Tuesday 25 June 2013

POLITIK CARA KITA

Media milik Umno masih main isu Padang Merbok. Berbagai isu ditimbulkan, peniaga pengeluh mereka rugi, pemandu teksi mengeluh tak ada penumpang, pengguna jalan raya mengeluh lalu-lintas terganggu, perhimpunan di Padang Merbok tak ada sambutan, hanya berbelas ribu orang sahaja yang datang, tak mencapai sasaran ratusan ribu!
Sebenarnya, kalau pembaca perasan, akhbar milik Umno itu hanya menyatakan rasa kecewanya kerana Padang Merbok telah dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat.
Mereka iri hati orang ramai tetap berhimpun juga walaupun sudah ada halangan dan bantahan dari pihak tertentu.
Akhbar milik Umno yang iri hari dengan sambutan itu meluahkan rasa kecewa dan geramnya dalam laporan hari Minggu, maaf, saya baru dapat baca hari ini kebetulan ia akhbar kutip di rumah orang.
Saya memang tak pernah baca akhbar milik Umno sejak reformasi meletus tahun 1989. Begitu juga TV entah siaran apa pun, saya langsung tak peduli. Astro apa lagi.
Senang cakap, tak ada televisyen. Sebab tak mampu nak beli.
Bagi pembaca di luar Kuala Lumpur, apabila mereka menatap Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan media lainnya pada hari Ahad, tentu mereka percaya habis dengan laporan akhbar milik Umno itu.
Bagi penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang, serta para peserta perhimpunan, mereka mendapat jawapan lain. Mereka kecewa melihat laporan akhbar milik Umno yang tetap memperlekehkan perhimpunan itu.
Ia adalah perhimpunan untuk menyatakan rasa kecewa rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR], tetapi cara akhbar melaporkan seolah-olah hendak bermusuhan dengan pendukung PR.
Anda bermusuhan, anda kehilangan pembaca. Pembaca akhbar milik Umno semakin merosot sehingga diberikan secara percuma di sesetengah tempat.
Laporan media Umno ini menyakitkan hati.
Mereka berulang-ulang mengatakan perhimpunan  itu perhimpunan haram. Yang bina khemah pun haram. Yang datang bawa kanak-kanak pun dipaparkan bagi menggambarkan kebencian yang bukan kepalang terhadap pendukung PR.
Kemudian, cerita Menteri Besar mengantuk ketika sidang akhbar pun nak dibesarkan. Cubalah ia terjadi pada diri Najib, adakah akhbar itu sanggup membesarkan cerita? Sedangkan wartawan mengantuk pun ramai, terlentok ketika sidang akhbar. Wartawan bukan manusia sempurna.
Kemudian ketika persidangan Parlimen baru-baru ini. Bukan tidak ada orang yang rasa pelik melihat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri.
Kita kena faham, inilah politik cara kita. Parlimen hanya sebuah. Kalau PR boleh buat Parlimen sendiri, memanglah Anwar tak perlu jumpa Najib pun.
Orang yang tak seronok melihat mereka bergambar bersama, jika jadi anggota Parlimen, mereka pun kena datang ke situ juga, akan datang bertembung dengan kawan-kawan MP dari Barisan Nasional. Nak elak bagaimana?
Seperti kita pergi masjid untuk solat Jumaat. Jumpa musuh politik di sebelah, apakah anda tidak mahu hulur tangan. Ia bukan perkara sukar. Begitu juga di Parlimen itu.
Setelah selesai, masing-masing boleh buat sidang akhbar sendiri. Pembangkang lain, BN lain. Ketika itulah kita bercakap mengikut acuan masing-masing.
Sama juga halnya angkat sumpah. Kalau tak angkat sumpah bagaimana hendak jadi MP? Bagaimana hendak bersidang? Kalau pertemuan singkat yang dirakam oleh kamera pun sudah dijadikan isu, sampai ada yang pertikai, anak-anak muda di luar sana masuk lokap, pemimpin yang ada ceria berada di Parlimen.
Kita kena pandai memisahkan sesuatu itu mengikut keadaan.
Tidak boleh pukul rata sahaja. Jika begitu, nasib kita pendukung PR sama sahaja seperti wartawan Mingguan Malaysia dan Berita Minggu yang melaporkan sesuatu dengan nada kebencian!
[akhbar Berita Minggu, orang buang, kemudian ada orang kutip, bahagian yang penting sahaja saya tatap lebih kurang. Setakat baca tajuk. Maaf.]. []

No comments:

Post a Comment