Saturday, 17 September 2011

MUHASABAH DIRI

Ketika menatap berbagai laman dari kalangan blogger dalam dan luar, terlintas dalam fikiran bahawa kebanyakan orang mempunyai kenangan yang mengusik jiwa. Maksud kenangan ini adalah yang ada kaitannya dengan masalah naluri semulajadi manusia - pengalaman seksual.
Tanpa adanya pengalaman ini, tidaklah terfikir oleh kita boleh orang tulis dalam blog cerita macam-macam tentang pengalaman seks mereka, tidak tahulah ia kisah benar atau rekaan, ia seolah-olah ditulis oleh blogger wanita yang mengerenyam habis, sampai hal-hal sulit pun diceritakan. Tetapi saya tetap yakin, ia bukan ditulis oleh blogger perempuan, tapi blogger lelaki.
Berkenaan dengan blog tadi, paparan tentang pengalaman seks baik dengan budak bawah umur, dengan kawan sepejabat, dengan janda, dengan isteri orang, dengan mak datin atau apa sahaja, ia sepatutnya tidak ditulis. Bukan tujuan nak bagi pengajaran kepada orang, tetapi ia tak lebih daripada cerita panas untuk menegangkan urat saraf remaja.
Kisah-kisah beginilah yang menghampirkan diri kepada zina.Orang yang pernah melakukan perbuatan zina tidak akan menceritakan kisah mereka. Bukan boleh dimegahkan. Besar dosanya jika kita bangga dengan maksiat yang kita buat. Insya-Allah link yang saya pautkan dalam blog ini ada paparan tentang maksiat tadi. Bermuhasabah dirilah, jangan cerita keaiban diri sekalipun kamu telah bertaubat.
Allah SWT telah melindungi seseorang yang melakukan maksiat pada waktu malam, tak siapa tahu, jangan ceritakan kepada orang lain pada waktu siangnya. Kebanyakan kita tidak faham, kes begini kita hebahkan untuk menjadi kebanggaan diri. Macho agaknya?
Saya ambil contoh, seorang wartawan berita-berita dan laporan seks ini pernah mendakwa dia pernah menyertai pertandingan adu kekuatan seks dengan perempuan Siam di Bangkok. dia adalah wakil Ma;laysia di pertandingan "sukan seks" itu, dia jadi juara. Sebab apa, dia guna pil dari Siam untuk kuatkan tenaga.
Dipendekkan cerita, meski betul atau rekaan, ia tidak penting. Sebagai orang Melayu dia tidak boleh cakap begitu. Mana boleh menyertai pertandingan "seks" di negeri Gajah Putih sekalipun mahu jual ubat di Chow Kit (tahun 80-an akhir).
Nak tahu apa yang terjadi, setelah lama menghilang, dan dia pun terbitkan tabloid di Ampang, hanya xcerita seks sahaja, kalau siar gambar mesti ada belahan buah dada yang menggiurkan untuk tarik pembaca mereka fikir.Kalau buat tajuk mesti kasar, VIP KETAGIH SEKS, JANDA GATAL BURU SEKS, dan macam-macam ajuk lagi, semua ini membuatkan orang nak beli tabloid jadi malu. Orang berumur nak beli tabloid tajuk begitu? Budak muda pun segan nak pegang.
Setelah lama, dalam tahun 2008 ketika saya bekerja di rumah Tan Sri Ghazali Shafie (almarhum) saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Daud Ibrahim, dia kata Mr Z sudah meninggal. Mayatnya ditemui telah reput tinggal tulang di pejabat yang terkunci rapat. Anak dan isteri tidak tahu dia hilang di mana, selepas raya, tak balik-balik, agaknya tergerak nak periksa pejabat akhbar tabloid tu, tinggal rangka, dan tak ada apa-apa lagi. Semuanya terkejut.
Apabila Daud hubungi saya, saya terus teringat akan tabloid yang sensasi dan pengakuan adakan hubungan seks di Siam untuk "sukan seks" di Bangkok. Saya termenung dan memikirkan kata-kata dari Mr Z itu.
Bukankah cerita dan laporan sensasi itu akan membawa pembaca kepada mendekati zina? Saya tak mahu ulas lebih, secara rasional, ini juga telah mendekatkan diri kepada zina. Zina ada bermacam-macam, bukan hanya setakat hubungan seks haram sahaja.[]

No comments:

Post a Comment