Thursday 5 July 2012

JAGALAH LISAN: HAL BIASA YANG KITA ABAI

BANYAK PERKARA BERKAITAN DENGAN LISAN YANG KITA LALAI. Tak percaya?
Cuba semak satu persatu hal yang berikut:

1. Kamu dinasihatkan menjaga lisan dari membicarakan rahsia antara kamu dengan isterimu. "Sesungguhnya, orang yang keadaannya paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak adalah lelaki -suami- yang menggauli isterinya kemudian dia menceritakan rahsianya."

2. Menjaga lisan dari nyanyian. Jangan fikir menyanyi ini baik. "Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. " [Luqman: 6]
Sebuah hadis menyebut, "Kelak akan ada segolongan umatku yang menghalalkan  zina, khamar, sutera -untuk lelaki- dan muzik -nyanyian." [HR.Bukhari, 10/51-Fathul Bari]
Kata Abdullah bin Mas'ud, nyanyian akan menumbuhkan kemunafikan di dalam hati, laksana air menumbuh suburkan ladang pertanian. Ada pula yang berkata, bahawa nyanyian itu adalah pintu segala dosa. Empat imam terkemuka mengharamkan nyanyian. Imam Abu Hanifah berkata, mendengarkan nyanyian adalah fasiq.
Imam Syafie berkata, nyanyian itu hukumnya makruh. Ia sepadan dengan kebatilan dan kemustahilan. Siapa yang suka menyanyi, dia adalah orang bodoh yang persaksiannya tidak diterima.

3. Menjaga lisan dari bersumpah dengan selain nama Allah. "Barangsiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah, maka dia telah musyrik." [HR.Tirmidzi, dia kata hasan, dan Hakim, dia kata shahih]
"Barangispa yang bersumpah hendaklah dia bersumpah dengan menggunakan nama Allah atau kalu tidak, lebih baik dia diam." [HR.Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Darimi dan Malik].

4. Menjaga lisan dari bersumpah dengan selain agama Islam. Orang yang bersumpah seperti ini ia umpama orang mati dalam keadaan kafir, Yahudi, Nasrani, Majusi atau tanpa agama. "Barangispa yang bersumpah dengan selain agama islam secara sengaja dengan berdusta, dia seperti yang dia katakan." [HR.Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah].

5.Menjaga lisan jangan mencela ayam jantan dan mencela masa. Kenapa? Ayam jantan kerana ia membangunkan anda untuk mengerjakan solat subuh atau solat sunat malam. Masa pula kerana ia adalah di bawah kekuasaan Allah yang menjadikan siang dan malam. "Umat manusia mencela masa, padahal Aku adalah masa. Siang dan malam ada dalam kekuasaanKu." [HR.Bukari dan Muslim]

6. Jangan mencela angin, mencela demam. Kenapa? Angin adalah rahmat Allah. Angin juga datang membawa azab. Kalau anda melihatnya, janganlah mencelanya dengan kata-kata yang celopar. Mohonlah kepada Allah akan kebaikannya dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya. Kata Imam Syafie, angin adalah makhluk Allah, justeru jangan dicela, angin selalu patuh kepada perintah Allah, ia adalah salah satu bala tentera Allah, jika Allah berkehendak, Dia menjadikannya sebagai rahmat atau azab. Bagaimana kalau angin ribut merosakkan tanaman seseorang? Apakah kita hendak marah-marah kepada angin? Renungkanlah. Demam pula, dengan sebab demam kita mencela demam panas, atau demam sejuk. "Janganlah kamu mencela demam kerana ia dapat menghilangkan kesalahan manusia, Sebagaimana api yang dapat melenyapkan karat besi." [HR.Muslim]

7. Jaga lisan daripada mengungkit pemberian. "Orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti penerimanya, seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian." [al-Baqarah: 264]

8. Jaga lisan dari mencela nafsu. Contohnya mencela nafsu jahatnya. "Nafsu saya jahat!" kata-kata ini tidak dibenarkan [HR.Bukhari dan Muslim].

9. Jaga lisan dari bertuankan orang fasiq, ahli bid'ah dan munafik. Kepada orang munafik kita tidak boleh panggil wahai tuan, wahai boss, baik perkataan atau tulisan. Dalam surat, kepada tuan yang terhormat Encik... sekalipun orang yang dihormati itu presiden, menteri atau raja. "Janganlah kamu berkata kepada seorang munafik, "Tuan" kerana kalau dia seorang Tuan, bererti kamu telah membuat Rabb kamu murka." [HR.Abu Dawud dan Nasa'i] Apakah ciri-ciri orang fasiq, ahli bid'ah dan munafik itu? Kena ketahui dulu, baharulah boleh nak panggil atau tak nak panggil orang itu Tuan! [persamaannya adalah gelaran kehormatan Datuk, Tan Sri, Tun dan sebagainya].

10. Jaga lisan daripada menyetarakan sesuatu dengan Allah. Misalnya, "Saya berserah diri kepada Allah dan juga kepadamu." Atau, "Aku hanya memiliki Allah dan kamu." Kata-kata tadi menyetarakan manusia dengan Allah.

11. Jaga lisan dari mencela makanan.Nabi s.a.w. tidak pernah mencela makanan. Jika baginda ingin makan, baginda akan makan, dan jika tidak ingin, beliau meninggalkannya. Jangan mengata makanan itu bau tengik, bau hancing, atau meloyakan, tak selera nak menjamahnya. Jika tak hendak makan, jauhkan diri, tak usah banyak cakap. Kalau ada majlis jamuan, jika rasa nak makan, jamahlah. kalau tak sedap, bukan selera kita, minumlah sahaja. Jangan mencela yang bukan-bukan.

12. Jangan berteriak mencari sesuatu dalam masjid. Apa yang hilang di masjid. Di tengah bandar biasanya beg berisi barangan berharga, hilang kasut, telefon bimbit atau kehilangan benda remeh lainnya.Bersabarlah dengan kehilangan itu. Jika dokumen hilang kena buat laporan kehilangan itu.

13. Jangan berbisik di antara dua orang dengan meninggalkan yang lain. Ketika sembang-sembang kita terlupa, membisikkan sesuatu kepada kawan rapat, sedangkan kelakuan kita disedari oleh seorang lagi. Ia akan menimbulkan sesuatu syak wasangka. "Apa yang kau cakap tadi?" mungkin itu yang ditanya. Orang ketiga tidak senang hati kerana menyangka anda menceritakan hal dirinya sekalipun tidak. [ada lagi berikutnya].

No comments:

Post a Comment