Sunday, 18 September 2011

JIKA LAPORAN TIDAK JUJUR

Akhbar Sinar hari Ahad(18/9/2011) melaporkan tentang kenyataan Najib yang seolah-olah tidak puas hati dengan laporan yang dia terima dari orang bawahan. Laporan yang tidak tepat, atau laporan dipinda kerana takut sesuatu tanggapan, umpamanya rumah terbuka di Pekan, yang hadir tidak seramai mana, tetapi Star Online melaporkan sampai 50 ribu orang. Dahsyat you. Itu kenyataan akhbar yang sealiran dengan UBN, akan tetapi kalau menurut wartawan yang tidak sealiran dengan UBN, kehadiran setakat ribu sahaja, tak sampai puluhan ribu. Pekan bukan besar mana, keadaannya setaraf pekan, macam tahun 80-an juga. Walaupun itu kawasan parlimen Jib, tidak mestinya Pekan berubah sekelip mata, tidak, sebabnya Jib sendiri tidak suka tinggal di Pekan yang sepi dan bagi orang muda Pekan macam pekan mati.
Tentang laporan tidak betul ini bukan dibuat oleh pegawai bawahan yang menganmpu sahaja, malah wartawan kanan, kiri, tengah, depan, belakang, semuanya mengampu juga. Mereka akan tulis artikel yang hebat-hebat, konon dengan pemansuhan ISA Malaysia dipandang negara demokrasi ulung di dunia. Aduh! Inipun statement melampau, membodek, mengampu, dan dikatakan penghapusan ISA adalah atas usaha BN. Apa bangangnya, kerajaan yang ada BN, pihak yang mendapat tekanan dari rakyat adalah pemimpin UMNO. Sudah lama rakyat perjuangkan agar ISA dimusnahkan. Kalau dimusnahkan pada menjelang sambutan Hari Malaysia, ioa bukan suatu kejayaan.
BN tidak akan hapuskan akta yang berguna untuk menutup mulut pemimpin pembangkang, kalau tidak ada akta sedemikian, BN boleh timbulkan kes fitnah macam kes liwat II yang terang-terang sebuah fitnah, tetapi atas restu UBN benda fitnah jadi benar. Fitnah juga melanda para pemimpin UBN, akan tetapi undang-undang Malaysia tidak ikut prinsip Rukun Negara, file kes hanya dibuka kalau melibatkan tokoh tertentu, kalau tokoh Umno biasanya selamat biarpun melambak orang buat repot. Perkara begini pun patut Jib susah hati, jangan ambil mudah. Jangan membuat cerita rekaan kalau hendak berpolitik. Politik lawan cara politik, kalau anda memfitnah orang hari ini, bersedialah untuk menerima fitnah pada esok hari. Kalau anda happy mengenakan fitnah dan menjatuhkan air muka orang, bersedialah pula untuk anda diaibkan oleh orang lain suatu ketika nanti. Ini hukum alam.
Anda gembira menjatuhkan seorang PM atau seorang MB Negeri dengan permainan "lompat galah" hari ini, anda perlu bersedia sekiranya akan ada orang lain mengenakan anda suatu ketika nanti. Hukum karma pasti menjadi insya-Allah bagi orang-orang yang difitnahi, orang yang dizalimi oleh penguasa yang setiap hari menabur fitnah untuk menaikkan imej mereka. Sedarlah, memainkan fitnah adalah gambaran pemimpin yang tidak berakhlak, para pemimpin Melayu hari ini telah membelakangkan nasihat ulama, tidak peduli dengan teguran, mereka hanya sibuk melayan kerenah yang membuahkan ekonomi, mereka pengapkan apa sahaja teguran kalau mengena batang hidung mereka.
Mutakhir ini, kebencian rakyat dari golongan muda terhadap para pemimpin UBN begitu nyata sekali. Akan tetapi kebencian ini dipandang sepi oleh penguasa yang masih congkak dengan kekayaan, pangkat dan kedudukan. Ingatlah, suatu ketika nanti, anda akan disingkirkan juga, apabila anda terlalu banyak berbicara, terlalu banyak membentangkan agenda yang tidak ada pengisian, akan tiba masanya, anda akan kehabisan idea, orang menjadi muak dan menyampah, ketika itu, jika anda diminta turun seperti para pemimpin lain di Timur Tengah, terima sahajalah segala ketentuan yang Allah SWT tentukan.
Tidak ada pemimpin yang menongkat langit. Semuanya akan turun juga apabila tiba masanya. Janganlah anda takut dengan musuh (pembangkang) dan bermain politik kotor. hari ini anda mengotorkan orang lain, esok anda akan dikotorkan pula oleh orang-orang yang anda percayai. Ini adalah siklus dalam kehidupan. Putaran roda kehidupan terus berdetikan. Anda tidak perlu bangga dan mengatakan setelah ISA dihapuskan, negara Malaysia adalah yang paling demokratik. Ukuran demokratik bukan pada pengisytiharan, sejauh mana praktek dan aplikasi akta-akta lain, AKTA POLIS bagaimana?
Jadi, rakyat Malaysia bukan gembira mendengar cerita anda mahu membuang ISA, rakyat bimbang akan timbul ISA BARU dengan penjenamaan baru yang lebih ganas lagi.
Buat masa ini, belum masanya kita memberi pujian berganda kepada Jib. Puak-puak dalam Umno sendiri tidak faham apa yang terjadi. Kenapa dengan tiba-tiba "jerat:" itu hendak dihapuskan. Bukankah ia talian hayat ketika Umno menghadapi krisis kelak. Percayalah, Umno akan mengalami krisis yang lebih besar daripada krisis sebagaimana di zaman Dr M. Krisis di masa itu menggambarkan pola pemikiran pemimpin Umno yang hanya memikirkan pelampung politiknya sahaja, tanpa peduli rakyat bawahan.
Apabila terdesak, apabila sokongan rakyat menurun, mulalah para pemimpin UBN merapu melakukan berbagai tindakan yang tidak popular. mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat dengan rpjek yang bukan-bukan, kesannya tidak ada, yang ada pembaziran wang, dana yang ada dipreteli untuk juak-juak dalam Umno, dan untuk rakyat bawahan dapatkan sekian ratus ringgit sahaja. Dan dengan hanya beratus ringgit itu, gempa berita dalam televisyen dan muka depan Utusan Meloya, begitu dahsyat, seolah-olah terlllu hebat, dan hanya pemimpin inilah yang mampu beri wang dua ratus ringgit kepada orang miskin. Maka pemimpin pengampu pun bertepuk tangan, mereka fikir rakyat bawahan berterima kasih, mereka sedang membicarakan sandiwara pemimpin Melayu hari ini yang tidak berjiwa Melayu, mereka nampaknya semakin serakah tatkala kuasa undi mereka kian menurun. Penghapusan ISA ini bukan suatu kejayaan, tetapi ia adalah tekanan yang dibuat oleh pembangkang sejak sekian lama. Untuk ada unjuk rasa diadakan di sekitar kota pada masa lampau? Bukankah ini yang menjadi hasilnya. Ia bukan jasa Najib. SDia sebenarnya sangat tertekan apabila hanya mendengar laporan orang bawahan yang indah-indah. Bagaimana response rakyat bawahan Dato? Beres Datuk Seri. Ramai oranmg datang, Utusan kata dekat 50 ribu. Sedang pada hakikatnya tak sampai begitu. Mood nak rumah terbuka dah kendur, pesta makan-makan makin kurang, banyak pula yang kepenatan. Jadi kalau ada orang kata rumah terbuka Pak Jib di Pekan sampai 50 ribu orang, fikir-fikirkanlah secara rasional. Wartawan mana pun janganlah diperkudakan. Kalau yang tak ada etika memang begitulah. []


No comments:

Post a Comment