Friday 30 August 2013

RINDU MAKAM IMAM? KITA BAWA DEPAN RUMAH UNTUK DIZIARAHI!

BAYANGKAN kalau di Malaysia jadi begitu. Apabila ada di kalangan kita yang taksub melulu kepada makam-makam keramat misalnya, akan ada orang bagi idea. "Apa kata kita buat replika makam tersebut, kita bawa naik lori, tunjukkan kepada orang ramai. Siapa nak tengok kena bagi dermalah! Duit minyak!"
Ini hanya misalan. Masyarakat kita masih tersusun rapi. Tidak sampai ke peringkat memuja atau mengusap kubur replika tokoh tertentu.
Tetapi di negeri yang mengamalkan Syiah, sudah ada kubur bergerak. Kita di Malaysia, ada tengok tandas bergerak, balai polis bergerak, wakil pos bergerak, klinik bergerak, dan macam-macam gerak lagi. Agaknya kalau ada orang bawa replika Makam Hang Tuah atau Makam Mahsuri, ada atau tidak orang nak tengok?
Nescaya orang tak peduli. Paling tidak mereka akan tanya, "Nak bawa ke Muzium mana benda tu?"
"Kak, ni bukan nak bawak ke Muzium mana-mana, kita nak tunjuk kepada orang kampung, inilah Makam Hang Tuahnya! Bukankah Hang Tuah kata tak kan Melayu hilang di dunia?" kata jurucakap yang membawa lori itu.
"Sapa nak tengok makam gitu?" kata perempuan itu mencebik.
"Hey, kak, kalau di luar negeri makam macam ni dia orang kerumun tahu?" jurucakap itu cuba menerangkan.
"Negeri mana?"
"Syiah!"
"Aku pun tak tahu apa, nak cakap Syiah!" perempuan itu tutup pintu rumah.

Begitulah episod membawa makam replika kalau ada di Malaysia.
Bagaimana kalau di Iran sana? Penghormatan mereka terhadap Imam sangat mengujakan. Bayangkan, kubur para Imam mereka sering dikunjungi. Mereka sanggup merangkak dan keluar mengundur demi menghomati perkuburan Imam. Ada yang sujud, ada yang solat mengikut cara mereka. Mereka jadikan perkuburan itu sebagai masjid.
Mereka begitu taksub terhadap kubur Imam kerana Imam itu diberi gambaran yang menakjubkan di dalam referensi mereka. Contoh di dalam AL-KAFI kitab hadis yang menjadi panduan mereka bahawa Imam mereka amat istimewa tak serupa manusia biasa.
  • Mereka boleh tahu tarikh nak mati. Kalau rasa nak mati mereka boleh pilih tarikh yang sesuai, boleh bookinglah maksudnya [al-Kafi, Vol.1, hal.258]. Perkara ini kontradik sekali [dengan Luqman: 34].
  • Mereka mengetahui apa yang akan terjadi, dan yang telah terjadi [Vol.1, hal. 260] bertentangan dengan an-Naml: 65].
  • Imam adalah pemilik bumi dan seisinya [Vol.1, hal.407]. Dunia dan akhirat juga milik mereka [ berlawanan dengan Hud: 123].
  • Imam itu penyangga bumi [pengibaratan].
  • Imam memiliki semua kitab suci yang diturunkan Allah.
  • Imam mengetahui apa sahaja ilmu yang dimiliki Malaikat.
  • Sesiapa yang ziarah ke kubur Husain, pahalanya sama atau bahkan lebih jika dibandingkan dengan haji dan umrah 20 kali [Furu' al-Kafi, hal.59].
Jadi, apa tujuan orang membawa replika kubur seperti yang kita cerita tadi? Mungkin dengan memandang replika itu sahaja, atau kalau dapat menyentuhnya, ia ada sedikit manfaatnya. Buat masa ini kita belum dapat maklumat mengenai ganjaran melihat replika kubur begitu.

IMAMAH
Kalau mengikut doktrin Syiah, pemerintah perlu berdasarkan Imamah. Pemimpin tertinggi mereka adalah seorang Imam. Imam yang dimaksudkan adalah IMAM 12. Tetapi sekarang, Imam yang mereka harapkan belum muncul sebab takut kena bunuh. Jadi, Imam itu masih menyorok bawah tanah. Agaknya ada terowong yang lebih hebat telah dibina pada masa silam. Imam itu sedang dalam persembunyian atau ghaibah.
Jika tidak ada Imam maka tidak ada pemerintahanlah? Inilah kalau pada congak kita. Tetapi Syiah ada alasan lain. Mereka juga ada ijtihadnya, walaupun kebanyakan pendukung Syiah amat marah kerana Sunni pandai berijtihad mengada-adakan sesuatu yang tiada [bid'ah].
Apa ijtihad mereka?
Mereka kata, kedudukan Imam boleh diganti dengan seorang yang FAQIH yang mereka sebut sebagai WILAYAT AL-FAQIH.
Kalau ikut kaedah tradisi Syiah, perkara ini tidak wujud. Maka ia bolehlah dikira benda bid'ah juga. Ulama mereka sepakat [ijtihad?] dan ia akhirnya diterima sebagai ajaran Syiah untuk dikemaskinikan. Puncanya kes Imam yang ghaib tak muncul-muncul.
Al-Khomeini [dalam Al-Hukumah al-Islamiyah, tanpa penerbit, nipis 154 halaman] -- ia asalnya nota kuliah di Najaf, Iraq.
Dia menjelaskan apa sebenarnya WILAYAT AL-FAQIH atau pemerintahan atau kekuasaan ulama. Gagasan ini kemudian diterapkan di Iran selepas revolusi Syiah Iran [bukan Revolusi Islam 1979].
Kenapa perlu diwujudkan kaedah pemerintahan begitu? Alasannya kerana Imam ke-12 tak muncul-muncul sampai sekarang. Tak kan langsung tak boleh memerintah kut? Nak tunggu sampai bila? Maka, dia berpendapat tak kan nak tunggu lagi sedangkan sudah lebih seribu tahun ia mengalami GHAIBAH KUBRA. Imam yang ditunggu [al-muntadzar] tidak muncul juga. Adakah selama ketiadaan Imam itu orang Syiah tidak ada pemerintahan? Maka, kepimpinan ulama pun ditegakkan sebagai mewakili Imam yang belum muncul.
Tujuannya agar berlaku kesinambungan pemerintahan sejak zaman Nabi s.a.w. sampai sekarang. Lagipun sistem pemerintahan ini kata mereka adalah perintah Allah.
Khomeini beranggapan, pemerintahan Islam seterusnya sistemnya adalah perintah Allah yang bersifat qath'iy dan berlaku sepanjang masa. Manusia hanya melaksanakan dan tidak ada hak mencampuri dalam bentuk apa pun [hal.43, kuliahnya].
Selama Imam ke-12 belum muncul [dan tak akan muncul pun] maka seluruh fungsi dan tugas Imam ghaib itu dikendalikan oleh para ulama Syiah. Kata Khomeini, seorang faqih bukanlah Nabi, tetapi ia adalah wasy al-naby = penerima wasiat Nabi. Ketika masa ghaibah berpanjangan ini, masa ghaibah lagi, maka faqih kena berperanan sebagai Imam dan pemimpin mereka.
Sebetulnya gagasan yang dibawa oleh Khomeini ini bukanlah mendapat dukungan semua ulama yang ada. Hanya mereka enggan mengulas kerana keadaannya belum sesuai. Mereka di Iran menganut "madzhab" Ja'fari Ithna 'ashari. Wallahu a'lam. []

SELINGKAR KISAH TENTANG SODOMI SYIAH

BAB tentang sodomi ini tidak perlu dijelaskan secara terperinci sebabnya, sejak beberapa tahun silam, di Malaysia, akhbar perdana terutama Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu dan yang sealiran dengannya sering memaparkan perbuatan ini begitu asyik sekali [saya tak sebut tv kerana saya memang tak mempunyai tv, Alhamdulillah!].
Maka, rakyat Malaysia amat mengetahui akan bab sodomi ini mengalahkan rakyat negara lain.
Kali ini saya nak sentuh sedikit mengenai hal yang berkaitan dengan Sayed Syarafuddin al-Musawi [penyusun kitab Murajaat dan Nash wal Ijtihad; Murajaat telah diterjemah dalam bahasa Indonesia dengan judul Dialog Sunnah Syiah, Mizan Bandung, 1983].
Ketika para ulama hebat ini sedang sembang-sembang adalah seorang budak muda tak berjanggut. Dia belajar di London, tetapi dia menghadapi masalah kesunyian dan ingin cari teman wanita. Syeikh Syiah yang ada bagi cadangan macam-macam suruh cari mana yang berkenan boleh mut'ah. Tetapi budak muda itu tak mahu, suruh cari orang Islam di London, dia pun tak mahu. Hanya ketika Syeikh kata cari perempuan orang putih tak kira dari mana, budak muda itu setuju. Tapi dengan satu syarat, dia hendaklah Islam. "Nikah dengan Kristian dan Yahudi adalah haram," kata Syeikh itu.
Budak muda ini disarankan kahwin dengan perempuan Syiah di Iran lepas itu boleh bawa ke London. Dia tak mahu juga.
Syeikh sebagai lelaki dan pernah jadi anak muda seperti budak itu memang faham sangat. Gelora nafsu budak muda itu tidak dapat ditahan kerana London adalah kota kebebasan.
Maka Abu Abdillah [nama yang biasa terdapat dalam riwayat Syiah] berkata:
"Jika perjalananmu berlangsung lama, maka kahwinilah lelaki. Inilah jawapan atas pertanyaanmu tadi."
Pelik kan? Tak kan seorang ulama hebat, berjanggut lebat boleh ke situ pula jawapannya. Tidakkah dia fikir bahawa jawapan itu akan dicatat oleh orang di sekelilingnya, dan kemudian dijadikan bahan buku oleh Husain al-Musawi seorang ulama Syiah yang ada di situ?
Terbukti, cerita kahwin lelaki seperti amalan orang putih, memang sudah menjadi cerita lama dalam Syiah, hanya ia dibendung agar tidak jadi cerita mengaibkan. Siapa yang bagi cadangan kahwin lelaki ini? Dia tidak lain adalah ulama yang menyusun kitab Murajaat tadi. Akan tetapi kitab ini kata pengulas sejak dulu sampai sekarang, ia hanya rekaan. Ada bahan, jadikan dalam bentuk soal jawab.
[Teringat saya ketika di Pulau Pinang tahun 80-an, ada seorang sahabat memegang teks milik seorang Prof dari USM Pulau Pinang, isinya tentang ekonomi negara dan Melayu, maka sahabat ini hendak jadikan teks itu dalam bentuk soal jawab, seolah-olah dia telah menemuramah Prof tadi. Bahan itu kemudian disiarkan dalam akhbar tempatan. Hanya saya yang tahu rahsia itu, dan bahan-bahan yang lain pun begitu juga kalau dari Prof yang satu ini].
Baiklah, Husain al-Musawi berkata dalam hati, Syarafuddin bagi cadangan yang bukan-bukan kepada budak muda yang belajar di London. Rupa-rupanya, Syarafuddin ini sudah ada rekod. Rekod kahwin mut'ah di London dengan ramai perempuan orang putih, tak kira Kristian atau tak ada agama. Sebaliknya ketika berada di depan majlis, dia beritahu budak muda tadi, jangan kahwin orang putih Kristian atau Yahudi, haram hukumnya!
Apa tujuan Husain al-Musawi paparkan cerita ini?
Dia mahu menunjukkan bahawa sebahagian ulama Syiah yang masyhur ini sangat menggalakkan orang bawahan amalkan itu dan ini. Tetapi apabila kena pada diri sendiri, mereka tidak menerimanya. Contoh, dia galakkan orang nikah mut'ah, tetapi jangan harap kamu hendak nikah mut'ah dengan anak gadis milik ulama Syiah ini. Anda tak layak. Nak nikah mut'ah dengan isteri ulama Syiah ini pun tak apa kalau ada siapa berani.
Husain al-Musawi, dulu dia ulama Syiah hebat, mana Khomeini pergi dia ikut, tetapi apabila dia sudah isytiharkan keluar dari Syiah, taubat, balik kepada Sunnah, maka nyawanya di muncung senjata. Inilah yang terjadi di Iran sana. Mereka paksa supaya semua orang jadi Syiah. Hanya kepada pegawai kedutaan asing di Tehran mereka tidak berani kerana isunya cepat merebak satu dunia.
Nah, berbalik kepada cerita Husain al-Musawi tadi, dia juga cerita bahawa bukan semua ulama yang berjanggut lebat dan berjubah lebar itu boleh dicontohi. Ada setengahnya memang hebat, tetapi dalam diam-diam dia adalah pengamal homoseks. Sebagai tuan guru, dia akan ajak murid-muridnya yang berdagu licin [tak berjanggut] untuk diajak tidur. Maka terjadilah bab sodomi atau liwat yang merupakan cerita yang amat digemari di Malaysia.
Husain juga menceritakan bahawa di kalangan yang berjanggut lebat ini suka berseloroh dan mencarut dalam bahasa Arab fushah [rasmi]. Carutan mereka ini kalau nak dipaparkan tentu menyebabkan orang tertanya-tanya: "Apa benar?"
Contoh: Di antara mereka ada yang bertanya tentang bab sodomi, iaitu mendatangi lelaki secara begitu. Maka ada yang menjawab,"Disunnahkan untuk memasukkan bahagian depannya sahaja." Mereka tertawa terbahak-bahak.
Di kalangan mereka, jangan ada sesiapa yang berjalan dengan budak lelaki meskipun berumur tujuh atau lapan tahun. Maka akan jadi pertanyaan. Siapa budak tu? Anak siapa? Kenapa tak serahkan pada saya supaya saya boleh didik anak itu menjadi Syeikh yang mahir ilmu?
Tahukah, bahawa kata-kata ini sebenarnya berkonotasi lain. Maksudnya, budak kecik itu boleh mereka didik di tempat mereka supaya jadi ulama hebat suatu ketika nanti. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tempat memuaskan nafsu [homoseks dengan budak lelaki].
Apa kata salah seorang darinya? "Wahai saudara yang hina dan berakhlak rendah, adakah kamu nak budak ini supaya kamu boleh lakukan sesuka hatimu ke atasnya?" [maksudnya melakukan oral seks dengan budak lelaki itu atau selainnya].
Itu sebab di Iran sana tidak ada kes homoseks. Kalau mereka baca akhbar kita yang sering melaporkan kes begini, mereka akan tersenyum. Begitu juga kalau ada lelaki Melayu kacak bergaya melangsungkan perkahwinan dengan lelaki orang putih di luar negeri. Tentulah hebat, tapi bukan berita gempar lagi. []

Sunday 25 August 2013

KELEBIHAN MEMAKAI SABUK, BENARKAH?

Penulis pernah ditunjukkan sabuk yang diperoleh dari sebuah gua di Kelantan oleh seseorang yang mendakwa bahawa sabuk itu adalah milik Sunan Kalijaga. Benar tidaknya, bukan perkara mustahak untuk diselidik secara mendalam.
Kerana ia dikatakan sabuk Kalijaga, maka kain yang diperoleh dari seorang Mbah di dalam gua itu disimpan sebagai koleksi benda-benda mistik.
Penggunaan sabuk sudah lama menjadi cerita pedagang kaki lima.
Ada yang berupa ikat pinggang dengan kain hitam, kain kuning, kain merah, kain hijau dan warna apa sahaja mengikut siapa yang menciptanya.
Ikat pinggang itu bolehlah dianggap sebagai tangkal atau azimat.
Ia diikat di pinggang, dipakai setiap hari ketika nak pergi kerja, terutama yang naik motosikal atau kereta, dengan benda mistik itu mereka yang memiliki meyakini ia akan menjadi pendinding.
Dalam tahun 80-an hingga 90-an, pedang kaki lima di Kuala Lumpur, Kuantan, Johor Bahru, atau di Pekan Rabu Kedah, ada yang mempamerkan semacam ikat pinggang yang menyerupai sabuk bertuah ini.
Pemakaian sabuk sudah menjadi lumrah di kalangan orang yang memang menyukai benda-benda berbau mistik.
Biasanya, cerita pedagang kaki lima dari luar [dari seberang selat maksudnya] mudah mempengaruhi anak-anak muda yang ingin melindungi diri mereka dari berbagai ujian di sekitarnya.
Pedagang kaki lima akan bercerita tentang kelebihan memakai ikat pinggang itu. Tidak diketahui apa yang terikat di dalam ikat pinggang itu, kebanyakan orang yang terpengaruh tidak berani membukanya, takut "kuwalat/ketulahan" -- maklum di dalamnya ada rajah-rajah tertentu. Rajah yang pelik-pelik ini bagi yang taksub sangat menggerunkan.
Justeru, jangan letak di sebarang tempat. Jangan bawa masuk ke tandas atau tempat maksiat. Maknanya, sejak memiliki ikat pinggang yang harganya tidak mahal [ masa dulu dijual dalam lingkungan RM50 tidak termasuk pengerasnya] -- maka yang memiliki akan menjaga ikat pinggang itu dengan berhati-hati.
Nak keluar malam kena pakai, nak pergi kerja lagi mustahak.

PERLINDUNGAN
Apa gunanya? Sabuk ini kata mereka boleh dijadikan sebagai sarana untuk perlindungan diri. Dengan memakai ikat pinggang itu, kalau bawa motosikal mereka lebih yakin tak ciluk kanan dan kiri. Bagi yang memandu kereta mereka rasa ada jaminan kerana di pinggang sudah ada sabuk bertuah.
Cerita mitos tentang kelebihan ikat pinggang ini sejak dulu sampai sekarang masih diyakini keberkesannya. Meski ia seolah-olah cerita tokok tambah, pemakainya akan yakin penuh kerana ketika akad jual beli sabuk tadi, orang itu dipaksa untuk meyakini benda bertuah itu.
"Sesiapa yang tidak yakin dengan sabuk ini, tidak perlu memilikinya," itulah yang pedagang kaki lima tuturkan.
Sekalipun dia tidak memaksa, tetapi berapa ramai lelaki bertali leher yang terpancing dengan ceritanya itu?
Ini cerita lama. Bahkan ada yang menyertai kumpulan silat juga turut memiliki semacam sabuk bertuah begini. Atas tujuan apa, tidak pula diceritakan.

CIPTAAN INDIVIDU
Sekarang, sesiapa yang ingin memiliki ikat pinggang bertuah atau sabuk ini, mereka perlu berjumpa dengan orang pintar terlebih dulu. Sabuk itu orang pintar yang menciptanya.
Dia yang menjahit dan dia juga yang melakar rajah tertentu setelah meniru dari rujukan yang dianggap kuno dan sahih isinya.
Apa kelebihan memiliki sabuk bertuah itu?
Antara lain, berdasarkan testimoni mereka, sesiapa yang memakainya, kalau terjadi kemalangan jalan raya, ia tidak akan mengalami kecederaan yang teruk, atau paling tidak baju yang koyak, tapi tak ada apa-apa.
Begitu juga ada cerita yang mengatakan, kereta yang dipandu boleh terbalik, tetapi pemandunya boleh merangkak keluar sambil mengusap-usap kedua belah lengan bak hero dalam filem aksi hebat.
Lebih menarik, ada testimoni yang mengatakan, ketika berada di tempat parkir kereta, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki berniat jahat menghampirinya. Berkat memiliki sabuk itu, apabila pemilik sabuk berteriak, maka semua yang ada tadi lari lintang pukang dan ada yang berdiri kaku tidak bertindak apa.
Kenapa jadi begitu?
Khabarnya, oang yang memiliki sabuk tadi seolah-olah telah mengalami kekebalan diri, dia dilindungi oleh suatu pemandangan aneh. Betapa tidak aneh, musuh yang hendak menyerang melihat pemakai sabuk tadi bukan manusia biasa lagi, tingginya luar biasa, kata orang macam gergasi saiz tubuhnya.
Apa lagi? Lintang pukang mereka lari atau meminta maaf tak mahu ganggu lagi.

KEBAL
Ada juga yang mendakwa pemakai sabuk tadi jadi kebal, ditetak dengan parang atau ditusuk dengan pisau tidak lut.
Faktor ini, orang tergila-gila mencari sabuk bertuah. Tetapi kena ingat, siapa yang memiliki sabuk bertuah itu? Cerita di laman maya memang mengagumkan, rasa ingin mencuba.
Cerita sahaja belum boleh dijadikan bahan bukti. Testimoni kosong boleh dipaparkan bila-bila masa.
Walaupun benda mistik begini boleh dipesan melalui pos dan masukkan duit di mana-mana agen pentransfer duit, kebenarannya belum dibuktikan.
Kalau umpamanya seseorang itu gagal menggunakan sabuk itu, mungkin akan ada alasannya lagi, iaitu ANDA LANGGAR PANTANG!
Atau paling tidak ANDA TIDAK YAKIN 100% terhadap benda mistik ini.
Berdasarkan iklan, atau cerita orang, SABUK RAJAH umpamanya kalau dimiliki ia akan dapat memberi manfaat kepada pemakainya:
1. Dia jadi kebal senjata tajam, baik tetakan atau tusukan.
2. Ia jadi penangkal mara bahaya dan menambah kewibawaan.
3. Kalau pemakai bereaksi, membalas pukulan atau tumbukan, maka powernya cukup hebat, pemegang sabuk pun tak jangka begitu.
4. Kalau ada sesiapa yang nak menyerang, dan pemilik telah bersedia bertindak, musuh akan jatuh atau jadi lemah secara mendadak.
5. Kemudian musuh akan terhenyak ke belakang walau tidak disentuh.
Tentang sabuk Kalijaga yang didakwa diperoleh dari sebuah gua, dihantar oleh seorang Mbah berjubah yang penulis sebut tadi, tidak pasti kegunaannya. Pemilik tidak menceritakan tentang kelebihan sabuk tadi.
Berkenaan penggunaan sabuk atau ikat pinggang ini, ia sama seperti orang menggunakan tangkal dan azimat. Maka berhati-hatilah kerana sudah jelas bagaimana hukumnya orang yang memakai tangkal atau azimat ini mengikut ajaran agama [sila rujuk bab yang berkaitan]. Paparan ini hanya menyentuh bab tentang keyakinan sekelompok peminat benda-benda mistik yang dikatakan ada kelebihannya jika dimiliki. Wallahu a'lam. []  

Saturday 24 August 2013

KHURAFAT! NAK ANAK PUN PERGI KUBUR KERAMAT?

SESEORANG telah bercerita bahawa sejak berkahwin dia teringin menimang cahaya mata. Jiran-jiran sekeliling selalu buat gossip. Macam-macam cerita yang pasangan ini telah dengar. Dan yang biasa sangat orang sebut adalah perkataan mandul. Mereka tak pernah selidik dalam bab lain, faktor usia perkahwinan dan sebagainya. Mereka hanya tahu itu sahaja.
Di tengah masyarakat yang sangat mempercayai sesuatu yang mistik, maka ada jiran yang mengesyorkan agar pasangan ini, atau salah seorang darinya pergi ke gunung yang ada kubur keramatnya. Untuk cari kubur keramat bukannya susah, lagipun sudah terlalu umum, kalau ada kubur pelik, terletak jauh dari perkampungan, di lereng bukit atau gunung, maka ia adalah kubur keramat.
Apabila sudah ada kubur begitu, pasti ada orang yang mengabdi di kuburan itu, selaku jurucakap bagi pihak kuburan yang sepi itu. Mula-mula sekali kena studi, kubur siapakah yang terasing itu? Meskipun maklumatnya sedikit, ia masih boleh diperpanjangkan. Sebagai jurucakap atau jurukunci, dia berhak untuk berkata apa sahaja. Kalau datang wartawan majalah Misteri atau akhbar tabloid Misteri, apa yang dituturkan oleh jurukunci akan dicatat semuanya. Sekalipun itu cerita bohong, maka wartawan itu telah mendapat cerita bohong juga. Dan masyarakat kita memang suka kepada cerita bohong begini.
Kisah lelaki yang ingin anak ini termasuk dalam kategori cerita bohong dari Sunda.
Maka si suami setelah mendengar cadangan jirannya yang berotak mistis, sanggup untuk pergi ke gunung. Gunung mana ya? Dalam memikir-mikir itu dia dapat idea nak pergi ke Gunung Kapuk Batu.
Agaknya di gunung itu dulu banyak pokok kapuk batu, maka ia dinamai dengan panggilan itu. Ada yang menyebutnya pokok randu! Pokok yang sinonim dengan kisah mistik, ia sejenis pokok yang digemari oleh makhluk halus untuk dijadikan huniannya.
Lelaki tadi lalu mendaki gunung dengan harapan untuk menyatakan hajatnya agar isterinya boleh mengandung sebagaimana yang dihajatkan selama ini.
Biasalah, sebaik mundar-mandir mencari kubur tunggal di situ, ada lelaki berdehem. Lelaki itu adalah jurukunci dan jurubicara. Kalau nak tahu tentang kubur itu, tanyalah dia. Kalau ada wartawan bawa buku catatan, alam perakam dan kamera, jangan buang masa. Jepret habis-habisan. Sudah dijepret baharulah tanya itu dan ini.
"Mbah, kuburan siapa yang begitu terasing ini?" tanya lelaki kepingin anak itu.
"Saya sendiri tak tahu! Saya hanya menjaganya sahaja, kebetulan rumah saya tidak jauh dari sini," jurukunci itu berkata jujur.
"Apakah kuburan ini keramat?" tanyanya lagi.
"Saya pun tak tahu, kerana ramai orang berkata kubur ini keramat, keramat Mbah! Mbah siapa saya tak tahu."
"Tak pedulilah. Tapi, saya ada hajat nih, apa boleh dilakukan di sini?"
"Hajat apa kamu?"
Lelaki itu pun menceritakan hajatnya. Kepingin menimang cahaya mata. Isterinya berharap sangat.
"Siapa yang kata di sini boleh dapat bantuan?" jurukunci bertanya.
"Semua orang kata begitu," jawabnya jujur.
Memang begitulah, masyarakat umumnya tidak menyelidik apa adanya. Mereka lebih suka merujuk cerita burung atau ucapan daripada orang tertentu yang mereka yakini.
Seperti juga orang kita yang sibuk pergi ke Pulau Besar untuk sesuatu hajat besar. Hajat itu dibisikkan di depan kubur. Barangkali dia mahu bertawasul kepada si mati kerana dia jujur, bahawa dirinya cetek ilmu, bimbang kalau doanya tidak diterima kerana minimnya ilmu yang ada.
Si suami yang ingin anak itu sudah menyatakan kesediaannya untuk memanggil apa sahaja, entah jin, entah syaitan, entah iblis agar hadir kerana dia hendak menyatakan hajatnya. Pelik.
"Tapi, kamu jangan lari pulak nanti kalau dah datang yang pelik-pelik!" jurukunci memberi amaran.
"Tidak! Itu hanya cobaan!" katanya sambil tertawa kecil. Berani dan nakad betul orang ini.
Maka, jurukunci pun meletakkan umbo rampe, bunga berbagai jenis, bakaran wangian kemenyan meski dia sendiri batuk-batuk dibuatnya.
Lelaki berhajat sudah tahu, mula-mula jurukunci akan membaca mantera memanggil syaitan. Kalau syaitan sudah masuk dalam badan dia, apa yang ditanya dia kena jawab. Kena marah, kena maki, kena ludah, jangan marah, jangan ambik hati. Buat dekk je.
Tidak lama kemudian, ketika suasana begitu hening, lelaki yang jadi jurukunci itu membaca mantera. Bersungguh-sungguh benar dia membaca dengan perkataan yang tenggelam timbul. Tidak ada satu pun yang lelaki itu dapat memahami. Ini bahasa pelik. Mantera zaman kuno agaknya.
Kemudian lelaki jurukunci itu pun sudah kerasukan. Suaranya berubah garau. 
"He...he...he... kamu nak apa haaaa?" sergah jurukunci. Dia sedang dirasuki syaitan.
"Aku nak jumpa syaitan penjaga makam keramat di sini. Aku ada hajat besar!" lelaki berhajat itu menjawab dengan beraninya.
Jurukunci ketawa mengakak. Suaranya tak ada siapa dengar kecuali unggas dan serangga atau haiwan di hutan itu.
"Aku sudah lama kepingin cahaya mata, tapi sampai sekarang belum kesampaian!" katanya mengadu kepada syaitan.
"Ekh eleh! Ini perkara mudah, tapi aku bimbang kamu tak mampu sediakan syaratnya!" syaitan itu tertawa lagi. Tertawa dibuat-buat seperti dalam pementasan teater bangsawan.
"Apa syaratnya? Bagi yang mudah-mudahlah, aku bukan orang kaya!" kata lelaki itu.
"Syaratnya, aku mahu seekor kerbau panggang!" kata syaitan lagi. Syaitan tidak nyatakan bila kerbau golek itu hendak disediakan. Syarat masih umum.
"Mudah bagiku, ada banyak kerbau di pinggir bendang," kata lelaki itu bernada sombong.
"Nak tahu? Anak kamu nanti lelaki, aku perkenankan permintaanmu!" syaitan berjanji kepada lelaki ini.
Tidak lama kemudian syaitan itu minta izin hendak pulang ke sanggarnya. Jurukunci pun rebah di sisi makam. Lelaki berhajat tidak berbuat apa. Biarkah sahaja, nanti dia akan pulih sendiri. Jurukunci sudah beritahu awal-awal lagi sebelum ritual dilakukan.
Konon, berkat dengan permohonan yang diajukan di makam keramat itu, pasangan suami isteri itu telah memperoleh seorang anak lelaki. Bertambah yakinlah mereka bahawa dengan mengunjungi makam begitu, hajatnya boleh kesampaian.
Cerita kejayaan pasangan ini menjadi bualan di sana-sini, akhirnya, orang lain pun mahu ikut juga ke makam keramat itu. Jurukunci bijak bertutur, dia menceritakan sudah ramai orang berhajat dipenuhi hajatnya. Maka bertambah ramailah orang datang ke situ.
Jurukunci bukan buat kerja percuma. Sesia sahajalah kalau dia sampai kerasukan syaitan semata-mata hendak melayani orang lain. Ada bayarannya. Dulu cincai sahaja. Lama kelamaan dia mengenakan tarif yang tetap. Hendak bayar, kurang tak boleh. Maaf!
Cerita lama kadang-kadang orang lupa. Iaitu cerita dia berjanji kepada syaitan dulu. Dia kata syarat seekor kerbau golek itu mudah. Sekarang anaknya pun sudah remaja. Sudah sekolah di sebuah kolej tetapi kerbau golek tidak disediakan juga. Istilah kerbau golek itu pun dia masih tak faham.
Inilah kerja syaitan.
Apa yang terjadi sesudahnya? Ketika mereka bertiga hendak makan angin ke tengah kota. Dalam perjalanan berlaku kemalangan. Lelaki yang tidak tunaikan hajat syaitan terkorban di jalan raya. Isteri dan anak remajanya hanya cedera ringan.
Si isteri dalam kerisauan. Syarat yang dinyatakan oleh syaitan belasan tahun dulu belum ditunaikan. Mahu merujuk ke mana dia? Jurukunci yang dulu pun sudah menghilang. Ke mana? Khabarnya kubur keramat itu tidak ada jurucakapnya lagi. Tiada siapa yang sudi menurun di situ.
Amalan karut begini sudah lumrah di belahan Nusantara. Tidak hairan, sampai sekarang, ada orang berhajatkan sesuatu mereka akan pergi ke kawasan perkuburan. Tidak mahu pergi ke perkuburan umum, nanti orang tahu, maka dicari kubur yang jauh-jauh, kubur tunggal, atau kubur rekaan pun bukan ada siapa tahu?
Jika masih ada orang tuju kubur bagi berhajatkan sesuatu seperti paparan cerita ini, maka ia menggambarkan ada sesuatu yang belum tuntas di tengah masyarakat kita. Di mana silapnya? Wallahu a'lam. []

Friday 23 August 2013

DARI DALAM GUA KE PULAU BESAR

ADA DUA kisah menarik selepas Ramadan ini. Ia sekaligus memberi indikasi bahawa madrasah Ramadan itu masih tidak dapat mengubah kehidupan seseorang itu. Ketika orang masih menjalani puasa enam [ramai yang telah selesai pun] ada pula sekelompok dari kalangan ini yang asyik menekuni dunia mistik yang orang lain tidak peduli.
Dari Kota Bharu dilaporkan, ada seorang lelaki berumur bergelar DATUK MERUNG [mungkin mengambil sempena filem MERONG MAHAWANGSA] dikatakan mengetuai sekumpulan "penggemar mistik" berada di dalam gua untuk mencari sesuatu, pihak media selalunya tidak melaporkan langsung berkaitan dakwaan bahawa lelaki itu amalkan ajaran sesat.
Meskipun itu hanya tanggapan wartawan yang suka membandingkan sesuatu, asalkan ajaran sesat, maka mereka kaitkan dengan Ayah Pin. Di negara kita kelemahan yang paling ketara adalah apabila sesuatu pihak mengatakan ada kumpulan ajaran sesat.
Sebenarnya setiap kali orang membaca akhbar atau media lain pun mereka ingin tahu di mana sesatnya ajaran itu?
Pegawai yang konon menyiasat ajaran sesat itu sendiri tidak pasti kesesatan dalam bentuk apa. Bukan membela golongan yang dikatakan sesat, tetapi, kita begitu cepat membuat tuduhan tanpa ada pembuktian. Seseorang pengamal ajaran sesat mungkin dia hanya mengamalkan untuk dirinya seorang, dia tidak mengajar pun kepada orang lain, tidak sibuk-sibuk buat sidang akhbar mengatakan mereka hendak memperkenalkan sebuah ajaran baru misalnya.
Jadi, isu orang yang bergelar MERONG itu berada di dalam gua telah menjadi kecoh sedikit. Buat apa duduk dalam gua? Kita mudah mencari poin-poin penting untuk mengaitkan ia dengan ajaran sesat. Sedangkan banyak gua di negara kita memang jadi tumpuan penjelajah, ada yang bermalam dalam gua dan enjoy sakan dalam gua tanpa peduli lima waktu solat, enjoy bercampur lelaki perempuan atas nama hobi, melakukan ekspedisi mencabar, mencari gua-gua baru.
Sebenarnya, dalam diam-diam, ramai orang suka pergi ke gua. Tanpa publisiti pun mereka sudah beberapa kali pergi ke gua. Ada yang duduk bersila dan berzikir di situ. Kalau wartawan nampak pasti orang itu akan dianggap amal ajaran sesat.
Seorang wartawan tidak perlu membuat tanggapan melulu terhadap sesuatu isu. Dia kena bertanya kepada orang yang dimaksudkan. Atas motif apa berada di dalam gua itu? Laporan akhbar jelas membuktikan wartawan hanya bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan tanggapan luaran di mana mereka tidak tahu apa pun yang MERONG lakukan.
Hanya dikatakan lelaki misteri itu tahu mengubat orang. Usahkan MERONG, wartawan pun boleh mengubat orang sebenarnya.
Isu lelaki dalam gua pasti tergantung. Tidak ada kesinambungan bagi mendapatkan jawapan ajaran apakah yang telah MERONG titipkan kepada para pengikutnya yang konon datang dari Singapura pun ada. Untuk menimbulkan kegemparan, maka dikatakanlah bukan calang orang yang ikut lelaki itu di dalam gua itu. Ada banyak gua di negara kita, setiap hari gua-gua itu dikunjungi orang yang ingin menjelajah di dalamnya, kalau di antara mereka yang memang ada kegemaran mistik, maka gua-gua itu akan dijadikan tempat untuk semedi, tempat tirakatan, menunggu "wangsit" dari makhluk misteri yang siapa pun tidak tahu.
SEMENTARA itu di Melaka, pihak jabatan agama negeri berkenaan masih menghadapi masalah yang sama, isu Pulau Besar dijadikan tempat orang memuja kubur.
Pulau Besar dari dahulu sampai sekarang masih membawa isu yang sama. Puja kubur. Bukankah di pulau serba mistik itu dikatakan ada beberapa tempat menarik yang sering disebut-sebut orang? Mereka yang datang ke Pulau Besar bagi tujuan "ziarah kubur" telah menggunakan kesempatan itu untuk berharapkan sesuatu. Mereka berharap dengan duduk bersila dan berzikir di kuburan itu, mereka akan mendapat sesuatu yang dihajati -- mungkin jodoh, mungkin menang judi, menang tender, ada ONG atau tuah, untuk buang sial, tolak bala, nak naik pangkat atau untuk wibawa diri.
Niat seseorang yang datang ke situ berbagai-bagai. Orang yang duduk berzikir itu pun belum tentu duduk berzikir, kemungkinan hanya sekadar goyang kepala atau badan mengikut rentak ketuanya. Golongan ini ada yang kumat-kamit sahaja yang lebih. Mereka mesti ada ketuanya yang diajak sama untuk tolong bacakan doa, pimpin mereka berzikir, dan kekadang yang diajak ke sana hanya sekadar apa yang adanya.
Maka tidak hairanlah, dari paparan media cetak, kita lihat, yang ditaburkan di depan mereka sambil menghadap kubur itu adalah bunga berbagai rupa, dan bunga-bunga itu nampak pelik sedikit, ia jarang dikutip oleh orang Melayu, maka kita akan kenal dan tahu orang bagaimana yang datang bertafakur di depan kubur itu. Akhbar Harian Metro melaporkan mereka berzikir pelat. Orang Melayu kita pun ada yang zikir pelat [?] mungkin wartawan berkenaan mahu menyebut sekelompok orang yang mewakili sesuatu etnik, tetapi bimbang ia sensitif, maka dikatakan zikir pelat.
Ketahuilah, bahawa ada bulan tertentu di mana orang akan berjejalan datang ke Pulau Besar. Bahkan kita di Kuala Lumpur pun boleh dapat makluman itu ditampal atau diedarkan di pintu masjid. Mereka perlukan sumbangan orang ramai atau orang tertentu bagi biaya mengadakan MAKAN BESAR pada hari tertentu. Biasanya akan sembelih kambing, ada majlis zikir dan doa selamat di pulau itu. Ia sudah jadi ritual sejak dahulu lagi dan perkara ini diketahui oleh pihak jabatan agama negeri.
Pulau Besar masih dianggap "penting" bagi kalangan tertentu. Bahkan ada yang menamatkan "pengajian" sesuatu ilmu akan pergi ke situ bersama Sang Guru sekali. Ada orang yang taksub pulau sanggup mandi di kawasan tertentu dan kemudian lepaskan pakaian yang ada untuk buang sial. Inipun hanya amalan dia sahaja, tak tahulah kalau ada orang lain ikut. Ia nak disamakan seperti mandi Safar pula.
Nama mistik Kubur Nenek Kebayan setidak-tidaknya membuatkan orang luar tertanya-tanya. Kenapa dinamakan begitu. Adakan Nenek Kebayan itu ada kaitan dengan Puteri Gunung Ledang? Ada kalangan spiritualis tempatan yang mengatakan ada terowongan mistik di antara Gunung Ledang dengan Pulau Besar. Hingga sekarang, ada individu tertentu yang berhajatkan sesuatu masih mengagumi Pulau Besar.
Hal Pulau Besar ini memang menarik. Lain orang lain pula ceritanya. Boleh buat satu buku tebal pun! Wallahu a'lam. []

Saturday 17 August 2013

PESTA MAKANAN MALAYSIA BERMULA

Dulu biasa kita dengar geng lepak di Masjid Jamek LRT, Masjid India KL atau Masjid Pakistan kata hari sekian dan sekian ada rumah terbuka.
Walaupun diadakan di tengah padang, ia tetap disebut rumah terbuka juga, meski di dalam bangunan megah atau di ruang tertentu ia tetap disebut rumah terbuka. Rumah terbuka sudah jadi simpulan bahasa di kalangan kita. Lawannya adalah rumah tertutup.
Ketika inilah ramai pula yang hafal hari ini ada makan-makan di tempat sekian dan sekian, esok?
Oh, ada di rumah sekian dan bangunan sekian. Lusa? Ada di dewan sekian. Tulat? Di padang sekian.
Pendeknya, dalam bulan Syawal ini, pesta makanan Malaysia rancak sungguh di sana-sini.
Meski ada juga kenyataan yang menyebut rumah terbuka dan tertutup itu diredakan kerana isu Mesir yang bergolak itu, tidak sesuai benar kita berpesta makan sedangkan di sana sedang berseteru dengan peluru dan kereta perisai menggila.
Biasanya "rumah terbuka" ini diiklankan dalam media, paling tidak akhbar tabloid milik pertubuhan tertentu. Ada yang mewar-warkan dalam FB dan seumpamanya.
Ada juga pesta begitu yang tidak dihebohkan tetapi mendapat perhatian ramai. Dari mana mereka tahu ada rumah terbuka dan tertutup?
Pesta makanan begini akan berlanjutan saban minggu. Tumpuan mereka adalah pada Sabtu dan Ahad. Minggu akhir Syawal ia akan jadi rebutan. Di sana-sini semua orang nak adakan majlis makan-makan.
Semalam ketika ronda-ronda nak cari ikan di pasar jumpa seorang kawan. Dia sebut hari Ahad ni ada rumah terbuka. Makan-makan! Di mana? Di padang sekian... []


TOLONG TENGOK SURAU DEPAN RUMAH YA!

MASYARAKAT kita tak boleh ada isu. Jika ada isu baharulah mereka ambil perhatian terhadap sesuatu itu. Contohnya dalam bab surau.
Bila disebut surau, di tempat hentian rehat PLUS pun ada surau. Di pejabat kita pun ada surau. Di kampung pun ada surau.
Pendeknya, mana ada tempat yang tidak bersurau? Semuanya ada. Paling tidak surau kecil muat tiga orang sahaja untuk berjemaah. Itu dibuat jangan tidak, asalkan ada sudahlah.
Surau biasanya tidak menjadi tumpuan orang sangat. Di mana-mana orang melakukan safar, mereka akan tuju masjid di tepi jalan. Kalau tak ada masjid, baharulah mereka pergi ke surau.
Di Kuala Lumpur, sebagai contoh, kalau kita pergi Sogo, ada surau di lantai bawah, Di Bangunan Mara pun ada, di Maju Junction pun ada.
Di The Mall pun ada, apatah lagi di Bangunan Perkim.
Di Bukit Bintang ada surau, sebelahnya Sungai Wang Plaza pun ada surau [lagi selesa dibandingkan surau Plaza Bukit Bintang]. Di Times Square pun ada surau.
Pendeknya, setakat nak solat tidak ada masalah, surau ada di mana-mana.
Kalau surau terletak di kawasan resort, sudah tentu surau itu tidak ada jemaah. Tidak ada imam, siak dan bilal seperti surau di taman perumahan.
Sesiapa yang nak solat silakan ke surau itu. Maknanya, surau itu diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang yang nak solat. Bahkan, ketika orang bersuka ria di kawasan resort seperti itu, biasanya agenda solat tidak diberi keutamaan.
Ini pengalaman penulis ketika menjengah surau di mana-mana kawasan yang berhampiran laut. Sama juga surau di bangunan tertentu.
Tentang bab struktur ruang solat yang tidak mengarah ke kiblat bukan suatu masalah. Banyak surau yang susun atur sejadah atau karpetnya senget bagi diselaraskan dengan arah kiblat. Jadi tak perlu ruang solat itu dirobohkan dan buat baru.
Tempat yang begitu tidak ada jemaah. Boleh jadi hanya laku pada waktu zohor atau asar sahaja. Subuh dan isyak tidak ada siapa menjengah [mungkin lampu pun tidak dinyalakan].
Itu surau di kawasan tepi laut. Bagaimana surau di kawasan tempat tumpuan pelancong? Sudah pasti surau itu tidak berfungsi sangat.
Sebuah surau di bawah bangunan tempat tinggal masyarakat yang bercampur, di mana ada orang-orang Islam turut tinggal di situ, suraunya sentiasa berkunci. Sesekali sahaja dibuka untuk solat maghrib, itupun yang hadir hanya orang-orang Bangladesh sahaja, anak-anak Melayu yang sibuk dengan motosikal dan bergebang di restoran langsung tak hirau pun.
Surau yang begini, agaknya jadi kecoh kalau ada orang tertentu buat hal disurau. Biasanya masyarakat kita begitu, yang tak jenguk surau di lantai bawah pun ikut terkecoh sama.
Usahkan di bangunan begitu, surau di sebuah kampung, yang mana penduduknya tinggal bertebaran di sekeliling surau [pagi tadi solat subuh di Gombak, hanya ada empat orang!] dan masjid pula hanya satu saf sahaja [suasana raya masih ada agaknya].
Apakah setelah kecoh-kecoh tentang surau umpamanya, orang ramai akan mengunjungi surau bagi mengimarahkan tempat itu? Rasanya tidak. Orang hanya terkecoh nak ambil gambar surau untuk kenangan.
Ini isu baru. Dalam seminggu dua nanti ia basi, orang tak peduli.
Sudah kita kata tadi, surau ada di mana-mana. Ada surau yang aktif seperti keadaan masjid kampung, ada juga surau yang tak ada sesiapa nak jenguk.
Pengalaman solat di masjid lama di Masai, Johor, solat Subuh ada 3 orang sahaja [zaman dulu]. Yang lain semuanya solat di masjid baru yang serba indah. Surau di pusat membeli belah pula, tengok tempat, ada yang dikunjungi orang dan ada yang sepi dari kunjungan.
Surau jadi isu, kalau begitu tolong tengok surau yang ada depan rumah. Pagi tadi [subuh] pintunya dibuka atau tidak? Dah jadi isu baharulah nak tarik sejadah di situ. []

Wednesday 14 August 2013

LAGI YANG MENARIK TENTANG IMAM


Sesiapa sahaja yang meneliti rujukan Syi'ah pasti kehairanan membaca riwayat-riwayat yang memelikkan. Apakah ajaran mereka hanya untuk main-main sahaja dan tidak serius?
Lihatlah, dalam perihal perkentutan Imam. Imam 12 mereka yang maksum itu mungkin semua orang sudah tahu, langsung tidak melakukan sebarang dosa, mereka mempunyai kelebihan yang luar biasa, ada ketikanya melebihi para Nabi yang ada. Biarlah mereka menggembirakan hati dengan paparan yang indah-indah lagi mencarik adat.
Kalaulah begitu keistimewaan Imam mereka, orang lupa bahawa bau kentut dan tahi [najis] Imam juga harum bak misik! [Al-Kafi, 1/319; Kitabul Hujjah].
Sayangnya Imam 12 yang disebut-sebut itu sudah tiada. Kalaulah mereka masih wujud, maka tahi dan air kencingnya pun boleh dinikmati. Alangkan kentut bau misik, tahi dan air kencingnya tidak berbau busuk [?] keduanya bagai misik yang semerbak.
Dan dikhabarkan, sesiapa yang meminum air kencing Imam, atau minum darahnya dan makan tahi [apalah pengotor?] Imam diharamkan masuk neraka dan wajib bagi mereka syurga. [Anwarul Wilayat Liayatillah al-Akhun Mulla Zaienul Abidin al-Kalba Yakani, 1419, hal.440]


Kemudian dalam bab mut'ah kita pernah singgung bagaimana budak tadika pun dah boleh kahwin. Kali ini ada sebuah riwayat lain dari Khomeini juga [Tahrirul Wasilah, 2/216] dia telah berkata:
"Semua bentuk menikmati, seperti meraba dengan penuh syahwat [nafsu], memeluk dan gesel paha boleh walaupun dengan bayi yang sedang menyusu."

Maka orang yang berada di luar lingkungan mereka akan berfikir, apa mustahaknya kata-kata Khomeini ini dipaparkan di dalam kitab mereka itu. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seseorang itu boleh begitu bersyahwat sekali walau dengan bayi yang sedang menyusu. Boleh jadi mereka sedang darurat ketiadaan wanita yang sedia melayani mereka. Jika begitu, jenis "jantan" bagaimana hinggakan dengan bayi pun dia boleh bernafsu sekali. Renungkan. Wallahu a'lam. []

Wednesday 7 August 2013

RAYA, LAIN PADANG LAIN BELALANG

Orang masih suka beraya di kampung. Mereka anggap ada nostalgia. Ada kenangan manis apabila berada di kampung. Terkenang kedegilan masa silam, tak suka berpuasa, puasa yang yuk, pagi-pagi buka periuk, atau pura-pura puasa di depan kawan, hakikatnya tadi melantak buah mangga yang masak gugur; pendeknya, nostalgia itu yang orang imbau semula. Termasuk kenangan bermain mercun, sampaikan cucu-cucu zaman silam bukan nak duit raya, tetapi nak mercun raya cap Dewi Terbang buatan China. Dari dulu pun memang mercun didatangkan dari China. Kilang mercun di negara kita bukan tak ada, pernah terjadi kebakaran kilang mercun yang mengharukan suatu ketika dulu.
Ada orang suka balik kampung sebab nak rasa kuih dulu-dulu; masakan dulu-dulu yang tradisional kata mereka, mana ada lagi? La ni orang dah malas nak buat kuih. Kuih tradisi ini hanya dibuat oleh orang tua-tua, sementara orang muda megah dengan kek cawannya, dan mungkin megah dengan kek gelas, kek kole, kek bakul atau kek besen!
Sesekali balik kampung boleh tengok bebudak buat meriam buluh atau meriam tanah yang bunyinya menggelegar bumi. Jangan tengok sahaja, tolong bubuh karbait dan cucuh sekali. Tengok muncung meriam itu baik-baik, bagaimana ia boleh berbunyi? Kalau meriam begini yang Portugis bawa ke Melaka, alamat orang kampung happy menyaksikannya. Harapkan bunyi sahaja yang kuat, tapi tak ada apa.
Lain padang lain belalang. Jangan nak samakan ritual yang penduduk kampung lakukan di malam raya. Ada yang bertakbir dari rumah ke rumah dan ada yang happy bakar bunga api dan mercun. Bak kata orang sekarang, tanda-tanda hari raya ialah apabila mercun dibakar bagai nak rak. Memang pun, menjelang tengah malam, mercun sahaja di sana-sini, termasuk yang jenis roket, sisa roket itu jatuh atas bumbung rumah jiran-jiran.
Di pagi raya, biasanya ada yang semacam "sungkem" dengan orang tua, ada yang merembeskan air mata, mungkin terkenangkan zaman dulu-dulu, selalunya ia diasosiasikan dengan arwah-arwah ahli keluarga yang lebih dulu pergi meninggalkan mereka. Takbir raya pun mendayu-dayu, tidak ada semangat untuk meraikan kemenangan setelah mendapat ijazah dari madrasah Ramadan. Pengajian sebulan membawa kesedihan. Semua orang bersedih sehingga di lantai masjid pun bersedih, takbir raya tidak ada semangat, mendayu-dayu, apa nak buat, sudah jadi resam orang Melayu, semua nak dilagukan, hatta takbir, tahmid dan tahlil pun mendayu-dayu juga [hal ini pernah ustaz ulas di majlis tazkirah].
Kemudian hari ini orang sibuk nak buat barak'an, buat kumpulan bermotosikal untuk menziarahi setiap rumah di kariah masing-masing. Kalau boleh hari ini tumpu sebelah utara kampung dulu, kemudian petangnya sebelah baruh, sebelah bendang atau sebelah laut. Esok sambung sebelah selatan pula, membawa ke arah barat dan timur. Mereka ada perkiraan untuk membahagikan zon eksklusif kampung. Ada ketua barak'an yang dilantik. Dialah yang memimpin kumpulan itu bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Cara permohonan maaf kepada tuan rumah main borong sahaja. Ketua akan mewakili anggota rombongan menyatakan rasa terima kasih kepada tuan rumah dan memohon kemaafan sekaligus. Kemudian beredar.
Sudah tentu kalau satu rumah segelas kecil air limau ditelan, di rumah lain ada beberapa gelas lagi yang perlu diminum. Kalau 50 buah rumah, mereka minum 50 gelas air!
Apabila sudah terlalu kenyang dek kerana hendak menjamah apa sahaja di setiap rumah, paling tidak kacang-kacang, maka rasa lain macam isi perut. Di rumah tadi sudah menjamah ketupat dan rendangnya. Ini ditambah lagi kuih berbagai jenis. Aduhhhhh!
Tak menghairankan ada yang sakit perut. Apa taknya, air bandung diminum, air semarang diminum, cendol pun diminum, teh tarik, nescafe, semua ditala sehingga tidak fikir perut sendiri, sudahnya orang sibuk terjah rumah orang untuk barak'an, dia sibuk dalam bilik air pula. Selamat melabur!
Ada semacam kebanggaan kalau tradisi barak'an itu diteruskan. Maka adalah pihak tertentu yang memuji kumpulan sekian-sekian kerana setiap tahun mengadakan barak'an.
Ketika sibuk menguruskan peradatan sebegitu, orang selalu lupa, waktu zohor adalah paling sukar. Ketika sedang bertandang di rumah orang, masuk waktu solat. Masjid sudah tentu tinggal separuh saf sahaja atau lima enam orang sahaja. Lainnya, sibuk barak'an -- maknanya kita masih mengutamakan tradisi berhari raya begini sehingga mengabaikan perkara fardu.
Betul kata ustaz, ketika Ramadan bukan main pulun di masjid, masuk malam raya sudah tidak tentu arah lagi. Kelangsungan dari madrasah Ramadan itu berakhir ketika ini juga. Ketika kita sambut raya. Lainnya semua keletihan, kepenatan, keriuhan suara anak-anak, ipar duai, anak buah, keriau sana keriau sini, fikiran turut keletihan. Inilah cara kita berhari raya. Lain padang lain belalang. Jangan nak samakan adat orang beraya di kampung kita dengan kampung orang lain. Jangan anggap pelik pula. Itu baru kita tengok kampung kita beraya, belum tengok kampung di Bangladesh sana, atau di Madras sana, di Pakistani, di Iran, di Mosul, di Ankara, di Mesir dan di mana sahaja. Ada yang aman dan ada yang beraya dengan membawa senjata.
Lain padang lain belalang.
Nikmat keamanan yang kita rasai sekarang adalah nikmat yang Allah beri. Bukan nikmat dari kerajaan yang orang sanjung-sanjung sekarang. Jika ada beberapa negara yang tidak aman, maka kebanyakan negara dalam keadaan aman. Mereka juga menikmati keamanan dan kemakmuran seperti kita juga. Kalau kita anggap padang kita rumputnya subur menghijau, padang orang lain mungkin lebih dahsyat lagi kesuburannya, saujana mana memandang. Wallahu a'lam. []

Monday 5 August 2013

BANG, BOLEH SAYA PINJAM ISTERI?

Kalau kita baca akhbar tempatan [Harian Metro] bermacam cerita tentang keruntuhan rumah tangga hanya gara-gara cemburu, pergaduhan yang entah apa sebabnya, bergocoh kerana ada orang ketiga, dan macam-macam cerita lagi.
Ada yang masuk akal dan ada yang tak masuk akal pula.
Di dalam tradisi Syi'ah berkaitan dengan nikah mut'ah ada suatu perkara menarik untuk diulas dalam paparan kali ini.
Mungkin perkara menarik inilah yang menjadi faktor menjadi daya tarik kalangan mereka yang meremehkan agama begitu mudah memilih jalan yang bengkok dengan menuru lorong keSyi'ahan. Alasannya, di sana boleh nikah mut'ah.
Bayangkan di sebuah negara yang mengikut ahlussunnah tetiba di tengahnya ada yang mencelah dengan ajaran asing, ajaran yang diimport dari luar negeri atas faktor megah, menunjuk-nunjuk berani mengikuti suatu sekte baru, dan mereka nak praktikkan nikah mut'ah.

PINJAM ISTERI

Salah satu segmen dalam nikah mut'ah yang tak dapat kita bayangkan ialah bolehnya anda atau sesiapa sahaja memberi pinjaman isteri kepada lelaki lain untuk dimut'ahi semalaman dua.
Amalan ini seperti orang bermalam di hotel kemudian didatangi "muncikari" menawarkan khidmat wanita cantik untuk menemani seseorang untuk semalaman.
Di hotel, mereka yang jadi perantara nak cari duit, tauke dapat persen, pencari pun dapat, perempuan penghibur pun dapat. Yang berhabis duit adalah pelanggan hotel.
Nah, sekiranya anda kebetulan bermalam di rumah seorang sahabat baik, dan kebetulan anda terpaksa keluar untuk tugas di suatu tempat, maka anda boleh berpesan kepada kawan tadi tolongkan tengokkan isteri dan anak-anak gadis di rumah. Pesan untuk mut'ah lagi bagus kerana ia mengelakkan rasa curiga yang bukan kepalang.
Dalam kes mut'ah begini, seorang suami yang nak keluar tinggalkan rumah, dia tak perlu curiga. Dia sudah beri izin kepada isteri untuk bermut'ah dengan tetamunya. Kalau tidak dengan isteri tuan rumah, dia boleh bermut'ah dengan anak gadis [dah tentu bukan gadis lagi kalau bapanya amalkan cara ini].

KRITIKAN TERHADAP ULAMA SYI'AH

Anda boleh bayangkan, sebenarnya di dalam dunia Syi'ah pun sudah ada kritik.
Mereka mengkritik perangai para ulama mereka yang menyuruh orang lain nikah mut'ah kerana ganjaran pahalanya yang menggebu-gebu.
Maka dia suruh orang bawahan mengikut fatwa yang dituturkan, suruh orang nikah mut'ah, sebaliknya kalau ada sesiapa yang statusnya rendah nak tawarkan diri untuk mut'ah dengan anak gadisnya atau isterinya, maka dia sudah tentu tak akan benarkan.
"Cari orang lain ya!" itulah agaknya yang diperintahkan. Ini yang berlaku.
Yang orang komen, jika ulama besar itu hendak bermut'ah dengan isteri orang atau anak "dara" orang boleh saja, tetapi kalau ada sesiapa tawarkan diri nak bermut'ah dengan anak ulama tadi, nescara tidak dibenarkan. Maknanya, mereka yang berilmu tinggi dalam keSyiahan pun macam tak percaya dengan ganjaran pahala yang berganda itu?
Ketika nikah secara ini diharamkan ketika Perang Khaibar dulu, dan apakah ada nikah tanpa saksi yang dikenal di zaman Nabi sallallahu alaihi wasallam pada masa itu? Imam al-Khu'i yang mengulas mengenai perkataan Abu Abdullah [nama ini sering disebut dalam hadis Syi'ah] berkata, bahawa perkataan Amirul Mukminin tentang pengharaman nikah mut'ah pada hari Khaibar adalah berlaku pada hari itu sahaja, dan tidak berlaku untuk hari sesudahnya.
Kemudian dia kata, perkataan Abi Abdullah tentang isu nikah mut'ah itu adalah suatu taqiyyah. Hal ini kata Imam al-Khu'i menjadi sepakat para ulama mereka [Syi'ah].
Hakikatnya, pendapat para ulama mereka telah disanggah oleh ulama mereka sendiri setelah membuat kajian mendalam dan perbandingan riwayat. Pengharaman nikah mut'ah pada hari Khaibar adalah serentak dengan pengharaman daging keldai yang diberlakukan sejak Khaibar hingga sekarang dan tetap berlaku sampai kiamat.
Kaum mereka mengatakan diharamkan mut'ah pada hari Khaibar sahaja. Selepas dari itu, ia jadi halal semula. Itulah yang jadi pegangan sampai sekarang walaupun ada dalil lain lagi yang mereka kemukakan.

BILANGAN ISTERI TAK ADA HAD?

Kalau ikut ajaran mereka, nikah mut'ah dibolehkan oleh para ulama mereka, kaum lelaki diberi hak untuk menikahi [mut'ah] dengan sejumlah perempuan tanpa ada batasan had, walau dengan berapa ramai pun!
Dalam praktiknya, berapa ramai yang menghimpunkan antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya, dengan bibinya dari bapa dan bibi dari ibunya, sementara lelaki itu tidak menyedarinya.
Maksudnya boleh bermut'ah dengan anak dan ibunya kalau tidak tahu latar belakang mereka.
Jadi, tak ada isu ibu hendak marahkan anak gadisnya kalau termut'ah dengan kaedah itu.

KES HARU-BIRU, BEKAS SUAMI NIKAH ANAK SENDIRI

Ada kes menarik di mana Sayid Husain Sadr pernah nikah mut'ah 20 tahun lampau. Perempuan yang sudah dinikahi itu ditinggalkan begitu sahaja setelah dia puas. Mereka bercerai. "Janda"nya telah hamil.
Setelah itu dia tidak bermut'ah dengan mana-mana lelaki. Setelah anaknya besar menjadi remaja yang cantik, dia sudah siap untuk nikah mut'ah pula.
Sayangnya, tanpa disedari ibunya, anak remajanya pun sudah hamil, bermakna dia sudah menjalani mut'ah secara diam-diam tanpa pengetahuan ibunya.
Maka ibunya pun bertanya, dengan siapa anak gadisnya itu bermut'ah?
Maka dijawab oleh si anak: "Dengan Sayid husain Sadr!"
Kalau dalam drama dan filem Melayu kita, ia menjadi jawapan yang serba panik.
Menjadi faktor kepada pengembangan cerita drama dan filem.
Tetapi dalam dunia Syi'ah, ia mendapat tindak balas biasa sahaja.
Si ibu hamil dan mendapat seorang anak perempuan yang kini sudah besar dah nikah pula dengan lelaki yang sama. Bermakna "suami" mereka berdua sama. Emak dan anak berkongsi suami gara-gara mut'ah. Khabarnya, kisah mengarut begini kerap terjadi, cuma ia hanya perkara kecil sahaja.
Bagaimana kalau terjadi di Malaysia?
Gempar sepenjuru alam. Haruan makan anak dan macam-macam lagi tuduhan.

Pertembungan begini tetap berlaku dan pasti berlaku kerana nikah mut'ah tidak memerlukan surat pengesahan. Jika direnungkan, ia seperti orang enjoy di Selatan Thailand [diharap pada cuti raya kali ini jangan jadikan ambisi kepada golongan yang sudah menganggap ia kebiasaan].

PERSIS PELACURAN

Seperti orang enjoy di Siam, begitulah juga dengan mut'ah tadi.
Kalau di negara Syi'ah mereka tidak kecoh kalau ada lelaki mengahwini ibu dan anak gadisnya sekali. Mereka membawa peraturan yang berbeza. Bayangkan praktik ini sudah lama dilakukan oleh mereka tanpa mahu menganalisis keburukannya. Apakah kitab rujukan mereka meganjurkan nikah mut'ah sebegitu?

Ada riwayat dari Abdullah bin Sinan, dia berkata, dia telah bertanya kepada Abi Abdullah tentang mut'ah. Apa jawabnya? Dia kata, "Janganlah kotori dirimu dengannya." [Bihar al-Anwar, 100/318].
Jawapan ini jelas bahawa ia adalah larangan kepada nikah mut'ah.
Dari Ammar, dia berkata, Abu Abdullah memberitahunya dan kepada Sulaiman bin Khalid, "Diharamkan kepada kamu berdua nikah mut'ah." [Furu' al-Kafi, 2/48; juga dalam Wasail asy-Syi'ah, 14/450].
Abu Abdullah juga menegur dua orang tadi berkaitan mut'ah. Katanya:
"Tidakkah salah seorang di antara kamu malu melihat rendahnya darjat orang yang melakukan mut'ah?" [Al-Furu', 2/44; Wasail asy-Syi'ah, 14/450].

Abdullah bin Umair berkata kepada Abu Ja'far:
"Adakah kamu bahagia kalau isteri-isterimu, anak-anak perempuan kamu, saudara perempuan kamu dan anak-anak perempuan pamanmu melakukan hal itu [nikah mut'ah]?" Maka Abu Ja'far berpaling darinya ketika disebut isteri-isterinya dan anak-anak perempuannya pamannya [Al-Furu' 2/42].
Ulama Syi'ah seperti Husain al-Musawi berkata: Sesungguhnya merebaknya praktik mut'ah ini akan menjerumuskan kepada amalan "meminjamkan" kemaluan. Meminjamkan kemaluan ertinya seorang lelaki akan memberikan isteri atau ibunya kepada lelaki lain; sehingga halal baginya untuk berseronok dengannya atau berbuat kepadanya dengan sesuka hatinya.

Jika ada sesiapa hendak merantau dan meninggalkan isteri lama-lama, mengikut praktik mereka, isteri boleh nikah mut'ah dengan lelaki lain.Apa tujuannya? Agar suami yang merantau itu tenang fikirannya. Dia tenang tak perlu fikirkan isterinya akan berzina atau berbuat serong dengan lelaki lain. Dengan nikah mut'ah itu ia sudah dianggap jalan penyelamat. Inilah yang ulama tadi kata sebagai meminjam kemaluan.
Yang peliknya, untuk seseorang itu menghormati tetamu, bukan sahaja menyediakan tempat tidur yang selamat, disediakan juga habuan isteri untuk dinikmati oleh orang lain. Tuan rumah boleh pinjamkan isterinya kepada lelaki lain.
At-Thusi  meriwayatkan dari Muhammad dari Abu Ja'far, dia berkata, saya berkata, "Seorang lelaki menghalalkan bagi saudaranya kemaluan hamba wanitanya?" Dia berkata, "Ya, tidak mengapa baginya apa yang dia halalkan dari dirinya." [al-Istibshar, 3/136].
Ada komentar dari Husain al-Musawi, penghalalan ini seolah-olah ditujukan kepada Syi'ah awam, sedangkan untuk kalangan ulama atasan, mereka eksklusif, tidak membenarkan sesiapa nak meminta anak gadis atau isteri-isteri muda mereka.
Kalaulah, praktik ini dibenarkan di negara kita, maka kecohlah. Adakah seseorang itu akan beralasan bahawa mereka mempraktikkan mut'ah? Maknanya, halal bagi mereka sahaja, sedangkan kepada ahlussunnah telah jelas keharamannya. Kacau bilau inilah yang perlu diperbetulkan.

Ada teks yang semacam menggalakkan dan ada yang menegur amalan mut'ah ini. Apabila dipertikaikan, maka akan timbul dakwaan bahawa riwayat itu daif.

Dari as-Sadiq ia berkata, "Sesungguhnya mut'ah itu adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Maka barangsiapa yang mengamalkannya, sungguh ia telah mengamalkan agama kami, dan barang siapa yang ingkar maka telah mengingkari agama kami dan telah memeluk selain agama kami." [dalam Man La Yahduruhul Faqih, Vol. III, hal.336; juga dalam Tafsir Manhaj al-Sadiqin, Vo. II, hal. 495]

BESAR GANJARANNYA

Bagi Syi'ah, nikah mut'ah bukan sahaja halal mutlak, malah ia mengandung keutamaan yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja untuk menjadi Syi'ah sejati. Nikah secara ini diberi ganjaran pahala.
Lihatlah:
1. Pahalanya setaraf dengan 70 kali haji dan umrah.
2. Bebas dari neraka.
3. Diampuni dosanya lebih-lebih lagi pasangan wanitanya.
4. Sebagai pengganti diharamkan khamar.
5. Meningkat ketaqwaan seseorang.

LAKNAT KALAU MENOLAKNYA

Bagaimana kalau tak mahu melakukan nikah mut'ah?
Mereka diancam dengan bebepara perkara:
1. Mendapat laknat dari Allah dan 70 Malaikat.
2. Dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan cacat tak ada anggota.

SYARAT MUDAH

Syarat mut'ah pula bagaimana?
1. Ia bebas masa dan mahar. "Tidaklah disebut mut'ah kecuali adanya dua perkara, had masa tertentu dan upah tertentu" [al-Kafi, Vol.V, hal. 273].
2. Tidak ada had bilangan wanita yang nak dimut'ahi. Abu Abdillah berkata: "Nikahilah hingga seribu wanita kerana mereka itu adalah wanita bayaran." [Ibid. hal.272]
3. Masa paling singkat untuk mut'ah ---kitab mereka kata, nikahkah satu atau dua jam, tapi tak tahu bila habisnya, boleh nikah untuk sekali atau dua kali hubungan seks, sehari atau dua hari, atau semalaman atau batasan masa yang jelas sepertinya. [ibid. hal.277]
Dengan sekali persetubuhan [?] pun sudah dikira mut'ah juga.
Setelah diamati baik-baik, banyak buruk dari baik atau ganjaran pahala yang mereka katakan di dalam kitab mereka sahaja.

Meskipun fatwa telah mengharamkan Syi'ah di negara kita, anehnya, gerakan Syi'ah tidak dapat dipadamkan begitu sahaja. Di mana silapnya? Ya, kita tidak memahami aqidah taqiyyah yang mereka lakonkan.  Untuk melakukan tindak balas terhadap mereka, kita juga perlu bertaqiyyah dan kemudian mengajak mereka keluar dari keyakinan batil itu. Jika tidak, jangan marah. Mereka boleh pinjam meminjam isteri pula. Barang dijauhkan kita dari mala petaka dan fitnah terburuk ini di kalangan umat Melayu. Wallahu a'lam. []

Friday 2 August 2013

MUT'AH DENGAN BUDAK TADIKA PUN BOLEH?

HUSAIN AL-MUSAWI nama ini agak asing kepada kita. Dia adalah salah seorang ulama besar Syi'ah di Najaf [kawasan Syi'ah terbesar di dunia] yang rapat dengan Khomeini. Husain adalah keturunan ahlul bait. Setelah berada di dalam kelompok ulama mereka, dia bolehlah dianggap mujtahid [dapat gelaran dari gurunya Husain Ali Kasyif al-Ghita. Walaupun sudah belajar lama di hauzah mereka, dia kemudian telah mengisytiharkan diri keluar dari Syi'ah. Maka gempar dan kecohlah kem Syi'ah kerana jarang ada ulama besar mereka boleh berlepas diri dari ajaran Syi'ah begitu sahaja. Kalau dalam politik selalunya ada habuan mencarik berupa saham, duit, pangkat dan kedudukan, tetapi Husain keluar dari Syi'ah setelah menyedari buku rujukan Syi'ah yang mereka geluti hari-hari menambah kalut fikirannya. Terlalu banyak dongeng atau MITOS di dalamnya.
Selalunya ulama besar seperti dia kalau sudah isytihar diri dari Syi'ah, maka puak Syi'ah akan menghukum dia sebagai KAFIR. Dia adalah sesat [meskipun berada di jalan kebenaran]; dia adalah orang yang buta mata hatinya terhadap Syi'ah; dia akan menjadi fitanah besar kepada Syi'ah kalau dibiarkan lama-lama, maklum seorang ulama yang rapat dengan Khomeini, puak Syi'ah mengharapkan dia dilaknat Allah dengan tindakannya keluar Syi'ah. Maka semua gelaran keilmuannya telah ditarik balik; dia sudah murtad dari Syi'ah; semua risalah ilmiah yang telah ditulis dan kajiannya semua tidak ada kaitan lagi dengan Syi'ah. Buku Husain yang bertajuk UNTUK ALLAH KEMUDIAN  UNTUK SEJARAH telah diharamkan menurut fatwa Syi'ah. Maka, Husain berjalan menuju ahlussunnah dengan kekosongan, tetapi bekal daripada hauzah yang dia miliki amat berguna pula kepada ahlussunnah untuk membidas kepercayaan dan keyakinan Syi'ah yang sangat dihormati oleh pengagumnya.
Atas usaha Syaikh Mamduh Farhan al-Buhairi, pakar aliran Syi'ah di Nusantara kita, diterbitkan Mengapa Saya Keluar dari Syiah [2002] karangan Husain al-Musawi sebelum beliau akhirnya dibunuh. Kenapa dibunuh? Bagi Syi'ah, Husain tidak ada nilainya lagi. Dia sudah kafir apabila menyertai ahlussunnah. Dan dalam dasar pegangan hidup mereka, musuh ketat mereka adalah ahlussunnah. Jangan fikir puak Zionis atau Majusi.
Di dalam kisah pengalaman menarik Husain ketika berkawan dengan Khomeini, adalah kisah yang boleh dijadikan riwayat khusus tentang Khomeini berhubung dengan kahwin mut'ah. Tokoh penting dalam revolusi Iran ini mendapat undangan di kawasan barat Mosul, Iraq. Perjalanan dalam sejam setengah lamanya. Khomeini mengajak Husain al-Musawi ikut sama.
Mereka diraikan sebaik sampai ke sana. Maklum tokoh Syi'ah yang dihormati. Selama berada di situ, kedua tokoh ini tinggal di rumah sebuah keluarga Syi'ah yang bernama Sayid Shahib. Tuan rumah ini sudah berjanji hendak menjadikan rumahnya sebagai "markas" bagi dakwah Syi'ah di situ.
Dua tokoh ini diraikan oleh Shahib, seorang lelaki berasal dari Iran. Shahib layan tetamunya, dimasakkan makanan yang enak-enak [makanan mereka, pada kita belum tentu tastenya]. Malam itu meriah sungguh rumah Shahib, kawan-kawan diundang untuk datang ke rumah jika nak jumpa Khomeini dan Husain al-Musawi. Sudah lewat malam, tetamu pun pulang ke rumah, tinggallah Khomeini dengan Husain bersama tuan rumah.
Mereka kena bermalam di rumah Shahib.
Apa cerita Husain al-Musawi?
Apabila sudah mengantuk dan letih dalam perjalanan jauh, tokoh revolusi itu terpandang anak perempuan Shahib yang baru berumur antara 4 atau 5 tahun.
"Tetapi budak itu nampak cantik," kata Husain dalam catatannya. "Imam meminta kepada Shahib untuk memanggil anak perempuannya itu agar boleh bermut'ah dengan tokoh hebat ini."
Merasa ia tugas mulia, si ayah benarkan anak perempuannya yang masih mentah itu untuk dimut'ah. Membaca paparan Husain ini antara percaya dengan tidak sahaja. Akhirnya, kata Husain, bapanya setuju dan membenarkan anak kecil itu menemani tokoh itu tidur bersama.
Sudah tentu, ketika itu Husain tak ada komen apa-apa terhadap ulama besar itu [banyak buku Khomeini yang menjadi rujukan, antara yang yang masyhur AL-HUKUMAH AL-ISLAMIYAH, KASYF AL-ASRAR, WILAYAH AL-FAQIH, MISBAH AL-HIDAYAH, TAHRIR AL-WASILAH].

Bayangkan, seorang lelaki berusia hendak bermut'ah dengan kanak-kanak, sekalipun dibolehkan, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang tokoh ternama. Kalau budak hingusan dalam Syi'ah, itu tidak mengapa. Maka Husain pun tidak tahu nak komen apa.
Cuma dalam tulisannya dia kata: "Lalu dia tidur dan anak perempuan  ada dalam pelukannya, sedangkan kami mendengar tangisan dan teriakannya!"
Esok pagi ketika menghadapi sarapan, kebetulan Husain yang memperlihatkan wajah tak berapa senang dengan kejadian semalam [mut'ah dengan budak kecik] kerana di rumah itu ada lagi anak gadis Shahib yang layak untuk menemani Sang Imam  itu.
Imam pun bertanya kepada Husain, "Apa pendapat kamu tentang mut'ah dengan budak kecik itu?"
Husain tak reti nak komentar lebih-lebih, sebagai tanda hormat dia pun kata, "Ucapan yang paling tinggi adalah ucapanmu, yang benar adalah perbuatanmu dan engkau adalah seorang Imam Mujtahid, tidak mungkin bagiku untuk memberi pendapat atau mengatakan kecuali sesuai dengan pendapat dan perkataanmu. Tidak mungkin untukku menentang fatwamu!"
Disebabkan Husain tak berani nak keluarkan buah fikiran. Maka tokoh ternama itu pun memberikan pendapatnya. Apa yang dia kata? Dia kata, sesungguhnya mut'ah dengan anak kecil itu hukumnya BOLEH. Tetapi hanya dengan cumbuan, ciuman dan himpitan paha. Tentang hubungan seks, tokoh itu kata budak itu belum kuat lagi untuk melakukannya.
Ini sesuai dengan pandangan Khomeini dalam Tahrir al-Wasilah, 2/241, no.12.
Dia kata: "Tidak mengapa melakukan mut'ah dengan kanak-kanak yang masih disusui dengan pelukan, himpitan paha [?] dan ciuman."

Bahayanya, jika amalan nikah mut'ah seperti yang dipaparkan ini juga dijadikan amalan, maka banyaklah kes mencabul kanak-kanak berlaku. Bayangkan jika ketika di zaman kanak-kanak lagi sudah nikah mut'ah, bagaimana ketika awal remaja, remaja dan tentunya istilah gadis tak ada lagi. Bagi mereka ia bukan kes cabul. Nikah gaya ini akan mendatangkan pahala yang amat besar.
Husain menjelaskan, bahawa nikah mut'ah ini sekalipun dengan bebudak, ia mendatangkan kebaikan kepada penganut Syi'ah. Antara lain fatwa mereka:

1. Sesiapa yang nikah dengan perempuan mukminah ganjarannya seperti mengunjungi Kaabah 70 kali [ganjaran ini mungkin meragukan kerana apabila al-Qaim muncul kelak, antara tugasnya adalah untuk menghancurkan Kaabah].
2. Mut'ah adalah tanda agama Syi'ah, sesiapa tak mahu ikut, mereka adalah ingkar Syi'ah!
3. Allah mengampuni dosa mereka yang bermut'ah. Mandinya, Allah akan mengampuni dosanya sebanyak air yang digunakan untuk mandian.
4. Dengan mut'ah, ia menghindarkan dari murka Allah. Jika dapat bermut'ah tiga kali itu lebih baik kerana ia akan mendapat ganjaran syurga.

Dengan sebab itu kata Husain al-Musawi, para ulama di Najaf, kota ilmu itu, ramai yang nikah mut'ah. Bahkan ada yang nikah dengan ramai wanita setiap hari. Mereka berlumba-lumba mencari perempuan untuk bermut'ah bagi ganjaran syurga.
Semua ini kerana mereka taksub dengan kitab pegangan mereka. Tidak terfikir untuk merevisi isi kitab itu seperti yang dilakukan oleh Husain al-Musawi yang akhirnya menyebabkan dia keluar dari Syi'ah, dia merdeka sebagai orang KAFIR menurut Syi'ah. Dengan menyertai ahlussunnah dia sudah dianggap kafir.
Maka tidak hairan, Husain al-Musawi akhirnya dibunuh. Kenapa? Agar, tidak tersebar lagi cerita negatif tentang ulama Syi'ah seperti cerita mut'ah dengan budak tadi. Wallahu a'lam. []

Thursday 1 August 2013

BAZAR RAMADAN, TAK BERUBAH!

Apabila menjenguk kawasan aked di KL ini, kita akan melibat suasana biasa. Ada deretan gerai berkotak-kotak [petak niaga], susunan bahan yang dijual serupa juga di mana-mana. Ada yang susun sejadah banyak-banyak, kain telekung, tudung berbagai fesyen, songkok dan kupiah, baju Melayu [baju bukan Melayu?] -- ketika ini orang tidak membeli sangat. Pekerja di gerai itu ada yang okay, dan ada pula yang tak faham-faham. Dalam bab ini tidak tahulah, sama ada dia pekerja sahaja atau dia yang jadi tuan punya gerainya.
Contoh, apakah gerai yang menjual barang keperluan solat umpamanya dilayani oleh seorang gadis yang mendedahkan aurat? Gadis dedah aurat ini tidak sesuai menguruskan gerai menjual pakaian yang ada kaitan dengan keperluan muslimah. Kita cadangkan, boikot kedai begini. Nak beli sejadah, nak beli kain pelikat, nak beli kain telekung carilah gerai yang pelayannya menutup aurat. Kita tidak mahu para peniaga masih membawa stail tahun 60-an atau 70-an dulu.
Zaman sudah berubah. Sama halnya, gerai yang menjual al-Qur'an, kitab-kitab keagamaan, ia perlu diselia oleh seorang yang menutup aurat. Bukan dijaga oleh jurujual yang tidak tahu menyesuaikan diri dengan keadaan.
Para peniaga pun kena faham. Pastikan mereka mempunyai jurujual yang berkelayakan. Bukan bijak melayani pelanggan sahaja, malah sejauh mana mereka sesuai dengan bentuk perkhidmatan atau barangan yang kita jual.
Di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang konon menjadi tumpuan pada waktu ini, para peniaga yang silap memilih pekerja pun ramai. Peniaga dari kalangan kaum hawa nampaknya tidak menghormati bulan Ramadan, mereka hanya fikir duit atau barangan yang dijual laku.
Bagi pelanggan yang pemilih, karakter jurujual yang berlebihan akan menyebabkan pelanggan lari. Hanya pelanggan yang suka kepada pendedahan sahaja yang menuju ke situ. Biarlah kita selektif, kerana membeli juadah untuk berbuka bukan tugasan sia-sia.
Biarlah apa yang kita lakukan di bulan puasa ini selaras. Dari menjaga makan dan minumnya, kita kena jaga cara kita berurusan dalam bab jual-beli, sedangkan matlamat akhir kita adalah hendak menikmati apa yang kita beli tadi untuk berbuka. Itu sebabnya ada orang tak suka pergi bazaar Ramadan. Syubhatnya terlalu banyak! Wallahu a'lam. []

LUPAKAN MUDIK LEBARAN!

SEBENARnya beraya di kampung bukan suatu keutamaan lagi sekarang. Ramai orang mengeluh. Sesiapa ada memiliki kereta mewah, muat satu keluarga, atau kerata yang berjenama memang layak balik kampung untuk beraya.
Bukan soal raya sangat, tetapi boleh tayang apa yang mereka miliki kepada kawan-kawan sekolah dulu. Tentu orang memuji kehebatannya.
Akan tetapi kalau mereka memiliki segalanya kerana kerja kerajaan dan jawatannya pun hebat, itu bukan kehebatan namanya.
Sesiapa sahaja yang kerja kerajaan memang mampu memiliki segalanya.
Yang hendak kita sebut sekarang ialah kempen keselamatan jalan raya.
Setiap kali musim perayaan bilangan kemalangan jalan raya bukan main dahsyat, ia mengalahkan angka korban di Mesir atau di Syria.
Sejak dahulu berbagai kempen dilakukan. Ada macam-macam idea yang dilontarkan. Ada yang kata, gunakan pengangkutan awam.
Ia memang baik untuk destinasi bandar ke bandar. Dari Kuala Lumpur ke Georgetown.  Dari KL ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh, Raub, Ipoh, Melaka, Johor Bahrum Alor Star atau Kangar. Tetapi apabila seseorang sudah sampai ke situ, mereka kena tuju kawasan rancangan, tuju kampung terpencil, tidak ada bas henti-henti macam dulu.
Disebabkan angkara inilah ada orang nak bayar bil api dan air terpaksa bayar lebih kerana terpaksa sewa kereta.
Masa kempen pilihan raya bukan main berdegar-degar pihak Pusat mengatakan ada memberi dana untuk menggerakkan pengangkutan awam yang sekarang sudah jadi cerita kenangan silam.
Orang sekarang tak naik bas lagi, tak naik teksi, semuanya sudah ada kenderaan sendiri.
Adakah semua orang memiliki kereta atau motosikal?
Masih ramai yang tidak mampu memiliki atau tidak mahu memiliki kerana faktor usia dan sebagainya.
Jika ada orang tidak balik kampung untuk berhari raya, faktor utamanya adalah pengangkutan awam sudah tidak ada lagi.
Jadi semua orang kena faham. Hari raya bagi mereka tak penting lagi.
Lupakanlah balik kampung. Beraya di bandar lagi seronok. Begitulah antara lain keluhan orang-orang yang tidak berkemampuan balik raya tahun ini. Buat apa marah-marah. Keadaan sudah memaksa. []