Sunday 10 February 2013

MITOS PERTUKARAN KERAJAAN

Negara maju kebanyakan amal sistem dua parti. Satu naik satu lagi turun, tunggu masa lain naik pula. Kena tukar-tukar bagi mengelakkan selesa melampau dan salah guna kuasa seperti yang terjadi di negara kita di mana apabila disebut BN orang sudah tahu bagaimana bentuk makhluknya, tempat tinggalnya, gaya hidupnya, gaya pemikirannya dan pendeknya semuanya bergaya!
Sementara menunggu Parlimen dibubarkan, kita mendengar beberapa cerita mitos, macam dongeng pun ada, macam cerita hantu pun ada bagi menakut-nakutkan rakyat, termasuk teori ugutan yang orang tak sedar pun.
Berkatalah tokoh dari puak Dacing, sekiranya kerajaan yang ada hari ini bertukar maka akan berlakukan beberapa perkara yang tidak diduga:
  • Nilai mata wang ringgit akan jatuh tertiarap
  • Inflasi meningkat - selama ini pun inflasi sudah berlaku, tak payah tunggu pertukaran kerajaan pun.
  • Industri pelancongan lumpuh - tidak seperti dijangkakan, orang luar lagi nak tahu bagaimana perubahan yang berlaku di negeri yang diperintah oleh kelompok baru, dan mereka pun nak tahu ke mana gerangan orang yang telah tumbang itu, nak tahu juga apa komen mereka, nak tahu suasana media di negara yang bertukar kerajaan.
  • Keselamatan negara tidak terjamin -- sebab yang tahu jaga keselamatan hanya Dacing sahaja.
  • Ada yang kata Bursa Malaysia jatuh menjunam sampai 500 mata [analisis bukti tidak ada]
  • PAS akan terapkan undang-undang hudud [mereka dakwa sasaran kepada orang Cina]; kefahaman tentang hudud tidak ada pada kelompok MCA kerana Umno tak pernah jelaskan perkara ini, kerana tajuk dan sub-tajuk ini digeruni oleh Umno.
  • PAS akan tutup Genting Highlands dan Bursa Malaysia [ini tanggapan dia peribadi].
  • Kos negara melambung sampai RM200 bilion setahun dengan dasar yang nak diperkenalkan oleh PR, dalam masa dua tahun negara bankrap [lupa pula nak sebut ketirisan wang negara sampai ratus bilion tidak diendahkan].
Kalau disemak baik-baik, ia adalah cakap politik.
Ia serupa macam kempen politik, hanya ia dalam bentuk paparan media perdana mereka. Laporan media perdana adalah laporan kempen politik.
Sejak bermula tahun baru, kita hanya mendengar mitos dan dongeng ini sahaja yang diulang-ulang. Kalau dia cerita depan petani dan nelayan, mereka tak ambil kisah pun sebab tak kena dengan tajuk. Begitu juga apabila mereka menuduh PAS akan melakukan segala-galanya, mereka lupa PAS juga ada penyokong dari kelompok bukan Islam. Mereka ini lebih faham tentang hudud daripada orang Umno sendiri. Buktinya, kalau anda semak komen blog dan FB yang ada, mereka melalut-lalut, sampai kata kalau PR memerintah, lelaki boleh kahwin lelaki, ini apa cerita? Kita tahu orang yang bagaimana membuat komen begitu. Kadang-kadang kasihan juga, masih banyak agenda kena buat bagi mencerahkan pemikiran umat. Kefahaman dari nenek moyang yang perlu dibetulkan kena diperbetulkan, jika tidak kita masih mengusung keyakinan lama tak sudah-sudah. Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment