Friday, 16 September 2011

ISA DAN HARI MALAYSIA

Semalam hari Jumaat, ada sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Jarak tempat tinggal saya dengan Dataran Merdeka kalau tak ada jem, 10 minit pun boleh sampai, tetapi kalau ada lampu isyarat semua, lebih dari itulah. Tak tengok Dataran ke untuk saksikan orang berarak sambut Merdeka II, saya tak minat langsung, orang ramai tercangak sana, tercangak sini, panas, melengas, tengok perbarisan, tarian yang mengada-ngada, pegang bendera, ada kedengaran pesawat tempur melintas, mungkin ada lintas hormat, pak-pak menteri berdiri atas pentas, tabik, dah dapat bayangkan, dan saya tak tengok TV pun, baca akhbar perdana dan macam-macam, jadi saya tak tahu kalau PM ada sebut nak hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebuah akta peninggalan penjajah yang masih dipertahankan.
Di dalam blog saya baca, ramai yang mengalu-alukan usaha PM itu, tetapi tak kurang juga yang berkata, bahawa kenyataan PM itu seperti orang terdesak. Hapus ISA adalah matlamat Pakatan Rakyat, begitu juga sambutan 16 September sebagai hari Malaysia. Sambutan ini juga ada kaitan dengan Kes Liwat II Anwar Ibrahim. Jelas ia bukan kes sebenar, tetapi sandiwara untuk menjatuhkan musuh politik. Ini sebuah permainan kotor yang didalangi para perasuah besar, sesiapa yang terlibat dalam memanipulasi kes sehingga ke tahap "berjaya" orang itu akan mendapat imbalan dari penguasa yang zalim, ada yang dapat pangkat, kedudukan, pensenatoran, peluang niaga dan macam-macam lagi. Kisah begini sudah lumrah kerana Malaysia memang terkenal dengan kes rasuah yang diselindungi.
Saya turut buat komen kepada mana-mana tulisan yang menyentuh tentang ISA itu. Ingat bahawa akta ini tidak akan dihapuskan, ia hanya diberi nama baru atau istilah cantiknya penjenamaan. Biar ia nanti dipanggil apa pun, tujuannya adalah untuk menahan sesiapa sahaja yang jadi musuh politik.Simpan lama-lama sehingga merosakkan sistem keluarga, dan budaya begini tidak ada dalam kamus Islam dan melayu. Hanya orang melayu yang keinggerisan sahaja cenderung menerima pakai ISA. Jika anda baca memoir tahanan ISA timbul rasa kebencian terhadap pasukan perisik dan SB yang juga melayu. Orang tahanan ISA dibuat macam haiwan, dihina, didera mental dan fizikalnya, dan kalau boleh semuanya hendak diUBNkan menurut selera penguasa yang zalim.
Jadi, kebanyakan blogger berhati-hati mengulas tentang ISA. PM tidak akan hapuskan ISA kerana ia adalah senjata terakhir. Akta inilah yang menjadi penyelamat mereka sekiranya mereka terdesak. Akta ini tidak perlu membawa pesalah ke muka pengadilan. Jadi kes senyap. Jika ada kes pun orang akan dilupakan kerana ia sudah masuk peti sejuk, sikap kita, dua tiga tahun sudah lupa. Tetapi anak isteri dan keluarga tahanan ISA akan ingat, dan tidak akan maafkan kepada sesiapa yang telah melakukan kenistaan itu.Dan mereka akan tuntut di akhirat kelak.
Jika benar PM isytiharkan cerita bagus kepada rakyat Malaysia, ia sebenarnya bukan tahniah yang sewajarnya. Sebagai PM dia sudah selayaknya hapuskan ISA sejak dulu lagi. Kenapa perlu tahniah? Jika orang lain lakukan bolehlah kita ucap tahniah. Itu tanggungjawab dia, bukan umum ketika nak sambut Hari Malaysia. Hari Malaysia ada kaitannya dengan cerita MP Umno nak masuk PR, tetapi kisah ini mereka langsung tak berani sebut, itu sebabnya dulu ada cerita para MP dikurung dan dihantar ke luar negeri buat lawatan istimewa.
Hari ini kisah itu bocor lepas satu, satu, dan begitu juga kisah Liwat II, adalah lanjutan dengan berbagai siri Hari Malaysia itu.
Kalau ada orang yang kecewa dengan pengumuman PM itu adalah Ibrahim Ali, Perkasa, dia mati-matian anggap ISA itu perlu dipertahankan. Elok tu, sebab Ibrahim pun kena rasa dulu duduk dalam ISA, lepas tu dia nak kata apa, tanya Zahid Hamidi, ketika di ILIM dia cerita mengenai ISA, dia masuk ke dalam kerana kes Anwar kena pecat. Dia cerita selamba sahaja, maknanya dia macam ada nostalgia dengan Anwar Ibrahim. Ini majlis anjuran Perkim.
Hingga hari ini mungkin masih berjela-jela lagi orang mengulas tentang ISA, tetapi saya dah komen, bahawa ISA tidak dihapuskan, tetapi akan timbul akta baru yang sama ganasnya. Ia digunakan untuk membungkus musuh politik. Akta ini sebenarnya digunapakai ketika terdesak, mujur mereka tak guna sangat ketika bersih 2.0, jika digunakan juga, memang UBN akan menuju kehancuran. Kini, pengumuman PM nak hapuskan ISA juga adalah rentetan daripada kegagalan Umno menguasai Malaysia. Ada negeri yang jatuh ke tangan pembangkang (PR). UBN berusaha nak rebut balik, mereka rebut secara zalim dan penipuan di pe3rak, tetapi para ulama menganggap ia tetap kerajaan haram. Ingat tu, kita baca dalam situs di luar negeri. Ulama dalam negeri tak berani ulas sangat, sensitif. Inilah cara Melayu memahami islam, mereka hanya setakat rukun islam yang basic sahaja, dan penalaran islami begini tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman.
Kawan saya yang kerja sekuriti di Maybank, Jalan Bangsar pun kefahaman islamnya tinggi setelah belajar kelas ujung minggu di UM. Ambil sijil. Dia memang minat membaca dan gemar berwacana dengan saya dengan istilah berat, pascamodernisme, postmodernisme, absudisme, strukturalisme dan macam-macam lagi. Memang saya suka dengan istilah ini kalau bicara dengannya di Masjid Jamek KL (bukan Kg Bharu ya).
Nah, tentang Hari Malaysia ini, ia sebenarnya perjuangan Pakatan Rakyat. PM bimbang sesuatu akan mengguris hari orang perjuangan di Sabah dan Sarawak. Macam sambut Merdeka, hanya orang Umno sahaja yang sambut, rakyat Malaysia lain tak mahu sambut, sebab Umno anggap hanya mereka sahaja yang berjuang menentang penjajah (?)
Zainal Kling kata negara kita tidak dijajah, baguslah. Itu bukti bahawa Umno adalah anak emas penjajah. Orang yang berjuang diluar Umno akan dianggap pengkhianat negara. Apabila bercakap tentang perpaduan, mereka tumpu kepada perpaduan Melayu dalam Umno, mereka tak tengok pula perpaduan berbagai kaum dalam PKR? Di Malaysia ini, cuba cari parti berbilang kaum, ada tak? Hanya PKR sahaja parti berbilang kaum. Gerakan tidak menjadi. Umno dah tentu melayu, tetapi melayu bagaimana? Umno cerdik akan memilih parti di luar Umno, melayu cerdik akan masuk DAP, undi DAP, undi PAS dan masuk PAS. Melayu takut-takut sahaja yang suka kepada Umno.Inilah bacaan saya secara peribadi.
Setelah ISA dihapus dan dibuatkan akta baru, kita tidak boleh tepuk tangan atau suka. Akta macam ini adalah akta zalim. Selagi ia masih berbau ISA, ia tetap ISA walaupun dinamaklan dengan nama yang indah. seperti juga ISTANA KEADILAN di Putrajaya, ia sudah ditukar nama, sebab sinonim dengan PKR. Perkataan adil dan keadilan sudah digeruni, seperti juga gerun pada warna hijau, kemudian warna kuning Bersih 2.0. Dalam pada itu, masih ramai anak-anak muda bertanya bila nak buat Bersih 3.0? Nampaknya orang muda bersemangat sungguh. Mereka dah tak mahu UBN menguasai fikiran mereka.
Nota: Saya teringatkan Suyuti Omar dengan SIASAHnya. Apa sudah jadi, tidak ada cerita dalam blog tentang tabloid miliknya itu. Adakah ia ada kaitan dengan ISA? []

No comments:

Post a Comment