Thursday 5 July 2012

TUKANG URUT JALANAN LELAKI

DIA MENGAKU SEBAGAI TUKANG URUT.
Setiap kali menemui orang baru, baik di gerai, di surau, di masjid atau di mana pun, dia akan bilang bahawa dia mahir mengurut, terutama orang lelaki.
Urutan bagaimana itu? Ya, tak kiralah, terseliuh, urut kaki, urut badan seluruhnya atau urut kepala sahaja. Yang lebih penting urut tenaga batin.
Bab yang akhir ini memang digemari. Maka dia pun dikenali sebagai tukang urut tenaga batin khusus lelaki.
Dia mencari pelanggan di sepanjang jalan di Chow Kit atau Jalan Masjid India.
Pelanggan yang disasarkan ialah orang berstatus veteran.
Kalau boleh urut di rumah pelanggan. Dia akan datang di rumah, jika ada alamat dan nombor telefon lagi bagus.
Tetapi ada kisah yang tak sedap didengar. Pak Wan Kelantan kata, tukang urut lelaki muda ini mengarut.
Kenapa? Dia memang mengurut, tetapi dalam pada mengurut, dia suka merangsang pelanggannya. Mungkin dia ada naluri jahat yang cenderung ke arah sesama jenis [homoseks?].
Ada lelaki yang pernah diurut terpaksa cabut tinggalkan dia kerana tak sangka lelaki muda itu dari jenis manusia aneh begitu, gemar mengusik lelaki punya. Hanya belum ada kes dilaporkan.
Kalau ada ruang, dia boleh saja mengurut orang di lantai masjid. Selamba sahaja macam di Masjid Jamek jalan Tun Perak itu.
Ia juga boleh dianggap macam promosi. Tengok orang urut, nanti orang lain pun nak urut juga.
Hanya yang tak sedap ada tohmah orang mengatakan dia ada perangai buruk suka ganggu lelaki yang diurutnya. Orang veteran lagi dijadikan sasaran apa lagi orang muda. Hotel murah jadi tempat dia jalankan praktek urutan.
Mungkin ada sesiapa yang gemar mencari tukang urut secara jalanan begini? Memanglah dia perlukan bayaran untuk menampung hotel dan kehidupan harian, tetapi dia juga ada naluri songsang yang orang tak fikirkan. Pelik juga ya?
Tapi inilah sekelumit kisah tukang urut jalanan yang masih wujud di KL ini. []

No comments:

Post a Comment