petang Sabtu di Sogo orang pada mundar-mandir
sedang di bawah khemah kecil warna biru tua
beberapa orang membahagi-bahagikan risalah dan gambar
entah apa, tetapi sudah diagak, ia tentang rakyat didahulukan dan 1Malaysia
bukankah petang ini ada pasar malam dan orang berlegaran di ruang pusat membeli belah itu?
sedang di Ampang Park sana, anak-anak muda Pakatan Rakyat
memenuhi kanan dan kiri jalan bermain flashmob seadanya
ya, mereka lakukan itu bukan kerana bayaran wang ringgit
mereka dahagakan perubahan meskipun langit kian suram
-- hujan bakal turun
biar basah asalkan negara berubah
itu cita-cita dan harapan anak-anak muda.
di Ampang Waterfront sana, anak-anak muda berdiri di sisi jalan
mempamerkan janji dan kibaran kain warna parti
dengan wajah ceria sedang di tengah jalan itu sesekali ketika kereta mewah
dengan wajah sugul dan menyampah
ada greget di dadanya
mereka hairan bagaimana ketika mendung makin sarat begitu
anak-anak muda masih bermain bendera hijau dan biru muda di situ?
jelas sekali mainan anak-anak muda itu
baik yang bermain di sekitar Sogo, Ampang Park atau di Waterfront sana
ia adalah pamer hasrat
sungguh mereka tidak sabar melibat perubahan di dalam negara yang mereka sayangi
akan tetapi aneh sekali
ketika ada suatu kaum yang mendakwa punya patriotik tinggi
menyapa rela anak-anak pengungsian entah dari daratan mana
mereka hadir di stesen pesawat tajaan
sungguh membingungkan
untuk siapakah undian yang akan dilakukan esok pagi?
apakah untuk kebahagiaan anak-anak pengungsi di dalam pesawat itu
atau untuk anak negeri ini?
sayang sekali
umat yang satu ini telah melupai sorak yang mereka gemakan dalam dewan PWTC
menentang orang yang tidak patriotik
bersekongkol dengan negara asing
tiba-tiba ketika permainan akan tamat dan sebelum wisel ditiup
mereka masih mampu mempersiap pemain tambahannya
begitu analogi yang merata
sayang sekali
pilihanraya ini untuk siapa kalau begitu?
Misnon Jamil,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Jam 12.00 tengah malam.
No comments:
Post a Comment