Kisah batu hampar di Bukit Melawati, Kuala Selangor ini memang sudah lama dan tidak dipedulikan orang. Pengunjung yang datang ke situ hanya sekadar melihat-lihat nak tahu apa cerita sebenar daripada batu hampar ini. Mungkin ada yang musykil kerana batu hampar ini dijadikan tempat untuk memenggal kepala manusia. Tidak ada kisah nyata yang membuktikan batu itu digunakan untuk membunuh manusia, walaupun cerita lisan banyak menyebutkan sedemikian.
Sayangnya, beban kesalahan hanya dikenakan kepada sebelah pihak sahaja. Dalam kes ini, wanita menjadi mangsa, sementara pasangan zinanya terlepas. Barangkali inilah undang-undang cara mereka. Kita pun tidak tahu Hukum Kanun mana yang mereka pakai.
Selain sebagai tempat menghukum, di bukit ini ada pula perigi yang dikatakan sebagai perigi beracun, juga digunakan untuk menghukum pesalah.
Adakah kesan "sejarah" ini hanya hendak membuktikan bahawa pada zaman dahulu kekejaman telah dilakukan oleh orang-orang tertentu yang berkedudukan tinggi?
Selain kisah misteri batu hampar, dikisahkan tentang meriam yang konon boleh meletup sendiri. Dulu meriam itu dibalut dengan kain kuning sebagai bukti kesakralan dan kemistikan meriam. Macam-macam cerita orang yang didengar, antaranya konon meriam itu boleh meletup sendiri. Kisah lisan ini tidak boleh dipercayai. Ia tetap dongeng juga.
Begitu kisah adanya terowong simpanan harta karun yang tidak diketahui oleh pengunjung Bukit Malawati. Menurut seorang paranormal kondang yang pernah berguru di Cirebon, Jawa, di bawah dataran lapang tengah bukit ini ada simpanan karta karun.
Sewaktu-waktu ketika melakukan terawangan ghaib, paranormal itu mendakwa melibat kelibat seorang lelaki yang dikatakan sebagai wali. Lelaki itu berjalan sendiri dan kemudian ghaib di situ. Konon, lelaki itu adalah khadam penjaga karta karun yang sampai sekarang tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Bahkan, menurut paranormal ini lagi, ada sebuah batu nisan di makam lama di situ yang menempatkan surat wasiat. Seorang tokoh yang dipanggil Puteri memberi petunjuk kepada lelaki itu untuk memasuki kawasan makam bagi menyelak kain kuning yang membalut batu nisan.
Amat mengejutkan, pada batu nisan yang berbalut itu terdapat belulang lembu yang dijadikan "kertas wasiat" walau sudah berada di tangan paranormal itu, ia perlu dibuka di depan Puteri. Mengenai surat wasiat itu, saya sendiri pernah memegang surat itu, tapi oleh sebab keras, maklum kulit lembu dah lama, maka saya tidak tahu apa isinya surat wasiat itu.
Paranormal yang menamakan dirinya Pak Raden itu memberitahu, wasiat yang keras itu hanya boleh dibuka oleh Puteri dan orang-orang kepercayaannya sahaja.
Dan sehingga blog ini ditulis, masih tidak diketahui apakah ada sesiapa yang berjaya meneroka khazanah yang tertanam di bukit itu. Begitu juga misteri wasiat pada batu nisan itu.
Walaupun saya telah mendengar gambaran lisan dari Pak Raden, hati ini tertanya-tanya juga, benarkah? []
No comments:
Post a Comment