KENAPA TERHENTI BEGITU SAJA?
ada orang tanya gitu, sebabnya, kekadang lebih tumpu kepada FB. dan ada orang anggap apabila bilangan kawan dalam FB dah cecah ribu, kira hebatlah, tapi nak chatting pun malas. apa tidaknya. kalau orang dah berumur nak chatting apa lagi? baik guna hp terus. sembanglah berapa lama pun. dengan FB pun kalau ada masa. bukan tak ada kerja lain nak buat.
sartu lagi masa ditumpukan kepada kerja editing dan pembetulan. semak ejaan dan serba-serbinya. susun atur huruf, saiz teks kena perhati juga. ini dalam proses buat buku. bukan tak tulis langsung, tapi FB terus aktif sampai sekarang.
selalunya hujung minggu macam hari ini ada program Perkim. program itu kita kena ikutlah, sebab dah biasa berada di situ. bukan untuk saudara baru aje. saudara lama macam kita elok kena pergi untuk top up dan refresh kita punya pemikiran lebih-lebih lagi ilmu kita yang tak sebanyak mana.
majlis ilmu kena jenguk juga. biarlah tajuk biasa sahaja yang dikupas. biarlah ia diulang-ulang banyak kali pun. kita tetap dengar. semalam di sebuah surau dekat rumah, Pak Yazid Jaafar yang sudah uzur, datang juga buat tazkirah sikit. dia tak macam dulu. tak banyak ulas dah. dia asyik baca teks sahaja, tunduk tengok teks. maklum rabun sikit. tapi orang boleh dengar dan kunyah bahan yang dituturkan.
pagi tadi, di mana-mana surau dan masjid ada tazkirah pagi minggu. ini sudah jadi kemestian kepada semua orang untuk menambahkan ilmu. biar sebaris pun tak apa. jangan jadi orang bingung apabila ustaz sebut nama dan perkataan tertentu. tak pernah dengar pun? siapa tu? apabila dah selalu dengar, maka tidak ada masalah nak mengunyah apa pun bahan yang diwacanakan. insya-Allah. []
No comments:
Post a Comment