Saturday 29 June 2013

DARAH SUNNI HALAL, FATWA ULAMA SYI'AH YANG MERBAHAYA

Pembantaian yang dilakukan oleh tentera Syi'ah di bumi Syria terhadap orang-orang Sunni memang tidak dapat dirahsiakan lagi. Mereka mengamuk sakan terhadap orang-orang Sunni kerana Sunni tidak mahu tunduk dan patuh kepada ajaran agama Syi'ah. Keganasan yang dilakukan oleh tentera Syi'ah ini bukan atas nama Islam, lagipun menurut tafsir ulama Sunni, mereka sudah terkeluar dari Islam. Jadi peperangan yang berlaku di Syria itu adalah antara Islam dengan tentera penganut ajaran sesat.
Dr.Musa al-Musawi, yang dulu mendukung Syi'ah telah menyedari tembelang Syi'ah sebaik Khomeini berkuasa di Iran. Setelah gambar Khomeini tersebar di seluruh dunia, termasuk di negara kita, bahkan ada yang menampal gambar Khomeini di bilik tamu, atau di ruang solat sebagai tanda dukungan ke atasnya.
Apa kata Musa al-Musawi? Dia kata, jika umat Islam tak kira di mana berada mendiamkan diri dengan bid'ah-bid'ah yang telah menconteng nama baik Islam dan kehormatan Islam, maka umat Islam akan menyaksikan sebuah mazhab Islam baru dengan nama Khomeiniyah, di samping Bahaiyah dan Qadianiyah.
Keburukan Syi'ah tidak diperlihatkan dengan nyata kerana mereka penuh dengan dasar taqiyyah, berpura-pura baik, berpura-pura menyantuni Ahlussunnah, turut meraikan majlis peringatan seperti Maulud, hari Asyura, hanya kita tidak peduli dengan peringatan di Karbala itu.
Semakin banyak teks milik Syi'ah diedarkan di merata tempat, semakin menyerlah sikap Syi'ah yang sebenar. Terbukti, apa yang berlaku di bumi Syria itu, kita tidak boleh ambil ringan, kerana tindak-tanduk tentera Syi'ah an-Nurshoriyah itu jelas menunjukkan mereka memerangi Ahlussunnah. Ibaratnya mereka berperang di bumi Nusantara, mereka akan mencari wajah-wajah sawo matang untuk dimusnahkan.
Anehnya, ada umat Melayu yang simpati kepada Syi'ah. Suka kepada ajaran Syi'ah, dan khabarnya sudah ramai yang menjadi mualaf Syi'ah Rafidhah ini. Sudah ada tokoh atau bolehlah dikatakan sebagai ulama kecil Syi'ah di tanah air kita. Mereka mempamerkan gambar-gambar ahlul bait, gambar Imam-imam yang semuanya lukisan belaka [bukan gambar sebenar], mereka juga letakkan gambar Khomeini, bendera mereka dan apa sahaja simbol yang membawa maksud mereka mengagungkan ajaran baru ini dan meninggalkan ajaran yang sudah lama diamalkan. Mereka menjadi mualaf, belajar agama baru, dan solat dengan kaedah baru, berwuduk cara baru, azan cara baru.
Sekiranya ajaran ini dibiarkan, ia akan membawa petaka pula. Lihatlah, di negeri yang mana Syi'ah adalah umat minoriti pun mereka masih sanggup bangkit dan melawan golongan majoriti, apatah lagi kalau mereka diberi ruang untuk bergerak bebas. Memang kita menegah, melarang dan mengharamkan pergerakan mereka, tetapi kita akan kalah kepada Syi'ah kerana mereka itu ada TAQIYYAH.
Apabila mereka bertaqiyyah, tidak dapat kita nak bezakan mereka itu Syi'ah atau Sunni.
Hanya kalau kita pergoki rumah mereka dan melihat lambang-lambang keSyi'ahan sahaja baharulah kita sedar bahawa jiran kita itu adalah penganut sujud di atas batu Karbala.
Musa al-Musawi seperti yang telah disebut tadi, khuatir dengan mazhab baru Syi'ah untuk diterima pakai bagi menampung mazhab-mazhab yang sudah sedia ada [Syafie, Hanbali, Maliki, Hanafi]. Dia turut menyebut angkara ajaran Khomeini itu telah memarakkan keganjilan yang mereka fatwakan. Antara lain, Syi'ah mengajarkan umatnya untuk:

1. Membenarkan penganutnya untuk meminta kepada pokok, batu, berhala dan sebagainya.
2. Bahawa roh si mati, pengetahuannya menguasai seluruh alam.
3. Lahut [ketuhanan] bersatu dengan nasut [kemanusiaan].
4.Imam Syi'ah lebih afdal daripada Nabi
5.Para Rasul gagal dalam tugasnya [ini satu pelecehan]
6.Memasukkan nama Imam Syi'ah dalam azan
7.Al-Qur'an tidak asli, ia telah diubah oleh Sahabat
8.Para Sahabat dan pengikutnya kafir semua
9.Meletakkan kedua tangan di dada ketika solat membatalkan solat
10.Air bekas cebok itu suci, boleh digunakan
11.Boleh solat di tempat najis asalkan bukan tempat dahi
12.Halal menikahi wanita dan bibinya
13.Boleh mencampuri dubur isteri [liwat]
14.Lebih condong kepada ajaran Yahudi
[Mamduh Farhan, Gen Syi'ah, 2001]

Ketika suasana berkecamuk di bumi Syria sekarang, Syi'ah mula berpegang teguh kepada fatwa yang ditulis oleh ulama mereka mengenai betapa halalnya darah orang-orang Sunni. Maka mereka tidak mengira siapa, asalkan orang Sunni, darah mereka halal. Mereka juga menganggap orang Ahlussunah seperti kita adalah najis. Tanggapan najis ini sama perangai dengan orang Yahudi. Yahudi kata, darah dan mayat orang Islam adalah najis kepada mereka, kini orang Islam juga najis kepada Syi'ah ghulat atau ekstrim.
Jadi, sekarang sudah jelas, Syi'ah ini memusuhi siapa sebenarnya?
Perhatikan apa yang berlaku di Iraq? Apa yang terjadi di Yaman [walaupun ceritanya tenggelam timbul]. Apa yang terjadi di mana-mana negeri yang umat Syi'ah mampu berkumpul dan bergerak bebas. Mereka akan bangkit untuk memerangi orang yang tidak sebulu dengan Syi'ah.
Orang Syi'ah anggap Ahlussunnah semuanya najis dan halal untuk dibunuh. Mereka tidak mengira siapa lagi. Apakah mereka berjuang untuk Islam? Kita tersilap apabila menyebut Revolusi Islam Iran ketika pergolakan berlaku di Iran dulu. Terbukti, ia bukan Revolusi Islam pun, sebaliknya Revolusi Syi'ah. Ramai yang tertipu oleh helah politik mereka.
Mereka menganggap Ahlussunah seperti kita ini adalah najis belaka. Boleh bunuh orang Sunni, halal hartanya untuk dirampas. Pendeknya kalau terjadi huru-hara perampasan harta itu adalah halal bagi mereka.
Mereka menganggap Ahlussunah termasuk kita semua ini adalah NASHIBI.
Hukum Nashibi di sisi Syi'ah seperti keadaannya kafir harbi dalam hukum fiqih.
As-Shaduuq meriwayatkan kepada Dawud Farqad, ia berkata, dia bertanya kepada Abu Abdillah [Imam Syi'ah maksudnya] tentang NASHIBI, lalu dia berkata:
Nashibi darahnya halal, tetapi kena berjaga-jagalah, sebab jika sesiapa mampu utuk membalikkan dinding kepada [Sunni] atau menenggelamkan dalam air, tidak ada saksi melihatnya, maka lakukanlah [jenayah] itu!
Ketika ditanya lagi tentang harta orang Sunni. Dia jawab, ambillah selagi kamu mampu! Ini juga fatwa yang mengajar mereka melakukan jenayah berterusan.
Mereka juga berkata, selain kelompok Ahlussunah yang termasuk NASHIBI, Imam Abu Hanifah juga adalah Nashibi.
Lihatlah, Syi'ah mengajarkan penganutnya untuk membunuh orang yang tidak sealiran secara senyap. Patutlah di negeri yang bergolak akan berlaku kehilangan seseorang yang tidak dapat dikesan langsung. Itu yang mereka kata benamkan dalam air tanpa saksi itu! Idea jahat ini semua tertuang di dalam kitab induk yang jadi pegangan orang Syi'ah, AL-ANWAAR AN-NU'MANIYAH karya As-Sayyid Nimatullahi al-Jazairi, Daar al-Kuffah [1429H/1998M].
Sekiranya ada di kalangan jiran sekampung kita yang menjadi mualaf Syi'ah, dan mereka pula memiliki kitab induk mengarut tadi, maka dia akan jadi ekstrim perangainya. Inilah yang kita katakan sebagai bahaya. Ia macam api dalam sekam. Jadi, berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian, jangan sampai diri termasuk dalam perangkap samar puak Syi'ah. Menyedari betapa ekstrimnya fahaman itu, apakah orang Melayu yang sudah sedia Sunni mahu memilih jalan yang mengelirukan? Walllahu a'lam. []

Tuesday 25 June 2013

POLITIK CARA KITA

Media milik Umno masih main isu Padang Merbok. Berbagai isu ditimbulkan, peniaga pengeluh mereka rugi, pemandu teksi mengeluh tak ada penumpang, pengguna jalan raya mengeluh lalu-lintas terganggu, perhimpunan di Padang Merbok tak ada sambutan, hanya berbelas ribu orang sahaja yang datang, tak mencapai sasaran ratusan ribu!
Sebenarnya, kalau pembaca perasan, akhbar milik Umno itu hanya menyatakan rasa kecewanya kerana Padang Merbok telah dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat.
Mereka iri hati orang ramai tetap berhimpun juga walaupun sudah ada halangan dan bantahan dari pihak tertentu.
Akhbar milik Umno yang iri hari dengan sambutan itu meluahkan rasa kecewa dan geramnya dalam laporan hari Minggu, maaf, saya baru dapat baca hari ini kebetulan ia akhbar kutip di rumah orang.
Saya memang tak pernah baca akhbar milik Umno sejak reformasi meletus tahun 1989. Begitu juga TV entah siaran apa pun, saya langsung tak peduli. Astro apa lagi.
Senang cakap, tak ada televisyen. Sebab tak mampu nak beli.
Bagi pembaca di luar Kuala Lumpur, apabila mereka menatap Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan media lainnya pada hari Ahad, tentu mereka percaya habis dengan laporan akhbar milik Umno itu.
Bagi penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang, serta para peserta perhimpunan, mereka mendapat jawapan lain. Mereka kecewa melihat laporan akhbar milik Umno yang tetap memperlekehkan perhimpunan itu.
Ia adalah perhimpunan untuk menyatakan rasa kecewa rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR], tetapi cara akhbar melaporkan seolah-olah hendak bermusuhan dengan pendukung PR.
Anda bermusuhan, anda kehilangan pembaca. Pembaca akhbar milik Umno semakin merosot sehingga diberikan secara percuma di sesetengah tempat.
Laporan media Umno ini menyakitkan hati.
Mereka berulang-ulang mengatakan perhimpunan  itu perhimpunan haram. Yang bina khemah pun haram. Yang datang bawa kanak-kanak pun dipaparkan bagi menggambarkan kebencian yang bukan kepalang terhadap pendukung PR.
Kemudian, cerita Menteri Besar mengantuk ketika sidang akhbar pun nak dibesarkan. Cubalah ia terjadi pada diri Najib, adakah akhbar itu sanggup membesarkan cerita? Sedangkan wartawan mengantuk pun ramai, terlentok ketika sidang akhbar. Wartawan bukan manusia sempurna.
Kemudian ketika persidangan Parlimen baru-baru ini. Bukan tidak ada orang yang rasa pelik melihat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri.
Kita kena faham, inilah politik cara kita. Parlimen hanya sebuah. Kalau PR boleh buat Parlimen sendiri, memanglah Anwar tak perlu jumpa Najib pun.
Orang yang tak seronok melihat mereka bergambar bersama, jika jadi anggota Parlimen, mereka pun kena datang ke situ juga, akan datang bertembung dengan kawan-kawan MP dari Barisan Nasional. Nak elak bagaimana?
Seperti kita pergi masjid untuk solat Jumaat. Jumpa musuh politik di sebelah, apakah anda tidak mahu hulur tangan. Ia bukan perkara sukar. Begitu juga di Parlimen itu.
Setelah selesai, masing-masing boleh buat sidang akhbar sendiri. Pembangkang lain, BN lain. Ketika itulah kita bercakap mengikut acuan masing-masing.
Sama juga halnya angkat sumpah. Kalau tak angkat sumpah bagaimana hendak jadi MP? Bagaimana hendak bersidang? Kalau pertemuan singkat yang dirakam oleh kamera pun sudah dijadikan isu, sampai ada yang pertikai, anak-anak muda di luar sana masuk lokap, pemimpin yang ada ceria berada di Parlimen.
Kita kena pandai memisahkan sesuatu itu mengikut keadaan.
Tidak boleh pukul rata sahaja. Jika begitu, nasib kita pendukung PR sama sahaja seperti wartawan Mingguan Malaysia dan Berita Minggu yang melaporkan sesuatu dengan nada kebencian!
[akhbar Berita Minggu, orang buang, kemudian ada orang kutip, bahagian yang penting sahaja saya tatap lebih kurang. Setakat baca tajuk. Maaf.]. []

Saturday 22 June 2013

KISAH HUSAIN KARBALA MENYEDIHKAN

Riwayat yang dipaparkan di dalam kitab milik Syi'ah memang kalau boleh ditulis dengan begitu rupa agar orang yang membacanya tergiur dan membuahkan simpatik.
Begitu juga dalam cerita yang tidak logik, angkatan Husain yang hendak menuju ke Kufah setelah ditipu oleh pasukan seterunya.
Husain pada awalnya menyangka undangan ke Kufah adalah untuk diraikan sebagai ahlul bait, mereka akan berbaiah kepadanya. Akan tetapi dalam perjalanan menuju ke Kufah, temberang musuh sudah diketahui.
Wakil musuh yang bernama Hur telah menjalankan tugasnya dengan licik memperdaya Husain dan rombongannya.
Rombongan Husain yang pada mulanya besar hingga beratus-ratus orang, apabila mendapat laporan bahawa Husain telah ditipu, maka mereka diberi pilihan hendak teruskan ikut Husain ke Kufah atau balik kampung.
Ramai yang balik kampung, sementara Husain dan rombongan, termasuk anak dan isteri, kerabat, semuanya terpaksa berkhemah bagi melayani kerenah bohong musuhnya Sang Gabenor yang berkuasa.
Dilihat sekali imbas, cerita kematian orang-orang Husain satu persatu bagaikan menempah maut. Tidak ada ikhtiar untuk mengelak daripada menghadapi maut yang sengaja ditempah.
Bolehkah seorang pahlawan terkemuka berhadapan dengan musuh yang puluhan atau ratusan orang? Betapa hebat, betapa kebal sekalipun, kalau pasukan musuh lebih ramai, maka yang seorang akan kecundang juga.
Husain sengaja menempah maut apabila mendatangi pasukan samseng yang jauh lebih besar. Kumpulan itu juga melaungkan Allahu Akbar!
Maka, cerita Husain di Karbala entah kenapa dipaparkan begitu rupa. Ia bukanlah perang namanya. Ia hanya cerita buli, orang-orang Husain tidak cukup bersandarkan status ahlul bait. Seorang demi orang menjadi umpanan pedang, panah dan tombak musuh.
Lebih mengharukan, Husain turut membawa kaum wanita dan kanak-kanak dalam usahanya untuk pergi Kufah. Padahal ia boleh dihindari, tidak perlu membawa kaum wanita dan kanak-kanak sekalipun mereka pada akhirnya akan jadi bahan tawanan perang.
Siapa sahaja yang kena buli pasukan Yazid itu? Mereka termasuklah, Abu Fadhl Abbas, Zubir al-Qain, Jaun bekas hamba Abu Dzar, Abdullah Muslim bin Aqil, Ali Akbar bin Husain, Muhammad Abdullah Jaafar, Aun Abdullah, Abrurrahman Aqil, Aun Abdullah, Jaafar Aqil, juga Qassim bin Husain bin Ali. Setelah seorang demi seorang menjadi mangsa buli samseng yang diarahkan oleh Sang Gabenor, maka pada giliran Husain memang sudah tidak berdaya. Seorang sahaja yang tidak dibuli kerana ia sedang terlantar sakit, Ali Zainal Abidin as-Sajjad.
Semua pahlawan yang dihantar ke medan laga, berdepan para pembuli yang samseng, semuanya luka teruk, dipenggal kepalanya dan dijadikan bahan mainan musuh.
Husain tidak terkecuali. Dalam keadaan terdesak, bukan tidak ada kaum wanita yang meminta agar mereka dihantar pulang ke Makkah bagi mengelakkan kesengsaraan. Namun tidak. Husain tidak ada pilihan lain. Malah pada saat akhir beliau masih mahu melakukan sensasi di depan medan laga.
Husain telah membawa seorang bayi yang tak tahu apa, ditunjukkan kepada musuhnya, bahawa kumpulan Husain yang terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak semuanya sedang menghadapi masalah kekurangan air. Mereka ingin minum air sungai tetapi pasukan musuh di Kufah langsung tidak peduli.
Bawalah bayi yang masih merah atau apa, pasukan Kufah tidak berganjak. Yang menyedihkan bayi yang sedang dipangku oleh Husain juga dipanah oleh musuh. Mati percuma bayi bernama Ali Ashgar kerana perlakuan seorang dewasa yang tidak melindungi. Mendedahkan bayi di medan laga.
Mungkin ini cara penutur cerita hendak menarik simpati kepada Husain bin Ali.
Setelah Husain dibunuh oleh samseng pembuli, dengan permainan bodoh yang tidak seimbang, satu [pihak Husain] dan berpuluh-puluh pasukan bersenjata panah, tombak dan pedang [pihak Kufah].
Setelah dibunuh, Husain dihina begitu rupa tanpa peduli ia satu-satunya ahlul bait, kepalanya dipenggal dan ditancapkan di mata tombak. Mereka bersuka ria dapat mengalahkan pasukan Husain.
Setelah kematiannya, isteri Husain yang wataknya tersorok akhirnya muncul. Dia yang bernama Sahra Banu [mengingat nama seniwati Hindustan era dulu] adalah anak Raja Parsi yang pernah jadi tawanan perang setelah Parsi kalah kepada tentera Islam. Nama asalnya Jahan Syah.
Sahra Banu dengan beraninya menunggang kuda bernama Dzul Janah. Kuda ini berlari kencang melarikan janda Husain untuk pulang ke Iran. Dia keluarga diraja yang telah melarikan diri ke luar negeri setelah Parsi [Iran] takluk kepada Islam.
Sahra Banu balik ke Iran, dia meninggalkan anaknya  terlonta-lonta. Lagipun, dia kata Husain pernah berpesan, sebagai orang Ajam di tengah orang-orang Arab, dalam keluarga ahlul bait itu, Sahra Banu rasa tersisih setelah kematian Husain.
Tentang kuda Dzul Janah juga menarik kerana ia seolah-olah kuda sembrani yang luar biasa. Kuda ini pernah ditunggangi oleh Husain ketika bertempur di medan laga. Seorang lawan berpuluh orang. Mana mungkin dia akan menang sekalipun pedangnya mengkilap.
Inilah kisah ahlul bait yang mengharukan. Kenapa diceritakan sebegitu rupa? Adakah untuk menarik simpati oleh kalangan kelompok Syi'ah? Ia perlu difahami dari keseluruhan cerita. Medan laga yang dituju oleh Husain bukanlah medan perang. Ia hanya medan untuk menguji kekuatan. Siapa hebat dia menang. Seorang lawan berpuluh, adalah gambaran yang tidak munasabah. Itulah cerita tentang kematian Husain di Karbala.
[Mirza Taqiy, Nasikh at-Tawarikh, Juz 1; Syeikh Mufid, Al-Irsyad; Sardar Karbala; Al-Kharaij ar-Rawandi; Kitab Malahim, dinukil dari Ibnu Shar Asyub, bab Imamah, Setara-e Dirakhsyan, Jil.1]. []

Saturday 15 June 2013

JIN BAITUL MAQDIS BERKAWAN DENGAN MANUSIA

Jika ada seseorang beramal untuk memanggil nama-nama jin tertentu, ia sama ada boleh dipercaya atau tidak sahaja. Pertama, jika diminta menceritakan awal mula ilmu yang dipelajari ini, terlalu banyak perkara yang semacam dilindungkan. Orang tidak akan cerita dengan berterus terang tentang ilmu ini. Mungkin guru yang memberikan ilmu itu pun masih berselindung di sebalik kerahsiaan, atau mengingatkan orang itu, "Kalau boleh jangan diceritakan kepada orang lain yang tidak sealiran."
Begitulah sebuah dongeng tentang lelaki yang konon boleh berkawan dengan jin yang bernama Baitul Maqdis. Adakah ia berasal dari sana, atau hanya panggilan sahaja kerana nama besar ini memberi kesan besar kepada penikmat ilmu.
Biasanya, kalau dalam cerita, ia diawali dengan sebuah bilik kosong. Lagipun amalan nak panggil jin ini kalau boleh jangan sampai kawan-kawan pun tahu. Ini rahsia peribadi. Maka dalam bilik kosong itulah, si fulan akan membaca surat al-Jin. Dia membaca ayat itu berulang-ulang. Dan, dalam kes kemistikan begini, si fulan tak akan lupa membakar kemenyan agar aroma bilik itu menaikkan semangatnya.
Si fulan akan membaca ayat itu berulang-ulang di dalam bilik yang dipenuhi asap kemenyan. Apa yang ada?
Adakah jin Baitul Maqdis akan segera datang menemui si fulan?
Ketika menunggu itu, si fulan dikunjungi serangga kecil - kumbang. Kumbang itu terbang seolah-olah sedang mengelilingi si fulan yang sedang khusyuk bersila. Bagi yang mengamalkan ilmu, dia mengingatkan supaya jangan ditepis kumbang itu kerana ia adalah tanda-tanda kecil sebelum kehadiran jin yang diundang.
Mengikut cerita mistik, makhluk yang diundang itu akan datang. Tetapi logiknya, kalau si fulan yang memanggilnya berada di dalam bilik, jin yang akan masuk bilik juga perlu padan dengan saiz bilik. Kalau terlalu besar dan tinggi, bumbung rumah pun boleh ditolaknya, kepala jin terjongol atas bumbung rumah.
Jadi, bagi melogikkan cerita, si fulan tadi bolehlah meminta kepada jin agar tampil dalam bentuk yang lain, yang sesuai dengan ukuran bilik tempat si fulan menunggu.
Kemudian makhluk itu pun berubah menjadi makhuk yang berukuran wajar, sesuai dengan si fulan yang memanggilnya. Jika jin berwajah garang, kasar dan ganas, tidak ada manusia sanggup berkawan. Dengan berubahnya jin kepada bentuk manusia biasa, seperti orang baru dikenali, maka mudahlah dia berkomunikasi dengan manusia, si fulan pun mudah hendak berbual-bual dengannya. Perubahan bentuk yang tidak menggerunkan ini terjadi kalau si fulan lulus ujian, iaitu ujian keberanian melihat jin yang besar dan tinggi.
Di dalam bab ilmu hikmah, ada pula golongan yang mendakwa bahawa mereka mendapat seberkas ilmu daripada jin yang dipanggil tadi.
Umpamanya, jin Baitul Maqdis ini. Dia datang menyerupai manusia biasa. Boleh diajak berbincang tentang ilmu ghaib. Si fulan akan mendapat ilmu langsung dari jin ini. Ilmu itu langsung diterima dan kemudian diamalkan. Akan tetapi kalau dia tidak mencatatkan ilmu yang diberi, apakah dia boleh hafal penjelasan yang panjang berjela?
Kalau ada si fulan bercerita bahawa semalam dia jumpa jin dan jin itu berikan dia ilmu sekian-sekian, mampukah si fulan huraikan ilmu itu satu persatu? Sudah pasti akan dimasukkan pendapat peribadinya.
Inilah yang dikatakan guru ghaib. Jika ada orang berkata dia belajar ilmu dari guru ghaib, maka kemungkinan besar, adalah dari jenis jin seperti ini. Hendak berterus terang, takut orang akan lari. Maka dikatakannya dia berguru kepada seorang lelaki yang alim dan dipercayai [meskipun dari kalangan jin].
Biasanya, yang belajar ilmu daripada makhluk seperti ini dia juga menyukai dunia pengubatan atau perdukunan. Jin yang dipanggil itu mungkin hanya makhluk suruhan yang boleh dipanggil pada masa tertentu. Si fulan yang mendakwa boleh memanggil jin akan menghabiskan masa di dalam bilik semata-mata hendak bertemu dengan sahabatnya dari jenis jin.
Ilmu yang dia peroleh dari makhluk tadi, bukanlah ilmu hikmah yang sebenar. Jin itu boleh diberi gelaran atau panggilan apa sahaja. Nama tidak penting. Ahli ilmu hikmah nasihatkan kepada mereka yang cuba menghadiri majlis ilmu dengan cara bakar kemenyan begini berhati-hati. Bahkan ada ilmu yang dia peroleh itu hanya khusus untuk diri si fulan sahaja, tidak boleh diajarkan kepada orang lain.
Tidak hairan, ada kisah orang yang mendapat ilmu semacam ini menghadapi kesukaran ketika sakaratul maut --ada yang mengatakan dia anti bacaan ayat-ayat al-Qur'an. Dua kemungkinan: kerana dia memang terlibat perdukunan dan berguru kepada jin yang tidak ketahuan latar belakangnya. Wallahu a'lam. []


SURAT AL-WILAYAH MITOS PUAK SYI'AH RAFIDHAH

Tertarik dengan catatan sumber, bahawa suatu ketika Ibn Hazm al-Andalusi berdebat dengan orang-orang Nasrani berhubung dengan al-Qur'an. Beliau telah menyebut bahawa Injil itu telah dijamah dan diubah oleh tangan jahil iaitu para pendeta mereka.
Maka orang Nasrani itu berhujah, dengan mengatakan apa kurangnya dengan al-Qur'an? Ia juga telah diubah dan dikurangi serta banyak prinsip-prinsipnya hilang berdasarkan pengakuan kaum Muslimin kelompok Syi'ah sendiri. Itu bantahan dari orang Nasrani.
Lalu, Ibn Hazm menjawab:
"Sesungguhnya dakwaan Syi'ah bukanlah hujah atas al-Qur'an dan juga bukan atas kaum Muslimin, sebabnya, Syi'ah bukan kaum Muslimin."
Terdiamlah puak Nasrani mendengar jawapan Ibn Hazm. Selanjutnya beliau menerangkan bahawa ucapan mereka tentang puak mereka yang mendakwa al-Qur'an telah diganti,, maka sesungguhnya Rafidhah bukanlah sebahagian dari kaum Muslimin.
"Mereka adalah kelompok bid'ah yang muncul dua puluh lima tahun setelah wafatnya Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Dan permulaannya adalah mengikuti  orang-orang yang dihinakan oleh Allah Ta'ala kerana mengajak orang untuk merosakkan Islam.
"Syi'ah adalah satgu kumpulan yang sealiran dengan Yahudi dan Nasrani dalam kebohongan dan kekufuran."
[Ibn Hazm, Al-Fashl, 1/80-81: Mamduh Farhan al-Buhairi, Gen Syiah, 2001].
Sejak dulu lagi di kalangan mereka yang melihat Syi'ah dari kejauhan berasa hairan apabila mendengar ada orang mengatakan puak Syi'ah memiliki Mushaf Fatimah.
Mushaf yang dikatakan ada itu seperti tidak ada kerana mereka mempunyai berbagai alasan lain yang dikaitkan dengan Imam al-Mahdi versi mereka. Kitab yang sempurna itu akan ada di tangan al-Mahdi yang ditunggu-tunggu tetapi tidak kunjung tiba.
Adakah orang mengira Mahdi akan datang dengan penampilan pada zaman silam, zaman ketika riwayatnya dituturkan dan direkodkan orang?
Mahdi tidak akan mampu menguruskan hal ehwal dunia ini jika dia masih membawa penampilan lama. Maksudnya, Mahdi perlu menjadi orang yang paling cerdik, tahu menguasai segala bidang yang dikuasai umat manusia hari ini, dengan itu, baharulah dia "layak" untuk membawa perubahan di segenap penjuru dunia. Dia tidak boleh menumpukan satu wilayah sahaja, kerana dia perlu berfikir secara global. Begitulah kedudukan Mahdi yang ditunggu, jika dia masih setaraf Imam-imam yang lampau, mana mungkin dia mampu membawa perubahan kepada dunia? Menegakkan keadilan yang sering mereka katakan itu?
Surat al-Wilayah tadi, adalah karangan dari kelompok pemikir Syi'ah. Tidak dinyatakan siapa yang mengarang ayat tersebut. Ia dikatakan sebagai surat yang sengaja dicicirkan oleh para Sahabat. Inilah tuduhan yang dilakukan oleh puak Syi'ah.
Kenapa jadi demikian?
Surat al-Wilayah sengaja dikarang bagi menunjukkan bahawa ia "dikeluarkan" atau "digugurkan" kerana ia ada kaitannya dengan hak Wilayah. Jika mereka selalu berwacana tentang hak Wilayah sedangkan tidak ada nas yang boleh dijadikan pegangan, maka mereka payah hendak berhujah. Justeru itu, meskipun begitu mereka masih mampu mereka hujah, bahawa "surat" itu telah "digugurkan" oleh para Sahabat kerana ia mengandung fasal tentang hak Wilayah. Perkara Wilayah ini sudah dijadikan Rukun dalam Syi'ah. Kalau rukun yang mereka anggap penting tetapi tidak dimuatkan dalam al-Qur'an, maka mereka mati kutu hendak berhujah. Maka diciptakan riwayat atau mitos mengatakan ada surat yang sepatutnya dimuatkan dalam al-Qur'an tetapi telah "disisihkan" oleh para Sahabat.
Surat al-Wilayah ini mengandungi 40 ayat semuanya. Selain hendak dijadikan bukti tentang aspek kewilayahan tadi, surat ini juga diharapkan dapat mengingkari akan keutamaan Sahabat. Lagipun Syi'ah memang telah terlanjur mengatakan al-Qur'an telah dipalsukan yang memberi maksud, para Sahabat tidak amanah dalam tugas pengumpulannya. Puak ini juga mengkafirkan para Sahabat selain mencelanya di mana-mana.
Meskipun hal surat rekaan ini telah didedahkan kepada umum untuk tatapan Ahlus Sunnah, kalangan yang mendukung Syi'ah tidak suka menyentuh isu ini. Berapa banyak karangan kitab yang mendukung Syi'ah kebanyakannya suka merujuk teks dari Ahlus Sunnah. Padahal jika dibedah kitab al-Kulaini [Al-Kaafi] yang memuatkan hadis-hadis Syi'ah, maka riwayat untuk menguatkan dakwaan mereka itu memang sengaja direkodkan. Wallahu a'lam. []