Thursday, 10 January 2013

URUT TAMPALAN PEREMPUAN JUGA ADA

CERITA lelaki yang mencari langganan urut dengan cara berkenalan dengan orang baru dan kemudian bercakap tentang penat berjalan, atau usia sudah meningkat, sakit lutut, inilah topik pembuka kata.
Setelah itu, bertayalah dia, pernah tak urut badan? Ini untuk test market. Kalau kata tak pernah dan teringin nak cuba, kecil tapak tangan, bilik hotel kita sediakan. Apa macam bang?
Kisah si dia yang mencari pelanggan untuk diurut hingga tak mengira tempat dan waktu bukan cerita dongeng atau mitos silam.
Ia cerita yang diluahkan oleh Pak Wan kepada penulis ketika buat kerja kewartawanan majalah dulu. Pak Wan salah seorang yang kerap bertemu saya di masjid setiap waktu solat, mendengar ceritanya, kisah duka dan sukanya, termasuk kisah bagaimana dia baik dengan seorang sami di sebuah Watt Siam sana. Dia juga pernah cerita tentang kelebihan besi batt -- iaitu besi yang diambil daripada mangkuk tembaga yang sami suka bawa ke sana-sini. Nak dapatkan mangkuk yang buruk memanglah susah, ia sudah tentu telah digunakan sejak ratusan tahun yang silam.
Dan daripada Pak Wan jugalah, saya dapat cerita tentang seorang lelaki yang mencabar Allah subhanahu wa Taala, mengamuk tak tentu fasal kerana tanaman tembakaunya rosak dek angin ribut. Ending cerita, penanam tembakau itu dipatuk ular.
Dari Pak Wan juga saya dapat cerita bagaimana seorang suami sanggup jumpa Tuk Sami untuk dapatkan ilmu sihir bagi menyihir bekas isterinya yang dikatakan curang, menduakan suami. Sudahlah diceraikan, dikenakan lagi sihir keji sehingga bekas isteri itu meninggal dunia.
Dan dari Pak Wan jugalah, kebetulan dulu tukang urut lelaki ini suka berlonggok dan berborak kosong.
Itu tukang urut lelaki. Bagaimana tukang urut tampalan perempuan? Lain macam sahaja bunyinya. Tampalan apa bang?
Istilah tampalan ini hanya rekaan sahaja.
Bukankah kekadang kita boleh lihat ada kertas ditampal pada batang pokok, batang tiang, tepi tangga flat, dekat pintu masuk lift dan macam-macam lagi. Iklan itu ditulis begini: URUT SELURUH BADAN tel: 016-xxxx301 [contoh sahaja]
Inilah yang kita gelar sebagai urut tampalan perempuan. Yang tampal iklan macam itu adalah orang perempuan. Tulisannya pun bukan ada grafik sangat, senget dan salah ejaan pun ada. Jadi, dah boleh agak orangnya macam mana.
Cara inilah yang orang jarang ambil peduli. Dengan iklan yang paling kecil, setakat perkataan Urut dan nombor telefon, mereka sudah boleh dapat pelanggan yang malu-malu kucing. Seganlah, malulah! Dalam diam-diam hantar SMS.
Setelah tahu rumahnya di mana, rumah kedai tingkat berapat, apa alamatnya, maka dijejaki tempat tukang urut tampalan tadi.
Ketuk perlahan-lahan. Buka pintu. Masuklah! Biasanya yang jadi pelanggan malu-malu kucing ini adalah golongan lelaki. Mereka pantang dengar kalau ada tawaran urut seluruh badan hanya RM30 atau RM50, tidak dinyatakan berapa jam. Tak kan nak urut sampai 3-4 jam bang!
Dalam bab ini, lelaki tadi telah menyusup masuk ke dalam rumah yang dihuni oleh seorang perempuan. Tak kiralah dia itu isteri orang, janda orang, anak dara muda, anak dara tua, tetapi ada kemahiran urut sedikit.
Mengurut macam ini tak perlu kursus. Kerana sudah biasa buat kerja ini, atau dulu pernah ikut grup tukang urut di mana-mana, maka kemahiran itulah yang dibawa ke sana-sini untuk cari pitih.
Saya tidak mahu cakap lebihlah. Kalau lelaki boleh diurut oleh perempuan, dalam bilik berdua-duaan, apa yang terjadi? Anda sendiri fikirlah.
Kita selalu dengar orang kena tangkap khalwat di sana-sini. Tetapi dalam bab urut tampalan perempuan ini mereka tergolong orang yang selamat. Mereka khabarnya telah lama buat kerja. Tampal iklan sana-sini. Itulah modalnya.
Dalam sehari dia tidak perlu dapat ramai pelanggan. Kes inilah yang pernah dipaparkan oleh seorang wartawan yang bahannya sampai ke tangan saya untuk suntingan akhir.
Urut tampalan ini biasanya tidak perlu guna bilik hotel, tetapi gunakan bilik sendiri di mana mereka duduk menyewa. Biasanya kalau ada tiga orang perempuan bujangan duduk bersama, dua orang kerja, satu orang tak kerja, maka yang tak kerja inilah cari peluang untuk ajak jantan masuk bilik. Dia tawarkan urut badan.
Kekadang lelaki itu juga yang datang setiap minggu atau bulan untuk urut badan. Masalah tak ada kerja tak ada duit sudah selesai. Maka, hairanlah kawan serumah -- tak ada kerja tapi ada pitih. "Mu buak keja gapo?" []

No comments:

Post a Comment