Saturday 15 June 2013

SURAT AL-WILAYAH MITOS PUAK SYI'AH RAFIDHAH

Tertarik dengan catatan sumber, bahawa suatu ketika Ibn Hazm al-Andalusi berdebat dengan orang-orang Nasrani berhubung dengan al-Qur'an. Beliau telah menyebut bahawa Injil itu telah dijamah dan diubah oleh tangan jahil iaitu para pendeta mereka.
Maka orang Nasrani itu berhujah, dengan mengatakan apa kurangnya dengan al-Qur'an? Ia juga telah diubah dan dikurangi serta banyak prinsip-prinsipnya hilang berdasarkan pengakuan kaum Muslimin kelompok Syi'ah sendiri. Itu bantahan dari orang Nasrani.
Lalu, Ibn Hazm menjawab:
"Sesungguhnya dakwaan Syi'ah bukanlah hujah atas al-Qur'an dan juga bukan atas kaum Muslimin, sebabnya, Syi'ah bukan kaum Muslimin."
Terdiamlah puak Nasrani mendengar jawapan Ibn Hazm. Selanjutnya beliau menerangkan bahawa ucapan mereka tentang puak mereka yang mendakwa al-Qur'an telah diganti,, maka sesungguhnya Rafidhah bukanlah sebahagian dari kaum Muslimin.
"Mereka adalah kelompok bid'ah yang muncul dua puluh lima tahun setelah wafatnya Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Dan permulaannya adalah mengikuti  orang-orang yang dihinakan oleh Allah Ta'ala kerana mengajak orang untuk merosakkan Islam.
"Syi'ah adalah satgu kumpulan yang sealiran dengan Yahudi dan Nasrani dalam kebohongan dan kekufuran."
[Ibn Hazm, Al-Fashl, 1/80-81: Mamduh Farhan al-Buhairi, Gen Syiah, 2001].
Sejak dulu lagi di kalangan mereka yang melihat Syi'ah dari kejauhan berasa hairan apabila mendengar ada orang mengatakan puak Syi'ah memiliki Mushaf Fatimah.
Mushaf yang dikatakan ada itu seperti tidak ada kerana mereka mempunyai berbagai alasan lain yang dikaitkan dengan Imam al-Mahdi versi mereka. Kitab yang sempurna itu akan ada di tangan al-Mahdi yang ditunggu-tunggu tetapi tidak kunjung tiba.
Adakah orang mengira Mahdi akan datang dengan penampilan pada zaman silam, zaman ketika riwayatnya dituturkan dan direkodkan orang?
Mahdi tidak akan mampu menguruskan hal ehwal dunia ini jika dia masih membawa penampilan lama. Maksudnya, Mahdi perlu menjadi orang yang paling cerdik, tahu menguasai segala bidang yang dikuasai umat manusia hari ini, dengan itu, baharulah dia "layak" untuk membawa perubahan di segenap penjuru dunia. Dia tidak boleh menumpukan satu wilayah sahaja, kerana dia perlu berfikir secara global. Begitulah kedudukan Mahdi yang ditunggu, jika dia masih setaraf Imam-imam yang lampau, mana mungkin dia mampu membawa perubahan kepada dunia? Menegakkan keadilan yang sering mereka katakan itu?
Surat al-Wilayah tadi, adalah karangan dari kelompok pemikir Syi'ah. Tidak dinyatakan siapa yang mengarang ayat tersebut. Ia dikatakan sebagai surat yang sengaja dicicirkan oleh para Sahabat. Inilah tuduhan yang dilakukan oleh puak Syi'ah.
Kenapa jadi demikian?
Surat al-Wilayah sengaja dikarang bagi menunjukkan bahawa ia "dikeluarkan" atau "digugurkan" kerana ia ada kaitannya dengan hak Wilayah. Jika mereka selalu berwacana tentang hak Wilayah sedangkan tidak ada nas yang boleh dijadikan pegangan, maka mereka payah hendak berhujah. Justeru itu, meskipun begitu mereka masih mampu mereka hujah, bahawa "surat" itu telah "digugurkan" oleh para Sahabat kerana ia mengandung fasal tentang hak Wilayah. Perkara Wilayah ini sudah dijadikan Rukun dalam Syi'ah. Kalau rukun yang mereka anggap penting tetapi tidak dimuatkan dalam al-Qur'an, maka mereka mati kutu hendak berhujah. Maka diciptakan riwayat atau mitos mengatakan ada surat yang sepatutnya dimuatkan dalam al-Qur'an tetapi telah "disisihkan" oleh para Sahabat.
Surat al-Wilayah ini mengandungi 40 ayat semuanya. Selain hendak dijadikan bukti tentang aspek kewilayahan tadi, surat ini juga diharapkan dapat mengingkari akan keutamaan Sahabat. Lagipun Syi'ah memang telah terlanjur mengatakan al-Qur'an telah dipalsukan yang memberi maksud, para Sahabat tidak amanah dalam tugas pengumpulannya. Puak ini juga mengkafirkan para Sahabat selain mencelanya di mana-mana.
Meskipun hal surat rekaan ini telah didedahkan kepada umum untuk tatapan Ahlus Sunnah, kalangan yang mendukung Syi'ah tidak suka menyentuh isu ini. Berapa banyak karangan kitab yang mendukung Syi'ah kebanyakannya suka merujuk teks dari Ahlus Sunnah. Padahal jika dibedah kitab al-Kulaini [Al-Kaafi] yang memuatkan hadis-hadis Syi'ah, maka riwayat untuk menguatkan dakwaan mereka itu memang sengaja direkodkan. Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment