Khabarnya, Dr Musa Musawi pernah mengkritik Syiah - "Satu Pandangan Kritis Terhadap Syiah." Musa adalah cucu kepada Abu Hassan al-Musawi, seorang imam besar juga. Beliau nak betulkan agar Syiah Rafidhah itu mengurangkan ajaran bid'ah di dalamnya, bukan setakat bid'ah biasa, malah melampau-lampau. Dia merancang suatu reformasi untuk membaiki Syiah agar tidak melarat-larat. Sayangnya, orang putih main peranan, Barat tidak suka Syiah yang melarat-larati diperbaiki agar sempurna, agar tidak terpesong ajarannya. Rupanya, Barat ada agenda. Mereka lebih suka umat sedunia terkecoh dengan permainan Syiah ini.
Apa sahaja yang Musa sebut sebagai perkara bid'ah dalam Syiah Rafidhah itu?
- Kasih yang melampau terhadap Syaidina Ali r.a. serta ahlinya. Tetapi para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam diperlecehkanm termasuk isteri Nabi sallallahu alaihi wassalam juga.
- Kepercayaan yang sangat tinggi bahawa selepas kewafatan Nabi sallallahu alaihi wassalam, jawatan Khalifah patut jatuh kepada Syaidina Ali r.a. kerana ia adalah perintah Allah subhanahu wa Taala. Sayangnya dalil yang dicari tidak ada pula.
- Mereka terpengaruh dengan ajaran taqiyah - boleh main tipu - agar semua pengikut Syiah ikut bertaqiyah juga kepada orang lain. Itu adalah fatwa Jaafar al-Sadiq. Dia kata taqiyah itu adalah ad-diennya dan ad-dien ibu bapanya. Khabarnya inipun dusta kerana Jaafar al-Sadiq adalah orang as-Sunni.
- Imam mereka yang bilangan 12 orang adalah maksum belaka. Maksudnya, para imam mereka hebat belaka. Konsep Khalifah dan imamiyyah mereka begitu istimewa, sedangkan dalam as-Sunni Khalifah tidaklah maksum.
- Syahadahnya lain. Ada tambahan Asyhadu anna Aliyan waliy Allah [aku naik saksi bahawa Ali adalah wali Allah]. Syahadah ini boleh kita dengar kalau mereka azan. Nasib baik kita belum dengar azan mereka berkumandang di masjid yang ada. Jika tidak, nanti orang kata pelik. Ada lagi tambahan dalam azan iaitu: "Hayya 'ala khoiril 'amal" -- masjid di Iran memang begitu.
- Boleh amal sujud di tanah Karbala mengambil sempena kubur Hassan di sana. Tanah atau batu dari Karbala itu diletakkan di tempat mereka sujud dalam solat. Kalau solat di masjid as-Sunni mereka sorokkan [tetapi kawan saya tak sorok, sengaja dia letak atas lantai masjid dan solat, saya pun tak ambil peduli dengan fatwanya itu]. Khabarnya, ada yang mengulangi solat di rumah kerana di tempat umum tadi malu nak letak batu atau tanah Karbala.
- Imamah itu satu jawatan Illahi, tak boleh buat main. Kena ikut. Ada 12 Imam semuanya, tetapi Imam ke-12 telah hilang ghaib, sementara ghaib kuasa Illahi itu kena diturunkan kepada imam-imam lain seperti Khomeini dan penggantinya. Ketua agama [faqih] sangat dihormati. Semua orang kena patuh kepadanya. Kerajaan Islam berkhalifah tidak sah kalau tidak dipersetujui oleh ketua agama ini. Lagipun ketua ini mewakili Imam Mahdi yang masih ghaib. Dia dipercayai, dia diyakini masih hidup dan usianya sekarang 1180 tahun! Ia dikira dari zaman keghaiban masa kanak-kanak. Kalau dia muncul nanti dia akan melengkapkan al-Qur'an yang ada [dikatakan ada "surah al-Wilayah" tidak dimuatkan dalam al-Quran]. Sementara nak menunggu Imam Mahdi mereka kena taqiyah jugalah dengan membaca al-Quran sebagaimana as-Sunni. Kalau sudah ada teks versi baru yang mereka tunggu, baharulah mereka tumpu kepada Mushaaf yang ada -- khabarnya bernama Mushaaf Fatimah, ada 17,000 ayat [maksudnya memang sudah ada sebab mereka tahu ada berapa bilangan ayatnya]. Cerita mitos ini terangkum dalam Ushulul Kafi kitab pegangan mereka.
Syiah memang merancang untuk menSyiahkan dunia.
GOLONGAN UMAT
Mereka sudah berada di Bahrain, di Iraq, Lebanon, Mesir dan Saudi [di Ihsa' dan Najran]. Di Nusantara mereka agak kepayahan kerana ajaran Syiah kurang meyakinkan. Berbagai cara ajaran ini hendak dikembangkan. Lagipun memang khabarnya ada dana khusus untuk penyebaran Syiah di merata tempat.
Apabila orang yang sudah lama berpegang kepada as-Sunnah baru mula kenal Syiah, maka dia hanya berbaju Syiah. Walau baru belajar tentang Syiah, dia tetap as-Sunni. Rajin baca buku tentang Syiah belum mampu jadi seorang Syiah. Begitu juga kalau sekadar lawat Karbala ikut rombongan. Tetapi, atas nama penyebaran ajaran Syiah, apa sahaja boleh dilakukan.
Sebenarnya umat pun kebingungan. Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah menyebut bahawa umat Yahudi berpecah kepada 71 golongan. Nasrani pula kepada 72 golongan. Sementara umat Islam berpecah kepada 73 golongan. Setelah dicampur ada berapa pecahan?
Semua yang berpecah ini masuk NERAKA. Sementara yang SATU sahaja masuk syurga?
Jadi berhati-hatilah, kerana ajaran as-Sunni sendiri pun belum beres, mahu mempelajari Syiah pula. Sudahnya nanti berada di tengah-tengah antara as-Sunni dan Syiah. Atau ada pula pemikiran baru nanti menggabungkan dua ajaran, berselirat dan caca-marba. Akhirnya semuanya mahu menunggu al-Mahdi yang tak muncul-muncul.
Banyak lagi sisi lain, selok-belok keSyiahan yang masih rahsia yang kita tidak ketahui. Buat sementara waktu, mereka yang melihat Syiah dari jauh adalah berpandukan kitab-kitab pegangan mereka.
ALI SUSUN KITAB
Kalau ikut cerita mereka tentang Ali dan Syiahnya, maka selesai menguruskan jenazah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Ali tidak mahu keluar ke mana-mana. Dia mengumpulkan al-Quran.
Dikhabarnya cara Ali menyusun begitu teliti sesuai dengan urutan ketika diturunkan. Beliau juga mencatat ayat-ayat mana yang umum dan khusus, yang mutlak dan muqayyad, yang muhkam dan mustasyabih, yang nasikh dan yang mansukh; diterangkan etika membaca al-Qur'an dan mempelajarinya, dan ada asbabun nuzulnya sekali.
Setelah selesai susun al-Qur'an, beliau menyusun sebuah kitab untuk isterinya Fatimah, iaitu kitab yang diberi nama Mushaaf Fatimah, tetapi dalam hal ini ia dikatakan mengandung pepatah, perbahasa, nasihat, kisah-kisah, cerita menarik untuk menghiburkan Fatimah yang ditinggalkan ayahnya [Nabi sallallahu alaihi wasallam].
Selesai susun kitab itu Ali menyusun lagi kitab lain diberi nama Shahifah pula.
Kata Ali, "Tidak ada pada kami suatu kitab yang kami baca di samping Kitab Allah, kecuali Shahifah ini."
Sampai di sini, yang melibat Syiah dari jauh kebingungan.
Jadi, Mushaaf Fatimah itu bukanlah sebuah al-Qur'an, melainkan karangan Ali untuk menghiburkan isterinya.
Hanya yang membingungkan kenapa ada yang mengatakan dalamnya ada 17,000 ayat. Kalau benar ia bukan Kitab Allah, maka tidak perlu hendak menghitung jumlah ayatnya.
Mungkin ada orang as-Sunni ingin tahu, apa sudah jadi dengan Mushaaf Fatimah dan Shahifah itu? Kenapa tidak diterbitkan untuk dijadikan bahan bacaan pengikut Syiah?
Atau versi Mushaaf Fatimah yang dikatakan hanya akan ada ketika al-Mahdi itu adalah lebih mantap dari Mushaaf Fatimah susunan Ali? Wallahu a'lam. []
No comments:
Post a Comment