Friday 27 December 2013

PASAR KARAT PETALING STREET MASIH RELEVAN!

SESIAPA yang ada masa, jenguklah pasar karat di Kuala Lumpur.
Kalau ada sesiapa yang sudah pernah jenguk pasar karat di Ipoh atau di Penang, jangan lupa jenguk sekali pasar karat KL.
Lokasi pasar karat di KL semakin melebar. Tak cukup tempat. Bilangan peniaga makin bertambah. Entah dari mana mereka datang. Ada sahaja barang yang dijajakan.
Kalau dulu lokasi itu terkenal sebagai tempat mendapatkan VCD lucah, sekarang perkara lucah melucah sudah tidak menarik lagi.
Nampak benar, orang sekarang perlukan duit. Duit semakin sukar dicari. Kalau dulu pakaian terpakai masih boleh main harga, sekarang jatuh merundum sampai RM2 atau RM3 sahaja, bergantung kepada kualiti pakaiannya.
Para peniaga yang datang, bercampur-campur. Anak Melayu masih pemalu nak berniaga. Sampai bila pun di mana tempat pun, orang luar yang menguasainya. Agaknya kerana malu berniaga inilah, program membina usahawan muda atau tua selalu tersangkut dalam proposal sahaja.
Berniaga apa nak malunya? Bukan barang curi.
Tetapi bukan tidak ada orang yang berniaga benda "curi" --- hanya kita tidak boleh buat tuduhan melulu. Barang terpakai paling mudah diperoleh terutama di kawasan apartment mewah, kondo mewah dan tempat orang elitis.
Benda berharga boleh dikutip dan dijual semula. Bayangkanlah, jam tangan tak kira berjenama atau tidak, masih boleh dijual. Ada peminatnya. Peminat jam tak guna. Ada yang suka nak belajar baiki jam, atau saja-saja nak kumpul jam begitu. Hobi orang bukan sama.
Ada yang hobinya cari telefon tangan terpakai. Telefon lama pun masih ada orang cari. Bukan tak ada orang jual tablet dan telefon canggih manggih. Ada. Tapi kalau ada duit di tangan, gatal nak beli itu memang tak boleh nak tahan. Ada sahaja benda nak dibeli.
Dari dulu lagi dalam blog penulis mengatakan bahawa semakin lebar kawasan peniaga di sekitar pasar karat, ia memberi gambaran bahawa rakyat di kota kita ini menghadapi masalah betapa sukarnya mencari DUIT.
Dan penulis dapat tahu, ada peniaga yang hanya dapat RM2 sahaja berniaga di situ. Orang kaya apa peduli dengan masalah mereka?
Pasar karat ini adalah wadah untuk orang sesak. Nak dapatkan duit memang susah sekarang. Jadi, ada yang sanggup jual telefon tangan mereka. Jual lap top mereka. Kamera atau kalau seluar dalam laku, mereka akan jual benda itu. Maaflah. Itulah gambaran sebenar di situ. Orang luar tak tahu menahu.
Sabtu dan Ahad ini, pasar karat beroperasi macam biasa. Bilangan peniaga lebih ramai dari pelanggan. Hanya, yang tak sedapnya, ada peniaga yang cuba membolot ruang niaga selebar-lebarnya. Nama pun pasar karat. Orang nak cari barang terpakai. Namun ada yang ambil kesempatan menjual barang baru!
Disebabkan ia lokasi barang terpakai, orang tetap mencari yang terpakai dan bukan barang baru. []

2 comments:

  1. Pasar karat ada barang2 yg pelik sukar untuk dapat ditempat lain....original tapi murah....Contohnya dulu Laser Disc harga 300-400 tapi dia boleh jual RM 3.00 sahaja...

    ReplyDelete
  2. mana gambar bos. boleh kongsi2.
    tahniah bagi ulasan ikhlas. tak hentam sembrono. Ini idak. banyak saya baca blog cerita pasar karat hampir semua pandang negetif jer pada peniaga2 kat sana. Macam la diorang jahat sangat. Ada juga jenis yang tak guna. tapi peniaga tegar hari2 ok jer. tambah2 peniaga jual barang baru. Semua tu pakai modal. tak logik la barang tu tu nak rembat mana-mana. pastu jual hari-hari pulak tu. Saja2 buat dosa kering.
    Thanks
    thanks.

    ReplyDelete