KINI ORANG BICARA TENTANG KHALWAT.
Mengapa khalwat dianggap penting di negara kita?
1.ia boleh menjatuhkan seseorang, kalau seseorang itu berada di tempat yang tinggi.
2.ia memalukan, merendahkan maruah.
3.ia jadi alat untuk merebahkan ahli politik, ahli perniagaan dan kroni.
4.ia berlaku di mana-mana, dalam bilik hotel, bilik dalam rumah, bawah kolong, bawah pokok ketapang, celah pokok keladi, bawah pokok ubi, atas bumbung, dalam almari, dalam tandas, dalam bilik sewa, dalam bas tak ada penumpang, dalam teksi, dalam hp, dalam beg, dalam poket, dalam minda, dalam mata dan macam-macam dalam yang simbolisme sifatnya.
5.operasi tangkap khalwat ada banyak tujuan. orang politik nak kenakan musuh politik.
6.minda khalwat, kepada sudah diset, keluar rumah nak cari kes khalwat. sebenarnya nak cari kes khalwat cukup mudah, tak payah diajar, tempatnya di mana pun mereka dah tahu. silap haribulan peminda khalwat ini pula yang kantoi. dia pula kena tangkap grup lain.
7.ia isu sensasi, boleh buat berita yang tak berapa gempar kalau nama tak hebat. selalunya khalwat melibatkan artis, kini mata-mata khalwat sedang perhatikan semua orang politik.
8.tempat urut pun banyak kes khalwat. berduaan dengan amoi, dengan pompuan Korea, Vietnam, Khazakstan, India, China dan Indon.
9.nak bagi kaunseling pun kena hati-hati. silap haribulan diri pun kena. lebih baik kaunseling di tempat terbuka,kalau nak cakap biar orang tengok, orang nampak, nak gosip pun lantak lah.
10. nak jumpa peguam pun takut, nanti kena tangkap khalwat. tak boleh berada dalam bilik berdua. nak jumpa imam masjid pun tak boleh nanti haru kena tangkap juga. jika begitu PM pun tak boleh jumpa setiausahanya, nanti kena tangkap.
JUSTERU
takrif khalwat itu kena jelas. jangan asal orang berbual-bual terus tangkap. tak tahu hujung pangkal cerita. jika begitu, hari-hari ada kes khalwat. tangkap sana, tangkap sini, polis tak ada kerja lain.itu yang kena tangkap. berapa banyak yang selamat berkhalwat bertahun-tahun. ia diterlindung, terhijab. kena taubatlah. di masa lepas, tangkapan melibatkan pembangkang adalah intipan yang sudah diatur.
CARI NAMA
jika nak terkenal cuba-cubalah berkhalwat dan berlagak supaya kena tangkap. tetapi kalau anda tu popular. setakat popular dalam FB atau blog pun tak jadi juga. kutip besi buruk kena tangkap khalwat lagi orang menyampah. tapi kalau pengarah filim kena tangkap dengan pelakon genit, itu bakal menaikkan nama. orang politik pun boleh naik nama kalau sanggup kena tangkap khalwat. jadi khalwat ini ada buruk dan baiknya. jika nama dah terkenal sebagai orang khalwat, maka ke mana anda pergi, orang akan perhati. apabila sudah terkenal sebagai pengkhalwat, bolehlah buat NGO. badan yang nak membanteras khalwat sahaja. siap alat-alat canggih macam memburu hantu. inipun satu cara nak cari nama. lepas tu suruh menteri rasmikan. fulamak. hebat you!
GALAKKAN KHALWAT
dari itu kita galakkan orang berkhalwat. berkhalwat dalam bilik, duduk beribadat. jangan tiru khalwat cara kejawen, khalwat dekat kubur lama, khalwat di perigi buruk, dalam gua banyak tahi kelawar dan macam-macam. khalwat dapat menjaga mata, telinga, kaki, tangan dan macam-macam indera kita. tangkapan khalwat jenis ini tak ada dalam kamus kita. tak pernah dengar berita, seorang lelaki ditangkap kerana berkhalwat dalam kamar studinya. seorang wanita bertudung lingkup ditangkap khalwat kerana duduk bersendirian di sebuah bilik sewa. khalwat di hari minggu ini lebih baik daripada merayau di dataran merdeka, pasar seni, tempat membeli-belah, atau saja-saja nak cuci mata. khalwat jenis ini tak perlu takut kepada jerat. siapa nak jerat orang khalwat sambil mentelaah kitab lama? kitab turats.[]
No comments:
Post a Comment