Sunday 28 August 2011

MENJELANG LEBARAN DI KOTA INI

di tengah kota ini lebaran seperti meredah rimba dara yang hijau
di sana-sini orang pada berjejalan
tangan masing-masing memegang bungkusan, tidak cukup kanan dan kiri, dijunjung lagi
inilah waktu yang ternilai
jangan buang kesempatan ini, selonggar apa yang ada di cecelah Chow Kit dan sekitarnya
mana tahu masih ada yang kurang
justeru jangan fikirkan apa yang tidak ada di sisi ruang tamu
peredah rimba akan resah dan gelisah
waktu terus beredar, dari zuhur akan menjelang asar
aduh gelisahnya, kuih-muih belum cukup,
di tangan peredah rimba dara ini sudah penuh dengan bungkusan termasuk daun ketupat dan lepat,
ke mana akan dibawa dan akan diredah
makcik yang membawa daging sekilo masuk semula untuk menambah kilo
terasa kurang cukup
pakcik yang membawa ayam daging masuk semula menambah seekor ayam lagi
wah! inilah perayaan kita yang telah mendarah mendaging sejak berzaman
dari ruang nusantara yang pelbagai tertuang dalam budaya lebaran
semuanya memburu saat akhir
apa lagi yang belum dibeli?
justeru jangan fikir apa yang orang lain miliki
fikirkan ke mana kemampuan diri tertuang
inilah lebaran kita
bukan untuk melaksana pembaziran
bukankah setelah 1 Syawal 1432 akan muncul 2 Syawal?
dan puasa sunnah pula muncul
jika difikirkan tentang tarikh ini
maka ia umpama lampu isyarat di simpang jalan
makan dan minum dengan persiapan yang riuh ribut
tiba pada hari kedua, segala-galanya sunyi diri
jauhkan diri dari terus makan dan makan
lebaran tahun ini datang juga
tetapi aneh
mungkin di sana-sini
di malam lebaran ada bulan di atas kuburan.

[ANDONG, Kg.Warisan, Pasir Panjang, Sekincan, Selangor.29.8.2011]

KISAH CERPEN IGAUAN

Saya menerima beberapa SMS yang lucu dari teman-teman yang membaca cerpen dalam HARAKAH, Bil.1669, 1670, yang memuatkan cerpen "Igauan" dalam dua bahagian walau diketik kurang 1000 perkataan. Watak Pak Mud di dalam cerpen itu menjadi tanda tanya kawan-kawan yang menghubungi via SMS ada dari Baling, Kedah dan dari KL. Semuanya penggemar tulisan di dalam Harakah.
Sejak reformasi meletus di negara kita, saya tidak menulis cerpen lagi. Saya tidak ada ruang untuk hantar cerpen. Selain tabloid yang ada, yang sebenarnya hanya tempat untuk latihan menulis cerpen, saya tidak menulis langsung. Bayangkan berapa tahun saya tinggalkan cerpen.
Menulis cerpen dengan gaya Igauan ini pernah saya gunakan dalam tahun 70-an, ketika saya berada di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang. Ketika itu cerpen saya berjudul MABUK yang tersiar dalam Mingguan Malaysia (maaf terpaksa sebut juga walau saya benci amat dengan MM ini), cerpen ini menyindir Tuk Penghulu kampung di kampung saya (Selangor, Sg.Panjang), adakan majlis perkahwinan anak saudara tetapi saksi mata yang juga budak-budak gejobos (kata Jawa) menceritakan ada beberapa botol arak diletakkan di kawasan rumah tuk. Jadi cerita ini kemudian disampaikan oleh abang ipar penulis kepada saya ketika saqya sedang buat kerja gejobos, cuci daging ayam dalam besen besar untuk kenduri kahwin, rumah Bik Pinggul isteri Pak Marsidi (Buniah anak perempuannya jadi nurse di Hospital Melaka, itu khabarnya, isteri Penghulu Muda).
Kisah itu saya paparkan dalam bentuk cerpen. Setelah dipaparkan, saya fikir, apalah yang ada pada sebuah cerpen, namun dugaaan saya salah. Cerpen memberi impak yang besar juga. Pihak yang tersindir dengan cerpen menilai cerpen dari aspek pemberitaan dan laporan. Padahal siang-siang sudah dipaparkan cerpen ini hanya rekaan atau fiskyen semata-mata, kalau ada cerita yang bersamaan, itu kebetulan sahaja. Hakikatnya, dalam dunia fiksyen, dari kenyataan lalu diterjemahkan dalam bentuk fiksyen, ia tidak jadi paparan 100% tetapi telah diolah dengan gaya penceritaan bagai pak dalang wayang kulit.
Mereka yang membaca tersentuh sangat apabila keterangan dalam watak menyebut perkataan "kaki perempuan" - dan gambaran fiksyen ini sebenarnya adalah campur aduk latar masa silam, ketika penulis jalan-jalan di Teluk Intan, Perak, masa itu ada panggung wayang tak jauh dari kawasan gerai lambai. Di situ ada gerai roti canai mamak yang sibuk melambai. Tentu Zahari Hasib penyair Teluk Intan tahu tempat ini.
Saya memang nampak, Tuk Penghulu dan kawan-kawannya masuk ke lorong belakang, panjat tangga hotel kecil, soal apa yang dia lakukan tidak dicatatkan, tetapi kunjungan ke hotel berkenaan akan menimbulkan suatu tanggapan, oh dia kaki perempuan, setakat itu sahaja, bukan tanggapan dia "main perempuan." Inilah kaedah cerpen.
Paparan watak sesungguhnya dengan fiskyen perlu difahami. Perkara ini pernah disinggung oleh Umar Junus, ketika menulis tentang fiksyen [Dari Peristiwa ke Imajinasi, 1983, Jakarta:Gramedia; Karya Sebagai Sumber Makna, Pengantar Strukturalisme, 1988, DBP:KL]. Sebenarnya apa yang saya lihat secara nyata belum boleh dijadikan cerpen, segmen kecil panjat tangga hotel di Teluk Intan itu hanya boleh dijadikan frame of reference dalam fiksyen.Walaupun benda kecil-kecilan dan remeh, ia boleh digunapakai untuk fiksyen baik novel atau cerpen.
Sesiapa yang bergelumang dengan dunia tulisan akan tahu proses mengumpil bahan dan kemudian memadatkan karya dengan bahan itu. Ini kerja seni yang Samad Said tahu (baca novel Salina, Hujang Pagi, Langit Petang dll). Berbalik kepada cerita Pak Mud tadi, watak ini hanya rekaan sahaja, nama Pak Mud itu saya rujuk kawan jemaah di Masjid Jamek, namanya Pak Mud. Watak Pak Mud yang komedi itu menyebabkan saya sangat mengenang kelucuannya. Mek Lijoh Lawo, teringatkan Mek Kalsum di Felda Bkt. Tajau, Maran Pahang. Kemudian tokoh Pak Mud dia kerja apa, pembaca sendiri kena agaklah. Dan apabila menyentuh dengan Mbah Jombrang, dukun dan tokoh antik di Jawa itu, ia nama rekaan yang tidak ada kaitan dengan watak Jombrang sebenar, dalam dunia mistik Jombrang menimbulkan semacam aura mistik dan sakral kejawenan. Inilah proses kreatif. Ia saya gabungkan dengan peristiwa Bersih 2.0 yang saya banggakan sebagai bahan sejarah negara. Sebenarnya dukun kejawen sengaja saya selitkan kerana ia adalah gambaran kepercayaan masyarakat kepada hal yang mistik. Kebetulan saya pernah temu bual seorang dukun wanita di Pantai Dalam, isteri Pak Ilyas, pelukis gambar Diponegoro di Sumatera sewaktu zaman kolonial. Isteri Pak Ilyas itu orang Pariaman, boleh mengubat orang, dan salah seorang pasien isteri Pak Ilyas itu adalah orang nombor satu negara, maknanya pemimpin kitalah. Kisah itu memberi lipatan idea yang berbagai. Boleh dijadikan cerita lain tentang perdukunan. Kebetulan dukun wanita itu beritahu saya, kalau nak tengok orang cabut serai berbunga datanglah ke rumah nanti malam. Ada orang nak cabut. Ia ada kaitan dengan batu permata. Batu permata ini mengingatkan saya dengan program Permata Negara dan belian cincin RM24 juta. Kemudian berlian ini ada kaitan dengan amalan mistik, berlian mampu memberikan sedikit impak kepada makhluk-makhluk halus, begitu pendapat orang.
Berbagai lipatan idea seperti ini sangat berguna kepada penulis cerpen untuk mengembangkan pemikiran watak yang ditonjolkan. Pemikiran watak adalah pemikiran pengarang sebenarnya. Watak itu dijadikan acuan untuk menuangkan segala apa yang terpendam di dalam minda penulis. Esok, mungkin hari raya. Saya tak buat persiapan apa pun. Rendang pun belum masak, begitu juga ketupat. Isteri pula sibuk ajak jiran Cik Nor pergi Chow Kit beli kuih raya. Sebenarnya bukan nak bersedia sangat, kata orang tak buat kuih tak apa, janji ada kuih dua tiga jenis. Itu menyerikan hari raya.
Mungkin malam tadi, solat terawih akhir sebelum makluman tentang raya dihebahkan kepada umum.Hari Isnin, pejabat masih buka, berita TV temberang kata KL lengang. Memang orang di luar KL percaya habis. Lengang apa? Nak jalan pun tak boleh. Lampu merah ke hijau orang tak peduli lagi. Semua sudah dirombak. Ini yang orang kata diskonstruksi. Minda kita juga begitu. Fiksyen juga begitu. Wallahu a'lam. Selamat hari raya, 1 Syawal 1432. []

Saturday 20 August 2011

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA BARU

POLIS BUKAN HAKIM. Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan."Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit. "Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini. Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar. Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang. Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan. Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. [Sunday, July 3, 2011].

MASJID DI KL TEMPAT UBN BERPOLITIK DI MIMBAR. Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk menghentam Bersih. "Apa yang disebut dalam khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,"soal Aziz. Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik. "Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan pembangkang yang bergerak secara haram. Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja. Oleh itu kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara. "Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya," kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai ini. Selain menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo Bersih, mengenakan Ordinan Darurat kepada enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan haram, kerajaan Umno-Barisan Nasioanal dilihat terus menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan. Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya.Lantaran itu kata Aziz, rakyat Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan bersama. "Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah undang-undang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada tahun lepas Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang bercanggah dan bertentangan,"ujar Aziz.

Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, hal ini kata Aziz lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional termasuk media kawalan mereka. Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik. Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan pembangkang yang bergerak secara haram. "Mereka adalah pembangkang yang didaftarkan secara sah dan mereka hendakkan perkara yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu kepada mereka berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan, mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"kata beliau. Mereka (kerajaan) itu sebenarnya menentang usaha atau inisiatif untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil. Ini tidak ada kaitan dengan huru-hara. Kalau kita lihat dua tiga hari ini, kita sendiri tahu siapa yang buat kacau. Ceramah yang begitu baik dalam premis pun dikacau oleh polis,"tambah beliau lagi.Malah pensyarah undang-undang ini secara kritis membidas sikap kerajaan yang sanggup melakukan apa jua cara demi memastikan tampuk kekuasaan kekal di tangan mereka. Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.

Dalam hal ini kata Aziz, kerajaan dan SPR seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa rakyat bertindak nekad menggunakan saluran jalan raya untuk menuntut hak merekamendapatkan sebuah pilihan raya adil dan bersih. Penafian SPR tentang wujudnya pengundi hantu, penafian wujudnya masalah dalam undi pos, adalah satu penafian yang menyebabkan rakyat terpaksa berarak ke jalan raya. Sudah tidak ada cara lain lagi dan mereka takut dengan perarakan itu, jelas Aziz, di sebalik penafian kerajaan bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus, seraya menyatakan tidak perlu ada sebarang demonstrasi menuntut hal tersebut dilakukan. Pada hemat beliau, lapan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih 2.0 cukup berasas dalam memastikan proses pilihan raya di negara ini dapat dijalankan dengan penuh efisyen dan adil. Tidak ada sebab katanya, SPR harus mengambil sikap dingin terhadap tuntutan yang disuarakan oleh gabungan NGO itu demi masa depan negara. "Jadi saya tak nampak bagaimana Mahathir, Najib atau siapa juga patut menentang perkara seperti ini. Semua ini telah dituntut dan diminta secara baik selama ini tetapi SPR buat tidak endah dan tidak buat apa-apa. Malah menafikan bahawa ada masalah,"kata Aziz.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin mengisytiharkan bahawa Bersih sebuah pergerakan haram yang boleh mengancam keselamatan negara.Malah Khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disajikan dengan peringatan dan amaran bahawa Bersih adalah gerakan pelampau yang memperjuangkan kepentingan individu. Malah himpunan Bersih itu dikatakan akan berarak ke hulu ke hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta benda awam dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan. Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa Bersih adalah sebuah perhimpunan aman namun kerajaan pemerintah melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus melancarkan fitnah ke atas Bersih demi menghalang hak rakyat bersuara.Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk menghentam Bersih. Saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku oleh kerana Bersih tidak seburuk itu.Apa yang disebut dalam khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,soal Aziz.[19 Julai, 2011]

Nota lain: Rakyat tertunggu - tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat. Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu. "Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah."Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis menyuraikan orang awam.Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu. Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.

Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam. Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis. Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi."Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau. Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau."Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya. Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri."Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain."Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz. Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri. " Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis. " Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi. [tvsnew.04 Julai, 2011]. Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan boleh didakwa menentang Yang Dipertuan Agong, sekiranya gagal melaksanakan perlembagaan yang antara lain menjamin pilihan raya bebas dan kebebasan berhimpun. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah khas Tuanku, berhubung perhimpunan aman Bersih, malam tadi. "Kerajaan tidak boleh gunakan titah ini untuk kepentingan mereka. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau mereka gagal lakukan apa yang dikehendaki perlembagaan, mereka boleh dituduh menentang Agong," ujar Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu. Menurut Aziz, Titah baginda yang menyeru kedua pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian perlu difahami dalam konteks yang terkandung dalam perlembagaan. "Agong tidak menggelar himpunan Bersih haram, baginda cuma titah demo tidak semestinya cara terbaik. "Dan saya fikir baginda juga mengingatkan kerajaan," Ujarnya dalam kenyataan khas kepada Keadilandaily.com. Menurutnya, rakyat perlu akur bahawa baginda bertitah sebagai ketua negara dan dalam peranan itu, baginda tidak boleh menunjukkan sikap emosional. "Mungkin ada bahagian titah itu yang kita tidak selesa tetapi kita harus letakkan diri kita di tempat baginda supaya faham kedudukan dan sensitiviti yang baginda perlu ambilkira. "Perlu disedari apa yang dituntut bukan kepentingan Bersih tetapi kehendak dan semangat perlembagaan," ujarnya lagi.

Ketika ditanya kemungkinan berlakunya darurat, ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan hal itu kepada polis minggu lalu, Aziz yakin perkara itu tidak akan berlaku. "Darurat diisytihar oleh Agong selalunya atas nasihat kerajaan tetapi dalam senario sekarang, saya tak fikir kerajaan berani menasihatkan Agong isytihar darurat. "Saya fikir ini peluang untuk Bersih mendesak tahanan dibebaskan serta merta. Begitu juga rampasan yang dibuat. Jika polis enggan mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan malah engkar titah Agong," kata merujuk enam individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Kata Aziz, tindakan polis yang sewenangnya menangkap mereka, tidak selaras dengan kehendak perlembagaan. "Alasan yang mereka berikan tidak masuk akal. Mereka kata mereka ikut undang-undang. Soalnya apakah semangat dan tujuan asal undang-undang itu mereka pertimbangkan? "Ramai yang terpinga-pinga dengan penggunaan ordinan darurat, tuduhan komunis dan lain lain. "Apalagi tahun lalu Hishamuddin sendiri mengatakan yang Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan darurat. "Pendeknya menteri dan polis tidak konsisten dalam hujah dan tindakan mereka," katanya.[ KD] 08 Mei, 2011].

Tidak Perlu Bimbang Jika PM Bukan Orang Islam. Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya Perdana Menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada. "Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya. Aziz  berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan Perdana Menteri wajar beragama Islam. Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi PM, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam. "Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam. "Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam," katanya. Menurut Aziz, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Justeru kata beliau, PM tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. "Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri — perlu orang Melayu dan beragama Islam. Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam. "Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya PM bukan orang Islam," kata Aziz. Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri. "Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting. "Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk," katanya. Nota: Ketika orang Melayu mempunyai PM Melayu pun tidak terbela, lebih baik PM yang bukan Melayu. Pemerintahan Melayu bangsawan di Malaysia nampaknya lebih mengutamakan golongan Melayu yang elitis, mengenepikan Melayu yang kebanyakan. Sebab itulah orang Melayu kecewa dan memilih untuk tidak menyokong pemimpin Melayu yang ada hari ini. Mereka sebaliknya menekan orang Melayu untuk mengekalkan kedudukan. [Kg Warisan, Pekan Pasir Panjang, Sekincan, Selangor].

Jalur Gemilang Kibar Tanda Patriotik?

Sehingga pada waktu saya menyiapkan blog ini, di KL bilangan kenderaan yang mempamerkan kesetiaan kepada negara tidak kelihatan lagi. Bilangan pemandu yang mengibarkan Jalur Gemilang(JG) tidak ramai. Jangan bandingkan dengan zaman ada penaja bendera dan macam-macam kempen lagi. Sebab rakyat negara ini sudah diasuh, apa pun nak buat kena ada pertandingan, kena ada sayembara dulu, hiasan kereta yang cantik dengan bendera, tapi perlu dicatat, sebuah kereta dengan sebuah bendera itu cantik, kalau letak dua, cantik juga, tetapi kalau bendera dipacakkan merata di bumbung kereta, depan dan belakang, ia jadi buruk, hilang nilai keindahannya, akhirnya jadi rosak, pemandu akan dianggap tidak siuman, riyak atau berlebihan. Sikap berlebihan ini akan menjadi bahan ketawa.
Sama misalnya ada orang kayuh basikal dengan bendera terpasang di sana-sini, siap dengan pakaian bendera meniru gaya Sudirman, ia dianggap pengayuh tidak siuman atau mengada-ada, paling tidak riyak amat. Jadi, kita kena sederhana, tak perlun kibar bendera besar hingga ganggu pengguna jalan raya yang lain. Sebenarnya, nilai patriotik seseorang tidak diukur pada bendera lagi. Apabila bendera dikempenkan oleh pihak UBN sudah tentu orang PR tidak minat, nanti dianggap seolah-olah menyokong apa sahaja tindakan pemimpin UBN. Jadi, PR perlu ada kaedah lain untuk mengingati Merdeka.
Merdeka yang kita peroleh dari British, tidak dengan darah dan air mata seperti perjuangan revolusioner di negara lain. Perlawanan kita selama ini dilakukan oleh kelompok tertentu yang menentang Inggeris. Tentang Inggeris dianggap tentang kerajaan masa itu. Orang macam Mat Indera itu dianggap Komunis, padahal dia berjuang menentang Inggeris. Sejarah kita ditulis lain dengan menggunakan sudut pandangan para pemimpin nasionalis Umno. Mereka memang sekutu kepada Inggeris, juga pihak yang mendirikan negara Israil.
Iklan-iklan dalam TV kita pun nampaknya kehilangan gizi. Asyik gambar bendera dan pewatak tiga kaum yang ada. Gambarannya dibuat-buat, bukan kenyataan masyarakat Malaysia sebenar. Perpaduan kaum masih rapuh di bumi Malaysia meskipun kita ada Jabatan Perpaduan Negara.
Selagi kita gagal menyatupadukan rakyat berbagai kaum, bererti kita belum merdeka. Yang ada adalah jeritan merdeka! Diulang-ulang, seperti orang menyebut SATU! Malaysia. SATU! Malaysia. Tidak mungkin ada dua Malaysia, tetapi yang ada sistem dua kelompok parti UBN dan PR. Inilah bentuk kepartaian yang menjadi cita-cita bangsa Malaysia sebenar.
Kenapa kempen kibar JG tidak popular? Sebabnya, UBN sudah lama mengasuh rakyat, buat sesuatu biar ada ganjarannya. Jika ada hadiah, misalnya, pemandu paling gila, pengayuh paling sewel dengan kibaran JG, rasanya ramai yang nak jadi gila dan sewel demi hadiah.
Sebenarnya JG bukanlah tanda seseorang itu cintakan negara atau tidak. Kibar atau tidak kibar itu bukan persoalan. Rakyat Malaysia akan bertanya, siapa yang suruh kibar? Kalau yang menyuruh adalah puak dari UBN lebih baik jangan. Sebab kalau kibar juga, media perdana akan tulis begini, "Keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara kian pulih berdasarkan sambutan rakyat mengibarkan JG di mana-mana menjelang tarikh keramat 31 Ogos,2011." Sebenarnya mood rakyat sekarang adalah pasca-Bersih 2.00. Disusuli dengan bulan puasa. Bendera tidak menarik lagi sebab masing-masing nak beli kuih dan persiapan raya.
Orang yang merasa diri mereka patriotik sangat, ya dipersilakan kibar JG. Kibarlah banyak mana pun, habis 31 hb.Ogos, hari raya, jadi mood kibar bendera pun lesu. Tentu ramai tak setuju nak kibar JG pun paksa. Bendera tu bukan murah harganya di kedai-kedai. Bendera kertas tak apalah juga. Lagipun, semangat sahaja tak cukup. Kibar sahaja pun bukan ukuran. Kita tidak mahu kibaran yang tidak ikhlas, kibaran kerana pujian, sanjungan, ada krew TV ambil gambar, sibuklah pacak bendera pada cap atau topi, songkok dan sebagainya. Gambar yang begini biasa dijadikan kandid oleh tukang gambar media perdana kita. Semua ini jadi bahan ketawa sahaja. Tengoklah nanti...pasti ada gambar pelik manusia dengan kibaran bendera yang luar biasa, bukan nak pecah rekod, tapi menggambarkan ketidaksiuman mereka. Alahai, naifnya bangsa kita. []

Friday 19 August 2011

MASJID JAMEK BANDARAYA KL

Sudah lama tidak solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur, ini semua gara-gara kutbah Jumaat yang terlalu pekat dengan misi UBN yang ditulis oleh penulis kutbah Jawi. Saya lari ke Masjid Pakistan untuk melegakan saraf kritikan menghunjam ke atas kutbah yang bagi saya juga turut menimbulkan kritik di kalangan para jemaah. Kutbah Jumaat 19.8.11, adalah tentang Nuzul al-Quran. Tajuk yang sesuai dibicarakan, akan tetapi setelah dikupas isi kutbah, ia mengena semula batang hidung orang-orang UBN. Maknanya mereka tahu intipati ajaran al-Quran tetapi mereka enggan mengakui untuk mengikut dan melaksanakannya demi duniawi dan ketenaran duniawi.
2. Sambil jenguk kawasan Masjid India yang hiruk pikuk dengan orang berniaga, saya lihat kawasan di nsitu semakin mampat dan sendat, tak sesuai untuk membeli-belah.Hilang rasa selesa. Lalu di gerai Pak Karim (Penerbitan Ibunda, Jalan Taman Ibu Kota, th.90-an) ada pembantunya sedang melayan pelanggan memilih buku. Pak Karim memang suka buku, pernah terbitkan buku Tok Awang Ngah, tulisan Dharmala NS, dan saya pun pernah tulis buku semi-misteri MENGEMBARA KE ALAM BARZAH dengan nama PAK MEON sebagai samaran. Sayang buku itu tak ada dalam simpanan penulis. Isi buku Tok Awang Ngah adalah berupa kisah fiksyen, bukan kisah nyata, kalau nyata pun sedikit atau beberapa segmen sahaja. Ketika berniaga buku, Badang budak Slim River yang membantu Pak Karim selalu buat ulasan tentang siapa Tok Awang Ngah. Padahal dia adalah Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS, yang suatu ketika pernah gemparkan TV kerana isytihar keluar DAP bercakap dengan Dr.M. Kebetulan sebaik sampai rumah dan jenguk HP ada SMS dari Pak Karim, dia ada di Hospital KL wad 20. Kena jenguklah.
3. Lepas solat di masjid jamek, jumpa Abang Husin, Amin dan kawan-kawan lain. Sembang hal biasa. Dari topik Baitulmal yang kata Amin, ketika dia datang ke pejabat Baitul Mal di dekat Masjid Pakistan itu, pegawai yang bertugas terus beritahu dia, "Habis dah!" Tujuan Amin datang ke situ belum dinyatakan lagi, pegawai itu siang-siang dah cakap habis dah, apa yang habis? Nampak sangat pengawai Baitulmal WP, kontrol duit, ini semua arahan dari atasanlah. Jangan marah, kalau begini caranya, budak-budak gelandangan yang kelaparan akan pergi ke gereja atau tokong minta bantuan duit dan makanan. Salah siapa kalau berlaku pemurtadan? Sebenarnya soal murtad tidak timbul, bila orang dah lapar, mereka tidak kira siapa tangan yang menghulurnya. Ini kita kena faham, jangan bercakap dari sudut orang kenyang, bergaji tetap bulanan, ada rumah, ada kereta mahal dan bini cantik. Mereka yang minta bantuan adalah tergolong kumpulan asnaf, tetapi pihak atasan hanya fikir golongan amil-amil sahaja.
4. Bilangan peniaga bazar Ramadan seperti yang diduga lebihb banyak daripada pembeli. Nak beli juadah pun fikir banyak kali. Yang ditakuti, ada yang boleh dibeli, dan belum tentu boleh dimakan. Bulan puasa ini, kita kena amalkan jimat, dalam bab makan pun. Beli apa yang dimakan, bukan beli kerana nak tunjuk banyak duit. Kalau terlalu banyak beli pun akhirnya tak dijamah juga di meja makan. Semua menyandar. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Bukan baru tahun ini berpuasa. Dah berkali-kali malah puluhan tahun puasa.
5.Biasa ada dengar suara azan Maghrib menandakan masuk waktu maghrib dan buka puasa. Tapi Masjid Saad Abi Waqas tak kedengaran. Saya pergi untuk solat Isyak dan Tarawih. Menakjubkan, masjid itu gelap gulita, tak ada cahaya. Saya naik, para jemaah ada, pasang lilin di sana-sini. Ini mengingatkan kita semua kepada zaman dulu, tatkala belum ada kemudahan elektrik. Malam itu solat terawih dalam gelap, dan tak ada kipas. Dah masuk rakaat 10 rakaat baharulah ada cahaya dan kipas berpusing semula. Lega... dan malam itu tidak ramai orang solat. Ada sebaris campur enam orang, dan jemaah wanita tetap macam biasa, tak luak. []

Tuesday 16 August 2011

TENTANG GAZA DAN PALESTIN

Sempena malam Nuzul Quran masjid di Gombak Bt.4 adakan sedikit majlis. Imam muda dari Palestin menjadi imam solat terawih 8 rakaat dan witir, kerana ada bicara kecil tentang Palestin dan Gaza. Dibicarakan bahawa Zionis sedang mengorek sebuah terowong di bawah Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat islam, sebelum pindah ke Masjidil Haram.
Harapan Zionis agar suatu ketika nanti, masjid bersejarah yang ada kaitan dengan Israq dan Mikraj Nabi SAW itu akan roboh, dan ia dianggap suatu kemenangan Zionisme. Diberitahu bahawa Zionisme memang risau dengan perkembangan terbaru, dan mereka pun tahu di dalam kitab bacaan mereka, bahawa suatu ketika nanti mereka akan kecundang juga. Apalagi disebutkan di dalam hadis bahawa suatu ketika nanti, orang-orang Yahudi tidak boleh menyorok lagi kerana pokok, batu dan kayu akan memberitahu golongan islam bahawa Yahudi ada menyorok di sekian-sekian tempat, pokok, batu dan semuanya arahkan agar Yahudi itu dibunuh oleh orang Islam.
Gaza dikepung sudah lima tahun lebih. Anak-anak Palestin di wilayah itu tetap bertahan, mereka mampu mendirikan Maahad Tahfiz dan menekuni al-Quran. Semua orang belajar al-Quran. Ia menjadi bacaan wajib. Kelebihan orang Palestin, mereka saling bermaafan kerana pernah berlaku semacam perang saudara gara-gara Zionisme. Hamas dan kelompok lain saling bermaafan kerana mereka tahu, musuh sebenar adalah Yahudi.
Tentang Yahudi ini, memang dalam blog banyak dibicarakan bahawa UBN di Malaysia ada kaitan dengan Zionisme, mendapat nasihat, bahkan menggunakan kepakaran dari mereka. Kebenarannya tidak pula disanggah oleh pihak yang berwewenang.
Sungguhpun Gaza dikepung, dan dianiaya oleh Zionis, mereka tetap ingat kepada saudara Islam mereka. Gaza mampu menyumbang untuk korban Gunung Merapi, di Jawa, dan mereka juga mampu menyumbang untuk Somalia yang dilanda kebuluran teruk.
Pembicara juga menasihatkan jemaah agar kurangkan menggunakan produk yang memberi keuntungan kepada Israil.Produk seperti nestle dan milo itu memberi sumbangan besar kepada Israil. Justeru umat Islam di Malaysia tidak digalakkan oleh membeli-belah di Tesco, Carrefour, makan-makan di KFC, McDonald, dan banyak lagi produk yang berkaitan dengan dunia israil.
Jenama terkenal seperti Levi's yang jadi kegilaan anak muda tidak sepatutnya menjadi idaman anak muda menjelang hari raya ni. Banyak produk lain keluaran syarikat yang menyumbang dana untuk Zionisme, dan ramai di antara kita yang tidak tahu, kerana syarikat itu telah terselindung dek orang-orang tempatan yang bersekongkol dan menjadi pengarah syarikat. Semua ini pengelabuan belaka.
Ramai anak muda di Gaza menjadi penghuni tahanan termasuk wanita yang dianggarkan lebih 20,000 orang. mereka meringkuk dalam penjara israil, budak-budak sekolah pun ada yang ditangkap dengan alasan, wajah mereka dikesan pernah membaling batu ke arah tentera Israil.
Kita di Malaysia memang tak rasa apa, tetapi pembicara menasihati, Islam adalah bersaudara, kita semua mempunyai tanah wakaf Islam yang perlu dijaga dan dipertahankan, itulah Masjidil Aqsa. Hanya orang berumur 50-an dibenarkan masuk ke situ, anak-anak muda tidak dibenarkan. Tentu ada alasan mengapa tentera Zionis benarkan yang tua-tua sahaja, mungkin golongan ini tidak agresif berbanding yang muda-muda.[]

Monday 15 August 2011

BAB MAKAN SAHUR

Cuba teliti, dalam bab makan sahur ini, kita akan dapati ramai juga di kalangan kita yang tak boleh bersahur. Mereka hanya boleh makan tengah malam, atau minum air sahaja, alasannya tak boleh terima, tak boleh nak telan dan macam-macam.
Saya pernah persoalkan masalah ini, bukankah sahur itu berkat, melewatkan makan sahur itulah yang nabi s.a.w. ajarkan kepada umatnya, dengan hikmah untuk umatnya. Banyak hikmah lewatkan makan sahur, sebab tak payah nak sambung tidur lagi, dah dekat subuh, itu tujuan melewatkan. Ada orang bersahur pukul 2.00 pagi, kemudian tidur. Santak sampai siang kalau tak kerja. Sahur yang afdal adalah satu jam atau setengah jam sebelum Subuh. Boleh sambung subuh terus, jika sahur jam 3.00 pagi lepas tu sambung tidur, nak bangun subuh pun malas kalau tidak dilatih dari kecil.
Soal latih dari kecil adalah faktor yang mempengaruhi seseorang itu biasa bersahur atau tidak. Ibu bapa yang tidak prihatin, tidak mendidik anak untuk makan sahur, alasannya budak tu tak boleh makanlah, dan macam-macam, bila dah besar ia terbawa-bawa.
Sebenarnya orang yang tidak boleh bersahur ini memberikan indikasi, mereka jenis yang lalai berpuasa, banyak puasa yang tinggal. Orang yang tidak boleh bersahur ini tidak mendapat didikan dari ibu bapa dengan betul. Ibu bapa mengalah dengan anak, tak puasa pun tak apa, yang penting kesedaran tentang sunnah nabawi itu tidak diketahui, ada ibu bapa yang jahil dalam bab ini, mereka hanya nak baca Yasin tetapi tidak mahu mentelaah kitab lain, tak mahu baca Shahih Bukhari, Muslim, Muwattha, Sunan-sunan dan ulasannya.
Bab makan sahur ini sudah banyak kali ustaz bicarakan, tetapi orang yang tak boleh makan sahur tetap berdegil, alasannya tak boleh makan pagi-pagi. Rasa nak muntah. Padahal jika di zaman kanak-kanak sudah diajar, sampai besar dia tahu bawa diri.Bayangkan kalai isteri tidak boleh makan sahur sedangkan suami boleh makan berselera. Akhirnya suami yang bangun dan masak di dapur, akhirnya, jika alarm tak bunyi dek kerana letih, alamat tak bersahur langsung. Inilah hal-hal yang berlaku dalam dunia sahur melayu. Padahal dapat makan kurma dan minum air pun dah memadai. Itu sebab sampai tua pun masih tak tahu dalam bab puasa, mereka masih anggap makan tengah malam, makan pukul 1.30 pagi itu pun sahur juga. Tanyalah ustaz! []

SYURGAKU SYURGAMU DR RABIAH

Ini seminar lama, judulnya seperti di atas, anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sedangkan pada tarikh yang sama saya ada program di Perkim, Jalan Ipoh. Saja nak tahu seminar apa tu, masuk juga ke Hotel Plaza Ballroom. Peserta kebanyakan guru-guru, entah dari mana, sedangkan saya bukan guru, tapi bekas guru yang dah tinggalkan lama dunia perguruan dan pendidikan. Saya mood saya tak cantik, apalagi hendak dengar ceramah dari Dr Rabiah Hamzah, yang mendakwa sebagai mempunyai pengalaman 34 dalam bidang pendidikan.
Dah tinggalkan guru, dia hendak menggurui guru pula. Dalam ceramah beliau menjadikan peserta sebagai budak-budak sekolah, disuruh tiup belon, dan modal inilah yang dia lakukan setiap kali ada ceramah untuk guru-guru yang khabarnya, beliau dapat jemputan juga ke Terengganu pada esok harinya. Tentu di sana pun kena tiup belon juga, tiup sebesar-besarnya supaya belon tu pecah, itulah namanya fokus, biar kita khusyuk tiup belon agar menjadi. Ada juga belon yang ditiup tak sampai besar, tapi picit dengan jari biar meletup.
Guru-guru yang dah berumur ego juga rupanya, bangga sangat dengan pingat cemerlang yang mereka dapat, maklum, dunia cikgu hanya di sekolah, siapa nak hargai mereka kalau bukan cikgu juga, jadi ibarat duduk dalam dunia kecik,.itulah tanggapan yang saya dapat apabila berada di kalangan para guru, saya dah tinggalkan bidang pendidikan dalam tahun 81 ketika Dr M mula jadi PM. Mula-mula Dr M ni okay dengan pembaharuan itu dan ini, lama kelamaan dia naik daun, merosakkan sistem, dialah yang menderhaka kepada raja-raja melayu, tetapi orang Umno tak peduli pun, mereka hanya sibuk tatkala PR dah tawan beberapa negeri.Sedarlah puak Umno bahawa talian hayatnya ada pada raja Melayu.
Ada beberapa hal yang disentuh tentang sikap guru, guru yang hanya fikir gaji, kebanyakan inilah sikap guru di Malaysia. Soal rumah, soal kereta, kalau boleh paling hebat dan bergaya. Minda guru menganggap hanya jawatan guru sahaja yang mulia. Mulia atau tidak bergantung kepada cara guru gunakan masa, kata Dr Rabiah, 5 minit lewat masuk kelas, rezeki sebulan tak halal. berapa banyak cikgu yang selalu melambat masa untuk masuk kelas? Tak usah temberanglah, memang kebanyakan guru, semakin lama mengajar makin tak berguna, pandai curi tulang, bila dah pencen megah jadi guru. Ingat, ada guru yang hanya mengajar apa yang disukat dan dipelajar, itulah sukatan pelajaran namanya. Ada guru yang tak bersedia jadi guru, mereka pilih guru sebab bidang lain tak tahu, dari sekolah rendah hingga menengah, guru jugalah yang dia tahu, peguam, doktor, jurutera, jururawat, ahli farmasi, penyelidik, pemikir dan macam-macam tidak ada dalam kamus guru.
Mereka lebih utamakan pencen, penghargaan dari Umno yang biasanya, guru adalah juga orang kuat parti. mentaliti ini sudah dipupuk lama, itu sebab semua Timbalan Perdana menteri kena jadi Menteri Pendidikan, guru-guru yang banyak mesyuarat. Itu zaman 70-an, 80-an, sekarang dah berubah. Umno tak boleh gunakan guru-guru lagi sebagai alat untuk menekan rakyat. Sekolah dijadikan medan propaganda oleh Umno, sedangkan parti lain ditegah masuk ke sekolah. Anasir subersif Umno adalah guru-guru di sekolah. Mereka gunakan peralatan sekolah untuk menmyempurnakan agenda parti. Ini  pengalaman saya di Pahang dulu, dan pernah menyertai mesyuarat Bahagian di Chenor, Pahang.
Ceramah Dr Rabiah ini hanya sesuai untuk guru, dan tidak sesuai kepada saya, sebab saya bukan guru, tak perlu motivasi lagi. Tak perlu tiup belon.
Ada satu perkara yang terbuku dalam minda saya, sebagai seorang  penceramah yang dikatakan berpengalaman, sepatutnya Dr Rabiah bertanya kepada hadirin dulu, adakah semua yang hadir itu guru-guru. Bagaimana yang bukan guru? kerana asyik bercakap tentang cikgu sahaja, akhirnya, sesi ceramah beliau saya tinggalkan, saya duduk di restoran mamak dan ajak kawan sembang-sembang. Ceramah Dr Rabiah membosankan saya. Dia tidak bertanya kepada khalayak, siapa yang hadir, dia makin rempuh dan anggap semua orang guru. Kaum guru di kiri kanan saya tak bersahabat sebab orang yang bukan guru dianggap tak ada ilmu. Ego guru selalu begitu. Kalau guru tinggal di kampung, semua orang dianggap tak reti, hanya guru sahaja yang reti, dan jadi tempat rujukan. mentaliti lapuk dalam Umno ini masih ada sampai sekarang.
Untuk buat ceramah, pastikan audien kena pada sasaran, kena kaji latar belakang orang yang hadir. Adakah penganggur, pemikir, penulis, kerani biasa, atau suri rumah sahaja. Jangan anggap seminar itu dihadiri oleh orang yang sama.
ceritanya begini, seorang guru yang terlibat dalam jawatankuasa persatuan panik, bimbang tak ada peserta, dia suruh kerani sekolah rendah hubungi kawan-kawan dalam Perkim untuk meramaikan. Inilah puncanya. Saya masuk ke dalam sebab isteri dan rekodkan nama saya, sedangkan program itu sasarannya siapa? Saya tanya isteri, lain kali semak dulu, ia seminar apa, jangan asal daftar nama kerana desakan kerani sekolah itu. Akhirnya, seminar itu (24 Julai 2011) saya tinggalkan. Satu kertas pun saya tak bawa keluar kecuali buku nota yang memang saya bawa setiap kali saya bepergian ke mana-mana. Jadikan ini pengajaran.[]

NOSTALGIA KUALA LUMPUR

Sekitar tahun 70-an pertama kali saya jejakkan kaki di KL. Naik bas dari pekan Pasir Panjang, Sekincan, hingga ke Tanjung Karang. Ganti bas, pergi ke Klang. Dari Klang terus ke Bus Stand Klang. Ketika itu Central Market atau Pasar Seni belum ada. Saya berjalan di pinggir sungai Klang itu, bau pasar basah begitu kuat, aroma daging khindir, aroma ayam diproses untuk dagingnya, hiruk pikuk pasar. Bangunan pasar besar di KL itu adalah Pasar Seni yang ada hari ini. Bangunan lama masih kekal.
Jika menyeberang jalan, di pinggir sungai itu ada benteng. Tempat orang makan-makan. Selalu sibuk tempat itu, dengan suara peniaga dan penggoreng nasi atau mi, tukang satey juga sibuk mengipas, sementara di sudut HSBC sekarang, ada orang menjual ubat, macam-macam ubat, termasuk yang pernah menjual ubat di situ ialah aktor Khaled Salleh, kebetulan ayahnya juga jual ubat, makjun pangkur laut, jual makjun.
Di antara sahabat yang pernah berniaga di Benteng lama itu ialah Mat Nor yang kini tinggal di Alai, melaka. Dulu dia tinggal di Kg.Chendana, dekat kubur Jalan Ampang.
Masjid Jamek macam itu juga. Hanya Kubah yang sudah diganti baru kerana kubah utama warna hitam telah roboh dalam tahun 90-an, waktu itu budak-budak reformasi gotong royong cat masjid. Kumpulan budak reformasi yang dicetuskan Anwar Ibrahim, masih berkumpul di situ hingga ke tahun 2010, kalau tak salah saya.
Mereka tetap istiqamah dan tidak tukar prinsip. Walau apa pun yang terjadi, mereka tetap menolak Barisan Nasional dan Umno.
Sejak tahun 70-an lagi, saya memang gemar lagu-lagu 60-an, tetapi setelah sedar, saya mula buang gitar elektrik, gitar bentley, drum dan memvokal untuk kenduri kahwin dan pentas, terakhir main muzik di dewan utama bandar Temerloh, Pahang. Lagu-lagu lama dalam kenangan, tapi untuk apa dikenang benda yang tidak ada faedah.
Sama juga ketika saya berada di KL tahun 70-an, melihat orang menjual ubat di Lorong Haji Taib ikut budak-budak kolej pendidikan masa itu. Sempat juga melihat apa yang dikatakan PAWAGAM P RAMLEE itu. Kalau nak ingat, itulah panggung papan, kipas angin, bangku goyang, suasana hangat, panggung wayang seniman P Ramlee yang diagungkan, teringat Osman Botak ikut jaga panggung itu, jaga pintu dan cek tiket. Tak ingat filem apa pun, sebab saya bukan tergolong fanatik dengan filem, filem P Ramlee pun banyak saya tak tahu ceritanya, walau ditayang ulangkali, saya tak tengok TV sangat, mungkin asuhan sejak dari kampung.
Apabila disebut KL, teringat masjid Kg Bharu,.hujung minggu ada kuliah lepas subuh Pak Hamka dari Indonesia. Ketika itulah agaknya buku-buku Hamka diterbitkan di KL. Penerbit Pustaka Antara dan Pustaka Melayu Baru menerbitkan karya Hamka.
Dari kampung, kalau saya masuk Pustaka Antara, saya akan beli majalah sastera Indonesia HORISON, isinya lebih menarik daripada keluaran DBP. Dari itu saya banyak kenal sastera Indonesia, penyair dan pengarangnya.
Saya minat dengan gaya Putu Wijaya dan Iwan Simatupang. Gaya berceritanya mempengaruhi gaya saya sehingga lahirlah cerpen absurd SESUATU ITU tersiar dalam Dewan Sastera tahun 70-an, ketkika itu saya mengajar di Felda Bkt Tajau, Maran, Pahang.
Ketika menjadi guru saya dapati banyak insiden tidak menarik berlaku:
1.Guru bertumbuk kerana berebut anak murid yang dianggap tercantik.
2.Guru minum khamar dan tayang botol di dalam bilik, kekadang diletak di atas tembok sekolah.
3.Ustaz yang mengajar keagamaan tetapi main takraw atau badminton berseluar pendek.
4.Guru aktif politik, masa mengajar dihabiskan untuk menaip dan menyiapkan agenda mesyuarat Umno.
5.Guru tak suka aktif dalam PIBG dan persatuan lain.
6.Guru sibuk jual AVON dan Amway.
7.Guru perempuan sibuk mengait dan cerita soal anak tak habis-habis hingga waktu untuk masuk kelas tinggal berpuluh minit je.
8.Cikgu sibuk masuk koperasi sebab nak pinjam beli kereta. Cikgu tak ada kereta memang memalukan. Sampai sudah saya pun tak pakai kereta. Bukan satu tarikan.
9.Cikgu sibuk cari pasangan cikgu juga atau kerja gomen, untuk senang masa depan.
10. Cikgu tidak bertegur sapa gara-gara beban kerja.
11.Cikgu bukan orang pandai rupanya, hanya di sekolah dipanggil cikgu, di luar sana janganlah anggap cikgu itu hebat. Tak ada apanya.
12.ketika di kolej pendidikan, saya teringat kawan bernama Din cuba memasukkan "anu" ke dalam "anu" budak perempuan, jiran di rumah bawah (Lorong Raja Bot,KL, rumah Yunus Tasman, orang kuat bola sepak KL masa itu). Kes kawan ini saya ingat sangat, walaupun bahan jenaka, ia adalah pencabulan, kalau terjadi sekarang, Si Din (bakal cikgu tu) meringkuk kes cubaan mencabul.
13.Banyak lagi kes. Tapi yang saya ingat sangat teman kolej bernama Tengku Syed Mansyur asal jalan Harimau Tarum,JB. Entah di mana dia sekarang setelah bersara.
Inilah anekdot dan kenangan tentang KL. kalau bab makanan, nasi bungkus Minang atau Padang paling menyelerakan. Rasanya bungkusan tahun 2011 tidak sama dengan bungkusan tahun 1971. inilah nostalgia yang payah nak dapat semula. []

Sunday 14 August 2011

SOLAT TERAWIH

Dalam blog yang lepas ada saya sentuh tentang bilangan jemaah solat sunat terawih. Mula-mula sahaja ramai, kemudian makin  kurang dan kurang. Dulu ada beberapa saf, sekarang dah tinggal satu saf sahaja campur dua orang. beginilah kaedahnya cara kita menmyambut ramdan. Sebab kita masih Melayu Islam yang membawa budaya dan bentuk pengamalan yang diamalkan orang terdahulu.
Ketika masjid lain terutama yang mempunyai imam hafiz dan termasuk undangan khas dari Timur Tengah, Afrika, atau dari sekolah tahfiz, ada masjid yang kekurangan jemaah.
Di sebuah masjid di Gombak, tak perlu sebut yang mana satu, imam solat selalu menyebut fadilat solat malam sekian dan sekian, sedangkan hadis itu tidaklah kuat. Untuk menarik minat jemaah tak mengapalah. Tapi orang tetap tak peduli, semangat nak raya, beli baju dan kuih sudah memuncak.
Padahal kalau kita putarkan sistem yang ada pun tak mengapa. Jangan besar-besarkan isu buat kuih dan persiapan raya. Menghabiskan duit sahaja. islam tidak mengajar begitu, semua ini adat istiadat melayu yang dipupuk oleh media arus perdana.
Setidak-tidaknya, TV dan radio kita sibuk nak sambut raya. Ada program khas sempena Raya mula dari malam pertama, esok nak raya hingga raya yang ke-10. Bayangkanlah, orang dah masuk kerja, kita asyik sibuk nak raya.
Padahal kalau orangh kaji semula apa guna kita puasa? Puasa bukan kerana nak sambut raya. Kenapa ada puasa 6 masuk raya ke-2?
Hari pertama melantak, hari kedua kena stop makan-makan semua. Puasa semula. Apa ertinya semua ini. Ada penanda arah, agar kita stop makan-makan, itu pun bagi sesiapa yang nak puasa enam. Soal puasa enam ini kadang-kadang dimegahkan, bila ada orang ajak makan, aku puasa. Oh, tahulah si fulan puasa enam. Dahsyat you! Sebenarnya, ada orang sibuk dengan puasa enam, sedangkan mereka masih ada hutang kepada Allah SWT kerana tak puasa masa dulu-dulu.
Bab ini orang tak peduli, sebab mereka nak kejar pahala puasa enam tu. Begitu pula solat terawih, ganjaran solat terawih itu seolah-olah tidak memikat hati. Bilangan jemaah makin menurun di setengah masjid. Yang masih padat alhamdulillah. memang kariah masjid itu hebat. tetapi ada juga kariah masjid yang tidak mesra masjid. Mereka tak suka ke masjid.
Kalau bapa bilal, anak tak pergi masjid sama, dia cari surau pula. Kalau bapa imam, anak segan nak solat di masjid sama. Ini perkara yang pelik dalam budaya Melayu. sebagai eskapisme, surau jadi sasaranlah. Jadi, kalau bilangan jemaah makin kurang apa sebabnya?
Pada malam nuzul quran nanti, dan malam "tujuh lekor" kata orang kita, sibuk pula ada makan besar. Di masjid Kapitan Kling,Penang, berkumpul para pengemis mengharap sedekah.
Hanya masjid India Muslim dan Pakistani yang buat majlis makan besar ni, masjid melayu tidak ada. Dan sekarang dah masuk pertengahan ramadan, fenomena kekurangan jemaah begitu ketara. Tak tahu dengan apalagi nak menarik minat orang ke masjid. Nampaknya mereka lebih suka 8 rakaat. Sebab ada masa nak pegi pasar raya, ada masa nak tengok-tengok barang, nak beli itu dan ini. Mungkin ini menjadi punca bilangan makin kurang. Tapi masjid yang popular, mesra jemaah tentu tetap padat dan sendat. []

Saturday 13 August 2011

PAK SAMAD SAID BENAR-BENAR SENIMAN MALAYSIA

Seorang lelaki yang bergelar seniman adalah mereka yang prihatin dengan keadaan sekeliling. Orang yang mengaku seniman perlu bersahabat dengan alam, gunakan inletektualisme mereka untuk menggarap apa yang ada di sekitar mereka. Seniman tidak boleh duduk enak-enak menyendar dalam mobil mewah dan ada pemandu. Seniman yang benar adalah yang memerhatikan rakyat. Di Malaysia, ramai penyair dan seniman, tetapi mereka tidak gemar bersahabat dengan alam dan sekitarnya, mereka menjauhkan diri dari masyarakat kebanyakan, mereka hanya memilih majlis besar dan tetamu besar, ada lensa kamera dan ada siaran TV semua. Kalau boleh kehadiran mereka selaku seniman mendapat sorotan meluas.
Seniman yang duduk selesa tidak menyelami masalah rakyat cukup banyak di Malaysia. Tidak ramai yang macam Pak Samad. Dia naik turun bas awam, mudah mencerna masalah masyarakat ketimbang yang duduk menyandar di belakang mobil mewah siap pemandu.
Golongan yang sudah biasa memakai tali leher dan mengenakan bunga besar di dada ketika atur cara majlis, tidak senang dengan seniman yang merakyat gaya Pak Samad. Orang marah sebab dia itu Sasterawan Negara, siapa yang beri anugerah? Memanglah, ini adalah mentaliti penjajah, minda Melayu dan seniman cuba dijajah oleh minda Melayu dan Umnoisme. Mereka fikir janggal kalau penerima anugerah melawan pemberi anugerah.
Mudah ceritanya. Siapa yang memberi anugerah sasterawan negara itu? Bukankah ia idea sasterawan dan seniman sendiri yang mengajukan kepada pihak pemerintah agar menganugerahkan gelaran kepada seniman. Dipilihlah seniman yang ada, apabila semua telah diberi anugerah, siapa lagi yang akan terima anugerah? Seperti SEA Awards yang juga melibatkan dunia seniman. Sekarang siapa lagi yang akan menerima anugerah kalau semua penulis yang mapan telah menerima anugerah, mulalah penulis pelapis yang terima anugerah. Kita memang ramai penulis, tetapi yang berjiwa seniman seperti Pak Samad tak ada.
Penulis hari ini suka berdampingan dengan pemimpin UBN untuk mencari ketenaran dalam dunia yang kecil. Mereka rasa megah kalau dapat duduk bersama Pak Jib dan Mak Ros. Ini seniman yang gemar menempel. Hakikat seniman, mereka tidak perlu mendekati golongan VIP atau menumpang kehidupan mereka. Seniman tetap seniman.
Dunia seniman tidak setakat menulis cerpen, novel, artikel budaya dan sebagainya. Seniman meliputi apa saja bidang kesenian. Seniman makin melebar, maka ada persatuan Seniman, sayangnya yang dikatakan seniman adalah orang seperti Jins Shamsuddin, atau Aziz Sattar itu. Mereka hanya pelakon filem dan drama. Aziz hanya pelawak konyol. Seniman perlu lebih dari itu. Ramai seniman takut bercakap yang menentang arus. Semua senada dengan Umnoisme. Takut sangat nasi tak ada dalam periuk. Inilah hakikat seniman kita hari ini. Orang yang menongkah arus seperti Pak Samad memang tak ada. Orang pencen DBP pun tak berani bersuara, mereka rasa macam UBN juga.
Apabila Pak Samad kempen jangan baca media arus perdana, sebenarnya blogger ini dah lama amalkan kempen itu. Dah lama saya tak baca Utusan, Berita Harian, The Star, Strait Times dan juga tak nak tengok berita TV1/2, TV3, TV7 dan sebagainya.
Memang dah tak percaya langsung, sebab saya pun pernah jadi wartawan kecil, dan tak pernah bercita-cita nak berkeliling di kalangan pembesar Umno. Sekali lagi, Pak Samad perlu menggerakkan masa agar atidak menatap jaringan media arus perdana, boikot, biar kaki tangan melayu yang ada tak makan, tak apa, kerana mereka menulis untuk dapatkan upah. mereka menceritakan keburukan orang, memfitnah, biarlah Allah membalas kejahatan mereka jika mereka tak sempat taubat.
Seniman di kalangan artis pula, sudahlah, jangan hipokrit dengan dunia seni yang kecil ini. Tak ke mana nama yang hebat itu. Selebriti tidak sajar dijadikan label diri. Seorang selebriti adalah lebih daripada sekadar menyanyi satu album tak laku, terlalu ramai nak jadi selebriti, sedangkan dunia seniman kita kecil sahaja, tidak sehebat Bollywood atau Hollywood, tidak sehebat Tiger Wood, dan apa lagi yang woods?

BEBERAPA NOTA LAMA

1. Solat terawih mulai kendur, selalu ana dapat saf kedua ketiga atau empat, tetapi la ni dah dapat saf pertama pula belakang imam. cupuk mudah dan longgar. maknanya benar telahan ana selama ini, mula-mula sahaja orang bersemangat nak rebut pahala, semakin dekat malam yang ganjil, orang makin berperangai ganjil, nak cat rumah, pasang permaidani, langsir baru dan macam-macam, pendeknya nak tayang habis.
2. Kes gereja yang diserbu oleh Jais menimbulkan bahan baru kepada orang muda dalam umno. muncullah jaguh-jaguh islam yang berani mati, berteriak-teriak, mereka sedih kerana banyak melayu murtad. sedangkan selama pemerintahan umno, melayu dah lama murtad, melayu kerja kilang arak, melayu jadi ahli lembaga pengarah, semua ini mereka tak nampak,mereka hanya nampak gereja sahaja, akan tetapi jika majlis penggerejaan itu anjuran UBN tentu jadi kisah lain. mereka tak sibuk pun Pak Jin jumpa Pope di Vatican. adakah ini ada kaitan dengan toleransi agama? tulah yang hairannya, melayu ni sibuk dengan benda-benda yang ada di seberang, tetapi bila kena pada mereka, mereka buat-buat tak nampak pula.
3.Sibuk-sibuk hal gereja dalam pertengahan bulan Ogos ada kaitan dengan isu mengancam keselamatan negara, iaitu isu KP segera yang ditaja oleh UBN dengan kerjasama JPN dan SPR. isu gereja sekurang-kurangnya nak tutup malu UBN yang selama ini telah banyak menipu melayu.
4.Di mana-mana sesak sekarang, orang kita sibuk membeli juadah berbuka. selagi ada yang nampak sedap, semua nak dibeli, sampai di rumah, benda dah basi, selepas buka, banyak yang berbaki, nak simpan tak boleh, ayam percik dah rasa lain macam, kuih yang ada kelapa parut rasa masam, banyaklah kisahnya, semua ini pembaziran. bulan ramdan juga adalah bulan pembaziran di kalangan melayu muslim. kalau tengok di pasar raya, mereka beli barang seolah-olah kedai itu akan tutup esok, jadi belilah hari ini, jangan tak beli.
5.Tokoh yang bercakap tentang bab murtad tu bukanlah ustaz-ustaz yang berilmu, tetapi jaguh-jaguh melayu yang nak tonjolkan diri. sibuk bercakap tentang melayu murtad. sebenarnya kemurtadan melayu ini ada kaitan dengan status kehidupan seseorang, keluarga yang kahwin campur, keluarga yang pandangan hidupnya membarat dan liberal, keluarga yang tidak punya ilmu agama, keluarga yang merasakan diri mereka bangsawan, hubungan rapat dengan cara barat, berfikiran barat dan amalkan cara barat. mereka tidak berfikir sebagai melayu, tetapi sebagai orang barat. mereka benci melayu sebab melayu itu liwat, melayu itu dusta, melayu itu rasuah, melayu salah guna kuasa, melayu tipu melayu, suka mewah-mewah, suka jadi orang perut boroi dan macam-macam keburukan melayu.
6. Orang miskin pun ramai yang jadi murtad, sebab orang melayu tak nak tolong melayu, budak-budak melayu pergi gereja minta makan, minta pakaian, duit raya, semua ini pemimpin melayu tak peduli, sebab mereka sibuk nak kumpul harta, apabila keadaan dah parah barulah mereka marah-marah. tunjuk perasaan depan masjidlah, mereka ini macam tak tahu apa yang sudah berlaku. orang miskin, lama tak makan, tidak ada rumah, tidur kaki lima kedai, depan restoran lagi, apa rasanya kalau melihat orang makan mewah sambil enjoy? ketika lapar itulah, siapa yang hulur tangan akan mereka ikut, tak pedulilah makanan itu halal atau haram, jadi perut diisi. orang yangh bagi makanan pun faham, mereka bagi yang halal. ini semua kaum dah tahu.

Siapa Bilang Salafi Pelit Bershalawat?

Siapa Bilang Salafi Pelit Bershalawat?

Siapa Bilang Salafi Pelit Bershalawat?

Siapa Bilang Salafi Pelit Bershalawat?

Friday 5 August 2011

Kadirun Yahya Guna Batu Halau Komunis?

Nama Kadirun Yahya orang tareqat Naqsyabandi memang tak ramai yang kenal. Namanya disebut-sebut dulu dalam tahun 1980-an apabila Menteri Pertahana, TS Hamzah Abu Samah, mint ajasa baik "dukun" ini untuk gunakan air tawajuh dan batu krikil untuk mengusir komunis di hutan Pahang. Bunyinya macam mengada-ngada, tetapi perkara ini disentuh dalam sebuah buku tentang tareqat berkenaan.
Nampaknya para pemimpin negara memang dari dulu suka kepada bomoh dan dukun. Kes Datuk Mazlan, Kuala Lipis masih menghantui sejarah perbomohan dan politik di Malaysia. Sejak kes seorang datuk dipotong-potong oleh bomoh Mona Fendy dan suaminya, serta pembantunya Juraimi, ia semacam badi kepada rakyat Malaysia. Kes bunuh menjadi-jadi. Kalau tidak bakar, cekik, hentak dan potong macam potong daging lembu. Inilah kekejaman manusia yang dulunya hanya didengar melalui berita-berita luar negeri, sebaliknya menular dalasm negeri. Ada sahaja jenayah dahsyat, semuanya seperti gagal ditangani oleh pihak polis, kerana mereka hanya peduli kepada ceramah politik pembangkang di mana-mana. Ceramah sentiasa diburu dan diburu, seolah-olah penceramah itu bukan rakyat Malaysia. Sebaliknya Tuk Jibun boleh buat ceramah di sana-sini, dan pihak polis buat dek sahaja. Patutnya, Pak Jibun pun kena sembur dek air sebab buat perhimpunan haram yang dihalalkan.
Berbalik kepada soal bomoh, memang masih tebal kepercayaan masyarakat kita kepada bomoh. Amalan yang menyimpang, yang boleh menjadikan seseorang syirik tidak dipedulikan masyarakat, penguatkuasa agama pun tak peduli. Mereka hanya ambil kisah kalau ada khalwat, duduk berduaan. Padahal mana lebih parah, dukun yang menyebarkan kesyirikan dengan pasangan yang hanya menebarkan dosa besar? Para ulama memandang, syirik lebih bahaya daripada sekadar syak khalwat tadi. Dosa syirik jauh lebih parah daripada dosa khalwat tadi. Begitulah hujah ulama berdasarkan nas.
Kita tidak dengar lagi hujah tegas, hukum menggunakan tenaga dukun untuk sesuatu perkara. Mungkin minda kedukunan masih relevan dengan masyarakat Melayu purba, maka kita tidak ambil kisah. Wallahu a'lam. []

Wednesday 3 August 2011

Bab Terawih: Baru Tiga Hari dah Kendur

Solat di sebuah masjid di tempat tinggal. Mula-mula memang penuh. Semasa solat isyak, berjejal tua muda dan kanak-kanak sampai tak cukup tempat. Kanak-kanak tak apalah. Biar mereka biasa dan tak canggung berada di masjid. Lepas solat isyak, ada juga orang keluar. Maknanya tak sambung ke terawih sebab solat sunat sahaja.
Masa solat terawih dimulakan kawasan dewan penuh. Daripada baris akhir, tempat saya memulakan solat, akhirnya saya berganjak dan terus berganjak ke saf pertama begitu mudah. Banyak ruang kosong untuk menyelit. Dan ketika solat terawih, walaupun imam tak hafiz, ramai juga yang lelah nak meneruskan.
Biasanya, orang memilih 8 rakaat sahaja. Dapat buat sebanyak ini mereka akan tinggalkan masjid. Soal mereka sambung di rumah atau urusan lain atau sengaja memilih 8, tidak ada perdebatan. Tak perlu diperdebat sebenarnya kerana mereka telah melakukan solat terawih 8 rakaat. Itu lebih baik daripada yang tak buat langsung, contohnya yang sibuk membeli-belah, sibuk di restoran makanan segera, sibuk buang duit beli baju baru, atau sibuk main mercun walaupun diharamkan.
Akhirnya dalam pukul 10.30 malam baru habis termasuk witrnya. Kemudian disusuli tahlilan. Ada nama arwah yang disebut beberapa orang sebab ada borangnya. Perkara ini sudah lumrah di kebanyakan masjid di wilayah dan sekitarnya. Mungkin ada yang kada bid'ah. Akan tetapi yang nak diceritakan ialah, sehingga akhir solat, yang ada adalah satu baris plus 16 orang lain. Jadi, tak ramai. Mungkin mereka mengantuk, esok nak kerja kena bangun pagi. Memang dalam bulan puasa ni, ramai orang mengantuk. Di lantai masjid biasanya orang terlentang keletihan. Tidur sekejap. Masjid tak perlulah bengkeng sangat melarang orang tidur macam ini. Bulan puasa.
Yang patut kita nak bengkeng adalah mereka yang asyik membelek kasut, baju dan macam-macam nak sambut raya. Kemudian belek bunga tiruan. Langsir dan entah apa-apa lagi. Kalau boleh semua nak dibeli. Seorang makcik beritahu saya dia dapat KWSP tak banyak mana, sekitar belasan ribu sahaja. Tetapi semua orang kerubung dia minta sikit. Lama-lama dah tinggal sikit. Bekal untuk tua tak ada. Inilah fenomena masyarakat kita, sesama adik beradik pun tidak simpati. Kalau ada adik beradik yang bekerja, ada gaji bagus, tak payahlah nak berebut harta itu, pinjam ke atau apa. Biasanya dalam bab pinjaman ini orang tak ambil peduli. Inilah kejahilan masyarakat kita. Seperti kita berhutang kepada Allah, iaitu hutang puasa, hutang kifarah, percayalah... ramai orang yang berhutang, tapi tak mampu nak bayar hutang puasa. Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah diri.[]

Siapa Lagi Yang Zalim?

Di dalam sejarah kezaliman ada beberapa nama makhluk yang zalim, selain para penguasa yang serakah dengan harta benda di dunia ini.
1. IBLIS. Iblis yang diciptakan dari api, "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum Adam dari api yang sangat panas." (al-Hijr: 27). "Kecuali iblis. Ia adalah berasal dari golongan jin. Kemudian ia mendurhakai perintah Tuhannya." (al-Kahfi: 50). Kisah kejahatan iblis ini memang banyak terdapat dalam kitab, dan anda boleh telusuri artikel tentang iblis dalam berbagai blog. Termasuk dalam kumpulan iblis ini adalah manusia dan jin, inilah pengikut para iblis. Iblis memiliki istana di permukaan laut, ada panglima dan ketumbukannya untuk dihantar ke mana-mana untuk menyebarkan fitnah di kalangan manusia, yang pangkat tinggi paling kuat buat fitnah (semak hadis riwayat Ahmad,3/332).
2.QABIL. Telah membunuh saudaranya. "Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, oleh sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi." (al-Maidah: 30). Kisah Qabil ini sekarang banyak terjadi di kalangan masyarakat Melayu pula. Anak bunuh bapa. Bapa bunuh anak. Adik bunuh abang atau bunuh saudara. Ada yang membunuh seseorang kerana hendak menutup kes yang lebih parah. Ingatlah. "Seorang mukmin akan tetap dalam kelapangan agamanya, selagi ia tidak membunuh orang tanpa sebab." (HR. Bukhari). "Suatu amalan yang pertama kali disidangkan pada hari kiamat adalah masalah pembunuhan." (HR.Bukhari dan Muslim). Orang yang membunuh dikira orang yang zalim.
3.KANA'AN putera Nabi Nuh a.s. Anak ini tidak mahu bersama bapanya naik bahtera untuk menyelamatkan diri, malah dengan sombong hendak lari ke gunung yang lebih tinggi, akhirnya semuanya tenggelam atas kehendak Allah. "Sesungguhnya ia bukanlah termasuk keluargamu yang dijanjikan akan diselamatkan." (Hud: 46). Kisah anak Nabi Nuh a.s. ini memberi gambaran bahawa ikatan kekeluargaan jika tanpa dibarengi dengan ikatan agama atau keimanan tidak ada gunanya.
4.KAUM 'AD. Kaum 'Ad ini menurut al-Quran adalah kaum yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan, mereka menderhakai rasul-rasul Allah s.w.t. mereka menurut perintah para penguasa yang menentang kebenaran (lihat Hud:59). Kaum ini tidak patuh kepada Nabi Hud a.s. Kaum 'Ad ini apabila hendak menyeksa, mereka menyeksa dengan cara zalimnya (baca asy-Syu'ara: 13).
5.KAUM TSAMUD. Nabi Salleh a.s. menghadapi banyak masalah dengan kerenah kaum Tsamud yang degil dan tidak mendengar kata. Akhirnya mereka ditimpa bencana alam berupa gempa (baca al-A'raf: 78-79) dan (al-Fushilat: 17).