Wednesday 1 August 2012

TEMA DAN LAGU SAMBUTAN MERDEKA HANCUR

TERUS TERANG saya tak pernah dengar pun lagu yang dibising-bisingkan itu, baik radio, tv atau tiub anda. Jadi melodi lagu tu bagaimana, saya tak dengar lagi. Memang tak nak dengar pun. Baca ulasan kawan-kawan blogger dah cukup.
Mereka kata lagu dan temanya langsung tak sedap. Tak ada perisa. Dan saya baca liriknya, ia idea Rais Jelebu. Memang betul pun apa yang mereka kata, ia benar-benar lirik dan lagu untuk BN, bukan lagu untuk Malaysia yang nak meraikan hari merdeka.
Tapi, apalah ertinya merdeka kalau pemikiran rakyat masih dijajah dengan jiwa kehambaan. Orang Melayu berada di bawah titah perintah, perlu tunduk, bersetia melulu sehingga tidak tahu menggunakan fikirannya. Mungkin ini yang diajarkan oleh pihak British dulu, jadikan orang Melayu bodoh di bawah kekuasaan yang ada, adakah peraturan yang menekan agar mereka tidak boleh mengkritik, tidak boleh melawan atau tidak boleh berkata cih!
Lagu kemerdekaan kali ini kelam-kabut kata orang. Sudah buat, ramai kritik, maka ia ditarik balik. Inilah pencapaian yang diutamakan. Buat sesuatu mengikut selera menteri sekalipun dia memegang kementerian itu, tidak bermakna ideanya bagus. Kalau fikiran sudah mampat, dia menjangkakan idea itu terbaik, rupa-rupanya jadi makanan kritik.
Kita boleh sambut merdeka meskipn tanpa lagu patriotik. Tetapi yang anehnya, setiap kali nak sambut merdeka maka merapulah mereka menyebut tentang pahlawan-pahlawan semua. Masih dok teringat zaman Jepun dan orang putih.
Ramai orang suka melihat kekalutan ini berlaku. Kalau lagu tema merdeka kali ini ditolak orang, maknanya generasi muda sekarang sudah pandai menilai, mereka tidak terima sesuatu yang disodorkan begitu sahaja sekalipun dari kerajaan. Kini, orang sudah berani mengkritik, tidak serupa dulu, nak sentuh apa hal pun takut, takut kena tindakan.
Silapnya pihak kementerian tidak bersiap sedia dari dulu. Sudah suntuk baru kecoh dengan lagu dan lirik yang merapu. Lirik lagu kemerdekaan mestilah bersifat umum, tidak memaparkan agenda parti politik seperti lirik yang Rais tulis.
Barangkali dia nak tunjuk bakat tulis lirik. Geram sebab ketika diundang di RTM untuk sampaikan anugerah penulis lirik terbaik, dia asyik bagi anugerah dan hadiah sahaja. Sesekali tulis lirik, mana tahu ada anugerah dari kalangan pengampu, hadiah penghargaan penulis lirik lagu sambutan kemerdekaan TERBAIK lagi BAIK adalah....[cuba teka].
Begitu tradisi yang ada di negara kita. Apa pun baguslah kala orang tak suka lagu dan tema sambutan kali ini. Jika selama ini apa yang disogok diterima rakyat, kali ini rakyat pula yang tolak. []

No comments:

Post a Comment