Thursday 2 August 2012

TATU: DAH BERLALU BARULAH SEDAR

MASA MUDA, terpengaruh kawan-kawan, sorang tayang tatu gambar epal, yang lain nak tiru juga. Di kalangan kawan-kawan ia adalah lambang kesetiaan, kesetiakawanan. Untuk suka-suka. Budak-budak pun ada permainan tatunya sendiri. Jika mereka beli gula-gula, ada hadiah pelekat macam-macam gambar. Ia boleh ditampal ke badan. Jadi macam tatu. Inilah permainan yang sesia, tetapi ibu bapa tak peduli, mereka anggap, alah...benda kecik, mainan budak- budak.
Apabila mereka masuk sekolah menengah, rakan sebaya pengaruhi. Ada pula yang tayang tatu di badan. Bukan main cantik, ada lambang macam bintang, lambang anak panah, lambang nazi, dan macam-macam lagi, sekadar suka-suka.
Ada yang terlanjut sanggup buat tatu yang kekal, bukan main-main lukis, tetapi sanggup jumpa pakar tatu yang tentunya bukan Islamlah.
Seronok pakai tatu. Boleh tayang body kata orang. Lambang itu adalah identiti kejantanan, kemachoan anda. Ada pula yang buat tatu gula tali gitar putus, terutama tali nombor satu dan dua, lilit pada buluh an jadikan ia macam pen.
Kreatif sungguh mereka ni. Dicelup pada dakwat dan dicucuk pada gambar yang dilukis terlebih dulu sebagai acuan, atau ditekap. Perbuatan itu diulang sampai tiga kali barulah ngam. Itu kata mereka yang dah buat tatu sendiri, nak murah.
Sekarang siapa nak buat tatu tidak susah. Banyak pakar tatu menyediakan khidmat buatkan tatu. Anda perlu pilih nak buat di mana, lengan, dada, perut, paha, dahi, pipi atau belakang.
Tetapi bagi bebudak Melayu, mereka buat tatu di tempat yang tersorok. Mereka kena sorokkan dari pengetahuan orang lain,malulah kalau nampak pak imam mesjid, malulah kalau nampak tuk bilal atau kerabat sendiri.
Tahukah mereka tatu itu adalah tulisan syaitan dan iblis? Iblis happy benar kalau ada orang Melayu pandai buat tatu untuk rakan-rakan. Iblis kata, sebarkan kepada rakan-rakan, biar sekampung ada tatu lagi bagus. Itulah iblis punya kerja, dia nasihat yang baik-baik dan kemudian suruh gambar yang cantik-cantik, maka di kalangan ramai itu ada yang suka gambar orang bogel, maka dibuatkan tatu bogel, atau lebih teruk lagi benda-benda pencarutan pun ditatukan. Apakan daya, ketika itu iblis sudah duduk di kedua bahunya.
Bisikan syaitan dan iblis terlalu kuat agar dia memilih contoh tatu yang terbaik. Tengok orang itu pakai tatu, cantik kan? Tengok orang ternama bintang Barat ada tatu, cantik kan? Tengok ketua gangster ada tatu kupu-kupu cantikkan? Maka tatu gangster itu yang ditiru.
Pendeknya, selain lambang-lambang yang karut, ada juga nombor kumpulan dijadikan tatu. Ia memang kekal lama. Elok juga, kalau gaduh-gaduh senang nak tahu awak dari geng mana.
Arakian tersebutlah sebuah kisah, kisah anak seorang bekas menteri. Dia anak jantan satu-satunya, hidup mewarisi kemewahan si ayah yang jadi menteri hebat  zaman dulu.
Dia ini ada tatu di kedua lengannya kanan kiri. Saya pun tahu. Saya dimaklumkan oleh pemandu peribadi orang itu. Tak percaya? Kebetulan kereta itu keluar pintu utama. Sah, dia buka cermin kereta kena nak hisap rokok. Nampaklah tatu di lengannya. Memang hebat. Anak menteri tak apa, ia kena dengan gaya dan statusnya.
Hairannya, tidak ada suasana keislaman di rumah banglo pak menteri itu. Dulu hebat, ada mini bar, kebetulan kawan mat salleh banyak datang, siap mandi di kolam renang, duduk tepi kolam renang macam di hotel mewah. Boleh order air dan minum tepi kolam. Walau melayu jati, tetapi kehidupan gaya orang putih. Tapi orang putih sendiri pun tak macam itu.
Memang ada orang putih pun duduk di banglo itu, pompuan asal dari Britain. Bandar apa? Tak boleh sebut. Ni yang yang kaitkan kisah banglo adalah kerana anak menteri yang sorang ini pakai tatu. Tidakkah dia tahu pakai tatu itu haram?
Mungkin dia tak tahu kut? Puncanya? Inilah kalau kita hidup hanya menjadi pengumpul songkok tinggi. Harap anda faham ya. Saya kenal orang ini dan no.hp pun ada pada saya termasuk orang putih dari Britain itu.
Orang putih itu tak ada kait mengait. Tetapi kira adik ipar dialah ni, dia ada tatu di lengan. Apa nak komen, anak menteri tak apa. Mufti pun tak berani tegur.
Memang kalau tanya ustad, mereka akan jawab, tatu itu haram. Wajib dibuangnya. Tetapi nak buang macam mana kalau dah lekat kekal? Inilah masalahnya.
Pendeknya, sesiapa sahaja yang  ada tatu di badan, apabila usia dah meningkat barulah terkial-kial nak tanya apa hukumnya, bagaimana kalau tak boleh nak buang? Ketika itu jika dengar orang kata ia haram, berdesinglah telinganya. Nak buang macam mana, tak kan nak siat kulit tu sampai nampak daging. Hih, ngerinya!
Inilah dilema umat melayu yang ada tatu pada dirinya.
Dalam akhbar ada melaporkan bagaimana deritanya budak muda yang ada tatu. Bukan mudah nak buang tatu. Ia macam seksaan dunia. Dulu masa buat tatu hanya untuk suka-suka, tetapi bila teringat dosanya, setelah diberitahu orang [dulu ilmu itu tak ada sebab langsung tak peduli pun] -  sudahnya nak buang tatu khabarnya kena guna tembakan laser.
Orang berduit macam anak orang berada tak apa. Dia boleh tembak laser semua. Yang tak berduit lagu mana? Ada yang sanggup gunakan sterika panas, bayangkanlah. Atau guna cuka getah. Siapa sanggup tahan panas, tahan sakit cubalah.
Inilah penderitaan orang yang ada tatu pada badannya. Bukan apa, mereka baru sedar, malunya hendak menghadap Allah di hari kematian kelak. Badan ada tatu. Tatu itu tulisan syaitan. Iblis yang ada di tengah lautan puji bebudak muda pakai tatu. Itu namanya kemajuan ada transformasi kata orang sekarang.
Nak buang tatu paling tidak RM2,500 kena cari.
Dulu masa buat tak sampai sebanyak itu pun. Inilah bahananya pakai tatu. Benarlah, semua ini adalah kerja syaitan iblis yang setiap hari menghasut umat agar mengikut kesukaan makhluk ini.
Ada yang kata, kalau guna laser paling murah kena RM50 bagi 1 sm saiz tatu yang ada. Biasanya tatu dibuat besar lebih dari ukuran itu. Apa nak buat,dulu masa bujang suka ikut kawan-kawan buat tatu. Biasanya yang pakai tatu ini adalah orang bukan Melayu. Fahamkan? Saja tak sebut islam atau tidak.
Biasanya, apabila masa sudah beredar, masa sudah berlalu, usia pun makin meningkat, teringat nak jenguk masjid, barulah keinsafan itu timbul. Belum terlambat, buangkan tatu itu kalau boleh. Kalau mudarat, apa nak buat, biarkanlah. Dan bertaubat kerana mengikuti jejak langkah syaitan durjana. []

No comments:

Post a Comment