Sunday 29 July 2012

MELEKAT KETIKA ZINA MENU MENARIK MAJALAH

SAYA DOK TERINGAT masa buat majalah dulu.
Majalah misteri dan yang berkaitan dengannya. Bahan cerita dihantar oleh pembaca dan penyumbang. Ia kisah biasa, contoh, hubungan antara budak Bangla atau Nepal dengan Minah Indon. Nak kata Minah Melayu rasa tak sedap pula. Memang ada semacam perasaan tak berapa "ngam" apabila mencari watak begitu.
Cerita budak kota duduk bersekedudukan dengan menyewa bilik di rumah-rumah kedai milik orang Cina atau India adalah kebiasaan. Ini bandar. Mana ada rumah sewa. Kalau ada pun jadi rebutan. Sorang tarik pintu, sorang tarik tangga, tarik tingkap, tarik gate luar, lama-lama roboh rumah tu.
Yalah, jadi rebutan sangat!
Begitu juga ada yang terpaksa sewa kondo ramai-ramai. Jadi peluang untuk bersekedudukan atau berkhalwat adalah terbuka.
Ini perkara yang orang pernah fikirkan tetapi tidak menjadikannya sebagai bahan yang serius. Biarlah, nak buat lagu mana?
Jadi, jangan hairanlah, kalau ada orang duduk macam laki-bini dalam satu bilik. Tuan rumah, si Ah Soh bukan tahu apa pun. Itu siapa? Itu Lokong wo!
Bukan cerita karut, tapi siapa rajin buat kaji selidik dan tinjauan - mereka akan mendapati setiap 10 bilik yang diselidik, ada dua atau tiga bilik bermuatan kes bersekedudukan atau kekhalwatan sederhana.

ZINA MELEKAT
Setahu saya, sepanjang bertanya di sana-sini tentang kes zina melekat ini, semuanya amat kabur. Ada dengar, tapi tak pasti siapa dengan siapa. Ada dengar, dah lama dah, tak ingat siapa pulak dan di mana lokasinya.
Maka bagi penerbit majalah Misteri atau yang sewaktu dengannya memikirkan, apa tajuk yang boleh memancing pembaca muda?
Selain cerita khalwat, cerita rogol, cerita video seks, cerita liwat dan macam-macam lagi termasuk lesbi dan homo, maka ada penerbit yang gandrung dengan kisah-kisah melekat.
Yang tidak melekat pun dikata melekat. Contoh, ada bahan tulisan dari seseorang yang menceritakan Tanjung Tuan, dekat Port Dickson itu ada kes orang berzina di tempat tersorok di kawasan makam lama. Untuk menghebatkan makam itu, konon berpuaka, ada perkara mistik ketulahan, maka orang yang berdua-duaan di situ telah melakukan perbuatan keji - lantas berzina. Kemudian dikaitkan dengan LEKAT kerana ia akan menimbulkan ketakutan kepada muda-mudi agar tidak melakukan perkara tak senonoh di makam "keramat" gitu.
Jadi, cerita LEKAT juga saya pernah hidu di Johor, ada orang bercerita tentang melekat ketika zina, tetapi terlalu kabur, tak tahu siapa pelakunya, di mana, dan bagaimana kesudahan cerita.
Teringat satu lagi kisah khalwat antara Bangladesh dengan Minah Lawa. Cerita tak ada apa pun, tetapi pengendali ruangan dalam majalah itu sengaja gatal menambah insiden lekat.
Pulak dah!

KASI LAKU MAJALAH
Mengomellah rakan sekerja dalam sektor majalah. Tak akan asyik cerita melekat sahaja yang hendak dipaparkan? Tukang jaga edaran komen, menurut kata pengedar di luar sana, tajuk ada kaitan dengan melekat menyebabkan sirkulasi majalah naik sikit.
Nah, maknanya, hanya kerana nak naikkan edaran majalah, ada orang sanggup buat cerita bohong, zina sampai melekat. Ia bukan tertumpu kepada aspek zinanya sahaja, tetapi aspek luaran yang melatari lokasi perzinaan itu berlaku.
Cerita melekat ini memang mengharukan. Setelah melekat antara pasangan muda-mudi sebaya, akan ada orang lain tulis kisah zina melekat antara Vietnam dengan Indon muda pula. Atau antara Melayu dengan kaum lain.
Punca lekatnya dikaitkan dengan tempat. Batu hampar, kubur panjang, kubu Jepun lama, tepi pantai, tempat air terjun, rumah kosong, bangunan tinggal, dan apa sahaja yang ada unsur mistik dan boleh memburu hantunya di situ.
Memang pada dasarnya ia bertujuan didaktik. Nak menyampaikan mesej agar jangan dekati dan lakukan zina. Hanya tak sedapnya, lekat itu dikaitkan dengan air terjun berhantu, rumah kosong ada penunggu, atau batu hampar tempat Jepun penggal kepala.
Selain itu tukang tulis kisah telah melakukan eksperimen variasi, pasangan tadi ditukar-tukar, hendak menakutkan orang homoseks, maka dikatakan pasangan homoseks melekat ketika anu-anu di sebuah resort tepi laut yang angker. Atau sepasang budak pengkid melekat ketika anu-anu di sebuah hotel murah. Maknanya, dengan menukar pasangan berlainan penyimpangan seksnya, maka kisah menjadi berkembang.

BOLEHKAH MELEKAT?
Saya tertarik dengan pandangan Dr Ismail Thamby, beliau menganggap cerita lekat ini adalah sensasi. Ketika menjadi doktor pelatih dulu, beliau pernah dengar ada kes melekat. Itupun bukan di Malaysia, tetapi di India sana. Pasangan pengantin muda telah diusung ke hospital oleh keluarga mereka kerana pengantin lelaki terlekat di cecelah kangkang dalam keadaan tubuh mereka terlekat di bahagian tundunnya.
Konon zakar lelaki melekat dalam anu. Doktor pun beri ubat bius sehingga cengkaman itu lega dan pasangan itu dapat dipisahkan. Itu cerita di India sana.
Selain itu, menurut Dr Ismail, beliau pernah dengar kisah melekat di Johor Bahru, di Hospital Sultanah Aminah, dan satu kes lagi di Hospital Daerah Kota Tinggi. Tetapi, meski demikian heboh, kedua-duanya adalah cerita sensasi belaka. Tiada pengesahan dibuat.
Katanya, kemungkinan zakar manusia terperangkap di dalam faraj daripada segi teori tidak boleh berlaku kerana bentuk penghujung zakar berbeza dengan haiwan yang biasa dikaitkan dengan isu lekat itu.
Penghujung zakar anjing kembang dan seperti anak panah, dan faraj anjing berkemampuan mencengkam lebih lama yang tidak terjadi kepada manusia.
Jadi isu melekat tadi, atau istilahnya PENIS CAPTIVUS adalah cerita buah mulut orang dan bukan cerita benar. Ada jurnal perubatan pernah siarkan kes seperti ini, anehnya penerbit kemudian memaklumkan ia hanya dongeng sahaja. Jurnal perubatan pun suka dongeng nampaknya [Panduan Menjaga Kesihatan Seksual, 2006: 66-67].
Bagaimana laporan yang mengatakan ada kisah lekat antara ibu dan anak dalam blog kita? Wallahu a'lam. Atau sebagai pengajaran kepada pembaca tentang kelaknatan zina. []

No comments:

Post a Comment