Ini seminar lama, judulnya seperti di atas, anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sedangkan pada tarikh yang sama saya ada program di Perkim, Jalan Ipoh. Saja nak tahu seminar apa tu, masuk juga ke Hotel Plaza Ballroom. Peserta kebanyakan guru-guru, entah dari mana, sedangkan saya bukan guru, tapi bekas guru yang dah tinggalkan lama dunia perguruan dan pendidikan. Saya mood saya tak cantik, apalagi hendak dengar ceramah dari Dr Rabiah Hamzah, yang mendakwa sebagai mempunyai pengalaman 34 dalam bidang pendidikan.
Dah tinggalkan guru, dia hendak menggurui guru pula. Dalam ceramah beliau menjadikan peserta sebagai budak-budak sekolah, disuruh tiup belon, dan modal inilah yang dia lakukan setiap kali ada ceramah untuk guru-guru yang khabarnya, beliau dapat jemputan juga ke Terengganu pada esok harinya. Tentu di sana pun kena tiup belon juga, tiup sebesar-besarnya supaya belon tu pecah, itulah namanya fokus, biar kita khusyuk tiup belon agar menjadi. Ada juga belon yang ditiup tak sampai besar, tapi picit dengan jari biar meletup.
Guru-guru yang dah berumur ego juga rupanya, bangga sangat dengan pingat cemerlang yang mereka dapat, maklum, dunia cikgu hanya di sekolah, siapa nak hargai mereka kalau bukan cikgu juga, jadi ibarat duduk dalam dunia kecik,.itulah tanggapan yang saya dapat apabila berada di kalangan para guru, saya dah tinggalkan bidang pendidikan dalam tahun 81 ketika Dr M mula jadi PM. Mula-mula Dr M ni okay dengan pembaharuan itu dan ini, lama kelamaan dia naik daun, merosakkan sistem, dialah yang menderhaka kepada raja-raja melayu, tetapi orang Umno tak peduli pun, mereka hanya sibuk tatkala PR dah tawan beberapa negeri.Sedarlah puak Umno bahawa talian hayatnya ada pada raja Melayu.
Ada beberapa hal yang disentuh tentang sikap guru, guru yang hanya fikir gaji, kebanyakan inilah sikap guru di Malaysia. Soal rumah, soal kereta, kalau boleh paling hebat dan bergaya. Minda guru menganggap hanya jawatan guru sahaja yang mulia. Mulia atau tidak bergantung kepada cara guru gunakan masa, kata Dr Rabiah, 5 minit lewat masuk kelas, rezeki sebulan tak halal. berapa banyak cikgu yang selalu melambat masa untuk masuk kelas? Tak usah temberanglah, memang kebanyakan guru, semakin lama mengajar makin tak berguna, pandai curi tulang, bila dah pencen megah jadi guru. Ingat, ada guru yang hanya mengajar apa yang disukat dan dipelajar, itulah sukatan pelajaran namanya. Ada guru yang tak bersedia jadi guru, mereka pilih guru sebab bidang lain tak tahu, dari sekolah rendah hingga menengah, guru jugalah yang dia tahu, peguam, doktor, jurutera, jururawat, ahli farmasi, penyelidik, pemikir dan macam-macam tidak ada dalam kamus guru.
Mereka lebih utamakan pencen, penghargaan dari Umno yang biasanya, guru adalah juga orang kuat parti. mentaliti ini sudah dipupuk lama, itu sebab semua Timbalan Perdana menteri kena jadi Menteri Pendidikan, guru-guru yang banyak mesyuarat. Itu zaman 70-an, 80-an, sekarang dah berubah. Umno tak boleh gunakan guru-guru lagi sebagai alat untuk menekan rakyat. Sekolah dijadikan medan propaganda oleh Umno, sedangkan parti lain ditegah masuk ke sekolah. Anasir subersif Umno adalah guru-guru di sekolah. Mereka gunakan peralatan sekolah untuk menmyempurnakan agenda parti. Ini pengalaman saya di Pahang dulu, dan pernah menyertai mesyuarat Bahagian di Chenor, Pahang.
Ceramah Dr Rabiah ini hanya sesuai untuk guru, dan tidak sesuai kepada saya, sebab saya bukan guru, tak perlu motivasi lagi. Tak perlu tiup belon.
Ada satu perkara yang terbuku dalam minda saya, sebagai seorang penceramah yang dikatakan berpengalaman, sepatutnya Dr Rabiah bertanya kepada hadirin dulu, adakah semua yang hadir itu guru-guru. Bagaimana yang bukan guru? kerana asyik bercakap tentang cikgu sahaja, akhirnya, sesi ceramah beliau saya tinggalkan, saya duduk di restoran mamak dan ajak kawan sembang-sembang. Ceramah Dr Rabiah membosankan saya. Dia tidak bertanya kepada khalayak, siapa yang hadir, dia makin rempuh dan anggap semua orang guru. Kaum guru di kiri kanan saya tak bersahabat sebab orang yang bukan guru dianggap tak ada ilmu. Ego guru selalu begitu. Kalau guru tinggal di kampung, semua orang dianggap tak reti, hanya guru sahaja yang reti, dan jadi tempat rujukan. mentaliti lapuk dalam Umno ini masih ada sampai sekarang.
Untuk buat ceramah, pastikan audien kena pada sasaran, kena kaji latar belakang orang yang hadir. Adakah penganggur, pemikir, penulis, kerani biasa, atau suri rumah sahaja. Jangan anggap seminar itu dihadiri oleh orang yang sama.
ceritanya begini, seorang guru yang terlibat dalam jawatankuasa persatuan panik, bimbang tak ada peserta, dia suruh kerani sekolah rendah hubungi kawan-kawan dalam Perkim untuk meramaikan. Inilah puncanya. Saya masuk ke dalam sebab isteri dan rekodkan nama saya, sedangkan program itu sasarannya siapa? Saya tanya isteri, lain kali semak dulu, ia seminar apa, jangan asal daftar nama kerana desakan kerani sekolah itu. Akhirnya, seminar itu (24 Julai 2011) saya tinggalkan. Satu kertas pun saya tak bawa keluar kecuali buku nota yang memang saya bawa setiap kali saya bepergian ke mana-mana. Jadikan ini pengajaran.[]
No comments:
Post a Comment