Saturday 12 January 2013

YANG DAH MENINGGAL PUN IKUT SAMA! BIAR BETUL!

TADI menghadiri perhimpunan raksasa di Stadium Merdeka, lokasi yang sudah dilupakan orang. Dulu di situ ada orang berhimpun untuk melaungkan kemerdekaan. Biasanya ada yang suka mengajuk bukan sebut Merdeka! tapi, "Matika!" "Matika!" -- tak boleh sebut dengan betul kerana pelat.
Tadi laungannya berbeza tetapi matlamatnya adalah untuk mendapatkan KEMERDEKAAN sekali lagi kerana umat kita benar-benar tertindas sekarang.
Banyak isu yang timbul menjelang nak pilihan raya kali ini, semuanya terhumban kepada pihak pemerintah yang ditulangbelakangi Umno. Parti ini gagal menjawab segala tuduhan, meskipun media mereka setiap hari mengatakan apa yang dilemparkan itu semuanya fitnah.
Fitnah selalunya dilemparkan dengan sembunyi tangan.
Tetapi ini lemparan yang nyata siap dengan bukti yang tak boleh nak selindung.
Rakyat inginkan jawapan, bukan menukar tajuk kepada isu lain.
Perhatikan apa yang media Melayu mainkan sekarang? Mereka langsung tidak peduli dengan masalah negara, ketirisan, wang haram, pembolotan tanah, sabotaj air, isu pengkafiran dan macam-macam lagi tidak dijawab dengan tuntas, bahkan mereka sering menukar saluran.
Akhirnya rakyat dibiarkan membuat kesimpunan dan analisis sendiri.
Dan isu yang dibangkitkan di Stadium Merdeka tadi, adalah isu-isu yang semua orang sudah tahu. Inilah yang menghairankan. Mereka yang hadir meski tak baca akhbar perdana milik Umno, dan mendengar laporan dan ulasan Tv Tigasuku mereka, kebanyakannya sudah sarat dengan maklumat.
Mereka tak baca Utusan, Berita, Strait Times, tak nak tengok RTM, dan Tv apa pun, tukar saluran atau tutup terus, itulah kesan kekecewaan rakyat terhadap kewartawanan yang didominasi puak yang terus menipu dan menipu dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, hanya penterjemahannya tidak tentu hala.
Kini, himpunan yang kita idam-idamkan telah berakhir. Ia jadi pengukur bahawa sebarang perhimpunan adalah berjalan lancar, aman dan menghiburkan andai tidak ada gangguan daripada samseng upahan.
Kisah samseng upahan ini kita pertama kali dengar ketika pecahnya perang reformasi, sejak zaman berhimpun di Masjid Negara, Masjid Jamek dan di mana-mana. Di situlah rakyat belajar dari pengalaman.
Disebabkan kawasan Stadium Merdeka itu sudah dikelilingi hutan batu, maka desiran angin yang sepatutnya boleh sampai dan melandai menyapu hadirin yang "kehangatan" di tengah padang, angin sudah dihalakan ke tempat lain. Meski begitu mereka tetap bertahan, duduk atau berdiri mendengar amanat demi amanat dari para pemimpin Pakatan Rakyat.
Mereka juga mendengar deklamasi puisi dari A Samad Said -- "Di Atas Padang Sejarah", selingan lagu-lagu dari Ito [Blues Gang].
Setelah masuk stadium melihat suasana, kami keluar untuk meninjau kawasan luar stadium yang tidak kurang meriah. Orang berniaga di sana-sini, semuanya ceria.
Di luar stadium sengaja saya mencari lokasi wajar untuk mencari rakan-rakan [kalau ada] dan alhamdulillah, terserempak dengan geng jemaah masjid Gombak, tak sangka pula jenguk Stadium, jadi kita fahamlah dia berada di sebelah mana. Jumpa orang dari Melaka yang kini hijrah ke Ipoh, kerap jumpa kalau ada majlis tertentu di Perkim KL.
Dan tak kurang yang mengejutkan, saya jumpa orang yang dah meninggal dunia pun. Biar betul bang! Ya, betul. Apa tidaknya, kawan ni dulu sama-sama reformasi dan jerit "Takbir!" "Takbir" -- sejak masjid Jamek LRT KL tutup, maka kami jadi sukar bertemu. Ada seorang sahabat Jalan Masjid India kata sifulan sudah meninggal dunia!
Aleh-aleh tadi, di Stadium dia muncul, saya terus tarik dia tanya apa yang sudah jadi? Dan saya ceritakanlah perihal kawan-kawan yang entah bergurau atau apa, tak kan bab mati pun nak main-main. Inilah yang kita kata dah meninggal pun ikut sama berhimpun! Bukan meninggal betul, hanya persangkaan kawan-kawan.
Kawan yang dulu tinggal di Sentul Kuala Lumpur beritahu, dia sekarang duduk di Jeram tempat belajar ilmu. Baguslah. Dulu arwah Hussain Ali pun kata ingin duduk di tempat pengajian untuk habiskan usia, tiba-tiba dengar berita dia pun sudah pergi mendahului kawan yang dah tinggal di Jeram ni.
Sebenarnya, kami dulu setiap hari ada sahaja bahan sembang selepas solat Zohor di masjid Jamek LRT KL. Kalau nak cerita tentang "ustaz" Zulkifli Nordin yang sibuk dengan urusan murtad, dan hal ehwal agama Islam itu, maka kami tahu, "ustaz" ini memang ingin sangat nak bagi tazkirah dalam bab aqidah dan iman. Hanya dia seorang peguam, bukan "ustaz." Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment