Friday, 3 May 2013

MACAM-MACAM HAL DI HARI TERAKHIR

Ada beberapa perkara menarik pada hari-hari kempen sebelum acara itu dihentikan "serta merta" sebagaimana peraturan yang ditetapkan undang-undang.
Yang menariknya, kajian demi kajian terus dibuat oleh pihak tertentu. Ada kajian yang diakui dan ada juga kajian yang dinafikan.
Yang mengakui tentulah pihak yang dikatakan akan menang dalam kajian itu, manakala yang menafikan dan marah-marah adalah pihak yang sudah lama menikmati keselesaan.
Kajian yang dilakukan oleh pihak universiti juga mereka pertikaikan, begitu juga andainya ada kajian dari universiti di luar negeri.
Selain soal kajian, cerita letupan pun kedengaran dalam pilihan raya kali ini. Rakyat tentu hairan, dan mereka ingin tahu, siapa punya angkara ini semua?
Adakah itu kerja orang parti tertentu? Atau kerja orang parti lawan? Semua ini dapat diagak. Sekiranya anda membaca blog dengan teliti, anda akan menemui paparan bagaimana sebuah "pejabat misteri" yang melakukan apa sahaja tindakan bagi menimbulkan kekacauan ketika kempen pilihan raya.
Paparan daripada seorang tokoh yang konon berpaling tadah, dia telah mengadakan mesyuarat sulit untuk membuat kacau ganggu di mana sahaja konvoi PR mengadakan ceramah.
Bukti keganasan telah dilakukan pun, ada yang cedera dek kerana perbuatan mereka. Dan tidak menghairankan kalau mereka menerbitkan HARAKAH palsu untuk menipu orang ramai. Ia diedarkan di kawasan Kuala Lumpur kerana tahap pembacaan penghuni kota lebih tinggi.
Bukan sahaja akhbar palsu, banner, kain pemidang atau paparan pemidang palsu pun mereka sanggup lakukan.
Jelaslah, perang "gerila" begini tidak dipamerkan pada pilihan raya yang lepas, dan hanya sekarang sahaja ia kelihatan menonjol.
Apa puncanya? Ada orang kata, ia menandakan mereka sedang terdesak sangat. Mereka tidak mahu mengakui arus perubahan yang melanda negara.
Mereka masih tidak menyedari bahawa rakyat di negara kita ini ingin perubahan. Mereka tidak mahu melihat kaedah yang sama diaplikasikan untuk mengurus negara.
Mereka sudah jemu mendengar cerita bail out, mereka dah jemu dengar beli itu dan ini dengan harga tinggi, mereka dah jemu mendengar cerita komisyen ganas, mereka dah jemu dengar projek mega gagal dan macam-macam kegagalan lagi yang orang kecil kurang ambil tahu.
Kalau anda rajin menyemak blog tertentu, anda akan temui paparan sejumlah kecelaruan dalam mengurus wang negara. Projek dilaksanakan di sana-sini dan ketahuilah siapa yang berada di belakang tabirnya?
Mereka adalah orang yang hebat-hebat, yang mempunyai gelaran, mereka yang langsung tidak menjiwai rakyat kecil, mereka tidak peduli kesengsaraan rakyat, tak peduli rakyat mengeluh harga barang naik, apa yang mereka fikirkan adalah komisyen projek!
Rakyat berharap, apabila berlaku pertukaran kerajaan, media lebih telus, dan kita akan tahu tembelang kerajaan UBN yang telah menguasai segala-galanya. Dedahkan agar rakyat tahu. Paparan dalam media mereka selama ini sangat memualkan bahkan hanya memetik bahan-bahan yang dikira selesa sahaja untuk ditaburkan kepada orang ramai.
Kita tidak tahu lagi apa akan jadi di hari akhir kempen hari ini [Sabtu] esok kita semua akan mengundi. Tetapi media pemerintah sementara tetap mengatakan bahawa rakyat diminta jangan memperjudikan nasib masa depan mereka sekiranya mengundi PR. Lihatlah, apakah rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan itu telah memperjudikan nasib mereka? Tidak sama sekali. Keadaan mereka tenang dan aman, tidak ada kekalutan sebagaimana yang dipaparkan media mereka.
Sepanjang kempen pilihan raya, media UBN terus memainkan peranan memburuk-burukkan PR tanpa memberi ruang untuk membalas lontaran suara mereka. Mereka lontar suara dan ulas sendiri. Itulah media UBN. Akhirnya rakyat muak.
Tinjauan di sana-sini membuktikan, bahawa rakyat juga sudah muak kalau setiap kali kempen mereka asyik menyebut soal BRIM, kedai Rakyat, klinik Rakyat, dan macam-macam Rakyat lagi [maaf saya tak ambil pusing pun termasuk AZAM dan macam-macam lagi, walaupun risalah itu saya peroleh di majlis UBN tempoh hari].
Kita tunggu, apa lagi paparan menarik menjelang kempen ditamatkan. Bagaimana dengan pesawat yang mendarat di lapangan terbang itu? Kebetulan semalam ada budak Bangladesh pegang kipas UBN. Saya tanya dia, itu lambang apa. Dia nak serah kepada saya. Saya kata, ini kipas politik. Saya tetap agak, budak ini adalah salah seorang yang "bakal" -- ini menurut telahan saya peribadi [tak semestinya tepat].
Apa pun kita tengoklah nanti. Apa yang akan terjadi. []

No comments:

Post a Comment