SEJAK semalam lagi orang telah bercakap tentang wujudnya perkotaan Bangladeshi, perkotaan Nepal, perkotaan Myanmar, perkotaan Jawa Timur, perkotaan Pakistani, dan banyak lagi subperkotaan di negara kota yang kita megahkan ini.
Nak tahu bagaimana demografi penduduk negara kita sekarang, tinjaulah kawasan Jalan Silang yang sekarang sudah tukar nama Jalan Sirih, sebab ramai peniaga daun sirih di kaki lima kedai. Dan nampaknya Dewan Bandaraya tidak proaktif, dan memantau kawasan tersebut.
Selain warga asing berjejalan di kawasan tertentu di kota ini, ada satu sektor yang orang lupa, atau malu nak cerita. Saya pun malu juga. Tetapi berdasarkan rujukan tahunan, di mana apabila ada cuti panjang seperti Tahun Baru ini, ketika sektor perkilangan banyak tutup maka para pekerja dari warga asing pun turun ke kawasan kota.
Mereka berlonggok di sana-sini. Dan tak kurang hebatnya, mereka menjejaki lorong belakang di mana ada sektor persundalan kecil yang terlindung. Mereka menyelinap di hotel-hotel kawasan Petaling Street, di kawasan Brickfield, di kawasan Bukit Bintang, Pudu, dan di mana sahaja yang saya tak tahu.
Itu belum lorong di kota lain.
Jadi, inilah peluang bagi warga asing yang bukan Islam pun, enjoy sakan. Bila lagi kalau cuti-cuti begini. Saya teringat seorang rakan saya dari Nepal, namanya Ghautam dan Dill.
Saya selalu usik dia. "Ghautam you pegi mana cuti-cuti macam ini?"
"Petaling Street, cari amoi!" katanya jujur.
Dill lagi bagus. Saya terserempak di kaki lima kedai. Dia sedang menunggu seseorang. "Tunggu siapa Dill?"
"Kawan bang!"
"Laki ke perempuan?"
"Indon perempuan!"
"Mana mahu pigi?"
Dill tunjuk tangga tidak jauh dari tempat dia berdiri [kejadian di Balakong, dekat Juta Mines Kondo].
Bagi bebudak Nepal, inilah masanya mereka nak enjoy.
Selain memiliki alat perhubungan yang canggih-manggih, mereka juga mahu melampiaskan kebiasaannya, selain minum sehingga berdengung, mereka perlu enjoy di kamar hotel murahan atau kamar persendirian yang rahsia.
Bagaimana dengan warga Mynmar dan lainnya? Wah, mereka juga enjoy dengan caranya. Akan tetapi dalam bab "cari amoi" ini ia bukan benda tersembunyi. Ia dilakukan terang-terangan.
Sekarang hotel sederhana pun berkembang biak semula. Jika orang fikir hotel murahan itu sarang maksiat, hotel mewah pun apa kurangnya. Maksiat berlaku secara tersembunyi, terselindung.
Nak tahu cerita? Tanyalah kakak yang kemas bilik hotel di sekian tempat.
Terbukti, di Jalan Pudu, seorang pengemas bilik selalu melihat adegan yang serupa. Kemas bilik, mengutip kondom dan tisu yang bertaburan. Ganti cadar dan tuala yang dikotori.
Mereka cukup mengetahui, bilik mana ada adegan satu jam, dua jam, atau adegan sepanjang siang sahaja.
Itulah mulanya orang menyewakan untuk siang sahaja, atau untuk beberapa jam sahaja.
Kalau selama ini orang sasarkan hotel budget, maka hotel yang bukan berstatus itu seolah-olah bersih dari gejala kemaksiatan.
Tidak sebenarnya. Modus operandinya berbeza dengan hotel murahan. Lakonan di hotel mewah lagi mantap dengan gaya mewahnya.
Kalau tahun lepas ketika cuti panjang macam ini ada cerita operasi sektor pelacuran, kita tak tahu lagi tahun ini. Ada atau tidak operasi yang sedemikian. Jadi, kalau tak ada operasi, jangan fikir sektor persundalan telah habis dibasmi.
Sektor ini boleh mengubah tempat, berselindung di sebalik urut kaki, urut badan, kedai uniseks dan sebagainya, atau iklan tukang urut perseorangan, urut di rumah, untuk "top up" kena sediakan duit lagi.
Memang menarik kalau nak diselongkar. Ia bukan cerita baru. Ia masih cerita lama macam tahun 80-an juga. Tak percaya? Tengoklah nanti. []
No comments:
Post a Comment