MUNGKIN BEGITU TANGGAPAN setengah pihak yang tidak faham tentang tudung. Hingga ada yang bertanya, adakah dalam al-Quran ayat suruh pakai tudung semua? Ini soalan orang yang pelik, kurang ilmu, jadi kena belajarlah di mana-mana ada kelas pengajian ilmu. Tidak kiralah anda masih muda atau sudah berumur, kalau rasa banyak perkara tak tahu kenalah belajar.
Begitu juga dalam bab tudung ini. Kini, semacam suatu kepelikan apabila ada gadis muda pakai tudung. Ia sudah dilabelkan masuk grup tertentu. Sebenarnya mereka nak ikut ajaran Islam yang sebenar, bukan ajaran Melayu yang telah ditanamkan sejak zaman British dulu, sejak ketua-ketua kita langsung tidak mempamerkan keislaman dan tak berani pun bercakap tentang perkara ini.
Mujur ada ustaz-ustaz yang menyedarkan umat. Merekalah pewaris para Nabi. Kalau tak ada mereka mungkin sampai la ni budak Melayu kampung tak reti pakai tudung apa lagi makcik-makciknya yang join Kaum Ibu atau Wanitanya.
Rakyat selalu ikut pemimpin. Kalau pemimpin cukur kepala sampai botal licin, semua pun ikut. Macam zaman Parameswara dulu. Kena faham tu, sindiran ini. Jangan lurus bendul. Mana ada orang botak kepala, lainlah time menyepak bola.
Demam bola dah habis, la ni demam Olimpik. Tu pun ramai orang tak ambil peduli. Sebab dah tahu Malaysia tak masuk senarai pun. Bukan standard Malaysia nak berolimpik, sedangkan Asean pun kita jatuh.
Berbalik kepada tudung tadi, janganlah kita jadi umat yang jahil, menjadikan tudung sebagai benda kemegahan, nak riyak semua, sebab seorang orang wajib menutup aurat, tak ada bezanya pembesar atau pemkecik [?], tak ada bezanya anda join parti apa pun, termasuk parti pinggan mangkuk, kena pakai, jangan dedah aurat kena faham.
Sekarang, orang tudung merah seriau tengok gadis-gadis bertudung, semua disyaki sebagai penyokong bulan. Hinggakan kalau ada artis pakai tudung di bulan puasa ini mereka dicap masuk bulan. Kenapa begitu sengkek pemikiran kita? Dan apabila seseorang itu menyertai bulan, maka segala surat perjanjian dibatalkan, duta produk dibatalkan. Tidakkah mereka terfikir, bahawa siapa pembeli dan pemakai tudung yang paling ramai? Bukankah mereka yang gemar dengan cahaya bulan purnama?
Anak muda sekarang tidak suka pergi pasar basah yang ada dacing untuk timbang ikan dan daging. Itu pun nak cari dacing bukan main susah. Bebudak muda tak reti guna dacing. Maknanya penggunaan dacing dah ketinggalan zaman.
Kini, cerita pasal tudung macam cerita pelik. Orang itu pakai tudung, orang ini pakai tudung, sudah berubah, sudah hijrah. Tak kan tak faham, bukankah sekarang bulan puasa? Dalam bulan puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja, malah lebih dari itu. Apa guna berpuasa, tetapi pakai kebaya ketat terbelah nampak betis? Apa guna puasa kalau pakai seluar sendat nampak bentuk tubuh? Biarpun sekarang soal tudung nampak macam diambil keutamaan, anak muda kita lupa, bukan saja-saja nak pakai tudung.
Cuba pakai tudung tapi pakai legging hitam, nampak lekuk tubuh. Molek tak? Tentulah tak molek.Ni, sekarang ramai yang pakai begitu, berkeliaran di bazar Ramadan. Itu yang tahu bertudung, yang tak reti lagi ramai, rambut dikirai-kirai sambil pegang gajet canggih, hanya dia yang mampu kawan!
Ramai nak pakai tudung, tetapi auratn masih terdedah juga. Apa maksudnya? Kenalah faham bagaimana yang dikehendaki agama kita. Orang pakai dia pun pakai, macam Melayu zaman Jepun dulu, orang pakai tudung nampak jambul, sampai sekarang pun ada penyanyi yang jadi idola bagai nak mampus pun orang duk puji cantikkkk!
Kefahaman tentang pemakaian tudung tidak dijelaskan di mana-mana majlis istimewa bersama model ternama, kenalkan inilah tudung Melayu yang terbaik. Ada model yang memperagakan tudung saji sekali. Begitu juga mereka dakwa inilah tudung yang sesuai dengan busana Muslimah terkini. Bagaimana?
Sebenarnya banyak perkara yang perlu dijelaskan bagi mencerdikkan umat Melayu yang sudah lama menjajau dalam kekeliruan. Mereka masih keliru, asal pakai tudung, oh, dia masuk bulan. Sampaikan nak minta kerja pun tak dapat sebab masuk bulan, kalau masuk atau duduk atas ceper dacing tak apa.
Yang hairannya, peniaga tudung yang banyak di mana-mana langsung tidak prihatin terhadap syariat Islam, mereka asyik fikirkan keuntungan sahaja.
Macam nak sambut raya sekarang, macam-macam jenis tudung ada. Konon ada yang bermanik-manik sampai beratus ringgit sehelai. Manik tu taruk sahaja, dikaitnya, kalau tanggal? Jatuh hargalah. Tetapi inilah tipuan dalam stail tudung, ia direka oleh kalangan yang menolak tutup aurat, mereka hanya pentingkan duit sahaja. []
No comments:
Post a Comment