Thursday 10 January 2013

ILLUMINATI PAPARAN MEMBOSANKAN

SUDAH banyak buku diterbitkan berhubung dengan dunia Zionisme. Apabila bercakap tentang isme ini, tidak sempurna jika mengabaikan ILLUMINATI kerana umat Melayu pun tidak peduli dengan apa bendanya illuminati ini? Kecuali kalau mereka mempelajari sejarah tentang pemikiran dan berbagai isme yang terkenal dan terhebat.
Tajuk ini memang membosankan. Ia berjela-jela berkait antara satu sama lain. Setelah diteliti dengan saksama, akhirnya sedarlah kita, bahawa jaringan pengaruh Zionisme ini cukup luas bahkan sudah banyak masuk ke rumah-rumah umat Melayu [baca: Islam].
Mereka ini mempertuhankan LUCIFER dan mempunyai rangkaian yang hebat, ada jawatankuasa peringkat tinggi yang mengontrol urusan sedunia. Kenapa kita dalam Islam tidak memikirkan kontrolan seperti ini? Anggota majlis tertingginya mengatur di peringkat atasan dan diikuti anggota majlis yang 33 orang. Di bawahnya da protokolan yang berangkai-rangkai meliputi semua aspek kehidupan umat. Kita tidak dapat lari kerana aqidah kita masih mantap, tetapi ada kalanya ia goyang kita tidak tahu. Puncanya kita tidak kenal apa itu illuminati dan rangkaiannya. Kita terperangkap di dalam permainan licik mereka.
Dalam bab pemikiran pun, berapa banyak buku rujukan yang hebat-hebat yang semuanya berpaksi kepada ideologi mereka? Melihat dan merujuk kepada kepakaran mereka, para saintis mereka, filosof mereka, keintelekan mereka, semua ini membenihkan isme-isme pecahan yang berserabut.
Mereka yang berada di bawah protokolan ini memiliki kuasa untuk mengontrol edaran wang sedunia. Mereka adalah kaum pemodal di peringkat antarabangsa, segala gerak revolusioner di mana pun terdapat pengaruh daripada rangkaian mereka.
Nama-nama pelik seperti Freemasons, Rosikrusian, Royal Society London, temberangnya teori Darwinisme, kemudian memasuki bab Aetisme, Sufisme, Mistik dan Magis [bab sufisme, mistik dan magis ini banyak yang leka kerana ia sebenarnya adalah permainan kecil daripada keluciferan yang bermula dari atas tadi].
Nah, pada suatu ketika kita begitu asyik membicarakan tentang Marxisme dan Sosialisme sampai berjilid-jilid rujukan digunakan. Ia mengasyikkan dari segi akademik. Semua ini hanya mainan dari sebuah rangkaian.
Kita lelah menekuni Nietzaheisme sebagai pemikiran filsafat, menyelongkari ide-ide di bawah payung Nazisme dan mempertokohkan Sang Hitler, begitu juga soal fasisme. Akhirnya, masyarakat awam yang tidak tahu apa itu Illuminati dan Zionisme pun menjadi begitu materialisme, susun masyarakat umat menjadi poral peranda dek budaya kuning. Kita tak suka sebut kuning lagi, tetapi budaya popular, mendobrak akhlak muda-mudi, muzik dan nyanyian, filem dan apa sahaja yang menghibur dan menceriakan. Ia adalah bermula daripada misi Illuminati untuk mengusai dunia.
Illuminati telah menguasai kita dengan membawa perlambangan yang kita tidak mampu tafsirkan. Program realiti televisyen yang bercorak hiburan melulu adalah sebahagian kecil kaedah kelompok ini menyebarkan pengaruh. Kita enjoy menyaksikan konsert, enjoy dengan berbagai program anugerah itu dan ini yang semuanya berpaksikan hiburan, ia sebenarnya sebahagian daripada protokolan yang akan menghumban umat memasuki jeratnya. Jerat yang tidak kelihatan. Sama juga apabila seseorang menjadi hamba duniawi. Memikirkan untuk melonggokkan harta sebanyak mana, maka pemikiran illuminati itu bersarang dalamnya tanpa disedari, lagipun bukankah percaturan kewangan dunia ini pun di bawah kekuasaan mereka?  Mereka juga yang mengatur cara hidup kita bermuamalat, kita diajarkan guna barkod untuk memudahkan urusan, tetapi dalam seni grafik barkod itu sendiri ada rahsia, ada kod rahsia yang umat tidak faham.
Kini, lambang apa dan jenama apa, semuanya dalam milik umat. Kita tidak sedar bahawa dengan lambang, dengan kemegahan, dengan gaya hidup, dengan aksesori mewah berjenama begitu, kita berada di bawah lembayung illuminati. Ke mana kita akan lari, kanan kiri kita sudah ada anasir mereka. Sungguh bijak mereka mengatur siasat. Bagi merasuki umat Melayu tidaklah sukar kerana kelemahan umat Melayu adalah terletak kepada budaya dan seni yang memang digemari. Di situlah puak ini main peranan, mereka sanggup menaja apa program pun yang bercorak sedemikian bagi melancarkan perjuangan dan matlamat illuminati sedunia.
Sudahnya, ke mana kita akan dibawa nanti? []

No comments:

Post a Comment