Friday, 23 September 2011

GENG TAKUT MASJID

Ramai orang kita takut masjid. Kalau dah takut masjid, maknanya tak berani masuk ke masjidlah. Apa nak ditakutkan? Puncanya kalau sejak dari kecil tidak dijinakkan ke masjid atau surau, sampai besar, hingga rambut beruban pun takut juga. Masuk masjid seram. Gementar, takut orang tengok, orang kenal dan macam-macam yang difikirkan.
Rasanya ada sesuatu yang perlu dijelaskan kepada ramai apa sebenarnya fenomena takut masjid yang melanda umat Melayu yang ada.Rasanya orang lain pun mengalami masalah sebagaimana yang saya alami. Ada beberapa contoh untuk dijadikan bandingan. Bukan pendedahan, tetapi suatu kebenaran.

ANAK JANTAN BEKAS MENTERI
Saya kerja di rumah bekas menteri kabinet era 70-an yang terkenal di Jalan Ampang Hilir. Selama saya kerja, saya tak pernah diberitahu oleh driver bahawa dua anak jantan Tan Sri (Tun) atau cucunya keluar rumah pada hari Jumaat, maksudnya untuk solat Jumaat.
Kalau Jumaat pun tak ada, solat hari raya pun apa lagilah.
Kesimpulan, ada bekas menteri kabinet kerajaan Umno tidak faham Islam sebenar, yang mereka faham hanya pakai songkok, samping, baju Melayu, itulah Islam mengikut fikiran mereka.
Mungkin rasmi masjid, berarak tepung tawar dan macam-macam lagi yang rasmi menjadi kefahaman mereka sebagai salah satu benda amalan dalam Islam.
Mereka tak fikir itu adalah amalan orang Melayu, bukan amalan Islam.Inilah jenis yang saya kategorikan sebagai takut masjid. Seorang lagi kawan lain cerita. Dia ni juga sepanjang saya kerja dengan dia tak pernah saya tengok dia ke masjid atau solat sendiri di pejabat. Padahal ada masjid dekat pejabat.
Kawan saya, sama-sama kerja, lebih tua dari saya, pelukis ilustrasi, juga tak suka datang ke masjid. Dia sanggup tunggu saya solat Jumaat habis baru dia nak jumpa saya. Ajak masuk masjid tak endak.Saya gagal nak jinakkan dia masuk masjid, bulan puasa semanjang tak puasa. Saya hairan sungguh. Adakah pelukis macam ini? Saya pun tertanya-tanya juga.

BERANI TAPI TAKUT
Ada geng dari Kuantan pun gitu, boleh masuk masjid, berani. Tapi kasut pun tak buka. Takut hilang, dah gitu tak payah buat apa-apalah duduk dan tengok-tengok macam pelancong Jepun. Ada pula tu sanggup tunggu lepas solat, dia menunggu di seberang sungai. Bukankah menunggu itu membosankan? Sekiranya dia masuk ke masjid, tak payah nak tunggu-tunggu semua.
Sebenarnya, kita telah dinasihatkan agar memilih kawan yang membawa kebaikan kepada kita. Jangan sampai kawan itu merosakkan kita. Kalau kawan takut masjid kita pun nak ikut takut, maka itu tak bolehlah. Kemudian cari kawan yang berilmu, bukan ilmu bomoh atau dukun, tetapi yang membawa kebaikan kepada saham akhirat. Fikir-fikir, nak cari kawan yang istiqamah memang sukar, bukan tak ada, ada di luar sana, cuma kita hanya kenal yang ini sahaja. Itulah yang rapatnya pun.

TUK PANGLIMA KINTA, IPOH
Tetapi ada seorang kawan yang saya panggil Pak Din. Dia ni betul kaki masjid. Nak jumpa dia datanglah ke masjid. Dia ada di mana-mana. Dulu ketika ke Ipoh, saya teringat Pak Din. Dia cakap, kalau pergi Ipoh, jenguklah Masjid Tok Panglima Kinta dekat sungai.
Saya pun jenguk pagi-pagi, bawa sarapan sekali siap berbungkus.
Saya ada agenda nak pergi Lumut ketika itu. Tak boleh lengah-lengah. Sampai pintu masjid saya tengok Pak Din tengah tidur. Kalau nak kejutkan nanti panjang ceritanya pula. Maka sahlah, Pak Din ada di situ. Saya letakkan bungkusan sarapan pagi di sisinya.
Elok juga, ketika jumpa dia di Masjid Jamek LRT,KL, saya bagitahu dia tentang hal itu.
"Patutlah ada bungkusan makanan pagi-pagi. Tak tahu pula siapa yang letak," katanya. Kelakar!
Akan tetapi orang macam dia selalu diperalatkan orang. Dia orang tua, sekarang kawan bergelar Datuk peralatkan dia suruh kutip derma tipu.
Tak kan Datuk buat kerja macam ni?
Tak percaya sudah. Sampai saya tegur Pak Din, cukuplah. Jangan ikut Datuk lagi. Dia nak peralatkan Pak Din. Mengikut cerita seorang jemaah lain, Pak Far, sudah beberapa kali Pak Din kena tahan pihak tertentu gara-gara bawa list derma. Semua ini adalah arahan Datuk tadi.

GENG BERANI LAIN PULA CERITA
Aduh, macam-macam hal dibuatnya. Dari yang takut masjid sampai yang kepada paling berani kepada masjid. Boleh tidur dan lepak di masjid, boleh basuh baju dan kain. Itu dulu. Sekarang masjid semakin eksklusif, berpagar, berkawat, tak dibenarkan masuk kecuali time solat. Habis nak dhuha bolehkah? Tak boleh maaf, cari masjid lain. Amboi, garangnya.
Nak qiamulail boleh tak? Tak boleh, nanti kipas hilang, peti duit hilang. Amboi, nak curi buat apa curi kipas dan peti duit yang berat tu? Orang sapu duit ratusan juta tak kisah pun!
Habis apa yang boleh di masjid? Solat fardu dan solat Jumaat aje.
Tazkirah boleh masuk tak? Terpinga-pinga budak yang jaga masjid. Jangan nanti di pintu masjid ditambat haiwan buas sudahlah. Bertambah takut dan gerunlah geng yang takut masjid.

Saya dah guna macam-macam kaedah nak ajak mereka pergi masjid. Tak solat pun tak apalah, janji masuk tandas masjid ke, duduk rehat-rehat ke, nanti lambat laun jinak juga. Pun tidak.Pernah suatu ketika saya pergi Terengganu waktu malam, singgah di sebuah surau, mereka mengantuk tidur di wakaf, sedang saya masuk surau solat subuh.Hanya guna tandas dan nak mandi untuk meneruskan perjalanan ke Besut, Terengganu.

TIDUR DI MASAI

[Masa pesta buku, cari hotel dah penuh] Seorang teman yang juga takut masjid, hanya sanggup letakkan van niaga di laman Masjid lama Masai. Saya tidur di masjid bersama orang tempatan di Masai, kawan saya tidur dalam van sambil dengar lagu sentimental Elton John (gay). Malam itu saya ingatkan dia jangan pasang lagu kuat ini masjid, apa terjadi tak tahu. Esok pagi dalam pukul 5.00 sebelum subuh, dia dah mengadu duit niaga habis kena sapu orang, beg pakaian saya pun hilang sekali.Saya diam. Muhasabah diri.
Datang ke masjid kalau tak solat apa gunanya? Solatlah, masjid bukan tempat untuk parking van niaga, nak mandi atau cuci baju. Solatlah. Dia diam.Hukuman dah datang secara tunai. Nak harta dunia, harta dunia dah disapu dek budak-budak dadah di pekan Masai, Johor.
Baru-baru salah seorang kawan telah masuk wad. Saya jenguk. Dia menangis, menitik air mata.Entah kenapa. Dia takut mati itu menurut fahaman saya, sebab dia bagi tahu, tanda orang nak mati kakinya sejuk. Saya pegang kaki dia, panas. Saya yakinkan dia, bahawa dia bukan sakit kronik. Saya papah dia ke tandas, keluar tandas, saya rasa terharu, dia ambil wuduk seberapa yang terdaya, saya terharu, sejak sekian lama, sejak saya berkawan dengan dia, inilah kali pertama saya tengok dia ambil wuduk, saya terharu. Adakah dia sudah dapat hidayah?

URUT
Ini contoh yang paling dekat kepada saya. Ketika kerja di rumah Tun, saya ada seorang kawan bernama Tali, namanya pelik sikit. Dia hanya baca Utusan Malaysia, selain membaca, dia kutuk Nik Aziz dan para ulama, kutuk buat apa? Kalau kamu ada ilmu agama tak apa, ini kamu kosong.
Dia beritahu, dulu dia kaya, dia tauke rumah urut, perempuan Indonesia kerja di bawah dia di Bandar Baru Ampang, bila gian, dia boleh ajak perempuan Indon itu masuk bilik, urut sekali, dan tanam cerucuk sekali. Dia megah cerita begitu kepada saya.Ini kerja dia.
Hasil pendapatan yang tidak berkat ini kemudian makan diri balik. Rumah urut haram, kena serbu, gaduh, orang repot, akhirnya bungkus. Kereta yang dimiliki kena tarik.
Saya masih ingat, dia ada tulis dalam kertas, "Nik Aziz makan babi, dan sembelih babi." Itu tuduhan dia. Paling benci dengan Anwar Ibrahim,.jadi dia ini konon Umnolah.
Tapi tak kan Umno tak nak tolong hidupkan balik business rumah urut tu, boleh ajak perempuan Indon berseronok untuk lepas gian. Orang macam ini juga takut masjid, takut islam, phobianya terhadap islam terlalu tinggi, macam kebanyakan orang Umno sekarang.

MASUK HALAMAN JADILAH
Satu lagi geng takut masjid saya ajak ke masjid Pakistan Chow Kit. Mula-mula dia ajak saya duduk di restoran, buat apa, nak solat,  dah dekat jam 1.00 tghri. Saya ajak masuk kawasan masjid. Dia nak solat atau tidak saya tak pedulilah. Saya dah ajak dia masuk di halaman masjid. Dia sembang dengan Datuk, orang Perak yang sentiasa memakai tali leher, dan saya tak tahu apa kerja dia, dulu dalam tahun 80-an hujung dia kahwin dengan adik Datin paduka, tinggal di Salak Tinggi, Sepang.
Saya tak tahu Datuk dapat dari mana, dan apa jasa dia. Ada yang kata dapat dari Sultan Melaka!
Dari Sultan Mahmud barangkali atau Sultan Mansyur Syah.
Masa baca The Star ada laporan, dia tak balik dah lama, tolonglah balik ke Sepang! Macam tu sekali. Ketika saya naik ke tingkat satu masjid, kawan saya yang takut masjid masih berbual dengan Datuk, mungkin kawan ini tak tahu bahawa rahsia Datuk.[]

No comments:

Post a Comment