HEBOHLAH sekumpulan umat tak sampai 50 orang membantah di Shah Alam [di Rimba] kononnya tazkirah yang disampaikan di masjid-masjid di Selangor semuanya berbau atau berunsur politik.Melihat kepada gambar yang dipaparkan jelaslah NGO ini seperti tidak ada mood langsung nak buat bantahan, tapi disebabkan sudah diarahkan begitu, demi nama baik Perkasa dan sekutunya [Gerakan Anti Penyelewengan Selangor, gerakan ini anti penyelewengan PR atau UBN?, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor dan Gerakan Prihatin Selangor] - semuanya satu hati serahkan memorandum kepada JAIS, Jabatan Agama Islam Selangor.
Sepatutnya kumpulan NGO ini turut menyatakan bantahan di tempat lain kerana di Wilayah Persekutuan juga tak kurang dahsyatnya, menggunakan masjid untuk biro parti dalam UBN menyampaikan sumbangan dan tazkirah kecil tentang politik UBN. Sayangnya, mereka tak mahu jenguk dan tengok, atau malu kalau mengata orang dia yang lebih.
Hari ini sekelompok puak-puak pemberi sumbangan menyediakan bas pergi UIA, jiran sebelah rumah kata ini program UBN. Program geng songkok tinggi.
Suka saya sentuh, ketika majlis sumbangan untuk fakir miskin di sebuah masjid di Gombak WP baru-baru ini, saya tengok beg-beg sumbangan semuanya beridentitaskan UBN, para petugas, siap di kalung di leher masing-masing, biro itu dan biro ini, siap ada ucapan [ saya dengar dari rumah, lepas solat tarawih terus balik] - jadi siapa yang gunakan masjid untuk politik?
Begini senang cerita, apabila kita nak bercakap hal agama, kita tidak perlu membataskan wilayah dan perspektif yang sempit. Peraturan ini menjadikan umat beku. Ada perkara yang boleh cakap dan tak boleh cakap, mana boleh begitu. Dalam Islam, apabila sesuatu isu itu ada kena mengena dengan al-Quran dan hadis, yang kebetulan sedang diwacanakan, ia perlu diterangkan dengan jelas tanpa takut dan gerun kepada songkok tinggi.
Saya ada solat di surau Perkim di Jalan Ipoh, ustaz yang bagi tazkirah boleh tahan. Dia puji Sultan Kelantan kerana sikapnya yang merakyat, menghayati Islam berbanding negeri-negeri lain yang menjaga protokol keterlaluan. Kalaulah geng songkok tinggi ada mendengar tazkirah ini, maka melentinglah dia, dan tentu akan tulis surat memorandum kepada Dr M ada tazkirah politik!
Puak NGO yang buat bantahan ini tidak sedar lagi, bahawa kutbah-kutbah yang disediakan pihak tertentu semuanya berbau politik UBN. Tengoklah nanti, menjelang sambut kemerdekaan, teks Jumaat akan bicara tentang pahlawan terbilang, pahlawan berjasa, tokoh Umno berjasa, dan macam-macam lagi, patut ucapkan terima kasih kepada British sebab memberikan kemerdekaan secara percuma.
Teks Jumaat sudah sedia maklum memang berbau UBN selagi ia disupply oleh pihak Jawi. Begitu juga siapa rajin solat di masjid-masjid utama di wilayah ini.
Sepatutnya NGO yang datang unjuk rasa konon tak puas hati ini tampil, tazkirah macam mana yang boleh dan tak boleh. Berdasarkan gambar yang tunjuk muka itu, mereka seolah-olah tidak mesra dengan institusi yang dirisaukan.
Inilah sedihnya umat Melayu yang diasuh oleh UBN sejak zaman orang putih, melihat agama, melihat Islam secara bahagian-bahagian tertentu, masjid itu untuk solat fardhu sahaja, untuk Jumaat sahaja, untuk solat dua hari raya sahaja, untuk maulidan, untuk nasyid, untuk berzanji, untuk Yasinan dan tahlilan sahaja, wacana lain jangan kamu bicarakan di masjid ini.
Ini punca umat Islam di kalangan Melayu nampak kosong dan tak berjiwa. Ada qalb tapi bergeronggang kerana terasuh demikian sejak sekian lama. Di masjid kena cerita rukun iman, kena cerita bab aqidah, bab-bab yang kulit sahaja, tak boleh kupas mendalam, takut terkena, tersindir, wah mereka fikir ini tazkirah politik. Kalau buat wacana hudud lagilah takut terus tinggalkan masjid. Sebab bagi mereka, di masjid kena cakap hal solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya sahaja. Nak kupas menurut perspektif global jangan, nanti terkena kerajaan UBN pula.
Nak cakap hal pergolakan di timur tengah tak boleh, nak cakap hal isu umat semasa di Malaysia pun tak boleh. Apa lagi nak sentuh isu ketua negara. Maka dalam kepala mereka hanya fikirkan, repot sahaja.
Patutlah apabila ada tazkirah, masjid-masjid lengang. Topik yang dibicarakan masih itu juga. Nak sentuh lain tak boleh. Maka ilmu yang diperoleh pun setakat itu sahaja. Sedangkan para pentazkirah sedar, ada ilmu, ada perkara yang wajib disampaikan mereka tak sampaikan. Dihalang oleh puak songkok tinggi yang tak faham persoalan. Untuk makluman puak NGO ini, di sebuah kampung ada surau yang semua jemaah, imam dan bilalnya suka kepada takzirah politik. Syabas dengan keberanian mereka mendobrak kebiasaan.
[tulisan ini sebagai komen dari laporan Harian Metro, "Tazkirah Politik, 50 NGO desak Jais siasat ceramah di masjid, surau]. []
No comments:
Post a Comment