mereka boleh membuat mumifikasi atau mengawetkan mayat [mumi] ketika itu, sedangkan kita fikir mereka itu serba kekurangan? Mereka tidak kekurangan sebenarnya.
MUMIFIKASI BAGAIMANA?
Bagaimana mereka mengawetkan mayat raja-raja keturunan Fir'aun itu? Semua ini kemudian dijadikan bahan bukti bahawa watak Fir'aun bukanlah rekaan. Ia cerita benar. Begitu juga pergulatannya dengan orang-orang Nabi Musa dan sekitarnya. Kisah berkaitan nabi-nabi dan Fir'aun memang menarik.
Untuk mengawetkan mayat ada beberapa teknik yang mereka lakukan.
Pertama: otak dan organ dalaman tubuh hendaklah dikeluarkan terlebih dulu.
Kedua: kemudian mayat dinyahhidratkan selama 40 hari dengan menggunakan bahan natron iaitu garam mineral campuran sodium bikarbonat, sodium karbonat dan sedikit sodium klorida dan sodium sulfat.
Ketiga: rongga mayat tadi dimasukkan kain linen, pasir dan habuk kayu dan dimampatkan.
Keempat: Kulit mayat disapu dengan herba khas dan cairan dari damar.
Kelima: mayat dibungkus dengan kain linen - teknologi membuat tekstil sudah ada, mereka boleh mendapatkan linen dengan mudah. Mungkin bagi keperluan raja-raja Mesir ketika itu.
Tentulah hebat cara kerja mereka. Terbukti hingga hari ini, kita masih dapat menyaksikan hasil kerja mereka, iaitu mayat Fir'aun yang diawetkan.
Jika bedah otak dan mayat pun mereka mahir, maka bidang farmakologi memang tidak dapat dipisahkan dari mereka. Mereka sudah lama menggunakan kaedah balutan dan telapan, mereka ada kain linen. Ukiran timbul yang ada membuktikan mereka mempunyai alat-alat pembedahan yang lengkap sesuai dengan zamannya.
Ini belum lagi bab bagaimana mereka membina piramid?
Bukan tidak ada orang moden sekarang cuba membina piramid dengan menggunakan teknologi cara purba. Maksudnya, gunakan tenaga manusia, tidak ada jentolak, tidak ada kren, tidak ada alat pengangkutan yang hebat. Kena gunakan otak dan tulang empat kerat. Hasilnya, orang moden gagal. Sebab mentaliti orang moden fikir, mereka boleh bina piramid dengan mudah kalau ada kemudahan pengangkutan, lori, jentolak, kren dan tenaga buruh mahir.
Pun tidak. Pembinaan piramid bukan kerja tangan kosong. Ia ada ritualnya sendiri. Bukan asal dibina. Lagipun ia dianggap sebagai makam simpanan mayat. Ia akan kekal selepas ribuan tahun. Khabarnya orang Mesir purba membina piramid sebelum adanya teori Pythagoras Greek! 2000 tahun sebelum teori itu muncul mereka sudah buat piramid.
PERADABAN LEBIH AWAL
Ada peradaban yang lebih awal ketika manusia homo sapiens belum ada di muka bumi ini. Seperti dikhabarkan, makhluk yang ada di muka bumi ini adalah dari jenis jin. Mereka selalu buat kerosakan di muka bumi, saling berbunuhan sehingga malaikat diperintahkan untuk melenyapkan peradaban yang kacau itu. Mereka dikiamatkan dengan cara serangan hebat tentera malaikat. Itu makhluk yang berada di bumi sebelum Nabi Adam a.s. diturunkan. Sebelum ada kisah Habil dan Qabil.
Selain dimusnahkan, ada peradaban misteri yang dipanggil Atlantis, kawasannya luas, bukan sahaja di sekitar Lautan Atlantik itu, malah pengaruh mistiknya menjalar hingga ke kawasan lingkaran Pasifik. Kajian mengatakan, saki baki mistik, dunia jin, dunia khadam ghaib semuanya adalah saki baki dari peradaban Atlantis yang tertiup ke arah Pasifik dari Atlantik.
Penemuan jalur panjang di dasar laut Bahamas umpamanya membuktikan ada daratan yang telah tenggelam kerana gempa bumi dahsyat. Apakah peradaban yang tenggelam itu milik Banul Jaann atau Banul Baan?
Tidak dapat dipastikan.
Apa pun kita kena ingat, bahawa walaupun dikatakan purba, orang Mesir, Sumeria dan Maya tidaklah bersifat purba pada zamannya ribuan tahun yang silam! Wallahu a'lam. []

PELET DAN SANTET ORANG MELAYU TAK KENAL
UNTUK MENGATAKAN bahawa orang Melayu di Semenanjung sekarang sudah kemaruk kepada segala ilmu macam kepeletan, kesantetan, atau apa sahaja ajian, rajah-rajah, mustika, nikah jin, jamasan pusaka, babi ngepet dan sebagainya, ia sebenarnya tanggapan yang tidak benar.
Tidak ada pengamal perubatan tradisi Melayu Semenanjung yang tahu menyebut perkataan yang disebutkan ini.
Ketika kita mencari bahan untuk majalah, pengamal perubatan tradisi Melayu tidak tahu menyebut pelet, tidak tahu menyebut santet, ajian, rajah-rajah dan apa sahaja yang memang poppular di Jawa sana.
Bagaimana mahu mengatakan bahawa pengamal perubatan tradisi di Malaysia juga sudah kecanduan dan ketagih dengan ilmu-ilmu karut serba mistik begitu?
ISTILAH BERBEZA
Sebenarnya, di Semenanjung ini orang hanya kenal minyak pengasih biasa, pengasih asyik sekampung, pengasih atau senyonyong mati dibunuh [ada pengaruh Siam], kita hanya kenal santau, kita kenal perkataan buatan orang, kita kenal makhluk hantu tinggi, hantu air, hantu laut, hantu gunung, puntianak, bunian, khadam atau jin bergelar dan sebagainya.
Kita di Malaysia tidak kenal apa itu genderuwo, tahu menyebut, tapi ia tidak popular di Malaysia, kalau ada filem hantu ditayangkan di KL memang tak laku.
Begitu juga kalau ada kisah-kisah santet, babi ngepet, atau kisah ratu kidul, blorong dan sebagainya. Ia hanya filem lama yang laku pada era tahun 70-an.
Setahu saya, ada pengamal perubatan tradisi di Semenanjung yang mengenali beberapa perkataan pelik yang berasal dari paranormal Jawa sana melalui rakan-rakan niaga.
Di Malaysia, peniaga kecil yang selalu bersila di atas tikar, sejadah atau pengalas -- banyak yang datang dari daerah Kalimantan. Ada yang datang dari Sabah, tetapi mungkin berasal dari Kalimantan Timur [Kaltim], sebab apabila mereka duduk bersila dan berbicara, masyarakat Melayu akan dapat menangkap beberapa perkataan pelik yang memang tidak diajar di mana-mana sekolah pun di Malaysia.
Contoh, orang Melayu tidak menyebut perkataan langka, apa lagi orang Sabah. Orang Melayu tidak menyebut perkataan cuman [cuma], orang Melayu tidak menyebut perkataan sepi [kurang orang].
PEDAGANG UBAT
Daripada pedagang ubat kaki lima inilah, istilah santet, pelet dan sebagainya diperkenalkan. Dari kaki lima jalan inilah pedagang kaki lima yang duduk dengan memakai belangkon gaya Kejawen menuturkan kisah.
Dan hairannya, pengaruh kejawen ini memberi impak maksima kepada pedagang kaki lima untuk berwacana sewenang-wenangnya kepada orang ramai.
Dari pedagang kaki lima inilah orang Melayu tahu menyebut pelet, atau minyak pelet, sebab di sini kita menyebut minyak pengasih atau senyonyong. Kita tidak kenal apa itu bulu perindu dari Kalimantan sana, sebab kita hanya kenal buluh perindu.
Begitu juga orang Melayu jijik kepada sawat atau cula buaya. Kenapa perlu dihiris nipis, direndam dan diminum airnya untuk dijadikan sumber keghairahan seks?
Sebenarnya, bilangan penjual ubat kaki lima yang duduk bersila baik di Johor Bahru, Kuantan, Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan di mana sahaja kebanyakannya orang luar.
Ada yang datang dari Batam, dari Jawa dan amat jarang dari Sulawesi. Apalagi Lombok dan Bali. Yang ada dari Madura.
AKHBAR DAN MAJALAH
Melalui mereka inilah masyarakat Melayu kenal dengan perkataan santet, pelet, dan kalau ada istilah lain, ia disebabkan majalah terbitan Jakarta atau akhbar-akhbar mereka juga dipasarkan di Kuala Lumpur.
Apa nak hairannya kalau masyarakat Melayu tahu menyebut perkataan itu.
Ia tidak bermakna orang Melayu sudah gila kepada pelet, santet dan rajah atau mustika yang diperdagangkan itu, tidak sama sekali.
MERAPU
Seperti juga apabila dihebohkan orang Melayu mahu mengambil tarian pendet.
Tarian pendet ini apa pun saya sebagai penulis tidak kenal, tidak tahu bagaimana rentak tarinya, dari mana? Kalau tidak diwar-warkan dalam Vivanews, atau kecoh-kecoh malingsia, maka saya pun tidak tahu.
Oh, rupanya tarian pendet itu dari Bali. Hairan, kenapa tidak bawa sahaja tarian dari Kalbar, Sumbar atau Jabar. Tidak perlu usung dari Bali sana. Sebab itulah usahkan orang biasa, guru-guru sekolah, pensyarah universiti pun tak tahu apa itu tarian pendet.
Kemudian ada tarian reog. Inipun merapu. Orang Malaysia tidak kenal apa itu tarian reog. Mana boleh hendak mengaku bahawa tarian itu milik Melayu umpamanya. Untuk apa mengambil tarian dari kelompok pagan yang jelas ada ajaran paganisme di dalamnya.
Sedangkan wayang kulit Melayu adalah adunan pengaruh dari Siam, manakala sedikit sahaja dari Jawa kerana orang Melayu atau Jawa sendiri tidak faham bahasa halus yang digunakan oleh pak dalang.
Kemudian muzik gamelan yang ada di Malaysia adalah berubah sama sekali dengan rentak gamelan yang asli.
Perlu improvisasi dan perubahan bagi menghasil variasi nada. Begitu juga tarian kuda kepang, walaupun saya sendiri tahu menarikan sambil memegang patung kuda kepangnya, tapi ia tidak menyebabkan saya jadi fanatik melulu dengan kepang jaran ini.
Bahkan tradisi latihan kuda kepang, wayang kulit dan gamelan cara Jawa ini semakin pupus. Alhamdulillah kalau ia tidak ada pun. Kenapa? Kerana ada unsur-unsur paganisme di dalamnya, justeru tidak perlu dipertahankan sampai nak bergaduh dan berebut-rebut.
GADUH
Banyak perkara yang digaduhkan oleh umat hanya perkara tetek bengik yang tak berfaedah. Umpamanya, orang gaduh pasal lagu "Rasa Sayange", jika ia memang lagu dari luar Semenanjung, kita tak usah jadikan ia lagu kerakyatan. Biar ia pupus, sebab lagu itu perlukan pantun. Tradisi berpantun pun sudah pupus. Pertandingan berbalas pantun yang ada hanya penyumbat acara dan bukan penting sangat. Begitu adat meminang dengan pantun semua, orang sekarang terus cakap, tak payah ada pembayang semua. Tak payah berseloka dan bergurindam.
Ada lagi yang dikecohkan pasal makanan. Rendang itu milik siapa? Apa nak gaduhnya, sedangkan di KL sekarang sudah ada restoran Pak Nowo, tetapi ia memang menjadi tumpuan warga Jawa Indonesia di Chow Kit, sedangkan orang Melayu sekalipun berketurunan Jawa, tidak masuk ke situ.
Ketika ditanya kenapa? Tak boleh makan, lebih baik makan nasi kandar. Tengok tu. Jawa Malaysia makan nasi kandar, tak mahu makan satey kambing gaya Jawa atau Madura.
Rendang adalah tradisi Minang Sumatera. penghijrah dari Sumatera yang tinggal di Pahang, Selangor, Perak dan sebagainya sudah tentu membawa sekali makanan kegemarannya. Resipi randang dagiang memang sudah ada dalam kepala.
Mereka buat rendang, tetapi lama kelamaan ia menjadi rendang khas tempatan, macam orang dari Padang buka kedai makan selera Padang, ada kelainan persembahannya, semua tidak original lagi. Kenapa hendak berebut mengatakan makanan ini milik negara itu, dan makanan ini milik negara ini. Kenapa mahu jadi maling resipi?
FAHAMI SEJARAH
Semua ini memberi gambaran umat tidak faham sejarah. Sesiapa yang mengenali sejarah akan tahu akan asal-usul sesuatu perkara. Lihatlah nanti, apa orang kata kalau ada ayam penyet di Kuala Lumpur. Nanti akan ada ayam yang dipenyet-penyet sampai hancur bagi orang makan sebab bergaduh, gaduh berebut jenama. Ini masakan dia, kenapa kamu ambil?
Kena faham demografi penduduk Semenanjung dan asal-usul dari moyang mereka. Jika faham jalur sejarah, maka tidak ada kekecohan dalam soal budaya. Macam permainan debus, ia popular di Sumatera. Di KL ia diperkenalkan oleh penjual ubat kaki lima.
Untuk mengetahui bagaimana di Semenanjung pun ada orang sibuk batu delima, rantai babi dan bulu perindu semua, jawabnya, ia adalah bawaan dari Jawa dan Kalimantan. Meski masyarakat Orang Asli [Asal] Malaysia tinggal di kawasan hutan pada masa dulu, mereka tidak kenal rantai babi, ini yang peliknya, mereka hanya kenal babi hutan bertaring kuning. Di Jawa orang tambah-tambah dengan ilmu karut babi ngepet. Ngepet itu apa bendanya pun orang tak tahu.
Heboh juga cicak tokek. Di Jawa ada orang bisnes cicak ini. Masuk hutan mencari tokek berminggu-minggu hinggakan ada ustaz memberikan fatwa dari segi agama. Macam jual katak, jual buaya, jual ular, jual kura-kura dan jual cicak gergasi. Apakah cicak tokek ini pun hendak digaduhkan ia milik siapa dari mana asalnya?
Keturunan Banjar dari Kalimantan Barat, keturunan Jawa dari berbagai daerah di Jawa, kemudian yang dari Palembang, dari Bentan, dari Riau, dari Sumbar, dari Sulawesi [PM Malaysia keturunan Bugis], dan dari Acheh pun ramai di Penang dan Kedah nun.
Sebenarnya dalam soal budaya, ia mengikut pak menteri KEBUDAYAANnya. Kalau menteri keturunan Banjar, tentulah dia akan pandang kepada budaya Banjar dengan adat-adat dan makanannya.
Tengoklah Rais Yatim yang lebih fokus kepada budaya keminangan, maka apa sahaja yang ada di Sumatera, apalagi ada kaitan dengan urang awak, maka dia lebih tumpu ke situ. Marahlah menteri yang Jawa atau yang kebugisan. Itu belum lagi yang keturunan lain. Jadi penganalisis budaya dan pandangan budaya setempat kena faham susur-galur ini.
Berbalik kepada kisah orang Malaysia pun kemaruk dengan ilmu hikmah, ia bukan dipasarkan dan diiklankan oleh pedagang ubat asli Malaysia sebenarnya. Ia diiklankan oleh pengusaha yang berketurunan dari Jawa, Kalimantan atau memang mereka berasal dari sana untuk buka cawangan/cabang bisnis di sini.
KEJAWENAN
Ada juga peniaga ubat atau pengamal perubatan tradisi yang mengada-ngada memakai blankon macam Kejawen, tukar atau tambah nama ada raden, ada pak romo, nama-nama yang pelik bagi tujuan memancing khalayak. Mereka inilah yang menukar gaya percakapan stail Jawa lalu memasarkan apa sahaja benda-benda pelik yang tak dikenali di Malaysia.
Contoh, saya hanya kenal dengan rantai babi, keris cemeti usul Kalijaga daripada seorang raden gelaran. Rangka Hirang Kalimantan daripada tukang urut Banjar yang tinggal di Kedah. Begitu juga soal ratu kidul dan blorong melalui raden bergelar. Minyak pengasih mereka sebut pelet, maka orang Melayu pun kenal apa itu pelet, sedangkan orang Melayu tidak tahu sebut.
Begitu juga santet, ia diperkenalkan melalui filem-filem Indonesia tahun 70-an dulu. kemudian terbaru ada ilmu sungai raja, ilmu ini dikatakan amat hebat sehingga boleh mematikan lawan.
Ada orang komen, kalau ilmu itu bahkan ilmu yang lain pun dianggap hebat, amalan pendekar silam, apa salahnya dilahirkan satu ketumbukan tentera pendekar pergi ke Mynmar sana, bantu orang Islam yang ditindas, atau ke Syria, ke Palestin sana.
Hanya bak kata setengah pengkritik, ilmu Nusantara hanya bermain di bumi Nusantara, tidak mampu menembusi ruang batas antarabangsa. Ia hanya untuk pertahanan diri, dan bukan mencari lawan. Dan macam-macam alasan lagi.
Sampai sekarang, kalangan anak muda Melayu tidak tahu apa santet atau santau, tidak kenal pelet atau minyak pengasih.
Pengasih moden adalah duit. Santet sekarang adalah ajak gaduh. Di sini orang kenal tuju-tuju dan sebutan lain. Macam juga istilah kuyang di Kalimantan Timur, orang Melayu tidak tahu apa itu kuyang, seperti istilah bajang juga, kemudian siluman, orang sini tak tahu sebut, sebab kita hanya pernah dengar harimau jadi-jadian.
Begitu juga hantu penanggalan, hantu tinggi, hantu puntianak [Melayu tidak sebut kuntilanak], orang Melayu juga tidak kenal dengan sajen, jamas, sungkem atau kahwin jin. Tetapi ilmuan karut-marut ini dipasarkan oleh orang-orang berketurunan dari Jawa atau lokasi lainnya, kerana yang mistik dan karut itu digemari orang. Wallahu a'lam. []

Sunday, 29 July 2012
MELEKAT KETIKA ZINA MENU MENARIK MAJALAH
SAYA DOK TERINGAT masa buat majalah dulu.
Majalah misteri dan yang berkaitan dengannya. Bahan cerita dihantar oleh pembaca dan penyumbang. Ia kisah biasa, contoh, hubungan antara budak Bangla atau Nepal dengan Minah Indon. Nak kata Minah Melayu rasa tak sedap pula. Memang ada semacam perasaan tak berapa "ngam" apabila mencari watak begitu.
Cerita budak kota duduk bersekedudukan dengan menyewa bilik di rumah-rumah kedai milik orang Cina atau India adalah kebiasaan. Ini bandar. Mana ada rumah sewa. Kalau ada pun jadi rebutan. Sorang tarik pintu, sorang tarik tangga, tarik tingkap, tarik gate luar, lama-lama roboh rumah tu.
Yalah, jadi rebutan sangat!
Begitu juga ada yang terpaksa sewa kondo ramai-ramai. Jadi peluang untuk bersekedudukan atau berkhalwat adalah terbuka.
Ini perkara yang orang pernah fikirkan tetapi tidak menjadikannya sebagai bahan yang serius. Biarlah, nak buat lagu mana?
Jadi, jangan hairanlah, kalau ada orang duduk macam laki-bini dalam satu bilik. Tuan rumah, si Ah Soh bukan tahu apa pun. Itu siapa? Itu Lokong wo!
Bukan cerita karut, tapi siapa rajin buat kaji selidik dan tinjauan - mereka akan mendapati setiap 10 bilik yang diselidik, ada dua atau tiga bilik bermuatan kes bersekedudukan atau kekhalwatan sederhana.
ZINA MELEKAT
Setahu saya, sepanjang bertanya di sana-sini tentang kes zina melekat ini, semuanya amat kabur. Ada dengar, tapi tak pasti siapa dengan siapa. Ada dengar, dah lama dah, tak ingat siapa pulak dan di mana lokasinya.
Maka bagi penerbit majalah Misteri atau yang sewaktu dengannya memikirkan, apa tajuk yang boleh memancing pembaca muda?
Selain cerita khalwat, cerita rogol, cerita video seks, cerita liwat dan macam-macam lagi termasuk lesbi dan homo, maka ada penerbit yang gandrung dengan kisah-kisah melekat.
Yang tidak melekat pun dikata melekat. Contoh, ada bahan tulisan dari seseorang yang menceritakan Tanjung Tuan, dekat Port Dickson itu ada kes orang berzina di tempat tersorok di kawasan makam lama. Untuk menghebatkan makam itu, konon berpuaka, ada perkara mistik ketulahan, maka orang yang berdua-duaan di situ telah melakukan perbuatan keji - lantas berzina. Kemudian dikaitkan dengan LEKAT kerana ia akan menimbulkan ketakutan kepada muda-mudi agar tidak melakukan perkara tak senonoh di makam "keramat" gitu.
Jadi, cerita LEKAT juga saya pernah hidu di Johor, ada orang bercerita tentang melekat ketika zina, tetapi terlalu kabur, tak tahu siapa pelakunya, di mana, dan bagaimana kesudahan cerita.
Teringat satu lagi kisah khalwat antara Bangladesh dengan Minah Lawa. Cerita tak ada apa pun, tetapi pengendali ruangan dalam majalah itu sengaja gatal menambah insiden lekat.
Pulak dah!
KASI LAKU MAJALAH
Mengomellah rakan sekerja dalam sektor majalah. Tak akan asyik cerita melekat sahaja yang hendak dipaparkan? Tukang jaga edaran komen, menurut kata pengedar di luar sana, tajuk ada kaitan dengan melekat menyebabkan sirkulasi majalah naik sikit.
Nah, maknanya, hanya kerana nak naikkan edaran majalah, ada orang sanggup buat cerita bohong, zina sampai melekat. Ia bukan tertumpu kepada aspek zinanya sahaja, tetapi aspek luaran yang melatari lokasi perzinaan itu berlaku.
Cerita melekat ini memang mengharukan. Setelah melekat antara pasangan muda-mudi sebaya, akan ada orang lain tulis kisah zina melekat antara Vietnam dengan Indon muda pula. Atau antara Melayu dengan kaum lain.
Punca lekatnya dikaitkan dengan tempat. Batu hampar, kubur panjang, kubu Jepun lama, tepi pantai, tempat air terjun, rumah kosong, bangunan tinggal, dan apa sahaja yang ada unsur mistik dan boleh memburu hantunya di situ.
Memang pada dasarnya ia bertujuan didaktik. Nak menyampaikan mesej agar jangan dekati dan lakukan zina. Hanya tak sedapnya, lekat itu dikaitkan dengan air terjun berhantu, rumah kosong ada penunggu, atau batu hampar tempat Jepun penggal kepala.
Selain itu tukang tulis kisah telah melakukan eksperimen variasi, pasangan tadi ditukar-tukar, hendak menakutkan orang homoseks, maka dikatakan pasangan homoseks melekat ketika anu-anu di sebuah resort tepi laut yang angker. Atau sepasang budak pengkid melekat ketika anu-anu di sebuah hotel murah. Maknanya, dengan menukar pasangan berlainan penyimpangan seksnya, maka kisah menjadi berkembang.
BOLEHKAH MELEKAT?
Saya tertarik dengan pandangan Dr Ismail Thamby, beliau menganggap cerita lekat ini adalah sensasi. Ketika menjadi doktor pelatih dulu, beliau pernah dengar ada kes melekat. Itupun bukan di Malaysia, tetapi di India sana. Pasangan pengantin muda telah diusung ke hospital oleh keluarga mereka kerana pengantin lelaki terlekat di cecelah kangkang dalam keadaan tubuh mereka terlekat di bahagian tundunnya.
Konon zakar lelaki melekat dalam anu. Doktor pun beri ubat bius sehingga cengkaman itu lega dan pasangan itu dapat dipisahkan. Itu cerita di India sana.
Selain itu, menurut Dr Ismail, beliau pernah dengar kisah melekat di Johor Bahru, di Hospital Sultanah Aminah, dan satu kes lagi di Hospital Daerah Kota Tinggi. Tetapi, meski demikian heboh, kedua-duanya adalah cerita sensasi belaka. Tiada pengesahan dibuat.
Katanya, kemungkinan zakar manusia terperangkap di dalam faraj daripada segi teori tidak boleh berlaku kerana bentuk penghujung zakar berbeza dengan haiwan yang biasa dikaitkan dengan isu lekat itu.
Penghujung zakar anjing kembang dan seperti anak panah, dan faraj anjing berkemampuan mencengkam lebih lama yang tidak terjadi kepada manusia.
Jadi isu melekat tadi, atau istilahnya PENIS CAPTIVUS adalah cerita buah mulut orang dan bukan cerita benar. Ada jurnal perubatan pernah siarkan kes seperti ini, anehnya penerbit kemudian memaklumkan ia hanya dongeng sahaja. Jurnal perubatan pun suka dongeng nampaknya [Panduan Menjaga Kesihatan Seksual, 2006: 66-67].
Bagaimana laporan yang mengatakan ada kisah lekat antara ibu dan anak dalam blog kita? Wallahu a'lam. Atau sebagai pengajaran kepada pembaca tentang kelaknatan zina. []

BERKARYA SETELAH BN TUMBANG KATA ABBY
BILAKAH SESEORANG AKAN BERKARYA SEMULA?
Ada yang menjawab: "Tunggu setelah BN tumbang!"
Bila agaknya pohon BN nak tumbang? Sebab durian Felda pun dah runtuh?
Orang bagi tahu, "Apabila pilihan raya diadakan tidak lama lagi."
"Bila?"
"September agaknya!"
Idea coretan ini bermula daripada kenyataan Abby Abadi yang katanya mahu berkarya semula apabila keadaan mengizinkan, ketika UBN tidak berkuasa lagi di negara ini. Bagaimana jika UBN masih berkuasa untuk lima tahun lagi?
Maka jawabnya, kena simpan terus hasrat nak berkarya semula. Bakat yang ada tidak sesuai untuk digunakan ketika UBN masih berkuasa.
Dengarnya, ada yang tak suka kenyataan Abby begitu. Malah ada yang komen, sejak banyak bercakap di atas pentas PAS suara sudah lain macam. Menjurus ke arah kehijauan. Kena fahamlah simbolik ini.
Jika masih memegang keris yang tidak diketahui siapa Mpunya, dan bukan juga Mpu Gandring, maka selama itulah keris itu tak pernah dijamas, lalu hilangnya kehebatannya. Ia macam keris Pasar Seni, tak ada apa. Untuk dijual dan dijadikan hiasan sahaja, tak lebih dari itu.
HIJRAH
Berbalik kepada sindiran kepada Abby itu, sebenarnya ramai tak faham kenapa seseorang itu perlu berhijrah lalu mengenakan jilbab semua. Sudah ramai kalangan artis berhijrah. Akan tetapi masih ramai lagi di luar sana yang tak faham maksud hijrah apalagi sanggup meredah rumputan yang hijau begitu.
Mereka hanya melihat aspek material. Melihat kebendaan dari sesuatu.
Orang yang masih suka kepada glamor, suka kepada anugerah, suka kepada pentas, suka kepada muzik dan nyanyian akan memilih jalan itu, memilih permaidani warna merah.
Memang sukar hendak menjadikan permaidani hijau dalam sekelip mata. Orang Melayu masih buta ilmu dan tak faham. Mereka masih tak tahu bagaimana kita hendak menjadi Islam yang sebenarnya.
Kita hanya melihat institusi yang disakralkan itu hanya seminggu sekali, atau setahun sekali. Kita tidak melihat betapa Islam tidak melihat pada bahagian-bahagian tertentu, melainkan keseluruhannya. Ia perlu menyeluruh, dan tidak dilihat daripada pemakaian songkok, samping atau baju Melayu, atau baju kurung tetapi dedah rambut, atau megah dengan kebaya ketat gaya jahiliyah dulu.
KARYA
Menyentuh tentang karya, kita kena faham, bidang pengkaryaan ini tidak menjurus kepada aspek sinematografi atau perfileman semata-mata. Sebenarnya orang yang seperti Abby cukup ramai. Hanya orang tak tahu, tidak menyelami hakikat yang sebenar.
Berapa ramai penulis muda atau tua yang telah menenggelamkan diri daripada berkarya? Langsung tak ada tulisannya dipaparkan dalam media massa? Kenapa?
Sama seperti pelakon yang mengundur diri sementara kerana pokok UBN belum tumbang, maka para penulis, baik fiksyen atau lainnya juga menghadapi masalah yang sama.
Berapa ramai penulis muda yang tidak gemar berteduh di bawah pokok BN terpaksa berehat dahulu, dan terpaksa berkarya hanya untuk laman blog dan sebagainya.
Mereka tetap berkarya dengan menggunakan saluran lain. Mereka juga tidak membeli dan membaca lagi akhbar-akhbar dan majalah yang menggunakan bahan dari pokok BN tadi.
Akhirnya, mereka menjadi tukang tulis secara bebas, buat buku untuk penerbitan, termasuk buku bebudak tadika dan bebudak dewasa lagi tua.
Kenapa mereka tidak lagi membelek Dewan Sastera atau Dewan Budaya umpamanya, sebabnya kerana mereka tak selesa dengan pokok rendang BN itu. Meski daunnya gugur, buahnya manis atau masam, mereka tidak mahu mengutipnya. Biarlah pokok itu tumbang meskipun belum cukup tua.
Orang melukis kartun umpamanya di mana hendak disalurkan bahan karyanya? Biasanya karya mereka dimuatkan dalam media mengarus perdana, tetapi sejak tak suka berteduh di bawah pokok BN, maka karya itu hanya dimuatkan dalam bentuk kompilasi peribadi.
Para cerpenis, para pengkritik sastera juga begitu, mereka jadi bungkam dan tidak mahu buat apa lagi kerana pokok BN belum tumbang.
Percayalah, apabila angin perubahan berlaku, golongan yang menjauhkan diri daripada media yang mengarus itu akan berubah juga.
Orang main drama dan filem pun begitu. Mereka macam tak selesa berteduh di bawah pokok BN.
Seniman cukup ramai di negara kita yang memendamkan diri gara-gara pokok BN belum tumbang. Tengoklah nanti, apabila ribut melanda, pokok itu tumbang, maka mereka akan berkarya semula! []

TALIBAN NAK MENGAMUK DI MYNMAR, JAGA-JAGA!
shalehudin: Kami akan balas dendam darah anda - Taliban: "Kami akan balas dendam darah anda" Taliban Pakistan Ancam Serang Myanmar/Burma Taliban Pakistan atau Tehreek-e-Taliban (TTP) pada hari Kh...
MELEKAT KETIKA ZINA: IKTIBAR
Hangit Blog: 18SX: Ibu Dan Anak Melekat Ketika Berzina: Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah men...
Saturday, 28 July 2012
RONDA-RONDA BELI JUADAH BUKA
Setiap kali meronda di bazar Ramadan pasti anda terliur nak rasa itu dan ini. Oleh itu jangan ambil peduli, jangan tengok orang lain beli, belilah mengikut selera sendiri, pedulilah, kalau anda suka makan pisang rebus, belilah, kalau suka jagung rebus, belilah, dan siapa suka ayam goreng berempah pun belilah, begitu juga kalau nampak bubur lambuk, nak ambik free di surau dan masjid segan, belilah di mana-mana ada orang jual bubur lambuk.
Lepas tu, perlu diingat, petua membeli juadah buka ni, kedua belah tangan kena sedia untuk memegangnya. Kalau boleh setiap anak jari itu ada benda tergantung. Jangan ambil peduli, berapa pun plastik yang anda perlu kait, lagi banyak plastik lagi bagus, soal makan nombor dua. Sebab macam semalam, ada kuih tak laku sampai basi atas meja, tak sentuh pun. Ingat boleh makan, tapi apabila sudah melantak benda lain, maka yang kurang menjadi dibiarkan atas meja. Suruh kawan makan pun tak ndak.
JIMAT
Meskipun begitu, anda perlu berjimat. Belilah juadah yang anda gemari. Jangan fikir apa yang orang gemar. Jika begitu nanti ada orang komplen, aku tak suruh hang beli, tapi hang beli jugak buat pa?
Untuk memudahkan cerita, beli mana-mana yang anda rasa mengenyangkan amat hingga boleh bertarawih 20 rakaat.
Kekadang dalam bulan puasa ini, hasrat nak undur diri dari tarawih memang terngiang-ngiang kerana dibisikkan oleh syaitan yang tertambat dalam bilik air dan tandas rumah. Jangan kata syaitan tak ada, entah jantan ke betina tak kita tahu.
RONDA BANYAK TEMPAT
Kemudian ronda-ronda kalau boleh jangan ronda di satu tempat sahaja. Ada banyak bazaar di mana-mana, rondalah sepuas-puas hati anda sehingga rasa penat. Kalau lapar dan dahaga pun bukan boleh teguk apa-apa atau jamah kurma ke?
Cuba tengok di bazar tu, siapa yang galak membeli?
Yang seronoknya, bulan ini macam festival makanan seMalaysia. Makan aje agendanya yang ada. Apa tidaknya, sana-sini dari pukul 2.00 petang dah pamer juadah.
Saksikanlah, aneka juadah yang sedap-sedap sedang terdedah, saksikan habuk dan lalat beterbangan, saksikan, orang pun membeli seawal jam 2.00 petang, nak simpan, bolehke dibawa hingga jam berbuka nanti?
Inilah yang seronok. Tengok amoi-amoi pun ikut membeli. Inilah peluang mereka menikmati juadah kegemaran rakyat Malaysia. Sudah jadi budaya kita sejak zaman berzaman.
DEGUNG-DEGANG
Kemudian cuba dengarkan degung degang muzik yang dimainkan oleh para pegerai yang ada. Genre muzik dan nyanyian yang dimainkan itu melambang identiti mereka. Jadi kalau anda nak baca, dengarkan muzik yang tak menyenangkan itu.
Semalam ada orang komplen pasal tapai ubi. Selera nak makan tapai memang memuncak time puasa begini. Elok beli semangkuk jangan beli banyak. Sebab ramai sudah terkena, tapai yang masam, tak berapa menjadi, dikatanya manis.
Manis kak! Ini kakak saya yang buat. Saya tahulah!
Sampai rumah, nak jamah tengok semacam aje.
Ubi yang dipakai ubi kajel, entah-entah ubi kucir. Nak buat tapai ini bukan kerja senang. Nak kena pandai pilih ubi. Jangan asal beli ubi.
Sebagai pelarian, orang yang tersalah beli tapai, lain kali nampak tapai kena cek dulu. Memang ramai orang jual tapai, nak senang cari tapai pulut. Mungkin kurang kerenah.
Tadi, dah bagi tahu, alang-alang jenguk bazaar Ramadan jangan beli sikit. Beli sampai tak muat-muat tangan.
ATAS MEJA
Sampai rumah, cuba longgokkan atas meja. Susun, dan buka satu persatu. Letakkan atas meja, kemudian fikir mana satu nak jamah dulu. Kalau nak jamah semua, alamat maghrib dekat 8.30 malam apa cerita bang?
Senang aja, letak juadah tu, time buka puasa, jamah tiga biji tamar dan minum teh Padang. Lepas tu solat dulu. Nescaya kegelojohan nak melantak juadah atas meja tadi akan kendur.
Lepas solat, ajaklah seisi rumah menikmati juadah yang istimewa, didatangkan khas dari bazaar Ramadan yang ternama.
Saksikan...maka dibukalah satu persatu.
Disusun. Nak makan kuih ke nak makan nasi?
Setelah bertengkar beberapa saat lamanya, maka keputusan diambil makan nasi. Ia final.
Dah pekena nasi apa nak tala kuih-muih semua? Tadi pun dah kena tamar tiga biji pun rasa kenyang dengan teh Padang. Tu belum pekena teh Lumpur (KL), belum pekena teh kaw buatan sendiri, kalau boleh biasakan makan di rumah, jangan asyik di kedai atau warung mamak sahaja.
Budaya ini patut dibanteras sejak dulu.
TERUJA PAMERAN JUADAH
Setelah diamati, kebanyakan orang yang beli juadah Ramadan amat teruja dengan pameran juadah yang ada. Tidak kita ada habuk ke, ada lalat ke, asalkan nampak sedap, sesuai dengan selera, kebetulan asyik dok teringat masa kat kampung dulu suka makan apa, maka memang jejari anda tidak cukup untuk dijadikan gantungan plastik juadah.
Jika begitu, ada banyak alat penyangkuk yang anda boleh bawa ke bazar Ramadan. Nescaya kreativiti anda membawa bungkusan juadah yang dibeli akan jadi perhatian jurugambar.
Kalau wartawan tanya, tak kiralah Kosmo, ke Metro ke Utusan Menyampah ke, cakap:
"Ni kalau boleh saya nak tambak penyangkuk lagi, sebab banyak lagi juadah berbuka yang belum sempat saya beli!"
Berapa banyak dihabiskan untuk juadah berbuka?
"Ini puasa setahun sekali, bulan Ramadan, puasa sunat bulan lain tak ada bazaar macam ni, jadi kita kena ambil kesempatan ini untuk berbelanja lebih dari biasa. Tidak ke mana duit itu hilang melainkan ke dalam plastik jua adanya."
Nescaya jawapan anda akan dicatat dan ditimbang dulu sebelum dipaparkan.
ALANG-ALANG RONDA
Jadi, pada kesimpulannya, alang-alang anda meronda, pastikan lebih daripada lima lokasi bazar Ramadan yang anda lawati, dan kemudian alang-alang membeli, pastikan kedua belah tangan penuh dengan juadah dalam pastik. Itu belum masuk air dan bubur lambuk.
Ini tips untuk jimat belanda ke bang?
Ya, inilah yang diamalkan oleh orang tua-tua dahulu kala.
Apa pun, berbukalah dengan buah tamar dan minum air. Solat maghrib dulu, dan lepas tu baharulah makan makanan yang mengeyangkan agar tidak membebankan ketika solat terawih nanti.
Habis yang beli banyak-banyak tadi? Terpulang nak makan atau tidak. Kalau bebudak ramai, habislah agaknya. Kalau tak, mana boleh perangat, buatlah, atau simpan dalam peti sejuk, sampai tiga hari baru nak tengok. Alamak! Lupalah... []

Monday, 23 July 2012
AL-KISAH BUBUR LAMBUK
DALAM BULAN RAMADAN ini tidak ada cerita lain - bubur lambuk sahajalah.
Ada yang kata bubur lambuk Masjid Kg Bharu paling sedap. Ada yang kata bubur di Masjid Pakistan lagi sedap sebab ada kacang-kacang. Ada yang kata bubur lambuk Masjid Jamek dekat LRT lagi sedap. Atau sedap lagi bubur di Masjid India. Atau ada yang kata, sedap lagi bubur lambuk di surau Jalan Raja Abdullah, Kg.Bharu. Cerita ini hanya dirujuk kepada KL sahaja, tak tahulah bubur lambuk di negeri lain.
Maka, orang pun bercerita mengenai bubur lambuk, ada yang nak buat sendiri kalau tahu resipinya.
Bukan susah pun, secawan atau dua cawan beras sudah memadai untuk buat bubur lambuk.
Paling utama mesti ada benda-benda berikut:
Rempah sup
Minyak lembu [?] (sapi)
Bawang besar, merah + putih
Kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan gengnya
Daging cincang (tambahan lain terpulang ikut kesukaan)
Santan
Serai, daun bawang, daun sup dan halia dan garam.
Pak Lambuk bagi tahu, tanak beras dengan air yang banyak. Bagi dia hancuk, jangan nampak butiran nasi lagi. Sementara itu, tumislah benda-benda utama yang ada, bawang, kulit kayu manis (dengan kawan-kawannya tu, termasuk halia) dengan minyak lembu. Minyak lain bolehke?
Kata Pak Lambuk, boleh juga, tapi nak dapatkan aroma kenalah minya sapi. Dah sudah, campakkan ke dalam bubur nasi tadi, masukkan serai dan daging cincang sekali. Kacau jangan tak kacau, bagi dia sebati. Masa ni aromanya naik. Ketika ini ada juga orang tambah lobak masinlah atau bahan lain yang difikirkan sesuai. Jangan lupa santannya sekali. Kacau-kacau sampai jadi bubur betul.
Lepas tu kata Pak Lambuk, tengok ajelah. Terpulang nak makan atau tidak masakan istimewa anda (sebab belum buka).
Bubur lambuk ini bolehlah diubahsuai kalau kreatif, namakan yang indah-indah, Bubur Lambuk 1Malaysia, Bubur Lambuk Beduk Menanti, Bubur Lambuk Pak ...ikut siapa masaknya, Bubur Lambuk Rakyat, Bubur Lambuk Gedebuk-Gedebak, Bubur Lambuk Dendam Tak Sudah, Bubur Lambuk Manchester (sebab kemaruk bola), Bubur Lambuk ...
Tetapi kata Pak Lambuk, jangan bubuh nama cantik-cantik sangat, sedap tak apa, kalau tak sedap? Begitulah pesan Pak Lambuk. []

TAHLILAN SELEPAS TARAWIH
ADA ustad memberi tazkirah menyentuh tentang tahlilan yang menjadi amalan di kebanyakan masjid dan surau di negara kita. Jadi, tak semua masjid dan surau adakan majlis begini.
Bagi masjid yang ada suasana kekampungan, pihak AJK masjid selalunya sudah mewar-warkan kebiasaan yang berlaku setiap bulan Ramadan.
Telah disediakan borang untuk sesiapa yang berhajat mengadakan tahlilan untuk saudara-mara, ibu bapa atau ahli keluarga yang telah meninggal. Ia adalah satu kaedah implisit barangkali untuk mengingati mati.
Dengan bayaran paling kurang RM2 untuk seorang yang hendak dihadiahkan bacaan doa dan tahlilan, maka orang berebut-rebut mengisi borang. Borang diserahkan kepada bendahari masjid atau surau.
Maka kutipan hasil dari tahlilan ini memang banyak bahkan berpuluh ribu! Ke mana wang itu akan dihalakan? Dalam bentuk tabungan masjid dan surau atau disatukan kepada tabungan yang lain.
Ustaz tadi menegur, kenapa perlu ada borang semua? Ia sudah menjadi perkara yang seolah-olah mesti diadakan sepanjang bulan Ramadan.
Mungkin bagi yang mendengar pandangan ustaz tadi akan berbisik, "Ini ustaz Wahabi, patutlah!"
Begitu juga apabila Dr Asri ada menyentuh tentang watak atau bentuk Islam yang diterapkan dalam masyarakat kita berdasarkan ideologi politik yang ada sejak zaman berzaman, ustaz ini menyatakan pendapatnya bahawa kita hanya kenal tahlil, barzanji, marhaban dan baca Yassin. Mungkin kalau semua perkara ini ditinggalkan, maka "sunyilah" rasa keislaman umat.
Ada juga orang bertanya, ketika mereka berada di luar negeri, mereka tidak jumpa perkara ini. Hanya di wilayah Nusantara sahaja yang ada. Wallahu a'lam bish-showab.[]

KHURAFAH: HILANG DICULIK SANG RATU
DI ZAMAN YANG BERSERABUT dengan bermacam masalah pemodenan dan kecanggihan sistem, orang mula menggunakan kisah-kisah mencarik adat untuk melegakan kepenatan minda.
Betapa tidak, di mana-mana pun orang berminat mahu mengetahui sosok yang misteri - itulah Sang Ratu.
Bahkan menurut kisah di KL sendiri, bukan tidak ada orang yang menjadi pengikut atau istilahnya murid kepada Sang Ratu. Dia bukan seorang Melayu, tetapi seorang lelaki keturunan Cina yang tinggal di wilayah padat Bukit Bintang.
Bermula dengan melihat ular di atas katil di sebuah hotel di Jalan Masjid India (depan pondok polis) dia langsung tertarik kerana ular itu kemudian menjelma menjadi seorang perempuan cantik dengan tiara di atas kepalanya. Ya, dia tidak lain adalah Sang Ratu atau wakilnya, terang seorang paranormal yang juga telah menjadi salah seorang murid Sang Ratu.
POTRET MISTIK
Berbalik kepada cerita mistik Ratu ini, para peminat kisah misteri ini telah disuguhkan dengan gambar potret Sang Ratu yang dilukis oleh Pak Basuki Abdullah.
Apakah benar begitu rupanya wajah Sang Ratu sebagaimana yang digambarkan oleh pelukis kondang ini? Kemudian ada pula pihak yang mendakwa pernah berkomunikasi secara mistik dengan perempuan jin itu dan meminta izin untuk memotretnya dengan kamera digital atau sekadar handphone sahaja.
Konon Sang Ratu mengizinkan dan disuruh datang ke pantai selepas maghrib. Dengan hp sahaja, orang itu merakamkan kehadiran Sang Ratu. Dia beritahu sosok ghaib wanita misteri itu sudah dirakamkan dalam hpnya, tersimpan dalam gallery. Sayangnya, dia tidak benarkan gambar Sang Ratu dihebahkan kepada umum, ia adalah untuk tatapan peribadi.
GAMBAR MAKHLUK HALUS
Orang pun bertanya, apakah mungkin sosok ghaib dari jenis jin begitu boleh dirakamkan kehadirannya dengan apa kamera pun? Ada yang bilang, usahkan sosok wanita cantik itu, toyol yang bermain-main atas sinki pun tak boleh dirakamkan gambarnya.
Bagaimanapun, seorang paranormal yang tinggal di Kajang, Selangor, pernah menunjukkan rakaman gambar syaitan dengan kamera kompak di sebuah gua. Menakjubkan, setelah dicuci dan dibesarkan gambarnya, ia hanya berupa gambaran hitam putih, sosok syaitan atau jin itu sebagaimana yang biasa pelukis orang putih gambarkan, syaitan itu sedang menari-nari di dalam gua ketika dirakamkan.
Makhluk halus itu sengaja "posing" depan kamera untuk dirakamkan. Makhluk ini pun mahu glamor juga, sepatutnya paranormal tadi turut membuat temu-bual yang asyik dengan makhluk itu. Sebab orang pun mahu tahu, siapa namanya, apa jantinanya, apa pegangan hidupnya, tinggal di mana, apa hobinya, apa yang digemari dan macam-macam lagi boleh ditanyakan.
BUKAN KHAYALAN
Berbalik kepada gambar Sang Ratu, memang dulu ada orang yang mendakwa lukisan Pak Basuki itu bukanlah suatu khayalan, sebaliknya ia dilukis setelah merujuk kepada rakaman mistik yang pernah diambil di sekitar pantai. Konon ada orang-orang tertentu sahaja yang boleh berkomunikasi dan mudah pula meminta izinkan kepada Sang Ratu untuk memotret kehadirannya sebagai kenang-kenangan.
Di negara kita, tidak ada pelukis yang melukis wajah Puteri Gunung Ledang. Bukan tidak ada pelukis yang cuba melukisnya, namun ia hanyalah rekaan atau bayangan sekilas semata-mata.
Melukis potret Puteri Gunung Ledang tentulah tidak memerlukan apa pun ritual mistik. Sebaliknya untuk melukis Sang Ratu, pelukisnya kena mengadakan pertemuan dengan seseorang yang waskita, meminta kebenaran dan pendapat, lalu diadakan semacam ritual bagi memulakan karya di muka kanvas.
Lukisan yang tidak mempunyai apa-apa itu kemudian diangkat darjatnya dan dianggap ia sebagai persis atau seperti itulah wajah Sang Ratu sebenarnya berdasarkan pengalaman orang-orang yang pernah bertemu dengan makhluk mistik itu di alamnya.
CELAH GELOMBANG
Yang menganehkan, ramai bicara bahawa sosok wanita jelita itu bagaikan terbang di cecelah gelombang laut. Bayangkan, apakah orang itu menggunakan telefoto untuk merakamkan kehadiran Sang Ratu atau siap meletakkan berpuluh kamera di sepanjang pantai bagi merakamkan kehadiran Sang Ratu?
Seorang teman pernah bercerita tentang pengalamannya bertemu dengan Sang Ratu. Dia telah diterima sebagai murid kepada Sang Ratu, masuk ke istana dan berbual-bual perkara penting sahaja. Meminta izin untuk menjadi sahabat, macam Kelab Sang Ratu. Bahkan yang menghairankan, Sang Ratu juga menawarkan untuk mengadakan jalinan lebih akrab sebagai "suami isteri" - akan tetapi kawan ini menolak kerana ia akan menjadi beban dalam kehidupan.
Sepanjang berada di dalam perjalanan astral itu, dia melihat keanehan, ramai penghuni di alam itu menjadi makhluk yang memelikkan. Orang berkepala macam sotong, udang, atau ikan. Maklum istana Sang Ratu pun bukan berada di alam kita, sebaliknya alam mistik mereka dalam laut.
SINGGAHSANA
Bukankah iblis memiliki singgahsana di tengah laut? Barangkali, sebagai warga dari dunia keiblisan itu, Sang Ratu yang dari keturunan masa lampau Banul Jaann atau Banul Baann juga memiliki kerajaan di dalam laut.
Dia dapat dihubungi sesiapa yang mengetahui kaedahnya. Sesiapa yang menjadi murid, akan mudahlah berhubungan dengan guru spiritualnya.
Bahkan, menurut kisah khurafah, ada orang hilang di kawasan pantai gara-gara mulut celopar atau melakukan tindakan yang tidak disukai Sang Ratu.
Watak misterius ini konon boleh menyamar sebagai nenek kebayan, menyamar sebagai orang kampung biasa, menyamar sebagai orang berkelah di pantai.
Jadi, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dilenyapkan dari bumi ini dan disorokkan di dalam kerajaan mereka. Dia akan ditahan tanpa bicara, ditransformasikan agar menjadi warga lelembut di dalam negeri mereka. Di alam sana dia dipakaikan dengan pakaian cara dan adatnya. Pesalah tetap pesalah.
Daripada cerita orang yang pernah "menyelam" ke dalam laut semata-mata hendak bertemu Sang Ratu, penyeksaan juga dilakukan ke atas makhluk Homo Sapiens ini jika mereka melakukan kesalahan. Kekadang kesalahannya bukan besar, hanya tak hormat kepada nenek yang menyamar, mulut cabul, cakap kasar, maka Sang Ratu meminta polis bantuannya untuk menangkap dan menjebloskan orang itu ke dalam penjara negeri mereka.
HILANG
Maka, sesiapa yang kena culik, orang itu akan disahkan hilang. Tidak balik ke rumah. Mujur ada peranan murid-murid Sang Ratu tadi. Kepada murid perempuan mistik itulah mereka mengharapkan bantuan. Kalau betul kamu murid Sang Ratu, cuba selidiki apakah orang yang hilang bernama sekian dan sekian berada di negeri dalam laut? Tengoklah.
Dengan kemampuan mistik juga, murid Sang Ratu menjalani satu perjalanan astral merentasi dua dimensi bagai cerita kayangan zaman kanak-kanak dulu. Maka murid tadi pun menyusup ke negeri itu. Dia dapat bertemu Sang Ratu dan menyatakan keinginannya untuk menyelidik, apakah ada orang yang bernama sekian dan sekian berada di dalam penjara negeri Sang Ratu?
Berdasarkan komunikasi antara murid dengan Sang Ratu inilah kemudian pegawai penjara dipanggil untuk ditanyakan apakah ada orang yang bernama sekian di dalam penjara Sang Ratu? Dan apa kesalahannya kok sampai disimpan begitu lama bagai tahanan ISA?
KES CURI
Murid diberitahu apa kesalahan orang itu.Satu contoh yang memelikkan, seorang lelaki kampung yang tinggal tidak jauh dari kawasan pantai selatan telah diculik oleh polis bantuan Sang Ratu. Puncanya adalah dari aduan seorang lelaki.
"Wang yang aku simpan telah ducuri oleh orang ini," adu seorang murid yang bukan sekadar murid biasa malah telah melakukan persekutuan ghaib dengan Sang Ratu untuk mendapatkan kekayaan yang tak selayaknya. Wang yang diperoleh adalah dari sumber persugihan mistik dengan Sang Ratu.
Memang ramai orang lelaki yang amalkan cara ini, mencari kekayaan dengan menggunakan persekutuan ghaib dengan makhluk seperti ini. Dia sudah kaya, dan wangnya dicuri oleh seseorang yang disyaki.
Setelah berunding dengan Sang Ratu, "Apakah boleh saya meminta jasa baik Sang Ratu agar orang ini dibebaskan?" tanya sang murid.
"Aku akan bebaskan orang ini, tetapi yang punya harta adalah rakan persekutuan ghaibku, maka dia harapkan agar orang ini memulangkan semula berapa wang yang telah diambilnya, melainkan orang itu memaafkannya," kata Sang Ratu.
"Apakah boleh orang ini dibebaskan dengan jaminanku?" pinta sang murid lagi.
"Ya, kerana kamu muridku, maka mudahlah urusan ini, aku bebaskan orang ini!"
Hairannya, dengan tiba-tiba lelaki yang didakwa mencuri wang dari seorang lelaki kaya yang mengadakan persekutuan ghaib dengan Sang Ratu sudah berada di kawasan belukar tepi laut. Itupun setelah wang yang dicuri dulu dikembalikan mengIikut jumlah yang ditetapkan.
Ketika dalam tahanan negeri antah berantah itu, dia diminta bekerja sebagai buruh ladang. Mungkin semak belukar tepi laut itulah yang menjadi ladangnya. Gambaran yang mengatakan dia masuk ke laut juga adalah dimensi yang telah direntasnya, dunia makhluk ghaib.
Ada orang yang mampu membaca mantera dan kemudian menyapu kedua matanya, dengan semena-mena kawasan di depannya berubah menjadi negara kayangan - pokok yang hijau jadi warna keperakan berkilau, tidak ada pokok hijau di negeri itu.
Sesiapa yang mengadakan hubungan baik dengan makhluk yang tidak ketahuan ini ada yang mendapat bala dan ada yang mendapat laba. Ada makhluk seperti ini yang pemurah, memberikan hadiah berupa ketulan atau batang emas tulen.
Seorang pengusaha bot tambang di Suamtera khabarnya mempunyai kepandaian berkomunikasi dengan makhluk ini, dan hasilnya dia mendapat hadiah berupa emas hingga satu kilogram. Satu gram emas berapa harganya? Dan kalau sampai 1 kg. emas?
Tentulah hebat orang itu.
Kisah orang disorokkan makhluk halus adalah cerita orang kampung sejak zaman dulu lagi. Khurafah juga pernah disorokkan jin. Istilah kita adalah orang bunian. Banyak terjadi orang disorokkan makhluk bunian. Tak kurang juga ada orang yang berkahwin dengan bunian di Gunung Datuk, Ipoh, hingga tak mahu balik rumah lagi. "Dunia bunian lebih seronok daripada dunia biasa!" itulah pengakuan orang yang ternama itu.
RENUNGAN
Sabda Nabi shallahu alaihi wa sallam: "Sebahagian daripada sifat keelokan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah." [at-Tirmidzi no.2318, Imam Malik dan Ahmad]
"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." [al-Jin:6]. []

Sunday, 22 July 2012
SEBELUM ADAM SIAPA PENGHUNI BUMI INI?
TIMBUL SEMACAM PERTAYAAN yang mencarik minda umat. Ya, sebelum Adam alaihi salam diturunkan ke bumi ini dari alam maha tinggi, siapa yang menghuni bumi ini?
Soalan ini timbul kerana ada kajian yang menyebut bahawa Nabi Adam alaihi salam mungkin bukan manusia pertama dan bahkan bukan manusia biasa seperti kita kerana kejadian beliau adalah khusus dan amat istimewa, dari tanah, sedangkan umat manusia yang kemudian adalah daripada cantuman dua benih manusia berlainan jantina.
Baiklah, selain itu ketika Allah berfirman kepada malaikat Allah subhanahu wa Taala hendak menjadikan khalifah di bumi, maka malaikat menyatakan kehairanannya dengan cadangan itu kerana terbukti makhluk itu merosak dan menumpahkan darah, sedangkan pihak malaikat kerjanya bertasbih memuji Allah dan menyucikan nama Allah [baca al-Baqarah: 30]
Kemudian soalan itu dijawab oleh Allah subhanahu wa Taala, bahawa Allah mengetahui akan apa yang para malaikat tidak ketahui.
Maksudnya, segala apa yang bakal terjadi semuanya sudah ada di dalam pengetahuan Allah. Tidak akan dijadikan apa pun di bumi ini tanpa pengetahuan dari Allah subhanahu wa Taala.
Timbulnya pertanyaan tadi adalah berpunca daripada kenyataan pihak malaikat, yang juga senada dengan pihak iblis yang kemudian mengungkit-ungkit asal kejadian manusia dan iblis. Iblis menyangka asal kejadiannya dari api jauh lebih baik dan mulia jika dibandingkan dengan asal kejadian dari tanah. Sedangkan, asal tanah itu hanya permulaan sahaja, dan yang kemudian asal kejadian manusia keturunan Adam alaihi salam adalah dari cantuman dua benih lelaki dan perempuan, sebagaimana kehadiran Habil dan Qabil keturunan Adam alaihi salam.
BANUL-BANUL
Kehairanan malaikat sehingga mengungkit akan sifat makhluk yang suka bermusuhan dan merosakkan bumi itu adalah berpunca daripada kehadiran makhluk di bumi yang dipanggil Banul Jaann dan Banul Baann. Makhluk ini bukan dari keturunan manusia, sebaliknya dari jenis jin.
Jadi, makhluk jin telah menguasai seluruh permukaan bumi ini sehingga adanya apa yang pakar sejarah purba menyebut kehadiran kaum Atlantis dan Dinasti Rama.
Fenomena benda-benda pelik di dunia seperti Stonehenge, jalur dalam laut Atlantis, puak Neanderthal dan sebagainya adalah bukti bahawa memang ada kehidupan di bumi ini sebelum kewujudan Adam alaihi salam.
Imam Suyuthi [dlm.Ad Darul Mansyur, Jil.I, hal.46, sebagaimana yang dipetik dalam Misteri, Ed.504,2010] dikatakan ada menukil keterangan dari Ibnu Abbas r.a. mengenai ayat al-Baqarah: 30, bahawa sebelum Adam alaihi salam turun ke bumi, kurang dari 2000 tahun sebelumnya bumi telah dihuni oleh kaum yang disebut Banul Jaann.
Mereka ini membuat kerosakan di muka bumi, selain itu makhluk ini suka bergaduh dan berbunuhan, langsung tidak mahu bermasyarakat sebagaimana layaknya manusia.
TENTERA MALAIKAT
Sering terjadi peperangan di antara makhluk itu kerana semuanya mahu tunjuk kekuatan. Akhirnya Allah subhanahu wa Taala mengutus para malaikat untuk menggempur makhluk itu dan memusnahkannya.
Itulah kiamatnya makhluk Banul Jaann yang merupakan makhluk dari jenis jin. Mereka dihapuskan dari muka bumi oleh ketumbukan tentera malaikat atas perintah Allah kerana makhluk itu tidak tahu memelihara bumi ini bahkan melakukan kerosakan yang dahsyat.
Setelah makhluk dari keturunan jin itu dimusnahkan tanpa baki pun oleh tentera malaikat, maka Allah subhanahu wa Taala merencanakan untuk menurunkan atau mengadakan makhluk lain sebagai ganti kepada Banul Jaann tadi.
Sebab itulah Allah subhanahu wa Taala memberitahu kepada malaikat:
"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."
Malaikat pun berkata: "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" [semak al-Baqarah:30]
Nah, kenapa malaikat berani mengatakan bahawa makhluk yang hendak dijadikan khalifah di bumi bakal menimbulkan kerosakan?
Kenyataan ini menurut pengkaji adalah kerana para malaikat pernah melihat bagaimana makhluk jenis Banul Jaann ini saling bergaduh dan berbunuhan, terbukti mereka tidak mampu menguruskan bumi ini.
Malaikat juga diperintahkan Allah untuk memusnahkan makhluk dari keturunan jin ini dari muka bumi untuk digantikan dengan makhluk yang tahu mentadbir bumi.
Malaikat ada pengalaman melihat keadaan makhluk itu di muka bumi, dan malaikat juga ada pengalaman berperang dengan makhluk yang membawa kerosakan itu.
Sebab itu malaikat bimbang kalau diciptakan khalifah lain, nanti perangainya sama sahaja seperti Banul Jaan atau Banul yang lain.
Dengan kata lain makhluk itu tidak meyerupai manusia sebenar sebagaimana yang kita lihat hari ini. Banul Jaann bukanlah jenis manusia Homo Sapiens, kerana mereka dari keturunan jin yang bermakna mereka berasal dari api, sifatnya panas dan suka buat kecoh.
Komen serupa juga diberikan oleh sang iblis kerana mereka adalah suku-sakat jin, setelah jin yang ada dihapuskan, maka mahu diwujudkan makhluk lain pula? Mungkin makhluk baru yang diturunkan ke bumi nanti jauh lebih teruk daripada Banul Jaann!
CATATAN SEJARAH
Menurut catatan sejarah, Nabi Adam alaihi salam diciptakan pada kira-kira tahun 4026SM. Sedangkan kisah peradaban di muka bumi ini dicatatkan telah wujud sebelum daripada itu, konon sudah ada sejak 15000SM atau 30000SM?
Fakta-fakta dari kajian mereka yang berminat, bahawa peradaban Atlantis di sebelah barat dan peradaban Rama di timur diperkirakan telah berkembang pada masa itu, iaitu pada anggaran tahun 30000SM - 15000SM.
Dua kelompok makhluk inilah yang mungkin berada dalam penjenisan Banul Jaann atau Banul Baann tadi, kedua-duanya dari jenis jin.
Mereka juga dikatakan mempunyai kepitaran yang canggih, tahu senjata nuklear dan pesawat canggih seperti pesawat milik UFO yang kita gambarkan. Kecanggihan itu musnah sama sekali kerana mereka saling bermusuhan.
Apakah tidak mungkin apabila kita sudah terlalu maju nanti akan berlaku kemusnahan besar-besaran angkara peperangan nuklear?
Bukankah ada riwayat yang menyatakan bahawa pada akhir zaman nanti sudahnya umat tidak berperang dengan senjata moden lagi, mereka akan kembali berpedang seperti dulu.
Ketika bila? Mungkin ketika minyak dalam bumi telah pupus. Hasil ketamakan umat menggunakan sumber alam yang Allah subhanahu wa Taala jadikan, tetapi hanya memperkayakan sebahagian kecil umat sahaja, kemudian menjadi sombong kerana kekayaan itu.
Kajian tentang makhluk penghuni bumi sebelum adanya Nabi Adam alaihi salam adalah menarik untuk diperpanjangkan. Hendaknya ada kajian yang lebih mendalam tentang isu ini di dalam sebuah kitab daripada kalangan mereka yang berilmu. []

AMALAN YANG JADI TRADISI SEBELUM PUASA
BAGI MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN, maka kalangan tertentu melakukan beberapa kegiatan atau ritual yang mungkin merupakan bawaan daripada zaman nenek moyang terdahulu. Ia sudah jadi ikutan, dan tanpa banyak bertanya, mereka mengekori sahaja yang dilakukan orang terdahulu.
1. Ziarah Perkuburan.
Ziarah ke kubur bukanlah perkara pelik. Hendak ziarah kubur, tidak ada masa yang ditetapkan atau bulan-bulan tertentu sekadar untuk mengingati mati atau untuk mendoakan mereka yang telah pergi.
Ada pihak tertentu mengadakan majlis gotong royong bersihkan kubur, perkara ini ada kaitan dengan kenduri tahlilan yang diadakan saban malam menjelang bulan Ramadan.
Di setengah tempat pula, mereka bukan setakat menziarahi kubur orang tua atau ahli keluarga yang telah pergi, malah turut mengunjungi makam yang dianggap keramat, iaitu makam wali-wali dan para salihin. Alasannya kerana hendak mencari barkah.
Mereka mempunyai analogi sendiri. Untuk berdoa langsung kepada Allah tentu ada hijab atau pendinding, jadi mereka perlukan wasilah. Maklum diri banyak melakukan dosa, nanti doa tidak diterima Allah, jadi memerlukan wasilahnya untuk berdoa.
Di suatu tempat yang mengamalkan Wetu Telu, juga mengadakan upacara bersih kubur dan menghantar makanan ke kubur, diletakkan di dekat makam lalu membisikkan kepada si mati bahawa tidak lama lagi bulan puasa akan datang. Upacara itu dipercayai sekadar memberitahu kepada arwah-arwah semua, bahawa tak lama lagi mereka yang masih hidup akan berpuasa.
Kemudian ada pula keramaian yang cukup luar biasa di kawasan kubur, semuanya duduk bersila, bersila di depan makam dan berdoa. Yang perempuan tidak menutup aurat pun ikut sama.
Selain itu ada majlis makan-makan yang orang sebut sebagai makan besar bagi meraikan kedatangan Ramadan.
Berkunjung ke kubur ini disebut nyekar oleh orang-orang Jawa. Bagi orang Jawa [tidak semua] nyekar ini penting dilaksanakan bagi menyambut kedatangan bulan puasa meskipun ia tidak ada dalam syariat Islam. Ingat, ziarah kubur memang disyariatkan supaya kita ingat kepada kematian.
Orang cerdik selalu ingat mati. Akan tetapi kalau ada hari khusus ziarah kubur sebelum puasa tentulah bukan ajaran kita. Kemudian ziarah kubur ini dilanjutkan lagi di pagi hari raya.
Kelihatan seperti pesta pula. Ini juga bukan sesuatu yang disyariatkan melainkan sebuah kebiasaan kita di mana-mana. Hinggakan yang tidak solat sunnat Aidil fitri pun sibuk berpakaian lengkap baju serba Melayu, siap bersongkok tinggi dan samping untuk ziarah kubur.
2. Mandi buang sial di telaga tertentu.
Hanya telaga yang dipercayai ada kekeramatannya sahaja yang dikunjungi. Semua orang hendak mandi, konon untuk buang sial, boleh bersihkan batin.
Ada yang berendam dalam air telaga ini untuk awet muda, cantik sihat dan bugar. Ramai yang pergi telaga untuk berendam [kungkum] di dalamnya.
Yang penting nak buang sial. Semua yang datang walaupun meyakini kehebatan air telaga itu [contoh air Narmada, Lombok] menganggap air hanyalah sarana, bukan minta kepada telaga atau air telaga, mereka tetap berdoa kepada Tuhan, yang menentukan kesuksesan atau kehilangan sial itu adalah Alllah jua. Sekalipun mereka telah melakukan rendam badan dalam telaga bagi menyambut bulan Ramadan.
Dalam bab buang sial ini, ada juga yang melakukan ritual padusan [adus - mandi (Jawa)], mereka mandi di mana sahaja yang wajar, baik sungai, tepi laut atau yang ada sumber air - danau.
Kenapa perlu mandi di bulan Syaaban bagi menyambut kedatangan Ramadan? Ya, mereka mahu membersihkan jiwa dan raga sebelum bulan puasa.
Sesiapa yang sudah biasa melakukan ritual ini, tanpa mandi begini mereka akan resah gelisah terasa puasa tidak lengkap tanpa didahului dengan ritual padusan tadi.
Apakah memang ada ajaran dari Islam yang meminta kita melakukan ritual begini menjelang Ramadan? Tidak ada.
Dalam padusan itu sendiri banyak berlaku kemungkaran, apa tidaknya, mandi ramai-ramai, muda-mudi, lelaki perempuan, sudah tentu menimbulkan keasyikan dan keghairahan menyaksikan si gebu mandi atau si montel mandi.
Walaupun bukan dari ajaran Islam, mereka tetap melakukan berendam dalam telaga istimewa yang konon keramat, airnya banyak keberkahan, dan kemudian mandi ramai-ramai, mungkin ini sebagai ganti mandi safar zaman jahiliyah dulu.
Alhamdulillah, amalan ini tidak ada di tempat kita, tetapi siapa tahu, ada kalangan yang sudah biasa kungkum dan padusan akan mencari kawasan perkelahan air terjun atau tepi laut bagi meraikan kedatangan Ramadan? Kebanjiran warga asing di negara kita pun tidak boleh dibendung lagi.
Sudah tentu ritual seperti ini juga turut berlaku. []

Saturday, 21 July 2012
MUZIK DAN NYANYIAN ITU BAGAIMANA DI SISI UMAT?
Rumah atau tempat yang selalu dikumandangkan lagu-lagu, tidak kira apa genre lagu pun, maka ia akan ditinggalkan oleh malaikat rahmat, sudah tentu menjauhkan diri dari Allah, setelah malaikat Rahmat pun enggan datang, syaitan pula yang berdendang mengikut rentak muzik yang ada.
Lihatlah, boleh dikatakan kita sering membiasakan mendengar lagu, tak peduli lagu Inggeris, lagu Hindustani, lagu dangdut, lagu Siam, lagu pop dendangan artis tempatan atau dari seberang sana, maka semuanya akan menjauhkan diri dari Allah.
Kata ulama, selagi mana kita mendengar lagu, hinggakan sanggup memasang fon telinga, bekerja tanpa muzik seperti tidak ada ghairah dalam hidup, jadi, lagu sudah menjadi sebahagian dari kehidupan umat, tidak dapat dipisahkan, seperti kita tidak boleh berpisah dari nonton televisyen sekalipun programnya membosankan, yang melanggan Astro pun merungut, benda yang sama diulang-ulang, atau umat dilekakan oleh makluman tentang program yang tidak boleh diabaikan, saksikan persembahan Ratu Jazz, saksikan Ratu Pop, saksikan Ratu Gelek, saksikan Raja Gelek, saksikan Raja Pop, dan macam-macam gelaran kenistaan lagi.
Para pemandu umpamanya, muzik dan nyanyian dijadikan teman ketika dalam perjalanan pergi dan balik kerja, setiap hari, setiap waktu mahu mendengar celoteh pengacara radio dari berbagai stesyen yang ada - kita terhibur dengan celotehnya, ulasan tentang lagu-lagu dan artis yang serba menarik - semuanya melekakan.
Sekiranya kita mendengar lagu dan nyanyian dalam kenderaan, ia sama juga dengan keadaan di rumah tadi. Kita menjauhkan diri dari Allah, malaikat Rahmat tidak menyertai kita kerana kita amat asyik dengan muzik dan nyanyian. Fikirkan, meskipun kita siap berdoa dalam perjalanan merempuh highway yang ratusan km, kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam perjalanan.
Berbeza pula bagi mereka yang sentiasa mendengar bahan ilmuan, entah tazkirah yang baik, yang mengajak umat kepada mengingat Allah sekalipun dalam perjalanan yang menjemukan, mendengarkan bacaan al-Quran mengikut surah-surah kegemaran, atau bicara tentang hadis. Minat pemandu yang satu ini berbeza sama sekali dengan mereka yang asyik dengan lagu Hindi, asyik dengan rock kapak, asyik dengan lagu-lagu Melayu klasik, maka mereka itu hanyut dalam kelekaan.
Dalam kaedah perubatan Islami, seorang mualij yang bijak, tempat melakukan pengubatan harus disteril dari suara muzik dan nyanyian. Bersih dari bunyi muzik, entah petikan gitar klasik, piano, keyboard, klarinet dan sebagainya. Mampukan umat melakukan steril jika setiap hari jiwanya telah dibuai dengan muzik dan nyanyian, sejak sekolah rendah, sekolah menengah dan setelah bekerja pun.
Kita sama sekali tidak peduli dengan ingatan Abu Bakar asy-Shiddiq yang mengatakan bahawa muzik dan nyanyian itu adalah seruling syaitan [Abu Hudzaifah Ibrahim, Rumah yang Tidak dimasuki Malaikat, 1997, terj. Buyuut La Tadkhuluhaa al-Malaikah].
Muzik dan nyanyian adalah merupakan salah satu pintu masuk yang dilalui oleh syaitan untuk merosak hati manusia, merosak jiwa manusia. Cuba periksa baik-baik biodata sang iblis yang singgahsananya berada di lautan yang jauh itu, tetapi setiap hari tentera iblis dikerah untuk menyerang umat di bumi ini.
Penghibur sebenar kepada iblis adalah artis yang ada di mana-mana pun. Lagi dedah aurat, lagi melenggang-lengguk dan mengirai rambut atas pentas, atau memetik gitar, maka happylah bala tentera iblis dihiburkan oleh manusia. Begitu juga kalau wartawan hiburan sibuk nak tahu kegemaran artis pujaan umat, maka sang iblis pun tumpang semangkuk juga meraikan mereka.
Di ruang inilah syaitan dan iblis yang menjadi musuh umat memasang jeratnya, kebetulan kita tidak ada ilmu, iaitu ilmu tentang kedudukan muzik dan nyanyian, tentang kedudukan alat muzik sebagaimana yang banyak disentuh dalam hadis-hadis yang shahih.
Syaitan dan iblis memang suka mendekati orang yang cetek ilmu, iaitu yang menjauhkan diri dari cuba mengetahui, menyelidiki bagaimana kedudukan nyanyian dan musik di sisi Islam? Bukankah, mendengar lagu, tak kira siapa yang menyanyikan, tambahan diiringi dengan alat muzik itu adala diharamkan? Ia diharamkan kerana muzik dan nyanyian dapat menghalang hati umat dari al-Quran serta dapat membuat kita tekun dalam kefasiqan dan kemaksiatan [Ibnul Qayyim al-Jauziyah juga mengingatkan kita dalam kitabnya Ightsah al-Lahfan, juga Yusuf Qhardawi dalam Fiqh al-Ghina'wa al-Musiqi fi Dhau' al-Quranu wa as-Sunnah].
Ada ulama yang agak moderat dalam soal lagu, kerana dia menentukan beberapa syarat bagi nyanyian yang dibolehkan, iaitu tema dan isi lagu itu sejalan dengan adab dan pengajaran Islam. Nyanyian dan lagu yang memuja kezaliman, memuja penguasa yang zalim - taghut - dan fasiq, tentulah tidak sesuai.Apalagi kalau kita semak lagu kita hanya berkisar pada soal cinta, kecewa, bangang melulu, memuja kecantikan perempuan, bertendensi kesyahwatan muda-mudi, semua ini bukan adab dan ajaran agama kita.
Dalam nyanyian, kita lupa penampilan penyanyi [atau artis] bagaimana, adakah suaranya merangsang, membangkitkan berahi, melenggang lenggok dan sebagainya, dan yang penting pendedahan aurat yang berleluasa dalam dunia muzik dan hiburan.
Soalnya bukan penyanyi itu sahaja, malah yang penting, Nabi shallahu alaihi wa sallam sendiri tidak gemar dengan sikap umat di kemudian hari, iaitu zaman kita sekarang yang menghalalkan sutera, arak dan alat muzik [termasuk nyanyian].
Ingatlah, larangannya kerana penyanyi perempuan yang tidak dihalalkan memandangnya dapat menyebabkan nyanyian itu menjadi haram. Keharaman kerana ia mendatangkan fitnah. Bukan tidak ada penerbit rancangan hiburan kita yang lepas pandang dalam soal ini, atau mereka langsung tidak ambil peduli akan keharaman perkara ini. Atau bimbang hancurlah program yang sudah diatur jika semua tak boleh, itu tak boleh dan ini tak boleh.
Punca semua ini adalah kerana kebodohan umat. Umat sudah sekian lama selesa dengan budaya popular yang bersarang dalam budaya setempat. Sejak dulu kita membenarkan muzik dan nyanyian diperdengarkan, tidak ada orang ambil pusing tentang keharamannya, tidak ada orang cakap tentang malaikat Rahmat masuk rumah atau tidak, dalam kenderaaan pun begitu juga, tidak terfikir pula ada malaikat Rahmat dalam kenderaan untuk menyambut doa yang dipanjatkan.
Kenapa di kalangan tertentu amat mengambil berat akan soal kelalaian umat dewasa ini. Ya, tidak lain kerana jika kita tetap memilih muzik dan nyanyian, baik di rumah, di pejabat atau dalam kereta, maka dibimbangi malaikat Rahman menjauh dari kita. Itu sebab doa kita kosong tak ke mana, berdoa sambil mendengar celoteh pengacara radio memutarkan CD lagu kegemaran. Berdoa ketika mendengar suara lengkingan penyanyi kulit hitam wanita dari Amerika sana. Berdoa untuk naik kenderaan tetapi kita memasang lagu dangdut,
" ...ahh! ahh! Senggol-senggolan oo..oh senggol-senggolan..."
Sebenarnya, lagi umat tidak tahu [jahil] tentang perkara ini, tentang keharaman perkara yang disebut tadi, dan punca-puncanya, lagi gembira syaitan dan iblis melihat ketidaktahuan kita. Lagi kita bangang dalam soal ini lagilah mereka berdendang-sayang.
Bayangkan dari pagi sampai ke malam kita terus mendengar dendangan lagu. Orang berniaga di bulan Ramadan, memasang lagu degung-degang, sedangkan semua orang sedang berpuasa. Ibadat puasa itu untuk siapa? Bukan setakat lapar dan dahaga sahaja, telinga pun kena puasa juga. Akan tetapi kita mendengar dan menyukai sesuatu yang dibenci, sesuatu yang diharamkan.
Amat aneh, ketika kita berpuasa lagi televisyen kita sudah sibuk mewar-warkan program hari raya, yang diiklankan adalah konsert artis sekian pada hari raya pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Penting sangatkan konsert itu kepada umat Islam? Begitu juga drama entah apa tajuknya, dipaparkan akan ditayangkan pada raya pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.
Dimegahkan beraya bersama artis, beraya bersama seniman dan macam-macam lagi. Semua acara ini adalah acara kemaksiatan. Konsep hari raya sudah lari jauh. Ia bukan hari bermuzik dan berdendang ria begitu. Ia adalah amalan Melayu yang sudah berzaman, tak ada siapa berani tegur, kalangan ulama pun membisu, mereka yang minat hiburan mungkin mengeluh, "Boringlah kalau tak ada hiburan!"
Kata-kata ini akan menjadi bahan ketawa syaitan dan iblis. Mereka gembira kerana umat masuk dalam perangkap dan tipu daya mereka.
Amat pelik juga apabila setiap Ramadan kita mendengar dentuman meriam tanah, meriam buluh, mercun dibakar siang malam. Sedangkan puasa itu apa sebenarnya? []

Tuesday, 17 July 2012
PETRONAS DILANDA KRISIS TUN DR.MAHATHIR PUN...
Kedahkini: HOT!!! PETRONAS DILANDA KRISIS TUN DR.MAHATHIR PUN...: Krisis Petronas – Keangkuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir puncanya (1) Reuters – Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysi...
UNTUNGNYA JADI KRONI PEMERINTAH DI MALAYSIA
Kedahkini: Panas!!! Pemimpin-pemimpin kita sama dengan Penyam...: Ada tak perbezaan di antara Botak Chin dengan pemimpin-pemimpin kita? Kata-kata sinonim yang kita dengar sekarang ini; iaitu Umno itu Bota...
Sunday, 15 July 2012
DADAH LEBIH UTAMA DARI VILENTINE'S DAY KATA DR.M
AHAD 15hb.Julai 2012, ada program di Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, anjuran Perkim Kebangsaan. Ada forum berkaitan ambang Ramadan 1433H dan penganugerahan pelajar cemerlang bersaama saudara muslim di situ. Pak Shahidan Kassim, Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan, hadir bagi menutup majlis berkenaan. Dalam ucapannya beliau menekankan dua perkara yang perlu diambil perhatian sepanjang bulan puasa nanti, iaitu jangan bercakap bohong dan kedua jangan buat perkara sia-sia terutama di kalangan pengguna facebook, twitter dan yang jadi blogger. Jadikan media ini untuk perkara yang baik-baik sahaja. Orang faham apa yang dimaksudkan oleh bekas Menteri Besar Perlis itu. Tetapi yang tak sedapnya ketika berucap itu dia beritahu kesibukannya dengan majlis tazkirah di Perlis dan kemudian datang ke Kuala Lumpur untuk bersama Perdana Menteri, ada program Umno katanya. Kalau tak sebut Umno pun tak mengapa, sebab kita tidak mahu menggambarkan seolah-olah Perkim ini sayapnya Umno!
UCAPAN DR.M
Kemudian yang saya nak sentuh di sini ialah ucapan dasar Dr.M selaku Yang Dipertua Perkim bersempena dengan mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim ke-50 yang diadakan tidak lama dulu. Petikan ucapan beliau dipaparkan dalam SUARA PERKIM [Th.32, kel.1, 2012, hal.2].
Dr M kata, kenapalah kita begitu sibuk memperkatakan tentang Hari Kekasih atau Vilentine's Day yang diraikan oleh muda-mudi Islam kita. Katanya, amat banyak suara umumnya menentang Hari Kekasih, tetapi beliau sendiri tidak tahu secara jelas tentang perkara tersebut, yang mana perlu diutamakan berkenaan masalah sebenar orang Islam di Malaysia.
Beliau memberi pandangan, bahawa ada baiknya kita tumpukan kepada masalah lain kerana orang Islam di Malaysia banyak yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak selari dengan ajaran Islam, seperti masalah penyalahgunaan dadah.
Jadi, selaku Yang Dipertua Perkim beliau mahu pihak Perkim turut sama menyibukkan diri mengadakan program bagi tujuan yang berkaitan dengan dadah.
Sebagai salah seorang "pelajar dewasa" yang sering mengikuti kuliah mingguan di bangunan Perkim, saya tidak setuju dengan pandangan Dr M. Cukuplah program yang berkaitan dengan dadah itu dilakukan oleh NGO atau jabatan yang berkaitan dengan dadah sahaja, Perkim tidak perlu ikut campur kerana saudara baru yang selalu mengikuti program Perkim tidak melibatkan langsung dengan dadah. Orang yang terlibat dengan dadah berada di luar apa pun NGO yang ada.
ISU DADAH
Lagipun minat masyarakat Malaysia kepada perkara yang berkaitan dadah sudah menurun. Mereka tidak minat tengok pameran dadah, kempen dadah tidak kira peringkat mana pun, mereka seperti sudah jelak dengan dadah. Mungkin kalau ada program begitu, mereka tidak mahu datang langsung. Topik tentang dadah memang tidak menarik langsung, biarlah ia diuruskan oleh PENGASIH, bimbang nanti NGO berkaitan dadah tidak ada modal hendak buat kegiatan tahunan.
Kemudian dalam teks ucapan Dr M ada menyentuh bahawa umat Islam di negara kita banyak yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak selari dengan ajaran Islam. Akan tetapi Dr M hanya sebut tentang dadah sahaja. Dia juga menyentuh bahawa masalah ini sudah lama menghantui masyarakat kita, daripada soal dadah akan melahirkan berbagai masalah lain yang berkaitan. Maksudnya daripada satu maksiat membawa kepada maksiat yang lebih besar lagi.
Jadi perbincangan tentang Hari Kekasih ini tidak begitu penting bagi Dr M jika dibandingkan dengan perkara dadah.
Menyentuh soal dadah ini beliau menambah, penglibatan anak muda kita dengan dadah kerana cara kita mendidik tidak betul. "Jika kita memberi penekanan kepada anak-anak tentang isu ini dalam masyarakat kita, saya yakin apabila mereka dewasa mereka dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan dadah."
"Kita tidak terlibat dengan dadah kerana kita tahu dadah itu tidak baik bagi kita seperti mana kita tidak mencuri kerana kita tahu perbuatan tersebut tidak baik," katanya.
Untuk mendisiplinkan diri kita perlu melatih generasi muda mengikut ajaran agama Islam. Beliau juga mengharapkan guru-guru di sekolah memberi penekanan yang lebih kepada masalah dadah. Beliau juga mengakui bahawa beliau juga tidak setuju perkara maksiat berleluasa, tetapi isu dadah lebih besar lagi dari perkara itu.
DUA DEKAD TAK PEDULI DADAH?
Berdasarkan teks ucapan beliau itu, jelaslah bahawa Dr M terlalu menekankan soal dadah. Dadahlah yang menjadi punca segala masalah. Akan tetapi yang menjadi tanda tanya, sejauh mana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sehingga dua dekad melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah dadah? Kenapa tidak dari tahun 1981 lagi beliau memerangi dadah habis-habisan?
Atau hanya teks ucapan setelah berada dalam Perkim, baharulah merasa perlu untuk mengingatkan pihak lain peri mustahaknya soal dadah diutamakan. Soal Hari Kekasih tidak penting.
Dalam pada itu teringat pula kisah anak lelaki beliau yang bergiat dalam perniagaan produk minuman keras yang sudah jelas haram, sementara keharaman dadah juga berqias dari khamar/arak. Ia memabukkan dan membuat orang yang minum ketagih. Sama seperti orang menggunakan dadah, memabukkan atau mengkhayalkan dan kemudian jadi ketagih. Hal ini juga dipaparkan dalam Suara Perkim (hal.14), siap hadis Rasulullah shallahu alaihi wa sallam yang melaknat terhadap khamar, sepuluh golongan, iaitu: pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembelinya dan pemesannya.
Berbalik kepada isu masyarakat Islam banyak terlibat dengan kegiatan yang tidak selari dengan ajaran Islam. Memang. Terlalu banyak perkara yang tidak selari. Umpamanya dalam bab pilihan raya, kita sentiasa mengamalkan penipuan dalam pengundian, ada pengundi hantu, ada pendaftaran pemilih berganda, orang yang sudah mati pun masih ada dalam daftar dan kezaliman pihak penguasa dalam memburukkan kelompok yang menyertai Bersih 3.0. Sampai hari ini masih dilabelkan sebagai ganas, padahal semua orang sudah tahu, siapa yang lebih ganas [kebetulan saya pun ikut sama berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan terkena gas pemedih mata di tengah puluhan/ratusan ribu peserta Bersih].
Apa lagi yang tidak selari dengan ajaran Islam? Isu ISA walaupun sudah hapus, tetapi skandal penderaan yang dipaparkan melalui blog amat menakutkan rakyat. Beginikah layanan terhadap manusia yang tidak bersalah?
Rasuah ada di mana-mana, lagi dikempenkan, lagi dihebahkan siap dengan sticker ditampal di sana-sini, semakin galak rasuah. Ia sudah jadi jenama baru, rasuah dan masyarakat, berpisah tiada. Kisah rasuah ini jangan kita baca Utusan Malaysia, Strait Times, Malay Mail, The Star atau Sinar Harian, bacalah akhbar lain [lagipun tidak digalakkan nonton televisyen] seperti Keadilan, Harakah, Roket atau media lainnya seperti yang anda tatap sekarang. Media utama tidak siarkan kes-kes pelik dan ganjil kalau melibatkan orang-orang mereka. Yang diburukkan hanya pihak pembangkang sahaja. Ini semua sudah maklum. Bahkan file kes pun banyak melibatkan pihak pembangkang. Ini mungkin selari dengan ajaran Islam yang Dr M maksudkan.
SELARI AJARAN ISLAM
Mungkin Dr M menganggap membuat fitnah itu selari dengan ajaran Islam. Mereka-reka kes bagi mengenakan orang lain juga selari. Mengaibkan orang lain dengan skandal seks "songsang" juga selari. Tidak mengaku kalah dalam pemilihan agung parti juga selari dengan ajaran Islam. Memecat seseorang yang tidak sebulu juga selari dengan ajaran Islam.
Atau menggunakan kedudukan bagi mencari kekayaan peribadi, anak beranak, ipar duai dan suku-sakat kroni yang ada adalah selari dengan ajaran Islam. Membelanjakan wang dengan boros dengan projek mega juga selari dengan Islam. Atau menyuruh pihak tertentu melanggan minyak Petron itu selari dengan ajaran Islam?
Sungguh bijak apabila bercakap tentang masalah umat kita hanya tumpu kepada bab dadah sahaja. Cerita dadah sudah basi. Murid-murid dan para guru pun tak mahu bercerita bab dadah. Kalau dalam peperiksaan ada soalan tentang hal dadah, pelajar pun tak mahu pilih soalan yang membosankan itu. Biarlah keldai dadah berkeliaran di mana-mana, kerana kita telah buat macam-macam, namun tak berhasil juga, ia memberi gambaran sejak Dr M lagi perkara ini kurang ditumpukan.
Siapa yang selalu perkatakan soal Hari Kekasih ini? Mereka adalah para ulama kita. Umat Melayu yang muda-muda kena diperingatkan setiap tahun agar jangan meraikan hari yang tidak mendatangkan manfaat ini. Inilah hari orang memadu kasih, istilahnya berdua-duaan dengan lampu kelam di sekitarnya, raikan seperti orang putih lakukan. Bagi Dr M ini bukan hal penting.
Bagaimana kalau perkara ini didiamkan? Menentang kemungkaran apakah tidak penting lagi? Dan kita biarkan majalah, akhbar, televisyen sibuk meperkatakan Hari Kekasih. Masing-masing beli bunga untuk diserahkan kepada kekasih. Dan kemudian terjadilah kes menghampiri zina atau zina terus. Jadi, jangan marah kalau ada orang campak bayi masih merah depan rumah. Raikan Hari Kekasih sepuas-puasnya.
Ada banyak lagi perkara yang tidak selari dengan ajaran Islam, tetapi cukuplah dengan mengatakan bahawa daripada Hari Kekasih ini akan membawa kepada bab lain yang lebih besar. Jika dibiarkan ia sama bahayanya macam dadah juga. Jangan fikir dadah itu sudah hebat gejalanya. []

Subscribe to:
Posts (Atom)