Minyak Pengasih
Bagi peminat minyak pengasih yang kurang "power" mereka lebih gemar mendapatkan minyak pengasih gred kedua atau ketiga asalkan tidak berkaitan dengan bahan kotor seperti minyak dagu (laman blog ini). Ada berbagai jenis minyak pengasih yang dicipta oleh kalangan spiritualis, dukun pengasih, bomoh atau paranormal. Nama-nama minyak pengasih pun pelik-pelik mengikut masing-masing yang menciptanya. Setiap pengeluar minyak pengasih mendakwa barang keluaran mereka lebih hebat daripada minyak pengasihan yang ada. Dukun Dayak Kalimantan mendakwa minyak pengasihnya lebih hebat dan jangan dibuat main-main atau eksperimen. Begitu dukun dari Ambon mengatakan ilmu pengasihnya sangat keras, akibatnya fatal, atau sendiri jadi tidak siuman. Selagi tidak dicuba orang tidak akan tahu. Iklan-iklan minyak pengasih selalunya menggoda peminatnya. Rasa ingin mendapatkan minyak pengasih begitu kuat di kalangan orang yang tidak percaya kepada diri sendiri. Minyak pengasih ini adalah jenis guna-guna yang menjadi bahan sugesti untuk memikat atau memperdayakan pandangan seseorang.
Contohnya, Minyak Suci Penakluk Cinta, ia diperbuat daripada sari minyak pengasih yang ada di berbagai tempat. Jika dikenakan kepada seseorang, konon ia akan menyebabkan orang itu akan melutut, bahkan sanggup menyerahkan raganya. Air Mata Duyung, nama minyak pengasih ini sudah lama dijaja penjual ubat kaki lima, konon ia berkhasiat untuk memikat pasangan atau untuk mendapatkan pasangan yang istimewa, untuk pelaris perniagaan dan boleh juga memisahkan pasangan yang terlibat "makan luar" terutama yang sudah berumah tangga. Yang menghairankan, dalam dunia minyak pengasihan ini, ada dukun, pawang atau paranormal yang menumpukan sepenuh kariernya dalam penghasilan minyak pengasih tanpa peduli mengapa minyak itu dihebahkan untuk perniagaan. Tanpa rasa bersalah, ada yang mendakwa Minyak Pelet Wangi Alam, sangat berguna untuk golongan homoseks dan lesbian. Dengan mencalitkan minyak ini, pasangan sejenis itu akan kekal dan enggan berpisah. Minyak Mustika Kembang dan Mentari sebagai contoh cukup laris untuk kegunaan wanita penghibur, baik sebagai GRO, pelayan malam, sang kupu-kupu, konon dapat menambah bilangan pelanggan. Minyak Pengasih Raga Sukma pula kata penciptanya tidak boleh dijadikan eksperimen, sebab sesiapa yang terkena akan tergila-gila terus. Ubatnya, pasangan ini perlu menikah. Cuma tidak diketahui dengan bahan apa minyak pengasih itu dibuat (Majalah Misteri, November, 2010). Pengamal Perubatan Tradisional di Selayang, Selangor, Malaysia, menyenaraikan khidmat minyak pengasih yang berbagai jenis, iaitu: Minyak Cenderawasih, Minyak Cintamani, Lambaian Semangat, Puja Semangat, Pasak Kasih Sayang, Pengasih Setempat, Pandangan Pengasih, Cenuai Buluh Perindu, Minyak Buluh Perindu dan berbagai lagi (Tabloid Media Terkini, Kuala Lumpur, Malaysia,November, 2010). Untuk makluman, penulis catatkan sejumlah nama minyak pengasih atau benda jenis pengasihan yang diwar-warkan oleh peciptanya dengan berbagai nama. Perlu dicatat pengaruh Jawa terlalu mendalam di kalangan pengamal perubatan tradisional di Malaysia.
• Ken Dedes – boleh menjadikan wajah yang kurang menarik tambah menarik dan menawan. Kekuatan magisnya amat dahsyat membuatkan sesiapa yang melihat atau terkena akan tergila-gila. Sesuai untuk seleb-riti atau isteri yang ditinggalkan suami. • Bulu Perindu Sejati – media ghaib untuk pengasihan sehingga orang yang dikenakan akan tunduk dan pasrah. Pengasihan ini bertindak secara senyap, cepat dan abadi. • Air Mata Duyung – boleh memikat orang yang disukai dalam waktu singkat. Minyak ini boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan suami isteri yang bermasalah, boleh digunakan untuk memisahkan hubungan di luar rumah dengan seseorang. Pengasih boleh digunakan untuk memikat orang kaya, banyak harta dan sebagainya. • Ajian Selasih Hitam – mengikut pembuatnya, ia sejenis minyak pelet kuno yang bekerja aktif langsung ke akal fikiran orang yang dituju. Orang itu akan rindu dan menangis, rindu setengah mati, selalu ingin berdampingan. • Minyak Gondo Arum – mengikut kata perekanya, ia diramu khas dengan magis ampuh, reaksinya boleh dibuktikan dengan cepat. Kalau diberi beberapa titik untuk minuman, orang yang benci akan jadi sayang dan cinta. Jika dibakar boleh manarik kekasih yang menjauh. Benda ini juga boleh digunakan untuk memisahkan atau pembenci. • Minyak Sari Pelet – minyak ini didakwa sebagai raja segala ilmu pelet, sekali terkena pasti lekat, jadi jangan buat main-main atau untuk eksperimen sahaja. Tidak kira hendak pikat siapa, kaum sejenis atau bukan sejenis, tetapi telah diingatkan supaya tidak merosak rumah tangga orang (nasihat yang biasa di kalangan pemilik pengasihan). • Mustika Pelet Asmaradana – ia dapat menakluk hati yang paling ampuh bagi mereka yang sedang ada hati terhadap seseorang. Pemiliknya mendakwa ia berkesan dan terbukti dalam waktu singkat. • Semar Hitam – ramuan yang menakjubkan untuk pengasihan (jenis calit), mudah tarik jodoh, memikat seseorang, auranya lebih seratus peratus kata pemiliknya seorang anak muda berkupiah putih. • Semar Putih – ramaunya hampir sama, tetapi ia boleh digunakan untuk jarak dekat dan jarak jauh. • Minyak Pelet Dewi Lanjur – ciptaan dukun pengasih yang bersifat hipnotis mi segera. Begitu dicalitkan, fikiran orang yang dicalit akan jadi kosong. Sebut nama orang yang hendak ditujukan itu secara lengkap. Tetapi minyak ini bukan untuk eksperimen, bimbang akan merosakkan fikiran orang yang dituju. • Ilmu Pelet Gendam – kata guru spiritual yang menciptanya, dengan ilmu ini anda akan dapat mengirimkan getaran cinta sehingga orang yang dituju akan pasrah dan tergila-gilakan anda. • Pelet Telepati Piramida – dikatakan salah satu bentuk warisan ilmu Mesir kuno yang digunakan oleh dukun tenung di zaman Fir'aun. Pemiliknya pernah berada di Mesir untuk mengintai ilmu kuno ini. Pasangan yang dituju akan tergila-gila jika terkena. Setiap saat, di mana pun berada, orang itu akan teringat kepada orang yang mencalit ketika pertemuan di mana-mana. • Pelet Semar Menangis – kata pemilik yang berpenampilan kiayi ini, ia menggunakan daun sirih beberapa lembar. Jika ditujukan kepada seseorang, si dia akan teringat bahkan termimpi-mimpi.
Sebenarnya jika dicatatkan semuanya, ia akan menjadi sebuah buku khas mengenai minyak pengasih sahaja. Cara bagaimana minyak pengasih itu dibuat hanya para dukun dan pawang atau paranormal itu sahaja yang mengetahui. Ada rahsia tersembunyi yang tidak diceritakan kepada orang lain. Sekiranya mereka juga menggunakan bahan-bahan "kotor" seperti orang membuat minyak dagu, tentu orang tidak mahu mendapatkan bahan tersebut. Senarai tadi ialah benda-benda yang dikategorikan sebagai ilmu pengasih.Selain pengasih, lawannya adalah pembenci. Dua ilmu digunakan oleh orang yang ketagih dengan ilmu karut. Ilmu pengasih dan pembenci ini termasuk dalam ilmu sihir. Menggunakan ilmu sebegini adalah ditegah. Tahu maklumat tidak mengapa, tetapi jangan sekali-kali jumpa dukun atau pakar pengasih untuk mendapatkan nasihatnya. Dalam sebuah hadis sahih dinyatakan dengan jelas: "Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik." (HR. Imam Ahmad dalam Musnad dan Abu Daud dalam Sunan). Ilmu pengasih yang diperoleh dengan cara melanggan melalui pos, secara online atau SMS sebenarnya mengundang bahaya kepada pengamalnya. Peminat ilmu ini biasanya ingin main-main, mencuba keampuhan atau betul-betul ingin mengenakan seseorang atau pembencian.
Proses Penciptaan Minyak Pengasih
Semua minyak ciptaan orang perseorangan ini sudah melalui proses meramu atau meracik bahan, kemudian dicampurkan bahan itu, ditapakan atau disimpan, didoakan atau dimanterakan mengikut bagaimana pembuatnya belajar dengan gurunya. Yang diserahkan kepada peminatnya adalah barang yang sudah siap, terus digunakan. Soal ramuan tidak diceritakan sangat secara lengkap. Biasa orang menyebut bahawa minyak itu telah didoakan dengan bacaan al-Quran dan sebagainya. Ada juga yang telah meritualkan minyak ciptaan itu di tempat tertentu untuk mengundang "bantuan luar" supaya membangkitkan energy kepada benda yang ditapakan itu. Senarai yang disebutkan tadi memperlihatkan kaedah ini. Apa pun minyak pengasih hanya sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, dalam hal ini untuk mendapatkan pasangan hidup, pasangan berbuat jahat untuk suka-suka sahaja atau apa sahaja tujuan duniawi. Minyak pengasih yang disebutkan tadi termasuk dalam kelompok sihir guna-guna atau sihir mahabbah. Ia merupakan perkara yang dilarang di dalam Islam. Nabi s.a.w. telah menyatakan: "Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal dan guna-guna adalah syirik." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim).
Guna Pengasih
Mengapa sihir seperti ini dicari oleh golongan tertentu? Puncanya adalah kerana masalah rumah tangga, pergaduhan dari rasa cemburu, suami cemburukan isteri, isteri cemburukan suami. Ada pula isteri yang cemburu kalau kekayaan suami akan jadi milik orang lain sekiranya suami berkahwin satu lagi. Di luar institusi rumah tangga pula, ada orang gunakan minyak pengasih dan seumpamanya untuk mendapatkan pasangan secara cepat. Justeru dalam diam-diam orang seperti ini akan menemui dukun, pawang, paranormal atau penjual ubat kaki lima untuk mendapatkan apa yang disifatkan sebagai minyak pengasih. Ada pula kalangan lelaki atau wanita mendapatkan minyak pengasih bagi tujuan eksperimen, untuk menguji sejauh mana minyak itu ada power atau tidak, rasa ingin tahu begitu tinggi setelah mendengar penjelasan dukun atau pawang yang cakap-cakapnya nampak besar dan meninggi (ego). Ada pula pawang atau dukun yang mengatakan minyaknya ramuan dari zaman silam, zaman Majapahit, zaman Sriwijaya, atau zaman Kesultanan Melaka. Tidak ada bukti menunjukkan bahawa ilmu itu masih wujud, dakwaan ini hanya rekaan semata-mata untuk mengelabui orang yang tenggelam dalam mistik pengasih.Rasa ingin tahu ini lebih tinggi daripada soal kesan jangka panjang penggunaan minyak pengasih. Dalam rumah, isteri mengenakan suami atau suami mengenakan isteri dengan minyak pengasih yang bukan-bukan.
Tujuannya menggunakan pengasih memang untuk kebaikan, tetapi rasa cemburu yang tebal menyebabkan timbul syak wasangka berpanjangan. Jika perkara ini dibawakan kepada bomoh, dukun atau pawang, mereka sedia menangguk di air keruh dengan masalah orang lain. Lalu, jaring pun dipasang untuk mendapatkan ikan yang banyak. Secalit dua minyak pengasih akan menyebabkan orang yang dikenakan jadi tunduk, timbul perasaan cinta yang meluap-luap, ingin bertemu setiap hari, tidak mahu berpisah, asyik mabuk kepayang, teringat-ingat, terkenang-kenang, jika mereka tidak berkemampuan dari segi urusan nikah kahwin yang remeh-temeh, lebih-lebih hantaran yang kian meningkat, mereka akan memilih jalan singkat sebab keinginan yang berlebihan untuk melakukan zina begitu hebat. Inilah kesan minyak pengasih yang orang tidak tahu. Bahkan ada sejenis minyak pengasih yang boleh ditujukan secara jarak jauh, melalui telefon tangan atau facebook, hingga bermimpi yang asyik kerana pengaruh sihir mahabbah ini. Minyak pengasih yang siap pakai ini tidak diketahui proses pembikinannya. Adakah ia menggunakan benda kotor, dimanterakan di perkuburan atau tempat-tempat yang disangka keramat, di tempat ibadat bukan Islam atau melibatkan penyembelihan haiwan, siapa pun tidak tahu. Semua ini dianggap rahsia. Selalunya golongan ini akan memberitahu: "Maaf ya, tentang bab ini kita tidak boleh beritahu, guru saya sudah berpesan tidak boleh beritahu kepada sesiapa pun." (Dipetik dari TANGKIS PERDAYA SYAITAN, oleh Misnon Jamil (Penyusun). []
where can i buy minyak sari pelet with low cost . everything i search is so expensive . brr
ReplyDeleteRawatan Sihir, Saka, Santau, Rawatan Islam, Rawatan Bomoh Pengasih Asli, Rawatan Bomoh Penunduk, Rawatan Bomoh Pemisah, Rawatan Bomoh Pukau, Rawatan Bomoh Pembenci, Rawatan Bomoh Pendinding, Rawatan Bomoh Sihir, Rawatan Bomoh Saka, Rawatan Bomoh Santau, Rawatan Bomoh Siam, Rawatan Bomoh Pemikat, Rawatan Bomoh Pelalau.
ReplyDeleteADAKAH PUNYA MASALAH MACAM INI...??
1.👉 Di Tinggal Suami/Istri
2.👉 Di Tinggal Tunang
3.👉 Di Tinggal girlfriend/boyfriend
4.👉 Ada Suka Kat Orang Tapi Orang Tu Tak Respon
5.👉 Pasangan Suka Berlaku Curang
6.👉 Cakap Serius Tapi Tak Nak Langsungkan Perkawinan
7.👉 Sikap Berubah-ubah Tak Menentu
8.👉 Pasangan Kena Sihir, Santau, Saka Nak Pulihkan Balik
9.👉 Pasangan Nak Minta Lepas Hubungan
10.👉 Dahulu Ambil Berat Tapi Sekarang Macam Pingin Menjauh
11.👉 Pasangan Tidak Bertanggung Jawab
12.👉 Pasangan Bersikap Endah Tak Endah
13.👉 Perasaan Sayang Sangat Tapi Sering Begaduh
14.👉 Pasangan Bermain Kayu 3
15.👉 Pasangan Berpaling Tadah
Pasti anda sudah putus asa (harapan), sebut sahaja ramai tempat rawatan anda sudah pergi tapi hasil tidak memuaskan. Walau bagaimana pun, saya amat Bersyukur kerana anda masih berusaha dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi Insyallah. Suka saya mudahkan pemahaman anda, supaya anda lebih jelas dan faham tentang perkara.
Anda perlu tahu semua Jin dan Iblis boleh menyerupai apa2 yang mereka nak, apa yang kita lihat adalah jelmaan mereka sahaja. Hakikatnya diri mereka itu tetap benda yang sama. Selama hampir 10 tahun didalam bidang rawatan telah banyak membuka rahsia-rahsia kelemahan mereka dan insyallah selagi hayat dikandung badan, Saya sedia membantu bagi yang memerlukan.
MACAM MANA NAK BERUBAT.. ? ?
1. Anda perlu call saya whatsapp atau perbualan phone. Ceritakan puncak masalah yang anda hadapi Dan nak buat macam mana.
2. Untuk scan saya memerlukan gambar dan beberapa maklumat peribadi. Jangan risau maklumat anda rahsia dan sulit tidak akan didedahkan sama sekali.
3. Setelah scan saya akan detailkan kaedah Rawatan untuk selesaikan masalah anda secara detail
" SOALAN DAN JAWAPAN "
1. Adakah ini rawatan Islam?
Ya. Kita gabungkan rawatan Islam dan Tradisional.
2. Berapakah Kos Rawatan?
Kami tidak namakan Kos rawatan, Tapi kami panggil ia Fidiah rawatan. Fidiah rawatan bergantung pada masalah dan kesukaran dalam menyelesaikan sesuatu kes . Ada masalah yang dikenakan fidiah dan ada yang ikhlas hati.
3. Bolehkan anda memberi jaminan 100% berkesan?
Jika anda melafaskan sahadah dan fahami dengan betul. Soalan ini tidak patut ditanya sama sekali. Setiap kuasa datangnya dari Allah, kita hanya merancang. Tahukah anda dengan soalan ini mampu membawa anda kelembah syirik?
4. Adakah rawatan ini boleh dibuat cara jarak jauh?
Ada kes yang boleh diselsaikan jarak jauh dan ada yang perlu hadir sendiri ke pusat rawatan.
5. Berapa lama masa diambil untuk rawatan?
Bergantung kepada keadaan, kebiasaannya dalam 3 atau 5 hari kesan nampak.
6. Adakah kaedah rawatan ini akan membawa mudarat dimasa akan datang?
Tidak sama sekali, kerna rawatan kita menggunakan ilmu putih. Ilmu Putih bermaksud ilmu dari Aya- ayat Al-Quran
7. Adakah kaedah rawatan ini boleh untuk agama lain selain islam?
Semua Suku, Adat, Budaya dan Agama Boleh.
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI BEBERAPA SOALAN ATAU PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL ATAU WHATSAPP SAYA DI ;
KYAI HAJI ABDUL SALAM,SH
+6285 298 892 338
085 298 892 338