Friday 6 July 2012

ILMU MATIKAN SYAHWAT, BENARKAH?

DI DALAM DUNIA KEMISTIKAN DI wilayah Nusantara ini ada beberapa ilmuan yang menjadi buruan pasangan suami isteri yang gandrung dengan keilmuan.
Mereka seperti tidak yakin dengan pasangan yang ada, cemburu keterlaluan, atau hendak menjaga agar tidak berlaku perselingkuhan di antara mereka.
Di antara duanya, baik pihak lelaki atau pihak wanita, kedua-duanya berahsia menemui "orang pintar" untuk mencari solusinya.
Solusi apa? Tidak lain mengunci nafsu pasangannya agar yang ditinggalkan pergi untuk urusan harian tidak melakukan penyelewengan.
Pihak suami akan mengunci nafsu isterinya agar tidak bersandiwara dengan orang lain. Begitu juga pihak isteri mengunci suaminya agar tidak makan luar.
Hal ilmuan macam ini selalunya diberitahu oleh orang pintar untuk mengakali orang yang bingung. Soal rumah tangga sendiri mahu dibuka rahsianya kepada orang pintar yang entah-entah sebenarnya hanya orang bodoh mengaku pintar. Maka anda telah menceritakan hal suami isteri yang sepatutnya rahsia kepada orang lain, meskipun orang itu terlalu pintar dan bergelar paranormal terkenal.
Di antara ilmu yang dipasarkan sebagai produk untuk mengunci syahwat pasangan adalah seperti berikut [hanya beberapa ilmu disebut]:

  • Gulung Segumpal Jiwa: konon ilmu ini boleh mematikan dan menghilangkan syahwat, nafsu pasangan. Baik lelaki atau perempuan mereka tidak akan melakukan perselingkuhan kerana semuanya telah dikunci dengan ilmuan. Bagaimanapun kunci ini tidak memberi kesan apabila mereka berhubungan secara sah.
  • Santet Vital: ia semacam santau kelamin yang menyebabkan ghairah nafsu menjadi hambar dan tertutup secara misteri. Selalunya ilmu ini dipakai oleh suami untuk mengenakan isteri, atau oleh isteri untuk mengenakan suami yang liar. Nafsu suami hanya tertuju kepada isterinya yang sah sahaja, dan peluang untuk membuat hubungan gelap tertutup sama sekali. 
  • Mustika Birowo: digunakan untuk menutup pintu perselingkuhan di luar rumah atau di belakang pasangan yang ada.
  • Lingga Yoni: konon apabila diamalkan ia menyebabkan vital mati dan tidak mampu hendak melakukan perselingkuhan di luar. []

No comments:

Post a Comment