Dalam blog yang lepas ada saya sentuh tentang bilangan jemaah solat sunat terawih. Mula-mula sahaja ramai, kemudian makin kurang dan kurang. Dulu ada beberapa saf, sekarang dah tinggal satu saf sahaja campur dua orang. beginilah kaedahnya cara kita menmyambut ramdan. Sebab kita masih Melayu Islam yang membawa budaya dan bentuk pengamalan yang diamalkan orang terdahulu.
Ketika masjid lain terutama yang mempunyai imam hafiz dan termasuk undangan khas dari Timur Tengah, Afrika, atau dari sekolah tahfiz, ada masjid yang kekurangan jemaah.
Di sebuah masjid di Gombak, tak perlu sebut yang mana satu, imam solat selalu menyebut fadilat solat malam sekian dan sekian, sedangkan hadis itu tidaklah kuat. Untuk menarik minat jemaah tak mengapalah. Tapi orang tetap tak peduli, semangat nak raya, beli baju dan kuih sudah memuncak.
Padahal kalau kita putarkan sistem yang ada pun tak mengapa. Jangan besar-besarkan isu buat kuih dan persiapan raya. Menghabiskan duit sahaja. islam tidak mengajar begitu, semua ini adat istiadat melayu yang dipupuk oleh media arus perdana.
Setidak-tidaknya, TV dan radio kita sibuk nak sambut raya. Ada program khas sempena Raya mula dari malam pertama, esok nak raya hingga raya yang ke-10. Bayangkanlah, orang dah masuk kerja, kita asyik sibuk nak raya.
Padahal kalau orangh kaji semula apa guna kita puasa? Puasa bukan kerana nak sambut raya. Kenapa ada puasa 6 masuk raya ke-2?
Hari pertama melantak, hari kedua kena stop makan-makan semua. Puasa semula. Apa ertinya semua ini. Ada penanda arah, agar kita stop makan-makan, itu pun bagi sesiapa yang nak puasa enam. Soal puasa enam ini kadang-kadang dimegahkan, bila ada orang ajak makan, aku puasa. Oh, tahulah si fulan puasa enam. Dahsyat you! Sebenarnya, ada orang sibuk dengan puasa enam, sedangkan mereka masih ada hutang kepada Allah SWT kerana tak puasa masa dulu-dulu.
Bab ini orang tak peduli, sebab mereka nak kejar pahala puasa enam tu. Begitu pula solat terawih, ganjaran solat terawih itu seolah-olah tidak memikat hati. Bilangan jemaah makin menurun di setengah masjid. Yang masih padat alhamdulillah. memang kariah masjid itu hebat. tetapi ada juga kariah masjid yang tidak mesra masjid. Mereka tak suka ke masjid.
Kalau bapa bilal, anak tak pergi masjid sama, dia cari surau pula. Kalau bapa imam, anak segan nak solat di masjid sama. Ini perkara yang pelik dalam budaya Melayu. sebagai eskapisme, surau jadi sasaranlah. Jadi, kalau bilangan jemaah makin kurang apa sebabnya?
Pada malam nuzul quran nanti, dan malam "tujuh lekor" kata orang kita, sibuk pula ada makan besar. Di masjid Kapitan Kling,Penang, berkumpul para pengemis mengharap sedekah.
Hanya masjid India Muslim dan Pakistani yang buat majlis makan besar ni, masjid melayu tidak ada. Dan sekarang dah masuk pertengahan ramadan, fenomena kekurangan jemaah begitu ketara. Tak tahu dengan apalagi nak menarik minat orang ke masjid. Nampaknya mereka lebih suka 8 rakaat. Sebab ada masa nak pegi pasar raya, ada masa nak tengok-tengok barang, nak beli itu dan ini. Mungkin ini menjadi punca bilangan makin kurang. Tapi masjid yang popular, mesra jemaah tentu tetap padat dan sendat. []
No comments:
Post a Comment