Thursday 2 August 2012

TAUKEH JATI JADI PENGACARA FORUM PERDANA

MALAM JUMAAT. Jiran sebelah rumah bagai nak rak ajak ikut rombongan nak pergi ke Gombak. Dia kata nak pergi UIA. Semua kerabat dekat yang ada diajak pergi, kebetulan salah seorangnya orang kuat wanita, maka jiran yang menyokong PKR/PR juga ikut sama. Dia kata nak jadi spy. Elok juga, rombongan nak ke UIA itu buat apa?
Seorang penduduk kampung yang termasuk kurang upaya, dia fikir apabila diajak pergi ke suatu program cantik itu dalam bulan Ramadan ini sudah tentu ada angpau, ada sumbangan pitih dalam anvelope dan makan-makan bosar, lagipun bulan puasa.
Jam 4.00 petang dah sibuk.
Ke mana?
Entah.
Mereka tak tahu apa agenda sebenar.
Andainya mereka tahu setakat nak menyaksikan rakaman Forum Perdana untuk siaran televisyen UBN Malaysia, maka ada yang tidak mahu pergi.
Buat apa? Forum Perdana adalah rancangan yang membosankan, tajuk sudah diatur, wacana yang ada semuanya sudah diberi garis panduan, benda ini boleh sebut, yang itu tak boleh sebut.

BUKAN UIA TAPI CHERAS
Apabila masa yang dijanjikan tiba, konon kaum wanita yang berumur itu diminta berkumpul, bas akan datang ambil.
Akhirnya mereka diarahkan pergi ke Sri Gombak.
Dari sana baru nak pergi ke tempat lain. Ke mana? Kata nak pergi UIA, tiba-tiba tukar arah ke Cheras, sebuah dewan yang mereka tak tahu dewan apa pun, sampai di sana sebelum maghrib, sebelum buka puasa.
Sampai sana baharulah kaum wanita itu tahu, oh, nak saksikan rakaman Forum Perdana. Siapa yang jadi pengacaranya? Cuba teka?

JATI JADI PENGACARA
Sebenarnya saya dah baca dalam blog kawan-kawan blogger, siapa lagi kalau bukan Tuk San Ali orang kuat JATI yang selalu mendampingi Perkasa, dan yang kagum dengan PM dan yang setia dengan UBN.
Kalau setakat nak saksikan rakaman Forum Perdana baik tak payah susah-susah bersiap jam 4.00 petang semua, lagipun rumah pun dekat masjid. Lebih baik solat tarawih di situ daripada ikut tengok Forum yang tak bersemangat itu.
Kemudian apa sudah jadi, mereka balik ke rumah dekat jam 12.00 malam.
Mereka disuruh balik sendiri. Sorry, ya bas sampai sini sahaja, ada urusan yang lebih penting.
Inilah kerja kaum wanita yang berselindung di sebalik nama parti yang hebat. Orang tua, termasuk yang kurang upaya pun terpedaya, bukan orang lain, saudara mereka juga.
Apa tajuk forum itu?

UKHWAH
Ntah, tak ingat kata mereka.
Tetapi yang salah seorang ingat ialah perkataan UKHWAH.
Ini macam restoran paling murah di seluruh dunia yang terletak di Jalan Medan Tuanku, dekat hotel Lotus, itulah restoran tempat PM kita beli nasi dan lauk pauk dengan harga RM4.00 murah wo!
Tapi orang kampung, orang kutip sampah dan sepak kertas apabila ambik nasi dan lauk serupa yang PM ambik, mereka kena bayar RM6.00 belum masuk ayor.
Kalaulah San Ali yang jadi pengacara, tajuk UKHWAH nampak tak kena.
Ukhwah itu apa.
Secara tak langsung akan melibatkan diri San Ali sendiri, sebagai orang hebat, motivator tersohor, pernah jadi exco, sikit punya hebat, tiba-tiba jadi pengacara forum macam Redhuan Tee juga nampak gayanya.
Jika San Ali sendiri gagal menerapkan semangat ukhwah sesama rakan lama seperjuagan dulu, maka di mana ukhwahnya? Mungkin ada yang komen, San Ali tak boleh jadi pengacara bagi tajuk macam itu. Tajuk aqidah, murtad dan yang sewaktu dengannya memang sesuai bebenor.
Fikir-fikirkan. []

No comments:

Post a Comment