Wednesday 9 January 2013

AWAS ADA KAPAL HANTU DARI SEGI TIGA BERMUDA

Ada-ada sahaja cerita.
Al-kisah tersebutlah sebuah cerita tentang sebuah kapal dagang yang berukuran besar. Kapal yang bercat gelap itu kalau berada di tengah laut memanglah hebat kelihatannya.
Disebabkan warnanya yang gelap itu ia dikenali sebagai Black Ship.
Kapal ini seperti diceritakan pernah tenggelam di Segi Tiga Bermuda dalam tahun 1973 lampau. Kenapa tenggelam? Ia tenggelam misteri dan dipercayai telah disedut kuasa misteri di kawasan berkenaan. Ada yang menyebut ia tempat bersemayamnya para iblis kelas elitis.
Kalau menyemak pada nama-nama syarikat perkapalan tentu boleh dilacak apa nama syarikat yang memiliki kapal misteri berkenaan.
Ia sebuah kapal dagang milik Yunani.
Kenapa ia jadi cerita? Adakah kerana banyak barang berharga yang tenggelam sama dengan kapal itu?
Yang jadi misteri, kapal berkenaan kini sudah "timbul" dan boleh berada di mana-mana. Maksudnya kapal itu tidak bermain di kawasan Bermuda sahaja, tetapi telah "belayar" ke segenap lautan besar dan kecil termasuk di kawasan selat.
Kapal yang sudah terbenam di Bermuda itu boleh berada di Selat Melaka, boleh berada di Selat Sunda, atau di Laut Selong.
Kapal ini menjadi misteri kerana ia boleh muncul dengan tiba-tiba sahaja apabila ada kecemasan ketika pelayaran.
Kapal warna hitam itu khabarnya boleh berada di suatu lokasi kecemasan secara mengejut. Jika begitu senanglah para pelaut kalau ada kecemasan.
Apa pun cerita ini belum diuji secara nyata, hanya cerita orang. Atau hanya bayangan sahaja.
Daripada cerita yang pernah dialami seseorang, kapal misteri itu muncul ketika berlaku kecemasan bot besar hampir karam atau kemalangan lain.
Maknanya, kehadiran hantu kapal hitam ini adalah sebagai juruselamat, ia akan menyelamatkan orang yang sedang kecemasan.
Bagaimana orang boleh kata ia pernah karam di Bermuda yang berhantu itu?
Ada orang yang pernah ditolong oleh kemunculan kapal misteri itu dan sebagai tanda terima kasih dan ingin tahu, telah menghubungi syarikat perkapalan berkenaan di mana ia didaftarkan.
Pihak pemilik memberitahu, kapal itu sudah tenggelam lama, 40 tahun dulu.
Habis, siapa yang jadi pengendali kapal itu?
Adakah ia masih dikendalikan oleh makhluk yang sama pada kejadian 40 tahun dulu?
Jika begitu, betullah orang kata, kapal itu dikendalikan oleh jin-jin dari Bermuda.
Ketika orang yang sedang kecemasan diberi bantuan, mereka dapat berbual-bual dengan anak kapal misteri itu. Mereka adalah orang-orang dari kawasan Nusantara semuanya, kerana pemilik kapal Yunani itu memang banyak mengambil orang-orang dari Nusantara untuk kerja kapal.
Walaupun kemunculan kapal itu secara misteri, maksudnya kapal hantu, orang yang pertama kali ditolong oleh mereka tentu tidak syak apa-apa. Lainlah kalau mereka sudah tahu bahawa Black Ship itu pernah karam di Bermuda dan bangkainya masih ada di dasar lautan sana. Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment