Thursday 29 September 2011

APA NAK JADI OH MALAYSIA?

Rakyat Malaysia mungkin malu mempunyai pemimpin yang tidak cinta kepada negara. Pemimpin seperti Dr M sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan dirinya. Di antara contoh pemimpin yang tidak cintakan negara adalah pemimpin yang hanya hendak mempertahankan kuasanya. Mereka melakukan apa sahaja walaupun dibenci rakyat. Dr M adalah contoh pemimpin yang tidak disukai rakyat.
Kini, dalam tahun 2011, kepincangan Dr.M makin ketara diperkatakan. Antara yang jelas menjengkelkan kita semua adalah kesanggupan pihak Umno memberi kerakyatan kepada warga Indonesia dari Bone dan Enrekang yang menetap di Kg Air Batu Dua, Sandakan. Mereka memiliki MyKad, sedangkan ada orang tempatan MyKad pun tak ada kerena kerenah birokrasi, tak ada surat beranak dan sebagainya. Jadi, siapa kata surat beranak itu penting? Pendatang dari seberang boleh memiliki MyKad asalkan mereka menyokong UBN. Itulah kepincangan pemimpin BN yang makin terdedah sejak akhir-akhir ini. Bilangan nelayan dari Sulawesi itu mencecah 5 ribu orang. Mungkin lebih lagi.Kebetulan di Ampang, Selangor, saya tinggal berjiran dengan dua warga dari Sabah, setelah diselidik kerana saya dapati orang ini bertutur dengan menggunakan kalimat bahasa Indonesia yang tidak diajar di sekolah menengah Sabah, telahan saya tepat. Saya dapat melihat MyKad dan kartu penduduk asal dari Bulungan, Kaltim.
Paling ramai adalah pendatang dari Kalimantan, kemudian dari kawasan lain. Di Chow Kit KL sasya berkawan dengan siapa sahaja, rata-rata orang yang saya temui di Masjid Pakistan adalah anak-anak dari Indonesia yang sudah bermastautin lama, kalau balik kampung pun, mereka akan datang semula ke KL. KL sudah jadi lubuk duit. Mereka kata senang cari duit di Malaysia berbanding di Indonesia.Beberapa orang Indonesia yang saya temui turut melontarkan kritik terhadap Najib dan Rosmah, maknanya mereka juga celik politik. kalau begini mereka tidak akan undi BN dan Umno.
Kita tidak semak lagi berapa bilangan orang Vietnam yang menjadi warga Malaysia? Berapa bilangan warga dari Selatan Philipina menjadi warga kita setelah menyusup dari Sabah? Berapa yang dari Sulawesi? berapa dari Kalimantan? Berapa dari Jawa? Berapa dari Sumatera? Berapa dari Batam? Berapa dari Patani? Berapa dari Bangladesh? Berapa dari Mynmar? Dari India, dari Nepal dari Timur Tengah, dari Afrika? Pakistan? Afghanistan? Kazakstan?
Nah, akhirnya masyarakat majmuk kita semakin kompleks. Sudahnya masalah sosioekonomi negara pun bertambah kompleks juga. Di mana tempat tinggal, pekerjaan, pelajaran, generasi mendatang mereka, dan di sinilah orang politik main peranan seperti yang dimainkan oleh orang Umno, menarik seramai mana yang ada untuk diUmnokan dan diBNkan, kemudian diminta menyokong apa sahaja usaha pemerintah yang korup.
Maknanya, Umno dah tak percaya kepada orang Melayu, kerana sebahagian besar Melayu menolak Umno kerana Dr M telah melakukan penipuan besar dalam sejarah negara.
Ekonomi Melayu tidaklah baik sebagaimana digembar-gemburkan, jika anda selidik siapa pemilik gedung perniagaan besar di KL, sebahagian besar adalah milik pendatang asing atau dari kumpulan etnik yang sama. Siapa pedagang kain yang popular? Memang nama macam melayu, mereka asyik mainkan lagu Hindustan sepanjang masa. Gula-gula Melayu adalah pakaian fesyen stail Melayu, baju Melayu, samping, songkok, songket, tetapi semuanya pedagang etnik bukan Melayu. Melayu yang ada nampak maju CK Rahim, jual kerongsang, dulu dia jual kaki lima di Jalan Masjid India tahun 80-an. La ni dia dah maju, ada beberapa buah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Memang dia contoh terbaik, tidak sombong, masih duduk di warung Pak Yob, minum teh, makan nasi lemak bungkus, tidak masuk restoran besar, padahal dia mampu sangat. Rahim ni isterinya cikgu. Tak tahulah sekarang. Dia satu contoh Melayu yang berjaya di tengah himpitan etinik lain. Di Jalan Masjid India dah tentu kalangan India Muslim yang kontrol (teringat pada KIMMA). Tengoklah Hanifa sekarang sudah memiliki pasaraya sendiri, dulu bangunan itu diduduki oleh Kem. Kebajikan Masyarakat WPKL. Sebagai pendukung Dr M Hanifa sanggup pasang banner besar gambar bekasan PM yang ada. Sungguh Hanifa ni pernah berkata kepada kawan saya Azizi Tukang urut, "Awak tahukah itu Mahathir serupa kita, mamak jugak, awak ingat dia Melayu ka?"
Tauke Hanifa menghadapi masalah kesihatan, khabarnya kena buatan orang. Dia tauke besar, ada hotel ada apartment, di KL dia lepak di City One Plaza, dekat Semua House. Dengan itu tak hairan kalau dia jual buku Dr M yang terbaru. Buku Dr M bukan buku untuk Melayu, sebab dia telah membawa citra India Muslim, etnik ini nampaknya tidak mesra pelanggan dengan restoran Melayu, gerai Melayu atau apa sahaja makanan Melayu. Mereka hanya berselera dengan samping dan songkok dan ingin kahwin perempuan Melayu agar transformnasi jadi Melayu itu lebih pantas.
Dengan kehadiran tiga kaum (etnik) inipun sudah menjadi negara sukar mengukuhkan perpaduan apa lagi kalau masyarakat kita semakin mekar dan bermacam-macam (heteronomie?). Perpaduan kaum di Malaysia masih rapuh. Umno selalu bising dengan perpaduan kaum dalam Pakatan Rakyat. Mereka gunakan macam-macam cara untuk merosakkan perpaduan kaum.
Umno anti perpaduan, setiap hari mereka meracuni orang Melayu supaya bencikan DAP bencikan PKR. Sedangkan MIC, MCA, Gerakan itu siapa orangnya? Umno pertubuhan yang dibelai manja oleh orang putih.Parti ini milik golongan bangsawan Melayu kacukan dan campuran. Umno tidak mampu menaikkan Melayu sebabnya pemimpin Umno bukan Melayu jati.
Saya teringat tulisan Dr M tentang penyakit koro di kalangan Melayu. Kenapa dia suka sangat dengan perkara begitu. Apakah dia ini etnik yang gemar dengan hal dalam seluar? Buktinya Dr M telah mencetuskan idea bagaimana nak jatuhkan karier politik orang lain. Kalau tidak sependapat dengan dia, kita kena jatuhkan orang dengan cara mencipta skandal. Bolehkah skandal dicipta? Dr M telah melaksanakan dengan kes Liwat I manakala Najib mengekori dengan kes Liwat II.
Inilah dasar yang dimegahkan oleh pemimpin Melayu, bukan menaikkan nama Melayu di mata dunia, tetapi Dr M telah merosakkan imej Melayu. Najib juga merosakkan imej Melayu. Di Sulawesi sana, Najib konon adalah berdarah bangsawan Sultan Sulawesi Selatan. Bacalah dalam laman tentang Sulawesi.
Saya teringat Tun Razak ketika pergi ke China dalam masa yang sama dia juga dapat anugerah dari Sulawesi (tempat nenek moyangnya) tapi benda itu tidak berani disiarkan dalam akhbar tempatan takut orang-orang China Malaysia sensitif. tengok tu, PM Tun Razak pun orang Sulawesi, bukan orang Malaysia asalnya.
Tetapi di zaman Najib lain pula, nelayan pun diberikan MyKad. Anak nelayan di Malaysia ada yang tidak mempunyai MyKad kerana tak ada surat beranak. Nampak sangat peraturan kita main-main. Orang kata menipu data peribadi satu kesalahan, tapi JPN telah melakukan lama dulu. Kawan saya dari Kalimantan yang jadi warga Sabah(?) gunakan tarikh lahir agak-agak, bubuh aje, sorang lagi dah umur 63 tahun tetapi diundurkan jadi 52 tahun. Bayangkanlah, cara Umno untuk menang pilihanraya sangat teruk.
Kita harap perkara ini diedahkan lagi, biar tembelang Umno terbuka terus. Lepas ni, siapa yang jadi pengkhianat negara? Dr M dan barisan kepimpinan dia. Kemudian diikuti oleh para pemimpin Umno yang serakah dengan kuasa. []

Friday 23 September 2011

GENG TAKUT MASJID

Ramai orang kita takut masjid. Kalau dah takut masjid, maknanya tak berani masuk ke masjidlah. Apa nak ditakutkan? Puncanya kalau sejak dari kecil tidak dijinakkan ke masjid atau surau, sampai besar, hingga rambut beruban pun takut juga. Masuk masjid seram. Gementar, takut orang tengok, orang kenal dan macam-macam yang difikirkan.
Rasanya ada sesuatu yang perlu dijelaskan kepada ramai apa sebenarnya fenomena takut masjid yang melanda umat Melayu yang ada.Rasanya orang lain pun mengalami masalah sebagaimana yang saya alami. Ada beberapa contoh untuk dijadikan bandingan. Bukan pendedahan, tetapi suatu kebenaran.

ANAK JANTAN BEKAS MENTERI
Saya kerja di rumah bekas menteri kabinet era 70-an yang terkenal di Jalan Ampang Hilir. Selama saya kerja, saya tak pernah diberitahu oleh driver bahawa dua anak jantan Tan Sri (Tun) atau cucunya keluar rumah pada hari Jumaat, maksudnya untuk solat Jumaat.
Kalau Jumaat pun tak ada, solat hari raya pun apa lagilah.
Kesimpulan, ada bekas menteri kabinet kerajaan Umno tidak faham Islam sebenar, yang mereka faham hanya pakai songkok, samping, baju Melayu, itulah Islam mengikut fikiran mereka.
Mungkin rasmi masjid, berarak tepung tawar dan macam-macam lagi yang rasmi menjadi kefahaman mereka sebagai salah satu benda amalan dalam Islam.
Mereka tak fikir itu adalah amalan orang Melayu, bukan amalan Islam.Inilah jenis yang saya kategorikan sebagai takut masjid. Seorang lagi kawan lain cerita. Dia ni juga sepanjang saya kerja dengan dia tak pernah saya tengok dia ke masjid atau solat sendiri di pejabat. Padahal ada masjid dekat pejabat.
Kawan saya, sama-sama kerja, lebih tua dari saya, pelukis ilustrasi, juga tak suka datang ke masjid. Dia sanggup tunggu saya solat Jumaat habis baru dia nak jumpa saya. Ajak masuk masjid tak endak.Saya gagal nak jinakkan dia masuk masjid, bulan puasa semanjang tak puasa. Saya hairan sungguh. Adakah pelukis macam ini? Saya pun tertanya-tanya juga.

BERANI TAPI TAKUT
Ada geng dari Kuantan pun gitu, boleh masuk masjid, berani. Tapi kasut pun tak buka. Takut hilang, dah gitu tak payah buat apa-apalah duduk dan tengok-tengok macam pelancong Jepun. Ada pula tu sanggup tunggu lepas solat, dia menunggu di seberang sungai. Bukankah menunggu itu membosankan? Sekiranya dia masuk ke masjid, tak payah nak tunggu-tunggu semua.
Sebenarnya, kita telah dinasihatkan agar memilih kawan yang membawa kebaikan kepada kita. Jangan sampai kawan itu merosakkan kita. Kalau kawan takut masjid kita pun nak ikut takut, maka itu tak bolehlah. Kemudian cari kawan yang berilmu, bukan ilmu bomoh atau dukun, tetapi yang membawa kebaikan kepada saham akhirat. Fikir-fikir, nak cari kawan yang istiqamah memang sukar, bukan tak ada, ada di luar sana, cuma kita hanya kenal yang ini sahaja. Itulah yang rapatnya pun.

TUK PANGLIMA KINTA, IPOH
Tetapi ada seorang kawan yang saya panggil Pak Din. Dia ni betul kaki masjid. Nak jumpa dia datanglah ke masjid. Dia ada di mana-mana. Dulu ketika ke Ipoh, saya teringat Pak Din. Dia cakap, kalau pergi Ipoh, jenguklah Masjid Tok Panglima Kinta dekat sungai.
Saya pun jenguk pagi-pagi, bawa sarapan sekali siap berbungkus.
Saya ada agenda nak pergi Lumut ketika itu. Tak boleh lengah-lengah. Sampai pintu masjid saya tengok Pak Din tengah tidur. Kalau nak kejutkan nanti panjang ceritanya pula. Maka sahlah, Pak Din ada di situ. Saya letakkan bungkusan sarapan pagi di sisinya.
Elok juga, ketika jumpa dia di Masjid Jamek LRT,KL, saya bagitahu dia tentang hal itu.
"Patutlah ada bungkusan makanan pagi-pagi. Tak tahu pula siapa yang letak," katanya. Kelakar!
Akan tetapi orang macam dia selalu diperalatkan orang. Dia orang tua, sekarang kawan bergelar Datuk peralatkan dia suruh kutip derma tipu.
Tak kan Datuk buat kerja macam ni?
Tak percaya sudah. Sampai saya tegur Pak Din, cukuplah. Jangan ikut Datuk lagi. Dia nak peralatkan Pak Din. Mengikut cerita seorang jemaah lain, Pak Far, sudah beberapa kali Pak Din kena tahan pihak tertentu gara-gara bawa list derma. Semua ini adalah arahan Datuk tadi.

GENG BERANI LAIN PULA CERITA
Aduh, macam-macam hal dibuatnya. Dari yang takut masjid sampai yang kepada paling berani kepada masjid. Boleh tidur dan lepak di masjid, boleh basuh baju dan kain. Itu dulu. Sekarang masjid semakin eksklusif, berpagar, berkawat, tak dibenarkan masuk kecuali time solat. Habis nak dhuha bolehkah? Tak boleh maaf, cari masjid lain. Amboi, garangnya.
Nak qiamulail boleh tak? Tak boleh, nanti kipas hilang, peti duit hilang. Amboi, nak curi buat apa curi kipas dan peti duit yang berat tu? Orang sapu duit ratusan juta tak kisah pun!
Habis apa yang boleh di masjid? Solat fardu dan solat Jumaat aje.
Tazkirah boleh masuk tak? Terpinga-pinga budak yang jaga masjid. Jangan nanti di pintu masjid ditambat haiwan buas sudahlah. Bertambah takut dan gerunlah geng yang takut masjid.

Saya dah guna macam-macam kaedah nak ajak mereka pergi masjid. Tak solat pun tak apalah, janji masuk tandas masjid ke, duduk rehat-rehat ke, nanti lambat laun jinak juga. Pun tidak.Pernah suatu ketika saya pergi Terengganu waktu malam, singgah di sebuah surau, mereka mengantuk tidur di wakaf, sedang saya masuk surau solat subuh.Hanya guna tandas dan nak mandi untuk meneruskan perjalanan ke Besut, Terengganu.

TIDUR DI MASAI

[Masa pesta buku, cari hotel dah penuh] Seorang teman yang juga takut masjid, hanya sanggup letakkan van niaga di laman Masjid lama Masai. Saya tidur di masjid bersama orang tempatan di Masai, kawan saya tidur dalam van sambil dengar lagu sentimental Elton John (gay). Malam itu saya ingatkan dia jangan pasang lagu kuat ini masjid, apa terjadi tak tahu. Esok pagi dalam pukul 5.00 sebelum subuh, dia dah mengadu duit niaga habis kena sapu orang, beg pakaian saya pun hilang sekali.Saya diam. Muhasabah diri.
Datang ke masjid kalau tak solat apa gunanya? Solatlah, masjid bukan tempat untuk parking van niaga, nak mandi atau cuci baju. Solatlah. Dia diam.Hukuman dah datang secara tunai. Nak harta dunia, harta dunia dah disapu dek budak-budak dadah di pekan Masai, Johor.
Baru-baru salah seorang kawan telah masuk wad. Saya jenguk. Dia menangis, menitik air mata.Entah kenapa. Dia takut mati itu menurut fahaman saya, sebab dia bagi tahu, tanda orang nak mati kakinya sejuk. Saya pegang kaki dia, panas. Saya yakinkan dia, bahawa dia bukan sakit kronik. Saya papah dia ke tandas, keluar tandas, saya rasa terharu, dia ambil wuduk seberapa yang terdaya, saya terharu, sejak sekian lama, sejak saya berkawan dengan dia, inilah kali pertama saya tengok dia ambil wuduk, saya terharu. Adakah dia sudah dapat hidayah?

URUT
Ini contoh yang paling dekat kepada saya. Ketika kerja di rumah Tun, saya ada seorang kawan bernama Tali, namanya pelik sikit. Dia hanya baca Utusan Malaysia, selain membaca, dia kutuk Nik Aziz dan para ulama, kutuk buat apa? Kalau kamu ada ilmu agama tak apa, ini kamu kosong.
Dia beritahu, dulu dia kaya, dia tauke rumah urut, perempuan Indonesia kerja di bawah dia di Bandar Baru Ampang, bila gian, dia boleh ajak perempuan Indon itu masuk bilik, urut sekali, dan tanam cerucuk sekali. Dia megah cerita begitu kepada saya.Ini kerja dia.
Hasil pendapatan yang tidak berkat ini kemudian makan diri balik. Rumah urut haram, kena serbu, gaduh, orang repot, akhirnya bungkus. Kereta yang dimiliki kena tarik.
Saya masih ingat, dia ada tulis dalam kertas, "Nik Aziz makan babi, dan sembelih babi." Itu tuduhan dia. Paling benci dengan Anwar Ibrahim,.jadi dia ini konon Umnolah.
Tapi tak kan Umno tak nak tolong hidupkan balik business rumah urut tu, boleh ajak perempuan Indon berseronok untuk lepas gian. Orang macam ini juga takut masjid, takut islam, phobianya terhadap islam terlalu tinggi, macam kebanyakan orang Umno sekarang.

MASUK HALAMAN JADILAH
Satu lagi geng takut masjid saya ajak ke masjid Pakistan Chow Kit. Mula-mula dia ajak saya duduk di restoran, buat apa, nak solat,  dah dekat jam 1.00 tghri. Saya ajak masuk kawasan masjid. Dia nak solat atau tidak saya tak pedulilah. Saya dah ajak dia masuk di halaman masjid. Dia sembang dengan Datuk, orang Perak yang sentiasa memakai tali leher, dan saya tak tahu apa kerja dia, dulu dalam tahun 80-an hujung dia kahwin dengan adik Datin paduka, tinggal di Salak Tinggi, Sepang.
Saya tak tahu Datuk dapat dari mana, dan apa jasa dia. Ada yang kata dapat dari Sultan Melaka!
Dari Sultan Mahmud barangkali atau Sultan Mansyur Syah.
Masa baca The Star ada laporan, dia tak balik dah lama, tolonglah balik ke Sepang! Macam tu sekali. Ketika saya naik ke tingkat satu masjid, kawan saya yang takut masjid masih berbual dengan Datuk, mungkin kawan ini tak tahu bahawa rahsia Datuk.[]

Sunday 18 September 2011

Pelukis Realis Indonesia Herri Soedjarwanto: Kanjeng Ratu Kidul, Penguasa Laut Selatan ( *upda...

Pelukis Realis Indonesia Herri Soedjarwanto: Kanjeng Ratu Kidul, Penguasa Laut Selatan ( *upda...: "Kanjeng Ratu Kidul, Penguasa Laut Selatan" (on progress). oil/canvas. 150x120cm. Karya: Herri Soedjarwanto.
Lukisan ini dipamerka...

BUDAK INDON DI KUALA LUMPUR

Tadi saya solat zuhur di Masjid Pakistan, hujan lebat, jadi saya tersangkut di situ. Sempat berbual-bual dengan orang Indonesia yang telah bermastautin lama di KL. Dia tidak baca KOMPAS, JAWA POS, UTUSAN, atau apa, dia sealiran dengan ramai anak muda di KL, menyanggah UBN.
Kawan saya orang Sabah pada mulanya, setelah saya selidik, mereka adalah orang dari Kalimantan Timur (Kaltim) hijrah ke Sabah, jumpa orang Umno, Usno, Berjaya, dari sana hijrah ke KL. "Asal dari mana?" Sabah!
Ini cerita biasa. Memang mereka akan mengaku dari Sabah. Sebenarnya mereka orang Kaltim. Dia memiliki Kartu Tanda Penduduk No.0058-441, Syaifuddin Husin, lahir di Bulungan, tahun 1940. Dari Kecamatan Tarakan Timur, seorang lagi dari tempat sama, namanya Syed Abd Rahman Syed al-Idrus, juga dari Bulungan, Tarakan, Kaltim. Dua sahabat saya ini telah menjalani transformasi, ada MyKad biru, warganegara Malaysia, tarikh lahir main bubuh sahaja oleh pegawai JPN, begitu juga kawan yang keturunan Syed ini, di KL dia hanya bernama Abd.Rahman Ahmad, tanpa Syed, tarikh lahir diganjakkan lebih muda. Ketika dia sepatutnya berumur 63 tahun, dalam MyKad masih 52 tahun.Ini semua kawan saya di KL, warga dari seberang yang telah menjalani proses kitaran hidup. Ramai orang seperti mereka, sama juga kawan yang sembang-sembang dengan saya, ni, dia memang gemar rumah terbuka. Sebut hari dan tarikh, dia tahu di mana ada. Ketika saya temui di Masjid Pakistan, dia kata dia baru balik dari Titiwangsa, ada rumah terbuka. Baguslah tu. Makan tak diundang pergi je, nama pun open house.
Seperti dua kawan di atas tadi, kawan ini pun sudah memiliki MyKad. Saya tak selidik lagi mengundi atau tidak. Mereka sudah lama di KL, cakap stail orang kita juga, saling tak tumah. Tidak ada pelat Indon lagi. Kerja buruh gaji harian.
Seorang lagi ketika sembang-sembang baru muncul, Pak Yono dari Madura, baru mudik lebaran dan sekarang ada di KL kembali. Dia pedagang batu cincin kecil-kecilan, kekadang di Chow Kit, Masjid India, Pasar Pudu atau Masjid Pakistan. Dilihat sambil lalu, nanti ada yang bilang dari Flores. Oh, tidak kok. Inilah sekelumit catatan tentang warga seberang yang telah berguluman dengan masyarakat tempatan, bahkan jiran saya pun orang Jawa Timur di beberapa rumah sewaan. Tandanya ada sangkar burung, ayam jantan, dan itu adalah gaya atau ciri khas mereka kalau di mana-manapun. Kalau kain pelikat ya jenis Samarinda. []

JIKA LAPORAN TIDAK JUJUR

Akhbar Sinar hari Ahad(18/9/2011) melaporkan tentang kenyataan Najib yang seolah-olah tidak puas hati dengan laporan yang dia terima dari orang bawahan. Laporan yang tidak tepat, atau laporan dipinda kerana takut sesuatu tanggapan, umpamanya rumah terbuka di Pekan, yang hadir tidak seramai mana, tetapi Star Online melaporkan sampai 50 ribu orang. Dahsyat you. Itu kenyataan akhbar yang sealiran dengan UBN, akan tetapi kalau menurut wartawan yang tidak sealiran dengan UBN, kehadiran setakat ribu sahaja, tak sampai puluhan ribu. Pekan bukan besar mana, keadaannya setaraf pekan, macam tahun 80-an juga. Walaupun itu kawasan parlimen Jib, tidak mestinya Pekan berubah sekelip mata, tidak, sebabnya Jib sendiri tidak suka tinggal di Pekan yang sepi dan bagi orang muda Pekan macam pekan mati.
Tentang laporan tidak betul ini bukan dibuat oleh pegawai bawahan yang menganmpu sahaja, malah wartawan kanan, kiri, tengah, depan, belakang, semuanya mengampu juga. Mereka akan tulis artikel yang hebat-hebat, konon dengan pemansuhan ISA Malaysia dipandang negara demokrasi ulung di dunia. Aduh! Inipun statement melampau, membodek, mengampu, dan dikatakan penghapusan ISA adalah atas usaha BN. Apa bangangnya, kerajaan yang ada BN, pihak yang mendapat tekanan dari rakyat adalah pemimpin UMNO. Sudah lama rakyat perjuangkan agar ISA dimusnahkan. Kalau dimusnahkan pada menjelang sambutan Hari Malaysia, ioa bukan suatu kejayaan.
BN tidak akan hapuskan akta yang berguna untuk menutup mulut pemimpin pembangkang, kalau tidak ada akta sedemikian, BN boleh timbulkan kes fitnah macam kes liwat II yang terang-terang sebuah fitnah, tetapi atas restu UBN benda fitnah jadi benar. Fitnah juga melanda para pemimpin UBN, akan tetapi undang-undang Malaysia tidak ikut prinsip Rukun Negara, file kes hanya dibuka kalau melibatkan tokoh tertentu, kalau tokoh Umno biasanya selamat biarpun melambak orang buat repot. Perkara begini pun patut Jib susah hati, jangan ambil mudah. Jangan membuat cerita rekaan kalau hendak berpolitik. Politik lawan cara politik, kalau anda memfitnah orang hari ini, bersedialah untuk menerima fitnah pada esok hari. Kalau anda happy mengenakan fitnah dan menjatuhkan air muka orang, bersedialah pula untuk anda diaibkan oleh orang lain suatu ketika nanti. Ini hukum alam.
Anda gembira menjatuhkan seorang PM atau seorang MB Negeri dengan permainan "lompat galah" hari ini, anda perlu bersedia sekiranya akan ada orang lain mengenakan anda suatu ketika nanti. Hukum karma pasti menjadi insya-Allah bagi orang-orang yang difitnahi, orang yang dizalimi oleh penguasa yang setiap hari menabur fitnah untuk menaikkan imej mereka. Sedarlah, memainkan fitnah adalah gambaran pemimpin yang tidak berakhlak, para pemimpin Melayu hari ini telah membelakangkan nasihat ulama, tidak peduli dengan teguran, mereka hanya sibuk melayan kerenah yang membuahkan ekonomi, mereka pengapkan apa sahaja teguran kalau mengena batang hidung mereka.
Mutakhir ini, kebencian rakyat dari golongan muda terhadap para pemimpin UBN begitu nyata sekali. Akan tetapi kebencian ini dipandang sepi oleh penguasa yang masih congkak dengan kekayaan, pangkat dan kedudukan. Ingatlah, suatu ketika nanti, anda akan disingkirkan juga, apabila anda terlalu banyak berbicara, terlalu banyak membentangkan agenda yang tidak ada pengisian, akan tiba masanya, anda akan kehabisan idea, orang menjadi muak dan menyampah, ketika itu, jika anda diminta turun seperti para pemimpin lain di Timur Tengah, terima sahajalah segala ketentuan yang Allah SWT tentukan.
Tidak ada pemimpin yang menongkat langit. Semuanya akan turun juga apabila tiba masanya. Janganlah anda takut dengan musuh (pembangkang) dan bermain politik kotor. hari ini anda mengotorkan orang lain, esok anda akan dikotorkan pula oleh orang-orang yang anda percayai. Ini adalah siklus dalam kehidupan. Putaran roda kehidupan terus berdetikan. Anda tidak perlu bangga dan mengatakan setelah ISA dihapuskan, negara Malaysia adalah yang paling demokratik. Ukuran demokratik bukan pada pengisytiharan, sejauh mana praktek dan aplikasi akta-akta lain, AKTA POLIS bagaimana?
Jadi, rakyat Malaysia bukan gembira mendengar cerita anda mahu membuang ISA, rakyat bimbang akan timbul ISA BARU dengan penjenamaan baru yang lebih ganas lagi.
Buat masa ini, belum masanya kita memberi pujian berganda kepada Jib. Puak-puak dalam Umno sendiri tidak faham apa yang terjadi. Kenapa dengan tiba-tiba "jerat:" itu hendak dihapuskan. Bukankah ia talian hayat ketika Umno menghadapi krisis kelak. Percayalah, Umno akan mengalami krisis yang lebih besar daripada krisis sebagaimana di zaman Dr M. Krisis di masa itu menggambarkan pola pemikiran pemimpin Umno yang hanya memikirkan pelampung politiknya sahaja, tanpa peduli rakyat bawahan.
Apabila terdesak, apabila sokongan rakyat menurun, mulalah para pemimpin UBN merapu melakukan berbagai tindakan yang tidak popular. mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat dengan rpjek yang bukan-bukan, kesannya tidak ada, yang ada pembaziran wang, dana yang ada dipreteli untuk juak-juak dalam Umno, dan untuk rakyat bawahan dapatkan sekian ratus ringgit sahaja. Dan dengan hanya beratus ringgit itu, gempa berita dalam televisyen dan muka depan Utusan Meloya, begitu dahsyat, seolah-olah terlllu hebat, dan hanya pemimpin inilah yang mampu beri wang dua ratus ringgit kepada orang miskin. Maka pemimpin pengampu pun bertepuk tangan, mereka fikir rakyat bawahan berterima kasih, mereka sedang membicarakan sandiwara pemimpin Melayu hari ini yang tidak berjiwa Melayu, mereka nampaknya semakin serakah tatkala kuasa undi mereka kian menurun. Penghapusan ISA ini bukan suatu kejayaan, tetapi ia adalah tekanan yang dibuat oleh pembangkang sejak sekian lama. Untuk ada unjuk rasa diadakan di sekitar kota pada masa lampau? Bukankah ini yang menjadi hasilnya. Ia bukan jasa Najib. SDia sebenarnya sangat tertekan apabila hanya mendengar laporan orang bawahan yang indah-indah. Bagaimana response rakyat bawahan Dato? Beres Datuk Seri. Ramai oranmg datang, Utusan kata dekat 50 ribu. Sedang pada hakikatnya tak sampai begitu. Mood nak rumah terbuka dah kendur, pesta makan-makan makin kurang, banyak pula yang kepenatan. Jadi kalau ada orang kata rumah terbuka Pak Jib di Pekan sampai 50 ribu orang, fikir-fikirkanlah secara rasional. Wartawan mana pun janganlah diperkudakan. Kalau yang tak ada etika memang begitulah. []


Saturday 17 September 2011

MUHASABAH DIRI

Ketika menatap berbagai laman dari kalangan blogger dalam dan luar, terlintas dalam fikiran bahawa kebanyakan orang mempunyai kenangan yang mengusik jiwa. Maksud kenangan ini adalah yang ada kaitannya dengan masalah naluri semulajadi manusia - pengalaman seksual.
Tanpa adanya pengalaman ini, tidaklah terfikir oleh kita boleh orang tulis dalam blog cerita macam-macam tentang pengalaman seks mereka, tidak tahulah ia kisah benar atau rekaan, ia seolah-olah ditulis oleh blogger wanita yang mengerenyam habis, sampai hal-hal sulit pun diceritakan. Tetapi saya tetap yakin, ia bukan ditulis oleh blogger perempuan, tapi blogger lelaki.
Berkenaan dengan blog tadi, paparan tentang pengalaman seks baik dengan budak bawah umur, dengan kawan sepejabat, dengan janda, dengan isteri orang, dengan mak datin atau apa sahaja, ia sepatutnya tidak ditulis. Bukan tujuan nak bagi pengajaran kepada orang, tetapi ia tak lebih daripada cerita panas untuk menegangkan urat saraf remaja.
Kisah-kisah beginilah yang menghampirkan diri kepada zina.Orang yang pernah melakukan perbuatan zina tidak akan menceritakan kisah mereka. Bukan boleh dimegahkan. Besar dosanya jika kita bangga dengan maksiat yang kita buat. Insya-Allah link yang saya pautkan dalam blog ini ada paparan tentang maksiat tadi. Bermuhasabah dirilah, jangan cerita keaiban diri sekalipun kamu telah bertaubat.
Allah SWT telah melindungi seseorang yang melakukan maksiat pada waktu malam, tak siapa tahu, jangan ceritakan kepada orang lain pada waktu siangnya. Kebanyakan kita tidak faham, kes begini kita hebahkan untuk menjadi kebanggaan diri. Macho agaknya?
Saya ambil contoh, seorang wartawan berita-berita dan laporan seks ini pernah mendakwa dia pernah menyertai pertandingan adu kekuatan seks dengan perempuan Siam di Bangkok. dia adalah wakil Ma;laysia di pertandingan "sukan seks" itu, dia jadi juara. Sebab apa, dia guna pil dari Siam untuk kuatkan tenaga.
Dipendekkan cerita, meski betul atau rekaan, ia tidak penting. Sebagai orang Melayu dia tidak boleh cakap begitu. Mana boleh menyertai pertandingan "seks" di negeri Gajah Putih sekalipun mahu jual ubat di Chow Kit (tahun 80-an akhir).
Nak tahu apa yang terjadi, setelah lama menghilang, dan dia pun terbitkan tabloid di Ampang, hanya xcerita seks sahaja, kalau siar gambar mesti ada belahan buah dada yang menggiurkan untuk tarik pembaca mereka fikir.Kalau buat tajuk mesti kasar, VIP KETAGIH SEKS, JANDA GATAL BURU SEKS, dan macam-macam ajuk lagi, semua ini membuatkan orang nak beli tabloid jadi malu. Orang berumur nak beli tabloid tajuk begitu? Budak muda pun segan nak pegang.
Setelah lama, dalam tahun 2008 ketika saya bekerja di rumah Tan Sri Ghazali Shafie (almarhum) saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Daud Ibrahim, dia kata Mr Z sudah meninggal. Mayatnya ditemui telah reput tinggal tulang di pejabat yang terkunci rapat. Anak dan isteri tidak tahu dia hilang di mana, selepas raya, tak balik-balik, agaknya tergerak nak periksa pejabat akhbar tabloid tu, tinggal rangka, dan tak ada apa-apa lagi. Semuanya terkejut.
Apabila Daud hubungi saya, saya terus teringat akan tabloid yang sensasi dan pengakuan adakan hubungan seks di Siam untuk "sukan seks" di Bangkok. Saya termenung dan memikirkan kata-kata dari Mr Z itu.
Bukankah cerita dan laporan sensasi itu akan membawa pembaca kepada mendekati zina? Saya tak mahu ulas lebih, secara rasional, ini juga telah mendekatkan diri kepada zina. Zina ada bermacam-macam, bukan hanya setakat hubungan seks haram sahaja.[]

Friday 16 September 2011

ISA DAN HARI MALAYSIA

Semalam hari Jumaat, ada sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Jarak tempat tinggal saya dengan Dataran Merdeka kalau tak ada jem, 10 minit pun boleh sampai, tetapi kalau ada lampu isyarat semua, lebih dari itulah. Tak tengok Dataran ke untuk saksikan orang berarak sambut Merdeka II, saya tak minat langsung, orang ramai tercangak sana, tercangak sini, panas, melengas, tengok perbarisan, tarian yang mengada-ngada, pegang bendera, ada kedengaran pesawat tempur melintas, mungkin ada lintas hormat, pak-pak menteri berdiri atas pentas, tabik, dah dapat bayangkan, dan saya tak tengok TV pun, baca akhbar perdana dan macam-macam, jadi saya tak tahu kalau PM ada sebut nak hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebuah akta peninggalan penjajah yang masih dipertahankan.
Di dalam blog saya baca, ramai yang mengalu-alukan usaha PM itu, tetapi tak kurang juga yang berkata, bahawa kenyataan PM itu seperti orang terdesak. Hapus ISA adalah matlamat Pakatan Rakyat, begitu juga sambutan 16 September sebagai hari Malaysia. Sambutan ini juga ada kaitan dengan Kes Liwat II Anwar Ibrahim. Jelas ia bukan kes sebenar, tetapi sandiwara untuk menjatuhkan musuh politik. Ini sebuah permainan kotor yang didalangi para perasuah besar, sesiapa yang terlibat dalam memanipulasi kes sehingga ke tahap "berjaya" orang itu akan mendapat imbalan dari penguasa yang zalim, ada yang dapat pangkat, kedudukan, pensenatoran, peluang niaga dan macam-macam lagi. Kisah begini sudah lumrah kerana Malaysia memang terkenal dengan kes rasuah yang diselindungi.
Saya turut buat komen kepada mana-mana tulisan yang menyentuh tentang ISA itu. Ingat bahawa akta ini tidak akan dihapuskan, ia hanya diberi nama baru atau istilah cantiknya penjenamaan. Biar ia nanti dipanggil apa pun, tujuannya adalah untuk menahan sesiapa sahaja yang jadi musuh politik.Simpan lama-lama sehingga merosakkan sistem keluarga, dan budaya begini tidak ada dalam kamus Islam dan melayu. Hanya orang melayu yang keinggerisan sahaja cenderung menerima pakai ISA. Jika anda baca memoir tahanan ISA timbul rasa kebencian terhadap pasukan perisik dan SB yang juga melayu. Orang tahanan ISA dibuat macam haiwan, dihina, didera mental dan fizikalnya, dan kalau boleh semuanya hendak diUBNkan menurut selera penguasa yang zalim.
Jadi, kebanyakan blogger berhati-hati mengulas tentang ISA. PM tidak akan hapuskan ISA kerana ia adalah senjata terakhir. Akta inilah yang menjadi penyelamat mereka sekiranya mereka terdesak. Akta ini tidak perlu membawa pesalah ke muka pengadilan. Jadi kes senyap. Jika ada kes pun orang akan dilupakan kerana ia sudah masuk peti sejuk, sikap kita, dua tiga tahun sudah lupa. Tetapi anak isteri dan keluarga tahanan ISA akan ingat, dan tidak akan maafkan kepada sesiapa yang telah melakukan kenistaan itu.Dan mereka akan tuntut di akhirat kelak.
Jika benar PM isytiharkan cerita bagus kepada rakyat Malaysia, ia sebenarnya bukan tahniah yang sewajarnya. Sebagai PM dia sudah selayaknya hapuskan ISA sejak dulu lagi. Kenapa perlu tahniah? Jika orang lain lakukan bolehlah kita ucap tahniah. Itu tanggungjawab dia, bukan umum ketika nak sambut Hari Malaysia. Hari Malaysia ada kaitannya dengan cerita MP Umno nak masuk PR, tetapi kisah ini mereka langsung tak berani sebut, itu sebabnya dulu ada cerita para MP dikurung dan dihantar ke luar negeri buat lawatan istimewa.
Hari ini kisah itu bocor lepas satu, satu, dan begitu juga kisah Liwat II, adalah lanjutan dengan berbagai siri Hari Malaysia itu.
Kalau ada orang yang kecewa dengan pengumuman PM itu adalah Ibrahim Ali, Perkasa, dia mati-matian anggap ISA itu perlu dipertahankan. Elok tu, sebab Ibrahim pun kena rasa dulu duduk dalam ISA, lepas tu dia nak kata apa, tanya Zahid Hamidi, ketika di ILIM dia cerita mengenai ISA, dia masuk ke dalam kerana kes Anwar kena pecat. Dia cerita selamba sahaja, maknanya dia macam ada nostalgia dengan Anwar Ibrahim. Ini majlis anjuran Perkim.
Hingga hari ini mungkin masih berjela-jela lagi orang mengulas tentang ISA, tetapi saya dah komen, bahawa ISA tidak dihapuskan, tetapi akan timbul akta baru yang sama ganasnya. Ia digunakan untuk membungkus musuh politik. Akta ini sebenarnya digunapakai ketika terdesak, mujur mereka tak guna sangat ketika bersih 2.0, jika digunakan juga, memang UBN akan menuju kehancuran. Kini, pengumuman PM nak hapuskan ISA juga adalah rentetan daripada kegagalan Umno menguasai Malaysia. Ada negeri yang jatuh ke tangan pembangkang (PR). UBN berusaha nak rebut balik, mereka rebut secara zalim dan penipuan di pe3rak, tetapi para ulama menganggap ia tetap kerajaan haram. Ingat tu, kita baca dalam situs di luar negeri. Ulama dalam negeri tak berani ulas sangat, sensitif. Inilah cara Melayu memahami islam, mereka hanya setakat rukun islam yang basic sahaja, dan penalaran islami begini tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman.
Kawan saya yang kerja sekuriti di Maybank, Jalan Bangsar pun kefahaman islamnya tinggi setelah belajar kelas ujung minggu di UM. Ambil sijil. Dia memang minat membaca dan gemar berwacana dengan saya dengan istilah berat, pascamodernisme, postmodernisme, absudisme, strukturalisme dan macam-macam lagi. Memang saya suka dengan istilah ini kalau bicara dengannya di Masjid Jamek KL (bukan Kg Bharu ya).
Nah, tentang Hari Malaysia ini, ia sebenarnya perjuangan Pakatan Rakyat. PM bimbang sesuatu akan mengguris hari orang perjuangan di Sabah dan Sarawak. Macam sambut Merdeka, hanya orang Umno sahaja yang sambut, rakyat Malaysia lain tak mahu sambut, sebab Umno anggap hanya mereka sahaja yang berjuang menentang penjajah (?)
Zainal Kling kata negara kita tidak dijajah, baguslah. Itu bukti bahawa Umno adalah anak emas penjajah. Orang yang berjuang diluar Umno akan dianggap pengkhianat negara. Apabila bercakap tentang perpaduan, mereka tumpu kepada perpaduan Melayu dalam Umno, mereka tak tengok pula perpaduan berbagai kaum dalam PKR? Di Malaysia ini, cuba cari parti berbilang kaum, ada tak? Hanya PKR sahaja parti berbilang kaum. Gerakan tidak menjadi. Umno dah tentu melayu, tetapi melayu bagaimana? Umno cerdik akan memilih parti di luar Umno, melayu cerdik akan masuk DAP, undi DAP, undi PAS dan masuk PAS. Melayu takut-takut sahaja yang suka kepada Umno.Inilah bacaan saya secara peribadi.
Setelah ISA dihapus dan dibuatkan akta baru, kita tidak boleh tepuk tangan atau suka. Akta macam ini adalah akta zalim. Selagi ia masih berbau ISA, ia tetap ISA walaupun dinamaklan dengan nama yang indah. seperti juga ISTANA KEADILAN di Putrajaya, ia sudah ditukar nama, sebab sinonim dengan PKR. Perkataan adil dan keadilan sudah digeruni, seperti juga gerun pada warna hijau, kemudian warna kuning Bersih 2.0. Dalam pada itu, masih ramai anak-anak muda bertanya bila nak buat Bersih 3.0? Nampaknya orang muda bersemangat sungguh. Mereka dah tak mahu UBN menguasai fikiran mereka.
Nota: Saya teringatkan Suyuti Omar dengan SIASAHnya. Apa sudah jadi, tidak ada cerita dalam blog tentang tabloid miliknya itu. Adakah ia ada kaitan dengan ISA? []

Pandangan Semu: 25 kumpulan makhlus halus/jin...

Pandangan Semu: 25 kumpulan makhlus halus/jin...

Hidayatullah.com - Perlunya Mewaspadai Dosa Dosa Pengguncang Hati

Hidayatullah.com - Perlunya Mewaspadai Dosa Dosa Pengguncang Hati

Hidayatullah.com - Jangan Bangga dengan Dosa

Hidayatullah.com - Jangan Bangga dengan Dosa

Wednesday 7 September 2011

Puasa Ganti, Syawal & Ziarah Raya

Puasa Ganti, Syawal & Ziarah Raya

ANCAMAN DEMI ANCAMAN

Negara kita seolah-olah terancam:
1.Rasuah menjadi-jadi. Kes rasuah RM20 dibesarkan dalam akhbar untuk bacaan orang kampung, tapi kes RM20 juta disenyapkan. Orang fikir orang kampung tak tahu apa, bagi mereka harga getah, padi dan sawit naik dah cukup. Senyaplah orang kampung, yang sibuk hanya blogger politik je. Oleh sebab rasuah dah menjadi-jadi orang anggap ia amalan biasa, adat dan kebiasaan dunia Melayu moden.
2.Terlalu banyak PATI. Di mana silapnya, orang kata kita cukup jaga sempadan negara, jaga perairan negara, ada kepal selam lagi (tak guna agaknya?), ada marin, adan kastam ada imigresen, tapi bolos juga, mungkin ia ada kaitan dengan perkara pertama di atas, kata mufti Perak, inilah punca masalah terbesar di negara kita.
3.Banyak main politik. Terutama pihak Umno. Merasakan mereka tersepit, maka mereka gunakan media yang ada untuk memainkan isu yang bukan isu, contoh Mat Indera, ia hanya catatan sejarah, tak perlu nak repot polis semua, sebab ada kes yang lebih besar macam rasuah orang besar yang dipendamkan, repot dah buat tapi tak pernah siasat, sistem peradilan negara hanya untuk rakyat miskin. Puak Umno sibuk kata orang lain berpolitik, tak buat kerja, padahal semua menteri Umno asyik main politik, majlis rasmi kerajaan pun mereka gunakan untuk berpolitik.
4.Sibuk dengan urusan membantu orang lain, sedangkan anak sendiri kelaparan. Ramai yang kelaparan, tetapi para pemimpin kita bermegah memberi bantuan berjuta-juta kepada luar negeri. Setiap hari kita dikhabarkan dengan berita sedih, keluarga miskin, tak mampu membayar kos perubatan yang tinggi, sebenarnya kalau kita tak sumbang pun, ada negeri kaya yang menyumbangnya, jangan kerana nak naikkan imej parti politik, kita sanggup bermuka-muka sebagai masyarakat prihatin untuk bermegah membina nama, setidak-tidaknya, ada yang bagi gelaran herolah, anak jantanlah, paling tidak Tan Sri...[]

Sunday 4 September 2011

MAT SABU TAK HABIS-HABIS APA AGENDA?

Menjelang menyambut merdeka dan hari raya, media kita asyik sibuk dengan ceramah Mat Sabu. Ia sebenarnya perkara kecil, tak penting pun. Kalau salah fakta pun tak akan ubah sejarah lama yang sudah ditulis oleh gerombolan sejarawan Umno. Fakta sebenar dilupakan hanya semata-mata untuk mengampu tokoh-tokoh Umno sehingga dalam buku sejarah, hanya nama tokoh itu sahaja yang ada. Soal Bukit Kepong adalah cebisan kecil. Jika fakta sejarah salah betulkan. Itu sahaja, ia tidak jadi kudis sampai nak repot. Bukan kes jenayah. Orang mengkaji sejarah, ada fakta betul atau menyeleweng berdasarkan dengar cakap, atau catatan masa lampau. Apa salahnya kita berlapang dada, mengamati kenyataan Mat Sabu, walau dia bukan pakar sejarah, tetapi dia ada baca sejarah. Sejarah masa silam dimanipulasi, seperti sejarah Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor Lama, perang Siak, perang yang melibatkan orang-orang Bugis, semuanya ini berlaku bukan tidak ada sebab yang mengelirukan sejarah. Bahkan ada sejarah yang ditulis berdasarkan pro-Bugis, pro-Siak, pro-Minangkabau dan sebagainya. Sejarah Perang Padri di Sumatera misalnya, ia ada kaitan dengan fahaman Wahabi, perang kerana hendak membanteras bid'ah dan bermacam khurafat dalam masyarakat Minangkabau ketika itu.
Kekalahan Melaka di tangan Portugis juga ada sebab yang memalukan sejarah melayu Melaka. Begitu juga apabila polis yang berada di Bukit Kepong kalah, terima sahajalah kekalahan itu, jangan persoalkan siapa hedro atau bukan. Dalam laporan Berita Harian yang dipetik dalam sebuah laman web ada menerangkan siapa Mat Indera. Dia orang Sumatera yang berwawasan, tak sama Melayu yang tak berwawasan ketika itu kerana duduk di bawah ketiak orang putih. Orang Melayu memang suka orang putih menjajah, itu sebab Melayu tidak melawan orang putih. Ada Melayu berperang dengan Melayu. Melayu masuk hutan dan bersahabat dengan PKM.
Mereka berjuang bersama. Perjuangan bersama dalam hutan untuk menentang orang putih. Tidak semua Melayu masuk hutan jadi kominis. Ia bukan soal aqidah. Selama ini kita diberitahu Komunis tak ada agama. Terbukti berapa ramai Melayu masuk hutan dan berserikat dengan PKM mereka tetap menganut Islam. PKM adalah sebuah parti. Sama juga dengan parti-parti nasionalis yang ada di negara kita. Ada parti yang nasionalis dan ada parti yang sosialis. PKM menjurus kepada sosialisme. Ia tidak ada kaitan dengan aqidah ahli parti tersebut. PKM bukan agama, tetapi sebuah parti politik, sama seperti parti politik yang ada di negara kita.
Fakta telah memesongkan sejarah. Buku sejarah kita menulis PKM ini begini dan begitu. Walhal ia hanya pertubuhan politik yang diharamkan kerana tidak sebulu dengan British. Tidak seperti UMNO yang menjadi kesayangan dan naungan British. Dari dulu hingga kini. Jika British tidak ada, maka UMNO tak mungkin wujud.
Tentang Mat Sabu, saya berpendapat, isu ini bukan isu. Sengaja dibesarkan oleh Utusan Malaysia dan yang setara dengannya, termasuk Bernama, RTM, TV1/2, orang-orang Umno umpamanya. Ini kerana Magt Sabu itu orang PAS. Jika Mat Sabu masuk Umno dah jadi cerita lain.
Saya masih ingat ketika Umno nak meminda perlembagaan negara, setiap hari mereka menyerang Raja-Raja  Melayu, suruh siasat harta raja-rajalah, dan macam-macam cerita. Tetapi kenapa masa itu tak ada orang sibuk repot polis mengatakan Umno menderhaka? Ingatlah, ini kerja orang politik yang haus modal.
Modal dah tak ada, sebab isu sebenar ialah kapal selam yang akan dibicarakan di Paris. Kisah Bukit Kepong tidak menarik dalam sejarah. Hanya Jins Shamsuddin yang suka filem macam itu. Tayangan tak dapat sambutan, kalau disiar ulang dalam TV, orang tak nak tengok. Cerita filem mana sama dengan cerita sebenar. Kenapa orang tak kritik kerja seni Jins Shamsuddin yang merapu itu? Kerana ia Umno. Betul kata Mat Sabu.
Rakyat bawahan sekarang sudah sedar sejarah negara siapa yang tulis. Siapa yang susun sukatan pelajaran sejarah. Ia dibentuk untuk memuliakan para pemimpin UMNO yang sebenarnya tidak mulia. Seperti meletakkan sesuatu ke tempat yang dianggap suci dan mulia. Tengoklah apa yang berlaku kepada Masjid Negara. Orang Wahabi tentu akan berkata lain, berbeza dengan orang yang cenderung kepada Umno.
Zaman dah berubah, ada kalangan sejarah perlu dilihat dari perspektif lain. Sejarah barang subjektif. Fakta tidak selalunya tepat. Temberang paling besar ialah sejarah pembukaan Melaka. Persatuan sejarah berani meminda tarikh lebih awal lagi untuk disejajarkan dengan Majaphit.
Bukit Kepong pun, akan jadi seperti sejarah Melaka yang sampai kini belum baku. Penemuan terbaru tentang tarikh pembukaan Melaka disenyapkan, biarlah budak-budak sejarah masih bermain dengan catatan lama yang cerdik pandai pro-Umno buat. Campur tangan Inggeris di Perak misalnya, orang akan bertanya, siapa yang kecoh kalau Inggeris campur tangan? Petani dan nelayankah? Rakyat biasa? Tidak, hanya orang yang ada kepentingan ekonomi, nak kutip cukai. Bila British nak modenkan sistem pungutan cukai, Orang Melayu tak suka, sebab peluang untuk kutip tol di sungai sudah tak ada. Ketika itu semua pembesar Melayu nak kutip cukai di aliran sungai. Balak hanyut pun cukai, sampan kecil pun cukai. Hanya apabila British nak kenalkan sistem pencukaian yang tersusun, mereka marah. Diapi-apikan bahawa British itu campur tangan dalam urusan negeri-negeri Melayu. Fakta ini perlu dijelaskan. Begitu juga sejarah Si Puntum yang membunuh JWW Birch. Puntum tu siapa? Bukankah dia tu diberi duit dan kemudian diugut, bunuh atau tak bunuh Birch, nyawa Puntum terancam. Itu cara pembesar Melayu menggunakan orang asal bagi faedah ekonomi mereka.
Sejarah diputar mengatakan British campur tangan dalam urusan, sebenarnya, British menyusun semula sistem pencukaian moden. Buku sejarah tak sebut hal ini. Cikgu sejarah tak berani sebut pun. Tetapi alhamdulillah saya dah baca buku Pasir Salak, terbitan Universiti Malaya. Bacalah fakta sebenar bagaimana sultan dan pembesar Melayu guna bomoh untuk bunuh Birch. Begitu naifnya pemikiran pegawai Melayu ketika itu. []

Saturday 3 September 2011

DUA KISAH MISTERI DI KG WARISAN

CERITA SATU:
Isteri Pak Pekol dikatakan pernah hilang dari rumah selama beberapa jam. Menurut cerita yang dituturkan oleh Rohani Darsat dan Munir Tusad, suaminya, isteri  Pak Pekol menghilangkan diri pada waktu tengah malam, dan tidak diketahui ke mana dia pergi.
Biasanya setiap malam Pekol pulang lewat, jam 12.00 lebih baru dia sampai ke rumah. Masuk ke rumah anak dan menantu ada, tetapi isteri Pekol tak ada.
"Mak kamu mana?" tanya Pekol kepada menantunya.
"Tak tahu! Tadi ada!"
Ke mana pula di tengah malam begini? Itulah yang menyebabkan Pekol memanggil-manggil pada malam itu. Isterinya tidak menyahut. Oleh sebab panggilan tidak disahut, sahlah, isteri Pekol dah keluar rumah. Ke mana? Tak tahu.
Oleh sebab gagal mengesan, menurut ceritanya, Pekol pun guna jasa baik bomoh. Bomoh cari di mana isteri Pekol. Peliknya, kata Munir, isteri Pekol rupa-rupanya berada di balik rumpun pokok lengkuas. Dia duduk mendekam, menyorok.
Orang pun heboh mengatakan hairan bin ajaib, pintu tak dibuka, tingkap tak dibuka, tiba-tiba isteri Pekol boleh keluar. Mungkin ketika dia keluar tak ada siapa nampak. Anak dan menantu sudah tidur depan TV. Atau mungkin ada seseorang yang menjemput isteri Pekol keluar rumah malam itu. Tak logik untuk mengatakan isteri Pekol boleh keluar rumah walaupun semua sudah berkunci.
Menurut isteri Pekol, dia dibawa oleh lembaga misteri yang menakutkan, menyeramkan, dia disorokkan di belakang rumah. Agaknya kalau tidak dicari dengan bantuan bomoh, isteri Pekol akan dibawa lari lebih jauh lagi.
Sehubungan dengan kisah ini, dalam famili Pak Pekol rupa-rupanya pernah berlaku kes anak hilang dalam kandungan. Mungkin ia ada kaitan dengan teori mistik, anak itu diambil untuk dipelihara di alam yang lain. Apabila besar, anak itu yang wujud dalam bentuk pari-pari, jin atau syaitan, akan datang dan mengajak neneknya keluar rumah.
Sebab itulah isteri Pekol yang sudah berumur itu diajak keluar rumah pada waktu malam. Dia disorokkan hantu. Kisah ini menyebabkan orang bertanya, "Mana ada hantu lagi di zaman moden ni?"
CERITA DUA:
Buniah Marsidi, yang jadi nurse di Klinik Komuniti Ayer Keroh, Melaka, pernah mengalami kisah misteri yang tidak diceritakan kepada saya. Saya dengan dia hanya beza setahun sahaja. Waktu kecil, dia suka pinjam nota saya, mesin taip saya untuk buat kerja di rumah atau tugasan. Buniah baru cerita kepada saya pada hari raya 2011 di depan suami dan ibunya Bik Pinggul.
Dia nampak hantu pontianak tergantung di talang tempat takungan air dari gigi atap rumah. Kebetulan malam itu baru lepas menonton wayang gambar Jabatan Penerangan Malaysia, di pekan Pasir Panjang, cerita Pontianak versi tahun 60-70-an awal. Mula-mula dia kata, mana ada pontianak sekarang. Itu hanya cerita sahaja. Nak tahu tajuk sebenar boleh semak dalam Wikipedia.
Buniah kata, dia percaya ada pontianak. Dia sendiri melihat pontinak berada di bawah talang, pontianak itu tergantung, menyeramkan. Itu sebab dia menjerit-jerit ketakutan yang disedari oleh ibunya Bik Pinggul.
CERITA TIGA:
Saya hairan bagaimana Pasir Panjang dan sekitarnya jadi kawasan budak dadah. Bagaimana bahan ini boleh diedarkan di kampung, siapa orang tengahnya? Kisah ini sudah lama terjadi sejak zaman pemerintahan BN di kawasan Sungai Panjang, saya difahamkan, ada anak orang besar di kawasan Sungai Besar yang menjadi penjana penting untuk bahan larangan/
Seingat saya, kawan baik saya, Banut meninggal kerana HIV, anak Pak Buncing pun kena juga gara-gara HIV, kemudian Jamuri Saring, kawan saya juga (dia ada kisah lain ketika di George Town, Penang bersama saya), kemudian ada nama Mat Lembik, semuanya hanyut dek kerana HIV, padahal mereka semua saya rapat, bezanya, saya tidak hisap rokok.
Cerita lain, anak lelaki Paman Dani, adik kepada ibu saya Tukijah Ngaimon, menurut keterangan adik saya Wan, mati dalam tahan polis kerana ditumbuk dengan kasar hingga berlaku pendarahan, doktor yang membuat postmortem kata, memang ada kes bunuh, pihak polis melakukan, tapi kata adik saya, Wan, mereka tak mahu buat repot. Kalaulah adik saya dapatkan bantuan pembangkang baik PAS atau PKR atau PR, pasti polis yang bertindak jahat dan membunuh itu boleh dihukum. Mungkin banyak lagi orang yang didera hingga menemui ajalnya. Nak tahu berapa bilangannya? Bacalah kain pemidang di pejabat Majlis Peguam Malaysia, KL. Ini fakta. Kisah itu sudah berlalu enam tahun lalu!
Dadah sebenarnya kes berat, banyak anak orang Umno terjerat dengan dadah, dan kerabat saya pun terlibat sama. Jiran saya pun sama. Terbaru anak saudara saya beraya di Penjara Sg Buluh. Anak Jamsari atau Jemblok tiga orang kena kaut lagi tiga hari nak raya.
Menurut sembang kosong, tangkapan dibuat setelah ada aduan daripada penduduk kampung. Bagaimanapun, ada juga penagih yang lepas kerana mendapat tip sebelum serbuah dibuat di rumah Jemblok. Waktu kecil saya suka bermain di rumah Jemblok. Bahkan ketika saya jadi wartawan Misteri saya kerap mengunjungi rumah Jemblok, buat temu bual, kisal Wak Meli meninggal di kebun kelapa ketika jaga lembu. Itu cerita dari Jemblok. Terbaru, Jemblok sendiri cerita, anaknya kena tahan polis dan masuk Sungai Buluh. Dia cadang nak lawat anaknya di Sg Buluh pada hari Jumaat. Raya ke-4. Inilah antara anekdot yang sempat saya buat selepas raya. Apa pun ini sebagai nota peribadi. []


BARA'AN DI KAMPUNG WARISAN

Raya kedua saya berada di Kg Warisan Pasir Panjang, Sekincan, Selangor. Bunyi mercun tetap bertentuman dan sesekali kedengaran meriam tanah. Hari raya pertama, biasanya anak-anak muda di sekitar kampung warisan akan mengadakan bara'an, iaitu aktiviti kunjung mengunjung secara berkupulan hingga mencecah 50 atau 60-an, mereka berpakaian hari raya, baju Melayu, samping, songkok dan kupiah, naik motosikal mengunjungi setiap rumah yang telah disenaraikan. Ada ketua, ada susun atur dilakukan. Budak-budak muda jadi penanggah, membantu peramusaji di setiap rumah yang disinggahi. Biasanya kalau dah ramai-ramai begitu, mereka hanya tunjuk muka dan ikut ketua sahaja. Inilah tradisi bara'an yang saya saksikan tahun ini, bara'an terakhir yang pernah saya ikuti dalam tahun 70-an awal. Sebab, kemudiannya saya tidak balik kampung untuk beraya selama berbelas tahun lamanya, satu masa pelarian yang amat panjang, yang tidak diketahui oleh orang lain, tetapi amat difahami pula oleh mereka yang kenal dengan sejarah masa kecil saya hingga di zaman sekolah menengah.
Saya berkunjung ke rumah cikgu Munir Tusad, Paman Sikas Tusad, Bik Pinggul, Barisah, jumpa Buniah Marsidi, Aripin Marsidi, Abd Rahman Yaacob, mantan penghulu di Melaka, ada yang saya kenal dan ada yang saya pangling (tak cam dan tak kenal) yalah kerana saya tidak singgah di kampung selama berpuluh tahun. Kehilangan rasa, kehilangan rasa sedih, bahkan selama bertahun-tahun saya banyak berhari raya di hotel, baik di Kuala Lumpura atau di Pulau Pinang, bukan kerana kerja hotel, setiap raya, saya kebingungan, tak tahu nak balik ke mana, pernah ajak Ismail Baling, sewa hotel, minum oren dan makan kek sahaja untuk sambutan hari raya. Dan banyak masa pula saya berhari raya di George Town, makan di warung mamak nasi kandar, solat hari raya di Masjid Benggali atau Kapitan Kling, dalam kesendirian di hotel saya baca al-Quran dan muhasabah diri. Tak tahu kenapa. Mungkin orang bertanya, kenapa lama tak balik kampung? Ya, sejak ayah saya meninggal, saya rasa kehilangan kesinambungan, ada atau tidaknya, adalah kakak saya Jariah, di Tali Air 9. Tetapi kemudian kakak pula meninggal di Hospital Universiti, ketika itu saya sempat bertemu dengannya, dan saya mengetahui perkhabaran duka itu, kakak meninggal ketika berusia 53 tahun.
Selain bara'an yang saya kira adalah kunjung mengunjung yang dipelopori anak-anak Jawa di kampung ini, mereka meneruskan tradisi ini sejak masa lampau. Masa saya kanak-kanak. Hari pertama, kedua dan ketiga masih ada bara'an, setelah kaum lelaki, hari berikutnya kaum wanita pula mengadakan bara'an.
Setelah berada di KL semula, bersama grup lain, kami pergi ke Ulu Yam pula. Ziarah di sana, empat kereta. Ziarah juga ke masjid Ampang Pecah, masjid lama yang dibina sejak tahun 1926, di belakang masjid itu ada perkuburan lama, itulah kubur pemilik tanah yang mewakafkan kawasan itu sebagai tapak masjid lama Ampang Pecah, sayang kami tak dapat masuk untuk solat zuhur kerana dikunci. Mungkin untuk menjaga keselamatan masjid, maklum di tepi jalan dan sunyi pula.
Terakhir pada hari ini pergi ke Laksamanapuri, Selayang, beraya dengan grup yang sama. Tak boleh nak makan sangat. Sebab di Ulu Yam tadi makan rendang dengan pulut. Teringat pula anak kakak nak kahwin pada 29hb.Okober 2011 nanti, kahwin dengan orang Kuala Kubu Bharu. Abang Mat kata kos untuk majlis itu mungkin dekat RM13 ribu lebih. Nak masak-masak, tak mahu buat katering. Ikut cara lama bergotong royong buat itu dan ini. Esok mereka nak datang ke rumah, kena masak-masaklah, sebab tak ada siapa yang boleh buat. Sendiri buatle...[]