NAMPAKNYA cerita LIWAT atau main bontot memang digemari oleh orang Melayu Malaysia. Melayu di tempat lain tahu malu, berpegang teguh kepada ajaran Islam, mereka tidak mahu mengaibkan orang begitu teruk sekali sepertimana yang berlaku di Malaysia.
Di Malaysia, LIWAT sudah jadi semacam jenama dalam politik bagi membunuh karakter seseorang yang dianggap musuh.
Orang berpolitik biarlah jujur, tak ada penipuan, tetapi di Malaysia, lain masalah, lain pula hala tujuannya. Semua ini telah dimulakan di zaman Dr M yang terkenal sebagai pemimpin paling teruk dalam sejarah negara. Bahkan jika pihak pembangkang meminta agar ditubuhkan satu panel penyiasatan terhadap Dr M, rakyat Malaysia mengalu-alukan.
Siasatan ke atas Dr.M adalah wajar bagi menyatakan amaran kepada pemimpin lain yang berkuasa agar tidak menggunakan kedudukan sebagai berkuasan sehebat-hebatnya. Ini semua telah ditunjukkan oleh Dr M ketika beliau berkuasa dan setelah beliau menjadi mantan PM. Keinginan beliau untuk campur tangann dalam persoalan politik negara nampak seolah-olah ada sesuatu yang dijaga olehnya. Mungkin kroni beliau yang telah berjaya dan yang bermasalah perlu dipantau.
Sebab, semuanya bermula dari Dr M. Begitu juga dengan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang. Kes ini orang lihat ada kes drama bersiri yang disengajakan, semua aparat yang berkuasa terlibat untuk mendukung sandiwara ini.Kes ini sebenarnya amat memalukan umat Melayu di Malaysia.
Ia memberi gambaran nyata bahawa orang Melayu memang gemar amalan liwat. Itu sebab orang Melayu juga khabarnya suka kepada amalan songsang. Semua ini selalu dijadikan agenda penting dalam kempen memburukkan musuh politik dalam Umno. Akhirnya Umno imejnya merundum jatuh, orang tak pandang lagi parti itu sebagai berjasa, tetapi jasa yang perlu dikenang sampai bila-bila pun adalah memperkenalkan liwat, sodomi, gay, biseksual dan apa sahaja yang bertendensikan seks. Maknanya, isu-isu seks terlalu relevan dalam politik Malaysia, terutama politik Melayu [ingat, tak sebut politik Islam pun].
Jika orang Melayu faham tentang ajaran Islam, tidak akan ada kes macam ini. Kes yang sengaja dicipta bagi membunuh karakter ini memang sudah diketahui semua orang.
Terbukti dari satu kes membawa kepada siri kedua pula. Mungkin akan ada siri ke-3 kerana semua aparat yang bertugas memang sedia bersekongkol walaupun semuanya menanggung dosa memasarkan cerita buruk bagi mengaibkan orang.
Tidak ada menteri atau bakal menteri dalam Umno yang sanggup menjadi watak untuk kes liwat ke-4, ke-5 dan seterusnya. Tidak ada siapa yang sanggup menanggung sengsara kecuali seorang Anwar. Dia telah diuji, diaibkan, dimalukan, ditonggengkan, dalam blog macam-macam gelaran dan panggilan, al-j....., dan yang menggelar itu adalah mereka yang tidak bermoral. Mungkin tidak ada perkataan yang sesuai dan padan lagi.
Orang yang menyebut perkataan itu adalah orang yang bejat akhlaknya.
Para penganalisis menganggap, ada pihak tertentu tertekan sekarang. Ada agen dari luar memaksa agar kes itu dihidupkan semula bagi mengenakan Anwar supaya dia masuk ke dalam. Jika dia dimasukkan ke dalam, mudahlah Umno hendak menghadapi pilihan raya.
Tapi kena ingat, jika kes ini memang sengaja direcyle dan mahu menjaga nama pengadu yang tak penting itu, maka ia adalah satu perhitungan yang silap. Orang yang bangkit dan menyatakan amarah yang amat sangat.Umno akan menjadi parti yang tidak selesa, kebangkitan rakyat akan terpadu, bahkan di kalangan ahli Umno sendiri secara spontan akan menolak Umno kerana pembunuhan karakter menjelang pilihan raya adalah politik penakut.
Memang jelas kini, para pemimpin Umno kehilangan arah apabila lepas satu-satu pihak pembangkang menyelongkar skandal demi skandal, nampaknya Umno makin huru-hara kerana lagi lama pilihan raya ditangguh, makin banyak skandal terdedah. Jelaslah para pemimpin yang ada hari ini rata-rata terlibat dengan amalan yang luar biasa, rakyat didahulukan, tetapi pemimpin Umno diutamakan!
Jika Anwar dijebloskan ke dalam penjara, maka ini satu episod malang dalam politik negara. Ini amalan pengecut. Siapa pengecut? Sudah tentu Najib meskipun orang lain yang mempengaruhi dia agar kes itu dihidupkan semula, dan biarkan Anwar sangkut.
Pada perkiraan mereka, apabila Anwar sangkut, Pakatan Rakyat kehilangan pemimpin. Ia akan jadi lemah dan tidak tentu hala. Silap. Kebangkitan rakyat akan menjadi lebih jitu dan terarah. Umno akan lebih tertekan kerana kes di Paris telah memudarkan nama Najib sebagai pemimpin.
Benar, media dalam negara menapis dan menepis, tetapi Suaram yang tak pasal-pasal disiasat oleh pihak berkuasa, ia menunjukkan ada sesuatu yang akan dilakukan. Kemungkinan tidak ada cara lain, NGO yang buat hal akan diharamkan atau dihadkan kegiatannya hanya setakat di dalam negara sahaja.
Kini akta hasutan sudah ditolak pergi. Ia tidak bererti memberi kelegaan. Rakyat masih tidak bebas untuk berbicara. Para pensyarah di pusat pengajian tinggi hanya berani bercakap perkara yang senada dengan Umno, jika senada dengan PR, maka dia akan mencari nahas. Terbukti Dr Aziz Bari telah melalui keadaan ini, jangan fikir semua orang bebas bercakap. Anda boleh bercakap jika bagi pihak Umno, tetapi kalau anda bercakap bagi pihak PR, maka anda akan diincar terus.
Kini orang menjangkakan, pilihan terbaik bagi Umno yang sudah kalah dalam serba-serbi, tak mahu debat, lebih baik sumbat ketua pembangkang ke dalam jel. Umno akan jadi mudah menguasai PR. Belum tentu, kemarahan dan kebangkitan rakyat akan menjadi-jadi. Ingatlah, bahawa Anwar punya karisma tidak serupa Najib. Jika Najib menerima nasih buruk begitu, belum tentu dia mampu menukar corak politik negara.
Anwar telah membuktikan. Dengan tersingkirknya dia dari Umno oleh Dr M, politik negara bertukar corak. Bayangkan, daripada tidak ada Pakatan Rakyat, sekarang sudah ada. Daripada kebanyakan negeri setia bersama Umno, kini ada negeri Umno sudah jatuh ke tangan PR. Begitu juga dulu orang Melayu tidak sokong DAP, sekarang, letaklah calon DAP lawan Melayu Umno, pasti orang Melayu tetap mengundi calon DAP meskipun calonnya bukan Melayu.
Umno telah lama membodohkan Melayu, menakut-nakutkan mereka kepada hantu DAP, sedangkan di sisi Umno ada Gerakan, ada MCA dan MIC. Bukankah Gerakan dan MCA itu pun ahlinya orang keturunan Cina? Inilah kepalsuan yang dimainkan oleh Umno selama ini. Kini, orang telah melihat, DAP tidak seperti yang digambarkan oleh media Umno. Keburukan Umno semua sudah diketahui orang Melayu.
Nah, kini Umno kena fikirkan. Adakah dengan membunuh karakter Anwar, politik Umno akan jadi mudah, dan kes Najib akan dapat dikambus? Sama ada hendak kenakan Anwar atau tutup kes, pihak yang berwewenang menyusun strategi kepalsuan ini perlu berfikir secara rasional. Jangan hanya kerana tamak kuasa, ada orang seronok menafikan hak hanya dengan kes yang memualkan rakyat. []
No comments:
Post a Comment