Tuesday 10 July 2012

KALAU ANDA JUMPA DUIT BAGAIMANA?

ADA ORANG TANYA jika kamu jumpa duit apa yang kamu nak buat? Sebenarnya ada banyak jawapan yang boleh kita dengar. Antaranya:-

1. Tengok sahaja, biarlah duit itu orang lain yang ambil.
2. Serahkan kepada pihak polis atau pegawai yang bertugas di sesuatu premis.
3. Serahkan kepada pihak masjid atau surau, atau senyap-senyap masukkan dalam tabung masjid atau surau, dan jangan buat kecoh. Diam sahaja.
4. Buang duit itu ke dalam tong sampah, biar orang lain kutip.
5. Ambil wang itu dan taburkan di tepi jalan supaya semua orang berhenti mengutip duit itu [buat macam Wak Karmin di Johor yang suka tabur duit].
6. Ambil duit itu, dan masukkan ke dalam beg sandang, buat relaks aje macam tak ada apa-apa. Simpan duit itu di rumah, pakai sikit-sikit untuk belanja harian, sentiasa belanja orang, bagi makan-makan dan belikan nasi bungkus bawa ke masjid.

Sekarang terpulang kepada anda menentukan bagaimana atau apa yang anda nak buat kalau jumpa duit dalam kotak sampai seratus ribu lebih. Sedangkan duit yang ciput pun orang jaga dengan cermat, inikan pula duit yang berkepuk begitu. []

No comments:

Post a Comment