ADA ustad memberi tazkirah menyentuh tentang tahlilan yang menjadi amalan di kebanyakan masjid dan surau di negara kita. Jadi, tak semua masjid dan surau adakan majlis begini.
Bagi masjid yang ada suasana kekampungan, pihak AJK masjid selalunya sudah mewar-warkan kebiasaan yang berlaku setiap bulan Ramadan.
Telah disediakan borang untuk sesiapa yang berhajat mengadakan tahlilan untuk saudara-mara, ibu bapa atau ahli keluarga yang telah meninggal. Ia adalah satu kaedah implisit barangkali untuk mengingati mati.
Dengan bayaran paling kurang RM2 untuk seorang yang hendak dihadiahkan bacaan doa dan tahlilan, maka orang berebut-rebut mengisi borang. Borang diserahkan kepada bendahari masjid atau surau.
Maka kutipan hasil dari tahlilan ini memang banyak bahkan berpuluh ribu! Ke mana wang itu akan dihalakan? Dalam bentuk tabungan masjid dan surau atau disatukan kepada tabungan yang lain.
Ustaz tadi menegur, kenapa perlu ada borang semua? Ia sudah menjadi perkara yang seolah-olah mesti diadakan sepanjang bulan Ramadan.
Mungkin bagi yang mendengar pandangan ustaz tadi akan berbisik, "Ini ustaz Wahabi, patutlah!"
Begitu juga apabila Dr Asri ada menyentuh tentang watak atau bentuk Islam yang diterapkan dalam masyarakat kita berdasarkan ideologi politik yang ada sejak zaman berzaman, ustaz ini menyatakan pendapatnya bahawa kita hanya kenal tahlil, barzanji, marhaban dan baca Yassin. Mungkin kalau semua perkara ini ditinggalkan, maka "sunyilah" rasa keislaman umat.
Ada juga orang bertanya, ketika mereka berada di luar negeri, mereka tidak jumpa perkara ini. Hanya di wilayah Nusantara sahaja yang ada. Wallahu a'lam bish-showab.[]
No comments:
Post a Comment