Sunday, 13 January 2013

KOMEN MENCARUT, MELALUT APA NI?

Kalau kita membaca komen dan kritik pendek dari kalangan pendukung UBN kita akan keliru. Ajaran apakah yang hendak atau telah dibawa oleh para pendukung parti pemerintah yang mendakwa digerakkan atas dasar wasatiyyah?
Kemudian kalau kita lihat cara NGO yang pro-Umno begitu bersemangat bercakap tentang Islam, mahu menjaga aqidah umat, mahu menjaga agama, tetapi dari satu segi, cara "budak-budak" suruhan bermain kata, melempar kritik dan sebagainya ia umpama pengekor yang tidak berilmu, tidak diberi pengajaran bagaimana hendak berbicara dengan baik sesuai dengan kehendak agama.
Perkataan mencarut yang berkaitan dengan perlakuan kaum gay selalu ditujukan oleh budak-budak pro-pemerintah.
Ia memberi gambaran bahawa mentaliti pendukung parti pemerintah semuanya telah dipenuhi dengan sampah kata, mereka gunakan bahasa kesat, mencarut tidak sudah-sudah sebagaimana paparan media cetak mereka sejak tahun 89 yang silam.
Barangkali inilah hasil daripada terlalu banyak membaca media pro-pemerintah yang isinya penuh dengan cerita fitnah.
Orang melaporkan berita sebenar, tetapi mereka melaporkan berita rekaan, mengajukan soalan provokasi kepada sesiapa sahaja yang ditemui, jika dapat jawapan bertentangan, semuanya dibuang.
Dan saya sendiri ketika ditanya oleh wartawan media berkenaan suatu ketika dulu, sengaja berpura-pura "mendukung umno" dan setelah puji melangit, saya sudahi dengan hempukan kritikan yang membuatkan wartawan tadi terpinga-pinga.
"Apa yang pakcik cakap ni?" Terkena juga.  
Sebenarnya, kalau kita semak lemparan kritik yang penuh dengan caci maki, perkataan mencarut, lucah dan macam-macam lagi, itu menggambarkan penulisnya budak belasan tahun, kalau berusia lebih pun mereka dari jenis yang kurang ilmu. Benci majlis ilmu, enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mencari pencerahan. []

No comments:

Post a Comment