Sunday, 5 May 2013

ULASAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN DI PAGI KIRAAN UNDI DI SANA-SINI

Najib senyum pagi ini kerana dia menang di Pekan. Kalau sebut soal Pekan ini, semua orang sudah tahu kenapa dia boleh menang selesa sampai puluhan ribu yang dia kaut, sedangkan calon PKR yang berani menentangnya hanya dapat belasan ribu. Apa pun tahniah buat anak muda PKR yang berani menentang "gergasi" di kawasan itu.
Yang menariknya, Ibrahim Ali kini tidak lagi boleh berada di Parlimen untuk buat bising. Dia sudah tertolak sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kali ini, dikalahkan oleh anak Menteri Besar Kelantan. Syabas. Dan diharapkan, sesudah ini Ibrahim Ali berehat dari berbahas di Parlimen. Dia boleh tumpukan tugasnya sebagai orang kuat Perkasa bersama Zulkifli Nordin.
Apa pun kita lega kerana ahli parlimen PKR banyak juga yang menang dalam pilihan raya kali ini. 
Pagi ini [12.55 pagi] BN telah mendapat majoriti mudah 112 manakala PR [12-PAS, 18-PKR dan DAP 28 = 58].
Pilihanraya kali ini amat mengejutkan.
Nampaknya, seperti yang pernah disebut-sebut ketika kempen kita akan "kehilangan" tokoh terkemuka dalam PR apabila beliau akan "undur diri" dan akan bekerja di sebalik tabir.
Cita-cita semua rakyat yang ingin melihat perubahan nampaknya tidak terlaksana.
Cengkaman BN nampaknya makin menjadi-jadi, dan bersiaplah rakyat terutama kalangan yang bukan pendukung BN, semakin banyaklah perkara pelik yang akan berlaku di negara kita dalam masa empat tahun akan datang.
Berbagai skandal tentu akan muncul, baik yang memualkan atau menggembirakan. 
Kita telah berusaha dengan berbagai cara, tetapi rakyat kebanyakannya masih belum faham kenapa kita perlu mencari pembaharuan. Seterusnya, 1Malaysia dan segala projek yang menggunakan nama Rakyat akan bergema berterusan walaupun sebahagian besar rakyat tidak menggemarinya. []


No comments:

Post a Comment