Saturday 7 July 2012

URUT THAI PURBA ATAU JAWA KUNO

INI CERITA LAMA. Ada orang cerita, sekarang iklan urut yang kecil-kecil melambak dalam akhbar tabloid. Itu belum lagi iklan haram yang ditampal sesuka hati di depan tangga, tepi lif, pokok kayu atau perhentian bas.
Maka sesiapa yang rajin buat kajian, hubungilah satu persatu dan buat susulan cerita. Apa mereka dapat?
Seorang lelaki bercerita, urut Thai purba yang diiklankan itu palsu. Tidak ada urut purba pun.
Tukang urut, orang muda, perempuan pula. Jadi perempuan muda yang mendakwa dari Thai ini akan mengurut kaum lelaki yang ingin merasai urutan Thai purba.
Bukan sahaja urutan tradisional Thai atau Jawa, malah apa sahaja iklan kecil yang memaparkan kehebatan urutan tangan mereka - fikirlah masak-masak, jangan mudah terpedaya.
Tidak ada urutan Thai atau urutan Jawa. Yang betul, tukang urut dari selatan Thai dan tukang urut dari Jawa. Tidak ada purbanya. Inilah yang mengelirukan orang lelaki.
Kemudian bagi mereka yang sudah masuk ke kamar urutan tradisional Thai purba itu, jelas tidak ada bentuk urutan cara Thai atau kepurbaan. Ia sebenarnya gula-gula dan memancing orang sahaja.
Setelah masuk bilik, orang lelaki terpedaya, oleh sebab sudah diperdaya, maka rela sahajalah diurut oleh perempuan muda yang kalau ikut cara sebenar, ia sudah jadi skandal khalwat, khalwat antara pelanggan lelaki dengan tukang urut dari Thai.
Begitu juga kepada sesiapa yang berurut dengan tukang urut dari Jawa, tidak menunjukkan kejawaan dan kelembutan, kerana semuanya sudah diatur sedemikian rupa. Iklan lebih indah daripada hakikat sebenar.
Tukang urut difahamkan, sanggup menyewa bilik tertentu dengan bayaran harian atau bulanan. Iklan dipasang setiap hari dalam akhbar tabloid.
Yang jadi mangsa lelaki kemaruk urutan tangan lembut. Bagi yang teringin urutan Thai atau Jawa kuno, mereka pun pergi ke situ bagai pencuri dan terus menyelinap.
Sampai bilik mereka diminta buka pakaian, tinggal pakaian dalam, jadi Tarzan sekejap. Maka lelaki itu diurut dengan gaya kepurbaan yang entah bagaimana.
Setelah diurut, lelaki itu diminta membayar harga urutan. Harga urutan asas murah sahaja dalam lingkungan RM50. Kalau makan nasi kandar kenyang, nasi Arab pun lebih dari kenyang. Masih ada bakinya.
Pergi jumpa tukang urut, duit habis begitu sahaja. Turun tangga hati kecewa, urutan tipu. Dan saya dapat cerita ini kerana ada lelaki tidak puas hati dengan urutan tak semenggah itu.
Kata lelaki itu, punyalah bijak tukang urut itu, urut biasa sebanyak itu kena bayar, kalau mahu urut batin tambah duit lagi sampai seratus atau kurang kalau pandai menawar.
Apa yang terjadi, lelaki yang diurut itu diperkosa betul-betul hingga terkapar. Itulah kerja tukang urut batin yang sebenar. Di manakah yang batin, itulah maksudnya. Mereka hanya mahu melakukan ritual onani istimewa untuk melegakan gelora rasa.
Dan yang paling melampau kata lelaki ini, tukang urut itu menggoda habis, bahkan kalau inginkan lebih dari itu, dia sedia untuk melakukannya asalkan ada bayaran ekstra! Patutlah, setiap hari ada iklan urutan Thai purba atau urutan Jawa kuno.
Apa yang dikatakan purba dan kuno itu tidak ada. Urutan dan onani itulah yang sebenarnya yang purba dan kuno. Berapa ramai lelaki yang ketagih dengan urutan mengarut ini? Jadi, kalau anda tengok iklan kecil urutan macam ini, kenapa ia bercambah dan setengah dibuat di tempat persendirian? Ia adalah satu bentuk persundalan cara baru.
Anda tidak perlu pergi ke mana-mana, datanglah ke rumah tukang urut itu kerana kawan-kawan serumah ketika itu pergi kerja. Tukang urut tinggal seorang. Urut jangan tak urut. Tapi, silap haribulan, kantoi, tangkap khalwat!
Saya teringat dengan seorang lelaki berumur yang mengaku pernah buat bisnis urut di Bandar Baru Ampang, semua tukang urutnya dari Indon. Dengan megah dia kata, dulu dia mewah dengan duit. Duit berkepuk-kepuk hingga dia beli kereta sport.
Akan tetapi apabila ada operasi, bisnis urut tak ada lesen, maka kantoilah dia. Terpaksa jadi sekuriti guard di Jalan Ampang di sebuah kedutaan. Walau sudah kantoi, pembisnis yang menyokong Umno ini bercita-cita mahu buat perniagaan rumah urut lagi. Dia tak peduli umur sudah masuk angka 6, tapi bisnis urut yang bergelumang dengan kemewahan syahwat lebih diminati dari bisnis yang lain. Baguslah...[]

No comments:

Post a Comment