Tiba-tiba muncul anak Raja Suran di Bukit Siguntang di muara Sg Tatang, Palembang. Ketiga anak raja Suran yang tidak berapa gagah itu - Nila Pahlawan, Krishna Pandita dan Nila Utama. Penampilannya tidaklah hebat, layak manusia biasa sahaja, tidak memikar sesiapa pun ya melihatnya. Entahlah, penulis Sejarah Melayu mengada-ada mengatakan tiga tokoh ini hebat.
Memang ada pelukisan alam yang melampau dengan kehadiran tiga tokoh yang tak dikenali itu. Alam sekitar di Bkt Siguntang itu konon terlalu hebat gambarannya. Padi berbuahkan emas. Tak logik. Memanglah kalau sudah masak padi tu nampak menguning seperti emas. Tidak logik juga untuk mengatakan padi itu berbuahkan emas, berunkan perak dan batangnya tembaga suasa.
Yang jelas penulis Sejarah Melayu itu membodohkan orang Melayu. Padi disangkakan emas. Tu sebab emas tu sebenarnya simbolik kepada harta benda. Melayu serakah dengan harta. Suka memiliki emas yang banyak walaupun jalannya secara tak betul alias haram, menipu, rasuah, adu domba, mengampu, tipu inden, komisyen beli benda-benda yang tidak logik dalam pasaran. Padi disangka emas, beginilah natijahnya.
Apabila berjalan, maka kehairanlah kerana semuanya kuning persis emas. Lagi tak logik. Di Palembang ni ada sebuah tempat di ladang dan pingir hutan terdapat kuntilanak atau peri, barangsiapa baik dengan makhluk ini akan mendapat selendangnya yang diberi nama kundu sumai. Syaratnya berbaik-baik dengan perempuan mistik ni pada waktu malam bulan purnama, kalau boleh, pergi seorang jangan ajak kawan, kalau terkencing atau lari lintang pukang tak ada siapa tahu.
Jadi dengan gara-gara penampilan tiga tokoh yang tidak segak dan tidak ada apa-apa kelebihan itu konon tanah jadi kuning keemasan. Betul-betul penipuan.
Saya suka baca karya parodi Shahnon Ahmad yang menyindir. Sahnon kata, bahawa Raja Suran dan ketiga anaknya bukan berasal dari laut seperti yang Sejarah Melayu tulis. Mana ada manusia datang dari dalam laut? Kalau Ratu Kidul ya dari dalam laut. Raja Suran ni agaknya kerabat Ratu Kidul kut? Cuma penulis sejarah ni nama samarannya Tun Sri Lanang tidak dapat maklumat di Jawa. Jadi dia tak tahu apa.
Si Wan Empuk dan Wan Malini tetap mengerjakan padi huma. Padi khayalan itu tetap padi, tak ada jadi perak atau tembaga. Padi huma, hasilnya tak banyak mana. Nak dapat segantang pun susah, yanmg lainnya dimakan burung. Sedekah untuk burung lebih baik daripada kepada Raja Suran tu. Mana ada orang boleh keluar dari dalam laut. Jin agaknya.
Dulu-dulu pawang diraja ada seru jembalang dari laut suruh naik ke darat. Agaknya Raja Suran ni jenis jin inilah yang diseru di zaman dulu.
Kemudian Wan Empuk kahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini pula dengan Krishna Pandita. Setelah berkhwin, pasangan ini mendapat anak digelar Sang Sapurba. Ia tidak ada kaitan dengan muntah lembu. Mana boleh muntah lembu jadi manusia.
Anak yang lahir lelaki dinamakan Awang dan yang perempuan (tak cantik) dinamakan Dara. Sejak itulah konon mulalah tradisi perawangan dan perdaraan di kalangan orang Melayu.
Kata Shahnon, perkahwinan pasangan itu tidak pernah berlaku pun. Mereka sebenarnya menjadi mangsa kebuasan nafsu amarah kedua-dua anak Raja Suran yang bengis dan cepat marah tak tentu hala. Maklum keturunan dari laut, bau lumpur laut, bau siput laut dan jenis pengotor pula.
Kata Shahnon, semua anak gadis yang ada di Bkt Siguntang menjadi mangsa kerakusan anak-anak raja itu. Cerita kahwin dengan Empuk dan Malini hanya untuk menutup aib sahaja.
Wan Malini menanggung malu, jadi gila dan akhirnya melarikan diri - masuk hutan lebih baik berkawan dengan siamang dan lutung kesarung. Malini jadi gila, ketawa tengah malam, telanjang dan tunjukkan kemaluan kepada sesiapa (ini tidak porno seperti video Datuk T). Perihal dia telanja tu, Malini tidak mengira siapa. Asal turun dari Bkt Siguntang, dia pun selak...
Tapi Wan Empuk bagaimana? Oh, dia tak gila. Dia tak telanjang macam kawannya tu.Oleh sebab dia tak gila, dia boleh cerita kepada orang lain bagaimana anak-anak Raja Suran sudah lakukan. Kemaruk perempuan.
Kehebatan, kebesaran dan kedaulatan anak-anak Raja Suran digambarkan oleh Shahnon Ahmad begitu indah sekali. Ia bagai kisah komedi. Keturunan Raja Suran tidak bermoral, suka keganasan, berfoya-foya dan suka membazir.
Kemunculan anak raja ini tidak disambut pun. Nah, Shahnon juga membidas Tun Sri Lanang.
"Memang Fakir pujangga istana itu cuba menutup keganasan dan kebuasan yang telah menjadi budaya anak-anak raja di mana-mana itu." [Cerpen: Wan Empuk Wan Malini, Kisah Sejarah Melayu Yang Sebenarnya, Berita Minggu, 7 Jun 1992].
Bagus cerpen begini. Tentu kisah Meminang Puteri Gunung Ledang pun boleh diparodikan. PARODI ini apa bendanya? Hutchinson (1983:92) mengatakan, "...Parody is a semi-elitist form of game, a playful, self-conscious reformulation of an existing text in order to accentuate certain characteristic of the original work's content or style."
Terdapat beberapa jenis peniruan dalam pengaruh sesebuah karya sastera - parodi, burlesque, travesty, pastiche, hoax, spoof dan pengayaan. Pengaruh ini ada dalam cerpen, novel, drama tv atau filem panggung, lukisan, tarian, dan macam-macam lagi. Peniruan dan kemudian mengubah menjadi dalam bentuk sindiran.
Percubaan Shahnon yang menarik dan menyindir ini tidak menjadi ikutan orang pula. Agaknya penulis kecil tak berani. Fiksyen tidak ada apa-apa. Penulis pernah menulis cerpen MABUK, Mingguan Malaysia, tahun 70-an, dan sebab itulah ADUN Sg Panjang, Ariffin Mat Rawi nak cari penulis untuk dibeduk. Ripin tu dulu penghulu muda, bekas kerani Sekolah Rendah Keb Pasir Panjang, Sekincan, Selangor. Penulis pun pernah belajar dan mengajar di Sek.Men Dato Mustaffa, tahu sangat sejarah Ripin tu.
Cerpen MABUK juga menyindir. Tetapi yang tersindir mengamuk sakan. Suatu hari tu penulis terswerempak dia di Tanjung Karang. Berdepan muka. Dia tak kenal pun dengan den. Jadi, heboh kata nak pukul penulis cerpen MABUK hanya khabar angin sahaja. Nama pun fiskyen. Inilah sejarah hitam penulis yang menyebabkan, Ustaz Shariman Tusat (almarhum) menyuruh penulis merantau ke Pahang, Felda Bkt Tajau. Wahhhh! Masa tu api dan air tak ada. Pernah jadi penolong setiausaha UMNO pulak tu. Menyesal sungguh, tapi tak mengundi Umno pun. Dari dulu tak pernah undi Umno. Sebab Umno ni wataknya macam yang Shahnon gambarkan dalam cerpen parodi tadi. []
Kalau nabi belah bulan ko percaya pulak..jin ko percaya jugak..nabi Musa..Khaidir ape semua tu..lagi2 la kalau keturunan nabi sulaiman ni mcm2 der..rukun Iman der..percaya pada benda ghaib..bukan khiamat je..malaikat jin setan ilmu makrifat ilmu hitam tarikat semua tu jangan senang2 je buang..org putih, org yahudi,org cina,India semua pn pegang benda tu..ko terlebih pandai kot
ReplyDeletetf
ReplyDelete