Monday 6 August 2012

CATATAN KECIL TENTANG NEGARAKRETAGAMA

DI DALAM KEKAWIN [BUKAN KAHWIN] NEGARAKRETAGAMA pupuh XIII-XV menyebut, bahawa daerah kekuasaan Majapahit adalah meliputi Sumatera, Semenanjung Melayu, Kalimantan, Sulawesi, Kepulauan Nusa Tenggara, Maluku, Papua dan sebahagian kepulauan Filipina.
Sekitar tahun 1377 beberapa tahun setelah kematian Gajah Mada, Majaphit melancarkan serangan ke atas Palembang, menumpaskan pemberontakan, inilah yang menjadi punca anak raja lari sampai ke Temasik yang kemudian menjadi sebahagian daripada sejarah pembentukan kerajaan Melayu Melaka.
Bermakna, ketika zaman Majaphit, orang di wilayah Nusantara bebas mahu bergerak dan pindah ke mana pun. Dari Jawa boleh hijrah ke Melaka, Johor, Pahang atau Selangor. Bahkan orang Jawa sendiri pernah datang ke Melaka ikut berperang nak pertahankan bumi Melaka. Manakala kaum pedagang rempah di pinggir Sungai Melaka itu hanya senyum dan tabik melihat tentera Benggali Putih.
"Selamat datang Tuan!" kata mereka. Kenapa? Asalkan pasukan dari Eropah tidak mengganggu dia nak berniaga rempat di tepi sungai. Mereka pentingkan niaga daripada soal pertahankan negeri. Lagipun dalam hati mereka, mereka hanya tumpang berniaga di Melaka, jadi semangat nak perang dan nak pertahankan bumi Melaka tak perlu ada dalam diri. Utamakan perniagaan.
Semangat macam ini masih berakar dalam bumi Malaysia. Itu sebab kekayaan dalam negara pun tak akan dapat diubah walaupun ada lima kali DEB digubal. Pelaksanaannya kacau-bilau, mereka merangka dasar di dalam bilik hawa dingin. Di luar sana mereka hanya dihubungi oleh pegawai kecil yang tidak tahu apa, sekadar memenuhi tugasan.
Berbalik kepada Majapahit [1293-1527] tadi, kerajaan ini berpusat di Triwulan, berbahasa Jawa kuno dan Sanskerta, mereka beragama Hindu Buddha [versi Majapahit], sebuah pemerintahan beraja. Menariknya, ajaran agama ini begitu melekat di kalangan rakyat bahkan telah merebak dan menguasai keseluruhan wilayah kekuasaan Majapahit.
Hinggakan apabila Demak mengasaknya sekitar tahun 1527, rasa dan jiwa kehinduan itu telah melekat dan sebati sekali di kalangan orang Jawa. Maka kelekatan itu begitu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan begitu sahaja. Ia mewarnai kepercayaan, keyakinan dan budaya keselruhan. Kalau ada orang ingin mengkaji lebih jauh lagi, ia dibebankan pula kepada pengaruh Atlantis, sebuah peradaban kuno yang menurut kajian purba ia telah pupus dan meninggalkan kesan mendalam, aroma mistik begitu kuat sampaikan umat pun meyakini bahawa makhluk-makhluk mistik itu menghuni di setiap gunung dan laut dan kewujudan mereka perlu disantuni.
Lahirlah apa yang orang lakukan sekarang, amalan memberi sajian, amalan melarung sesuatu ke laut, padahal kalau tidak melakukannya tidak akan timbul apa-apa kesan sampingan pun. Yang terkesan ialah dampaknya kepada tauhid umat. Dari zaman silam itulah kemudian umat begitu payah hendak melupakan sesuatu yang dipercayai dan diyakini wujud sejak zaman silam. Diperkukuh lagi dengan institusi tertentu memperakui kewujudannya. Akhirnya ia menjadi sebahagian dari kepercayaan, mereka seperti "mengimani" akan hadirnya sesuatu yang akan memberi manfaat dan mudarat kepada umat sekiranya umat semua melayani dan meladeni kewujudannya dengan saksama.
Nampaknya, sekalipun Islam telah menyebar dengan luas, kita hanya gembir melihat data-data yang hebat, jumlah umat yang bilanngannya besar. Cuma, apalabila kita meneliti lebih dekat dan menolak semua yang ada kaitan dengan saki baki peninggalan "Negarakretagama" tadi, maka mengecillah bilangan umat yang benar-benar jernih tauhidnya. Wallahu a'lam bishowab. []

No comments:

Post a Comment