Monday, 6 May 2013

KEDAH, PERAK DAN TERENGGANU DALAM BAHAYA!

MUNGKIN orang akan bertanya, selesakah kemenangan yang diperoleh oleh BN di tiga negeri, Kedah, Perak dan Terengganu kali ini?
Jika kita menyemak sejarah lama kerajaan Negeri Perak yang dimenangi PR tahun 2008 dulu, maka sekarang situasi yang hampir sama sedang menghampiri.
Buat masa ini kita belum dengar lagi mana-mana pihak sedang merancang hendak menambahkan kerusi daripada pihak lawan masing-masing.
Apakah ada keberanian di kalangan mereka untuk melakukan lompatan demi mendapatkan keselesaan?
Bagi kelompok yang sudah ada semacam perjanjian, mereka tidak berani melakukan "lompat galah" sewenang-wenangnya, dan terpulanglah kepada individu tertentu yang ingin berdampingan dengan kelompok yang menang.
Bukan tidak ada orang menyindir, dalam keadaan yang tak menentu ini, kelebihan satu atau dua kerusi sahaja adalah sesuatu yang tidak selesa. Apa sahaja boleh berlaku.
Pengalaman kes Perak dulu, hanya dengan memberikan isu rasuah ada tokoh yang menggelabah sehingga dengan rela hati melompat ke pihak lagi satu menyebabkan ranaplah sebuah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat.
Kenangan runtuhnya kerajaan Perak dulu sampai sekarang masih dikenang oleh rakyat berbagai kaum. Kira Perak telah mencatat rekod keanehan yang dicipta dengan kepandaian "tipu helah" dan sandiwara yang mengejutkan.
Kini, kita tunggu, siapa agaknya yang hendak memulakan sandiwara ini.
Ada tiga negeri yang boleh bersandiwara. Mungkin sudah ada dalang tertentu mencipta skrip tindakan. Ada plan A dan plan B, sekiranya plan itu tidak dapat dilaksanakan, maka plan C pula yang dipilih sebagai jalan akhir.
Buat masa ini kita belum dengar kecoh-kecoh tentang plan ini. Tunggulah nanti. Jangan-jangan sudah ada perbincangan tertutup dilakukan.
Kita harap, jangan ulangi kisah yang terjadi di Perak itu. []

No comments:

Post a Comment