Saturday, 3 September 2011

DUA KISAH MISTERI DI KG WARISAN

CERITA SATU:
Isteri Pak Pekol dikatakan pernah hilang dari rumah selama beberapa jam. Menurut cerita yang dituturkan oleh Rohani Darsat dan Munir Tusad, suaminya, isteri  Pak Pekol menghilangkan diri pada waktu tengah malam, dan tidak diketahui ke mana dia pergi.
Biasanya setiap malam Pekol pulang lewat, jam 12.00 lebih baru dia sampai ke rumah. Masuk ke rumah anak dan menantu ada, tetapi isteri Pekol tak ada.
"Mak kamu mana?" tanya Pekol kepada menantunya.
"Tak tahu! Tadi ada!"
Ke mana pula di tengah malam begini? Itulah yang menyebabkan Pekol memanggil-manggil pada malam itu. Isterinya tidak menyahut. Oleh sebab panggilan tidak disahut, sahlah, isteri Pekol dah keluar rumah. Ke mana? Tak tahu.
Oleh sebab gagal mengesan, menurut ceritanya, Pekol pun guna jasa baik bomoh. Bomoh cari di mana isteri Pekol. Peliknya, kata Munir, isteri Pekol rupa-rupanya berada di balik rumpun pokok lengkuas. Dia duduk mendekam, menyorok.
Orang pun heboh mengatakan hairan bin ajaib, pintu tak dibuka, tingkap tak dibuka, tiba-tiba isteri Pekol boleh keluar. Mungkin ketika dia keluar tak ada siapa nampak. Anak dan menantu sudah tidur depan TV. Atau mungkin ada seseorang yang menjemput isteri Pekol keluar rumah malam itu. Tak logik untuk mengatakan isteri Pekol boleh keluar rumah walaupun semua sudah berkunci.
Menurut isteri Pekol, dia dibawa oleh lembaga misteri yang menakutkan, menyeramkan, dia disorokkan di belakang rumah. Agaknya kalau tidak dicari dengan bantuan bomoh, isteri Pekol akan dibawa lari lebih jauh lagi.
Sehubungan dengan kisah ini, dalam famili Pak Pekol rupa-rupanya pernah berlaku kes anak hilang dalam kandungan. Mungkin ia ada kaitan dengan teori mistik, anak itu diambil untuk dipelihara di alam yang lain. Apabila besar, anak itu yang wujud dalam bentuk pari-pari, jin atau syaitan, akan datang dan mengajak neneknya keluar rumah.
Sebab itulah isteri Pekol yang sudah berumur itu diajak keluar rumah pada waktu malam. Dia disorokkan hantu. Kisah ini menyebabkan orang bertanya, "Mana ada hantu lagi di zaman moden ni?"
CERITA DUA:
Buniah Marsidi, yang jadi nurse di Klinik Komuniti Ayer Keroh, Melaka, pernah mengalami kisah misteri yang tidak diceritakan kepada saya. Saya dengan dia hanya beza setahun sahaja. Waktu kecil, dia suka pinjam nota saya, mesin taip saya untuk buat kerja di rumah atau tugasan. Buniah baru cerita kepada saya pada hari raya 2011 di depan suami dan ibunya Bik Pinggul.
Dia nampak hantu pontianak tergantung di talang tempat takungan air dari gigi atap rumah. Kebetulan malam itu baru lepas menonton wayang gambar Jabatan Penerangan Malaysia, di pekan Pasir Panjang, cerita Pontianak versi tahun 60-70-an awal. Mula-mula dia kata, mana ada pontianak sekarang. Itu hanya cerita sahaja. Nak tahu tajuk sebenar boleh semak dalam Wikipedia.
Buniah kata, dia percaya ada pontianak. Dia sendiri melihat pontinak berada di bawah talang, pontianak itu tergantung, menyeramkan. Itu sebab dia menjerit-jerit ketakutan yang disedari oleh ibunya Bik Pinggul.
CERITA TIGA:
Saya hairan bagaimana Pasir Panjang dan sekitarnya jadi kawasan budak dadah. Bagaimana bahan ini boleh diedarkan di kampung, siapa orang tengahnya? Kisah ini sudah lama terjadi sejak zaman pemerintahan BN di kawasan Sungai Panjang, saya difahamkan, ada anak orang besar di kawasan Sungai Besar yang menjadi penjana penting untuk bahan larangan/
Seingat saya, kawan baik saya, Banut meninggal kerana HIV, anak Pak Buncing pun kena juga gara-gara HIV, kemudian Jamuri Saring, kawan saya juga (dia ada kisah lain ketika di George Town, Penang bersama saya), kemudian ada nama Mat Lembik, semuanya hanyut dek kerana HIV, padahal mereka semua saya rapat, bezanya, saya tidak hisap rokok.
Cerita lain, anak lelaki Paman Dani, adik kepada ibu saya Tukijah Ngaimon, menurut keterangan adik saya Wan, mati dalam tahan polis kerana ditumbuk dengan kasar hingga berlaku pendarahan, doktor yang membuat postmortem kata, memang ada kes bunuh, pihak polis melakukan, tapi kata adik saya, Wan, mereka tak mahu buat repot. Kalaulah adik saya dapatkan bantuan pembangkang baik PAS atau PKR atau PR, pasti polis yang bertindak jahat dan membunuh itu boleh dihukum. Mungkin banyak lagi orang yang didera hingga menemui ajalnya. Nak tahu berapa bilangannya? Bacalah kain pemidang di pejabat Majlis Peguam Malaysia, KL. Ini fakta. Kisah itu sudah berlalu enam tahun lalu!
Dadah sebenarnya kes berat, banyak anak orang Umno terjerat dengan dadah, dan kerabat saya pun terlibat sama. Jiran saya pun sama. Terbaru anak saudara saya beraya di Penjara Sg Buluh. Anak Jamsari atau Jemblok tiga orang kena kaut lagi tiga hari nak raya.
Menurut sembang kosong, tangkapan dibuat setelah ada aduan daripada penduduk kampung. Bagaimanapun, ada juga penagih yang lepas kerana mendapat tip sebelum serbuah dibuat di rumah Jemblok. Waktu kecil saya suka bermain di rumah Jemblok. Bahkan ketika saya jadi wartawan Misteri saya kerap mengunjungi rumah Jemblok, buat temu bual, kisal Wak Meli meninggal di kebun kelapa ketika jaga lembu. Itu cerita dari Jemblok. Terbaru, Jemblok sendiri cerita, anaknya kena tahan polis dan masuk Sungai Buluh. Dia cadang nak lawat anaknya di Sg Buluh pada hari Jumaat. Raya ke-4. Inilah antara anekdot yang sempat saya buat selepas raya. Apa pun ini sebagai nota peribadi. []


No comments:

Post a Comment